SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
KONSEP

PEMIKIRAN

Pemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang disimpulkan dan pemikiran ini tidak
dapat diperhatikan dengan mata kasar yang melibatkan perlambangan, penggunaan dan
manipulasi yang simbolik. Menurut Greene (1975) di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996)
menyatakan bahawa perkataan- perkataan yang digunakan seharian meliputi berbagai- bagai
kegiatan fikiran yang luas. Sebagai contoh, pemikiran meliputi daripada berkhayal kepada
perumitan atau bertelingkah dengan perasaan sendiri atau orang lain sehingga kepada
membuat keputusan. Perihalan daripada Aristotle di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996)
menyatakan bahawa kemampuan manusia merasionalkan sesuatu perihal atau subjek
sehingga membawa kepada tindak balas yang berkeupayaan berfikir dan dengan ini
menunjukkan pemikir itu manusia dibezakan dengan makhluk lain.

         Konsep pemikiran yang asas ialah ketika otak berfikir, otak secara langsung
bertindak balas dengan berusaha untuk mengenal pasti rangsangan luar yang telah bertindak
balas dengan deria. Seterusnya, otak akan menukarkan rangsangan ke dalam bentuk konsep,
membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah ada dalam ingatan
atau simpanan memori. Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman
yang melibatkan aktiviti mental manusia yang berupaya menyelesaikan masalah atau konflik
dalam berbagai- bagai kemahiran berfikir. Pemikiran terbahagi kepada 7 jenis iaitu asosiatif,
berpandu, kritis, penaakulan, induktif, deduktif, dan kreatif.

         Dalam aktiviti pemikiran, bidang yang berkaitan dengannya adalah kognitif
komunikasi, tanggapan, pengingatan dan juga bahasa. Secara menyeluruh, pemikiran hanya
dapat dimaksudkan melalui bahasa. Melalui teori relativiti bahasa (Whorf, 1956) di dalam
Tim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa bahasa berkepentingan dalam menentukan
pemikiran. Pemikiran mempunyai konsep asas yang menjadi turutan dalam aliran pemikiran
iaitu    terbahagi   kepada   cabang-    cabang    tertentu.     Antaranya   ialah   meneruskan,
menghubungkan, pergerakan, seterusnya masalah dan pertanyaan. Di dalam cabang masalah
dan pertanyaan mempunyai aturan asas yang menyatakan tentang mendahului, destinasi yang
diketahui dan yang tidak diketahui, serta kata- kata kabur. Sebagai ringkasan, pemikiran ialah
satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling
wajar.


                                                                                               1
sssdsfdsgdgf
          Input                               Memproses                             Output




    Apakah perkara-                          Bagaimana kita                        Jawapan-
    perkara yang kita                        memikirkannya?                      jawapan yang
        fikirkan?                                                                  diperoleh
                                                (Operasi)
      (Kandungan)                                                                    (Hasil)



                                     Rajah 1: Konsep Pemikiran.




KOMUNIKASI

Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan “communicare” yang berasal daripada kata
Latin memberi makna penyertaan atau pemberitahuan. Menurut perkataan “communis” pula
membawa pengertian milik bersama atau berlaku di mana- mana. Komunikasi secara
umumnya menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok             serta sifat ingin
mempengaruhi orang lain. Komunikasi ini lebih menjurus kepada soal sosial.

       Pemahaman umum mengenai komunikasi mempunyai 3 cabang pemahaman iaitu
pertama, komunikasi sebagai tindakan satu arah. Hal ini mendefinisikan isyarat komunikasi
sebagai semua kegiatan yang dilakukan seseorang untuk menyampaikan rangsangan untuk
membangkitkan tindak balas orang lain. Pandangan ini menekankan pemboleh ubah tertentu
seperti kandungan mesej, cara penyampaian mesej dan daya pemujukan. Kedua, komunikasi
sebagai interaksi. Dalam pandangan ini, komunikasi menyamakan komunikasi dengan suatu

                                                                                         2
proses sebab-akibat atau aksi-reaksi,    yang arahnya sentiasa berubah. Seseorang
menyampaikan maklumat melalui 2 cara iaitu secara verbal atau tidak verbal. Manakala
mesej yang diterima oleh pendengar juga diterima dalam bentuk verbal atau tidak verbal.
Salah satu unsur yang ditambahkan dalam cabang komunikasi        ini adalah tindak balas
daripada respon (feed back), iaitu mesej yang disampaiakn oleh pemberi maklumat kepada
penerima maklumat atau mesej, juga dikenali sebagai pendengar; menyampaiakn pula kepada
sumber mesej yang lain lalu melihat tindak balas yang diberikan. Tindak balas yang
ditunjukkan oleh penerima maklumat memberi petunjuk sama ada pemberi maklumat
menyampaikan maklumat dengan berkesan atau tidak.

       Ketiga,   komunikasi bertindak sebagai transaksi. Dalam konteks ini komunikasi
adalah suatu proses personal kerana makna atau pemahaman yang kita peroleh pada dasarnya
bersifat peribadi. Pandangan ini mengisyaratkan bahawa komunikasi pada dasarnya adalah
suatu proses dinamik yang berkesinambungan mengubah pihak-pihak yang terlibat dalam
komunikasi. Orang-orang yang berkomunikasi dianggap sebagai komunikator yang secara
aktif menghantar dan mentafsir maklumat atau mesej. Setiap pihak dianggap sumber
sekaligus juga sebagai penerima mesej.

       Secara ringkas, komunikasi di atas menunjukkan terdapat komponen- komponen yang
terlibat secara langsung dalam komunikasi iaitu, pertama ialah komunikator merupakan
individu yang menyampaikan maklumat atau mesej kepada individu yang lain. Kedua,
kandungan mesej yang dibawa oleh penyampai mesej. Ketiga, media iaitu medan untuk
komunikator gunakan sama ada saluran tertentu untuk menyokong keberkesanan
penyampaian maklumat kepada para pendengar atau penerima. Keempat adalah penerima
mesej atau maklumat. Seterusnya yang terakhir ialah kesan atau tindak balas atau juga
dikenali sebagai feed back yang melihat keberkesanan maklumat yang disampaikan.




TEORI- TEORI PEMIKIRAN

Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan mengenai teori pemikiran antaranya ialah
Roger Sperry. Edward de Bono, Haward Gardner,Imam Al Ghazali, Kirby dan
Goodpastar.Roger Sperry telah menyatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat dua
bahagian iaitu hemisfera otak kiri(HOKi) dan hemisfera otak kanan(HOKa). Sekiranya


                                                                                      3
hemisfera otak kiri tercedera,maka bahagian kanan badan akan menjadi lumpuh. Begitu juga
dengan hemisfera otak kanan yang tercedera akan menyebabkan badan menjadi lumpuh di
bahagian kiri. Jadi,hemisfera otak masing-masing mengawal bahagian badan yang
berlawanan. Menurutnya,hemisfera otak kiri berfungsi untuk bahasa iaitu dalam penulisan
dan lisan,logik,matematik, dan sains. Sementara itu,hemisfera otak kanan berfungsi untuk
perhubungan ruang,pemikiran kreatif,fantasi,seni dan apresiasi muzik. Kedua-dua hemisfera
ini juga mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza. Hemisfera otak kiri
memproses maklumat secara berturutan manakala hemisfera otak kanan memproses
maklumat secara keseluruhan. Walaupun,hemisfera otak kanan dan kiri mempunyai
kebolehan untuk memproses maklumat dengan berlainan tetapi kedua-dua hemisfera ini
bersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Menurut kajian yang telah
dijalankan mendapati bahawa perkembangan otak manusia meningkat pada masa yang
berlainan berdasarkan kepada perkembangan hemisfera otak yang berlainan. Pada peringkat
kanak-kanak iaitu diantara umur 3-6 tahun,perkembangan bahasa yang berada di hemisfera
otak kiri berlaku dengan pantas. Pada peringkat umur diantara 8-10 tahun pula,berlaku
perkembangan dalam kemahiran ruang seperti melukis,mencari arah dan mengenali bentuk-
bentuk geometri.

