SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
11
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam
kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik secara menyeluruh bagi tujuan untuk
mendapatkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Antara aspek-aspek yang akan
dibincangkan dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian,
prosedur intervensi kaunseling, pengawalan variabel extranus, prosedur pengumpulan
data dan penganalisisan data serta kesimpulan.
3.2 Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan secara
terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan serta sebagai panduan penyelidik
dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada
penyelidikan yang dijalankan (Ang Kean Hua, 2016). Kajian yang dijalankan adalah
berbentuk deskriptif yang menggunakan tinjauan soal selidik. Amnya, kajian ini lebih
tertumpu kepada permasalahan yang mempengaruhi pencapaian akademik dalam
kalangan murid tahun 5 (mata pelajaran sejarah) di salah sebuah sekolah rendah di
negeri Pulau Pinang. Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian yang
bersifat eks-posfakto (melihat punca dan akibat sesuatu perlakuan masa kini
berdasarkan peristiwa yang telah berlaku dan bersifat kuantitatif). Data yang diperolehi
berdasarkan rekod atau item yang ditandakan oleh responden dalam soal selidik.
3.3 Persampelan
Menurut Bhasah Abu Bakar et.al (2013), persampelan merujuk kepada pemilihan
suatu kumpulan yang ingin diselidiki untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili
kumpulan besar yang dipilih. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ruslinah Binti
Joned (2010). Dalam kajian yang akan dilaksanakan, sampel kajian merupakan seorang
murid sahaja dan dipilih semasa penyelidik memasuki sesi pdp mata pelajaran sejarah
tahun 5 semasa tempoh berpraktikum fasa 2. Dalam mengenalpasti sampel pilihan ini,
data mengenai pencapaian akademik murid diperolehi oleh pengkaji melalui ujian-
ujian/penilaian yang dibuat terhadap pembelajaran mata pelajaran sejarah tahun 5
dalam bilik darjah murid.
12
3.4 Instrumen kajian
a) Soal selidik
Soal selidik terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
mengandungi 4 item bertujuan mendapatkan maklumat diri murid seperti nama,
jantina, tempat tinggal dan pencapaian akademik murid berdasarkan penilaian yang
pernah diambil. Bahagian B pula bertujuan mendapatkan maklumat tentang
permasalahan yang paling dominan yang mempengaruhi pencapaian akademik
murid. 40 soalan dibentuk merangkumi 4 permasalahan yang paling dominan iaitu
masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalah disiplin dan faktor minat yang
mempengaruhi pencapaian akademik murid (mata pelajaran sejarah). Untuk
mendapatkan faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian akademik murid,
dapat dilihat dengan merujuk jumlah min tertinggi yang diperolehi bagi setiap item.
Min (mean) =
Hasiltambah nilai data
Bilangan data
b) Ujian bertulis
Ujian bertulis digunakan kerana penyelidik turut terlibat dalam pdp mata
pelajaran sejarah tahun 5 murid sasaran dalam kajian. Ia dikelolakan setiap kali
selepas 1 minggu pdp sejarah tahun 5 murid. Ujian bertulis yang akan dikelolakan ke
atas murid mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A : ujian dan bentuk soalan
objektif dan bahagian B : ujian dalam bentuk soalan subjektif.
3.5 Kesahan dan kobolehpercayaan
Menurut Lim dalam Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah et.al (2017), jadual nilai pekali
kebolehpercayaan boleh dijadikan sebagai panduan dalam mentaksir kebolehterimaan
instrumen kajian. Jadual 4 di bawah menunjukkan panduan dalam nilai pekali
kebolehpercayaan.
Jadual 4 : Jadual panduan tahap nilai pekali kebolehpercayaan
Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan
0.90 atau lebih Amat baik
0.80 – 0.89 Baik
0.60 – 0.79 Sederhana
0.40 – 0.59 Diragui
0.00 – 0.39 Ditolak
13
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan oleh pengkaji
boleh dilihat pada hasil kajian rintis oleh pencipta kepada instrumen yang akan
digunakan dalam kajian pengkaji ini kerana instrumen yang digunakan adalah daripada
instrumen yang dihasilkan oleh Azizi yahaya et. al (2011). Hasil daripada kajian rintis
