SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
KAEDAH BERKESAN KE ARAH PENTAKSIRAN HOLISTIK
DALAM PEMBANGUNAN MURID BERASASKAN
SISTEM PENTAKSIRAN MURID MUSLEH ( SPMM )
Oleh:
Mohd.Ismail Bin Hj.Mohamood 1
Penolong Kanan 1 SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur
_______________________________________________________________________
Abstrak
Dewasa ini guru adalah tenaga terpenting dalam rangka melahirkan generasi dan
membentuk mereka menjadi pewaris untuk pembangunan bangsa dan negara. Guru
merupakan pembentuk karektar anak bangsa agar mereka sedar bahawa merekalah
penggerak perubahan hadari. Oleh demikian guru seharusnya mempunyai kemahiran-
kemahiran profesional untuk menjadi “character builder” agar guru mampu mendidik
murid dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Justru guru perlu mengetahui apakah
keperluan yang diperlukan oleh murid dari aspek fizikal, keintlektualan, emosi,
kerohanian, psikological, biological dan ‘human being’. Proses menolong dalam
pendidikan adalah satu pendekatan ke arah memenuhi tuntutan amanah tersebut dalam
membantu murid-murid memperkembangkan potensi yang tersedia ada pada mereka.
Akhirnya keseimbangan JERI akan tercapai dan proses kematangan EQ ( emosional
qualities) berjaya terbentuk dalam diri seorang murid. Sistem Pentaksiran Murid Musleh
adalah di antara instrumen yang dicadangkan sebagai kaedah berkesan ke arah sistem
pentaksiran holistik dalam pembangunan murid terutama dalam tempoh umur 7 hingga
12 tahun iaitu diperingkat sekolah rendah. Sistem pentaksiran hari ini adalah untuk
melahirkan generasi pewaris yang berwibawa bukan sahaja bijak tetapi mempunyai ciri-
ciri kepemimpinan dan jati diri yang utuh serta personaliti dan sahsiah yang unggul.
Sesungguhnya untuk mencapai kecemerlangan dalam konteks pendidikan disekolah dan
pentaksiran holistik kita perlu wujudkan mekanisme ‘instrinsic motivation’ dan
persekitaran yang menggalakan dan soleh.
1.0 PENDAHULUAN
Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau
inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan
atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan
kata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk
mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah
1
Mohd.Ismail bin Mohamood adalah Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum SMK Segambut Jaya
Kuala Lumpur .Beliau seorang Kaunselor dan Ahli Lembaga Akademik MUSLEH . Kertas kerja
dibentang di Seminar SPMM anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia di Hotel Dynasty pada 20 -24 Nov
2005
1
memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan..
Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama, sifat suka tolong-menolong antara
satu sama lain.. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk
mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi boleh
ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk
mengembangkan potensi dan tenaga demi mencapai matlamat atau juga
penghargaan. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila
keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik.
Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi
kebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka.
Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak
langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh
seseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri
seseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar-
pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti
mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi
juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya.
Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi
mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya
kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia
menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan
pandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak
dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup
keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh
dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Ahli-ahli psikologi
berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga
kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia
bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah
untuk mencapai matlamat tersebut.
2
2.0 Konsep Menolong
Menolong adalah suatu proses yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata sebab ia
mempunyai makna-makna persendirian bagi tiap-tiap individu. Menolong seseorang
manusia lain adalah pada dasarnya suatu proses untuk membolehkan orang itu
berkembang mengikut arah-arah yang dipilihnya bermakna memilih matlamat
perkembangannya sendiri tetapi juga menentukan samada ia mahukan pertolongan.
Dalam Islam, konsep menolong menjadi satu kewajipan muslim sebagaimana firman
Allah “
Ertinya : Bertolong-tolonglah kamu dengan kebaikan dan taqwa dan jangan kamu
bertolongan di atas kejahatan .
