SlideShare a Scribd company logo
1 of 73
Download to read offline
Tajuk 10:
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Pengenalan
• Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan
kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara
biasa.
• Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak
berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.
• Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat
murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang
menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran.
• Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang
lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah,
kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal
perasaan atau menjalani kegitan fizikal.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang
perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma
perkembangan seperti kanak-kanak lain.
• Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-
kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik
darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhir terpinggir
dan ketinggalan dalam pelajarannya.
• Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang
berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan
kogintif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan
berkomunikasi.
•
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah
tertentu seperti masalah fizikal, masalah
penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku,
masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar
cerdas.
• Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas.
• Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang
dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain.
• Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini
dinamakan pendidikan khas.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di
bawah pengendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang
menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat akal
sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang
tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-
sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan
perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas
dan keperluan khas.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid
berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang
mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah
pembelajaran.
• Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di
bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk
sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktie
disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah
pembelajaran spesifik seperti disleksia.
• Antara program yang dirancang di bawah Kementerian
Pelajarn Malaysia termasuk program Pendidikan Khas
Bermasalah Penglihatan.
• Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas
Prasekolah, Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional
serta Program Pendidikan Khas Inklusif.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pendidikan Inklusif
• Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan khas
ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanak-
kanak biasa.
• Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu
yang lain namun mereka akan mengikut kurikulum seperti
kanak-kanak lain.
• Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan
guru pendididkan khas.
• Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak
berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak
lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal
yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat
makanan ataupun dadah.
• Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi kesan
kepada perkembangan kanak-kanak.
• Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat,
penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga
merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak.
• Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian,
penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang,
perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat
tinggi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kategori Kanak-kanak Keperlaun Khas
• i. Masalah kecacatan fizikal
• ii. Masalah penglihatan
• iii. Masalah pendengaran
• iv. Masalah pertuturan
• v. Masalah pembelajaran
• vi. Masalah tingkahlaku
• vii. Lembab ( slow learner)
• viii. Terencat akal ringan
• ix. Autisme
• x. Pintar cerdas
• xi. Sindrom Down
• xii. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD
• xiii. Disleksia
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Kecacatan Fizikal
• Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang
mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan
perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances)
atau kerusi roda.
• Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang
melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani,
2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang,
sendi dan otot.
• Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal
ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular
dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kecacatan Fizikal
Cerebral palsy Kesukaran bergerak kerana tidak dapat
mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh
neurologi motor yang tidak dapat berfungsi
dengan baik kerana kecederaan di bahagian
otak. Kecederaan ini mungkin berlaku
sebelum, semasa atau selepas kelahiran.
Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan
mempunyai kecacatan lain seperti masalah
penglihatan, pertuturan atau terencat akal.
Epilepsi Penyakit sawan yang disebabkan oleh
masalah neurologi yang menyebabkan
kanak-kanak mengeletar.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang
yang boleh menyebabkan
kelumpuhan pada bahagian bawah
badan. Ia adalah satu keadaan yang
berlaku sejak kelahiran tetapi boleh
dibantu dengan pembedahan.
Muscular
dystrophy
Kemerosotan kekuatan otot secara
progresif sehingga kanak-kanak akan
memerlukan kerusi roda. Kecerdasan
kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
Kecacatan Fizikal
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Limb deficiencies Kanak-kanak yang anggota badannya tidak
sempurna ini mungkin disebabkan oleh
kemalangan atau kecacatan semasa
kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih
menggunakan anggota palsu.
Asthma Masalah penafasan yang berlaku apabila tiub
bronkial daripada saluran pernafasan
kerongkong menjadi sempit. Masalah ini
dibantu dengan dadah dan penggunaan
“nebulisec”
Kecacatan Fizikal
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Diabetes Kencing manis ialah penyakit yang
disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat
berfungsi untuk menghalang peningkatan
gula dalam darah manusia. Seperti asthma,
penyakit ini boleh dikawal dengan dadah
serta pemakanan yang betul.
