SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
MPU 3122 HUBUNGAN ETNIK
TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH
NAMA
NO. KP
ANGKA GILIRAN
HARRY JADE VICTOR
941007-12-5143
2015272340005
KUMPULAN
AKADEMIK
PISMP TAHUN 3 SEM 2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
AMBILAN JUN 2015
PENSYARAH ABD JALEEL ABD HAKEEM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PULAU PINANG
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : HARRY JADE VICTOR Angka Giliran: 2015272340005
Tajuk tugasan: Tugasan 2 (Penulisan Ilmiah)
Kod dan Nama Kursus: MPU 3122 Hubungan
Etnik
Pensyarah : Abd Jaleel Abd Hakeem
Tarikh Hantar : Tarikh Terima :
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan
:
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada)
TandatanganPelajar: Tarikh:
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar :__________________ Tarikh:_______________________
SOALAN TUGASAN
Tugasan 2: Penulisan Ilmiah (60%)
Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu
penulisan ilmiah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan
berdasarkan RMK terbaharu.
Tajuk penulisan ilmiah : Bagaimana penduduk Malaysia yang
bersifat pluralistik sejak sekian lama mampu untuk
mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat hingga ke hari
ini? Perbincangan dan penjelasan anda perlu merangkumi
aspek berikut: (setiap aspek membawa 15 markah dan panjang
375 patah perkataan)
1. Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan
kepelbagaian agama.
2. Huraian berhubung masyarakat pluralistik di Alam Melayu,
Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan
penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia
melalui pelbagai sumber rujukan.
3. Membincangkan konsep perlembagaan sebagai asas
pembinaan jati diri dan negara bangsa.
4. Menilai usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran
yang dihadapi dalam usaha mengekalkan hubungan etnik
yang baik.
Senarai kandungan
Kandungan Halaman
1.0 Pengenalan
1
2.0 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik, agama
1 – 2
3.0 Masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah,
Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahn British selepas
pembentukan Malaysia
2 - 4
4.0 Konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara
Bangsa
4
5.0 Usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi
dalam mengekalkan hubungan etnik yang baik
5 – 8
6.0 Rumusan 8
Bibliografi -
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara contoh yang mempunyai masyarakat yang
berbilang etnik seramai hampir 200 kumpulan etnik (Ahmad Zaid, 2013). Dengan
kepelbagaian ini, tidak hairanlah perpaduan etnik sentiasa menjadi agenda dalam
pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara. Walaupun pelbagai isu yang
melibatkan etnik yang pelbagai seperti isu hak istimewa, isu perkauman, isu agama dan
sebagainya namun, sehingga kini negara Malaysia masih lagi kekal sebagai sebuah
negara berbilang kaum yang hidup secara harmoni dan menikmati hasil ekonomi secara
bersama (Wan Hashim, 2011).
2.0 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik, agama
2.1 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi
Dasar pecah dan perintah mengikut kegiatan ekonomi di zaman penjajah
menyebabkan tidak wujud hubungan interaksi antara etnik malah dasar yang diamalkan
menyebabkan wujudnya jurang pembangunan dan pendapatan antara etnik (Ahmad Ali
Bin Seman, 2013). Keadaan ini telah mewujudkan perasaan curiga antara satu sama
lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969 (Zakimi,
2013). Ketidakseimbangan dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum masih
wujud walaupun setelah merdeka dan terbentuknya sebuah negara baru yang dikenali
sebagai Malaysia. Jesteru itu kerajaan telah melaksanakan pengagihan pendapatan dan
peluang-peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui
beberapa dasar seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Negara bagi tujuan memastikan keadilan
dan keseimbagan pembangunan ekonomi yang melibatkan pelbagai etnik.
2.2 Hubungan etnik dari perspektif politik
Dari perspektif politik, hubungan dan perpaduan etnik mula kelihatan semasa era
menentang penjajah serta perjuangan menuntut kemerdekaan di mana beberapa parti
nasionalis telah berjaya menyatupadukan seluruh masyarakat berbilang bangsa untuk
melawan musuh politik (Mohd Rizal Yaakop, 2014). Selepas terbentuknya Malaysia,
hubungan etnik dari perspektif politik dilihat dengan lebih nyata lagi melalui
penggabungan parti-parti yang berasaskan kaum di bawah satu pakatan yang dikenali
sebagai Barisan Nasional (bagi mengelakkan perpecahan masyarakat) serta adanya
penglibatan semua susun lapis masyarakat dalam pentadbiran negara tanpa sekatan
dan mengira perbezaan yang wujud.
2.3 Hubungan etnik dari perspektif agama
Kerajaan sewaktu di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri
telah memperkenalkan satu gagasan iaitu Islam Hadari bagi tujuan untuk memupuk
perpaduan melalui beberapa prinsip seperti berkenal-kenalan, saling berkasih sayang,
saling jamin menjamin serta konsep kejiranan. Selain itu, keterbukaan dan penerimaan
agama etnik yang pelbagai juga mendukung kepada hubungan etnik yang erat.
