SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1.0 PENGENALAN & KESAN BULI KEPADA PELAJAR

1.1 PENGENALAN

       Akhir-akhir ini, laporan akhbar banyak memaparkan tentang kes-kes perlanggaran
disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah menengah khususnya. Masalah disiplin yang
paling kerap dilaporkan adalah masalah buli. Buli menjadi masalah disiplin yang utama kini.
Keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak yang terbabit terutamanya ibu
bapa, guru dan pelajar sendiri. Menurut Utusan Malaysia pada 29 Mac 2004, terdapat lebih
35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh 5
tahun daripada tahun 1999 hingga 2003. Pelajar yang bertingkah laku buli cenderung untuk
membentuk tingkah laku ganas sehingga dewasa. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah
bermula dengan masalah buli. Oleh itu, Masalah buli perlu dipandang serius oleh semua
pihak dengan mencari inisiatif yang berkesan bagi menangani masalah ini. Pendekatan yang
dilihat paling efektif dan sesuai dipraktikkan pada masa kini adalah dengan menggunakan
pendekatan pemujukan kepada pelajar yang terlibat dalam masalah buli sama ada pembuli
ataupun mangsa buli. Hal ini demikian kerana, pelajar pada masa kini tidak sama seperti
pelajar masa dahulu yang dihukum oleh guru dengan cara yang lebih berat dan tegas. Mereka
akan menjadi semakin memberontak jika langkah sedemikian diambil. Jadi, langkah terbaik
adalah dengan cara yang lebih halus dan lembut iaitu kaedah pemujukan.



1.2 KESAN BULI KEPADA PELAJAR

       Masalah buli memberi kesan yang amat buruk kepada pembuli dan mangsa buli
seterusnya mengancam keselamatan di sekolah. Perbuatan buli sama ada dalam bentuk fizikal
atau verbal akan memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar dan suasana persekolahan.
Tingkah laku buli boleh menyebabkan kesakitan, kecederaan dan ketidakselesaan kepada
individu terutamanya kepada mangsa buli. Hasil kajian daripada Ridby (1994) menunjukkan
tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan fizikal dan
mental. Tingkah laku buli akan menyebabkan perasaan rendah diri, penghargaan kendiri yang
rendah, kemurungan, depresi dan bunuh diri (Olweus,1993). Kajian mengenai masalah buli
dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara-negara barat mendapati murid yang
membuli cenderung untuk menjadi penjenayah apabila dewasa manakala mangsa buli
berkemungkinan besar akan membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi.



                                            1
2.0 KONSEP KOMUNIKASI, PEMUJUKAN & BULI
2.1 KOMUNIKASI


       Perkataan komunikasi berasal dari perkataan “Communicate” yang bermaksud
pemberitahuan. Justeru, dapat difahami bahawa perkataan komunikasi menekankan individu
atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi menitikberatkan sosial
dan “Communicator” merupakan individu atau kelompok yang berusaha mengadakan
komunikasi dengan individu atau kelompok. Gary (1989) menekankan komunikasi adalah
proses memberi makna dan mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan
sesuatu seperti yang dikehendaki. Komunikasi juga merupakan proses perpindahan
pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama melalui mesej yang
disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan (Craig 1999). Komunikasi mempunyai
pelbagai tujuan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat,
mengurangkan kekeliruan dan salah faham, meningkatkan kesedaran dan motivasi,
merapatkan hubungan dan kasih sayang, meningkatkan kepuasan kerja dan sebagainya.


2.2 PEMUJUKAN


       Definisi pemujukan pula boleh digambarkan melalui perbuatan iaitu pemujukan
dilakukan dengan memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat hati iaitu seperti
mengajak, menipu, dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Terdapat dua perkara
penting yang melibatkan matlamat pemujukan. Matlamat pertama adalah matlamat mesti
ditentukan dengan cara mengenal pasti mengapa proses memujuk dilakukan dan kedua,
mengenal pasti cara untuk menjelaskan matlamat tersebut bagi memastikan matlamat yang
ditetapkan jelas dan realistik Dalam menentukan matlamat memujuk, orang yang ingin
dipujuk perlu dikenal pasti terlebih dahulu kerana tidak semestinya orang pertama yang
terlintas di fikiran merupakan orang sebenar yang ingin dipujuk. Matlamat pemujukan
biasanya bersifat spesifik dan terfokus. Justeru, minda perlu ditetapkan untuk mencapai
matlamat tersebut. Selepas itu, bertekad dan beriltizam bagi memulakan langkah pertama
dalam proses memujuk iaitu menyampaikan idea. Ucapan pemujukan ialah ucapan yang
boleh disifatkan sebagai cuba mengetengahkan idea atau dalam erti kata lain ingin menjual
idea. Ucapan pemujukan adalah jenis ucapan yang paling banyak mempengaruhi orang
kerana ia disampaikan dalam kelompok yang ramai bagi mengubah persepsi pendengar


                                           2
tentang sesuatu perkara. Seorang pengucap yang hebat mampu mempengaruhi orang ramai
untuk mempercayainya.


2.3 BULI


       Perlakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks (K.Collin et al.,2004).
Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina.
Terdapat pelbagai definisi yang melibatkan perbuatan buli. Definisi perlakuan buli yang
paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi yang diberikan Dan Olweus.
Beliau mendefinisikan perlakuan buli sebagai tingkah laku agresif yang dilakukan secara
berulang kali terhadap orang lain sama ada secara individu atau secara berkumpulan (Olweus,
1993). Ridby (1996) pula menyatakan bahawa tingkah laku buli merupakan perbuatan
menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih
berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Para pengkaji telah mengenal pasti tiga
jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam kalangan pembuli iaitu fizikal, verbal dan
antisosial. Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal dan antisosial termasuklah tindakan-tindakan
seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991;Thompson dan Sharp, 1998).
Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung.
Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung.
Definisi yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington,
1996; Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti
menumbuk, menendang dan menolak.




                                               3
3.0 TEORI-TEORI PEMUJUKAN

       Para pakar psikologi sosial telah mengemukakan berbagai teori tentang perubahan
sikap yang mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku yang melibatkan pemujukan.
Antara teori-teori itu adalah teori pembelajaran ( learning theory), teori pertimbangan sosial
(social judgement theory) dan Teori Respons Kognitif (Kognitif respons Theory). Dasar-
dasar dari teori-teori tersebut sebagai berikut:


3.1 TEORI PEMBELAJARAN ( LEARNING THEORY)

       Teori ini lebih menumpukan kepada perubahan sikap yang dianggap sebagai suatu
proses pembelajaran kepada seseorang. Teori ini menerangkan tentang ciri-ciri dan hubungan
antara rangsangan dan tindak balas dalam suatu proses komunikasi. Hovlan, Janis dan Kelley
telah memberi sumbangan yang besar kepada teori ini apabila berjaya mencipta program
komunikasi dan perubahan sikap Yale (The Yale communication and attitude change
program). Program Yale telah mengidentifikasikan unsur-unsur dalam proses pemujukan
yang dapat memberi pengaruh terhadap perubahan sikap seseorang. Menurut program Yale,
terdapat empat unsur dalam proses pemujukan yang dapat mempengaruhi perubahan sikap
iaitu penyampaian sebagai sumber informasi baru, komunikasi atau maklumat yang
disampaikan, penerima dan situasi.

3.2 TEORI PERTIMBANGAN SOSIAL ( SOCIAL JUDGEMENT THEORY)

       Menurut teori ini, perubahan sikap merupakan suatu penaksiran kembali atau
pendefinisian kembali terhadap sesuatu objek. Sikap mencakupi ruang gerak penerimaan,
ruang gerak tidak pasti dan ruang gerak penolakan. Perubahan sikap berlaku apabila mesej
pemujukan jatuh di dalam atau berdekatan dengan ruang gerak penerimaan seseorang. Sikap
akan berubah sesuai dengan arah mesej yang disampaikan. Posisi yang ditawarkan dalam
maklumat pemujukan akan terserap ke dalam posisi penerima sendiri. Sebaliknya, jika mesej
pemujukan jatuh di dalam ruang gerak penolakan, sikap penerima tidak akan berubah atau
berubah berlawanan arah dari mesej yang disampaikan. Posisi yang ditawarkan akan
bertentangan dengan sikap dan posisi penerima. Menurut teori ini, proses perubahan sikap
bergantung pada kekuatan pendirian individu dalam berpegang pada suatu nilai atau
pandangan. Apabila individu berpegangan pada pandangan yang ekstrem dalam suatu hal,
maka ruang gerak penerimaannya adalah sempit. kemungkinan terjadinya perubahan sikap
bagi individu tersebut adalah kecil. Sebaliknya, individu yang tidak ekstrem berpegang pada

                                                   4
suatu pandangan akan memiliki ruang gerak penerimaan yang luas. Semakin luas ruang gerak
penerimaan seseorang, semakin besar kemungkinan seseorang individu untuk mengalami
perubahan sikap.


