SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: 2019
PROGRAM & AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2015
SEMESTER/TAHUN : SEMESTER 8 / TAHUN 4
NAMA PELAJAR : HARRY JADE VICTOR
ANGKA GILIRAN : xxxxxxxxxxxxxxxxx
NOMBOR KAD PENGENALAN : xxxxxxxxxxxxxxxxxx
KUMPULAN/UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KOD DAN NAMA KURSUS :
PBKK3243 : PENILAIAN PROGRAM BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
JENIS TUGASAN : TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH : PUAN NOR’AZIAH BT AHAMAD SHATAR
TARIKH HANTAR : 07 MAC 2019
PENGAKUAN PENERIMAAN
MAKLUMBALAS DARIPADA
PENSYARAH :
TANDATANGAN PELAJAR :
TARIKH :
TANDATANGAN PENSYARAH :
TARIKH :
Senarai kandungan
Kandungan Halaman
Soalan tugasan -
1.0Pengenalan 1
2.0Justifikasi pemilihan model penilaian program 2 – 3
3.0Justifikasi pemilihan instrumen penilaian program 4 – 6
4.0 Penutup 6
Rujukan -
Lampiran -
SOALAN TUGASAN
TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK (40%)
Bincangkan model dan instrumen penilaian program yang boleh menilai
program bimbingan dan kaunseling yang telah anda laksanakan dan
nyatakan justifikasi pemilihan model serta instrumen penilaian tersebut.
 Tugasan adalah tugasan individu.
 Panjang penulisan yang disediakan hendaklah 1800 patah perkataan.
 Tugasan anda perlu mengandungi pengenalan, perkembangan (fakta
dan huraian bagi setiap isi) dan penutup.
Nama program : Projek Inovasi “Secret Nature”
Tarikh / hari : 4 Mac 2019 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi hingga majlis selesai (Anggaran masa : sehingga 9.00 pagi)
Tempat program dijalankan : Kawasan lapang sebelah bilik Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Melayu Edisi Kedua dalam Aziah dan Fazli
(2016), program merujuk kepada rancangan sesuatu dasar atau sesuatu aktiviti. Dalam
program yang dilaksanakan, istilah program merujuk kepada pelaksanaan sesuatu aktiviti
di mana adanya penilaian ke atas aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Aqsa Hussin
(2013) pula, penilaian program merupakan proses yang sistematik bagi mengumpul dan
menganalisis data-data untuk tujuan membuat keputusan sama ada sesuatu program
berkaitan yang sedang dilaksanakan atau selesai dilaksanakan memberi kesan yang
menguntungkan atau sebaliknya.
Kenyataan Mohamad Aqsa (2013) ini sama seperti pandangan McNamara dalam
Ranita Manap et al (2018) di mana beliau juga mentakrifkan penilaian program sebagai
satu proses pengumpulan maklumat bagi tujuan membuat keputusan terhadap program
yang dilaksanakan. Ini bermakna, penilaian program merujuk kepada usaha untuk
mendapatkan segala maklumat berkenaan program yang dilaksanakan bagi melihat
sejauh mana program yang dilaksanakan itu mencapai matlamat atau tidak. Dalam
penilaian terhadap program yang telah dilaksanakan oleh saya pula, penilaian program
merujuk kepada usaha untuk melihat sejauh mana tahap keberkesannya dan juga
hubungan yang signifikan di antara latihan/aktiviti dengan pembangunan keterampilan,
peningkatan prestasi disiplin murid dan keberkesanan organisasi.
Amnya, program bimbingan dan kaunseling yang telah saya laksanakan ialah Projek
Inovasi “Secret Nature” di mana ia telah saya laksanakan semasa saya menjalani
internship selama empat minggu di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang. Program yang
dilaksanakan ini lebih fokus kepada pembangunan insaniah murid melalui objektif yang
digariskan iaitu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dalam kalangan murid-murid, memupuk sikap keusahawanan dalam diri murid serta
memberi peluang kepada murid-murid untuk menyalurkan idea kreatif dan inovatif melalui
aktiviti dalam projek yang disertai iaitu menghasilkan baja kompos melalui sisa makanan
(murid akan mengumpul sisa makanan yang dimakan dalam bekas yang disediakan di
kantin sekolah) serta menanam tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan baja kompos
sisa makanan yang dihasilkan oleh murid sendiri.
2.0 Justifikasi pemilihan model penilaian program
Menurut Razali dalam Alias Mahmud (2012), model penilaian merupakan satu
gambaran konseptual yang dapat menjelaskan hubungan antara aktiviti dengan elemen-
elemen lain yang berkaitan. Maknanya di sini, model penilaian merupakan satu set yang
menjadi panduan dalam mengambarkan keadaan sebenar sesuatu program yang ingin
dinilai. Dalam program yang dilaksanakan, model penilaian yang digunakan ditakrifkan
sebagai satu set rujukan yang menjadi panduan kepada pelajar guru B&K (saya) untuk
membuat generalisasi secara keseluruhan terhadap program yang dijalankan. Terdapat
pelbagai model penilaian program. Antaranya ialah model penilaian Tyler, model
penilaian CIPP dan juga model penilaian Kirkpatrick.
Model penilaian yang digunakan ke atas program yang telah saya laksanakan ialah
model penilaian Tyler oleh Ralph W. Tyler. Tyler dalam Rohana et al (2017), meyatakan
bahawa proses penilaian sesuatu program di bawah model ini adalah berdasarkan
kepada objektif yang perlu dicapai dan dapat dicapai pada akhir pelaksanaan program.
Walaupun tiga model penilaian yang dinyatakan masing-masing bertujuan untuk memberi
penilaian ke atas sesuatu program yang dilaksanakan, model penilaian Tyler talah saya
gunakan kerana objektif model penilaian yang mudah difahami jika dibandingkan dengan
model penilaian yang lain kerana model penilaian Tyler memberi fokus terus terhadap
tahap penilaian keberkesanan program melalui perbandingan data dengan objektif
program selepas program dilaksanakan keseluruhannya. Maknanya, tujuan penilaian
adalah jelas.
Berbanding dengan model penilaian CIPP, model penilaian ini dilihat sukar difahami
tujuannya. Walaupun model ini memiliki pendekatan yang holistik dan dapat memberikan
gambaran yang menyeluruh terhadap sesuatu program yang dilaksanakan bermula dari
fasa konteks hinggalah ke tahap implementasi namun, tidak dinafikan bahawa model ini
terlalu mementingkan bagaimana proses pelaksanaan program (Ihwan Mahmudi, 2011).
Kesannya, modul ini lebih kepada pengurusan program dan bukannya fokus terhadap
tahap dan kesan-kesan program yang dilaksanakan. Begitu juga dengan model penilaian
Kirkpatrick. Model penilaian ini memerlukan masa yang agak cukup panjang bagi
penggumpulan bukti-bukti hasil program yang dilaksanakan. Jika melihat kepada
program yang saya laksanakan, model ini memang agak kurang sesuai kerana tempoh
masa program yang saya laksanakan ini adalah terhad selama saya menjalani sesi
internship di sekolah sahaja (4 minggu). Jadi adalah sukar bagi saya untuk membuat
penilaian keberkesanan program jika saya sudah menamatkan sesi internship di sekolah
ditambah lagi program ini dilaksanakan pada minggu kedua saya menjalani sesi
internship di sekolah. Jesteru itu, saya tidak memilih model penilaian CIPP dan model
penilaian Kirkpatrick.
Selain itu, justifikasi lain yang menyokong kepada penggunaan model penilaian Tyler
ke atas program yang telah saya laksanakan ini ialah kerana model penilaian Tyler
mempunyai prosedur pelaksanaan penilaian yang sangat teratur dan mudah untuk
dipraktikkan (Lydia J, 2015). Di bawah model Tyler, penyusunan prosedur/proses
penilaian program yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan objektif di awal
perancangan program menjadikan model ini memberikan gambaran yang jelas mengenai
apa yang diharapkan terhadap program yang dilaksanakan. Buktinya, dengan penekanan
terhadap penetapan matlamat dan objektif di awal perancangan penilaian program, ia
dapat menghasilkan maklumat yang relevan secara langsung kepada saya bagi
mengetahui apa yang perlu saya nilai. Saya tahu dan jelas mengenai apa yang perlu
saya nilaikan.
Berbanding dengan model lain, model penilaian CIPP misalnya, model ini tidak
bermula dengan penetapan matlamat program melainkan terus fokus terhadap
penggubalan program (Fasa 1 : Konteks) (Stufflebeam dalam Siti Muyana, 2017). Begitu
juga dengan model penilaian Kirkpatrick di mana penilaian program terus dimulakan
dengan melihat kepada penilaian reaksi ke atas program yang dilaksanakan. Amnya,
tanpa penyusunan matlamat dan objektif sedari awal proses model penilaian seseuatu
program, adalah amat sukar untuk mendapat kejelasan mengenai apa yang hendak
dinilai sebenarnya dalam sesuatu program yang dilaksanakan.
Akhir sekali, pemilihan model penilaian Tyler untuk menilai program yang
dilaksanakan juga adalah kerana model penilaian program ini tidak terarah kepada satu-
satu aspek penilaian semata-mata (Qaisara Din, 2015). Misalnya, dalam model penilaian
Tyler, ia tidak hanya menekankan kepada penilaian tahap keberkesanan program yang
dijalankan sahaja tetapi ia juga menekankan penilaian ke atas aspek-aspek lain seperti
pencapaian/kesan program ke atas diri murid, pengetahuan murid tentang program dan
