SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
1.0 PENGENALAN

Peringkat remaja merupakan satu zaman dalam kehidupan seseorang yang penuh dengan
cabaran dan dikenali juga sebagai zaman yang penuh dnegan gelora dan stres. Oleh itu,
persediaan ke alam dewasa dan pekerjaan memerlukan remaja mempunyai pendidikan formal
yang lebih tinggi. Remaja turut berhadapan dengan berbagai masalah berkaitan pembelajaran
yang menggugat ke arah matlamat alam dewasa. Perkembangan dalam kehidupan seseorang
boleh dilihat dalam pelbagai perspektif iaitu fizikal dan motor, kognitif dan intelektual serta
sosial dan emosi. Secara umumnya, peringkat remaja merupakan permulaan pemikiran
formal dan ketika ini mereka berupaya menguasai pemikiran kreatif, kritis dan penyelesaian
masalah. Perkembangan sosial dikatakan sebagai perhubungan antara seseorang dengan
seseorang yang lain manakala perkembangan emosi pula berkaitan dengan perasaan
seseorang sama ada sedih, marah, gembira dan sebagainya.

       Menurut Suizzo (2000), beliau mengatakan bahawa fungsi kognitif dan fungsi emosi
dalam perkembangan kanak-kanak dan remaja saling bertindak ke atas satu sama lain yang
akan meningkatkan keupayaan mereka untuk memikirkan dan memahami emosi mereka,
mempertimbang perspektif orang lain dan mengelak atau merancang tindakan mereka.
Kawalan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mengawal sebaiknya
tindak balas emosinya dalam konteks neurophysiological dan biochemical, tingkah laku dan
kognitif (Bennathan, 1992). Keadaan emosi kanak-kanak dan remaja perlu difahami oleh ibu
bapa dan guru. Menurut Bennathan lagi, kanak-kanak tidak ke sekolah atas sebab
pengalaman dan sikap yang sama dengan rakan-rakannya. Oleh itu, adalah menjadi suatu
yang kurang bijak bagi seseorang guru menanamkan dalam pemikirannya bahawa memahami
kurikulum adalah penting daripada memahami pelajarnya.

                                                                                             1
2.0 CADANGAN MENINGKATKAN PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DALAM
KALANGAN REMAJA

2.1 Peranan ibu bapa

       Ibu bapa adalah orang yang penting dalam kehidupan seseorang. Hurlock (1973)
berpendapat ibu bapa merupakan asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Cara
seseorang disosialisasikan oleh ibu bapa memberi kesan yang mendalam dalam
perkembangan sama ada amalan pemeliharaan anak ataupun cara mendisiplinkan anak, ia
amat mempengaruhi pembentukan personaliti mereka. Ibu bapa mempunyai tiga peranan
utama dengan anak remaja iaitu menyediakan keperluan asas, melindungi anak dan
membimbing dan menyokong perkembangan fizikal dan psikologi. Menurut kajian yang
pernah dibuat di luar negara menunjukkan terdapat beberapa ciri-ciri ibu bapa yang
diperlukan oleh mereka sebagai seorang remaja. Ibu bapa haruslah menunjukkan minat
kepada anak dan sentiasa ada apabila diperlukan, meluangkan masa untuk mendengar
masalah anak dan cuba memahami mereka, bercakap dengan mereka dan bukannya bercakap
kepada mereka, menunjukkan kasih sayang dan mempercayai serta menjangkakan yang
terbaik untuk mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu melayan mereka seperti orang dewasa
dan menunjukkan contoh yang baik serta dapat mendisiplinkan anak secara adil.

2.2 Peranan rakan sebaya

       Pengaruh rakan sebaya adalah kuat pada peringkat remaja dan ia amat penting dalam
perkembangan remaja. Keperluan kedua dalam model hirarki keperluan Maslow
menunjukkan keperluan kekitaan remaja dalam menjadi ahli kepada satu kumpulan rakan
sebaya dan diterima oleh mereka menunjukkan begitu kuat pengaruh rakan sebaya ini. Hal ini
menunjukkan bahawa remaja mahu mengidentifikasikan diri mereka dengan kumpulan rakan
sebaya dan mahu diterima oleh kumpulan tersebut. Sahabat handai memainkan peranan
penting dalam pembentukan personaliti dan sosial yang sihat. Selain itu, mereka juga menjadi
tempat untuk meluahkan perasaan suka dan duka, seseorang yang boleh menyimpan rahsia
dan berkongsi pengalaman dan juga dapat memberi sokongan moral apabila diperlukan.
Ormrod (1998) mengatakan bahawa hubungan rakan sebaya menghasilkan sekurang-
kurangnya tiga perkara penting iaitu sokongan emosi, informasi mengenai tingkah laku dan
nilai yang sesuai, dan arena untuk perkembangan kemahiran bersosial.