3.3 TEORI RESPONS KOGNITIF (KOGNITIF RESPONS THEORY)


       Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah
sikap mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori ini memberi
fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak
balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap
maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba
memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan
pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap
maklumat yang diterima. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada
tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini
berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori ini
adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan dengan mengumpulkan teori-teori
ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh Greenward sebagai Kognitif respons.




                                            5
4.0 TEKNIK-TEKNIK PEMUJUKAN

       Guru perlu memainkan peranan penting dalam memujuk pelajar yang menjadi
pembuli dan mangsa buli agar para pembuli sedar tentang perbuatan mereka dan
mengembalikan keyakinan diri pelajar yang menjadi mangsa buli. Hal ini kerana percakapan
guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi
nasihat, memberi arahan dan mengkritik. Edward dan Westergate (1987) meletakkan
tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan
guru.Terdapat pelbagai teknik yang boleh guru gunakan untuk memujuk pelajar-pelajar
tersebut agar menjadi insan yang lebih berguna kelak.

4.1 PENDEKATAN PSIKOANALITIK

       Pendekatan ini cuba memahami tingkah laku dengan menganalisis cara personaliti
dibentuk melalui pengalaman silam (Asmawati Desa,2009). Pendekatan ini berkembang
daripada teori Frued berkenaan minda tidak sedar. Menurut Asmawati Desa (2009), istilah
psikoanalisis boleh merupakan suatu teori mengenai minda manusia dan tingkah laku atau
suatu bentuk terapi.

       Frued berpendapat bahawa semua tingkah laku dan proses mental menunjukkan
bahawa konflik-konflik tidak sedar yang berlaku dalam diri seorang individu. Hal ini kerana
desakan untuk memenuhi tuntutan naluri atau keinginan seperti makanan, seks dan
keagresifan serta larangan yang dikenakan oleh masyarakat. Guru perlu menyelidik latar
belakang dan sejarah silam yang pernah dialami oleh pembuli dan mangsa buli.

       Perkara ini amat perlu sebelum para guru ingin memujuk untuk menyedarkan pembuli
dan membangkitkan semangat mangsa buli. Latar belakang dan sejarah silam yang dialami
oleh mereka boleh diperoleh melalui pelbagai cara seperti bertanyakan sendiri kepada mereka
atau memperoleh maklumat daripada rakan karib mereka serta sumber-sumber lain yang
boleh dipercayai.




                                             6
4.2 TEKNIK MENIMBULKAN RASA POSITIF

       Seseorang individu akan lebih mudah dipengaruhi apabila perasaan mereka berada
dalam keadaan positif (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd: 1997). Individu yang cuba
mempengaruhi seseorang juga menggunakan pelbagai cara seperti memberi hadiah percuma,
menjamu, bersiar-siar dan sebagainya. Para guru juga boleh menggunakan pendekatan ini
bagi menarik minat para pembuli dan mangsa buli untuk berubah sikap.

       Guru perlu memenangi hati mereka terlebih dahulu sebelum memujuk mereka atau
menasihati mereka ke arah yang lebih baik. Teknik ini boleh menyebabkan para pembuli dan
mangsa buli rasa dihargai kerana kemungkinan sebelum ini mereka berasa kurang kasih
saying dan perhatian daripada keluarga dan orang lain.

4.3 TEKNIK EMPATI

       Empati ialah keupayaan melihat perasaan orang lain seolah-olah merasai perasaan itu
umpama perasaan sendiri (Shahizan, Tsai dan Saw: 2005). Teknik ini merupakan teknik yang
paling sesuai kepada guru yang ingin melakukan komunikasi persuasif kepada pembuli dan
mangsa buli. Pendekatan ini selalu digunakan oleh guru kaunseling sekolah semasa
menjalankan sesi dengan klien yang kebanyakannya ialah remaja sekolah.

       Menurut Shahizan, Tsai dan Saw (2005), empati penting dalam profesion kaunseling
kerana menurut Vanaerscot (1993), “Daripada pandangan ahli terapi kaunselor, empati adalah
satu kaedah khusus untuk mengetahui, namun perlu diingat bahawa dunia dalaman klien itu
tidak dapat diketahui sepenuhnya. Mengetahui secara dalaman juga bermaksud ahli terapi
menggunakan dunia fenomena logikalnya di mana beliau dapat memahami dan membuat
tanggapan secara langsung pada kliennya.”

       Teknik ini bersesuaian kepada pembuli dan mangsa buli kerana mereka akan rasa
dihargai kerana perasaan mereka dirasai juga oleh guru. Guru juga boleh melakukan sentuhan
tubuh sekiranya perlu kepada pembuli dan mangsa buli agar mereka berasa lebih tenang dan
selesa serta mereka akan berasa terharu dan tersentuh perasaan mereka.




                                             7
4.4 TEKNIK BAHASA BADAN

       Strategi menjalin hubungan adalah sangat penting dalam proses pemujukan. Bahasa
badan menjadi penentu keberkesanan usaha memujuk (Shahrul Nizam Junaini, 2010).
Pertama kali bertemu, biasanya guru dan para pelajar akan bersalaman sekiranya mereka
sama jantina. Bersalaman ialah satu hubungan tubuh yang sesuai.

       Guru juga perlu duduk atau berdiri menghadap pembuli atau mangsa buli semasa sesi
pemujukan. Postur dan gaya badan amat penting dalam pendekatan ini. Gaya atau postur
badan guru perlulah sedikit menunduk dan sentiasa bersifat terbuka. Sepanjang perbualan,
guru perlulah mengekalkan pandangan di sekitar mata dan berbual dengan tenang agar
mereka berasa selesa untuk meluahkan perasaan mereka. Bahasa badan yang paling hebat
ialah senyuman. Guru perlu senyum untuk membangkitkan semangat mereka, namun
ekspresi wajah perlulah berpadanan dengan mesej yang ingin disampaikan. Mesej yang tidak
sepadan dengan riak wajah akan melemahkan pengaruh.




                                            8
5.0 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU BERKAITAN BULI

       Dapatan kajian oleh Farrington (1993) menunjukkan wujud pertalian antara tingkah
laku buli dan kenakalan semasa di sekolah dengan tingkah laku agresif dan ganas semasa
dewasa. Penyelidik seperti Beale dan Scott (2001) mendapati tingkah laku agresif dan buli
merupakan satu fenomena tingkah laku yang berlaku secara berleluasa di sekolah pada hari
ini. Tingkah laku buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap
orang lain secara individu atau berkumpulan (Olweous, 1993). Menurut Rigby (1996) pula,
tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau
psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seserang yang tidak berkuasa. Dalam
kata lain, tingkah laku buli merupakan satu bentuk interaksi sosial di mana individu yang
lebih dominan iaitu pembuli akan menunjukkan tingkah laku agresif yang cenderung
menyebabkan ketidakselesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah seperti
mangsa buli.

       Tingkah laku buli atau perbuatan buli boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu fizikal dan
psikologi. Menurut Olweus (1993) terdapat tiga jenis tingkah laku buli iaitu fizikal, verbal
dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku buli fizikal adalah seperti memukul, menarik
rambut dan menendang . Tingkah laku buli verbal ialah seperti mengejek, menghina dan
mengusik yang melibatkan psikologi. Tingkah laku buli fizikal dan verbal ini merujuk kepada
tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli yang berkaitan dengan tingkah laku anti
sosial ialah memulau, mengata, fitnah dan merosakkan harta benda iaitu merujuk kepada
tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk antisosial pula boleh
berlaku dalam bentuk fizikal seperti merosakkan harta benda atau dalam bentuk psikologi
seperti pemulauan dan fitnah.


       Tingkah laku agresif buli sama ada dalam bentuk fizikal atau verbal akan
menghasilkan kesan yang tidak baik terhadap suasana persekolahan dan pelajar itu sendiri.
Tingkah laku buli boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan atau kesakitan ke atas
individu terutamanya yang menjadi mangsa buli. Dapatan kajian oleh Rigby (1994)
menunjukkan tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan
kesihatan mental dan fizikal. Menurut Olweus (1993), tingkah laku buli akan menyebabkan
mangsa buli rasa rendah diri, mempunyai penghargaan kendiri rendah, kemurungan, depresi
dan bunuh diri. Kes buli di kalangan murid-murid sekolah di negara-negara barat mendapati
murid yang membuli apabila dewasa kelak kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.

                                              9
Manakala mangsa buli pula lebih cenderung untuk membunuh diri akibat tekanan yang
dihadapi.


       Kebanyakan pembuli mempunyai fizikal yang kuat, bertubuh tegap dan berkuasa.
Pembuli kebiasaannya mempunyai tahap psikososial yang rendah namun mereka lebih
agresif, mempunyai fizikal yang lebih kuat dan lebih besar berbanding mangsa buli. Olweus
(1993) pula menyatakan bahawa perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap berlaku
berbanding pelajar perempuan. Kajian tentang perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah di
Malaysia kurang dijalankan.


       Walaupun begitu, kajian yang dijalankan oleh Noran Fauziah Yaakub (2004) pada
tahun 2002 dan 2004, mendapati masalah tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah juga
wujud di Malaysia. Dapatan daripada kajian beliau juga menunjukkan pelajar lelaki dan
perempuan terlibat dengan tingkah laku buli psikologi seperti ejek, fitnah, pulau dan sisih,
dan pelajar lelaki lebih banyak terlibat dengan tingkah laku buli fizikal seperti menolak,
memukul dan menempeleng berbanding pelajar perempuan (Utusan Malaysia, 28 Mac 2004).




                                            10
6.0 SITUASI PEMUJUKAN

        Situasi di bawah menggambarkan situasi antara guru dan pelajar yang suka membuli
rakan-rakannya. Guru tersebut cuba untuk menyedarkan pelajar yang suka membuli dengan
cara pemujukan. Situasi pemujukan ini dipermudahkan dalam bentuk perbualan antara guru,
Firas iaitu pelajar bermasalah buli, Aiman dan Zaiton iaitu mangsa buli. Huruf yang bertanda
condong menunjukkan beberapa teknik atau pendekatan pemujukan yang digunakan oleh
guru kepada muridnya. Perbualan tersebut adalah seperti berikut :

Guru : Saya mendapat laporan daripada ketua kelas kamu yang kamu selalu mengacau Firas
        dalam kelas, mengusik Firas sewaktu sesi pembelajaran, menyorokkan alat tulis dan
        macam-macam lagi yang kamu lakukan kepadanya. Betulkah apa yang dilaporkan
        oleh ketua kelas kamu Aiman?

Aiman : Eh, mana ada cikgu. Saya tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa.
        Semua yang cikgu katakan ini fitnah semata-mata cikgu.

Guru : Aiman, kamu jangan berdolak-dalih dengan cikgu. Ramai saksi yang melihat
        perbuatan kamu. Kamu tahu kan perbuatan kamu boleh dikategorikan sebagai
        perbuatan buli?

Aiman : Tapi cikgu, saya tidak pernah membuli Firas.

Cikgu : Baiklah, kalau kamu berkeras juga dengan keputusan kamu, saya akan memanggil
        Firas dengan ketua kelas kamu.

10 minit kemudian, Firas datang bersama Ketua kelas, Zaiton.

Cikgu : Firas, betulkah Aiman selalu membuli kamu di dalam kelas.

Firas   : Betul cikgu.

Zaiton : Saya dan rakan-rakan selalu melihat perbuatan Aiman terhadap Firas. Hampir setiap
        masa dia akan menggangu Firas.

Cikgu : Aiman, lihat. Saksi sudah ada. Kamu tidak boleh menyangkal lagi perbuatan kamu
        terhadap Firas. Apa sebenarnya masalah kamu, Aiman? Apa yang menyebabkan
        kamu suka membuli Firas?



                                             11
Aiman : Saya mengaku bersalah cikgu. Saya sebenarnya cemburu akan Firas yang selalu
        mendapat perhatian di dalam kelas hampir setiap masa.

Cikgu : Perhatian? Maksud kamu?

Aiman : Firas pelajar yang bijak, selalu mendapat nombor satu di dalam peperiksaan, semua
        orang suka berkawan dengannya. Saya tidak sepandai Firas, tidak ramai yang suka
        berkawan dengan saya. Perkara ini yang menyebabkan saya berasa cemburu
        terhadapnya lalu saya mengambil keputusan untuk mengacaunya di dalam kelas.

Zaiton : Aiman, sebenarnya bukan soal bijak atau tidak kami berkawan dengan seseorang.
        Kalau Firas tidak pandai sekalipun, kami tetap berkawan dengannya sebab dia baik
        dan berbudi bahasa. Cuba lihat diri awak Aiman? Awak selalu mengacau pelajar di
        dalam kelas, cuma dalam kes Firas, awak lebih kepada membulinya.

Cikgu : Aiman, orang tidak suka kepada orang yang tidak berbudi bahasa. Cuba awak lihat
        diri awak, awak selalu mengacau pelajar di dalam kelas, kasar dan tidak tahu
        menghormati orang lain. Macam mana orang hendak berkawan dengan awak kalau
        begini perangai awak?

Aiman : Em.. (terdiam dan menundukkan kepalanya)

Cikgu : Aiman, saya bukan hendak memarahi awak, tetapi saya nak awak berubah kepada
        yang lebih baik. Awak bukan tidak pandai, cuma awak mengalami banyak halangan
        untuk belajar. Macam mana awak nak belajar kalau seharian awak di dalam asyik
        mengacau para pelajar. Saya sayangkan awak. Saya anggap awak macam anak saya
        sendiri Aiman.

Zaiton : Kami bukan tidak suka berkawan dengan awak sebab awak tidak pandai Aiman,
        akan tetapi kami tidak suka dengan perangai awak. Kalau awak boleh ubah perangai
        awak, kami dengan hati yang terbuka menerima awak dengan seadanya.

Aiman : Err.. tapi saya tidak pandai seperti Firas.

Firas   : Saya tidaklah terlalu pandai Aiman. Kalau awak berusaha pun, awak akan jadi lagi
        lebih pandai daripada saya.

Zaiton : Betul tu Aiman. Kami akan membantu kamu.



                                               12
Cikgu : Dengar itu Aiman. Rakan-rakan awak semua sayang akan awak. Mereka sanggup
        memaafkan awak sekiranya awak berjanji untuk berubah. Aiman, kalau kita hendak
        berjaya di dalam hidup, kita mesti rajin belajar.

Aiman : Ya cikgu. Maafkan saya.

Cikgu : Sekiranya awak ada masalah, awak datanglah berjumpa saya. Insya Allah, saya
        akan menolong sedaya yang mampu. Saya maafkan kesalahan awak kali ini. Aiman,
        minta maaf dengan Firas.

Aiman : Saya minta maaf Firas. Saya menyesal akan perbuatan saya terhadap awak. Saya
        berjanji akan berubah. Tolong maafkan saya.

Firas   : Saya maafkan awak Aiman. Saya harap kita boleh jadi rakan yang baik.

Aiman : Zaiton, saya pun hendak memohon maaf daripada awak. Maafkan saya jikalau saya
        selalu menyusahkan awak.

Zaiton : Aiman, awak rakan saya. Saya tidak pernah berdendam. Saya maafkan awak. Cuma
        saya harap, awak dapat berubah kepada yang lebih baik.

Cikgu : Macam inilah yang dinamakan semangat setia kawan. Cikgu gembira dengan kamu
        semua.

Aiman : Cikgu, saya pun hendak memohon maaf daripada cikgu sekiranya selama ini saya
        menyusahkan cikgu dengan perangai saya ini.

Cikgu : Cikgu maafkan awak Aiman. Baiklah, semuanya sudah selesai. Pulanglah ke kelas.
        Aiman, kalau boleh minta maaf dengan rakan-rakan kelas kamu.

Aiman : Baiklah cikgu. Terima kasih.

Cikgu : Sama-sama.




                                              13
7.0 ANALISIS SITUASI PEMUJUKAN

       Situasi pemujukan seperti ini kebiasaannya berlaku apabila guru disiplin atau guru
kaunseling membuat perjumpaan bersama murid yang mempunyai masalah suka membuli.
Apabila perjumpaan ini dilakukan, guru tersebut akan menggunakan cara pemujukan yang
sesuai bagi memastikan murid yang suka membuli ini mendapat kesedaran bahawa tingkah
laku yang dilakukannya adalah salah dan tidak bermoral.


       Teknik pemujukan seperti ini sebenarnya berlaku hampir di semua bidang sama ada
dalam bidang pengiklanan, rumah tangga, politik mahupun dalam bidang pendidikan sendiri.
Melalui kaedah pemujukan dalam bidang pendidikan iaitu masalah disiplin murid, guru
biasanya tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana keadaan ini akan
menyebabkan murid yang bermasalah menjadi lebih berkeras dan seterusnya akan membuat
tindakan yang drastik seperti memberontak. Biasanya dalam kaedah memujuk ini, banyak
kata-kata manis digunakan oleh guru bagi menyedapkan hati muridnya. Pelbagai laras bahasa
akan digunakan dalam kaedah pemujukan ini. Kemahiran pemujukan ini dikatakan berkait
rapat dengan bidang komunikasi dan linguistik. Bahasa yang baik dan penggunaan cara yang
betul akan mampu untuk mengubah sikap dan tingkah laku seseorang pelajar yang
bermasalah.