Leukemia Satu bentuk kanser yang biasa di kalangan
kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan
peningkatan secara mendadak sel darah
putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi
merupakan satu cara yang digunakan untuk
membantu mengawalnya.
Kecacatan Fizikal
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh
muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana
mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau
asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke
atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering
menghadapi masalah penyesuaian.
• Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid.
Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan
komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan
yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan
pemegang buku (‘book holders’) ataupun buku teks elektronik
dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang
buku.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Penglihatan
• Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah
penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat
diperbetulkan dan menganggu pembelajaran.
• Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan
mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta.
• Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan
kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan
penggunaan lensa.
• Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat
sahaja.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat
menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka
bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak
ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal
seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika
kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk
mereka.
• Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai
masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka
agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak
terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh
pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh
meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain.
Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan
personaliti.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang
rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka
boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan
untuk sentiasa membimbing mereka.
• Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia
visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa.
• Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi
pelbagai contoh untuk perkataan “bulat” menghuraikannya
dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang
mempunyai masalah penglihatan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Seseorang guru boleh mengesan mereka yang
berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui
simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini.
• Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan
mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan
penglihatan.
• Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan
menyebabkan mata merah dan bengkak.
• Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya.
• Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu
dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan
mereka.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengjaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai
saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk
membantu pembelajaran.
• Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya
mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar
belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat
dalam satu muka surat.
• Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan
bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini.
Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan
memberi mereka aktiviti “hands-on”.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan
bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak
tersebut berhampiran dengan papan.
• Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan
pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan
memberi mereka akses yang mudah berada dalam
bahan-bahan pembelajaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Pendengaran
• Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan
pekak.
• Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan
membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.
• Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima
pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan.
• Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer
dalam unit decibel.
• Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan
keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel.
• Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap
kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada
yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah
berumur beberapa tahun.
• Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan
symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah
disebut.
• Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan
salah faham kerap berlaku.
• Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah
sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah
dan memusingkan kepala untuk mendengar.
• Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga
pembelajaran individu.
• Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada
perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan
awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih
baik seperti kanak-kanak normal yang lain.
• Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan
membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau
mengajar.
• Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk
memudahkan mereka melihat wajah guru.
• Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan
boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan
kefahaman murid.
• Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi
bising atau gangguan bunyi lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif
untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru
perlu dilatih dan didedahkan kepada cara
menggunakan jari tangan untuk mengeja.
• Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan
digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan,
pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Pertuturan
• Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat
iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara,
masalah bahasa.
• Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan
suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya
perkataan “saya” menjadi “caya”.
• Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam
tempoh perkembangan mereka.
• Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini
berlanjutan ia perlu diberi perhatian.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan.
Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin
mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan
suku kata atau perkataan.
• Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin
menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.
• Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia
mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada
yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak
berubah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat.
Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu
kefahaman atau penngunaan perkataan.
• Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna
seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa
dalam sesuatu perbualan.
• Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan
perkataan yang sesuai semasa komunikasi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap
dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan
menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak
selesa dalam situasi sosial.
• Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti
mana masalah bahasa.
• Masalah bahasa memberi kesan kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk
memberi respon.
• Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis.
• Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang
melibatkan penggunaan pelbagai deria.
• Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi
model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara
jelas dan perlahan, ayau menggunakan alat audio.
• Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap
boleh dibantu melalui terapi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Pembelajaran
• Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi.
• Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ
individu tersebut berada pada tahap normal.
• Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering
ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak
berminat.
• Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar
memberi tumpuan dan mudah lupa.
• Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti
kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan
sering disalahtafsir.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,
memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.
• Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu
proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau
penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.
• Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar,
berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira.
• Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia
mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza
dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.
• Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah
tingkah laku dan emosi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah
pembelajaran termasuk masalah pembelajaran
akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi,
kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif,
kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Pembelajaran
Akademik
Ciri-ciri
Membaca  Banyak kesilapan semasa membaca
dengan kuat, kerap mengulang atau
berhenti.