                                                                                          2
2.3 Peranan guru

Guru memainkan peranan penting apabila persekitaran rumah dan keluarga gagal
menyediakan suasana yang menyumbang kepada pelindung kepada diri remaja. Guru-guru di
sekolah yang mampu mewujudkan hubungan yang penyayang, jangkaan yang tinggi dan
peluang untuk pelajar mengambil bahagian akan melahirkan ciri-ciri remaja resilient
(Bernard & Marshall. 1997). Resilient atau ketahanan diri secara menyeluruh adalah lebih
penting dan merupakan salah satu cara yang dapat menyumbang ke arah perkembangan
sosioemosi yang sihat dalam menghadapi cabaran alaf baru ini.

       2.3.1 Hubungan yang penyayang

       Dalam satu teori psikologi perkembangan, salah satu daripada tugas utama remaja
ialah pencarian identiti (Woolfolk, 1998). Remaja kini sering berhadapan dengan krisis
identiti di mana mereka sudah mampu mempersoalkan kewujudan mereka. Hubungan yang
penyayang ini dapat diwujudkan dengan memberi perhatian, kasih sayang dan sokongan
yang konsisten untuk membina kepercayaan pelajar. Justeru itu, guru yang prihatin dapat
menjadi contoh terbaik kerana apabila persekitaran rumah dan keluarga gagal menyediakan
suasana harmoni, bertimbang rasa dan penyayang, ia dapat menyalurkan kefahaman,
penghormatan dan minat individu remaja.

       2.3.2 Jangkaan yang tinggi

       Guru harus menyemai sikap ‘saya boleh’ dalam pemikiran remaja dan diikuti strategi
untuk mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian akademik yang baik dapat diperoleh
apabila sekolah yang menentukan jangkaan yang tinggi dan strategi yang sesuai kerana ia
menjanjikan pelaburan yang tinggi daripada pelajar. Dapatan kajian yang dirumuskan
daripada oleh Cavington (1998) menunjukkan bahawa individu yang mempunyai keyakinan
terhadap diri sendiri mampu menghadapi masa depan dengan lebih berjaya walaupun mereka
kurang berkebolehan, berbanding dengan individu yang berkebolehan tetapi kurang yakin
akan kebolehan mereka.

                                                                                       3
2.3.3 Mewujudkan peluang untuk pelajar mengambil bahagian

       Guru harus memaksimumkan potensi individu dengan memberi perhatian terhadap
kekuatan yang ada dalam diri seseorang dan kurang memberi perhatian terhadap kelemahan
mereka. Di sekolah, penyediaan ruang bagi setiap pelajar menyumbang kepakaran mereka
sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum adalah perlu dan amat penting. Pelajar
yang tidak menyertai apa-apa aktiviti sekolah akan berasa terasing dan tersisih dari sekolah.
Guru harus terlebih dahulu percaya dan yakin bahawa setiap individu itu dilahirkan dengan
pelbagai potensi yang boleh dididik. Hal ini kerana, sesuatu perubahan itu mengambil masa
dan tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan melainkan dengan usaha.

3.0 KESIMPULAN

       Terdapat banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mempengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa, rakan sebaya, guru dan
persekitaran ternyata mempengaruhi pengaruh masing-masing dalam perkembangan
sosioemosi remaja. Setiap pihak harus bertanggungjawab untuk membimbing dan
membentuk remaja ini demi memastikan kesejahteraan sosioemosi mereka dapat dibina dan
dikekalkan. Isu mengenai perkembangan sosial dan emosi penting berkaitan kesejahteraan
hidup. Remaja yang gagal mengatasi kedua-dua isu ini berkemungkinan berhadapan dengan
beberapa masalah lain seperti cicir sekolah, menagih dadah dan terlibat dengan tinglah laku
delinkuen. Gangguan emosi pula dapat dilihat dalam pelbagai bentuk gangguan personaliti
seperti malu, mengasingkan diri, tidak yakin dan tingkah laku devian. Remaja yang resilient
mampu menghadapi segala kesukaran hidup dengan lebih berjaya, lantas menyumbang ke
arah perkembangan sosioemosi yang sihat.