       Terdapat tiga langkah atau ciri khusus yang terdapat dalam kemahiran pemujukan
daripada situasi antara guru dan pelajar yang bermasalah buli. Ciri yang pertama ialah
pemberi komunikasi iaitu guru perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada muridnya.
Ini bermakna, jika guru mengharapkan muridnya mengubah sikap kepada yang lebih baik dan
tidak membuli, maka guru perlu memberitahu langkah atau tindakan yang perlu dilakukan
oleh murid tersebut. Kedua, guru sebagai pemujuk perlu mengemukakan bukti dan tujuan
supaya murid tersebut lebih yakin dan percaya kerana telah didedahkan dengan bukti yang
jelas serta tujuan yang jelas mengapa perkara tersebut perlu dilakukan. Dan yang terakhir
ialah gaya pemujukan yang dilakukan oleh guru perlulah berkesan, imaginatif, dan juga
emotif. Hal ini kerana teknik ini mampu untuk mempengaruhi murid tersebut untuk berubah.




                                            14
8.0 KESIMPULAN

       Kesimpulannya, isu buli pada masa kini sememangnya boleh diselesaikan jika guru
dan murid saling mengamalkan berkomunikasi yang berkesan antara satu sama lain. Menurut
Abdullah Hassan Ainon Mohd, (2006), komunikasi di sekolah baik pihak guru mahupun
murid, masing-masing mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Mengenai isu buli ini,
komunikasi pemujukan amatlah penting. Sebagai guru terutamanya, kemahiran dalam
komunikasi pemujukan perlu ada kerana dapat membantu guru menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid. Terdapat pelbagai teknik dan teori pemujukan yang dapat digunakan
untuk memujuk murid yang menghadapi masalah buli ini. Penggunaan teori pemujukan yang
betul membolehkan guru membantu pihak sekolah untuk menangani isu buli daripada
menjadi lebih parah. Selain itu, murid yang menjadi mangsa buli tidak akan berasa diri
mereka tersisih dan terancam kerana guru mengamalkan komunikasi pemujukan yang dapat
membantu mereka menyelesaikan masalah yang di hadapi.

       Murid yang menjadi mangsa buli sememangnya akan mengalami trauma yang teruk
di mana sebahagian daripada mereka di buli secara fizikal dan mental. Oleh itu, komunikasi
pemujukan ini amat sesuai dengan situasi guru dan murid yang menjadi mangsa buli kerana
situasi sebegini perlu diselesaikan dengan cara memujuk. Secara ringkasnya, teknik
memujuk dapat membantu melembutkan hati seseorang kerana teknik ini menggunakan
bahasa percakapan yang lembut dan boleh mempengaruhi sikap seseorang. Justeru, guru
adalah orang yang kedua terpenting selepas ibu bapa dalam membentuk dan menangani
masalah murid di sekolah. (Noraini Ahmad,2000).




                                           15
RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., (1997). Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap. Kuala

       Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan Ainon Mohd. (2009). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Kuala Lumpur:

       PTS Professional Publishing SDN. BHD.

Asmawati Desa, (2009). Psikologi untuk Golongan Profesional: Edisi Ketiga. Selangor:

       McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Beale, A. V. & Scott,P.C (2001). “Bullybusters:” Using drama to empower students to take a
       stand against bullying. Professional School Counseling, 4(4), 300-308.


Craig, R. (1999). „Communication Theory as a Field‟, Communication Theory 9 : 119-61.


Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia.
       London: The Falmer Press.


Farrington, D.P. (1993). Understanding and preventing bullying. In M. Tonry (Ed.),
       Crime and Justice, Chicago: University of Chicago, Vol. 17, pp. 381-458.


Gary, T.H. (1989). Communication Skills in The Organization. New Jersey : Prentice Hall

       Inc.

Noraini Ahmad (2000). Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

       Distributors SDN. BHD.

Noran Fauziah Yaakub (2004). Insiden Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah:
       Implikasi Kepada Pengurusan Sekolah. Kertas Kerja Seminar Nasional
       Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-11 di Universiti Malaya.


Olweus, D. (1993). Bullying At School : What We Know and What We Can Do. Cambridge,

       Ma : Blackwell.

                                            16
Olweus, D. (1991). Bully/Victim Problems among School Children : Basic facts and Effect

       of a School-based Invention Programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The

       Development and Treatment of Chillhood Aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Olweus, D. (1993). Bullying in School. London, Willy and Son.: What we know and
       what we can do. Oxford, Blackwell.


Rigby, K. (1996). Bullying in Schools and What To Do About it. Melbourne : Australia

       Council for Educational Research.



Rigby, K. (1994). School bullies. Independent Teacher, April, 8-9.


Sidang Editor, (2005). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahizan, Chen C. Tsai dan Hooi C. Saw, (2005). Intrapersonal & Interpersonal untuk

       Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Syahrul N. Junaini, (2010). Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni. Selangor: PTS

       Professional Publishing Sdn. Bhd.

Thompson, D., & Sharp, S. (1948). The Dynamics of Victimisation and Rejection in School.

       Improving Schools: Establishing ang Integrating Whole School Behaviour Policies.

       London : David Fulton.



SUMBER INTERNET :

(Yahya,2005) Diperoleh pada Oktober 21 2011 daripada

eprints.utm.my/6258/1/2.pdf

(2009). Diperoleh pada Oktober 23 2011 daripada

http://ed150n5.blogspot.com/2009/08/perubahan-sikap.html


                                             17
(2010). Diperoleh pada Oktober 23 2011 daripada

http://bomohmuda.blogspot.com/2010/03/pembujukan-dalam-komunikasi-sebagai.html


SUMBER AKHBAR :

Utusan Malaysia, 28 Mac 2004.
Utusan Malaysia, 29 Mac 2004.




                                           18

More Related Content

What's hot

Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdfSITINORANISSBINTIMOH
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukriwmkfirdaus
 
Asas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintis
Asas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintisAsas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintis
Asas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintisnia ain
 
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIALBAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIALYOUAZLIN
 
Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)
Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)
Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)eizaron
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Etika etika penyelidikan
Etika etika penyelidikanEtika etika penyelidikan
Etika etika penyelidikanwmkfirdaus
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalRohana Hamid
 
Bab komunikasi
Bab komunikasiBab komunikasi
Bab komunikasiaimm reka
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 

What's hot (20)

Pendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorismePendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorisme
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
 
Borang soal selidik fyp
Borang soal selidik fypBorang soal selidik fyp
Borang soal selidik fyp
 
Asas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintis
Asas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintisAsas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintis
Asas penyelidikan dalam pendidikan kajian rintis
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Asas Komunikasi
Asas KomunikasiAsas Komunikasi
Asas Komunikasi
 
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIALBAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL
 
Model komunikasi
Model komunikasiModel komunikasi
Model komunikasi
 
Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)
Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)
Art theraphy (terapi seni) u mceed 1416 ( norazie sakimin)
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Etika etika penyelidikan
Etika etika penyelidikanEtika etika penyelidikan
Etika etika penyelidikan
 
contoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnalcontoh Kritikan jurnal
contoh Kritikan jurnal
 
Bab komunikasi
Bab komunikasiBab komunikasi
Bab komunikasi
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 

Viewers also liked

Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Salah laku pelajar
Salah laku pelajarSalah laku pelajar
Salah laku pelajarAbu eL IQram
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Dokumentasi minggu bahasa inggeris
Dokumentasi minggu bahasa inggerisDokumentasi minggu bahasa inggeris
Dokumentasi minggu bahasa inggerisThulasi Visvanathan
 
Buli presentation
Buli presentationBuli presentation
Buli presentationSeri Najwa
 
Komunikasi antarpribadi
Komunikasi antarpribadiKomunikasi antarpribadi
Komunikasi antarpribadiBetty Febrina
 
Proposal for english week
Proposal for english weekProposal for english week
Proposal for english weekg_antonio
 
Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014
Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014
Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014arni hazri
 
Sistem komunikasi massa.ppt
Sistem komunikasi massa.pptSistem komunikasi massa.ppt
Sistem komunikasi massa.pptEka Ariyanti
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awamaimm reka
 

Viewers also liked (16)

Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Salah laku pelajar
Salah laku pelajarSalah laku pelajar
Salah laku pelajar
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Ucapan Pemujukan
Ucapan PemujukanUcapan Pemujukan
Ucapan Pemujukan
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Dokumentasi minggu bahasa inggeris
Dokumentasi minggu bahasa inggerisDokumentasi minggu bahasa inggeris
Dokumentasi minggu bahasa inggeris
 