 Menterbalikkan perkataan misalnya „b‟ dan
„d‟, „21‟ dan „12‟ atau „on‟ dan „no‟.
 Sebutan yang tidak betul atau
menggunakan perkataan yang salah
yang bunyinya sama.
 Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin
mempunyai perbendaharaan kata yang
terhad.
 Kesukaran dalam mengenalpasti idea
utama dari bahan bacaan, mengingati
fakta asas dan peristiwa dalam aturan
yang betul serta membuat kesimpulan
dan analisis bahan yang telah dibaca.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menulis  Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang
pensil yang janggal.
 Ejaan
 Kesukaran menjelaskan idea melalui
penulisan.
 Tidak dapat memikirkan perkataan yang
sesuai dalam penulisan.
Mengira  Keliru dengan simbol Matematik dan salah
baca nombor.
 Kesukaran mengingati fakta Matematik
 Kesukaran dalam kiraan
 Menukar aturan nombor
Masalah Pembelajaran
Akademik
Ciri-ciri
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Disleksia
• Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa,
membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.
• Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca
dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta
mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.
• Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap
buku.
• Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada
beberapa anggota keluarga yang sama.
• Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih
kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak
perempuan ( Stoppard, 1997.)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Attention Defict / Hyperactivity disorder
ADD/ADHD
• Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak
dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar
menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.
• Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan,
aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.
• Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan
ciri-ciri kanak-kanak ADHD.
• Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu
noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.
• Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi
tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak
mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak
ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak
dketahui.
• David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu
bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan
kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.
• Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa
kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang
pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-
kanak tersebut.
• Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat
semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai
diri dan tingkah laku mereka.
• Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang
memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini
perlu dibuat oleh pakar.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru
boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang
aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.
• Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya
berhampiran tempat duduk guru.
• Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan
memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.
• Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana
kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka
menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti
dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.
• Guru perlu memastikan murid faham peraturan
tersebut.
• Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan
eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan
segera.
• Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang.
• Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.
• Beri tugasan yang ringkas.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Masalah Tingkah Laku
• Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara
biasa.
• Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang
sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan
konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah.
• Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk
agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial,
menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima
masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah
pembelajaran dan kebimbangan.
• Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman
dan masalah tingkah laku luaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Tingkah Laku Masalah
Dalaman
Tingkah Laku Masalah
Luaran
Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar
Sedih, murung Menentang
Bersikap apatetik (tidak
memperdulikan)
Agresif
Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah)
Kecenderungan menyalahi diri
sendiri, perasaan serba salah
Tidak mempercayai,
kecenderungan
menyalahkan orang lain.
Perasaan rendah diri Destruktif
Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri
Keasyikan pemikiran tentang
suatu perkara
Sukar mengawal diri
Cemburu
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku
• Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak-
kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang
mengajar.
• Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak-
kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.
• Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah
peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu
sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah.
• Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan
atau gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul
dengan kanak-kanak lain.
• Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat
dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
• Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku
bermasalah.
• Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia
dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan
kepada sistem saraf pusat.
• Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku
menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang
sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi
kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu
kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh
budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah
tingkah laku.
• Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga
misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa
tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang
yakin.
• Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau
melawat menunjukkan tingkah laku tersebut.
• Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah
pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir
ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik
darjah termasuk:
• Peneguran Positif:
• Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik
sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
• Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa
menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini
menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi
galakan atau pujian atas tindakannya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• “Time-out”
• Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk
satu masa tertentu.
• Diharapkan masa persendirian memberi peluang
kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Tidak Peduli:
• Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang
menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.
• Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru
menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang
sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan
sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya
mengelak perkara yang murid tidak minat.
• Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan
sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu
penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak
seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem
persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal
emosi serta kemahiran mengurus diri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Lembab (Slow Learner)
• Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak
peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat
bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas
menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3
bulan.
• Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti
pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah
biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan
minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan
dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk
visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan
kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu
dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.
• Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk
membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya
meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi
laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi
laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-
kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan
kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang
lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan
tugasan mereka.
• Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh
ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu
salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Terencat Akal
• Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR)
mendefinisikan terencat akal sebagai satu
ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti
komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial
yang amat terhad.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan
menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:
• Kurang koordinasi motor.
• Sukar menumpukan perhatian.
• Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta
berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang
sebaya.
• Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam
situasi baru.
• Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak
dan membuat kesimpulan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak
berupaya memilih aktiviti secara sendirian.
• Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata
dan tangan.
• Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan
perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa
dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah
biasa.
• Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak
biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak
dengan masalah terencat akal.
• Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana
IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90.
• IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah
terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh
mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti
kemahiran vokasional sosial untuk membantu
menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Simdrom Down
• Sindrom Down berpunca daripada masalah yang
disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom.
• Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan
dalam pasangan kromosom yang ke-21.
• Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.
• Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat
akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan
motor yang lambat.
• Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang
rendah antara 30 hingga 80.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal
pasti antaranya:
• Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.
• Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung
untuk terjelir
• Mata sentiasa berair dan merah.
• Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.
• Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak
bongkok.
• Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan
baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks
mata, masalah jantung dan kecacatan usus.
• Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap
meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam
dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang
dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan
mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti
individu normal.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan
yang lebih rapi.
• Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang
rata, mereka cenderung mengalami masalah
penafasan dan sukar untuk makan.
• Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot
dan kurang upaya meneroka persekitaran.
• Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan
penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk
berdikari dan menguasai kemahiran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang
mempunyai masalah Sindrom Down.
• Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut
kebolehan kanak-kanak tersebut.
• Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan
meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.
• Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu
disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.
• Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan
perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci.
Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa
buku itu kepada cikgu.”
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan
semasa pengajaran akademik.
• Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan
untuk mengingat dan memproses maklumat.
• Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian
mereka.
• Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah.
Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.
• Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam
kurikulum mereka.
• Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas
diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat
persekolahan nanti.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Autisme
• Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang
terlalu sukar untuk dipulihkan.
• Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi
kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air
muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.
• Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak
suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi
dalam apa-apa situasi.
• Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada
berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-
kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan
memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor
misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial
seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
• Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu
kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar
dan mengisi borang permohonan.
• Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan
membantu mereka menyediakan jadual kerja dan
menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada
hari itu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa
yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang
langkah atau konsep yang telah dipelajari.
• Kanak-kanak ini memerlukan rutin.
• Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh
mereka.
• Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik
darjah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pintar Cerdas
• Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan
sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah
untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada
dalam diri mereka.
Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:
• Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika
dibandingkan dengan rakan sebaya.
• Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding
dengan rakan sebaya.
• Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.
• Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.
• Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas.
• Kebolehan untuk memimpin.
• Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Dalam Bilik Darjah
• Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis
program:
i. Pengasingan,
ii. Pemecutan (acceleration)
iii. Pengayaan
• Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan
daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum
khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.
• Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak
daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu
perkembangannya secara optima.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua
cara.
• Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada
bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka
dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka
akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua
daripada mereka.
• Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan
rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini
membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka
pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Program pengayaan melibatkan pendekatan yang
menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di
dalam atau di luar kelas.
• Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke
muzium atau perpustakaan negara.
• Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti
lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang
lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan
oleh murid secara bersendirian.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kesimpulan
• Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas
ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu
kanak-kanak ini.
• Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua
kanak-kanak.
• Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa
amat penting.
• Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk
berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut.
• Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak
hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha
membantu kanak-kanak ini.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak.
• Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara
kanak-kanak.
• Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan
menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya
beberapa kali secara negatif.
• Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak
supaya bertenang atau jangan bising.
• Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan
ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik
minat dan perhatian murid.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh
dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang
dapat menerima dan membimbing mereka.
• Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota
atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu
boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk
membantu.
• Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang
menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh
membantu perkembangan kanak-kanak ini.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Rujukan
• Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan
Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
• Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-
kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi
Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.
• Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS
PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD.
• www.scribd.com
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

More Related Content

What's hot

Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI Tengku Fatin Najwa
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPieja Hanhae
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allportkamalslaw
 

What's hot (20)

Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Teori erikson
Teori eriksonTeori erikson
Teori erikson
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 

Similar to Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner ardiya_izwani
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan BeliaSeminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan BeliaSherry Hisham
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upayaqila95
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasNur Kareena
 

Similar to Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas (20)

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
Pkk isl
Pkk islPkk isl
Pkk isl
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
Rumusan
RumusanRumusan
Rumusan
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan BeliaSeminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
 
murid pelbagai upaya
murid pelbagai upayamurid pelbagai upaya
murid pelbagai upaya
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (11)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas

  • 1. Tajuk 10: Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh
  • 2. Pengenalan • Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. • Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. • Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran. • Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegitan fizikal. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 3. • Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. • Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak- kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhir terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya. • Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kogintif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. • Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 4. • Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. • Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. • Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain. • Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 5. • Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah pengendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah- sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. • Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan keperluan khas. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 6. • Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. • Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktie disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia. • Antara program yang dirancang di bawah Kementerian Pelajarn Malaysia termasuk program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan. • Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional serta Program Pendidikan Khas Inklusif. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 7. Pendidikan Inklusif • Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan khas ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanak- kanak biasa. • Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka akan mengikut kurikulum seperti kanak-kanak lain. • Ia melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendididkan khas. • Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 8. • Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat makanan ataupun dadah. • Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. • Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak. • Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang, perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat tinggi. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 9. Kategori Kanak-kanak Keperlaun Khas • i. Masalah kecacatan fizikal • ii. Masalah penglihatan • iii. Masalah pendengaran • iv. Masalah pertuturan • v. Masalah pembelajaran • vi. Masalah tingkahlaku • vii. Lembab ( slow learner) • viii. Terencat akal ringan • ix. Autisme • x. Pintar cerdas • xi. Sindrom Down • xii. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD • xiii. Disleksia Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 10. Masalah Kecacatan Fizikal • Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda. • Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. • Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 11. Kecacatan Fizikal Cerebral palsy Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal. Epilepsi Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan kanak-kanak mengeletar. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 12. Spina bifida Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada bahagian bawah badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi boleh dibantu dengan pembedahan. Muscular dystrophy Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas. Kecacatan Fizikal Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 13. Limb deficiencies Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna ini mungkin disebabkan oleh kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih menggunakan anggota palsu. Asthma Masalah penafasan yang berlaku apabila tiub bronkial daripada saluran pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini dibantu dengan dadah dan penggunaan “nebulisec” Kecacatan Fizikal Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 14. Diabetes Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul. Leukemia Satu bentuk kanser yang biasa di kalangan kanak-kanak. Penyakit ini disebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang sum-sum. Kimoterapi merupakan satu cara yang digunakan untuk membantu mengawalnya. Kecacatan Fizikal Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 15. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. • Selain itu, guru juga perlu peka kepada keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (‘book holders’) ataupun buku teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 16. Masalah Penglihatan • Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. • Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. • Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. • Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 17. • Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka. • Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 18. • Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. • Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa. • Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan “bulat” menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 19. • Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan pada kanak-kanak ini. • Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan. • Selain itu mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab dan menyebabkan mata merah dan bengkak. • Kanak-kanak juga sering mengadu pening kepala atau loya. • Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 20. Implikasi Kepada Pengjaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. • Sediakan bahan bacaan yang jelas, misalnya hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat. • Semasa tulis di papan putih guru boleh menyebut secara lisan bahan yang tulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan memberi mereka aktiviti “hands-on”. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 21. • Guru juga perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kedudukan kanak-kanak tersebut berhampiran dengan papan. • Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam bahan-bahan pembelajaran. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 22. Masalah Pendengaran • Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. • Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. • Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. • Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. • Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. • Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 23. • Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. • Seseorang guru peka kepada petanda masalah ini menunjukkan symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. • Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. • Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. • Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. • Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi , bahasa dan kognitif individu tersebut. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 24. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. • Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa memberi arahan atau mengajar. • Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. • Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. • Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 25. • Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini, Guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja. • Tetapi hari ini komunikasi secara keseluruhan digalakkan di mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 26. Masalah Pertuturan • Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa. • Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”. • Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. • Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 27. • Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. • Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. • Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 28. • Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan. • Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. • Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 29. • Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. • Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. • Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 30. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. • Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. • Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. • Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, ayau menggunakan alat audio. • Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 31. Masalah Pembelajaran • Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. • Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. • Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. • Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. • Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 32. • Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. • Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. • Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. • Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. • Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 33. • Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 34. Masalah Pembelajaran Akademik Ciri-ciri Membaca  Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti.  Menterbalikkan perkataan misalnya „b‟ dan „d‟, „21‟ dan „12‟ atau „on‟ dan „no‟.  Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama.  Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad.  Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bahan bacaan, mengingati fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 35. Menulis  Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal.  Ejaan  Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan.  Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan. Mengira  Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor.  Kesukaran mengingati fakta Matematik  Kesukaran dalam kiraan  Menukar aturan nombor Masalah Pembelajaran Akademik Ciri-ciri Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 36. Disleksia • Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. • Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. • Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku. • Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. • Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.) Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 37. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD • Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. • Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir. • Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD. • Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak. • Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006). Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 38. • Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui. • David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. • Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak- kanak tersebut. • Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. • Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 39. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. • Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. • Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD. • Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 40. • Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. • Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. • Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. • Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. • Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. • Beri tugasan yang ringkas. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 41. Masalah Tingkah Laku • Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa. • Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah. • Tingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan. • Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 42. Tingkah Laku Masalah Dalaman Tingkah Laku Masalah Luaran Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar Sedih, murung Menentang Bersikap apatetik (tidak memperdulikan) Agresif Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah) Kecenderungan menyalahi diri sendiri, perasaan serba salah Tidak mempercayai, kecenderungan menyalahkan orang lain. Perasaan rendah diri Destruktif Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri Keasyikan pemikiran tentang suatu perkara Sukar mengawal diri Cemburu Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 43. Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku • Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak- kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar. • Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak- kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya. • Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah. • Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain. • Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 44. • Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini. • Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah. • Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat. • Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 45. • Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku. • Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin. • Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut. • Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 46. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk: • Peneguran Positif: • Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. • Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 47. • “Time-out” • Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu. • Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 48. • Tidak Peduli: • Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini. • Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat. • Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan. Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 49. Lembab (Slow Learner) • Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan. • Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 50. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas. • Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007). Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 51. • Tugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak- kanak terseut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka. • Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 52. Terencat Akal • Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 53. Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut: • Kurang koordinasi motor. • Sukar menumpukan perhatian. • Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. • Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. • Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 54. • Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian. • Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. • Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 55. • Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. • Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. • Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. • IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 56. • Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 57. Simdrom Down • Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. • Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. • Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. • Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. • Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 58. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya: • Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. • Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir • Mata sentiasa berair dan merah. • Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. • Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. • Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 59. • Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. • Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 60. • Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. • Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. • Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. • Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 61. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down. • Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. • Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya. • Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap. • Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.” Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 62. • Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik. • Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. • Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. • Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. • Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. • Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 63. Autisme • Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan. • Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. • Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. • Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 64. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran- kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. • Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan. • Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 65. • Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. • Kanak-kanak ini memerlukan rutin. • Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. • Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 66. Pintar Cerdas • Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut: • Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya. • Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya. • Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. • Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. • Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. • Kebolehan untuk memimpin. • Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 67. Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bilik Darjah • Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan • Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. • Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 68. • Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara. • Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. • Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 69. • Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. • Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. • Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 70. Kesimpulan • Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini. • Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak. • Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting. • Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut. • Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 71. • Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. • Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak. • Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif. • Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. • Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 72. • Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka. • Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu. • Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
  • 73. Rujukan • Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. • Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak- kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur. • Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD. • www.scribd.com Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh