SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH JEAN PIAGET
NAMA AHLI : NOR AINI BINTI HASHIM
: NURFARHANAH BINTI AFENDY
: NUR KHAIRAH ASYIKIN BINTI KAMAL ARIFFIN
: YU SHU YUN
KOD KURSUS : ECS1313
NAMA KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PENDAHULUAN
Definisi Psikologi Pendidikan
‘Psiko’ sering dikaitkan dengan perasaan, jiwa, mental dan emosi. Psikologi pula
adalah kajian mengenai perasaan, jiwa, mental dan emosi. Kesemua takrifan itu adalah
persepsi pertama yang terlintas dalam pemikiran kita apabila mendengar perkataan-
perkataan tersebut. Bagaimanapun Kamus Dewan memberi maksud psikologi sebagai
kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan
manusia dan haiwan. Pola pemikiran dan perlakuan seseorang ataupun sesuatu kumpulan
tertentu dengan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Pada asasnya, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus
mempelajari, meneliti dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat dalm
proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh murid), tingkah laku mengajar
(oleh guru) dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan murid).
Menurut Arthur S. Reber (1998) menyatakan psikologi pendidikan adalah sebuah
sub disiplin ilmu psikologi yang berkaitan dengan teori dan masalah kependidikan yang
berguna dalam hal-hal seperti penerapan prinsip-prinsip belajar dalam kelas,
pengembangan dan pembaharuan kurikulum, ujian dan evaluasi bakat dan kemampuan,
sosialisasi dan interaksi proses-proses tersebut.
Definisi Perkembangan Kognitif
Menurut Suppiah Nachiappan et al., (2017), perkembangan kognitif merujuk
kepada perubahan dalam proses dan kemahiran mental mengikut kematangan fisiologi
dan pengalaman yang dialami sejak kecil lagi. Perubahan-perubahan ini berkait rapat
dengan interaksi antara genetik dan persekitaran.
Kognitif didefinisikan sebagai proses intelektual. Kognitif berkait rapat dengan
informasi yang diperoleh, ditukar, disimpan, dicungkil dan digunapakai (Lahey,2009).
Apabila meneliti definisi ini, kognitif merupakan suatu proses yang menterjemahkan
keadaan sekeliling kepada sesuatu yang boleh difahami melalui kognitif. Informasi yang
diperoleh setiap hari dari dunia luaran disimpan dalam minda. Apabila informasi
diperlukan, informasi akan dicungkil dan digunapakai pada masa yang diperlukan.
Informasi tidak akan bermakna jika informasi yang dismpan tidak dapat dicungkil pada
masa yang diperlukan. Jadi, setiap proses kognitif saling berhubung antara satu sama lain.
Pendekatan kognitif dipelopori oleh ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget,
Vygotsky, Gagne, Bruner and Ausebel. Menurut Goldstein (2011), kognitif merujuk
kepada dua fungsi. Fungsi pertama ialah, apa yang dilakukan oleh minda. Contohnya,
persepsi, fokus dan memori. Ini menggambarkan minda merupakan pusat utama dalam
menentukan kemampuan mental manusia dalam pelbagai aktiviti. Kedua, bagaimana
minda memproses aktiviti-aktiviti mental. Minda dilihat sebagai suatu sistem yang
mencipta gambaran dunia luar bagi membolehkan manusia bertindak untuk mencapai
maklamat hidup.
Terdapat beberapa aspek kognitif yang diketengahkan oleh Lahey (2009).
Pertama, kognitif melibatkan pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat adalah
penting untuk memberi makna kepada apa yang kita lihat, rasa dan buat. Berdasarkan
maklumat tersebut, kita bertindak dan memberi respon kepada alam sekitar. Kedua,
kognitif merupakan suatu proses yang aktif. Proses yang aktif diperoleh melalui
pancaindera (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit), ditukar melalui persepsi dan
pemikiran, disimpan dan dicungkil melalui proses memori dan digunapakai melalui
bahasa dan penyelesaian masalah. Otak memproses secara aktif maklumat yang diterima
dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Ketiga, kognitif adalah
berguna dan sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tanpa kognitif, kehidupan
menjadi tidak bermakna. Contohnya, apabila kita mahu berkomunikasi dengan orang
lain, kita menggunakan bahasa. Bahasa melibatkan proses kognitif. Apabila kita
mempunyai masalah, kita akan mencari penyelesaian melalui proses penyelesaian
masalah. Penyelesaian masalah melibatkan proses kognitif.
Perkembangan kognitif berbeza mengikut umur seseorang. Seperti fizikal, proses
mental dikembangkan melalui interaksi sosial dengan dunia luar. Semakin tua seseorang,
semakin kompleks dan abstrak pemikirannya.
Tokoh Teori Perkembangan Kognitif
Jean piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau lahir di
Nauchate, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Beliau merupakan anak kepada sejarawan
bernama Arthur Piaget yang merupakan seorang profesor sastera dalam bidang sejarah.
Ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Semasa remaja, beliau amat berminat dalam
bidang biologi dan epistemologi yang berkaitan dengan perkembangan dan perolehan
pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada
bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet
untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak
berminat untuk melihat hasil jawapan yang betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi
beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah.
Selepas tamat zaman persekolahan, Piaget melanjutkan pelajaran ke Universiti
Nauchatel pada tahun 1916 dan mendapat PHD pada tahun 1918 semasa berumur 22
tahun. Beliau mula meminati bidang psikologi apabila beliau menjadi profesor sejarah
dalam bidang ilmiah (1929-1939). Selepas itu, beliau dilantik sebagai ketua Swiss
Society for Psychologist. Beliau mengajar di universiti-universiti Paris, Lausanne dan
Neuchatel. Beliau juga menjadi ketua International Bereau of Education (Biro pendidikan
international) dan duta United Nations Economic and Scientific Committee (UNESCO)
Swiss.
Jean Piaget menerima gelaran kehormat dari Universiti Oxford dan Harvard
kerana banyak menyumbangkan idea-idea tentang perkembangan dan cara belajar kanak-
kanak. Piaget telah membuat penyelidikan di Institut Jacques Rosseau di Switzerland dan
telah membina kaedah klinikal dalam temubual. Jean Piaget meninggal dunia pada 17
September 1980 di Jeneva, Swiss ketika berusia 84 tahun. Beliau merupakan salah
seorang tokoh ilmiah yang amat dikagumi ramai sebagai seorang pemikir yang kreatif di
Swiss.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
Tahap Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Semua organisma dilahirkan dengan suatu kecenderungan untuk beradaptasi
(menyesuaikan diri) dengan linkungan kehidupan. Cara beradaptasi tersebut akan ada
dalam setiap individu. Adaptasi terjadi dalam proses asimilasi dan akomodasi. Piaget
berpendapat bahawa perkembanagn kognitif merupakan proses pembangunan intelektual
yang berguna bagi beradaptasi dengan persekitaran. Terdapat empat tahap perkembangan
kognitif yang diutarakan oleh Piaget iaitu :
i. Peringkat deria motor (lahir hingga 2 tahun)
ii. Peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun)
iii. Peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun)
iv. Peringkat operasi formal (12 tahun dan keatas)
Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga
berumur 2 tahun. Pada masa dilahirkan, otak kanak-kanak belum banyak bekerja
menyebabkan ia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur sahaja. Walaupun
begitu fungsi derianya berkembang dengan cepat dan dengan itu ia dengan pantas
menjadi pemerhati alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula oleh tindak balas.
Pada peringakat ini, kanak-kanak belum menguasai lambang bahasa untuk meneka
benda-benda disekelilingnya. Kanak-kanak mengetahui alam sekelilingnya melalui deria
dan pergerakan badannya. Pada masa umurnya kira-kira 10 bulan, seseorang kanak-kanak
itu mula mengetahui yang benda-benda itu mempunyai sifat kekal walupun hilang dari
penglihatannya.
Selain itu, bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk
membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka ‘bertindak’ dan
‘mengetahui’ persekitarannya. Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan interaksi
mereka dengan alam sekeliling melalui pancaindera. Mereka sedar akan kewujudan
sesuatu benda jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu pancaindera. Contohnya, bayi
belajar dengan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan mengigitnya.
Manakala pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7
tahun, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan
sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur
dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasanya itu, perkembangan kognitifnya kini
menjadi pesat. Seterusnya, mereka mengganggap pengalaman dan pandangan orang lain
adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami
konsep keabadian bilangan.
Tahap ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang (2011),
tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada peringkat
ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat
berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek
maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian
atas kuantiti bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah
pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri
seperti ‘lebih berat’, ‘lebih tinggi’ dan sebagainya.
Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa
perkara serentak. Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin bertambah.
Walaubagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-
perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan, syurga dan neraka. Dalam konsep
ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi
(compensation) dan prinsip keterbalikan.
Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada
bilangan yang ditambah atau dikurangkan amaun atau bilangan objek adalah sama
walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai ‘compensation’,
menunjukkan bahawa mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh
perubahan dalam satu aspek yang lain manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak-
kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.
Manakala pada peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun
hingga 15 tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik,
termasuklah pemikiran abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan
sanggup membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak
meramalkan ‘apa yang mungkin berlaku’. Oleh sebab pemikiran operasi formal snaggup
membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen
menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Mereka berkebolehan untuk
menggunakan beraneka jenis strategi untuk menyelesaikan masalah. Bahkan pelajar ini
dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran
pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat
sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian
melakukan latihan.
Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Menurut Piaget, perkembangan kognitif sebahagian besar bergantung kepada
berapa jauh kanak-kanak aktif dalam berinteraksi dengan persekitaran dan sekelilingnya,
iaitu bagaimana kanak-kanak secara aktif menggunakan pengetahuannya. Pengetahuan
yang datang daripada tindakan secara langsung oleh kanak-kanak . Menurut teori Piaget
pengalaman-pengalaman harian dan manipulasi sekeliling penting bagi terjadinya
perubahan perkembangan pada kanak-kanak. Sementara itu interaksi sosial dengan rakan
sebaya, khususnya berkomunikasi dan berdikari membantu menjelaskan pemikiran yang
ada pada kanak-kanak dan akhirnya mejadikan pemikiran itu menjadi lebih logik.
Antara implikasi teori Piaget dalam pembelajaran ialah menyatakan akan ada
perbezaan individu dalam peningkatan perkembangan. Teori Piaget menyatakan bahawa
semua kanak-kanak akan membesar mengikut urutan perkembangan yang sama, namun
pertumbuhan itu berlangsung pada kecepatan yang berbeza. Ditambah cara berfikir
kanak-kanak kurang logik dibandingkan dengan orang dewasa, maka guru harus
memahami cara pemikiran kanak-kanak, bukan sebaliknya kanak-kanak yang beradaptasi
dengan guru.
Selain itu , pendidikan bertujuan untuk mengembangkan pemikiran kanak-kanak,
dimana ketika kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah. Sebab itu , guru perlu
memainkan peranan penting supaya tidak terlalu kasar dengan kanak-kanak dan tidak
terlalu cepat menghukum kanak-kanak apabila melakukan kesalahan dalam
pembelajaran, tetapi sebaliknya mengadakan sesi bersoal jawab dengan kanak-kanak
bagaimana kanak-kanak itu memberi jawapan yang salah, dan memberi penerangan
tentang jawapan yang betul atau mengambil langkah-langkah yang tepat untuk
mengulanginya dan membuat pelbagai gaya pembelajaran supaya kanak-kanak lebih
paham serta mahir dalam pembelajaran.
Seterusnya, kanak-kanak ini belajar paling baik dengan kaedah menemukan
(discovery). Maksudnya di sini adalah agar pembelajaran yang berpusat pada kanak-
kanak berlangsung lebih efektif, guru tidak meninggalkan kanak-kanak belajar sendiri,
tetapi guru memberi tugas khusus yang dirancang untuk membimbing kanak-kanak
menemukan dan menyelesaikan masalah sendiri. Guru juga boleh menyediakan
persekitaran di mana pembelajaran penemuan yang berkembang. Dalam proses
pembelajaran penemuan dapat memupuk pemikiran kreatif yang penting untuk
perkembangan minda. Pemikiran kreatif boleh menghasilkan pelbagai ciptaan baru atau
produk baru yang berbeza daripada hasil pemikiran logik.
Kritikan Pada Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam
bidang psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan
perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan terutama
berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori,
pengkritik menyatakan bahawa teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses
dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran
wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman
dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap
peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila
kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga
dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.
Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan
iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia
sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat
pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple
(1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan
kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini
adalah bercanggah dengan teori Piaget. Dari segi metodologi juga, pengkritik
mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian
dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui.
Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang
saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.
Menurut Fatimah Ibda (2005), menyatakan bahawa kebanyakan ahli psikologi
sepenuhnya menerima prinsip-prinsip umum teori Jean Piaget bahawa pemikiran kanak-
kanak pada dasarnya berbeza dengan pemikiran orang dewasa. Namun ada juga yang
menyangkal penemuan teori Jean Piaget, terutama mengenai usia ketika anak mampu
menyelesaikan tugas-tugas spesifik. Terdapat beberapa pengkaji yang menyatakan
bahawa kanak-kanak sudah mampu memahami konservasi dalam usia yang lebih muda
daripada usia yang diyakini oleh Piaget.
Piaget telah memberi sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari
segi penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun
ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa
kelemahan seperti berikut:
i. Ketidaksempurnaan
Piaget telah memberi satu rangka penerangan tentang pembelajaran kognitif kanak-kanak
yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan
antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirikal, istilah-istilah penting seperti
asimilasi, akomodasi, keseimbangan dan skema yang agak kurang jelas dan tidak tepat.
Tambahan pula, beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak-
kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980)
telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti
bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman
mereka.
Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang kriteria pada setiap tahap
tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepada tahap yang lain. Piaget
lebih berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran
perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilkan perkembangan
kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak
faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh
Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat praoperasi
kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget. Begitu juga
seseorang kanak-kanak pada peringkat praoperasi berupaya menyelesaikan konsep yang
lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut
diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian
keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu
bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi ternyata berjaya
memberi jawapan yang betul.
ii. Metologi
Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk
kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada
pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan kajian. Apabila dalam
makmal, aliran tahap tahap perkembangan piaget dapat membuktikan kebenarannya
tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku. Kajian Piaget berpendapat bahawa
perkembangan kognitif awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak
berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi berkembang lebih cepat daripada
keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa bayi tidak faham tentang tindakan
mereka terhadap persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka
mempunyai kawalan ke atas pergerakan tangan mereka. Walaubagaimanapun, ada kajian
terkini yang telah membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat
memahami bahawa tindakan mereka akan memberi kesan terhadap persekitaran.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget menerangkan bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah mengikut beberapa peringkat iaitu sensori
motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan diikuti peringkat operasi
formal. Ilmu dan kemahiran adalah dibina berdasaarkan usaha individu itu sendiri.
Sumbangan penting Jean Piaget harus dianalisis dari segi perkembangan
pemikiran kanak-kanak iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkahlaku.
Keperluan guru memerhati kanak-kanak dengan teliti untuk membantu pembelajaran
yang berdasarkan perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam
menterjemahkan idea Jean Piaget dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Fanera Jaffery, (2013). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. 7-9. Diperolehi
daripada https://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-
piaget
Fatiah Ibrahim, (2013). Definisi Psikologi Pendidikan. Diperolehi daripada
http://psikologi-pendidikan-group2.blogspot.my/2013/06/definisi-psikologi-
pendidikan_25.html
Goldstein, E. B., 2011. Cognitive Psychology: Connecting Mind, Research, and Everyday
Experience. New York: Wodsworth, Cengage Learning.
Lahey, B. B., 2009. Psychology: An Introduction. New York: Mc Graw Hill.
Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Nik Rosnah A. Rajak dan Roslin Mohd Yusof.
(2016). Murid dan pembelajaran. Penerbitan Dolphin Press International Sdn.
Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Psikologi pendidikan. (cetakan 1). Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan et al., (2017), Panduan pendidikan awal kanak-kanak . (cetakan 2).
Universiti Pendidikan Sultan Idris
R Wan V Nazwa, (2011). Biodata jean Piaget. 4-5. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/RWanVNawza/biodata-jean-piaget
Lampiran A
Tokoh Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Lampiran B
Tahap Perkembangan Kogitif Jean Piaget
Peringkat Ciri-Ciri Yang Menonjol
Deria motor
(Lahir hingga 2 tahun)
Kanak-kanak kurang faham apa itu objek kecuali apabila
Nampak di depan mata. Mendapat maklumat daripada
pengalaman dan dapat mengekalkannya dalam ingatan.
Praoperasi
(2 hingga 7 tahun)
Perkembangan melalui formasi symbol dan pemikiran
bersifat egosentrik. Mula sedar peranan diri dan terpisah
daripada persekitaran. Lebih bersifat individualistik.
Operasi konkrit
(7 hingga 11 tahun)
Menunjukkan pemahaman serta menggunakan konsep dan
idea. Keupayaan memanipulasikan konsep dan idea adalah
terhad serta dapat bergantung pada objek yang dapat dilihat
sahaja.
Operasi formal
(12 tahun dan keatas)
Menyediakan diri untuk orang dewasa yang dapat berfungsi
dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

More Related Content

What's hot

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONPISMPBM20622AinNajwa
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 

What's hot (20)

Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 

Similar to TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanmartinrusmaja
 
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piagetTeori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piagetBrenda Hong
 
(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdf
(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdf(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdf
(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdfNorAzira22
 
Teori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piagetTeori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piagetAnton Priyadi
 
jurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdfjurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdfZakiCell1
 
Tahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptx
Tahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptxTahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptx
Tahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptxSenjaMahesa
 
Makalah psikoper
Makalah psikoperMakalah psikoper
Makalah psikoperAini Tyeva
 
Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2syahrulnet
 
Perkembangan kognitif kelompok bu arbin.docx
Perkembangan kognitif kelompok bu arbin.docxPerkembangan kognitif kelompok bu arbin.docx
Perkembangan kognitif kelompok bu arbin.docxulfayuniarisla2
 
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan audDiana Fakhriyani
 
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanSejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanمحمد خيرى
 
Perkembangan kognitif bu linda
Perkembangan kognitif bu lindaPerkembangan kognitif bu linda
Perkembangan kognitif bu lindaAsih Sukarsih
 
Perkembangan kognitif dan proses pembelajaran
Perkembangan kognitif dan proses pembelajaranPerkembangan kognitif dan proses pembelajaran
Perkembangan kognitif dan proses pembelajaranDedi Yulianto
 

Similar to TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET (20)

Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piagetTeori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
Teori konstruktivisme psikologi individu kognitif piaget
 
Perkembangan kognitif
Perkembangan kognitifPerkembangan kognitif
Perkembangan kognitif
 
(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdf
(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdf(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdf
(1.2)MODEL-MODEL PERKEMBANGAN (1).pdf
 
Teori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piagetTeori perkembangan kognitif piaget
Teori perkembangan kognitif piaget
 
TEORI BELAJAR PIAGET
TEORI BELAJAR PIAGETTEORI BELAJAR PIAGET
TEORI BELAJAR PIAGET
 
Piaget
PiagetPiaget
Piaget
 
jurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdfjurnal 3 modul 3.pdf
jurnal 3 modul 3.pdf
 
Tahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptx
Tahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptxTahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptx
Tahap Tahap Perkembangan Pemikiran intelektual.pptx
 
Teori perkembangan jean piaget
Teori perkembangan jean piagetTeori perkembangan jean piaget
Teori perkembangan jean piaget
 
Makalah psikoper
Makalah psikoperMakalah psikoper
Makalah psikoper
 
Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2Psikosastra kel 2
Psikosastra kel 2
 
Asuhan dan pendidikan awal kanak
Asuhan dan pendidikan awal kanakAsuhan dan pendidikan awal kanak
Asuhan dan pendidikan awal kanak
 
kuliah pgsd....pptx
kuliah pgsd....pptxkuliah pgsd....pptx
kuliah pgsd....pptx
 
Perkembangan kognitif kelompok bu arbin.docx
Perkembangan kognitif kelompok bu arbin.docxPerkembangan kognitif kelompok bu arbin.docx
Perkembangan kognitif kelompok bu arbin.docx
 
Kognisi
KognisiKognisi
Kognisi
 
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
(Pertemuan ii) pengantar psikologi perkembangan aud
 
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikanSejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
Sejarah,definisi, ruang Lingkup psikologi pendidikan
 
Perkembangan kognitif bu linda
Perkembangan kognitif bu lindaPerkembangan kognitif bu linda
Perkembangan kognitif bu linda
 
Perkembangan kognitif dan proses pembelajaran
Perkembangan kognitif dan proses pembelajaranPerkembangan kognitif dan proses pembelajaran
Perkembangan kognitif dan proses pembelajaran
 

Recently uploaded

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 

Recently uploaded (20)

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF OLEH JEAN PIAGET NAMA AHLI : NOR AINI BINTI HASHIM : NURFARHANAH BINTI AFENDY : NUR KHAIRAH ASYIKIN BINTI KAMAL ARIFFIN : YU SHU YUN KOD KURSUS : ECS1313 NAMA KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN
  • 2. PENDAHULUAN Definisi Psikologi Pendidikan ‘Psiko’ sering dikaitkan dengan perasaan, jiwa, mental dan emosi. Psikologi pula adalah kajian mengenai perasaan, jiwa, mental dan emosi. Kesemua takrifan itu adalah persepsi pertama yang terlintas dalam pemikiran kita apabila mendengar perkataan- perkataan tersebut. Bagaimanapun Kamus Dewan memberi maksud psikologi sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan. Pola pemikiran dan perlakuan seseorang ataupun sesuatu kumpulan tertentu dengan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Pada asasnya, psikologi pendidikan adalah sebuah disiplin psikologi yang khusus mempelajari, meneliti dan membahas seluruh tingkah laku manusia yang terlibat dalm proses pendidikan yang meliputi tingkah laku belajar (oleh murid), tingkah laku mengajar (oleh guru) dan tingkah laku belajar mengajar (interaksi guru dan murid). Menurut Arthur S. Reber (1998) menyatakan psikologi pendidikan adalah sebuah sub disiplin ilmu psikologi yang berkaitan dengan teori dan masalah kependidikan yang berguna dalam hal-hal seperti penerapan prinsip-prinsip belajar dalam kelas, pengembangan dan pembaharuan kurikulum, ujian dan evaluasi bakat dan kemampuan, sosialisasi dan interaksi proses-proses tersebut. Definisi Perkembangan Kognitif Menurut Suppiah Nachiappan et al., (2017), perkembangan kognitif merujuk kepada perubahan dalam proses dan kemahiran mental mengikut kematangan fisiologi
  • 3. dan pengalaman yang dialami sejak kecil lagi. Perubahan-perubahan ini berkait rapat dengan interaksi antara genetik dan persekitaran. Kognitif didefinisikan sebagai proses intelektual. Kognitif berkait rapat dengan informasi yang diperoleh, ditukar, disimpan, dicungkil dan digunapakai (Lahey,2009). Apabila meneliti definisi ini, kognitif merupakan suatu proses yang menterjemahkan keadaan sekeliling kepada sesuatu yang boleh difahami melalui kognitif. Informasi yang diperoleh setiap hari dari dunia luaran disimpan dalam minda. Apabila informasi diperlukan, informasi akan dicungkil dan digunapakai pada masa yang diperlukan. Informasi tidak akan bermakna jika informasi yang dismpan tidak dapat dicungkil pada masa yang diperlukan. Jadi, setiap proses kognitif saling berhubung antara satu sama lain. Pendekatan kognitif dipelopori oleh ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner and Ausebel. Menurut Goldstein (2011), kognitif merujuk kepada dua fungsi. Fungsi pertama ialah, apa yang dilakukan oleh minda. Contohnya, persepsi, fokus dan memori. Ini menggambarkan minda merupakan pusat utama dalam menentukan kemampuan mental manusia dalam pelbagai aktiviti. Kedua, bagaimana minda memproses aktiviti-aktiviti mental. Minda dilihat sebagai suatu sistem yang mencipta gambaran dunia luar bagi membolehkan manusia bertindak untuk mencapai maklamat hidup. Terdapat beberapa aspek kognitif yang diketengahkan oleh Lahey (2009). Pertama, kognitif melibatkan pemprosesan maklumat. Pemprosesan maklumat adalah penting untuk memberi makna kepada apa yang kita lihat, rasa dan buat. Berdasarkan maklumat tersebut, kita bertindak dan memberi respon kepada alam sekitar. Kedua, kognitif merupakan suatu proses yang aktif. Proses yang aktif diperoleh melalui pancaindera (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit), ditukar melalui persepsi dan pemikiran, disimpan dan dicungkil melalui proses memori dan digunapakai melalui
  • 4. bahasa dan penyelesaian masalah. Otak memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Ketiga, kognitif adalah berguna dan sangat diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tanpa kognitif, kehidupan menjadi tidak bermakna. Contohnya, apabila kita mahu berkomunikasi dengan orang lain, kita menggunakan bahasa. Bahasa melibatkan proses kognitif. Apabila kita mempunyai masalah, kita akan mencari penyelesaian melalui proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah melibatkan proses kognitif. Perkembangan kognitif berbeza mengikut umur seseorang. Seperti fizikal, proses mental dikembangkan melalui interaksi sosial dengan dunia luar. Semakin tua seseorang, semakin kompleks dan abstrak pemikirannya. Tokoh Teori Perkembangan Kognitif Jean piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau lahir di Nauchate, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Beliau merupakan anak kepada sejarawan bernama Arthur Piaget yang merupakan seorang profesor sastera dalam bidang sejarah. Ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Semasa remaja, beliau amat berminat dalam bidang biologi dan epistemologi yang berkaitan dengan perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan yang betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak- kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Selepas tamat zaman persekolahan, Piaget melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel pada tahun 1916 dan mendapat PHD pada tahun 1918 semasa berumur 22
  • 5. tahun. Beliau mula meminati bidang psikologi apabila beliau menjadi profesor sejarah dalam bidang ilmiah (1929-1939). Selepas itu, beliau dilantik sebagai ketua Swiss Society for Psychologist. Beliau mengajar di universiti-universiti Paris, Lausanne dan Neuchatel. Beliau juga menjadi ketua International Bereau of Education (Biro pendidikan international) dan duta United Nations Economic and Scientific Committee (UNESCO) Swiss. Jean Piaget menerima gelaran kehormat dari Universiti Oxford dan Harvard kerana banyak menyumbangkan idea-idea tentang perkembangan dan cara belajar kanak- kanak. Piaget telah membuat penyelidikan di Institut Jacques Rosseau di Switzerland dan telah membina kaedah klinikal dalam temubual. Jean Piaget meninggal dunia pada 17 September 1980 di Jeneva, Swiss ketika berusia 84 tahun. Beliau merupakan salah seorang tokoh ilmiah yang amat dikagumi ramai sebagai seorang pemikir yang kreatif di Swiss. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF Tahap Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Semua organisma dilahirkan dengan suatu kecenderungan untuk beradaptasi (menyesuaikan diri) dengan linkungan kehidupan. Cara beradaptasi tersebut akan ada dalam setiap individu. Adaptasi terjadi dalam proses asimilasi dan akomodasi. Piaget berpendapat bahawa perkembanagn kognitif merupakan proses pembangunan intelektual yang berguna bagi beradaptasi dengan persekitaran. Terdapat empat tahap perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Piaget iaitu : i. Peringkat deria motor (lahir hingga 2 tahun) ii. Peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun) iii. Peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun)