Misalnya, meskipun Islam merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia
namun agama lain bebas diamalkan. Keadaan ini bagi mengelakkan berlakunya isu
agama dalam kalangan masyarakat.
3.0 Masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu
Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia
3.1 Masyarakat pluralistik sebelum penjajahan
Sebelum penjajahan British, masyarakat pluralistik di Alam Melayu berlaku hasil
daripada penghijrahan dari dalam wilayah dan juga dari luar yang melibatkan etnik lain
seperti Cina, India, Arab dan sebagainya. Melalui kegiatan perdagangan, penerimaan
baik masyarakat tempatan serta adanya kalangan pedagang yang membentuk
petempatan kekal serta berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat
pluralistik di Alam Melayu. Contohnya Cina Baba yang berkahwin dengan penduduk
tempatan.
Di Zaman Kesultanan Melaka pula, masyarakat pluralistik berlaku melalui dasar
perintahan (adanya para pegawai istana yang terdiri daripada campuran orang tempatan
dengan bangsa asing hasil daripada perkahwinan campur antara pemerintah dengan
anak pemerintah dari luar) dan juga melalui dasar perdagangan, kependudukan dan
kebudayaan (pedagang Arab, Cina, India dan lain-lain telah berasimilasi dengan
penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat
yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak).
Berbanding keadaan di Sabah dan Sarawak di mana sebelum kedatangan penjajah
SBUB dan Brooke, masyarakat pluralistik sudahpun wujud sejak sekian lama melalui
penghijrahan etnik dari Indonesia, Philipina, Mongolia dan sebagainya di mana ia
seterusnya membentuk berbilang etnik dan budaya di kedua-dua negeri berkenaan.
Dalam erti kata lain, masyarakat pluralistik di Sabah dan Sarawak terbentuk hasil
daripada penghijrahan etnik dari luar bagi tujuan meneruskan hidup baharu di Sabah
dan Sarawak.
3.2 Masyarakat pluralistik semasa penjajahan British
Perkembangan perusahaan timah dan getah di Eropah mulai pertengahan abad ke
19 dan abad ke 20 telah mengakibatkan kemasukan dan penghijrahan imigran Cina dan
India oleh penjajah secara besar-besaran. Pola kemasukan etnik Cina dan India di era
penjajahan jelas memperlihatkan perbezaan yang amat ketara berbanding kemasukan
mereka di zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Apa yang lebih teruk lagi, dasar
pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British meyebabkan kepada
pengasingan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Akibatnya, berlakunya jurang ekonomi
antara kaum serta pembangunan kawasan serta ketiadaan interaksi antara etnik yang
pelbagai ini.
Berbanding dengan di Sabah dan Sarawak, semasa penjajahan SBUB dan Brooke,
penjajah tidak membawa sebarang kemasukan imigran memasuki kedua-dua negeri
tersebut. Kemasukkan etnik baharu terbentuk melalui kegiatan perdagangan. Hal ini
kerana corak penjajahan SBUB dan Brooke agak berbeza dengan cara penjajah British
di mana untuk menguruskan kegiatan-kegiatan penjajah pada masa itu, penjajah SBUB
dan Brooke lebih tertumpu kepada penggunaan tenaga kerja masyarakat pelbagai etnik
yang sedia ada berbanding membawa golongan imigran.
3.3 Masyarakat pluralistik selepas pembentukan Malaysia
Selepas pembentukan Malaysia, masyarakat pluralistik dapat dilihat menerusi aspek
politik, perlembagaan, ekonomi dan pendidikan. Dalam aspek politk, politik sebelum dan
selepas pembentukan Malaysia adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang
Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC mewakili orang India. Walaubagaimanapun,
isu ini berjaya diatasi dengan pembentukan sebuah perikatan yang dikenali sebagai
Barisan Nasional (Ahmad Fazullah Md. Zainal Abidin, 2007).
Dari aspek perlembagaan, Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang
tertinggi negara yang menjadi asas kepada kontrak sosial. Dari aspek pendidikan pula,
kerencaman sistem pendidikan zaman British diteruskan selepas kemerdekaan dan
pembentukan Malaysia. Namun begitu, usaha penyeragaman sistem pendidikan telah
dilaksanakan ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa
mengkaji sistem pendidikan negara bagi tujuan menyatukan kanak-kanak berbilang
bangsa di bawah satu sistem pendidikan iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Dalam aspek ekonomi, dasar yang diamalkan oleh penjajah British telah
mewujudkan jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar serta jurang
pendapatan antara etnik. Jesteru itu, selepas merdeka dan pebentukan Malaysia,
kerajaan cuba memmperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa
langkah pembangunan berencana. Antaranya ialah Rancangan Pembangunan Negara,
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Penswastaan, Wawasan 2020 dan sebagainya.
4.0 Konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia
mengandungi beberapa unsur penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan
memupuk persefahaman ke arah perpaduan (Abdul Aziz Bari, 2008). Antaranya ialah
bahasa, agama, bidang tugas, serta hak istimewa orang Bumiputera Melayu, Sabah dan
Sarawak. Dalam aspek bahasa, berdasarkan kepada perkara 152 (1), Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi, namun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain
tidak dihalang. Contohnya, penggunaan bahasa cina, tamil di media cetak atau