Buli presentation
Buli presentationBuli presentation
Buli presentation
 
Audit komunikasi 8
Audit komunikasi 8Audit komunikasi 8
Audit komunikasi 8
 
Komunikasi antarpribadi
Komunikasi antarpribadiKomunikasi antarpribadi
Komunikasi antarpribadi
 
Proposal for english week
Proposal for english weekProposal for english week
Proposal for english week
 
Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014
Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014
Kertas kerja program bulan bahasa inggeris 2014
 
Apa itu komunikasi
Apa itu komunikasiApa itu komunikasi
Apa itu komunikasi
 
Sistem komunikasi massa.ppt
Sistem komunikasi massa.pptSistem komunikasi massa.ppt
Sistem komunikasi massa.ppt
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awam
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 

Similar to Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)
TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)
TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)ErhanReza
 
Stimulus Organism Response Theory
Stimulus Organism Response TheoryStimulus Organism Response Theory
Stimulus Organism Response Theorymankoma2013
 
Attitude Theory from Hilmi Dzakwan S.H
Attitude Theory from Hilmi Dzakwan S.HAttitude Theory from Hilmi Dzakwan S.H
Attitude Theory from Hilmi Dzakwan S.HFaiz Sujudi
 
Pengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasiPengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasiLugasRamadhan
 
Komunikasi Antarpribadi
Komunikasi AntarpribadiKomunikasi Antarpribadi
Komunikasi Antarpribadiilhamsyah .
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seniadeq1012
 
makalah Komunikasi Interpersonal ok.pdf
makalah Komunikasi Interpersonal ok.pdfmakalah Komunikasi Interpersonal ok.pdf
makalah Komunikasi Interpersonal ok.pdfAlyaraisa Alpasha
 
Komunikasi Antar Pribadi
Komunikasi Antar PribadiKomunikasi Antar Pribadi
Komunikasi Antar PribadiQulubSidiq
 
Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN     PERTEMANAN     Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN     PERTEMANAN
Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN QulubSidiq
 
KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN        KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN ArrafiShafaat
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2wakzar
 
Pendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realitaPendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realitavarizalamir
 
KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak
KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanakKK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak
KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanakamirah aisyah
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Rahmat Saputra
 

Similar to Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI (20)

TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)
TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)
TUGAS KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI (B)
 
Stimulus Organism Response Theory
Stimulus Organism Response TheoryStimulus Organism Response Theory
Stimulus Organism Response Theory
 
Sikap
SikapSikap
Sikap
 
Attitude Theory from Hilmi Dzakwan S.H
Attitude Theory from Hilmi Dzakwan S.HAttitude Theory from Hilmi Dzakwan S.H
Attitude Theory from Hilmi Dzakwan S.H
 
Pengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasiPengertian tentang psikologi komunikasi
Pengertian tentang psikologi komunikasi
 
teori komunikasi
teori komunikasiteori komunikasi
teori komunikasi
 
murid-alam-belajar
murid-alam-belajarmurid-alam-belajar
murid-alam-belajar
 
Komunikasi Antarpribadi
Komunikasi AntarpribadiKomunikasi Antarpribadi
Komunikasi Antarpribadi
 
50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni50327869 erapi-seni
50327869 erapi-seni
 
makalah Komunikasi Interpersonal ok.pdf
makalah Komunikasi Interpersonal ok.pdfmakalah Komunikasi Interpersonal ok.pdf
makalah Komunikasi Interpersonal ok.pdf
 
Teori thorndike
Teori thorndikeTeori thorndike
Teori thorndike
 
Komunikasi Antar Pribadi
Komunikasi Antar PribadiKomunikasi Antar Pribadi
Komunikasi Antar Pribadi
 
Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN     PERTEMANAN     Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN     PERTEMANAN
Jurnal KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
 
KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN        KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
KONFLIK KOMUNIKASI ANTAR PRIBADI PADA HUBUNGAN PERTEMANAN
 
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak230.9 pendekatan teori psikologi kanak2
30.9 pendekatan teori psikologi kanak2
 
Makalah teori sor
Makalah teori sorMakalah teori sor
Makalah teori sor
 
Pendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realitaPendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realita
 
KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak
KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanakKK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak
KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
 
Psikologi dalam Pendidikan
Psikologi dalam PendidikanPsikologi dalam Pendidikan
Psikologi dalam Pendidikan
 

More from Awatif Atif

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and OrganisationAwatif Atif
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaAwatif Atif
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tuaAwatif Atif
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbangAwatif Atif
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananAwatif Atif
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungAwatif Atif
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototAwatif Atif
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularAwatif Atif
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorAwatif Atif
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusAwatif Atif
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionAwatif Atif
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Awatif Atif
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasarAwatif Atif
 

More from Awatif Atif (20)

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and Organisation
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tua
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandung
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktor
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury prevention
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasar
 

Recently uploaded

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 

Recently uploaded (20)