sebagainya. Jadi, ia sangat bersesuaian digunakan dalam penilaian ke atas program
yang saya laksanakan kerana dengan model ini, selain dapat melihat dan menilai tahap
keberkesanan program, saya juga dapat menilai aspek-aspek lain selain program seperti
aspek penilaian pandangan guru dan murid terhadap program, perubahan pada murid
dan banyak lagi.
Keadaan ini jauh berbeza sekali dengan model penilaian CIPP dan juga model
penilaian Kirkpatrick di mana dalam kedua-dua model ini, ia lebih fokus kepada penilaian
pengurusan program (model penilaian CIPP) serta penilaian ke atas aspek kesan
program yang dilaksanakan semata-mata (model panilaian Kirkpatrick). Maka dari itu,
saya telah memilih model penilaian Tyler sebagai set panduan dalam penilaian program
yang telah saya laksanakan.
3.0 Justifikasi pemilihan instrumen penilaian program
Instrumen penilaian ditarifkan sebagai satu alat alat ukur yang mengandungi
beberapa siri item yang boleh memberi gambaran penilaian dan mentafsir daripada
angka-angka yang diperolehi dengan lebih bermakna (Maimunah, 2012). Maknanya,
instrumen penilaian program ialah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat mengenai
sesuatu program yang dilaksanakan. Dalam program yang saya laksanakan, instrumen
penilaian program merujuk kepada kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul
data bagi melihat sejauh mana tahap keberkesanan program yang dilaksanakan. Tiga
kaedah atau instrumen penilaian program yang telah saya gunakan bagi penilaian
program yang telah saya laksanakan ini. Antaranya ialah soal selidik, pemerhatian dan
juga temu bual.
Soal selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan yang
dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis bagi menjawab
persoalan kajian (Shahrul Nizam, 2017). Dalam set soal selidik penilaian program saya,
ia mengandungi 10 item dengan menggunakan skala likert 4 bagi menilai 3 jenis konstruk
(Rujuk lampiran 1). Soal selidik digunakan kerana ia mudah ditadbir dan mudah dijawab
oleh responden serta memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat dari jumlah
responden yang ramai dalam jangka masa yang singkat. Buktinya, item-item dalam soal
selidik saya adalah menggunakan soalan tertutup (hanya perlu tanda item yang berkaitan
tanpa perlu memberi penjelasan). Hasilnya, ia memudahkan saya untuk mendapatkan
jawapan yang seragam daripada semua responden sekaligus memudahkan saya untuk
menganalisis hasil jawapan responden ke atas penilaian program yang telah saya
laksanakan.
Bagi kaedah pemerhatian pula, Simon Achan (2014) telah mentakrifkan pemerhatian
sebagai satu kaedah penilaian yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah. Ini
bermaksud, penilaian merupakan sebahagian daripada alternatif yang ada dalam
mengumpul maklumat atau pengumpulan data penilaian selain daripada soal selidik dan
temu bual. Dalam penilaian ke atas program yang telah saya laksanakan ini,
permerhatian di sini telah saya gunakan dengan memerhati pola perubahan tingkah laku
murid selepas daripada menjalani aktiviti-aktviti dalam program yang telah saya
laksanakan ke atas mereka. Dalam erti kata yang mudah, melalui pemerhatian yang telah
saya buat sebagai salah satu dalam instrumen penilaian program yang telah saya
laksanakan, saya telah dapat mengamati sesuatu tingkah laku murid secara terus.
Semasa menggunakan pemerhatian dalam menilai program yang telah dilaksanakan,
saya telah membuat satu perancangan yang teratur dan teliti terlebih dahulu mengenai
apa yang hendak diperhatikan. Jesteru itu, senarai semak pemerhatian telah saya
sediakan sebagai panduan bagi penilaian ke atas perkara yang ingin dinilai (Rujuk
lampiran 1). Sebanyak 5 item senarai semak yang telah saya sediakan sebagai garis
panduan dalam menilai keberkesanan program yang dilaksanakan. Kesemua item
senarai semak yang telah dirancang dan disediakan tersebut adalah lebih memberi fokus
kepada memerhati sikap, peranan dan kebertanggungjawapan murid semasa dan
selepas program dilaksanakan.
Bagi menjawab kepada keperluan soalan tugasan, instrumen pemerhatian ini saya
gunakan sebagai salah satu instrumen penilaian program yang telah saya laksanakan
kerana saya dapati bahawa pemerhatian adalah lebih berkesan berbanding dengan
kaedah tradisonal seperti soal selidik dan temu bual. Buktinya, dalam kaedah
pemerhatian yang saya gunakan, saya telah gunakan kaedah pemerhatian secara
langsung tanpa pengetahauan responden di mana responden tidak menyedari akan
tindakan saya bahawa saya sedang membuat pemerhatian ke atas mereka dan dengan
cara itu, ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura.
Ainon dan Abdullah (2005) sendiri telah membuktikan bahawa pemerhatian
merupakan satu cara yang terbaik dalam mendapatkan maklumat yang sahih mengenai
penilaian sesuatu perkara. Misalnya, berbanding dengan kaedah instrumen lain (soal
selidik, temu bual dan sebagainya) yang memerlukan penyoalan, ia dilihat kurang
memberikan maklumat penilaian yang sahih kerana dalam sesuatu penyoalan yang
diberikan belum tentu responden akan menjawab soalan dengan jujur. Contohnya,
responden sering berkata mereka suka itu ini, tetapi apabila produk itu benar-benar
dikeluarkan dan dipasarkan, mereka tidak membelinya. Berbanding dengan pemerhatian,
kita akan dapat melihat terus sifat, perilaku serta pendapat dalaman responden yang
sebenar secara tidak disedari oleh responden. Walaupun dalam penilaian program saya
ada menggunakan instrumen yang dikatakan berbentuk tradisional seperti penggunaan
soal selidik dan temu bual, jesteru itu kaedah pemerhatian saya turut gunakan agar saya
dapat melihat dan mendapat maklumat dengan lebih menyeluruh akan hasil penilaian
yang saya buat ke atas program yang telah saya laksanakan.
Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka
(Face to face) atau melalui percakapan telefon antara penilai dengan orang yang ditemu
bual (Zainal dan Saiful, 2015). Dalam penilaian ke atas program yang dilaksanakan,
penilaian dengan cara temu bual ini merujuk kepada interaksi bersemuka antara saya
selaku penilai dengan orang yang ditemu bual (dua kelompok yang ditemu bual iaitu guru
dan murid).
Kedua-dua kelompok ini masing-masing diajukan 3 jumlah soalan temu bual (3
soalan untuk guru dan 3 soalan untuk murid) (Rujuk lampiran 1). Rata-rata soalan yang
diajukan adalah lebih menjurus kepada pandangan terhadap implikasi program yang
dilaksanakan, apa yang diperolehi daripada pelaksanaan program secara
keseluruhannya dan sebagainya. Menurut Patton dalam Noormala et al (2005), tiga jenis
teknik temu bual iaitu temu bual formal (berstruktur), temu bual tidak formal dan temu
bual terbuka. Dalam penilaian program yang saya laksanakan melalui instrumen temu
bual ini, saya telah gunakan teknik temu bual tidak formal dan terbuka. Maknanya di sini,
temu bual yang saya jalankan ke atas guru dan murid adalah secara spontan dan jenis-
jenis soalan yang saya ajukan dalam temu bual ialah soalan yang bersifat memerlukan
penjelasan.
Menjurus kepada soalan utama tugasan, saya menggunakan instrumen temu bual
dalam penilaian program yang saya laksanakan kerana ia berupaya memberikan
maklumat yang lebih banyak kepada penilai (saya). Walaupun ketelusan jawapan yang
diberikan secara terus tidak dikenal pasti namun melalui temu bual, saya dapat
mencungkil lebih banyak lagi maklumat berkaitan pandangan dan maklum balas
responden temu bual terhadap program yang telah saya laksanakan. Misalnya, selain
mendapat jawapan mengenai pendapat reponden terhadap program yang dilaksanakan,
saya juga berupaya untuk mendapatkan maklumat lebih/tambahan melalui cara meminta
reponden memberikan penjelasan ke atas pendapat beliau.
4.0 Penutup
Penilaian merupakan aktiviti penting yang semestinya dilaksanakan oleh
setiap organisasi yang melaksanakan sebarang jenis program atau aktiviti.
Melalui penilaian yang dibuat, kita mampu mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan program yang kita laksanakan kerana model penilaian menyediakan
asas dan panduan bagaimana sesuatu organisasi menilai program yang mereka
laksanakan. Namun begitu, menurut Alias Mahmud (2012), pemilihan model ini
perlu dilihat daripada pelbagai aspek kesesuaian atau kerelevanan penilaian
dalam memberikan paling banyak maklumat kepada sesebuah organisasi. Hal ini
kerana, tidak ada satu model penilaian yang sesuai digunakan untuk menilai
semua jenis program. Jesteru itu, pemilihan model penilaian hendaklah mengikut
kebolehan dan kemampuan orang yang dipertanggungjawapkan untuk menilai
sesuatu program yang dijalankan. Begitu juga halnya dengan penggunaan
instrumen penilaian.
RUJUKAN
Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2005). Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?. Selangor darul