                                                                                           4
4.0 RUJUKAN

Bennathan, M. (1992). The care and education of troubled children. Therapeutic Care and
       Education, 10 (1), 37-49

Bernard, B. & Marshall, K. (1997). A framework for practice: Tapping innate resilience.
       Research/Practice: Center for Applied Research and Educational Improvement, 5(1),
       University of Minnesota

Covington, M.V. (1998). The Will to Learn: A Guide for Motivating Young People.
       Cambridge: Cambridge University Press

Hurlock, E. (1973). Adolescent development. New York: McGraw Hill

Ormrod, J.E. (1998). Educational Psychology Developing Learners (2nd Ed.). Merill Prentice
       Hall

Suizzo, M.A. (2000) . The social-emotional development and cultural contexts of cognitive
       development: Neo-piagetian perspectives. Child Development. 71, 846-849

Woolfolk, A.E. (1998) .Educational Psychology (7th. Ed.). MA: Allyn and Bacon

                                                                                        5

More Related Content

What's hot

Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakArra Asri
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstSanta Barbara
 
Teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialTeori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialEric Adreec
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
What's hot (20)

Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 
Teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosialTeori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosial
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Viewers also liked

strawberry banana booster recipe
strawberry banana booster recipestrawberry banana booster recipe
strawberry banana booster recipeRaudah Azman
 
Terapi warna
Terapi warna Terapi warna
Terapi warna adzliana
 
penjelasan tentang warna merah
penjelasan tentang warna merahpenjelasan tentang warna merah
penjelasan tentang warna merahNirvana Julio
 
Rahsia Warna Kegemaran
Rahsia Warna KegemaranRahsia Warna Kegemaran
Rahsia Warna KegemaranRaudah Azman
 
Personaliti Warna
Personaliti WarnaPersonaliti Warna
Personaliti WarnaImsamad
 
Makanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu TradisionalMakanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu Tradisionalnurulhannah
 
Warna dan pakaian
Warna dan pakaianWarna dan pakaian
Warna dan pakaianRadz SL
 
Webridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフロー
Webridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフローWebridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフロー
Webridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフローKazumich YAMAMOTO
 
Nama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnya
Nama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnyaNama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnya
Nama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnyaTri Guru Oemar Bakrie
 
Lampiran A Surat Kebenaran
Lampiran A Surat KebenaranLampiran A Surat Kebenaran
Lampiran A Surat KebenaranAnisah Yong
 
Ppt warna
Ppt warnaPpt warna
Ppt warnaOlipp
 
PowerPoint Teori warna
PowerPoint Teori warna PowerPoint Teori warna
PowerPoint Teori warna Latif Ihfani
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personalitiMakhi Adnan
 
Viewers also liked (20)

Terapi warna
Terapi warnaTerapi warna
Terapi warna
 
strawberry banana booster recipe
strawberry banana booster recipestrawberry banana booster recipe
strawberry banana booster recipe
 
Terapi warna
Terapi warna Terapi warna
Terapi warna
 
penjelasan tentang warna merah
penjelasan tentang warna merahpenjelasan tentang warna merah
penjelasan tentang warna merah
 
Rahsia Warna Kegemaran
Rahsia Warna KegemaranRahsia Warna Kegemaran
Rahsia Warna Kegemaran
 
Chap 7 pengolahan warna
Chap 7 pengolahan warnaChap 7 pengolahan warna
Chap 7 pengolahan warna
 
Bugis
BugisBugis
Bugis
 
Personaliti Warna
Personaliti WarnaPersonaliti Warna
Personaliti Warna
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Makanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu TradisionalMakanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu Tradisional
 
Warna dan pakaian
Warna dan pakaianWarna dan pakaian
Warna dan pakaian
 
Webridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフロー
Webridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフローWebridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフロー
Webridge Meeting SP17 / a-blog cms 2.1を利用したWeb制作のワークフロー
 