instrumen yang dilakukan beliau menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen adalah baik iaitu 0.83.
3.6 Prosedur intervensi kaunseling
a) Bilangan sesi kaunseling
Jadual 1 : Jadual bilangan sesi kaunseling yang akan dijalankan
Sesi Murid
Sesi 1 Menjalankan ujian pra
Sesi 2 Prasesi
Sesi 3 Meneroka dan menganalisis masalah
Sesi 4 Mengenalpasti punca masalah
Sesi 5 Membincangkan alternatif
Sesi 6 Penilaian alternatif
Sesi 7 Tamatkan sesi
Sesi 8 Menjalankan ujian post kepada murid
Murid dalam kajian yang dilaksanakan akan menjalani sebanyak 8 sesi secara
keseluruhannya. Pada peringkat awal pelaksanaan sesi, murid akan menjalani ujian
pra terlebih dahulu. Seterusnya, murid akan menjalani sesi prasesi. Pada peringkat
sesi ini, ia lebih tertumpu kepada proses membina hubungan antara penyelidik
dengan murid.
Pada sesi yang seterusnya, murid akan menjalani sesi penerokaan dan
analisis masalah. Pada peringkat ini, penyelidik akan lebih tertumpu kepada
meneroka sejauh mana permasalahan yang dikenalpasti daripada murid. Sesi
seterusnya ialah mengenalpasti punca masalah. Dalam usaha mengenalpasti punca
masalah murid, ia sebenarnya boleh dilihat secara terus melalui hasil soal selidik
yang diberikan kepada murid namun di peringkat ini, proses penerokaan punca
masalah murid adalah dengan lebih mendalam lagi melalui perbincangan di antara
penyelidik dengan murid. Melalui sesi ini juga, penyelidik boleh mengetahui sejauh
mana kesahan hasil soal selidik murid.
14
Sesi seterusnya ialah membincangkan alternatif penyelesaian masalah murid.
Di peringkat ini, penyelidik bersama-sama dengan murid berbincang untuk mencari
jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid. Dalam usaha
mencari alternatif penyelesaian masalah pada peringkat ini juga, ia lebih tertumpu
kepada murid itu sendiri dalam mencari penyelesaian. Penyelidik hanya berperanan
sebagai pemudahcara. Seterusnya sesi penilaian kepada alternatif yang dipilih.
Pada sesi ini, penyelidik berbincang dan membimbing murid untuk menilai alternatif
yang telah dibincangkan di peringkat sesi membincangkan alternatif penyelesaian
masalah murid. Aspek kekuatan dan kelemahan mengenai alternatif dibincangkan
bersama.
Seterusnya sesi penamatan. Dalam sesi ini, penamatan bagi keseluruhan sesi
yang dijalankan akan dibuat. Dalam erti kata lain, refleksi bagi keseluruhan sesi yang
dijalankan dibuat sebagai penstrukturan kepada murid. Akhir sekali ialah sesi ujian
post kepada murid. Melalui ujian ini, ia akan menentukan sejauh mana
keberkesanan sesi yang dijalankan bersama dengan murid.
b) Jangka masa setiap sesi
Jadual 2 : Jadual jangka masa setiap sesi kaunseling yang akan dijalankan
Murid Masa
Menjalankan ujian pra 20-30 minit
Prasesi 30 minit
Meneroka dan menganalisis masalah 60 minit
Mengenalpasti punca masalah 60 minit
Membincangkan alternatif 60 minit
Penilaian alternatif 60 minit
Tamatkan sesi 40 minit
Menjalankan ujian post 20-30 minit
15
c) Teknik-teknik yang digunakan dalam setiap sesi
Teknik digunakan bermula pada sesi meneroka sehinggalah ke sesi penilaian
alternatif. Di peringkat pelaksanaan ujian pre test dan post test, peringkat prasesi
dan peringkat penamatan, penyelidik menggunakan kemahiran kaunseling sahaja.
Jadual 3 : Jadual teknik-teknik yang akan digunakan dalam setiap sesi
Sesi bersama murid A (Teori rasional emotif tingkah laku - REBT)
Teknik mencabar pemikiran
- Teknik mencabar pemikiran merujuk kepada tindakan “provokasi” ke atas
klien (Lee Keok Cheong et.al, 2014).
- Teknik mencabar pemikiran digunakan semasa sesi meneroka dan
menganalisis masalah, sesi mengenalpasti punca masalah, sesi penilaian
alternatif dan sesi membincangkan alternatif
Teknik pita rakaman
- Teknik pita rakaman merujuk kepada tindakan membuat rakaman ke atas
sesi seterusnya memberikan rakaman tersebut kepada murid untuk dilihat
dan dibuat penilaian bersama dengan pengkaji (Melati Sumari et.al, 2014).
- Teknik ini digunakan di sepanjang sesi dijalankan.
Teknik behavioral disputation
- Teknik behavioral disputation merujuk kepada satu teknik di mana murid
akan diajar bertingkah laku dengan cara yang bertentangan dengan