Ehsan : PTS Consultants Sdn.Bhd.
Alias Mahmud. (2012). Konsep dan Model Penilaian Dalam Pelaksanaan Kurikulum.
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia
(PPPSM 2013). Universiti Utara Malaysia, 28-29 Februari.
Aqsa Husssin. (2013). Pendekatan Penilaian Program : Suatu Kaedah Pelaksanaan. Dimuat
turun pada 20 Februari 2019, daripada
https://ebuletinjipik.wordpress.com/2013/03/08/pendekatan-penilaian-program-suatu-
kaedah/.
Aziah Tajudin & Fazli Tajuid. (2016). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan : Edisi Kedua.
Kuala Lumpur : Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ihwan Mahmudi. (2011). CIPP : Suatu Model Evaluasi Program Pendidikan. Jurnal Ijazah
Kedoktoran Universitas Negeri Jakarta, Vol. 6, No. 1, 111-123.
Lydia J. (2015). Kekuatan dan Kelemahan Model Tyler dan Model Taba Dalam
Pengembangan Kurikulum. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada
https://www.scribd.com/doc/282608547/Kekuatan-Dan-Kelemahan-Model-Tyler-Dan-
Modeltaba-Dalam-Pengembangan-Kurikulum.
Maimunah Muda. (2012). Penyediaan Instrumen. Kumpulan nota kuliah penyelidikan dasar
pendidikan yang disampaikan pada 30 Mac 2012, di Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1-4, Blok E8,
Parcel E, KPM.
Noormala Ali, Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. (2005). Pendekatan Temu Bual Sebagai
Metod Kajian Kes : Suatu Persepsi Di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang
Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Latihan Ilmiah. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Qaisara Din. (2015). Kekuatan dan Kelemahan Model Tyler dan Model Taba Dalam
Pengembanga Kurikulum. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada
https://dokumen.tips/documents/kekuatan-dan-kelemahan-model-tyler-dan-
modeltaba-dalam-pengembangan-kurikulum.html.
Ranita Manap, Norziah Othman, Siti Nurashidah Roslan, Khairunnisa Ismail & Aimi Fadzirul
Kamarubahrin. (2018). Konsep dan Model Penilaian Terhadap Keberkesanan
Program Kerohanian Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia.
International Research Management & Innovation Conference. Palm Garden Hotel,
Putrajaya, Malaysia, 5 – 7 Ogos.
Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zuraina Ali & Nur Qistina Abdullah.
(2017). Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal Bagi
Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan : Satu Kerangka
Konseptual. International Journal of Humanities Technology and Civilization, Vol. 2,
No.1, 50-61.
Shahrul Nizam. (2017). Apakah Yang Dimaksudkan dengan Kajian Soal Selidk?. Diperolehi
pada Februari 20, 2019, daripada
https://people.utm.my/mshahrulnizam/2017/09/11/apakah-yang-dimaksudkan-
dengan-
kajian-soal-selidik/.
Simon Achan. (2014). Kaedah Pemerhatian. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada
https://www.scribd.com/document/228633112/Kaedah-Pemerhatian.
Siti Muyana. (2017). Context Input Process Product (CIPP) : Model Evaluasi Layanan
Informasi. Jurnal Bimbingan dan Kaunseling, Vol. 1, No. 1, 342-347.
Zainal Ariffin & Saiful Azmi. (2015). Research Methodology : Kajian Kualitatif.
Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada
https://dokumen.tips/documents/metodologi-kajian-kualitatif-2015-sem-3-
2015pdf.html.
SENARAI SEMAK KEBERKESANAN PROGRAM SECRET NATURE
Sila tandakan ( / ) pada item dibawah mengikut skala seperti berikut:
1 – Sangat tidak setuju
2 – Tidak setuju
3 – Setuju
4 – Sangat setuju
BIL. ITEM
SKALA
1 % 2 % 3 % 4 %
KESEDARAN DIRI
1 Saya sedar bahawa sisa makanan perlu
diuruskan dengan baik.
12 29% 30 71%
2 Saya sedar bahawa bahan terbuang boleh
dikitar semula untuk kegunaan lain. 35 83& 7 17%
3 Saya sedar bahawa kebersihan sekolah perlu
sentiasa dijaga.
3 7 39 93%
SIKAP DAN TINGKAH LAKU
4 Saya mengitar semula bahan terpakai
semasa di sekolah dan di rumah. 4 10% 3 7% 10 24% 25 60%
5 Saya membuang sisa makanan di tempat
yang betul selepas makan di kantin sekolah.
40 95% 2 5%
6 Saya mempengaruhi rakan-rakan untuk turut
serta menjaga kebersihan sekolah.
1 2% 3 7% 25 60% 13 31%
KEPIMPINAN
7 Saya menjalankan tugas menyiram sayuran
mengikut jadual 10 24% 32 76%
8 Saya membersihkan kawasan kebun sayuran
5 12% 6 14% 31 74%
9 Saya membaja sayuran menggunakan baja
kompos yang telah dibuat 12 28% 30 72%
10 Saya memberi nasihat kepada rakan-rakan
lain agar mengumpul sisa makanan untuk
dijadikan baja kompos
9 21% 33 79%
Komen:
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
NAMA PROJEK Projek Inovasi “Secret Nature”
TARIKH Sepanjang program internship (18 Februari 2019 – 15 Mac 2019)
MASA Sepanjang program internship (18 Februari 2019 – 15 Mac 2019)
TEMPAT Kawasan tepi bilik B&K sekolah
SASARAN Murid tahap 2
BIL. ASPEK YA TIDAK
1 Murid-murid menguruskan sisa makanan di kantin
dengan betul.
/
2 Murid-murid menyumbang bahan kitar semula untuk
kegunaan projek.
/
3 Green Ranger membantu menyiapkan projek taman
dengan berdedikasi.
/
4 Green Ranger menyiram pokok mengikut jadual /
5 Green Ranger membersihkan kawasan taman dengan
bersungguh-sungguh.
/
REFLEKSI PEMERHATI:
SOALAN TEMUBUAL (BERSTRUKTUR)
GURU-GURU
1. Adakah projekk yang dilaksanakan memberi impak yang positif kepada
pembangunan diri murid?
2. Adakah projek ini memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
penjagaan kebersihan sekolah?
3. Pada pendapat cikgu, adakah projek ini memberi sumbangan yang besar
kepada pihak sekolah terutamanya kepada Unit Bimbingan & Kaunseling?
JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 1
Apa yang saya lihat, projek yang dilaksanakan ini sememangnya memberi
kesan yang positif kepada pembangunan diri murid. Lebih-lebih lagi kepada
murid-murid yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Green Ranger.
Semenjak projek dilaksanakan dengan menggalak murid membuang sisa
makanan ke dalam bekas yang disediakan di kantin, saya lihat murid-murid
sudah tidak membauang sisa makanan ke dalam sinki. Mereka lebih kerap
membuang sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan di kantin untuk
tujuan kegunaan projek yang dilaksanakan ini iaitu menghasilkan baja
kompos daripada sisa makanan murid.
JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 2
Ya. Semenjak terlaksananya projek Secret Nature ni, keadaan di kantin
sekolah semakin bersih. Murid-murid sudah tahu yang sisa-sisa makanan
perlu di buang ke dalam bekas yang disediakan dan kemudiannya boleh
digunakan untuk membuat baja kompos. Lepas tu, murid-murid juga menjadi
lebih bertanggungjawab apabila mereka datang siram sayur, membaja dan
sebagainya.
JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 3
Pada pandangan saya, projek ini memang memberikan sumbangan yang
besar kepada sekolah khususnya Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah
sendiri. Saya tidak pernah terfikir bahawa pembentukan sahsiah, disiplin dan
insaniah murid juga dapat dipupuk melalui pelaksanaan projek seperti ini.
Bahkan melalui projek yang dilaksanakan ini, ia telah memberi kesedaran
kepada saya selaku gru Bimbingan & Kaunseling sekolah bahawa aktiviti
yang lebih bersifat “Hands On” lebih banyak menarik minat murid dan
memberi kesan kepada diri murid itu sendiri berbanding menggunakan
kaedah ceramah di mana murid lebih banyak kepada mendengar ucapan dan
taklimat. Ini menyebabkan mereka hanya tahu sahaja tetapi tidak mengalami
sendiri perkara yang hendak dipupuk ke atas diri mereka melalui pengalaman
secara langsung.
MURID-MURID
1. Apakah yang kamu perolehi setelah melibatkan diri dengan projek ini?
2. Adakah projek ini dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri kamu?
3. Pada pendapat kamu, adakah projek ini membantu kamu untuk
meningkatkan rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah?
JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 1
Sejak saya terlibat dalam program ni cikgu, saya rasa saya ada sifat
tanggungjawab dan kerajinan dalam diri saya untuk menjaga kebersihan
persekitaran sekolah
JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 2
Ya. Dapat cikgu. Dalam projek ni saya jadi Green Ranger. Jadi saya selalu
mengajak kawan-kawan untuk taman sayur dan semasa di kantin saya selalu
pesan kepada murid-murid lain untuk bersihkan kantin dan sekiranya ada
sisa makanan lebih saya suruh mereka kumpul dalam bekas yang disediakan
oleh cikgu sebab nanti nak buat baja.
JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 3
Ya cikgu. Projek ini memang bantu saya untuk jadi lebih bertanggungjawab.
Sebelum ini, saya tidak tahu pun kegunaan sisa-sisa makanan ni. Jadi, saya
dan rakan-rakan buang jer sisa makanan dalam sinki. Tapi sekarang, saya
tahu bahawa tindakan tu akan menyebabkan sinki kantin sekolah kotor.