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 

Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

  • 1. 1.0 PENGENALAN & KESAN BULI KEPADA PELAJAR 1.1 PENGENALAN Akhir-akhir ini, laporan akhbar banyak memaparkan tentang kes-kes perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah menengah khususnya. Masalah disiplin yang paling kerap dilaporkan adalah masalah buli. Buli menjadi masalah disiplin yang utama kini. Keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak yang terbabit terutamanya ibu bapa, guru dan pelajar sendiri. Menurut Utusan Malaysia pada 29 Mac 2004, terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh 5 tahun daripada tahun 1999 hingga 2003. Pelajar yang bertingkah laku buli cenderung untuk membentuk tingkah laku ganas sehingga dewasa. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Oleh itu, Masalah buli perlu dipandang serius oleh semua pihak dengan mencari inisiatif yang berkesan bagi menangani masalah ini. Pendekatan yang dilihat paling efektif dan sesuai dipraktikkan pada masa kini adalah dengan menggunakan pendekatan pemujukan kepada pelajar yang terlibat dalam masalah buli sama ada pembuli ataupun mangsa buli. Hal ini demikian kerana, pelajar pada masa kini tidak sama seperti pelajar masa dahulu yang dihukum oleh guru dengan cara yang lebih berat dan tegas. Mereka akan menjadi semakin memberontak jika langkah sedemikian diambil. Jadi, langkah terbaik adalah dengan cara yang lebih halus dan lembut iaitu kaedah pemujukan. 1.2 KESAN BULI KEPADA PELAJAR Masalah buli memberi kesan yang amat buruk kepada pembuli dan mangsa buli seterusnya mengancam keselamatan di sekolah. Perbuatan buli sama ada dalam bentuk fizikal atau verbal akan memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar dan suasana persekolahan. Tingkah laku buli boleh menyebabkan kesakitan, kecederaan dan ketidakselesaan kepada individu terutamanya kepada mangsa buli. Hasil kajian daripada Ridby (1994) menunjukkan tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan fizikal dan mental. Tingkah laku buli akan menyebabkan perasaan rendah diri, penghargaan kendiri yang rendah, kemurungan, depresi dan bunuh diri (Olweus,1993). Kajian mengenai masalah buli dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara-negara barat mendapati murid yang membuli cenderung untuk menjadi penjenayah apabila dewasa manakala mangsa buli berkemungkinan besar akan membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi. 1
  • 2. 2.0 KONSEP KOMUNIKASI, PEMUJUKAN & BULI 2.1 KOMUNIKASI Perkataan komunikasi berasal dari perkataan “Communicate” yang bermaksud pemberitahuan. Justeru, dapat difahami bahawa perkataan komunikasi menekankan individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi menitikberatkan sosial dan “Communicator” merupakan individu atau kelompok yang berusaha mengadakan komunikasi dengan individu atau kelompok. Gary (1989) menekankan komunikasi adalah proses memberi makna dan mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan sesuatu seperti yang dikehendaki. Komunikasi juga merupakan proses perpindahan pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama melalui mesej yang disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan (Craig 1999). Komunikasi mempunyai pelbagai tujuan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat, mengurangkan kekeliruan dan salah faham, meningkatkan kesedaran dan motivasi, merapatkan hubungan dan kasih sayang, meningkatkan kepuasan kerja dan sebagainya. 2.2 PEMUJUKAN Definisi pemujukan pula boleh digambarkan melalui perbuatan iaitu pemujukan dilakukan dengan memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat hati iaitu seperti mengajak, menipu, dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Terdapat dua perkara penting yang melibatkan matlamat pemujukan. Matlamat pertama adalah matlamat mesti ditentukan dengan cara mengenal pasti mengapa proses memujuk dilakukan dan kedua, mengenal pasti cara untuk menjelaskan matlamat tersebut bagi memastikan matlamat yang ditetapkan jelas dan realistik Dalam menentukan matlamat memujuk, orang yang ingin dipujuk perlu dikenal pasti terlebih dahulu kerana tidak semestinya orang pertama yang terlintas di fikiran merupakan orang sebenar yang ingin dipujuk. Matlamat pemujukan biasanya bersifat spesifik dan terfokus. Justeru, minda perlu ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut. Selepas itu, bertekad dan beriltizam bagi memulakan langkah pertama dalam proses memujuk iaitu menyampaikan idea. Ucapan pemujukan ialah ucapan yang boleh disifatkan sebagai cuba mengetengahkan idea atau dalam erti kata lain ingin menjual idea. Ucapan pemujukan adalah jenis ucapan yang paling banyak mempengaruhi orang kerana ia disampaikan dalam kelompok yang ramai bagi mengubah persepsi pendengar 2
  • 3. tentang sesuatu perkara. Seorang pengucap yang hebat mampu mempengaruhi orang ramai untuk mempercayainya. 2.3 BULI Perlakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks (K.Collin et al.,2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi yang melibatkan perbuatan buli. Definisi perlakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi yang diberikan Dan Olweus. Beliau mendefinisikan perlakuan buli sebagai tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain sama ada secara individu atau secara berkumpulan (Olweus, 1993). Ridby (1996) pula menyatakan bahawa tingkah laku buli merupakan perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Para pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam kalangan pembuli iaitu fizikal, verbal dan antisosial. Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal dan antisosial termasuklah tindakan-tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991;Thompson dan Sharp, 1998). Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Definisi yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington, 1996; Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti menumbuk, menendang dan menolak. 3
  • 4. 3.0 TEORI-TEORI PEMUJUKAN Para pakar psikologi sosial telah mengemukakan berbagai teori tentang perubahan sikap yang mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku yang melibatkan pemujukan. Antara teori-teori itu adalah teori pembelajaran ( learning theory), teori pertimbangan sosial (social judgement theory) dan Teori Respons Kognitif (Kognitif respons Theory). Dasar- dasar dari teori-teori tersebut sebagai berikut: 3.1 TEORI PEMBELAJARAN ( LEARNING THEORY) Teori ini lebih menumpukan kepada perubahan sikap yang dianggap sebagai suatu proses pembelajaran kepada seseorang. Teori ini menerangkan tentang ciri-ciri dan hubungan antara rangsangan dan tindak balas dalam suatu proses komunikasi. Hovlan, Janis dan Kelley telah memberi sumbangan yang besar kepada teori ini apabila berjaya mencipta program komunikasi dan perubahan sikap Yale (The Yale communication and attitude change program). Program Yale telah mengidentifikasikan unsur-unsur dalam proses pemujukan yang dapat memberi pengaruh terhadap perubahan sikap seseorang. Menurut program Yale, terdapat empat unsur dalam proses pemujukan yang dapat mempengaruhi perubahan sikap iaitu penyampaian sebagai sumber informasi baru, komunikasi atau maklumat yang disampaikan, penerima dan situasi. 3.2 TEORI PERTIMBANGAN SOSIAL ( SOCIAL JUDGEMENT THEORY) Menurut teori ini, perubahan sikap merupakan suatu penaksiran kembali atau pendefinisian kembali terhadap sesuatu objek. Sikap mencakupi ruang gerak penerimaan, ruang gerak tidak pasti dan ruang gerak penolakan. Perubahan sikap berlaku apabila mesej pemujukan jatuh di dalam atau berdekatan dengan ruang gerak penerimaan seseorang. Sikap akan berubah sesuai dengan arah mesej yang disampaikan. Posisi yang ditawarkan dalam maklumat pemujukan akan terserap ke dalam posisi penerima sendiri. Sebaliknya, jika mesej pemujukan jatuh di dalam ruang gerak penolakan, sikap penerima tidak akan berubah atau berubah berlawanan arah dari mesej yang disampaikan. Posisi yang ditawarkan akan bertentangan dengan sikap dan posisi penerima. Menurut teori ini, proses perubahan sikap bergantung pada kekuatan pendirian individu dalam berpegang pada suatu nilai atau pandangan. Apabila individu berpegangan pada pandangan yang ekstrem dalam suatu hal, maka ruang gerak penerimaannya adalah sempit. kemungkinan terjadinya perubahan sikap bagi individu tersebut adalah kecil. Sebaliknya, individu yang tidak ekstrem berpegang pada 4
  • 5. suatu pandangan akan memiliki ruang gerak penerimaan yang luas. Semakin luas ruang gerak penerimaan seseorang, semakin besar kemungkinan seseorang individu untuk mengalami perubahan sikap. 3.3 TEORI RESPONS KOGNITIF (KOGNITIF RESPONS THEORY) Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori ini memberi fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap maklumat yang diterima. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori ini adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan dengan mengumpulkan teori-teori ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh Greenward sebagai Kognitif respons. 5