elektronik, di sekolah-sekolah, serta ada subjek bahasa iban, kadazan cina dan tamil di
sekolah.
Dalam aspek agama pula, perkara 3 dalam perlembagaan menyatakan bahawa
Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi,
namun agama-agama lain masih boleh diamalkan secara bebas. Begitu juga dengan
aspek bidang tugas di mana perkara 32, 38 (4) dalam perlembagaan dibentuk bagi
tujuan menentukan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara.
Dalam aspek hak istimewa pula, ia merujuk kepada hak yang meliputi penjawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendididkan, dan sebagainya. Selain itu berkaitan
dengan perezaban tanah, perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan
penarikan hak berkaitan terhadap kaum lain. Etnik lain juga diberikan ruang untuk
terlibat dalam perkara yang serupa dengan bilangan yang minoriti.
Secara keseluruhannya, melalui perlembagaan ia berupaya untuk mewujudkan satu
bentuk pemerintahan yang licin dalam negara yang pelbagai etnik di mana sebagai
contohnya, melalui bidang tugas ia dapat mengelak dari berlakunya penyalahgunaan
kuasa oleh pemerintah serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat. Secara amnya,
adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, ia berupaya sebagai
alat untuk menyelesaikan masalah serta menjamin keamanan dan kestabilan negara
sekaligus menjamin hak dan perlindungan semua etnik dengan adil tanpa sebarang
penindasan ke atas etnik lain.
5.0 Usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam usaha
mengekalkan hubungan etnik yang baik
5.1 Usaha ke arah integrasi nasional
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 telah memberi satu inisiaitif untuk mewujudkan
kesedaran di antara masyarakat yang berbilang kaum dalam negara tentang pentingnya
perpaduan dan integrasi nasional. Antaranya usaha ke arah integrasi nasional ialah :
5.1.1 Politik
Usaha integrasi nasional diambil melalui penggabungan parti-parti politik
melalui Barisan Nasional (Fatimi Hanafi, 2007). Dengan tertubuhnya Barisan
Nasional, ia telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan
dalam parti pemerintah. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada
pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan
pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum
dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum
dalam Barisan Nasional. Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk
mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri di mana negeri yang kurang
maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan
perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang
dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah.
Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan
Sarawak dengan penyatuan sistem pendidikan dalam sistem pendidikan
kebangsaan serta memperkukuhkan perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan
Sarawak melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan
perkhidmatan pos yang baik dan membuat lawatan muhibah antara pemimpin
Sabah dan Sarawak dengan pemimpin dari Semenanjung.
5.1.2 Ekonomi
Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum
menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Proses ini telah
dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dibentuk
bagi tujuan menghapuskan jurang pendapatan dan pembagunan antara wilayah
serta membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Selepas DEB, ia diteruskan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional pada
17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad bagi tujuan perpaduan negara sepertimana Dasar Ekonomi Baru.
Misalnya, salah satu daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah dengan
menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan ekonomi yang saksama untuk menjamin
keadilan sosial seterusnya memperkukuhkan perpaduan negara.
5.1.3 Sosial
Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun
Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia. Rukun
Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei
1969 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi
nasional. Rukun Negara menggariskan 5 prinsip yang harus diikuti dan diamalkan
oleh rakyat (Ismail Baharom, 2000). Tidak dilupakan, ia menyedarkan rakyat
tentang kesan buruk yang menimpa negara akibat tragedi tersebut serta
membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia.
Usaha ke arah integrasi nasional juga diambil melalui dasar Pendidikan
Kebangsaan. Antara langkah-langkah yang diambil adalah dengan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi, menyediakan sukatan pelajaran yang seragam untuk semua
sekolah serta melaksanakan kegiatan kokurikulum yang sama.
Usaha integrasi nasional juga dipupuk melalui Dasar Kebudayaan negara
yang bermatlamat untuk memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-
nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum melalui 3 prinsip
yang utama iaitu kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan
wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi
unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.
Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan
kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen
kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan di
samping menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman
dalam kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan
semangat perpaduan.
5.2 Cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang baik
5.2.1 Perbezaan budaya
Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan
masing-masing mempunyai corak kebudayaannya yang tersendiri. Dengan
perbezaan kebudayaan yang dimiliki, adanya sikap pentingkan diri sendiri dan
masing-masing mengagungkan budaya sendiri menjadi satu racun dalam usaha
mengekalkan hubungan etnik yang pelbagai di Malaysia. Misalnya, sikap masing-
masing mahu mengamalkan budaya sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum
lain, tidak menghormati kaum lain, berlainan penggunaan laras bahasa yang sesuai
boleh meninggalkan perspektif negatif terhadap kaum tersebut. keadaan ini
menyukarkan proses perpaduan antara kaum di Malaysia.
5.2.2 Tidak celik ilmu dan buta sejarah
Ramai di antara kita hanya tahu menegakkan itu ini tanpa mengetahui objektif
perjuangan mereka. Kebanyakan dari mereka hanya mengikut arahan dan
bertindak membuta tuli tanpa memikirkan kesannya kepada negara. Mereka hanya
mahukan suara mereka didengari dan diikuti. Tetapi ada baiknya kerana sikap inilah
yang membuatkan penjajah British suatu ketika dahulu amat gerun dengan orang
Melayu. Itu kisah generasi lama, berlainan pula dengan generasi muda zaman ini.
Kebanyakan dari mereka belum pun menamatkan persekolahan, tetapi sudah
pandai bertindak luar kawalan, bukan seperti yang dibataskan sebagai seorang
pelajar. Mereka terlalu muda dan sememangnya hanya belajar sejarah semata-
mata untuk peperiksaan dan bukannya menghayati erti dan sebab perjuangan
tokoh-tokoh pejuang dahulu. Jadi, jati diri itu tidak dapat diserap sepenuhnya dalam
diri mereka.
5.2.3 Pemisahan fizikal
Pemisahan fizikal merupakan kesan daripada dasar pecah dan perintah
British. Ianya menyebabkan sesuatu golongan etnik tidak kenal antara satu sama
lain kerana tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan kerap. Keadaan yang sama
juga berlaku ke atas Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut
China Selatan. Pemisahan penempatan atau fizikal ini merenggangkan
perhubungan dan interaksi antara etnik dan menghasilkan etnosentrimse. Akhirnya,
wujudnya prasangka dan prejudis terhadap etnik (Abd Rahim Abd Rashid, 2004).
5.2.4 Sistem pendidikan yang berasingan
Setiap etnik menggunakan bahasa sendiri dalam sistem pendidikan. Ini
adalah sistem vernakular. Contohnya, orang Melayu belajar di sekolah Melayu dan
menggunakan Bahasa Melayu, orang Cina belajar di sekolah Cina dan
menggunakan bahasa Cina. Begitu juga dengan etnik India. Sistem persekolahan
yang terpisah menyebabkan integrasi dan persefahaman sukar untuk dipupuk
dalam kalangan murid. Apabila kerajaan memperkenalkan program RIMUP, maka
diharap program ini mampu untuk mengeratkan interaksi dan perpaduan antara
etnik pada usia yang muda (Tan Yao Sua, 2005).
6.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa kepelbagaian etnik di negara
kita pada hakikatnya terbentuk sejak sekian lama. Dalam konteks negara kita yang terdiri
daripada masyarakat majmuk ini, adalah bukan mudah untuk memupuk perpaduan dan
integrasi nasional ditambah lagi selain etnik yang pelbagai, pegangan agama, budaya dan
sentiviti setiap susun lapis masyarakat juga adalah berbeza-beza mengikut etnik. Jesteru itu,
dalam memastikan kestabilan dan keharmonian negara masyarakat majmuk ini terjaga,
peranan setiap etnik dalam masyarakatlah yang memainkan peranan penting melalui
adanya penerimaan, sifat menghormati dan tidak memperlekehkan amalan etnik lain.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia : Teori dan Praktis. Selangor Darul Ehsan :
ARAH PENDIDIKAN SDN. BHD.
Ahmad Fazullah Md. Zainal Abidin. (2007). Masyarakat Pluralistik Dalam Pembangunan
Hubungan etnik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Ali Bin Seman & Warti Bt Kimi. (2013). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur :
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Zaid. (2013). Kepelbagaian Etnik Di Malaysia. Dimuat turun pada 2 Mac 2018,
daripada https://www.slideshare.net/kepelbagaian-etnik-di-malaysia.
Fatimi Hanafi. (2007). Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasional Di Malaysia. Kuala Lumpur
: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ismail Baharom. (2000). Masyarakat Malaysia Ke Arah integrasi nasional : Satu Kajian Kes
Di Universiti Malaya. Kuala lumpur : Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Mohd Rizal Yaakop. (2014). Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian. Dimuat turun pada
2 Mac 2018, daripada https://www.slideshare.net/bab-1-malaysia-kesepaduan-dalam
Kepelbagaian.
Tan Yao Sua. (2005). Buku Panduan : Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
RIMUP. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Hashim. (2011). Hubungan etnik : Konsep Asas. Dimuat turun pada 2 Mac 2018,
daripada https://www.slideshare.net/hubungan-etnik-konsep-asas.
Zakimi. (2013). Hubungan Etnik. Dimuat turun pada 2 Mac 2018, daripada
https://www.slideshare.net/hubungan-etnik-13-mei.