More Related Content

What's hot

Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikankamektok2011
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingAmin Upsi
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxJAYANTHYARUMUGOM1
 
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaD Adam
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakuzakwan azhar
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuJessika Denis
 
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 

What's hot (20)

Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikanPengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan
 
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING penilaian dan diagnosis dalam kaunseling
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...Bab 8   pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
Bab 8 pbkk 3193 teori pembelajaran daripada perspektif confusius dalam perk...
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjaya
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah laku
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling
 
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...Bab 4   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
Bab 4 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran sosial dalam bimbingan dan kaun...
 

Similar to Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling

MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docxMAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docxSTKIP Muhamamdiyah Kalabahi
 
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirMakalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirAmir Net
 
Training evaluation
Training evaluationTraining evaluation
Training evaluationraminatha
 
Training Evaluation
Training EvaluationTraining Evaluation
Training EvaluationBowo Witoyo
 
Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)
Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)
Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)Varis Ical
 
Evaluasi-Pelatihan
Evaluasi-PelatihanEvaluasi-Pelatihan
Evaluasi-PelatihanGunturunsam
 
Pika artikel
Pika artikelPika artikel
Pika artikel1815053
 
Makalah akuntabilitas bk
Makalah akuntabilitas bkMakalah akuntabilitas bk
Makalah akuntabilitas bkDesikaNanda2
 
Evaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptx
Evaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptxEvaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptx
Evaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptxAnakNakal9
 
Resensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi Pendidikan
Resensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi PendidikanResensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi Pendidikan
Resensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi Pendidikanyusrildail
 
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptxModel Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptxauliaulfiana2022
 
Langkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluationsLangkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluationsEDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
PPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptxPPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptxGABerkatLaSe
 
Review, Evaluation & Monitoring of Coaching Program
Review, Evaluation & Monitoring of Coaching ProgramReview, Evaluation & Monitoring of Coaching Program
Review, Evaluation & Monitoring of Coaching ProgramKanaidi ken
 
Tips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjana
Tips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjanaTips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjana
Tips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjanaharis5782
 