  • 6. 4.0 TEKNIK-TEKNIK PEMUJUKAN Guru perlu memainkan peranan penting dalam memujuk pelajar yang menjadi pembuli dan mangsa buli agar para pembuli sedar tentang perbuatan mereka dan mengembalikan keyakinan diri pelajar yang menjadi mangsa buli. Hal ini kerana percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi nasihat, memberi arahan dan mengkritik. Edward dan Westergate (1987) meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.Terdapat pelbagai teknik yang boleh guru gunakan untuk memujuk pelajar-pelajar tersebut agar menjadi insan yang lebih berguna kelak. 4.1 PENDEKATAN PSIKOANALITIK Pendekatan ini cuba memahami tingkah laku dengan menganalisis cara personaliti dibentuk melalui pengalaman silam (Asmawati Desa,2009). Pendekatan ini berkembang daripada teori Frued berkenaan minda tidak sedar. Menurut Asmawati Desa (2009), istilah psikoanalisis boleh merupakan suatu teori mengenai minda manusia dan tingkah laku atau suatu bentuk terapi. Frued berpendapat bahawa semua tingkah laku dan proses mental menunjukkan bahawa konflik-konflik tidak sedar yang berlaku dalam diri seorang individu. Hal ini kerana desakan untuk memenuhi tuntutan naluri atau keinginan seperti makanan, seks dan keagresifan serta larangan yang dikenakan oleh masyarakat. Guru perlu menyelidik latar belakang dan sejarah silam yang pernah dialami oleh pembuli dan mangsa buli. Perkara ini amat perlu sebelum para guru ingin memujuk untuk menyedarkan pembuli dan membangkitkan semangat mangsa buli. Latar belakang dan sejarah silam yang dialami oleh mereka boleh diperoleh melalui pelbagai cara seperti bertanyakan sendiri kepada mereka atau memperoleh maklumat daripada rakan karib mereka serta sumber-sumber lain yang boleh dipercayai. 6
  • 7. 4.2 TEKNIK MENIMBULKAN RASA POSITIF Seseorang individu akan lebih mudah dipengaruhi apabila perasaan mereka berada dalam keadaan positif (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd: 1997). Individu yang cuba mempengaruhi seseorang juga menggunakan pelbagai cara seperti memberi hadiah percuma, menjamu, bersiar-siar dan sebagainya. Para guru juga boleh menggunakan pendekatan ini bagi menarik minat para pembuli dan mangsa buli untuk berubah sikap. Guru perlu memenangi hati mereka terlebih dahulu sebelum memujuk mereka atau menasihati mereka ke arah yang lebih baik. Teknik ini boleh menyebabkan para pembuli dan mangsa buli rasa dihargai kerana kemungkinan sebelum ini mereka berasa kurang kasih saying dan perhatian daripada keluarga dan orang lain. 4.3 TEKNIK EMPATI Empati ialah keupayaan melihat perasaan orang lain seolah-olah merasai perasaan itu umpama perasaan sendiri (Shahizan, Tsai dan Saw: 2005). Teknik ini merupakan teknik yang paling sesuai kepada guru yang ingin melakukan komunikasi persuasif kepada pembuli dan mangsa buli. Pendekatan ini selalu digunakan oleh guru kaunseling sekolah semasa menjalankan sesi dengan klien yang kebanyakannya ialah remaja sekolah. Menurut Shahizan, Tsai dan Saw (2005), empati penting dalam profesion kaunseling kerana menurut Vanaerscot (1993), “Daripada pandangan ahli terapi kaunselor, empati adalah satu kaedah khusus untuk mengetahui, namun perlu diingat bahawa dunia dalaman klien itu tidak dapat diketahui sepenuhnya. Mengetahui secara dalaman juga bermaksud ahli terapi menggunakan dunia fenomena logikalnya di mana beliau dapat memahami dan membuat tanggapan secara langsung pada kliennya.” Teknik ini bersesuaian kepada pembuli dan mangsa buli kerana mereka akan rasa dihargai kerana perasaan mereka dirasai juga oleh guru. Guru juga boleh melakukan sentuhan tubuh sekiranya perlu kepada pembuli dan mangsa buli agar mereka berasa lebih tenang dan selesa serta mereka akan berasa terharu dan tersentuh perasaan mereka. 7
  • 8. 4.4 TEKNIK BAHASA BADAN Strategi menjalin hubungan adalah sangat penting dalam proses pemujukan. Bahasa badan menjadi penentu keberkesanan usaha memujuk (Shahrul Nizam Junaini, 2010). Pertama kali bertemu, biasanya guru dan para pelajar akan bersalaman sekiranya mereka sama jantina. Bersalaman ialah satu hubungan tubuh yang sesuai. Guru juga perlu duduk atau berdiri menghadap pembuli atau mangsa buli semasa sesi pemujukan. Postur dan gaya badan amat penting dalam pendekatan ini. Gaya atau postur badan guru perlulah sedikit menunduk dan sentiasa bersifat terbuka. Sepanjang perbualan, guru perlulah mengekalkan pandangan di sekitar mata dan berbual dengan tenang agar mereka berasa selesa untuk meluahkan perasaan mereka. Bahasa badan yang paling hebat ialah senyuman. Guru perlu senyum untuk membangkitkan semangat mereka, namun ekspresi wajah perlulah berpadanan dengan mesej yang ingin disampaikan. Mesej yang tidak sepadan dengan riak wajah akan melemahkan pengaruh. 8
  • 9. 5.0 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU BERKAITAN BULI Dapatan kajian oleh Farrington (1993) menunjukkan wujud pertalian antara tingkah laku buli dan kenakalan semasa di sekolah dengan tingkah laku agresif dan ganas semasa dewasa. Penyelidik seperti Beale dan Scott (2001) mendapati tingkah laku agresif dan buli merupakan satu fenomena tingkah laku yang berlaku secara berleluasa di sekolah pada hari ini. Tingkah laku buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau berkumpulan (Olweous, 1993). Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seserang yang tidak berkuasa. Dalam kata lain, tingkah laku buli merupakan satu bentuk interaksi sosial di mana individu yang lebih dominan iaitu pembuli akan menunjukkan tingkah laku agresif yang cenderung menyebabkan ketidakselesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah seperti mangsa buli. Tingkah laku buli atau perbuatan buli boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu fizikal dan psikologi. Menurut Olweus (1993) terdapat tiga jenis tingkah laku buli iaitu fizikal, verbal dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku buli fizikal adalah seperti memukul, menarik rambut dan menendang . Tingkah laku buli verbal ialah seperti mengejek, menghina dan mengusik yang melibatkan psikologi. Tingkah laku buli fizikal dan verbal ini merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli yang berkaitan dengan tingkah laku anti sosial ialah memulau, mengata, fitnah dan merosakkan harta benda iaitu merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk antisosial pula boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti merosakkan harta benda atau dalam bentuk psikologi seperti pemulauan dan fitnah. Tingkah laku agresif buli sama ada dalam bentuk fizikal atau verbal akan menghasilkan kesan yang tidak baik terhadap suasana persekolahan dan pelajar itu sendiri. Tingkah laku buli boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan atau kesakitan ke atas individu terutamanya yang menjadi mangsa buli. Dapatan kajian oleh Rigby (1994) menunjukkan tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan kesihatan mental dan fizikal. Menurut Olweus (1993), tingkah laku buli akan menyebabkan mangsa buli rasa rendah diri, mempunyai penghargaan kendiri rendah, kemurungan, depresi dan bunuh diri. Kes buli di kalangan murid-murid sekolah di negara-negara barat mendapati murid yang membuli apabila dewasa kelak kemungkinan besar akan menjadi penjenayah. 9
  • 10. Manakala mangsa buli pula lebih cenderung untuk membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi. Kebanyakan pembuli mempunyai fizikal yang kuat, bertubuh tegap dan berkuasa. Pembuli kebiasaannya mempunyai tahap psikososial yang rendah namun mereka lebih agresif, mempunyai fizikal yang lebih kuat dan lebih besar berbanding mangsa buli. Olweus (1993) pula menyatakan bahawa perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap berlaku berbanding pelajar perempuan. Kajian tentang perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah di Malaysia kurang dijalankan. Walaupun begitu, kajian yang dijalankan oleh Noran Fauziah Yaakub (2004) pada tahun 2002 dan 2004, mendapati masalah tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah juga wujud di Malaysia. Dapatan daripada kajian beliau juga menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan terlibat dengan tingkah laku buli psikologi seperti ejek, fitnah, pulau dan sisih, dan pelajar lelaki lebih banyak terlibat dengan tingkah laku buli fizikal seperti menolak, memukul dan menempeleng berbanding pelajar perempuan (Utusan Malaysia, 28 Mac 2004). 10
  • 11. 6.0 SITUASI PEMUJUKAN Situasi di bawah menggambarkan situasi antara guru dan pelajar yang suka membuli rakan-rakannya. Guru tersebut cuba untuk menyedarkan pelajar yang suka membuli dengan cara pemujukan. Situasi pemujukan ini dipermudahkan dalam bentuk perbualan antara guru, Firas iaitu pelajar bermasalah buli, Aiman dan Zaiton iaitu mangsa buli. Huruf yang bertanda condong menunjukkan beberapa teknik atau pendekatan pemujukan yang digunakan oleh guru kepada muridnya. Perbualan tersebut adalah seperti berikut : Guru : Saya mendapat laporan daripada ketua kelas kamu yang kamu selalu mengacau Firas dalam kelas, mengusik Firas sewaktu sesi pembelajaran, menyorokkan alat tulis dan macam-macam lagi yang kamu lakukan kepadanya. Betulkah apa yang dilaporkan oleh ketua kelas kamu Aiman? Aiman : Eh, mana ada cikgu. Saya tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa. Semua yang cikgu katakan ini fitnah semata-mata cikgu. Guru : Aiman, kamu jangan berdolak-dalih dengan cikgu. Ramai saksi yang melihat perbuatan kamu. Kamu tahu kan perbuatan kamu boleh dikategorikan sebagai perbuatan buli? Aiman : Tapi cikgu, saya tidak pernah membuli Firas. Cikgu : Baiklah, kalau kamu berkeras juga dengan keputusan kamu, saya akan memanggil Firas dengan ketua kelas kamu. 10 minit kemudian, Firas datang bersama Ketua kelas, Zaiton. Cikgu : Firas, betulkah Aiman selalu membuli kamu di dalam kelas. Firas : Betul cikgu. Zaiton : Saya dan rakan-rakan selalu melihat perbuatan Aiman terhadap Firas. Hampir setiap masa dia akan menggangu Firas. Cikgu : Aiman, lihat. Saksi sudah ada. Kamu tidak boleh menyangkal lagi perbuatan kamu terhadap Firas. Apa sebenarnya masalah kamu, Aiman? Apa yang menyebabkan kamu suka membuli Firas? 11