tingkah laku biasa yang selalu dilakukannya.
- Teknik ini digunakan semasa sesi membincangkan alternatif.
16
3.7 Pengawalan variabel extranus
a) Waktu perjumpaan murid
Waktu perjumpaan dengan murid hanya sekali dalam seminggu. Oleh sebab
murid adalah sekolah rendah, maka masa perjumpaan dicadangkan adalah pada
waktu pagi dan selepas rehat. Namun, keadaan ini adalah terpulang kepada
kesesuaian rancangan masa penyelidik asalkan setiap sesi dijalankan pada tempat
dan masa yang kondusif dan sesuai.
b) Peranan penyelidik
Penyelidik berperanan sebagai guru B&K yang menjalankan kajian di sekolah.
Jesteru itu, penyelidik berperanan menjalankan sesi bersama dengan murid serta
menjalankan pemantauan dan temu duga serta mengendalikan ujian pra dan post
untuk murid.
c) Peranan guru bimbingan dan kaunseling sekolah
Guru bimbingan dan kaunseling sekolah berperanan sebagai sumber rujukan
penyelidik dalam usaha mendapatkan maklumat sampingan yang diperlukan oleh
penyelidik dalam kajian yang akan dijalankan.
d) Fizikal tempat kaunseling dijalankan
Kaunseling dijalankan dalam bilik bimbingan dan kaunseling sekolah. Sebelum
ini, penyelidik sudahpun melihat suasana dan keadaan fizikal bilik kaunseling
sekolah. Keadaan bilik adalah kemas dan teratur dari aspek organisasi dan susun
atur perabot yang ada serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan
kondusif.
e) Pengedaran inventori
Pengedaran inventori dilakukan sebelum dan selepas sesi kaunseling yang
terakhir. Pada peringkat ujian pre test, ia dilaksanakan sebelum sesi kaunseling
yang pertama dijalankan. Manakala bagi ujian post test pula, ia dilaksanakan
selepas sesi kaunseling yang terakhir dijalankan.
17
3.8 Prosedur pengumpulan data
Prosedur pengumpulan data merujuk kepada langkah-langkah yang dilalui oleh
pengkaji dalam usaha memperoleh maklumat yang menyeluruh yang diperlukan dalam
kajian Nanang Martono (2010). Sebelum menjalankan kajian, penyelidik terlebih dahulu
meminta kebenaran bertulis untuk menjalankan kajian daripada pihak sekolah
khususnya guru besar sekolah. Penyelidik juga memaklumkan bahawa bentuk kajian
adalah soal selidik dan ujian bertulis agar tidak menimbulkan persoalan dalam kalangan
warga sekolah kelak.
3.9 Penganalisisan data
Prosedur penganalisisan data merujuk kepada suatu cara yang digunakan oleh
pengkaji untuk mengolah data menjadi maklumat yang mudah untuk difahami dan
bermanfaat untuk penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kajian Kamarul Azmi
Jasmi (2012).
a) Analisis data kualitatif
Dua cara analisis data kualitataif iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual.
Pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk melihat perubahan yang berlaku
kepada tingkah laku murid yang secara semulajadi khususnya berkaitan dengan
keputusan mata pelajaran sejarah. Pemerhatian dibuat dalam dua peringkat iaitu
sebelum dan selepas sesi kaunseling dijalankan bersama dengan murid. Temu bual
pula dilakukan dengan menemubual klien bagi mengetahui perubahan yang
dirasakan oleh klien. Segala rekod temu bual akan direkodkan dalam bentuk
transkrip sebagai bahan bukti kajian.
b) Analisis data kuantitatif
Sepertimana dinyatakan dalam 3.4 (instrumen kajian), penyelidik menggunakan
soal selidik dan juga ujian bertulis kepada murid dalam kajian yang akan dijalankan.
Melalui hasil kiraan pre test dan post test dalam soal selidik dan kiraan skor ujian
murid, data kuantitatif diperolehi.
18
3.10 Kesimpulan
Dengan menggunakan pendekatan atau teori rasional emotif tingkah laku (REBT), ia
dapat membantu kita untuk mengetahui dan memahami permasalahan seseorang
murid. Dalam kajian yang akan dilaksanakan ini, selain dapat membantu dalam
mengenalpasti situasi murid, ia turut dapat membantu murid dalam penyelesaian
kepada permasalahan murid. Kesimpulannya, hasil kajian yang akan dibuat ini
memberikan gambaran mengenai sejauh mana keberkesanan teori rasional emotif
tingkah laku (REBT) dalam mengatasi masalah pencapaian akademik (mata pelajaran
sejarah) seorang murid tahun 5. Semoga hasil dapatan kajian yang akan dilaksanakan
ini akan dapat menjadi garis panduan bagi pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan
pencapaian akademik murid.

More Related Content

What's hot (19)

TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi PengajaranPenggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
B) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakanB) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakan
 
Proposal kajian sejaraht6 2014
Proposal kajian sejaraht6 2014Proposal kajian sejaraht6 2014
Proposal kajian sejaraht6 2014
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
 

Similar to bab 3 (final)

Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifRashidah Awang
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)Haslina Ina
 
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxTopik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxQamarinaZainalAbidin
 
Perbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan JurnalPerbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan Jurnalmyzara
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPensil Dan Pemadam
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakanshare with me
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.Nur Ashikin Ismahun
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanhibatullah92
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanShahid Hosey
 

Similar to bab 3 (final) (20)

Proposal bab 3
Proposal bab 3Proposal bab 3
Proposal bab 3
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)
 
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxTopik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Bab 3 terkini
Bab 3 terkiniBab 3 terkini
Bab 3 terkini
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Perbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan JurnalPerbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan Jurnal
 
Modul 4
Modul 4Modul 4
Modul 4
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
 
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad  di dalam tajuk circle ii.
Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.
 
Kamala penilaian
Kamala penilaianKamala penilaian
Kamala penilaian
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
 
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakanPembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
Pembentangan seminar refleksi dan kajian tindakan
 
Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015
Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015
Ulasan jurnal kpt6044 sem 2 20142015
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 

More from Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)

EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 

More from Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang) (20)

Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIKPack3013  pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
Pack3013 pengurusan acara : PENULISAN AKADEMIK
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
Pernyataan profesional pelajar guru internship 2019
 
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunselingPbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
 
Pbkk3163 laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
Pbkk3163   laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)Pbkk3163   laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
Pbkk3163 laporan pelaksanaan sesi kaunseling keluarga (individu)
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga SatirBanding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
 
Rph zaman air batu (Part 2)
Rph   zaman air batu (Part 2)Rph   zaman air batu (Part 2)
Rph zaman air batu (Part 2)
 
Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)Rph zaman air batu (Part 1)
Rph zaman air batu (Part 1)
 
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
Penulisan kertas kerja / cadangan pelaksanaan program bengkel bimbingan kerja...
 
ulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budayaulasan artikel kaunseling silang budaya
ulasan artikel kaunseling silang budaya
 
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
Mengkaji satu kes kerjaya dan merangka strategi pelaksanaan bimbingan dan kau...
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusifPerkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC
pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISCpelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC
pelaporan hasil pentadbiran ujian inventori personaliti DISC
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Recently uploaded (11)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

bab 3 (final)

  • 1. 11 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai kaedah yang digunakan dalam kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik secara menyeluruh bagi tujuan untuk mendapatkan keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Antara aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam bab ini ialah reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, prosedur intervensi kaunseling, pengawalan variabel extranus, prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data serta kesimpulan. 3.2 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan serta sebagai panduan penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan (Ang Kean Hua, 2016). Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan tinjauan soal selidik. Amnya, kajian ini lebih tertumpu kepada permasalahan yang mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan murid tahun 5 (mata pelajaran sejarah) di salah sebuah sekolah rendah di negeri Pulau Pinang. Bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian yang bersifat eks-posfakto (melihat punca dan akibat sesuatu perlakuan masa kini berdasarkan peristiwa yang telah berlaku dan bersifat kuantitatif). Data yang diperolehi berdasarkan rekod atau item yang ditandakan oleh responden dalam soal selidik. 3.3 Persampelan Menurut Bhasah Abu Bakar et.al (2013), persampelan merujuk kepada pemilihan suatu kumpulan yang ingin diselidiki untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar yang dipilih. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ruslinah Binti Joned (2010). Dalam kajian yang akan dilaksanakan, sampel kajian merupakan seorang murid sahaja dan dipilih semasa penyelidik memasuki sesi pdp mata pelajaran sejarah tahun 5 semasa tempoh berpraktikum fasa 2. Dalam mengenalpasti sampel pilihan ini, data mengenai pencapaian akademik murid diperolehi oleh pengkaji melalui ujian- ujian/penilaian yang dibuat terhadap pembelajaran mata pelajaran sejarah tahun 5 dalam bilik darjah murid.
  • 2. 12 3.4 Instrumen kajian a) Soal selidik Soal selidik terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 4 item bertujuan mendapatkan maklumat diri murid seperti nama, jantina, tempat tinggal dan pencapaian akademik murid berdasarkan penilaian yang pernah diambil. Bahagian B pula bertujuan mendapatkan maklumat tentang permasalahan yang paling dominan yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. 40 soalan dibentuk merangkumi 4 permasalahan yang paling dominan iaitu masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalah disiplin dan faktor minat yang mempengaruhi pencapaian akademik murid (mata pelajaran sejarah). Untuk mendapatkan faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian akademik murid, dapat dilihat dengan merujuk jumlah min tertinggi yang diperolehi bagi setiap item. Min (mean) = Hasiltambah nilai data Bilangan data b) Ujian bertulis Ujian bertulis digunakan kerana penyelidik turut terlibat dalam pdp mata pelajaran sejarah tahun 5 murid sasaran dalam kajian. Ia dikelolakan setiap kali selepas 1 minggu pdp sejarah tahun 5 murid. Ujian bertulis yang akan dikelolakan ke atas murid mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A : ujian dan bentuk soalan objektif dan bahagian B : ujian dalam bentuk soalan subjektif. 3.5 Kesahan dan kobolehpercayaan Menurut Lim dalam Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah et.al (2017), jadual nilai pekali kebolehpercayaan boleh dijadikan sebagai panduan dalam mentaksir kebolehterimaan instrumen kajian. Jadual 4 di bawah menunjukkan panduan dalam nilai pekali kebolehpercayaan. Jadual 4 : Jadual panduan tahap nilai pekali kebolehpercayaan Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan 0.90 atau lebih Amat baik 0.80 – 0.89 Baik 0.60 – 0.79 Sederhana 0.40 – 0.59 Diragui 0.00 – 0.39 Ditolak
  • 3. 13 Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan oleh pengkaji boleh dilihat pada hasil kajian rintis oleh pencipta kepada instrumen yang akan digunakan dalam kajian pengkaji ini kerana instrumen yang digunakan adalah daripada instrumen yang dihasilkan oleh Azizi yahaya et. al (2011). Hasil daripada kajian rintis instrumen yang dilakukan beliau menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah baik iaitu 0.83. 3.6 Prosedur intervensi kaunseling a) Bilangan sesi kaunseling Jadual 1 : Jadual bilangan sesi kaunseling yang akan dijalankan Sesi Murid Sesi 1 Menjalankan ujian pra Sesi 2 Prasesi Sesi 3 Meneroka dan menganalisis masalah Sesi 4 Mengenalpasti punca masalah Sesi 5 Membincangkan alternatif Sesi 6 Penilaian alternatif Sesi 7 Tamatkan sesi Sesi 8 Menjalankan ujian post kepada murid Murid dalam kajian yang dilaksanakan akan menjalani sebanyak 8 sesi secara keseluruhannya. Pada peringkat awal pelaksanaan sesi, murid akan menjalani ujian pra terlebih dahulu. Seterusnya, murid akan menjalani sesi prasesi. Pada peringkat sesi ini, ia lebih tertumpu kepada proses membina hubungan antara penyelidik dengan murid. Pada sesi yang seterusnya, murid akan menjalani sesi penerokaan dan analisis masalah. Pada peringkat ini, penyelidik akan lebih tertumpu kepada meneroka sejauh mana permasalahan yang dikenalpasti daripada murid. Sesi seterusnya ialah mengenalpasti punca masalah. Dalam usaha mengenalpasti punca masalah murid, ia sebenarnya boleh dilihat secara terus melalui hasil soal selidik yang diberikan kepada murid namun di peringkat ini, proses penerokaan punca masalah murid adalah dengan lebih mendalam lagi melalui perbincangan di antara penyelidik dengan murid. Melalui sesi ini juga, penyelidik boleh mengetahui sejauh mana kesahan hasil soal selidik murid.
  • 4. 14 Sesi seterusnya ialah membincangkan alternatif penyelesaian masalah murid. Di peringkat ini, penyelidik bersama-sama dengan murid berbincang untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi oleh murid. Dalam usaha mencari alternatif penyelesaian masalah pada peringkat ini juga, ia lebih tertumpu kepada murid itu sendiri dalam mencari penyelesaian. Penyelidik hanya berperanan sebagai pemudahcara. Seterusnya sesi penilaian kepada alternatif yang dipilih. Pada sesi ini, penyelidik berbincang dan membimbing murid untuk menilai alternatif yang telah dibincangkan di peringkat sesi membincangkan alternatif penyelesaian masalah murid. Aspek kekuatan dan kelemahan mengenai alternatif dibincangkan bersama. Seterusnya sesi penamatan. Dalam sesi ini, penamatan bagi keseluruhan sesi yang dijalankan akan dibuat. Dalam erti kata lain, refleksi bagi keseluruhan sesi yang dijalankan dibuat sebagai penstrukturan kepada murid. Akhir sekali ialah sesi ujian post kepada murid. Melalui ujian ini, ia akan menentukan sejauh mana keberkesanan sesi yang dijalankan bersama dengan murid. b) Jangka masa setiap sesi Jadual 2 : Jadual jangka masa setiap sesi kaunseling yang akan dijalankan Murid Masa Menjalankan ujian pra 20-30 minit Prasesi 30 minit Meneroka dan menganalisis masalah 60 minit Mengenalpasti punca masalah 60 minit Membincangkan alternatif 60 minit Penilaian alternatif 60 minit Tamatkan sesi 40 minit Menjalankan ujian post 20-30 minit
  • 5. 15 c) Teknik-teknik yang digunakan dalam setiap sesi Teknik digunakan bermula pada sesi meneroka sehinggalah ke sesi penilaian alternatif. Di peringkat pelaksanaan ujian pre test dan post test, peringkat prasesi dan peringkat penamatan, penyelidik menggunakan kemahiran kaunseling sahaja. Jadual 3 : Jadual teknik-teknik yang akan digunakan dalam setiap sesi Sesi bersama murid A (Teori rasional emotif tingkah laku - REBT) Teknik mencabar pemikiran - Teknik mencabar pemikiran merujuk kepada tindakan “provokasi” ke atas klien (Lee Keok Cheong et.al, 2014). - Teknik mencabar pemikiran digunakan semasa sesi meneroka dan menganalisis masalah, sesi mengenalpasti punca masalah, sesi penilaian alternatif dan sesi membincangkan alternatif Teknik pita rakaman - Teknik pita rakaman merujuk kepada tindakan membuat rakaman ke atas sesi seterusnya memberikan rakaman tersebut kepada murid untuk dilihat dan dibuat penilaian bersama dengan pengkaji (Melati Sumari et.al, 2014). - Teknik ini digunakan di sepanjang sesi dijalankan. Teknik behavioral disputation - Teknik behavioral disputation merujuk kepada satu teknik di mana murid akan diajar bertingkah laku dengan cara yang bertentangan dengan tingkah laku biasa yang selalu dilakukannya. - Teknik ini digunakan semasa sesi membincangkan alternatif.
  • 6. 16 3.7 Pengawalan variabel extranus a) Waktu perjumpaan murid Waktu perjumpaan dengan murid hanya sekali dalam seminggu. Oleh sebab murid adalah sekolah rendah, maka masa perjumpaan dicadangkan adalah pada waktu pagi dan selepas rehat. Namun, keadaan ini adalah terpulang kepada kesesuaian rancangan masa penyelidik asalkan setiap sesi dijalankan pada tempat dan masa yang kondusif dan sesuai. b) Peranan penyelidik Penyelidik berperanan sebagai guru B&K yang menjalankan kajian di sekolah. Jesteru itu, penyelidik berperanan menjalankan sesi bersama dengan murid serta menjalankan pemantauan dan temu duga serta mengendalikan ujian pra dan post untuk murid. c) Peranan guru bimbingan dan kaunseling sekolah Guru bimbingan dan kaunseling sekolah berperanan sebagai sumber rujukan penyelidik dalam usaha mendapatkan maklumat sampingan yang diperlukan oleh penyelidik dalam kajian yang akan dijalankan. d) Fizikal tempat kaunseling dijalankan Kaunseling dijalankan dalam bilik bimbingan dan kaunseling sekolah. Sebelum ini, penyelidik sudahpun melihat suasana dan keadaan fizikal bilik kaunseling sekolah. Keadaan bilik adalah kemas dan teratur dari aspek organisasi dan susun atur perabot yang ada serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan kondusif. e) Pengedaran inventori Pengedaran inventori dilakukan sebelum dan selepas sesi kaunseling yang terakhir. Pada peringkat ujian pre test, ia dilaksanakan sebelum sesi kaunseling yang pertama dijalankan. Manakala bagi ujian post test pula, ia dilaksanakan selepas sesi kaunseling yang terakhir dijalankan.
  • 7. 17 3.8 Prosedur pengumpulan data Prosedur pengumpulan data merujuk kepada langkah-langkah yang dilalui oleh pengkaji dalam usaha memperoleh maklumat yang menyeluruh yang diperlukan dalam kajian Nanang Martono (2010). Sebelum menjalankan kajian, penyelidik terlebih dahulu meminta kebenaran bertulis untuk menjalankan kajian daripada pihak sekolah khususnya guru besar sekolah. Penyelidik juga memaklumkan bahawa bentuk kajian adalah soal selidik dan ujian bertulis agar tidak menimbulkan persoalan dalam kalangan warga sekolah kelak. 3.9 Penganalisisan data Prosedur penganalisisan data merujuk kepada suatu cara yang digunakan oleh pengkaji untuk mengolah data menjadi maklumat yang mudah untuk difahami dan bermanfaat untuk penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kajian Kamarul Azmi Jasmi (2012). a) Analisis data kualitatif Dua cara analisis data kualitataif iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk melihat perubahan yang berlaku kepada tingkah laku murid yang secara semulajadi khususnya berkaitan dengan keputusan mata pelajaran sejarah. Pemerhatian dibuat dalam dua peringkat iaitu sebelum dan selepas sesi kaunseling dijalankan bersama dengan murid. Temu bual pula dilakukan dengan menemubual klien bagi mengetahui perubahan yang dirasakan oleh klien. Segala rekod temu bual akan direkodkan dalam bentuk transkrip sebagai bahan bukti kajian. b) Analisis data kuantitatif Sepertimana dinyatakan dalam 3.4 (instrumen kajian), penyelidik menggunakan soal selidik dan juga ujian bertulis kepada murid dalam kajian yang akan dijalankan. Melalui hasil kiraan pre test dan post test dalam soal selidik dan kiraan skor ujian murid, data kuantitatif diperolehi.
  • 8. 18 3.10 Kesimpulan Dengan menggunakan pendekatan atau teori rasional emotif tingkah laku (REBT), ia dapat membantu kita untuk mengetahui dan memahami permasalahan seseorang murid. Dalam kajian yang akan dilaksanakan ini, selain dapat membantu dalam mengenalpasti situasi murid, ia turut dapat membantu murid dalam penyelesaian kepada permasalahan murid. Kesimpulannya, hasil kajian yang akan dibuat ini memberikan gambaran mengenai sejauh mana keberkesanan teori rasional emotif tingkah laku (REBT) dalam mengatasi masalah pencapaian akademik (mata pelajaran sejarah) seorang murid tahun 5. Semoga hasil dapatan kajian yang akan dilaksanakan ini akan dapat menjadi garis panduan bagi pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan pencapaian akademik murid.