Pemetaan Mutu Pendidikan.pptx
Pemetaan Mutu Pendidikan.pptxPemetaan Mutu Pendidikan.pptx
Pemetaan Mutu Pendidikan.pptxrahmierti2
 
Power point Evaluasi menurut Kirk patrick
Power point Evaluasi menurut Kirk patrickPower point Evaluasi menurut Kirk patrick
Power point Evaluasi menurut Kirk patrickEdwinWiwin
 

Similar to Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling (20)

MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docxMAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
 
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirMakalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
 
Training evaluation
Training evaluationTraining evaluation
Training evaluation
 
Training Evaluation
Training EvaluationTraining Evaluation
Training Evaluation
 
Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)
Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)
Evaluasi program bimbingan dan konseling komprehensif (16 april 2013)
 
Penilaian Program Berasaskan Model Logik
Penilaian Program Berasaskan Model LogikPenilaian Program Berasaskan Model Logik
Penilaian Program Berasaskan Model Logik
 
Evaluasi-Pelatihan
Evaluasi-PelatihanEvaluasi-Pelatihan
Evaluasi-Pelatihan
 
Model Evaluasi pelatihan
Model Evaluasi pelatihanModel Evaluasi pelatihan
Model Evaluasi pelatihan
 
Pika artikel
Pika artikelPika artikel
Pika artikel
 
M3 KB3
M3 KB3M3 KB3
M3 KB3
 
Makalah akuntabilitas bk
Makalah akuntabilitas bkMakalah akuntabilitas bk
Makalah akuntabilitas bk
 
Evaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptx
Evaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptxEvaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptx
Evaluasi Dan Supervisi Bimbingan Klasikal.pptx
 
Resensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi Pendidikan
Resensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi PendidikanResensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi Pendidikan
Resensi artikel jurnal tugas semester 3 matakuliah Metodologi Pendidikan
 
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptxModel Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
 
Langkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluationsLangkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluations
 
PPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptxPPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptx
 
Review, Evaluation & Monitoring of Coaching Program
Review, Evaluation & Monitoring of Coaching ProgramReview, Evaluation & Monitoring of Coaching Program
Review, Evaluation & Monitoring of Coaching Program
 
Tips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjana
Tips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjanaTips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjana
Tips penyusunan dokumen akreditasi ps sarjana
 
Pemetaan Mutu Pendidikan.pptx
Pemetaan Mutu Pendidikan.pptxPemetaan Mutu Pendidikan.pptx
Pemetaan Mutu Pendidikan.pptx
 
Power point Evaluasi menurut Kirk patrick
Power point Evaluasi menurut Kirk patrickPower point Evaluasi menurut Kirk patrick
Power point Evaluasi menurut Kirk patrick
 

More from Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)

EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 

More from Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang) (20)

Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIKPack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara     RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan KitaRPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga SatirBanding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
 
Rph zaman air batu (Part 2)
Rph   zaman air batu (Part 2)Rph   zaman air batu (Part 2)
Rph zaman air batu (Part 2)
 
Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
bab 1 (final)
bab 1 (final)bab 1 (final)
bab 1 (final)
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusifPerkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 

Recently uploaded

Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 

Recently uploaded (20)

Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 

Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: 2019 PROGRAM & AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2015 SEMESTER/TAHUN : SEMESTER 8 / TAHUN 4 NAMA PELAJAR : HARRY JADE VICTOR ANGKA GILIRAN : xxxxxxxxxxxxxxxxx NOMBOR KAD PENGENALAN : xxxxxxxxxxxxxxxxxx KUMPULAN/UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KOD DAN NAMA KURSUS : PBKK3243 : PENILAIAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING JENIS TUGASAN : TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK NAMA PENSYARAH : PUAN NOR’AZIAH BT AHAMAD SHATAR TARIKH HANTAR : 07 MAC 2019 PENGAKUAN PENERIMAAN MAKLUMBALAS DARIPADA PENSYARAH : TANDATANGAN PELAJAR : TARIKH : TANDATANGAN PENSYARAH : TARIKH :
  • 2. Senarai kandungan Kandungan Halaman Soalan tugasan - 1.0Pengenalan 1 2.0Justifikasi pemilihan model penilaian program 2 – 3 3.0Justifikasi pemilihan instrumen penilaian program 4 – 6 4.0 Penutup 6 Rujukan - Lampiran -
  • 3. SOALAN TUGASAN TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK (40%) Bincangkan model dan instrumen penilaian program yang boleh menilai program bimbingan dan kaunseling yang telah anda laksanakan dan nyatakan justifikasi pemilihan model serta instrumen penilaian tersebut.  Tugasan adalah tugasan individu.  Panjang penulisan yang disediakan hendaklah 1800 patah perkataan.  Tugasan anda perlu mengandungi pengenalan, perkembangan (fakta dan huraian bagi setiap isi) dan penutup.
  • 4. Nama program : Projek Inovasi “Secret Nature” Tarikh / hari : 4 Mac 2019 (Isnin) Masa : 7.40 pagi hingga majlis selesai (Anggaran masa : sehingga 9.00 pagi) Tempat program dijalankan : Kawasan lapang sebelah bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Melayu Edisi Kedua dalam Aziah dan Fazli (2016), program merujuk kepada rancangan sesuatu dasar atau sesuatu aktiviti. Dalam program yang dilaksanakan, istilah program merujuk kepada pelaksanaan sesuatu aktiviti di mana adanya penilaian ke atas aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Aqsa Hussin (2013) pula, penilaian program merupakan proses yang sistematik bagi mengumpul dan menganalisis data-data untuk tujuan membuat keputusan sama ada sesuatu program berkaitan yang sedang dilaksanakan atau selesai dilaksanakan memberi kesan yang menguntungkan atau sebaliknya. Kenyataan Mohamad Aqsa (2013) ini sama seperti pandangan McNamara dalam Ranita Manap et al (2018) di mana beliau juga mentakrifkan penilaian program sebagai satu proses pengumpulan maklumat bagi tujuan membuat keputusan terhadap program yang dilaksanakan. Ini bermakna, penilaian program merujuk kepada usaha untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan program yang dilaksanakan bagi melihat sejauh mana program yang dilaksanakan itu mencapai matlamat atau tidak. Dalam penilaian terhadap program yang telah dilaksanakan oleh saya pula, penilaian program merujuk kepada usaha untuk melihat sejauh mana tahap keberkesannya dan juga hubungan yang signifikan di antara latihan/aktiviti dengan pembangunan keterampilan, peningkatan prestasi disiplin murid dan keberkesanan organisasi. Amnya, program bimbingan dan kaunseling yang telah saya laksanakan ialah Projek Inovasi “Secret Nature” di mana ia telah saya laksanakan semasa saya menjalani internship selama empat minggu di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang. Program yang dilaksanakan ini lebih fokus kepada pembangunan insaniah murid melalui objektif yang digariskan iaitu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan murid-murid, memupuk sikap keusahawanan dalam diri murid serta memberi peluang kepada murid-murid untuk menyalurkan idea kreatif dan inovatif melalui aktiviti dalam projek yang disertai iaitu menghasilkan baja kompos melalui sisa makanan (murid akan mengumpul sisa makanan yang dimakan dalam bekas yang disediakan di kantin sekolah) serta menanam tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan baja kompos sisa makanan yang dihasilkan oleh murid sendiri.
  • 5. 2.0 Justifikasi pemilihan model penilaian program Menurut Razali dalam Alias Mahmud (2012), model penilaian merupakan satu gambaran konseptual yang dapat menjelaskan hubungan antara aktiviti dengan elemen- elemen lain yang berkaitan. Maknanya di sini, model penilaian merupakan satu set yang menjadi panduan dalam mengambarkan keadaan sebenar sesuatu program yang ingin dinilai. Dalam program yang dilaksanakan, model penilaian yang digunakan ditakrifkan sebagai satu set rujukan yang menjadi panduan kepada pelajar guru B&K (saya) untuk membuat generalisasi secara keseluruhan terhadap program yang dijalankan. Terdapat pelbagai model penilaian program. Antaranya ialah model penilaian Tyler, model penilaian CIPP dan juga model penilaian Kirkpatrick. Model penilaian yang digunakan ke atas program yang telah saya laksanakan ialah model penilaian Tyler oleh Ralph W. Tyler. Tyler dalam Rohana et al (2017), meyatakan bahawa proses penilaian sesuatu program di bawah model ini adalah berdasarkan kepada objektif yang perlu dicapai dan dapat dicapai pada akhir pelaksanaan program. Walaupun tiga model penilaian yang dinyatakan masing-masing bertujuan untuk memberi penilaian ke atas sesuatu program yang dilaksanakan, model penilaian Tyler talah saya gunakan kerana objektif model penilaian yang mudah difahami jika dibandingkan dengan model penilaian yang lain kerana model penilaian Tyler memberi fokus terus terhadap tahap penilaian keberkesanan program melalui perbandingan data dengan objektif program selepas program dilaksanakan keseluruhannya. Maknanya, tujuan penilaian adalah jelas. Berbanding dengan model penilaian CIPP, model penilaian ini dilihat sukar difahami tujuannya. Walaupun model ini memiliki pendekatan yang holistik dan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap sesuatu program yang dilaksanakan bermula dari fasa konteks hinggalah ke tahap implementasi namun, tidak dinafikan bahawa model ini terlalu mementingkan bagaimana proses pelaksanaan program (Ihwan Mahmudi, 2011). Kesannya, modul ini lebih kepada pengurusan program dan bukannya fokus terhadap tahap dan kesan-kesan program yang dilaksanakan. Begitu juga dengan model penilaian Kirkpatrick. Model penilaian ini memerlukan masa yang agak cukup panjang bagi penggumpulan bukti-bukti hasil program yang dilaksanakan. Jika melihat kepada program yang saya laksanakan, model ini memang agak kurang sesuai kerana tempoh masa program yang saya laksanakan ini adalah terhad selama saya menjalani sesi internship di sekolah sahaja (4 minggu). Jadi adalah sukar bagi saya untuk membuat penilaian keberkesanan program jika saya sudah menamatkan sesi internship di sekolah ditambah lagi program ini dilaksanakan pada minggu kedua saya menjalani sesi internship di sekolah. Jesteru itu, saya tidak memilih model penilaian CIPP dan model penilaian Kirkpatrick.
  • 6. Selain itu, justifikasi lain yang menyokong kepada penggunaan model penilaian Tyler ke atas program yang telah saya laksanakan ini ialah kerana model penilaian Tyler mempunyai prosedur pelaksanaan penilaian yang sangat teratur dan mudah untuk dipraktikkan (Lydia J, 2015). Di bawah model Tyler, penyusunan prosedur/proses penilaian program yang dimulakan dengan penetapan matlamat dan objektif di awal perancangan program menjadikan model ini memberikan gambaran yang jelas mengenai apa yang diharapkan terhadap program yang dilaksanakan. Buktinya, dengan penekanan terhadap penetapan matlamat dan objektif di awal perancangan penilaian program, ia dapat menghasilkan maklumat yang relevan secara langsung kepada saya bagi mengetahui apa yang perlu saya nilai. Saya tahu dan jelas mengenai apa yang perlu saya nilaikan. Berbanding dengan model lain, model penilaian CIPP misalnya, model ini tidak bermula dengan penetapan matlamat program melainkan terus fokus terhadap penggubalan program (Fasa 1 : Konteks) (Stufflebeam dalam Siti Muyana, 2017). Begitu juga dengan model penilaian Kirkpatrick di mana penilaian program terus dimulakan dengan melihat kepada penilaian reaksi ke atas program yang dilaksanakan. Amnya, tanpa penyusunan matlamat dan objektif sedari awal proses model penilaian seseuatu program, adalah amat sukar untuk mendapat kejelasan mengenai apa yang hendak dinilai sebenarnya dalam sesuatu program yang dilaksanakan. Akhir sekali, pemilihan model penilaian Tyler untuk menilai program yang dilaksanakan juga adalah kerana model penilaian program ini tidak terarah kepada satu- satu aspek penilaian semata-mata (Qaisara Din, 2015). Misalnya, dalam model penilaian Tyler, ia tidak hanya menekankan kepada penilaian tahap keberkesanan program yang dijalankan sahaja tetapi ia juga menekankan penilaian ke atas aspek-aspek lain seperti pencapaian/kesan program ke atas diri murid, pengetahuan murid tentang program dan sebagainya. Jadi, ia sangat bersesuaian digunakan dalam penilaian ke atas program yang saya laksanakan kerana dengan model ini, selain dapat melihat dan menilai tahap keberkesanan program, saya juga dapat menilai aspek-aspek lain selain program seperti aspek penilaian pandangan guru dan murid terhadap program, perubahan pada murid dan banyak lagi. Keadaan ini jauh berbeza sekali dengan model penilaian CIPP dan juga model penilaian Kirkpatrick di mana dalam kedua-dua model ini, ia lebih fokus kepada penilaian pengurusan program (model penilaian CIPP) serta penilaian ke atas aspek kesan program yang dilaksanakan semata-mata (model panilaian Kirkpatrick). Maka dari itu, saya telah memilih model penilaian Tyler sebagai set panduan dalam penilaian program yang telah saya laksanakan.