       Haward Gardner pula telah mengemukakan teori pelbagai kecerdasan atau di kenali
sebagai MI (Multiple Intelligences). Beliau mengatakan bahawa manusia memiliki 7
kecerdasan yang berlaianan iaitu kecerdasan muzik, kinestatik ,matematik-logik, linguistik,
visual-spatial, interpersonal dan intrapersonal. Kecerdasan muzik ialah keupayaan individu
dalam mengesan     dan mengenal irama lagu. Individu ini juga dapat membezakan atau
mengubah rentak dan tempo dalam bentuk melodi yang mudah. Kinestatik pula ialah
kebolehan   individu   mengeluarkan       idea,   meluahkan   perasaan     dan    menyelesaikan
menggunakan anggota badan. Matematik –logik pula merupakan kebolehan seseorang itu
menggunakan nombor secara berkesan dan pandai berhujah. Individu ini juga berupaya untuk
menjangka. Seterusnya,linguistik ialah keupayaan seseorang untuk menggunakan kata-kata
dalam bentuk lisan dan penulisan secara berkesan. Individu juga mudah untuk mengingati
maklumat.    Visual    –spatial   ialah     kebolehan    mengesan        dan     menggambarkan
bentuk,ruang,warna dan garisan. Kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan individu
untuk memahami perasaan,hasrat dan tabiat individu lain. Intrapersonal ialah kebolehan
untuk memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan,hasrat dan kehendak.



                                                                                              4
Kemahiran intrapersonal ini dapat membantu menangani perasaan marah atau sedih. Individu
ini juga berkemampuan untuk membuat refleksi sendiri.

       Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa akal manusia sangat terbatas,terutamanya
pada perkara-perkara agama, akhlak, dan perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh,
akhirat, aqidah, hikmah, amal ibadat dan sebagainya. Menurutnya,hubungan antara akal dan
pancaindera dilihat dari dua aspek. Pertamanya akal perlu membebaskan        diri daripada
pengaruh pancaindera. Sebagai contoh,angan-angan dan khayalan akibat daripada
penggunaan pancaindera. Keduanya,akal memerlukan pancaindera untuk berfikir tentang
pengiraan,fikiran,hafalan dan ingatan. Al-Ghazali telah membuat perbandingan antara akal
dan pancaindera. Menurutnya,akal lebih berautoriti berbanding dengan pancaindera untuk
mendapatkan kebenaran dan ilmu.

       Edward de Bono pula mengatakan terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir
dengan pemikiran lateral. Beliau berkata kita perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan
berfikir daripada pelbagai perspektif. Beliau telah memperkenalkan progam CoRT(cognitive
research trust). Program ini mempunyai 6 bahagian iaitu pertamanya;keluasan persepsi,
kedua;organisasi       proses     berfikir,ketiga;interaksi,argument   dan      pemikiran
kritis,keempat;pemikiran kreatif, kelima;maklumat dan perasaan dan keenam, ialah tindakan.
Pemikiran CoRT melibatkan teknik-teknik seperti PMI(plus,minus interesting)iaitu setiap
masalah itu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu kelemahan dan kekuatan masalah sebelum
mengambil sebarang keputusan. Seterusnya,mengambil kira semua faktor iaitu setiap
keputusan yang dibuat perlu melihat semua perkara kerana melibatkan orang lain dan
masyarakat. Oleh itu,kita perlu mengemukakan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan.
Seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir jauh. Hal ini kerana
keputusan yang diambil melibatkan kesan masa pendek dan panjang. Selain itu
juga,kepentingan utama di gunakan dalam pemikiran CoRT. Dalam teknik ini kita
disaranakan untuk berfikir perkara yang lebih penting dahulu berbanding perkara-perkara
yang kurang penting.

       Kirby dan Goodpastar pula menekankan bahawa kesilapan manusia berfikir. Menurut
mereka, manusia sentiasa berfikir dalam keadaan emosi . Mereka telah menyenaraikan lima
kesilapan manusia      berfikir. Pertamanya,memperibadikan sesuatu iaitu dikenali sebagai
pemikiran egosentrik. Individu ini melihat perkara-perkara yang terjadi berkaitan dengan
sekelilingnya. Seterusnya,pemikiran berpolar. Pemikiran berpolar ini juga dikenali sebagai
                                                                                        5
hitam putih atau dikotomi. Pemikiran hitam putih ini melibatkan individu yang sentiasa
berfikiran negatif terhadap dirinya sehingga tidak dapat melihat perkara yang positif dalam
diri mereka. Ketiga,kesimpulan yang melampau. Individu ini membuat konklusi berdasarkan
kejadian berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh,pelajar yang gagal akan menganggap
dirinya gagal selamanya. Keempat,membesar-besarkan sesuatu. Individu ini cenderung
melihat sesuatu yang telah berlaku daripada perseptif yang sentiasa negatif. Kelima,abstrak
selektif iaitu kesilapan berfikir apabila seseorang individu tersebut terlalu fokus pada sesuatu
perkara sehingga menghiraukan gambaran yang menyeluruh.




JENIS-JENIS PEMIKIRAN




Menurut Ruggiero ( 1984) yang diterjemah oleh Ishak Ramly ( 2005 : 155) mentakrifkan
berfikir sebagai “aktiviti mental yang mengeluarkan idea, menyelesaikan masalah,
mengemukakan cadangan ataupun memenuhi kehendak untuk memahami”. Hal ini bermakna
pemikiran merupakan proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman bagi
sesuatu perkara, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat refleksi dan
penerokaan terhadap sesuatu idea atau hujah.

       Pemikiran juga merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang
melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Pemikiran juga adalah aktiviti yang
dilakukan hampir setiap masa.




                                                                                              6
rangsangan




                   Rajah 1 : Model Memproses Maklumat- Proses Berfikir

         Sumber : Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003 :102)




Model di atas menunjukkan maklumat yang diproses dalam otak semasa proses berfikir
berlaku. Semasa proses berfikir, maklumat atau rangsangan yang diterima akan diproses
ingatan sensori. Ingatan sensori merupakan ingatan jangka pendek yang wujud dalam deria
manusia yang tidak hilang serta-merta. Seterusnya maklumat akan di hantar ke ingatan
jangka pendek untuk diproses, disusun, di tapis dan disintesiskan sebelum di hantar ke
maklumat jangka panjang, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003
:102).

Pemikiran terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran
kreatif, pemikiran logik, pemikiran positif dan pemikiran negatif.

i)       Pemikiran Kritis




                                                                                     7
Menurut kamus dewan edisi ke tiga (1996: m/s). Kritis merujuk kepada menimbang baik
buruk sesuatu perkara dengan teliti dan bersifat mengkritik dengan tidak menerima atau
mempersetujui sesuatu perkara begitu sahaja dengan sebulat- bulatnya. Jadi, pemikiran kritis
boleh dianggap sebagai cara berfikir yang dilakukan dengan membuat penimbangan dan
penelitian dalam semua aspek dalam membuat sesuatu keputusan.

      Mohd Michael Abdullah (2007:3) mendefinisikan kritis sebagai penimbangan baik atau
buruk sesuatu perkara, kebenarannya, kejelasan bahasa dan susunan hujah. Pemikiran kritis
bertujuan untuk mengajar kaedah-kaedah pemikiran agar dapat berhujah dengan lebih
berkesan. Aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran kritis adalah dalam aspek
penghujahan. Individu yang mempunyai pemikiran kritis ini sering di kaitkan dengan
individu yang lantang bersuara dan mengutamakan pendapat. Individu ini biasanya mampu
berhujah dengan baik dan berfikir secara wajar dan relevan.

      Dewey (1933) yang dipetik oleh Azizi Yahaya (2005:209) mendefinisikan pemikiran
kritis sebagai pemikiran reflektif iaitu berfikir secara mendalam dan membuat pertimbangan
yang serius dalam sesuatu perkara. Jelasnya, individu ini dapat berfikir secara tenang dan
tidak tergopoh- gapah dalam membuat sebarang pertimbangan dan mereka akan memikirkan
segala keburukan dan kebaikan yang akan diterima sekiranya membuat sesuatu keputusan.

Pemikiran kritis dapatlah didefinisikan sebagai pemikiran yang kritikal dan analitikal.

ii)      Pemikiran Kreatif

      Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menghasilkan idea yang bernas. Ishak Ramly
(2005: 158 ) pula menyatakan pemikiran kreatif merujuk kepada penekanan pada kecekapan
dan keupayaan menggunakan minda bagi “menghasilkan idea yang baru, pelbagai, asli, luar
biasa, provokatif, mencabar, tepat, jelas dan memberi pertimbangan pada penerokaan dan
penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka”. Hal ini menjadikan individu yang
mempunyai pemikiran yang kreatif dapat merencana dan membuat keputusan bagi
menghasilkan pelbagai idea yang baru. Kebiasaannya individu yang mempunyai pemikiran
yang kreatif ini juga mempunyai banyak idea-idea dan mampu menghuraikan idea mereka
secara terperinci dan logik.