More Related Content

What's hot

EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayuLiana Hasmey
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaDorma Jn
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakFaFai S.
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuShahrul Zaini
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)firo HAR
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaMahyuddin Khalid
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Tajuk 1 Pengenalan Pengurusan Kokurikulum
Tajuk 1 Pengenalan Pengurusan KokurikulumTajuk 1 Pengenalan Pengurusan Kokurikulum
Tajuk 1 Pengenalan Pengurusan KokurikulumAzizi Ahmad
 
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahPluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahMahyuddin Khalid
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 

What's hot (20)

EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
 
Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIKPack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
Konsep penggabungjalinan dan penyerapan (5P)
 
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysiaPembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Tajuk 1 Pengenalan Pengurusan Kokurikulum
Tajuk 1 Pengenalan Pengurusan KokurikulumTajuk 1 Pengenalan Pengurusan Kokurikulum
Tajuk 1 Pengenalan Pengurusan Kokurikulum
 
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarahPluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
Pluraliti masyarakat alam melayu dalam sejarah
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
 

Similar to Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional

Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalWanBK Leo
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01jasfida
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptctwa1
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02faizah12
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
Peristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meiPeristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meijass388
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadAthira Anuar
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAmohd admee
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)Ashikin Azeman
 

Similar to Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional (20)

Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
Hubungan etnik UMS
Hubungan etnik UMSHubungan etnik UMS
Hubungan etnik UMS
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Peristiwa 13 mei
Peristiwa 13 meiPeristiwa 13 mei
Peristiwa 13 mei
 
Hubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnloadHubungan etnik dwnload
Hubungan etnik dwnload
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
 

More from Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)

Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 

More from Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang) (20)

RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara     RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan KitaRPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Bahasa Melayu Warisan Kita
 
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunselingPbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
 
Pbkk3163 laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
Pbkk3163   laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)Pbkk3163   laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
Pbkk3163 laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga SatirBanding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
 
Rph zaman air batu (Part 2)
Rph   zaman air batu (Part 2)Rph   zaman air batu (Part 2)
Rph zaman air batu (Part 2)
 
Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
ulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budayaulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budaya
 
bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
bab 1 (final)
bab 1 (final)bab 1 (final)
bab 1 (final)
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
 
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusifPerkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC
pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISCpelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC
pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC
 

Recently uploaded

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Recently uploaded (15)