  • 7. 3.0 Justifikasi pemilihan instrumen penilaian program Instrumen penilaian ditarifkan sebagai satu alat alat ukur yang mengandungi beberapa siri item yang boleh memberi gambaran penilaian dan mentafsir daripada angka-angka yang diperolehi dengan lebih bermakna (Maimunah, 2012). Maknanya, instrumen penilaian program ialah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu program yang dilaksanakan. Dalam program yang saya laksanakan, instrumen penilaian program merujuk kepada kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul data bagi melihat sejauh mana tahap keberkesanan program yang dilaksanakan. Tiga kaedah atau instrumen penilaian program yang telah saya gunakan bagi penilaian program yang telah saya laksanakan ini. Antaranya ialah soal selidik, pemerhatian dan juga temu bual. Soal selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis bagi menjawab persoalan kajian (Shahrul Nizam, 2017). Dalam set soal selidik penilaian program saya, ia mengandungi 10 item dengan menggunakan skala likert 4 bagi menilai 3 jenis konstruk (Rujuk lampiran 1). Soal selidik digunakan kerana ia mudah ditadbir dan mudah dijawab oleh responden serta memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat dari jumlah responden yang ramai dalam jangka masa yang singkat. Buktinya, item-item dalam soal selidik saya adalah menggunakan soalan tertutup (hanya perlu tanda item yang berkaitan tanpa perlu memberi penjelasan). Hasilnya, ia memudahkan saya untuk mendapatkan jawapan yang seragam daripada semua responden sekaligus memudahkan saya untuk menganalisis hasil jawapan responden ke atas penilaian program yang telah saya laksanakan. Bagi kaedah pemerhatian pula, Simon Achan (2014) telah mentakrifkan pemerhatian sebagai satu kaedah penilaian yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah. Ini bermaksud, penilaian merupakan sebahagian daripada alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data penilaian selain daripada soal selidik dan temu bual. Dalam penilaian ke atas program yang telah saya laksanakan ini, permerhatian di sini telah saya gunakan dengan memerhati pola perubahan tingkah laku murid selepas daripada menjalani aktiviti-aktviti dalam program yang telah saya laksanakan ke atas mereka. Dalam erti kata yang mudah, melalui pemerhatian yang telah saya buat sebagai salah satu dalam instrumen penilaian program yang telah saya laksanakan, saya telah dapat mengamati sesuatu tingkah laku murid secara terus. Semasa menggunakan pemerhatian dalam menilai program yang telah dilaksanakan, saya telah membuat satu perancangan yang teratur dan teliti terlebih dahulu mengenai apa yang hendak diperhatikan. Jesteru itu, senarai semak pemerhatian telah saya sediakan sebagai panduan bagi penilaian ke atas perkara yang ingin dinilai (Rujuk lampiran 1). Sebanyak 5 item senarai semak yang telah saya sediakan sebagai garis panduan dalam menilai keberkesanan program yang dilaksanakan. Kesemua item
  • 8. senarai semak yang telah dirancang dan disediakan tersebut adalah lebih memberi fokus kepada memerhati sikap, peranan dan kebertanggungjawapan murid semasa dan selepas program dilaksanakan. Bagi menjawab kepada keperluan soalan tugasan, instrumen pemerhatian ini saya gunakan sebagai salah satu instrumen penilaian program yang telah saya laksanakan kerana saya dapati bahawa pemerhatian adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisonal seperti soal selidik dan temu bual. Buktinya, dalam kaedah pemerhatian yang saya gunakan, saya telah gunakan kaedah pemerhatian secara langsung tanpa pengetahauan responden di mana responden tidak menyedari akan tindakan saya bahawa saya sedang membuat pemerhatian ke atas mereka dan dengan cara itu, ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Ainon dan Abdullah (2005) sendiri telah membuktikan bahawa pemerhatian merupakan satu cara yang terbaik dalam mendapatkan maklumat yang sahih mengenai penilaian sesuatu perkara. Misalnya, berbanding dengan kaedah instrumen lain (soal selidik, temu bual dan sebagainya) yang memerlukan penyoalan, ia dilihat kurang memberikan maklumat penilaian yang sahih kerana dalam sesuatu penyoalan yang diberikan belum tentu responden akan menjawab soalan dengan jujur. Contohnya, responden sering berkata mereka suka itu ini, tetapi apabila produk itu benar-benar dikeluarkan dan dipasarkan, mereka tidak membelinya. Berbanding dengan pemerhatian, kita akan dapat melihat terus sifat, perilaku serta pendapat dalaman responden yang sebenar secara tidak disedari oleh responden. Walaupun dalam penilaian program saya ada menggunakan instrumen yang dikatakan berbentuk tradisional seperti penggunaan soal selidik dan temu bual, jesteru itu kaedah pemerhatian saya turut gunakan agar saya dapat melihat dan mendapat maklumat dengan lebih menyeluruh akan hasil penilaian yang saya buat ke atas program yang telah saya laksanakan. Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka (Face to face) atau melalui percakapan telefon antara penilai dengan orang yang ditemu bual (Zainal dan Saiful, 2015). Dalam penilaian ke atas program yang dilaksanakan, penilaian dengan cara temu bual ini merujuk kepada interaksi bersemuka antara saya selaku penilai dengan orang yang ditemu bual (dua kelompok yang ditemu bual iaitu guru dan murid). Kedua-dua kelompok ini masing-masing diajukan 3 jumlah soalan temu bual (3 soalan untuk guru dan 3 soalan untuk murid) (Rujuk lampiran 1). Rata-rata soalan yang diajukan adalah lebih menjurus kepada pandangan terhadap implikasi program yang dilaksanakan, apa yang diperolehi daripada pelaksanaan program secara keseluruhannya dan sebagainya. Menurut Patton dalam Noormala et al (2005), tiga jenis teknik temu bual iaitu temu bual formal (berstruktur), temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Dalam penilaian program yang saya laksanakan melalui instrumen temu bual ini, saya telah gunakan teknik temu bual tidak formal dan terbuka. Maknanya di sini, temu bual yang saya jalankan ke atas guru dan murid adalah secara spontan dan jenis-
  • 9. jenis soalan yang saya ajukan dalam temu bual ialah soalan yang bersifat memerlukan penjelasan. Menjurus kepada soalan utama tugasan, saya menggunakan instrumen temu bual dalam penilaian program yang saya laksanakan kerana ia berupaya memberikan maklumat yang lebih banyak kepada penilai (saya). Walaupun ketelusan jawapan yang diberikan secara terus tidak dikenal pasti namun melalui temu bual, saya dapat mencungkil lebih banyak lagi maklumat berkaitan pandangan dan maklum balas responden temu bual terhadap program yang telah saya laksanakan. Misalnya, selain mendapat jawapan mengenai pendapat reponden terhadap program yang dilaksanakan, saya juga berupaya untuk mendapatkan maklumat lebih/tambahan melalui cara meminta reponden memberikan penjelasan ke atas pendapat beliau. 4.0 Penutup Penilaian merupakan aktiviti penting yang semestinya dilaksanakan oleh setiap organisasi yang melaksanakan sebarang jenis program atau aktiviti. Melalui penilaian yang dibuat, kita mampu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program yang kita laksanakan kerana model penilaian menyediakan asas dan panduan bagaimana sesuatu organisasi menilai program yang mereka laksanakan. Namun begitu, menurut Alias Mahmud (2012), pemilihan model ini perlu dilihat daripada pelbagai aspek kesesuaian atau kerelevanan penilaian dalam memberikan paling banyak maklumat kepada sesebuah organisasi. Hal ini kerana, tidak ada satu model penilaian yang sesuai digunakan untuk menilai semua jenis program. Jesteru itu, pemilihan model penilaian hendaklah mengikut kebolehan dan kemampuan orang yang dipertanggungjawapkan untuk menilai sesuatu program yang dijalankan. Begitu juga halnya dengan penggunaan instrumen penilaian.