      Menurut Maimunah Osman (2005:1 ), pemikiran kreatif adalah keupayaan untuk menjana
dan merealisasikan idea-idea baru. Ia juga melibatkan minda untuk memberi beberapa cara
lain yang tidak bergantung pada kebiasaan. Individu yang mempunyai pemikiran sebegini

                                                                                          8
mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza dari orang lain.
Mereka juga bersifat positif , membina dan dapat melakukan sesuatu kerja dengan pelbagai
cara untuk memberi makna pada kerja tersebut. Pemikiran kreatif juga memperlihatkan
keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut atau perspektif yang
lebih luas. Keupayaan inilah yang akan mewujudkan daya kreativiti seseorang dalam
menyelesaikan masalah, penambahbaikan, produktiviti, keberkesanan dan value added.

iii)       Pemikiran Logik

Ishak Ramly (2005: 159) menyatakan perkataan logik berasal dari Yunani yang bermaksud
akal hujah. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1996: m/s) logik bermaksud dapat diterima
akal, masuk di akal atau munasabah. Jadi, pemikiran logik dapat diklasifikasikan sebagai
hujahan yang dapat diterima oleh akal. Pemikiran logik juga dikenali sebagai pemikiran
penaakulan.Logik pula terbagi kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif.

a)         Logik Induktif

       Induktif juga dikenali sebagai eg- rule-method iaitu bermula daripada spesifik kepada am
atau contoh kepada prinsip, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003:
108).

b)         Logik Deduktif

       Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003: 108) menyatakan
pemikiran deduktif juga dikenali sebagai rule- eg-method iaitu pemikiran yang berbentuk
contoh atau am kepada sesuatu yang spesifik.

Hal ini bermakna induktif adalah pemikiran yang berbentuk khusus kepada umum manakala
sebaliknya deduktif berbentuk umum kepada khusus.

iv)        Pemikiran Positif

       Pemikiran positif apabila seseorang melihat sesuatu perkara atau longgokan idea dari
pelbagai aspek kebaikan dan faedah. Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya,
namun individu yang berfikiran positif akan melihat kepada kelebihan dan faedah yang dapat
dicapai sekiranya sesuatu perkara di laksanakan dan berusaha menghadapi dan
menyelesaikan rintangan ataupun halangan dalam melaksanakan perkara tersebut. Hal ini
bermakna individu yang berfikiran positif ini mempunyai sifat yang optimis dan mahu maju


                                                                                             9
dan berjaya (Ishak Ramly, 2005:157 ). Sebagai contoh ahli perniagaan. Individu yang terlibat
dalam perniagaan berisiko untuk memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.
Sekiranya seseorang individu mempunyai pemikiran yang positif, mereka akan mampu
menghadapi segala risiko yang mendatang kerana mereka mempunyai motivasi yang positif
dan yakin mereka mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Mereka juga tidak
akan mudah berputus asa.

     Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006:34) berpendapat pemikiran positif bukan
sifat semula jadi manusia dan sebaliknya pemikiran negatif adalah sifat semula jadi manusia
kerana kesilapan, kesalahan, masalah, bahaya dan risiko dalam kehidupan memberi impak
yang besar kepada pemikir. Oleh itu bagi memupuk kemahiran berfikir secara positif, ia perlu
dilakukan secara sedar dan berniat. Individu perlu yakin dengan setiap perkara, benda atau
kejadian mempunyai kebaikan dan setiap masalah juga boleh di selesaikan. Individu yang
sentiasa berfikiran positif pasti dapat mencari pelbagai alasan yang logik dan dapat
melaksanakan segala perancangan dengan berjaya dan menguntungkan.

v)       Pemikiran Negatif

     Ishak Ramly (2005:158 ) berpendapat, individu yang mempunyai pemikiran negatif
banyak memikirkan mengenai keburukan, bahaya, risiko dan masalah apabila ingin
melakukan sesuatu perkara. Individu yang terlalu berfikiran negatif akan membunuh
kreativiti dan sering menolak idea baru. Hal ini kerana mereka sering melihat idea baru itu
dari sudut kelemahannya sahaja. Mereka juga sering meramalkan masalah yang timbul
sekiranya idea baru tersebut di laksanakan.

     Namun begitu, pemikiran negatif juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Faedahnya
adalah mereka dapat menyediakan pelan darurat dan kecemasan bagi kemungkinan-
kemungkinan yang di luar jangkaan. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindar masalah
yang diramal akan berlaku.

     Pemikiran positif mengandaikan sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar dan tiada
sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun pada hakikatnya, risiko, bahaya dan kesilapan
banyak terjadi. Oleh itu, pemikiran yang negatif juga perlu dalam meramal perkara yang akan
berlaku dan mencari jalan untuk mengatasi atau menghindari masalah tersebut.




                                                                                         10
GAYA PEMIKIRAN MEMPENGARUHI CARA DAN GAYA KOMUNIKASI
ANTARA MANUSIA




Gaya- gaya pemikiran yang terbentuk dalam komunikasi tertentu banyak mempengaruhi
komunikasi yang berlaku antara manusia. Komunikasi antara manusia merangkumi tujuan
komunikasi, isian komunikasi atau maklumat, dan kriteria hubungan baik iaitu keputusan
yang dicapai sesama sendiri. Sebagai contoh yang jelas, dalam komunikasi interpersonal.
Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan orang yang berkomunikasi
mempunyai lebih dari dua orang atau lebih. Menurut R.Wayne Pace di dalam Khairuddinuad,
mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung
antara dua orang atau lebih secara bersemuka. Komunikasi ini berlaku secara kontekstual
bergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologi. Cara dan bentuk interaksi
antara individu akan tercorak mengikut keadaan ini. Hal yang demikian, untuk memastikan
keberkesanan dalam sesuatu komunikasi, pemikiran yang positif amat diperlukan.

       Dalam konsep komunikasi ini, rasa percaya (trust) adalah diperlukan. Apabila
seseorang mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak akan dipergunakan oleh orang lain,
tidak akan dikhianati, maka seseorang itu akan lebih mudah untuk membenarkan dirinya
menyertai sesuatu komunikasi dan seterusnya menjadikan komunikasi itu berkesan. Rasa
percaya pada orang lain akan wujud melalui faktor- faktor seperti perilaku dan maksud orang
lain, hubungan kekuasaan, dan kualiti komunikasi serta sifat terbuka. Melalui perilaku dan
maksud orang lain, dapat dilihat dengan lebih jelas apabila orang yang berkomunikasi
memiliki kemampuan, keterampilan, pengalaman dalam bidang yang diperkatakan, serta
mempunyai sifat- sifat yang dapat diduga, diandaikan, jujur, dan konsisten.

       Berdasarkan hubungan kekuasaan, lebih jelas dapat diberikan contoh ialah seorang
ketua. Ketua merupakan orang yang mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi. Hal yang
demikian, apabila seseorang ketua mempunyai kuasa terhadap orang lain, maka orang yang
mendengar atau menerima maklumat akan mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan.
Hal ini menunjukkan komunikasi adalah berkesan. Melalui kualiti komunikasi dan sifat
terbuka, pula merupakan kepakaran individu yang menyampaikan maklumat dengan jelas
beserta harapan yang tinggi, maka menyusulnya adalah rasa percaya yang tinggi. Seterusnya
keberkesanan komunikasi dapat dicapai. Hal ini akan menimbulkan rasa percaya yang tinggi


                                                                                        11
kepada mereka yang mendengar dengan pemikiran yang positif pada peringkat permulaan
lagi.

        Dalam komunikasi yang lancer dan berkesan, perilaku menyokong (supportif)
mestilah diwujudkan. Perilaku menyokong mempunyai pelbagai ciri atau indikator.
Antaranya ialah evaluasi dan deskripsi, orientasi masalah serta spontan. Dalam konteks ini,
pemikiran kritis adalah faktor mempengaruhi gaya komunikasi antara manusia lain.
Pemikiran kritis menjadikan komunikasi lebih terbuka dalam menerima sesuatu idea,
disamping cuba mempertimbangkan semula, menganalisa secara kritis dengan mengambil
kira pelbagai sudut. Selain itu, mampu mencerna beberapa idea dan konsep baru. Dengan itu,
pemikiran ini membolehkan menganalisa hujah yang dinyatakan dalam komunikasi yang
berlangsung sama ada hujah itu kuat atau lemah, teori berguna atau perlu menyangkalnya.
Seterusnya membolehkan para komunikator berhujah dengan berkesan, baik dan lengkap
bagi mencapai keberkesanan komunikasi.