Nama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnya
Nama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnyaNama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnya
Nama nama-warna-dalam-bahasa-indonesia-beserta-gambarnya
 
Teknik pewarnaan kering
Teknik pewarnaan keringTeknik pewarnaan kering
Teknik pewarnaan kering
 
Lampiran A Surat Kebenaran
Lampiran A Surat KebenaranLampiran A Surat Kebenaran
Lampiran A Surat Kebenaran
 
Ppt warna
Ppt warnaPpt warna
Ppt warna
 
Warna
WarnaWarna
Warna
 
Teori warna & psikologis warna
Teori warna & psikologis warnaTeori warna & psikologis warna
Teori warna & psikologis warna
 
PowerPoint Teori warna
PowerPoint Teori warna PowerPoint Teori warna
PowerPoint Teori warna
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personaliti
 
Similar to REMaja dan PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...
HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...
HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...Indra Wijaya
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemmasriyah91
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisAfshan Mbo
 
Psikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganPsikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganAli Murfi
 
Psikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganPsikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganAli Murfhy
 
.Mka lah psikoper zachura,,
.Mka lah psikoper zachura,, .Mka lah psikoper zachura,,
.Mka lah psikoper zachura,, Arieny HarUno
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...Nurul Hazanah
 
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)Yeti Rohayati
 
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakPerkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakM N Habibah
 
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifOpen University Malaysia
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Rahmat Saputra
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individufara dillah
 
Similar to REMaja dan PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI (20)

HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...
HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...
HUBUNGAN KOMUNIKASI DALAM KELUARGA DENGAN TINGKAT KEPERCAYAAN DIRI PADA SISWA...
 
183 296-1-sm
183 296-1-sm183 296-1-sm
183 296-1-sm
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesis
 
Psikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganPsikologi Perkembangan
Psikologi Perkembangan
 
Psikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganPsikologi Perkembangan
Psikologi Perkembangan
 
.Mka lah psikoper zachura,,
.Mka lah psikoper zachura,, .Mka lah psikoper zachura,,
.Mka lah psikoper zachura,,
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Perkembangan Sosio Emosi
Perkembangan Sosio EmosiPerkembangan Sosio Emosi
Perkembangan Sosio Emosi
 
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
Paper Landasan Pendidikan: Landasan Psikologi dalam Pendidikan//Nurul Hasanah...
 
Artikel 10502105
Artikel 10502105Artikel 10502105
Artikel 10502105
 
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudinTd10003 latihan 1 jenry saiparudin
Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
 
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
Profil perkembangan masa remaja akhir (sma)
 
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakPerkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
 
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran AfektifHdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
Hdps 4103 Perancangan dan Pengajaran Afektif
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
 
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individuFaktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
Faktor faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
 
More from Awatif Atif

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and OrganisationAwatif Atif
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaAwatif Atif
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tuaAwatif Atif
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbangAwatif Atif
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananAwatif Atif
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungAwatif Atif
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototAwatif Atif
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularAwatif Atif
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorAwatif Atif
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusAwatif Atif
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionAwatif Atif
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIAwatif Atif
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Awatif Atif
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasarAwatif Atif
 
More from Awatif Atif (20)

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and Organisation
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tua
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandung
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktor
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury prevention
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasar
 
Recently uploaded

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Recently uploaded (20)

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
REMaja dan PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