  • 6. iv. Peringkat operasi formal (12 tahun dan keatas) Pertamanya ialah peringkat deria motor iaitu sejak bayi dilahirkan hingga berumur 2 tahun. Pada masa dilahirkan, otak kanak-kanak belum banyak bekerja menyebabkan ia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur sahaja. Walaupun begitu fungsi derianya berkembang dengan cepat dan dengan itu ia dengan pantas menjadi pemerhati alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula oleh tindak balas. Pada peringakat ini, kanak-kanak belum menguasai lambang bahasa untuk meneka benda-benda disekelilingnya. Kanak-kanak mengetahui alam sekelilingnya melalui deria dan pergerakan badannya. Pada masa umurnya kira-kira 10 bulan, seseorang kanak-kanak itu mula mengetahui yang benda-benda itu mempunyai sifat kekal walupun hilang dari penglihatannya. Selain itu, bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkah laku yang membolehkan mereka ‘bertindak’ dan ‘mengetahui’ persekitarannya. Kanak-kanak pada peringkat ini berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui pancaindera. Mereka sedar akan kewujudan sesuatu benda jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu pancaindera. Contohnya, bayi belajar dengan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan mengigitnya. Manakala pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasanya itu, perkembangan kognitifnya kini menjadi pesat. Seterusnya, mereka mengganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.
  • 7. Tahap ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang (2011), tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ‘lebih berat’, ‘lebih tinggi’ dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak. Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara- perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan, syurga dan neraka. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan. Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan amaun atau bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai ‘compensation’, menunjukkan bahawa mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak- kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula. Manakala pada peringkat operasi formal bagi kanak-kanak berumur 11 tahun hingga 15 tahun, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik, termasuklah pemikiran abstrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan dan sanggup membuat hipotesis. Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan ‘apa yang mungkin berlaku’. Oleh sebab pemikiran operasi formal snaggup
  • 8. membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan, ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Mereka berkebolehan untuk menggunakan beraneka jenis strategi untuk menyelesaikan masalah. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan. Implikasi Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut Piaget, perkembangan kognitif sebahagian besar bergantung kepada berapa jauh kanak-kanak aktif dalam berinteraksi dengan persekitaran dan sekelilingnya, iaitu bagaimana kanak-kanak secara aktif menggunakan pengetahuannya. Pengetahuan yang datang daripada tindakan secara langsung oleh kanak-kanak . Menurut teori Piaget pengalaman-pengalaman harian dan manipulasi sekeliling penting bagi terjadinya perubahan perkembangan pada kanak-kanak. Sementara itu interaksi sosial dengan rakan sebaya, khususnya berkomunikasi dan berdikari membantu menjelaskan pemikiran yang ada pada kanak-kanak dan akhirnya mejadikan pemikiran itu menjadi lebih logik. Antara implikasi teori Piaget dalam pembelajaran ialah menyatakan akan ada perbezaan individu dalam peningkatan perkembangan. Teori Piaget menyatakan bahawa semua kanak-kanak akan membesar mengikut urutan perkembangan yang sama, namun pertumbuhan itu berlangsung pada kecepatan yang berbeza. Ditambah cara berfikir kanak-kanak kurang logik dibandingkan dengan orang dewasa, maka guru harus memahami cara pemikiran kanak-kanak, bukan sebaliknya kanak-kanak yang beradaptasi dengan guru.
  • 9. Selain itu , pendidikan bertujuan untuk mengembangkan pemikiran kanak-kanak, dimana ketika kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah. Sebab itu , guru perlu memainkan peranan penting supaya tidak terlalu kasar dengan kanak-kanak dan tidak terlalu cepat menghukum kanak-kanak apabila melakukan kesalahan dalam pembelajaran, tetapi sebaliknya mengadakan sesi bersoal jawab dengan kanak-kanak bagaimana kanak-kanak itu memberi jawapan yang salah, dan memberi penerangan tentang jawapan yang betul atau mengambil langkah-langkah yang tepat untuk mengulanginya dan membuat pelbagai gaya pembelajaran supaya kanak-kanak lebih paham serta mahir dalam pembelajaran. Seterusnya, kanak-kanak ini belajar paling baik dengan kaedah menemukan (discovery). Maksudnya di sini adalah agar pembelajaran yang berpusat pada kanak- kanak berlangsung lebih efektif, guru tidak meninggalkan kanak-kanak belajar sendiri, tetapi guru memberi tugas khusus yang dirancang untuk membimbing kanak-kanak menemukan dan menyelesaikan masalah sendiri. Guru juga boleh menyediakan persekitaran di mana pembelajaran penemuan yang berkembang. Dalam proses pembelajaran penemuan dapat memupuk pemikiran kreatif yang penting untuk perkembangan minda. Pemikiran kreatif boleh menghasilkan pelbagai ciptaan baru atau produk baru yang berbeza daripada hasil pemikiran logik. Kritikan Pada Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat- peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan terutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran
  • 10. wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget. Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian. Menurut Fatimah Ibda (2005), menyatakan bahawa kebanyakan ahli psikologi sepenuhnya menerima prinsip-prinsip umum teori Jean Piaget bahawa pemikiran kanak- kanak pada dasarnya berbeza dengan pemikiran orang dewasa. Namun ada juga yang menyangkal penemuan teori Jean Piaget, terutama mengenai usia ketika anak mampu menyelesaikan tugas-tugas spesifik. Terdapat beberapa pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak sudah mampu memahami konservasi dalam usia yang lebih muda daripada usia yang diyakini oleh Piaget. Piaget telah memberi sumbangan yang amat besar dalam psikologi utama dari segi penerangannya tentang perkembangan kognitif yang luas. Walaupun bagaimanapun ahli-ahli psikologi yang lain sependapat bahawa teori tersebut mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:
  • 11. i. Ketidaksempurnaan Piaget telah memberi satu rangka penerangan tentang pembelajaran kognitif kanak-kanak yang amat berfaedah. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tentang kaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa empirikal, istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, keseimbangan dan skema yang agak kurang jelas dan tidak tepat. Tambahan pula, beliau tidak menyatakan dengan jelas bagaimana kita tahu yang kanak- kanak itu berada dalam keadaan ketidakseimbangan. Namun demikian, Fisher (1980) telah menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak dalam sesuatu bidang seperti bahasa, penyelesaian masalah, main peranan dan lain-lain bergantung pada pengalaman mereka. Sebenarnya kita bukan sahaja perlu penjelasan tentang kriteria pada setiap tahap tetapi juga bagaimana perpindahan daripada satu tahap kepada tahap yang lain. Piaget lebih berjaya dalam menghurai tahap-tahap ini daripada menjelaskan pengaliran perkembangan. Dalam beberapa aspek, Piaget telah memperkecilkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, ada kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak faham tentang konsep kekekalan objek lebih awal daripada apa yang dijangka oleh Piaget. Bukti-bukti kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak pada peringkat praoperasi kurang menunjukkan sifat egosentrik seperti yang disangka oleh Piaget. Begitu juga seseorang kanak-kanak pada peringkat praoperasi berupaya menyelesaikan konsep yang lebih kompleks daripada apa yang disarankan oleh Piaget jika kanak-kanak tersebut diberi kaedah kajian yang sesuai dengan mereka. Contohnya, jika keadaan kajian keupayaan kekekalan diatur dengan cermat agar jawapan kanak-kanak tidak terlalu bergantung pada keupayaan bahasa mereka., kanak-kanak praoperasi ternyata berjaya memberi jawapan yang betul. ii. Metologi Satu kelemahan teori Piaget ialah ketidaksesuaian kaedah yang beliau gunakan untuk kemungkinan wujud keputusan yang biasa kerana bilangan responden yang sedikit, tiada
  • 12. pemerhatian yang lain dan kurang kawalan semasa Piaget jalankan kajian. Apabila dalam makmal, aliran tahap tahap perkembangan piaget dapat membuktikan kebenarannya tetapi tidak pada umur sebenar perubahan itu berlaku. Kajian Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif awal bergantung pada aktiviti motor dan deria. Beliau tidak berfikir bahawa mungkin keupayaaan otak bayi berkembang lebih cepat daripada keupayaan motor dan deria. Piaget percaya bahawa bayi tidak faham tentang tindakan mereka terhadap persekitaran sehingga berumur 4 atau 5 bulan iaitu apabila mereka mempunyai kawalan ke atas pergerakan tangan mereka. Walaubagaimanapun, ada kajian terkini yang telah membuktikan bahawa bayi yang berumur 2 bulan pun telah dapat memahami bahawa tindakan mereka akan memberi kesan terhadap persekitaran.
  • 13. KESIMPULAN Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget menerangkan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah mengikut beberapa peringkat iaitu sensori motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan diikuti peringkat operasi formal. Ilmu dan kemahiran adalah dibina berdasaarkan usaha individu itu sendiri. Sumbangan penting Jean Piaget harus dianalisis dari segi perkembangan pemikiran kanak-kanak iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkahlaku. Keperluan guru memerhati kanak-kanak dengan teliti untuk membantu pembelajaran yang berdasarkan perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Jean Piaget dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
  • 14. RUJUKAN Fanera Jaffery, (2013). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. 7-9. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean- piaget Fatiah Ibrahim, (2013). Definisi Psikologi Pendidikan. Diperolehi daripada http://psikologi-pendidikan-group2.blogspot.my/2013/06/definisi-psikologi- pendidikan_25.html Goldstein, E. B., 2011. Cognitive Psychology: Connecting Mind, Research, and Everyday Experience. New York: Wodsworth, Cengage Learning. Lahey, B. B., 2009. Psychology: An Introduction. New York: Mc Graw Hill. Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Nik Rosnah A. Rajak dan Roslin Mohd Yusof. (2016). Murid dan pembelajaran. Penerbitan Dolphin Press International Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2011). Psikologi pendidikan. (cetakan 1). Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Suppiah Nachiappan et al., (2017), Panduan pendidikan awal kanak-kanak . (cetakan 2). Universiti Pendidikan Sultan Idris R Wan V Nazwa, (2011). Biodata jean Piaget. 4-5. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/RWanVNawza/biodata-jean-piaget
  • 15. Lampiran A Tokoh Perkembangan Kognitif Jean Piaget
  • 16. Lampiran B Tahap Perkembangan Kogitif Jean Piaget Peringkat Ciri-Ciri Yang Menonjol Deria motor (Lahir hingga 2 tahun) Kanak-kanak kurang faham apa itu objek kecuali apabila Nampak di depan mata. Mendapat maklumat daripada pengalaman dan dapat mengekalkannya dalam ingatan. Praoperasi (2 hingga 7 tahun) Perkembangan melalui formasi symbol dan pemikiran bersifat egosentrik. Mula sedar peranan diri dan terpisah daripada persekitaran. Lebih bersifat individualistik. Operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) Menunjukkan pemahaman serta menggunakan konsep dan idea. Keupayaan memanipulasikan konsep dan idea adalah terhad serta dapat bergantung pada objek yang dapat dilihat sahaja. Operasi formal (12 tahun dan keatas) Menyediakan diri untuk orang dewasa yang dapat berfungsi dan menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.