        Melalui indikator evaluasi dan diskripsi; sebarang komunikasi yang berlangsung,
penerima mesej atau pendengar tidak perlu memberikan kecaman atas kelemahan dan
kekurangan yang dikesan. Sebaliknya pemikiran yang kritis itu mampu menyangkal dengan
baik tanpa menyinggung perasaan orang lain. Dalam hal ini, cara komunikasi yang berlaku
adalah berjaya kerana pendengar memahami apa- apa yang cuba disampaikan oleh
komunikator. Tetapi sesuatu kesalahan yang dikesan tidak perlu ditegur secara langsung
sebaliknya menukarkan cara berfikir supaya menukar persepsi pemahaman. Hal inilah yang
mewujudkan pendengar menyumbangkan pemikiran kritis di dalam sesuatu komunikasi.

        Berdasarkan orientasi masalah pula; ketika berkomunikasi, para pendengar perlu
menyumbang dalam sesuatu topik yang dibincangkan dengan memberikan idea kritis supaya
berusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain, mencari penyelesaian masalah atau
membahagikan tugas untuk mencerna masalah seterusnya mengajak orang lain bersama-
sama menetapkan tujuan dan menentukan cara mencapai tujuan yang dikehendaki. Hal ini
membuktikan bahawa pemikiran kritis yang disumbangkan dapat mengukur keberkesanan
komunikasi antara manusia. Selain itu, sifat spontan adalah cabang sokongan kepada corak
komunikasi kerana sifat spontan adalah lebih jujur dan telus tanpa dibayangi perasaan
hipokrit. Sebelum sifat spontan diaplikasikan dalam sesuatu komunikasi, berfikir secara kritis
terlebih dahulu mampu menyelamatkan keadaan.



                                                                                           12
Dalam konteks persepsi interpersonal, menyatakan bahawa komunikasi yang
dijalankan memberi makna kepada pemboleh ubah yang jelas atau mentafsir maklumat secara
jelas. Persepsi ini diwujudkan dalam komunikasi sama ada daripada sumber kepada penerima
atau daripada penerima kepada sumber dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Dalam hal ini,
pengaruh yang kuat terhadap persepsi perlu diperhalusi kerana mampu menggagalkan sesuatu
penyampaian maklumat. Dengan itu, pemikiran yang logikal diperlukan untuk merungkai
maklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak. Melalui Edward de Bono di dalam Dr.
Sidek Baba, menyatakan bahawa pemikiran logikal adalah cara menjana maklumat atau idea
daripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain. Dalam erti kata lain, komunikasi yang
berkesan adalah dapat diwujudkan melalui pemikiran ini dengan menjurus persepsi yang
positif kerana maklumat yang diterima atau dijana adalah daripada sumber yang sahih dan
data yang tepat.




KESIMPULAN

Pemikiran dan komunikasi mempunyai perkaitan yang menyumbang kepada sesuatu
penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Tidak kiralah pemikiran
itu bermula daripada sumber kepada pendengar atau pendengar kepada sumber. Manusia itu
adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran itu
yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan profesional adalah pemikiran yang
disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga
hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat.

       Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan
menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan,
bersikap tertutup dan sebagainya. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia
mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya, gaya, dan juga cara berfikir. Cara
komunikasi yang berlangsung sama ada terbuka, tertutup, mendatar dan sebagainya
dipengaruhi secara langsung oleh jenis dan gaya pemikiran.

       Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada had
tertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang
bagaimana.



                                                                                       13
BIBLIOGRAFI

Abdul Mua‟ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdul   Salam    Haji   Yussof,(2003).Imam     Al-   Ghazali    Pendidikan   Berkesan.Kuala
Lumpur:Utusan Publications

Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006). Belajar berfikir. Kuala Lumpur :
Percetakan Zafar Snd. Bhd.

Astrid S. Susanto. (1987). Komunikasi: teori dan praktis. Indonesia. Penerbit Binacipta 1977.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya .(2005). Aplikasi
kognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd

Azlena binti Zainal & Munir bin Shuib,         (2003) .Meningkatkan Potensi Minda.Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

De Bono, E. (2001). Pemikiran praktikal: membincangkan cara- cara praktikal bagi
pemikiran yang betul. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd.

http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-logikal.html (Diperoleh pada 23/11/2011)

http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html
(Diperoleh pada 21/11/2011)

http://khairuddinuad.files.wordpress.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.ppt
(Diperoleh pada 23/11/2011)

http://wahyudiantoindra.multiply.com/journal/item/3 (Diperoleh pada 21/11/2011)

http://www.angelfire.com/wa/anis/pkritis.html (Diperoleh pada 23/11/2011)

http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran
(Diperoleh pada 21/11/2011)

http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran (Diperoleh pada 21/11/2011)

Ishak Ramly. (2005). Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. (Hlm 135-176).
Diperoleh               pada        November          2011,        24        daripada       :


                                                                                           14
http://books.google.com.my/books?id=8zBfe-
dLNZQC&pg=PA156&dq=john+barell+1991_+pemikiran&hl=en&ei=_aDNTuHJBIr4rQetu
Nn5DA&sa=X&oi=book_result&ct=book-
thumbnail&resnum=1&ved=0CDMQ6wEwAA#v=onepage&q=john%20barell%201991-
%20pemikiran&f=false.

Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim,(2006) Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Jenis-jenis pemikiran.
Psikologi pendidikan. (hlm 101-114).Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd.

Maimunah Osman. (2005). Pemikiran kreatif. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran

Mohd. Michael Abdullah. (1995). Pemikiran kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Muhammad. (2004). Komunikasi dan perubahan. Selangor Darul Ehsan. UPENA
UiTM.

O‟ Sullivan, T. Saunders, D. Hartley, J. Fiske, J. (1996). Konsep penting dalam komunikasi.
London. Routledge.

Poh      Swee   Hiang,   (2000).KBKK       Kemahiran     Berfikir     secara   kreatif   dan
kritis.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Salhah    Abdullah,(2009).   Kecerdasan   Pelbagai-    Aplikasi     dalam   Pengajaran   dan
Pembelajaran.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Samsuddin A. Rahim. (1997). Komunikasi asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Severin, J. W dan Tankard Jr, W. J. (1988). Teori komunikasi. New York. Communication
Arts Books.




                                                                                          15

More Related Content

What's hot

Bab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranBab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranMazmon Mahmud
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONPISMPBM20622AinNajwa
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 

What's hot (20)

Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Bab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranBab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiran
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Efikasi kendiri
Efikasi kendiriEfikasi kendiri
Efikasi kendiri
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 

Similar to PEMIKIRAN

SISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptx
SISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptxSISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptx
SISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptxRipaSaadah
 
Psikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisPsikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisIndra Gunawan
 
psikologi komunikasi
psikologi komunikasipsikologi komunikasi
psikologi komunikasiHartono Ikawy
 
Makalah psikologi komunikasi
Makalah psikologi komunikasiMakalah psikologi komunikasi
Makalah psikologi komunikasiIwanSyahruli
 
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - word
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - wordPresentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - word
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - wordKaer Bikers
 
Makalah tentang dasar
Makalah tentang dasarMakalah tentang dasar
Makalah tentang dasarbkupstegal
 
Persepsi dan berpikir
Persepsi dan berpikirPersepsi dan berpikir
Persepsi dan berpikirRatih Aini
 
Persepsi Sosial - doc
Persepsi Sosial - docPersepsi Sosial - doc
Persepsi Sosial - docNofrida Atika
 
Tugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitifTugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitifchamimmah
 
Memori dan berpikir
Memori dan berpikirMemori dan berpikir
Memori dan berpikirAhmadMuzaqi5
 
Makalah Sumber Pengetahuan
Makalah Sumber PengetahuanMakalah Sumber Pengetahuan
Makalah Sumber Pengetahuansayid bukhari
 
Siti nuriah psikologi komunikasi
Siti nuriah psikologi komunikasiSiti nuriah psikologi komunikasi
Siti nuriah psikologi komunikasiSITINURIAH1
 
Pengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasiPengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasiLugasRamadhan
 

Similar to PEMIKIRAN (20)

SISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptx
SISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptxSISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptx
SISTEM KOMUNIKASI (SENSASI, PERSEPSI, MEMORI, BERPIKIR).pptx
 
Psikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisPsikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologis
 
psikologi komunikasi
psikologi komunikasipsikologi komunikasi
psikologi komunikasi
 
Psikologi komunikator dan psikologi pesan
Psikologi komunikator dan psikologi pesanPsikologi komunikator dan psikologi pesan
Psikologi komunikator dan psikologi pesan
 
Makalah psikologi komunikasi
Makalah psikologi komunikasiMakalah psikologi komunikasi
Makalah psikologi komunikasi
 
Psikopend 1
Psikopend 1Psikopend 1
Psikopend 1
 
Thinking
ThinkingThinking
Thinking
 
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - word
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - wordPresentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - word
Presentasi Teori Komunikasi Kelompok 4 - word
 
psikologi komunikasi.pptx
psikologi komunikasi.pptxpsikologi komunikasi.pptx
psikologi komunikasi.pptx
 
Makalah tentang dasar
Makalah tentang dasarMakalah tentang dasar
Makalah tentang dasar
 
Memory dan berfikir
Memory dan berfikirMemory dan berfikir
Memory dan berfikir
 
Full write up
Full write up Full write up
Full write up
 
Persepsi dan berpikir
Persepsi dan berpikirPersepsi dan berpikir
Persepsi dan berpikir
 
Persepsi Sosial - doc
Persepsi Sosial - docPersepsi Sosial - doc
Persepsi Sosial - doc
 
Persepsi Word
Persepsi WordPersepsi Word
Persepsi Word
 
Tugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitifTugas mata kuliah metakognitif
Tugas mata kuliah metakognitif
 
Memori dan berpikir
Memori dan berpikirMemori dan berpikir
Memori dan berpikir
 
Makalah Sumber Pengetahuan
Makalah Sumber PengetahuanMakalah Sumber Pengetahuan
Makalah Sumber Pengetahuan
 
Siti nuriah psikologi komunikasi
Siti nuriah psikologi komunikasiSiti nuriah psikologi komunikasi
Siti nuriah psikologi komunikasi
 
Pengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasiPengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasi
 

More from Awatif Atif

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and OrganisationAwatif Atif
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaAwatif Atif
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tuaAwatif Atif
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbangAwatif Atif
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananAwatif Atif
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungAwatif Atif
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototAwatif Atif
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularAwatif Atif
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorAwatif Atif
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusAwatif Atif
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionAwatif Atif
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIAwatif Atif
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Awatif Atif
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasarAwatif Atif
 

More from Awatif Atif (20)

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and Organisation
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tua
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandung
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktor
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury prevention
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasar
 

Recently uploaded

AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 

PEMIKIRAN

  • 1. KONSEP PEMIKIRAN Pemikiran merupakan kegiatan atau perbuatan yang disimpulkan dan pemikiran ini tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar yang melibatkan perlambangan, penggunaan dan manipulasi yang simbolik. Menurut Greene (1975) di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa perkataan- perkataan yang digunakan seharian meliputi berbagai- bagai kegiatan fikiran yang luas. Sebagai contoh, pemikiran meliputi daripada berkhayal kepada perumitan atau bertelingkah dengan perasaan sendiri atau orang lain sehingga kepada membuat keputusan. Perihalan daripada Aristotle di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa kemampuan manusia merasionalkan sesuatu perihal atau subjek sehingga membawa kepada tindak balas yang berkeupayaan berfikir dan dengan ini menunjukkan pemikir itu manusia dibezakan dengan makhluk lain. Konsep pemikiran yang asas ialah ketika otak berfikir, otak secara langsung bertindak balas dengan berusaha untuk mengenal pasti rangsangan luar yang telah bertindak balas dengan deria. Seterusnya, otak akan menukarkan rangsangan ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah ada dalam ingatan atau simpanan memori. Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental manusia yang berupaya menyelesaikan masalah atau konflik dalam berbagai- bagai kemahiran berfikir. Pemikiran terbahagi kepada 7 jenis iaitu asosiatif, berpandu, kritis, penaakulan, induktif, deduktif, dan kreatif. Dalam aktiviti pemikiran, bidang yang berkaitan dengannya adalah kognitif komunikasi, tanggapan, pengingatan dan juga bahasa. Secara menyeluruh, pemikiran hanya dapat dimaksudkan melalui bahasa. Melalui teori relativiti bahasa (Whorf, 1956) di dalam Tim O „ Sullivan et al.(1996) menyatakan bahawa bahasa berkepentingan dalam menentukan pemikiran. Pemikiran mempunyai konsep asas yang menjadi turutan dalam aliran pemikiran iaitu terbahagi kepada cabang- cabang tertentu. Antaranya ialah meneruskan, menghubungkan, pergerakan, seterusnya masalah dan pertanyaan. Di dalam cabang masalah dan pertanyaan mempunyai aturan asas yang menyatakan tentang mendahului, destinasi yang diketahui dan yang tidak diketahui, serta kata- kata kabur. Sebagai ringkasan, pemikiran ialah satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar. 1
  • 2. sssdsfdsgdgf Input Memproses Output Apakah perkara- Bagaimana kita Jawapan- perkara yang kita memikirkannya? jawapan yang fikirkan? diperoleh (Operasi) (Kandungan) (Hasil) Rajah 1: Konsep Pemikiran. KOMUNIKASI Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan “communicare” yang berasal daripada kata Latin memberi makna penyertaan atau pemberitahuan. Menurut perkataan “communis” pula membawa pengertian milik bersama atau berlaku di mana- mana. Komunikasi secara umumnya menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok serta sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi ini lebih menjurus kepada soal sosial. Pemahaman umum mengenai komunikasi mempunyai 3 cabang pemahaman iaitu pertama, komunikasi sebagai tindakan satu arah. Hal ini mendefinisikan isyarat komunikasi sebagai semua kegiatan yang dilakukan seseorang untuk menyampaikan rangsangan untuk membangkitkan tindak balas orang lain. Pandangan ini menekankan pemboleh ubah tertentu seperti kandungan mesej, cara penyampaian mesej dan daya pemujukan. Kedua, komunikasi sebagai interaksi. Dalam pandangan ini, komunikasi menyamakan komunikasi dengan suatu 2
  • 3. proses sebab-akibat atau aksi-reaksi, yang arahnya sentiasa berubah. Seseorang menyampaikan maklumat melalui 2 cara iaitu secara verbal atau tidak verbal. Manakala mesej yang diterima oleh pendengar juga diterima dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Salah satu unsur yang ditambahkan dalam cabang komunikasi ini adalah tindak balas daripada respon (feed back), iaitu mesej yang disampaiakn oleh pemberi maklumat kepada penerima maklumat atau mesej, juga dikenali sebagai pendengar; menyampaiakn pula kepada sumber mesej yang lain lalu melihat tindak balas yang diberikan. Tindak balas yang ditunjukkan oleh penerima maklumat memberi petunjuk sama ada pemberi maklumat menyampaikan maklumat dengan berkesan atau tidak. Ketiga, komunikasi bertindak sebagai transaksi. Dalam konteks ini komunikasi adalah suatu proses personal kerana makna atau pemahaman yang kita peroleh pada dasarnya bersifat peribadi. Pandangan ini mengisyaratkan bahawa komunikasi pada dasarnya adalah suatu proses dinamik yang berkesinambungan mengubah pihak-pihak yang terlibat dalam komunikasi. Orang-orang yang berkomunikasi dianggap sebagai komunikator yang secara aktif menghantar dan mentafsir maklumat atau mesej. Setiap pihak dianggap sumber sekaligus juga sebagai penerima mesej. Secara ringkas, komunikasi di atas menunjukkan terdapat komponen- komponen yang terlibat secara langsung dalam komunikasi iaitu, pertama ialah komunikator merupakan individu yang menyampaikan maklumat atau mesej kepada individu yang lain. Kedua, kandungan mesej yang dibawa oleh penyampai mesej. Ketiga, media iaitu medan untuk komunikator gunakan sama ada saluran tertentu untuk menyokong keberkesanan penyampaian maklumat kepada para pendengar atau penerima. Keempat adalah penerima mesej atau maklumat. Seterusnya yang terakhir ialah kesan atau tindak balas atau juga dikenali sebagai feed back yang melihat keberkesanan maklumat yang disampaikan. TEORI- TEORI PEMIKIRAN Terdapat beberapa tokoh yang membincangkan mengenai teori pemikiran antaranya ialah Roger Sperry. Edward de Bono, Haward Gardner,Imam Al Ghazali, Kirby dan Goodpastar.Roger Sperry telah menyatakan bahawa di dalam otak manusia terdapat dua bahagian iaitu hemisfera otak kiri(HOKi) dan hemisfera otak kanan(HOKa). Sekiranya 3
  • 4. hemisfera otak kiri tercedera,maka bahagian kanan badan akan menjadi lumpuh. Begitu juga dengan hemisfera otak kanan yang tercedera akan menyebabkan badan menjadi lumpuh di bahagian kiri. Jadi,hemisfera otak masing-masing mengawal bahagian badan yang berlawanan. Menurutnya,hemisfera otak kiri berfungsi untuk bahasa iaitu dalam penulisan dan lisan,logik,matematik, dan sains. Sementara itu,hemisfera otak kanan berfungsi untuk perhubungan ruang,pemikiran kreatif,fantasi,seni dan apresiasi muzik. Kedua-dua hemisfera ini juga mempunyai cara pemprosesan maklumat yang berbeza. Hemisfera otak kiri memproses maklumat secara berturutan manakala hemisfera otak kanan memproses maklumat secara keseluruhan. Walaupun,hemisfera otak kanan dan kiri mempunyai kebolehan untuk memproses maklumat dengan berlainan tetapi kedua-dua hemisfera ini bersama-sama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian. Menurut kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa perkembangan otak manusia meningkat pada masa yang berlainan berdasarkan kepada perkembangan hemisfera otak yang berlainan. Pada peringkat kanak-kanak iaitu diantara umur 3-6 tahun,perkembangan bahasa yang berada di hemisfera otak kiri berlaku dengan pantas. Pada peringkat umur diantara 8-10 tahun pula,berlaku perkembangan dalam kemahiran ruang seperti melukis,mencari arah dan mengenali bentuk- bentuk geometri. Haward Gardner pula telah mengemukakan teori pelbagai kecerdasan atau di kenali sebagai MI (Multiple Intelligences). Beliau mengatakan bahawa manusia memiliki 7 kecerdasan yang berlaianan iaitu kecerdasan muzik, kinestatik ,matematik-logik, linguistik, visual-spatial, interpersonal dan intrapersonal. Kecerdasan muzik ialah keupayaan individu dalam mengesan dan mengenal irama lagu. Individu ini juga dapat membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam bentuk melodi yang mudah. Kinestatik pula ialah kebolehan individu mengeluarkan idea, meluahkan perasaan dan menyelesaikan menggunakan anggota badan. Matematik –logik pula merupakan kebolehan seseorang itu menggunakan nombor secara berkesan dan pandai berhujah. Individu ini juga berupaya untuk menjangka. Seterusnya,linguistik ialah keupayaan seseorang untuk menggunakan kata-kata dalam bentuk lisan dan penulisan secara berkesan. Individu juga mudah untuk mengingati maklumat. Visual –spatial ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,ruang,warna dan garisan. Kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan individu untuk memahami perasaan,hasrat dan tabiat individu lain. Intrapersonal ialah kebolehan untuk memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan,hasrat dan kehendak. 4
  • 5. Kemahiran intrapersonal ini dapat membantu menangani perasaan marah atau sedih. Individu ini juga berkemampuan untuk membuat refleksi sendiri. Imam Al-Ghazali pula menyatakan bahawa akal manusia sangat terbatas,terutamanya pada perkara-perkara agama, akhlak, dan perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh, akhirat, aqidah, hikmah, amal ibadat dan sebagainya. Menurutnya,hubungan antara akal dan pancaindera dilihat dari dua aspek. Pertamanya akal perlu membebaskan diri daripada pengaruh pancaindera. Sebagai contoh,angan-angan dan khayalan akibat daripada penggunaan pancaindera. Keduanya,akal memerlukan pancaindera untuk berfikir tentang pengiraan,fikiran,hafalan dan ingatan. Al-Ghazali telah membuat perbandingan antara akal dan pancaindera. Menurutnya,akal lebih berautoriti berbanding dengan pancaindera untuk mendapatkan kebenaran dan ilmu. Edward de Bono pula mengatakan terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral. Beliau berkata kita perlu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berfikir daripada pelbagai perspektif. Beliau telah memperkenalkan progam CoRT(cognitive research trust). Program ini mempunyai 6 bahagian iaitu pertamanya;keluasan persepsi, kedua;organisasi proses berfikir,ketiga;interaksi,argument dan pemikiran kritis,keempat;pemikiran kreatif, kelima;maklumat dan perasaan dan keenam, ialah tindakan. Pemikiran CoRT melibatkan teknik-teknik seperti PMI(plus,minus interesting)iaitu setiap masalah itu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu kelemahan dan kekuatan masalah sebelum mengambil sebarang keputusan. Seterusnya,mengambil kira semua faktor iaitu setiap keputusan yang dibuat perlu melihat semua perkara kerana melibatkan orang lain dan masyarakat. Oleh itu,kita perlu mengemukakan pelbagai pilihan untuk membuat keputusan. Seterusnya untuk mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir jauh. Hal ini kerana keputusan yang diambil melibatkan kesan masa pendek dan panjang. Selain itu juga,kepentingan utama di gunakan dalam pemikiran CoRT. Dalam teknik ini kita disaranakan untuk berfikir perkara yang lebih penting dahulu berbanding perkara-perkara yang kurang penting. Kirby dan Goodpastar pula menekankan bahawa kesilapan manusia berfikir. Menurut mereka, manusia sentiasa berfikir dalam keadaan emosi . Mereka telah menyenaraikan lima kesilapan manusia berfikir. Pertamanya,memperibadikan sesuatu iaitu dikenali sebagai pemikiran egosentrik. Individu ini melihat perkara-perkara yang terjadi berkaitan dengan sekelilingnya. Seterusnya,pemikiran berpolar. Pemikiran berpolar ini juga dikenali sebagai 5