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG MPU 3122 HUBUNGAN ETNIK TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH NAMA NO. KP ANGKA GILIRAN HARRY JADE VICTOR 941007-12-5143 2015272340005 KUMPULAN AKADEMIK PISMP TAHUN 3 SEM 2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2015 PENSYARAH ABD JALEEL ABD HAKEEM
  • 2. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : HARRY JADE VICTOR Angka Giliran: 2015272340005 Tajuk tugasan: Tugasan 2 (Penulisan Ilmiah) Kod dan Nama Kursus: MPU 3122 Hubungan Etnik Pensyarah : Abd Jaleel Abd Hakeem Tarikh Hantar : Tarikh Terima : Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan : Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) TandatanganPelajar: Tarikh: Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tanda tangan Pelajar :__________________ Tarikh:_______________________
  • 3. SOALAN TUGASAN Tugasan 2: Penulisan Ilmiah (60%) Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan ilmiah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan berdasarkan RMK terbaharu. Tajuk penulisan ilmiah : Bagaimana penduduk Malaysia yang bersifat pluralistik sejak sekian lama mampu untuk mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat hingga ke hari ini? Perbincangan dan penjelasan anda perlu merangkumi aspek berikut: (setiap aspek membawa 15 markah dan panjang 375 patah perkataan) 1. Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama. 2. Huraian berhubung masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia melalui pelbagai sumber rujukan. 3. Membincangkan konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa. 4. Menilai usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang baik.
  • 4. Senarai kandungan Kandungan Halaman 1.0 Pengenalan 1 2.0 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik, agama 1 – 2 3.0 Masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahn British selepas pembentukan Malaysia 2 - 4 4.0 Konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara Bangsa 4 5.0 Usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan hubungan etnik yang baik 5 – 8 6.0 Rumusan 8 Bibliografi -
  • 5. 1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara contoh yang mempunyai masyarakat yang berbilang etnik seramai hampir 200 kumpulan etnik (Ahmad Zaid, 2013). Dengan kepelbagaian ini, tidak hairanlah perpaduan etnik sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara. Walaupun pelbagai isu yang melibatkan etnik yang pelbagai seperti isu hak istimewa, isu perkauman, isu agama dan sebagainya namun, sehingga kini negara Malaysia masih lagi kekal sebagai sebuah negara berbilang kaum yang hidup secara harmoni dan menikmati hasil ekonomi secara bersama (Wan Hashim, 2011). 2.0 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik, agama 2.1 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi Dasar pecah dan perintah mengikut kegiatan ekonomi di zaman penjajah menyebabkan tidak wujud hubungan interaksi antara etnik malah dasar yang diamalkan menyebabkan wujudnya jurang pembangunan dan pendapatan antara etnik (Ahmad Ali Bin Seman, 2013). Keadaan ini telah mewujudkan perasaan curiga antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969 (Zakimi, 2013). Ketidakseimbangan dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum masih wujud walaupun setelah merdeka dan terbentuknya sebuah negara baru yang dikenali sebagai Malaysia. Jesteru itu kerajaan telah melaksanakan pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui beberapa dasar seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Negara bagi tujuan memastikan keadilan dan keseimbagan pembangunan ekonomi yang melibatkan pelbagai etnik. 2.2 Hubungan etnik dari perspektif politik Dari perspektif politik, hubungan dan perpaduan etnik mula kelihatan semasa era menentang penjajah serta perjuangan menuntut kemerdekaan di mana beberapa parti nasionalis telah berjaya menyatupadukan seluruh masyarakat berbilang bangsa untuk melawan musuh politik (Mohd Rizal Yaakop, 2014). Selepas terbentuknya Malaysia, hubungan etnik dari perspektif politik dilihat dengan lebih nyata lagi melalui penggabungan parti-parti yang berasaskan kaum di bawah satu pakatan yang dikenali sebagai Barisan Nasional (bagi mengelakkan perpecahan masyarakat) serta adanya penglibatan semua susun lapis masyarakat dalam pentadbiran negara tanpa sekatan dan mengira perbezaan yang wujud.
  • 6. 2.3 Hubungan etnik dari perspektif agama Kerajaan sewaktu di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri telah memperkenalkan satu gagasan iaitu Islam Hadari bagi tujuan untuk memupuk perpaduan melalui beberapa prinsip seperti berkenal-kenalan, saling berkasih sayang, saling jamin menjamin serta konsep kejiranan. Selain itu, keterbukaan dan penerimaan agama etnik yang pelbagai juga mendukung kepada hubungan etnik yang erat. Misalnya, meskipun Islam merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia namun agama lain bebas diamalkan. Keadaan ini bagi mengelakkan berlakunya isu agama dalam kalangan masyarakat. 3.0 Masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia 3.1 Masyarakat pluralistik sebelum penjajahan Sebelum penjajahan British, masyarakat pluralistik di Alam Melayu berlaku hasil daripada penghijrahan dari dalam wilayah dan juga dari luar yang melibatkan etnik lain seperti Cina, India, Arab dan sebagainya. Melalui kegiatan perdagangan, penerimaan baik masyarakat tempatan serta adanya kalangan pedagang yang membentuk petempatan kekal serta berkahwin dengan penduduk tempatan membentuk masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Contohnya Cina Baba yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Di Zaman Kesultanan Melaka pula, masyarakat pluralistik berlaku melalui dasar perintahan (adanya para pegawai istana yang terdiri daripada campuran orang tempatan dengan bangsa asing hasil daripada perkahwinan campur antara pemerintah dengan anak pemerintah dari luar) dan juga melalui dasar perdagangan, kependudukan dan kebudayaan (pedagang Arab, Cina, India dan lain-lain telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak). Berbanding keadaan di Sabah dan Sarawak di mana sebelum kedatangan penjajah SBUB dan Brooke, masyarakat pluralistik sudahpun wujud sejak sekian lama melalui penghijrahan etnik dari Indonesia, Philipina, Mongolia dan sebagainya di mana ia seterusnya membentuk berbilang etnik dan budaya di kedua-dua negeri berkenaan. Dalam erti kata lain, masyarakat pluralistik di Sabah dan Sarawak terbentuk hasil daripada penghijrahan etnik dari luar bagi tujuan meneruskan hidup baharu di Sabah dan Sarawak.