  • 1. 1.0 PENGENALAN Peringkat remaja merupakan satu zaman dalam kehidupan seseorang yang penuh dengan cabaran dan dikenali juga sebagai zaman yang penuh dnegan gelora dan stres. Oleh itu, persediaan ke alam dewasa dan pekerjaan memerlukan remaja mempunyai pendidikan formal yang lebih tinggi. Remaja turut berhadapan dengan berbagai masalah berkaitan pembelajaran yang menggugat ke arah matlamat alam dewasa. Perkembangan dalam kehidupan seseorang boleh dilihat dalam pelbagai perspektif iaitu fizikal dan motor, kognitif dan intelektual serta sosial dan emosi. Secara umumnya, peringkat remaja merupakan permulaan pemikiran formal dan ketika ini mereka berupaya menguasai pemikiran kreatif, kritis dan penyelesaian masalah. Perkembangan sosial dikatakan sebagai perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain manakala perkembangan emosi pula berkaitan dengan perasaan seseorang sama ada sedih, marah, gembira dan sebagainya. Menurut Suizzo (2000), beliau mengatakan bahawa fungsi kognitif dan fungsi emosi dalam perkembangan kanak-kanak dan remaja saling bertindak ke atas satu sama lain yang akan meningkatkan keupayaan mereka untuk memikirkan dan memahami emosi mereka, mempertimbang perspektif orang lain dan mengelak atau merancang tindakan mereka. Kawalan emosi merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mengawal sebaiknya tindak balas emosinya dalam konteks neurophysiological dan biochemical, tingkah laku dan kognitif (Bennathan, 1992). Keadaan emosi kanak-kanak dan remaja perlu difahami oleh ibu bapa dan guru. Menurut Bennathan lagi, kanak-kanak tidak ke sekolah atas sebab pengalaman dan sikap yang sama dengan rakan-rakannya. Oleh itu, adalah menjadi suatu yang kurang bijak bagi seseorang guru menanamkan dalam pemikirannya bahawa memahami kurikulum adalah penting daripada memahami pelajarnya. 1
  • 2. 2.0 CADANGAN MENINGKATKAN PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DALAM KALANGAN REMAJA 2.1 Peranan ibu bapa Ibu bapa adalah orang yang penting dalam kehidupan seseorang. Hurlock (1973) berpendapat ibu bapa merupakan asas permulaan dalam pembentukan masyarakat. Cara seseorang disosialisasikan oleh ibu bapa memberi kesan yang mendalam dalam perkembangan sama ada amalan pemeliharaan anak ataupun cara mendisiplinkan anak, ia amat mempengaruhi pembentukan personaliti mereka. Ibu bapa mempunyai tiga peranan utama dengan anak remaja iaitu menyediakan keperluan asas, melindungi anak dan membimbing dan menyokong perkembangan fizikal dan psikologi. Menurut kajian yang pernah dibuat di luar negara menunjukkan terdapat beberapa ciri-ciri ibu bapa yang diperlukan oleh mereka sebagai seorang remaja. Ibu bapa haruslah menunjukkan minat kepada anak dan sentiasa ada apabila diperlukan, meluangkan masa untuk mendengar masalah anak dan cuba memahami mereka, bercakap dengan mereka dan bukannya bercakap kepada mereka, menunjukkan kasih sayang dan mempercayai serta menjangkakan yang terbaik untuk mereka. Disamping itu, ibu bapa perlu melayan mereka seperti orang dewasa dan menunjukkan contoh yang baik serta dapat mendisiplinkan anak secara adil. 2.2 Peranan rakan sebaya Pengaruh rakan sebaya adalah kuat pada peringkat remaja dan ia amat penting dalam perkembangan remaja. Keperluan kedua dalam model hirarki keperluan Maslow menunjukkan keperluan kekitaan remaja dalam menjadi ahli kepada satu kumpulan rakan sebaya dan diterima oleh mereka menunjukkan begitu kuat pengaruh rakan sebaya ini. Hal ini menunjukkan bahawa remaja mahu mengidentifikasikan diri mereka dengan kumpulan rakan sebaya dan mahu diterima oleh kumpulan tersebut. Sahabat handai memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti dan sosial yang sihat. Selain itu, mereka juga menjadi tempat untuk meluahkan perasaan suka dan duka, seseorang yang boleh menyimpan rahsia dan berkongsi pengalaman dan juga dapat memberi sokongan moral apabila diperlukan. Ormrod (1998) mengatakan bahawa hubungan rakan sebaya menghasilkan sekurang- kurangnya tiga perkara penting iaitu sokongan emosi, informasi mengenai tingkah laku dan nilai yang sesuai, dan arena untuk perkembangan kemahiran bersosial. 2