  • 10. RUJUKAN Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2005). Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?. Selangor darul Ehsan : PTS Consultants Sdn.Bhd. Alias Mahmud. (2012). Konsep dan Model Penilaian Dalam Pelaksanaan Kurikulum. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (PPPSM 2013). Universiti Utara Malaysia, 28-29 Februari. Aqsa Husssin. (2013). Pendekatan Penilaian Program : Suatu Kaedah Pelaksanaan. Dimuat turun pada 20 Februari 2019, daripada https://ebuletinjipik.wordpress.com/2013/03/08/pendekatan-penilaian-program-suatu- kaedah/. Aziah Tajudin & Fazli Tajuid. (2016). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan : Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ihwan Mahmudi. (2011). CIPP : Suatu Model Evaluasi Program Pendidikan. Jurnal Ijazah Kedoktoran Universitas Negeri Jakarta, Vol. 6, No. 1, 111-123. Lydia J. (2015). Kekuatan dan Kelemahan Model Tyler dan Model Taba Dalam Pengembangan Kurikulum. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada https://www.scribd.com/doc/282608547/Kekuatan-Dan-Kelemahan-Model-Tyler-Dan- Modeltaba-Dalam-Pengembangan-Kurikulum. Maimunah Muda. (2012). Penyediaan Instrumen. Kumpulan nota kuliah penyelidikan dasar pendidikan yang disampaikan pada 30 Mac 2012, di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1-4, Blok E8, Parcel E, KPM. Noormala Ali, Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. (2005). Pendekatan Temu Bual Sebagai Metod Kajian Kes : Suatu Persepsi Di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Qaisara Din. (2015). Kekuatan dan Kelemahan Model Tyler dan Model Taba Dalam Pengembanga Kurikulum. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada https://dokumen.tips/documents/kekuatan-dan-kelemahan-model-tyler-dan- modeltaba-dalam-pengembangan-kurikulum.html. Ranita Manap, Norziah Othman, Siti Nurashidah Roslan, Khairunnisa Ismail & Aimi Fadzirul Kamarubahrin. (2018). Konsep dan Model Penilaian Terhadap Keberkesanan Program Kerohanian Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia. International Research Management & Innovation Conference. Palm Garden Hotel, Putrajaya, Malaysia, 5 – 7 Ogos. Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zuraina Ali & Nur Qistina Abdullah. (2017). Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal Bagi Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan : Satu Kerangka Konseptual. International Journal of Humanities Technology and Civilization, Vol. 2, No.1, 50-61. Shahrul Nizam. (2017). Apakah Yang Dimaksudkan dengan Kajian Soal Selidk?. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada https://people.utm.my/mshahrulnizam/2017/09/11/apakah-yang-dimaksudkan- dengan- kajian-soal-selidik/.
  • 11. Simon Achan. (2014). Kaedah Pemerhatian. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada https://www.scribd.com/document/228633112/Kaedah-Pemerhatian. Siti Muyana. (2017). Context Input Process Product (CIPP) : Model Evaluasi Layanan Informasi. Jurnal Bimbingan dan Kaunseling, Vol. 1, No. 1, 342-347. Zainal Ariffin & Saiful Azmi. (2015). Research Methodology : Kajian Kualitatif. Diperolehi pada Februari 20, 2019, daripada https://dokumen.tips/documents/metodologi-kajian-kualitatif-2015-sem-3- 2015pdf.html.
  • 12. SENARAI SEMAK KEBERKESANAN PROGRAM SECRET NATURE Sila tandakan ( / ) pada item dibawah mengikut skala seperti berikut: 1 – Sangat tidak setuju 2 – Tidak setuju 3 – Setuju 4 – Sangat setuju BIL. ITEM SKALA 1 % 2 % 3 % 4 % KESEDARAN DIRI 1 Saya sedar bahawa sisa makanan perlu diuruskan dengan baik. 12 29% 30 71% 2 Saya sedar bahawa bahan terbuang boleh dikitar semula untuk kegunaan lain. 35 83& 7 17% 3 Saya sedar bahawa kebersihan sekolah perlu sentiasa dijaga. 3 7 39 93% SIKAP DAN TINGKAH LAKU 4 Saya mengitar semula bahan terpakai semasa di sekolah dan di rumah. 4 10% 3 7% 10 24% 25 60% 5 Saya membuang sisa makanan di tempat yang betul selepas makan di kantin sekolah. 40 95% 2 5% 6 Saya mempengaruhi rakan-rakan untuk turut serta menjaga kebersihan sekolah. 1 2% 3 7% 25 60% 13 31% KEPIMPINAN 7 Saya menjalankan tugas menyiram sayuran mengikut jadual 10 24% 32 76% 8 Saya membersihkan kawasan kebun sayuran 5 12% 6 14% 31 74% 9 Saya membaja sayuran menggunakan baja kompos yang telah dibuat 12 28% 30 72% 10 Saya memberi nasihat kepada rakan-rakan lain agar mengumpul sisa makanan untuk dijadikan baja kompos 9 21% 33 79% Komen:
  • 13. SENARAI SEMAK PEMERHATIAN NAMA PROJEK Projek Inovasi “Secret Nature” TARIKH Sepanjang program internship (18 Februari 2019 – 15 Mac 2019) MASA Sepanjang program internship (18 Februari 2019 – 15 Mac 2019) TEMPAT Kawasan tepi bilik B&K sekolah SASARAN Murid tahap 2 BIL. ASPEK YA TIDAK 1 Murid-murid menguruskan sisa makanan di kantin dengan betul. / 2 Murid-murid menyumbang bahan kitar semula untuk kegunaan projek. / 3 Green Ranger membantu menyiapkan projek taman dengan berdedikasi. / 4 Green Ranger menyiram pokok mengikut jadual / 5 Green Ranger membersihkan kawasan taman dengan bersungguh-sungguh. / REFLEKSI PEMERHATI:
  • 14. SOALAN TEMUBUAL (BERSTRUKTUR) GURU-GURU 1. Adakah projekk yang dilaksanakan memberi impak yang positif kepada pembangunan diri murid? 2. Adakah projek ini memberi kesedaran kepada murid-murid tentang penjagaan kebersihan sekolah? 3. Pada pendapat cikgu, adakah projek ini memberi sumbangan yang besar kepada pihak sekolah terutamanya kepada Unit Bimbingan & Kaunseling? JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 1 Apa yang saya lihat, projek yang dilaksanakan ini sememangnya memberi kesan yang positif kepada pembangunan diri murid. Lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Green Ranger. Semenjak projek dilaksanakan dengan menggalak murid membuang sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan di kantin, saya lihat murid-murid sudah tidak membauang sisa makanan ke dalam sinki. Mereka lebih kerap membuang sisa makanan ke dalam bekas yang disediakan di kantin untuk tujuan kegunaan projek yang dilaksanakan ini iaitu menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan murid. JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 2 Ya. Semenjak terlaksananya projek Secret Nature ni, keadaan di kantin sekolah semakin bersih. Murid-murid sudah tahu yang sisa-sisa makanan perlu di buang ke dalam bekas yang disediakan dan kemudiannya boleh digunakan untuk membuat baja kompos. Lepas tu, murid-murid juga menjadi lebih bertanggungjawab apabila mereka datang siram sayur, membaja dan sebagainya. JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 3 Pada pandangan saya, projek ini memang memberikan sumbangan yang besar kepada sekolah khususnya Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah sendiri. Saya tidak pernah terfikir bahawa pembentukan sahsiah, disiplin dan insaniah murid juga dapat dipupuk melalui pelaksanaan projek seperti ini. Bahkan melalui projek yang dilaksanakan ini, ia telah memberi kesedaran kepada saya selaku gru Bimbingan & Kaunseling sekolah bahawa aktiviti yang lebih bersifat “Hands On” lebih banyak menarik minat murid dan
  • 15. memberi kesan kepada diri murid itu sendiri berbanding menggunakan kaedah ceramah di mana murid lebih banyak kepada mendengar ucapan dan taklimat. Ini menyebabkan mereka hanya tahu sahaja tetapi tidak mengalami sendiri perkara yang hendak dipupuk ke atas diri mereka melalui pengalaman secara langsung. MURID-MURID 1. Apakah yang kamu perolehi setelah melibatkan diri dengan projek ini? 2. Adakah projek ini dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri kamu? 3. Pada pendapat kamu, adakah projek ini membantu kamu untuk meningkatkan rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah? JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 1 Sejak saya terlibat dalam program ni cikgu, saya rasa saya ada sifat tanggungjawab dan kerajinan dalam diri saya untuk menjaga kebersihan persekitaran sekolah JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 2 Ya. Dapat cikgu. Dalam projek ni saya jadi Green Ranger. Jadi saya selalu mengajak kawan-kawan untuk taman sayur dan semasa di kantin saya selalu pesan kepada murid-murid lain untuk bersihkan kantin dan sekiranya ada sisa makanan lebih saya suruh mereka kumpul dalam bekas yang disediakan oleh cikgu sebab nanti nak buat baja. JAWAPAN SOALAN TEMU BUAL 3 Ya cikgu. Projek ini memang bantu saya untuk jadi lebih bertanggungjawab. Sebelum ini, saya tidak tahu pun kegunaan sisa-sisa makanan ni. Jadi, saya dan rakan-rakan buang jer sisa makanan dalam sinki. Tapi sekarang, saya tahu bahawa tindakan tu akan menyebabkan sinki kantin sekolah kotor.