  • 6. hitam putih atau dikotomi. Pemikiran hitam putih ini melibatkan individu yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya sehingga tidak dapat melihat perkara yang positif dalam diri mereka. Ketiga,kesimpulan yang melampau. Individu ini membuat konklusi berdasarkan kejadian berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh,pelajar yang gagal akan menganggap dirinya gagal selamanya. Keempat,membesar-besarkan sesuatu. Individu ini cenderung melihat sesuatu yang telah berlaku daripada perseptif yang sentiasa negatif. Kelima,abstrak selektif iaitu kesilapan berfikir apabila seseorang individu tersebut terlalu fokus pada sesuatu perkara sehingga menghiraukan gambaran yang menyeluruh. JENIS-JENIS PEMIKIRAN Menurut Ruggiero ( 1984) yang diterjemah oleh Ishak Ramly ( 2005 : 155) mentakrifkan berfikir sebagai “aktiviti mental yang mengeluarkan idea, menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan ataupun memenuhi kehendak untuk memahami”. Hal ini bermakna pemikiran merupakan proses minda yang bertujuan mencari makna dan pemahaman bagi sesuatu perkara, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat refleksi dan penerokaan terhadap sesuatu idea atau hujah. Pemikiran juga merujuk kepada proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Pemikiran juga adalah aktiviti yang dilakukan hampir setiap masa. 6
  • 7. rangsangan Rajah 1 : Model Memproses Maklumat- Proses Berfikir Sumber : Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003 :102) Model di atas menunjukkan maklumat yang diproses dalam otak semasa proses berfikir berlaku. Semasa proses berfikir, maklumat atau rangsangan yang diterima akan diproses ingatan sensori. Ingatan sensori merupakan ingatan jangka pendek yang wujud dalam deria manusia yang tidak hilang serta-merta. Seterusnya maklumat akan di hantar ke ingatan jangka pendek untuk diproses, disusun, di tapis dan disintesiskan sebelum di hantar ke maklumat jangka panjang, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003 :102). Pemikiran terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif, pemikiran logik, pemikiran positif dan pemikiran negatif. i) Pemikiran Kritis 7
  • 8. Menurut kamus dewan edisi ke tiga (1996: m/s). Kritis merujuk kepada menimbang baik buruk sesuatu perkara dengan teliti dan bersifat mengkritik dengan tidak menerima atau mempersetujui sesuatu perkara begitu sahaja dengan sebulat- bulatnya. Jadi, pemikiran kritis boleh dianggap sebagai cara berfikir yang dilakukan dengan membuat penimbangan dan penelitian dalam semua aspek dalam membuat sesuatu keputusan. Mohd Michael Abdullah (2007:3) mendefinisikan kritis sebagai penimbangan baik atau buruk sesuatu perkara, kebenarannya, kejelasan bahasa dan susunan hujah. Pemikiran kritis bertujuan untuk mengajar kaedah-kaedah pemikiran agar dapat berhujah dengan lebih berkesan. Aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran kritis adalah dalam aspek penghujahan. Individu yang mempunyai pemikiran kritis ini sering di kaitkan dengan individu yang lantang bersuara dan mengutamakan pendapat. Individu ini biasanya mampu berhujah dengan baik dan berfikir secara wajar dan relevan. Dewey (1933) yang dipetik oleh Azizi Yahaya (2005:209) mendefinisikan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif iaitu berfikir secara mendalam dan membuat pertimbangan yang serius dalam sesuatu perkara. Jelasnya, individu ini dapat berfikir secara tenang dan tidak tergopoh- gapah dalam membuat sebarang pertimbangan dan mereka akan memikirkan segala keburukan dan kebaikan yang akan diterima sekiranya membuat sesuatu keputusan. Pemikiran kritis dapatlah didefinisikan sebagai pemikiran yang kritikal dan analitikal. ii) Pemikiran Kreatif Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menghasilkan idea yang bernas. Ishak Ramly (2005: 158 ) pula menyatakan pemikiran kreatif merujuk kepada penekanan pada kecekapan dan keupayaan menggunakan minda bagi “menghasilkan idea yang baru, pelbagai, asli, luar biasa, provokatif, mencabar, tepat, jelas dan memberi pertimbangan pada penerokaan dan penemuan penciptaan yang lebih luas dan terbuka”. Hal ini menjadikan individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dapat merencana dan membuat keputusan bagi menghasilkan pelbagai idea yang baru. Kebiasaannya individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif ini juga mempunyai banyak idea-idea dan mampu menghuraikan idea mereka secara terperinci dan logik. Menurut Maimunah Osman (2005:1 ), pemikiran kreatif adalah keupayaan untuk menjana dan merealisasikan idea-idea baru. Ia juga melibatkan minda untuk memberi beberapa cara lain yang tidak bergantung pada kebiasaan. Individu yang mempunyai pemikiran sebegini 8
  • 9. mempunyai keupayaan untuk melihat sesuatu dari sudut yang berbeza dari orang lain. Mereka juga bersifat positif , membina dan dapat melakukan sesuatu kerja dengan pelbagai cara untuk memberi makna pada kerja tersebut. Pemikiran kreatif juga memperlihatkan keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut atau perspektif yang lebih luas. Keupayaan inilah yang akan mewujudkan daya kreativiti seseorang dalam menyelesaikan masalah, penambahbaikan, produktiviti, keberkesanan dan value added. iii) Pemikiran Logik Ishak Ramly (2005: 159) menyatakan perkataan logik berasal dari Yunani yang bermaksud akal hujah. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1996: m/s) logik bermaksud dapat diterima akal, masuk di akal atau munasabah. Jadi, pemikiran logik dapat diklasifikasikan sebagai hujahan yang dapat diterima oleh akal. Pemikiran logik juga dikenali sebagai pemikiran penaakulan.Logik pula terbagi kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif. a) Logik Induktif Induktif juga dikenali sebagai eg- rule-method iaitu bermula daripada spesifik kepada am atau contoh kepada prinsip, (Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim ,2003: 108). b) Logik Deduktif Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003: 108) menyatakan pemikiran deduktif juga dikenali sebagai rule- eg-method iaitu pemikiran yang berbentuk contoh atau am kepada sesuatu yang spesifik. Hal ini bermakna induktif adalah pemikiran yang berbentuk khusus kepada umum manakala sebaliknya deduktif berbentuk umum kepada khusus. iv) Pemikiran Positif Pemikiran positif apabila seseorang melihat sesuatu perkara atau longgokan idea dari pelbagai aspek kebaikan dan faedah. Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya, namun individu yang berfikiran positif akan melihat kepada kelebihan dan faedah yang dapat dicapai sekiranya sesuatu perkara di laksanakan dan berusaha menghadapi dan menyelesaikan rintangan ataupun halangan dalam melaksanakan perkara tersebut. Hal ini bermakna individu yang berfikiran positif ini mempunyai sifat yang optimis dan mahu maju 9
  • 10. dan berjaya (Ishak Ramly, 2005:157 ). Sebagai contoh ahli perniagaan. Individu yang terlibat dalam perniagaan berisiko untuk memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian. Sekiranya seseorang individu mempunyai pemikiran yang positif, mereka akan mampu menghadapi segala risiko yang mendatang kerana mereka mempunyai motivasi yang positif dan yakin mereka mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Mereka juga tidak akan mudah berputus asa. Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006:34) berpendapat pemikiran positif bukan sifat semula jadi manusia dan sebaliknya pemikiran negatif adalah sifat semula jadi manusia kerana kesilapan, kesalahan, masalah, bahaya dan risiko dalam kehidupan memberi impak yang besar kepada pemikir. Oleh itu bagi memupuk kemahiran berfikir secara positif, ia perlu dilakukan secara sedar dan berniat. Individu perlu yakin dengan setiap perkara, benda atau kejadian mempunyai kebaikan dan setiap masalah juga boleh di selesaikan. Individu yang sentiasa berfikiran positif pasti dapat mencari pelbagai alasan yang logik dan dapat melaksanakan segala perancangan dengan berjaya dan menguntungkan. v) Pemikiran Negatif Ishak Ramly (2005:158 ) berpendapat, individu yang mempunyai pemikiran negatif banyak memikirkan mengenai keburukan, bahaya, risiko dan masalah apabila ingin melakukan sesuatu perkara. Individu yang terlalu berfikiran negatif akan membunuh kreativiti dan sering menolak idea baru. Hal ini kerana mereka sering melihat idea baru itu dari sudut kelemahannya sahaja. Mereka juga sering meramalkan masalah yang timbul sekiranya idea baru tersebut di laksanakan. Namun begitu, pemikiran negatif juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Faedahnya adalah mereka dapat menyediakan pelan darurat dan kecemasan bagi kemungkinan- kemungkinan yang di luar jangkaan. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindar masalah yang diramal akan berlaku. Pemikiran positif mengandaikan sesuatu yang dirancang akan berjalan lancar dan tiada sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun pada hakikatnya, risiko, bahaya dan kesilapan banyak terjadi. Oleh itu, pemikiran yang negatif juga perlu dalam meramal perkara yang akan berlaku dan mencari jalan untuk mengatasi atau menghindari masalah tersebut. 10
  • 11. GAYA PEMIKIRAN MEMPENGARUHI CARA DAN GAYA KOMUNIKASI ANTARA MANUSIA Gaya- gaya pemikiran yang terbentuk dalam komunikasi tertentu banyak mempengaruhi komunikasi yang berlaku antara manusia. Komunikasi antara manusia merangkumi tujuan komunikasi, isian komunikasi atau maklumat, dan kriteria hubungan baik iaitu keputusan yang dicapai sesama sendiri. Sebagai contoh yang jelas, dalam komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang memerlukan orang yang berkomunikasi mempunyai lebih dari dua orang atau lebih. Menurut R.Wayne Pace di dalam Khairuddinuad, mengatakan bahawa komunikasi interpersonal adalah proses komunikasi yang berlangsung antara dua orang atau lebih secara bersemuka. Komunikasi ini berlaku secara kontekstual bergantung kepada keadaan, budaya, dan juga konteks psikologi. Cara dan bentuk interaksi antara individu akan tercorak mengikut keadaan ini. Hal yang demikian, untuk memastikan keberkesanan dalam sesuatu komunikasi, pemikiran yang positif amat diperlukan. Dalam konsep komunikasi ini, rasa percaya (trust) adalah diperlukan. Apabila seseorang mempunyai perasaan bahawa dirinya tidak akan dipergunakan oleh orang lain, tidak akan dikhianati, maka seseorang itu akan lebih mudah untuk membenarkan dirinya menyertai sesuatu komunikasi dan seterusnya menjadikan komunikasi itu berkesan. Rasa percaya pada orang lain akan wujud melalui faktor- faktor seperti perilaku dan maksud orang lain, hubungan kekuasaan, dan kualiti komunikasi serta sifat terbuka. Melalui perilaku dan maksud orang lain, dapat dilihat dengan lebih jelas apabila orang yang berkomunikasi memiliki kemampuan, keterampilan, pengalaman dalam bidang yang diperkatakan, serta mempunyai sifat- sifat yang dapat diduga, diandaikan, jujur, dan konsisten. Berdasarkan hubungan kekuasaan, lebih jelas dapat diberikan contoh ialah seorang ketua. Ketua merupakan orang yang mengetuai sesuatu kumpulan atau organisasi. Hal yang demikian, apabila seseorang ketua mempunyai kuasa terhadap orang lain, maka orang yang mendengar atau menerima maklumat akan mematuhi dan mengikuti arahan yang diberikan. Hal ini menunjukkan komunikasi adalah berkesan. Melalui kualiti komunikasi dan sifat terbuka, pula merupakan kepakaran individu yang menyampaikan maklumat dengan jelas beserta harapan yang tinggi, maka menyusulnya adalah rasa percaya yang tinggi. Seterusnya keberkesanan komunikasi dapat dicapai. Hal ini akan menimbulkan rasa percaya yang tinggi 11
  • 12. kepada mereka yang mendengar dengan pemikiran yang positif pada peringkat permulaan lagi. Dalam komunikasi yang lancer dan berkesan, perilaku menyokong (supportif) mestilah diwujudkan. Perilaku menyokong mempunyai pelbagai ciri atau indikator. Antaranya ialah evaluasi dan deskripsi, orientasi masalah serta spontan. Dalam konteks ini, pemikiran kritis adalah faktor mempengaruhi gaya komunikasi antara manusia lain. Pemikiran kritis menjadikan komunikasi lebih terbuka dalam menerima sesuatu idea, disamping cuba mempertimbangkan semula, menganalisa secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut. Selain itu, mampu mencerna beberapa idea dan konsep baru. Dengan itu, pemikiran ini membolehkan menganalisa hujah yang dinyatakan dalam komunikasi yang berlangsung sama ada hujah itu kuat atau lemah, teori berguna atau perlu menyangkalnya. Seterusnya membolehkan para komunikator berhujah dengan berkesan, baik dan lengkap bagi mencapai keberkesanan komunikasi. Melalui indikator evaluasi dan diskripsi; sebarang komunikasi yang berlangsung, penerima mesej atau pendengar tidak perlu memberikan kecaman atas kelemahan dan kekurangan yang dikesan. Sebaliknya pemikiran yang kritis itu mampu menyangkal dengan baik tanpa menyinggung perasaan orang lain. Dalam hal ini, cara komunikasi yang berlaku adalah berjaya kerana pendengar memahami apa- apa yang cuba disampaikan oleh komunikator. Tetapi sesuatu kesalahan yang dikesan tidak perlu ditegur secara langsung sebaliknya menukarkan cara berfikir supaya menukar persepsi pemahaman. Hal inilah yang mewujudkan pendengar menyumbangkan pemikiran kritis di dalam sesuatu komunikasi. Berdasarkan orientasi masalah pula; ketika berkomunikasi, para pendengar perlu menyumbang dalam sesuatu topik yang dibincangkan dengan memberikan idea kritis supaya berusaha untuk bekerjasama antara satu sama lain, mencari penyelesaian masalah atau membahagikan tugas untuk mencerna masalah seterusnya mengajak orang lain bersama- sama menetapkan tujuan dan menentukan cara mencapai tujuan yang dikehendaki. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran kritis yang disumbangkan dapat mengukur keberkesanan komunikasi antara manusia. Selain itu, sifat spontan adalah cabang sokongan kepada corak komunikasi kerana sifat spontan adalah lebih jujur dan telus tanpa dibayangi perasaan hipokrit. Sebelum sifat spontan diaplikasikan dalam sesuatu komunikasi, berfikir secara kritis terlebih dahulu mampu menyelamatkan keadaan. 12
  • 13. Dalam konteks persepsi interpersonal, menyatakan bahawa komunikasi yang dijalankan memberi makna kepada pemboleh ubah yang jelas atau mentafsir maklumat secara jelas. Persepsi ini diwujudkan dalam komunikasi sama ada daripada sumber kepada penerima atau daripada penerima kepada sumber dalam bentuk verbal atau tidak verbal. Dalam hal ini, pengaruh yang kuat terhadap persepsi perlu diperhalusi kerana mampu menggagalkan sesuatu penyampaian maklumat. Dengan itu, pemikiran yang logikal diperlukan untuk merungkai maklumat yang diterima sama ada sahih atau tidak. Melalui Edward de Bono di dalam Dr. Sidek Baba, menyatakan bahawa pemikiran logikal adalah cara menjana maklumat atau idea daripada sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain. Dalam erti kata lain, komunikasi yang berkesan adalah dapat diwujudkan melalui pemikiran ini dengan menjurus persepsi yang positif kerana maklumat yang diterima atau dijana adalah daripada sumber yang sahih dan data yang tepat. KESIMPULAN Pemikiran dan komunikasi mempunyai perkaitan yang menyumbang kepada sesuatu penyampaian maklumat kepada individu lain atau sesama manusia. Tidak kiralah pemikiran itu bermula daripada sumber kepada pendengar atau pendengar kepada sumber. Manusia itu adalah orang yang tidak pernah terkecuali daripada berfikir. Namun begitu, pemikiran itu yang membezakan sesama mereka. Pemikiran matang dan profesional adalah pemikiran yang disesuaikan dengan sesuatu keadaan dan persekitaran komunikasi. Hal ini mampu menjaga hasil atau keberkesanan sesuatu penyampaian maklumat. Hal yang demikian mampu mengelakkan sesuatu masalah timbul yang akan menjejaskan kelangsungan penyampaian maklumat seperti salah faham, ketidakpercayaan, bersikap tertutup dan sebagainya. Pelbagai jenis pemikiran yang timbul dalam diri manusia mampu ditangani dengan bijak dari segi penggunaannya, gaya, dan juga cara berfikir. Cara komunikasi yang berlangsung sama ada terbuka, tertutup, mendatar dan sebagainya dipengaruhi secara langsung oleh jenis dan gaya pemikiran. Sesungguhnya pemikiran manusia itu bukanlah sesuatu yang terbatas dan tiada had tertentu tetapi bergantung kepada individu tersebut untuk menggunakannya dengan cara yang bagaimana. 13
  • 14. BIBLIOGRAFI Abdul Mua‟ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Salam Haji Yussof,(2003).Imam Al- Ghazali Pendidikan Berkesan.Kuala Lumpur:Utusan Publications Ainon binti Mohd dan Abdullah bin Hasan (2006). Belajar berfikir. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd. Astrid S. Susanto. (1987). Komunikasi: teori dan praktis. Indonesia. Penerbit Binacipta 1977. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya .(2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Snd. Bhd Azlena binti Zainal & Munir bin Shuib, (2003) .Meningkatkan Potensi Minda.Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. De Bono, E. (2001). Pemikiran praktikal: membincangkan cara- cara praktikal bagi pemikiran yang betul. Kuala Lumpur. Golden Books Centre Sdn. Bhd. http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-logikal.html (Diperoleh pada 23/11/2011) http://jacs-inspiration.blogspot.com/2009/08/konsep-pemikiran.html (Diperoleh pada 21/11/2011) http://khairuddinuad.files.wordpress.com/2011/03/komunikasiinterpersonal.ppt (Diperoleh pada 23/11/2011) http://wahyudiantoindra.multiply.com/journal/item/3 (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www.angelfire.com/wa/anis/pkritis.html (Diperoleh pada 23/11/2011) http://www.scribd.com/doc/14585387/Pemikiran-Dan-Gaya-Pembelajaran (Diperoleh pada 21/11/2011) http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran (Diperoleh pada 21/11/2011) Ishak Ramly. (2005). Pemikiran dan kurikulum Inilah kurikulum sekolah. (Hlm 135-176). Diperoleh pada November 2011, 24 daripada : 14
  • 15. http://books.google.com.my/books?id=8zBfe- dLNZQC&pg=PA156&dq=john+barell+1991_+pemikiran&hl=en&ei=_aDNTuHJBIr4rQetu Nn5DA&sa=X&oi=book_result&ct=book- thumbnail&resnum=1&ved=0CDMQ6wEwAA#v=onepage&q=john%20barell%201991- %20pemikiran&f=false. Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim,(2006) Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Mahani Razali, Ramlah Jantan dan Shahabuddin Hashim (2003). Jenis-jenis pemikiran. Psikologi pendidikan. (hlm 101-114).Selangor : Nightingle Printing Snd Bhd. Maimunah Osman. (2005). Pemikiran kreatif. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Mohd. Michael Abdullah. (1995). Pemikiran kristis. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mokhtar Muhammad. (2004). Komunikasi dan perubahan. Selangor Darul Ehsan. UPENA UiTM. O‟ Sullivan, T. Saunders, D. Hartley, J. Fiske, J. (1996). Konsep penting dalam komunikasi. London. Routledge. Poh Swee Hiang, (2000).KBKK Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis.Selangor:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Salhah Abdullah,(2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Samsuddin A. Rahim. (1997). Komunikasi asas. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Severin, J. W dan Tankard Jr, W. J. (1988). Teori komunikasi. New York. Communication Arts Books. 15