  • 7. 3.2 Masyarakat pluralistik semasa penjajahan British Perkembangan perusahaan timah dan getah di Eropah mulai pertengahan abad ke 19 dan abad ke 20 telah mengakibatkan kemasukan dan penghijrahan imigran Cina dan India oleh penjajah secara besar-besaran. Pola kemasukan etnik Cina dan India di era penjajahan jelas memperlihatkan perbezaan yang amat ketara berbanding kemasukan mereka di zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Apa yang lebih teruk lagi, dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah British meyebabkan kepada pengasingan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Akibatnya, berlakunya jurang ekonomi antara kaum serta pembangunan kawasan serta ketiadaan interaksi antara etnik yang pelbagai ini. Berbanding dengan di Sabah dan Sarawak, semasa penjajahan SBUB dan Brooke, penjajah tidak membawa sebarang kemasukan imigran memasuki kedua-dua negeri tersebut. Kemasukkan etnik baharu terbentuk melalui kegiatan perdagangan. Hal ini kerana corak penjajahan SBUB dan Brooke agak berbeza dengan cara penjajah British di mana untuk menguruskan kegiatan-kegiatan penjajah pada masa itu, penjajah SBUB dan Brooke lebih tertumpu kepada penggunaan tenaga kerja masyarakat pelbagai etnik yang sedia ada berbanding membawa golongan imigran. 3.3 Masyarakat pluralistik selepas pembentukan Malaysia Selepas pembentukan Malaysia, masyarakat pluralistik dapat dilihat menerusi aspek politik, perlembagaan, ekonomi dan pendidikan. Dalam aspek politk, politik sebelum dan selepas pembentukan Malaysia adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC mewakili orang India. Walaubagaimanapun, isu ini berjaya diatasi dengan pembentukan sebuah perikatan yang dikenali sebagai Barisan Nasional (Ahmad Fazullah Md. Zainal Abidin, 2007). Dari aspek perlembagaan, Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara yang menjadi asas kepada kontrak sosial. Dari aspek pendidikan pula, kerencaman sistem pendidikan zaman British diteruskan selepas kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Namun begitu, usaha penyeragaman sistem pendidikan telah dilaksanakan ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan negara bagi tujuan menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem pendidikan iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • 8. Dalam aspek ekonomi, dasar yang diamalkan oleh penjajah British telah mewujudkan jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar serta jurang pendapatan antara etnik. Jesteru itu, selepas merdeka dan pebentukan Malaysia, kerajaan cuba memmperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana. Antaranya ialah Rancangan Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Penswastaan, Wawasan 2020 dan sebagainya. 4.0 Konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia mengandungi beberapa unsur penting untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan (Abdul Aziz Bari, 2008). Antaranya ialah bahasa, agama, bidang tugas, serta hak istimewa orang Bumiputera Melayu, Sabah dan Sarawak. Dalam aspek bahasa, berdasarkan kepada perkara 152 (1), Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, namun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Contohnya, penggunaan bahasa cina, tamil di media cetak atau elektronik, di sekolah-sekolah, serta ada subjek bahasa iban, kadazan cina dan tamil di sekolah. Dalam aspek agama pula, perkara 3 dalam perlembagaan menyatakan bahawa Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi, namun agama-agama lain masih boleh diamalkan secara bebas. Begitu juga dengan aspek bidang tugas di mana perkara 32, 38 (4) dalam perlembagaan dibentuk bagi tujuan menentukan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara. Dalam aspek hak istimewa pula, ia merujuk kepada hak yang meliputi penjawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendididkan, dan sebagainya. Selain itu berkaitan dengan perezaban tanah, perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika mengakibatkan penarikan hak berkaitan terhadap kaum lain. Etnik lain juga diberikan ruang untuk terlibat dalam perkara yang serupa dengan bilangan yang minoriti. Secara keseluruhannya, melalui perlembagaan ia berupaya untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang licin dalam negara yang pelbagai etnik di mana sebagai contohnya, melalui bidang tugas ia dapat mengelak dari berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah serta mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat. Secara amnya, adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, ia berupaya sebagai alat untuk menyelesaikan masalah serta menjamin keamanan dan kestabilan negara sekaligus menjamin hak dan perlindungan semua etnik dengan adil tanpa sebarang penindasan ke atas etnik lain.
  • 9. 5.0 Usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang baik 5.1 Usaha ke arah integrasi nasional Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 telah memberi satu inisiaitif untuk mewujudkan kesedaran di antara masyarakat yang berbilang kaum dalam negara tentang pentingnya perpaduan dan integrasi nasional. Antaranya usaha ke arah integrasi nasional ialah : 5.1.1 Politik Usaha integrasi nasional diambil melalui penggabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional (Fatimi Hanafi, 2007). Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, ia telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri di mana negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah. Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan penyatuan sistem pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan serta memperkukuhkan perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik dan membuat lawatan muhibah antara pemimpin Sabah dan Sarawak dengan pemimpin dari Semenanjung. 5.1.2 Ekonomi Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dibentuk bagi tujuan menghapuskan jurang pendapatan dan pembagunan antara wilayah serta membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
  • 10. Selepas DEB, ia diteruskan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional pada 17 Jun 1991 hingga 2000 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi tujuan perpaduan negara sepertimana Dasar Ekonomi Baru. Misalnya, salah satu daripada Dasar Pembangunan Nasional adalah dengan menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan ekonomi yang saksama untuk menjamin keadilan sosial seterusnya memperkukuhkan perpaduan negara. 5.1.3 Sosial Untuk menyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia. Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan digubal oleh Majlis Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional. Rukun Negara menggariskan 5 prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh rakyat (Ismail Baharom, 2000). Tidak dilupakan, ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang menimpa negara akibat tragedi tersebut serta membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila yang mulia. Usaha ke arah integrasi nasional juga diambil melalui dasar Pendidikan Kebangsaan. Antara langkah-langkah yang diambil adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi, menyediakan sukatan pelajaran yang seragam untuk semua sekolah serta melaksanakan kegiatan kokurikulum yang sama. Usaha integrasi nasional juga dipupuk melalui Dasar Kebudayaan negara yang bermatlamat untuk memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai- nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum melalui 3 prinsip yang utama iaitu kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan. Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan di samping menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman dalam kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan.
  • 11. 5.2 Cabaran yang dihadapi dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang baik 5.2.1 Perbezaan budaya Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan masing-masing mempunyai corak kebudayaannya yang tersendiri. Dengan perbezaan kebudayaan yang dimiliki, adanya sikap pentingkan diri sendiri dan masing-masing mengagungkan budaya sendiri menjadi satu racun dalam usaha mengekalkan hubungan etnik yang pelbagai di Malaysia. Misalnya, sikap masing- masing mahu mengamalkan budaya sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum lain, tidak menghormati kaum lain, berlainan penggunaan laras bahasa yang sesuai boleh meninggalkan perspektif negatif terhadap kaum tersebut. keadaan ini menyukarkan proses perpaduan antara kaum di Malaysia. 5.2.2 Tidak celik ilmu dan buta sejarah Ramai di antara kita hanya tahu menegakkan itu ini tanpa mengetahui objektif perjuangan mereka. Kebanyakan dari mereka hanya mengikut arahan dan bertindak membuta tuli tanpa memikirkan kesannya kepada negara. Mereka hanya mahukan suara mereka didengari dan diikuti. Tetapi ada baiknya kerana sikap inilah yang membuatkan penjajah British suatu ketika dahulu amat gerun dengan orang Melayu. Itu kisah generasi lama, berlainan pula dengan generasi muda zaman ini. Kebanyakan dari mereka belum pun menamatkan persekolahan, tetapi sudah pandai bertindak luar kawalan, bukan seperti yang dibataskan sebagai seorang pelajar. Mereka terlalu muda dan sememangnya hanya belajar sejarah semata- mata untuk peperiksaan dan bukannya menghayati erti dan sebab perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Jadi, jati diri itu tidak dapat diserap sepenuhnya dalam diri mereka. 5.2.3 Pemisahan fizikal Pemisahan fizikal merupakan kesan daripada dasar pecah dan perintah British. Ianya menyebabkan sesuatu golongan etnik tidak kenal antara satu sama lain kerana tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan kerap. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Pemisahan penempatan atau fizikal ini merenggangkan perhubungan dan interaksi antara etnik dan menghasilkan etnosentrimse. Akhirnya, wujudnya prasangka dan prejudis terhadap etnik (Abd Rahim Abd Rashid, 2004).
  • 12. 5.2.4 Sistem pendidikan yang berasingan Setiap etnik menggunakan bahasa sendiri dalam sistem pendidikan. Ini adalah sistem vernakular. Contohnya, orang Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu, orang Cina belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Cina. Begitu juga dengan etnik India. Sistem persekolahan yang terpisah menyebabkan integrasi dan persefahaman sukar untuk dipupuk dalam kalangan murid. Apabila kerajaan memperkenalkan program RIMUP, maka diharap program ini mampu untuk mengeratkan interaksi dan perpaduan antara etnik pada usia yang muda (Tan Yao Sua, 2005). 6.0 Rumusan Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa kepelbagaian etnik di negara kita pada hakikatnya terbentuk sejak sekian lama. Dalam konteks negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk ini, adalah bukan mudah untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional ditambah lagi selain etnik yang pelbagai, pegangan agama, budaya dan sentiviti setiap susun lapis masyarakat juga adalah berbeza-beza mengikut etnik. Jesteru itu, dalam memastikan kestabilan dan keharmonian negara masyarakat majmuk ini terjaga, peranan setiap etnik dalam masyarakatlah yang memainkan peranan penting melalui adanya penerimaan, sifat menghormati dan tidak memperlekehkan amalan etnik lain.
  • 13. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia : Teori dan Praktis. Selangor Darul Ehsan : ARAH PENDIDIKAN SDN. BHD. Ahmad Fazullah Md. Zainal Abidin. (2007). Masyarakat Pluralistik Dalam Pembangunan Hubungan etnik. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Ali Bin Seman & Warti Bt Kimi. (2013). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd. Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Zaid. (2013). Kepelbagaian Etnik Di Malaysia. Dimuat turun pada 2 Mac 2018, daripada https://www.slideshare.net/kepelbagaian-etnik-di-malaysia. Fatimi Hanafi. (2007). Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasional Di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ismail Baharom. (2000). Masyarakat Malaysia Ke Arah integrasi nasional : Satu Kajian Kes Di Universiti Malaya. Kuala lumpur : Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Mohd Rizal Yaakop. (2014). Malaysia Kesepaduan Dalam Kepelbagaian. Dimuat turun pada 2 Mac 2018, daripada https://www.slideshare.net/bab-1-malaysia-kesepaduan-dalam Kepelbagaian. Tan Yao Sua. (2005). Buku Panduan : Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan RIMUP. Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wan Hashim. (2011). Hubungan etnik : Konsep Asas. Dimuat turun pada 2 Mac 2018, daripada https://www.slideshare.net/hubungan-etnik-konsep-asas. Zakimi. (2013). Hubungan Etnik. Dimuat turun pada 2 Mac 2018, daripada https://www.slideshare.net/hubungan-etnik-13-mei.