  • 12. Aiman : Saya mengaku bersalah cikgu. Saya sebenarnya cemburu akan Firas yang selalu mendapat perhatian di dalam kelas hampir setiap masa. Cikgu : Perhatian? Maksud kamu? Aiman : Firas pelajar yang bijak, selalu mendapat nombor satu di dalam peperiksaan, semua orang suka berkawan dengannya. Saya tidak sepandai Firas, tidak ramai yang suka berkawan dengan saya. Perkara ini yang menyebabkan saya berasa cemburu terhadapnya lalu saya mengambil keputusan untuk mengacaunya di dalam kelas. Zaiton : Aiman, sebenarnya bukan soal bijak atau tidak kami berkawan dengan seseorang. Kalau Firas tidak pandai sekalipun, kami tetap berkawan dengannya sebab dia baik dan berbudi bahasa. Cuba lihat diri awak Aiman? Awak selalu mengacau pelajar di dalam kelas, cuma dalam kes Firas, awak lebih kepada membulinya. Cikgu : Aiman, orang tidak suka kepada orang yang tidak berbudi bahasa. Cuba awak lihat diri awak, awak selalu mengacau pelajar di dalam kelas, kasar dan tidak tahu menghormati orang lain. Macam mana orang hendak berkawan dengan awak kalau begini perangai awak? Aiman : Em.. (terdiam dan menundukkan kepalanya) Cikgu : Aiman, saya bukan hendak memarahi awak, tetapi saya nak awak berubah kepada yang lebih baik. Awak bukan tidak pandai, cuma awak mengalami banyak halangan untuk belajar. Macam mana awak nak belajar kalau seharian awak di dalam asyik mengacau para pelajar. Saya sayangkan awak. Saya anggap awak macam anak saya sendiri Aiman. Zaiton : Kami bukan tidak suka berkawan dengan awak sebab awak tidak pandai Aiman, akan tetapi kami tidak suka dengan perangai awak. Kalau awak boleh ubah perangai awak, kami dengan hati yang terbuka menerima awak dengan seadanya. Aiman : Err.. tapi saya tidak pandai seperti Firas. Firas : Saya tidaklah terlalu pandai Aiman. Kalau awak berusaha pun, awak akan jadi lagi lebih pandai daripada saya. Zaiton : Betul tu Aiman. Kami akan membantu kamu. 12
  • 13. Cikgu : Dengar itu Aiman. Rakan-rakan awak semua sayang akan awak. Mereka sanggup memaafkan awak sekiranya awak berjanji untuk berubah. Aiman, kalau kita hendak berjaya di dalam hidup, kita mesti rajin belajar. Aiman : Ya cikgu. Maafkan saya. Cikgu : Sekiranya awak ada masalah, awak datanglah berjumpa saya. Insya Allah, saya akan menolong sedaya yang mampu. Saya maafkan kesalahan awak kali ini. Aiman, minta maaf dengan Firas. Aiman : Saya minta maaf Firas. Saya menyesal akan perbuatan saya terhadap awak. Saya berjanji akan berubah. Tolong maafkan saya. Firas : Saya maafkan awak Aiman. Saya harap kita boleh jadi rakan yang baik. Aiman : Zaiton, saya pun hendak memohon maaf daripada awak. Maafkan saya jikalau saya selalu menyusahkan awak. Zaiton : Aiman, awak rakan saya. Saya tidak pernah berdendam. Saya maafkan awak. Cuma saya harap, awak dapat berubah kepada yang lebih baik. Cikgu : Macam inilah yang dinamakan semangat setia kawan. Cikgu gembira dengan kamu semua. Aiman : Cikgu, saya pun hendak memohon maaf daripada cikgu sekiranya selama ini saya menyusahkan cikgu dengan perangai saya ini. Cikgu : Cikgu maafkan awak Aiman. Baiklah, semuanya sudah selesai. Pulanglah ke kelas. Aiman, kalau boleh minta maaf dengan rakan-rakan kelas kamu. Aiman : Baiklah cikgu. Terima kasih. Cikgu : Sama-sama. 13
  • 14. 7.0 ANALISIS SITUASI PEMUJUKAN Situasi pemujukan seperti ini kebiasaannya berlaku apabila guru disiplin atau guru kaunseling membuat perjumpaan bersama murid yang mempunyai masalah suka membuli. Apabila perjumpaan ini dilakukan, guru tersebut akan menggunakan cara pemujukan yang sesuai bagi memastikan murid yang suka membuli ini mendapat kesedaran bahawa tingkah laku yang dilakukannya adalah salah dan tidak bermoral. Teknik pemujukan seperti ini sebenarnya berlaku hampir di semua bidang sama ada dalam bidang pengiklanan, rumah tangga, politik mahupun dalam bidang pendidikan sendiri. Melalui kaedah pemujukan dalam bidang pendidikan iaitu masalah disiplin murid, guru biasanya tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana keadaan ini akan menyebabkan murid yang bermasalah menjadi lebih berkeras dan seterusnya akan membuat tindakan yang drastik seperti memberontak. Biasanya dalam kaedah memujuk ini, banyak kata-kata manis digunakan oleh guru bagi menyedapkan hati muridnya. Pelbagai laras bahasa akan digunakan dalam kaedah pemujukan ini. Kemahiran pemujukan ini dikatakan berkait rapat dengan bidang komunikasi dan linguistik. Bahasa yang baik dan penggunaan cara yang betul akan mampu untuk mengubah sikap dan tingkah laku seseorang pelajar yang bermasalah. Terdapat tiga langkah atau ciri khusus yang terdapat dalam kemahiran pemujukan daripada situasi antara guru dan pelajar yang bermasalah buli. Ciri yang pertama ialah pemberi komunikasi iaitu guru perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada muridnya. Ini bermakna, jika guru mengharapkan muridnya mengubah sikap kepada yang lebih baik dan tidak membuli, maka guru perlu memberitahu langkah atau tindakan yang perlu dilakukan oleh murid tersebut. Kedua, guru sebagai pemujuk perlu mengemukakan bukti dan tujuan supaya murid tersebut lebih yakin dan percaya kerana telah didedahkan dengan bukti yang jelas serta tujuan yang jelas mengapa perkara tersebut perlu dilakukan. Dan yang terakhir ialah gaya pemujukan yang dilakukan oleh guru perlulah berkesan, imaginatif, dan juga emotif. Hal ini kerana teknik ini mampu untuk mempengaruhi murid tersebut untuk berubah. 14
  • 15. 8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, isu buli pada masa kini sememangnya boleh diselesaikan jika guru dan murid saling mengamalkan berkomunikasi yang berkesan antara satu sama lain. Menurut Abdullah Hassan Ainon Mohd, (2006), komunikasi di sekolah baik pihak guru mahupun murid, masing-masing mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Mengenai isu buli ini, komunikasi pemujukan amatlah penting. Sebagai guru terutamanya, kemahiran dalam komunikasi pemujukan perlu ada kerana dapat membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Terdapat pelbagai teknik dan teori pemujukan yang dapat digunakan untuk memujuk murid yang menghadapi masalah buli ini. Penggunaan teori pemujukan yang betul membolehkan guru membantu pihak sekolah untuk menangani isu buli daripada menjadi lebih parah. Selain itu, murid yang menjadi mangsa buli tidak akan berasa diri mereka tersisih dan terancam kerana guru mengamalkan komunikasi pemujukan yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang di hadapi. Murid yang menjadi mangsa buli sememangnya akan mengalami trauma yang teruk di mana sebahagian daripada mereka di buli secara fizikal dan mental. Oleh itu, komunikasi pemujukan ini amat sesuai dengan situasi guru dan murid yang menjadi mangsa buli kerana situasi sebegini perlu diselesaikan dengan cara memujuk. Secara ringkasnya, teknik memujuk dapat membantu melembutkan hati seseorang kerana teknik ini menggunakan bahasa percakapan yang lembut dan boleh mempengaruhi sikap seseorang. Justeru, guru adalah orang yang kedua terpenting selepas ibu bapa dalam membentuk dan menangani masalah murid di sekolah. (Noraini Ahmad,2000). 15
  • 16. RUJUKAN Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., (1997). Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abdullah Hassan Ainon Mohd. (2009). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing SDN. BHD. Asmawati Desa, (2009). Psikologi untuk Golongan Profesional: Edisi Ketiga. Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Beale, A. V. & Scott,P.C (2001). “Bullybusters:” Using drama to empower students to take a stand against bullying. Professional School Counseling, 4(4), 300-308. Craig, R. (1999). „Communication Theory as a Field‟, Communication Theory 9 : 119-61. Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia. London: The Falmer Press. Farrington, D.P. (1993). Understanding and preventing bullying. In M. Tonry (Ed.), Crime and Justice, Chicago: University of Chicago, Vol. 17, pp. 381-458. Gary, T.H. (1989). Communication Skills in The Organization. New Jersey : Prentice Hall Inc. Noraini Ahmad (2000). Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors SDN. BHD. Noran Fauziah Yaakub (2004). Insiden Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Implikasi Kepada Pengurusan Sekolah. Kertas Kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-11 di Universiti Malaya. Olweus, D. (1993). Bullying At School : What We Know and What We Can Do. Cambridge, Ma : Blackwell. 16
  • 17. Olweus, D. (1991). Bully/Victim Problems among School Children : Basic facts and Effect of a School-based Invention Programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The Development and Treatment of Chillhood Aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum. Olweus, D. (1993). Bullying in School. London, Willy and Son.: What we know and what we can do. Oxford, Blackwell. Rigby, K. (1996). Bullying in Schools and What To Do About it. Melbourne : Australia Council for Educational Research. Rigby, K. (1994). School bullies. Independent Teacher, April, 8-9. Sidang Editor, (2005). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahizan, Chen C. Tsai dan Hooi C. Saw, (2005). Intrapersonal & Interpersonal untuk Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Syahrul N. Junaini, (2010). Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Thompson, D., & Sharp, S. (1948). The Dynamics of Victimisation and Rejection in School. Improving Schools: Establishing ang Integrating Whole School Behaviour Policies. London : David Fulton. SUMBER INTERNET : (Yahya,2005) Diperoleh pada Oktober 21 2011 daripada eprints.utm.my/6258/1/2.pdf (2009). Diperoleh pada Oktober 23 2011 daripada http://ed150n5.blogspot.com/2009/08/perubahan-sikap.html 17
  • 18. (2010). Diperoleh pada Oktober 23 2011 daripada http://bomohmuda.blogspot.com/2010/03/pembujukan-dalam-komunikasi-sebagai.html SUMBER AKHBAR : Utusan Malaysia, 28 Mac 2004. Utusan Malaysia, 29 Mac 2004. 18