  • 3. 2.3 Peranan guru Guru memainkan peranan penting apabila persekitaran rumah dan keluarga gagal menyediakan suasana yang menyumbang kepada pelindung kepada diri remaja. Guru-guru di sekolah yang mampu mewujudkan hubungan yang penyayang, jangkaan yang tinggi dan peluang untuk pelajar mengambil bahagian akan melahirkan ciri-ciri remaja resilient (Bernard & Marshall. 1997). Resilient atau ketahanan diri secara menyeluruh adalah lebih penting dan merupakan salah satu cara yang dapat menyumbang ke arah perkembangan sosioemosi yang sihat dalam menghadapi cabaran alaf baru ini. 2.3.1 Hubungan yang penyayang Dalam satu teori psikologi perkembangan, salah satu daripada tugas utama remaja ialah pencarian identiti (Woolfolk, 1998). Remaja kini sering berhadapan dengan krisis identiti di mana mereka sudah mampu mempersoalkan kewujudan mereka. Hubungan yang penyayang ini dapat diwujudkan dengan memberi perhatian, kasih sayang dan sokongan yang konsisten untuk membina kepercayaan pelajar. Justeru itu, guru yang prihatin dapat menjadi contoh terbaik kerana apabila persekitaran rumah dan keluarga gagal menyediakan suasana harmoni, bertimbang rasa dan penyayang, ia dapat menyalurkan kefahaman, penghormatan dan minat individu remaja. 2.3.2 Jangkaan yang tinggi Guru harus menyemai sikap ‘saya boleh’ dalam pemikiran remaja dan diikuti strategi untuk mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian akademik yang baik dapat diperoleh apabila sekolah yang menentukan jangkaan yang tinggi dan strategi yang sesuai kerana ia menjanjikan pelaburan yang tinggi daripada pelajar. Dapatan kajian yang dirumuskan daripada oleh Cavington (1998) menunjukkan bahawa individu yang mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri mampu menghadapi masa depan dengan lebih berjaya walaupun mereka kurang berkebolehan, berbanding dengan individu yang berkebolehan tetapi kurang yakin akan kebolehan mereka. 3
  • 4. 2.3.3 Mewujudkan peluang untuk pelajar mengambil bahagian Guru harus memaksimumkan potensi individu dengan memberi perhatian terhadap kekuatan yang ada dalam diri seseorang dan kurang memberi perhatian terhadap kelemahan mereka. Di sekolah, penyediaan ruang bagi setiap pelajar menyumbang kepakaran mereka sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum adalah perlu dan amat penting. Pelajar yang tidak menyertai apa-apa aktiviti sekolah akan berasa terasing dan tersisih dari sekolah. Guru harus terlebih dahulu percaya dan yakin bahawa setiap individu itu dilahirkan dengan pelbagai potensi yang boleh dididik. Hal ini kerana, sesuatu perubahan itu mengambil masa dan tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan melainkan dengan usaha. 3.0 KESIMPULAN Terdapat banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan remaja. Ibu bapa, rakan sebaya, guru dan persekitaran ternyata mempengaruhi pengaruh masing-masing dalam perkembangan sosioemosi remaja. Setiap pihak harus bertanggungjawab untuk membimbing dan membentuk remaja ini demi memastikan kesejahteraan sosioemosi mereka dapat dibina dan dikekalkan. Isu mengenai perkembangan sosial dan emosi penting berkaitan kesejahteraan hidup. Remaja yang gagal mengatasi kedua-dua isu ini berkemungkinan berhadapan dengan beberapa masalah lain seperti cicir sekolah, menagih dadah dan terlibat dengan tinglah laku delinkuen. Gangguan emosi pula dapat dilihat dalam pelbagai bentuk gangguan personaliti seperti malu, mengasingkan diri, tidak yakin dan tingkah laku devian. Remaja yang resilient mampu menghadapi segala kesukaran hidup dengan lebih berjaya, lantas menyumbang ke arah perkembangan sosioemosi yang sihat. 4
  • 5. 4.0 RUJUKAN Bennathan, M. (1992). The care and education of troubled children. Therapeutic Care and Education, 10 (1), 37-49 Bernard, B. & Marshall, K. (1997). A framework for practice: Tapping innate resilience. Research/Practice: Center for Applied Research and Educational Improvement, 5(1), University of Minnesota Covington, M.V. (1998). The Will to Learn: A Guide for Motivating Young People. Cambridge: Cambridge University Press Hurlock, E. (1973). Adolescent development. New York: McGraw Hill Ormrod, J.E. (1998). Educational Psychology Developing Learners (2nd Ed.). Merill Prentice Hall Suizzo, M.A. (2000) . The social-emotional development and cultural contexts of cognitive development: Neo-piagetian perspectives. Child Development. 71, 846-849 Woolfolk, A.E. (1998) .Educational Psychology (7th. Ed.). MA: Allyn and Bacon 5