Rajah 1. Satu Formula Untuk Proses Menolong
Personaliti
Penolong +
Kemahiran-
kemahiran =
Menolong
Keadaan yang
menggalakkan
perkembangan
Hasil-hasil Khusus
tret
sikap
nilai
untuk kefahaman
untuk keselesaan
untuk tindakan
kepercayaan
hormat-
menghormati
kebebasan
untuk seseorang
untuk masyarakat
Digambarkan dalam rajah 1 ; bahawa personaliti orang yang menolong digabungkan
dengan kemahiran-kemahiran khusus akan menghasilkan keadaan – keadaan
perkembangan yang akan membawa kepada hasil tertentu yang penting kepada
seseorang dan masyarakat. Manakala personaliti dan kemahiran orang yang menolong
merupakan unsur-unsur asas di dalam proses menolong.
3.0 Pentaksiran Holistik
Pentaksiran adalah satu proses yang berlaku terus menerus tanpa henti sepanjang
hayat manusia, sama ada seperti proses pembelajaran yang melibatkan pengumpulan,
penganalisisan dan penyatuan maklumat ( Hoy & Gregg, 1994 ) . Apabila kita
menjalankan pentaksiran sebenarnya kita tidak mentaksir orang itu secara langsung. Kita
hanyalah menilai konstruk/ trait/ fitrah yang wujud secara mujarrad dalam diri orang itu
seperti keupayaaan berbahasa, keupayaan berfikir , kepengetuan dan sebagainya.
3
Dari segi pengertian, istilah pentaksiran itu sendiri merupakan evolusi istilah pengukuran
yang lahir lebih awal daripada istilah pentaksiran. Istilah pengukuran pendidikan
dipinjam daripada sains fizikal dalam kerja –kerja pengukuran objek fizikal seperti
panjang kayu, berat batu dan isipadu cecair. Oleh itu, peringkat awal, teori yang
digunakan dalam pengukuran fakulti pemikiran manusia seperti pengetahuan, kemahiran
kebolehan, kecerdasan dan kecekapan sama seperti yang digunakan dalam pengukuran
fizikal. Konsep keesahan dan kebolehpercayaan pengukuran misalnya sama seperti yang
digunakan di dalam pengukuran fizikal.
Perkembangan masa dan pemikiraan manusia telah memberi perbezaan diantara
pengukuran dan pentaksiran iaitu;
Measurement of psychological attributes occurs when a quantitative value is assiggned
to the behavioural sample collected by using a test ( Croker & Algina , 1986 )
Assesment could use qualitative or / and quantitive data, and could be formal ( e.g test )
or informal ( e.g.obsetvasion ) ( Hoy & Gregg,1994 )
Anak-anak murid kita sekarang sebenarnya berada dalam dunia yang berlainan dengan
apa yang kita duduki dahulu. Saidina Omar Al Khatab pernah berkata “ Didiklah anak
kamu satu dunia yang bukan menjadi dunia kamu” Apabila kita mendidik anak kita satu
dunia yang bukan menjadi dunia kita bermakna kita juga mentaksir anak kita dengan
teori dan kaedah yang tidak terdapat dalam dunia kita. Oleh itu kita harus sentiasa
memperkemaskan diri kita dan bersedia dengan perkembangan pesat dunia pentaksiran.
4.0 Teori Keperluan Dan Motivasi Maslow
Menolong bererti memberi keadaan – keadaan kepada yang ditolong untuk memenuhi
keperluan-keperluannya. Maslow ( 1962) mengatur kan keperluan-keperluan ini dalam
bentuk hieraki kompleks yang saling berhubung yang mengandungi lima peringkat
menurut keperluannya bagi kewujudan manusia.
4
Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu.
Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan
yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah
menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu
peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang
lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas
terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi
baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat
penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi
keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah 1 di
bawah.:
Rajah 1 ; Hieraki Teori Keperluan Maslow
Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’
individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada
masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti
dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga
kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi
keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social
5
Nirwana kendiri
( self-actualization )
Harga diri
Kasih sayang dan rasa milik
Keselamatan
Fisiologi ( makan,minum dan tempat
Keperluan Mengetahui
Keperluan Estetik
kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan
tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman,
kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran
sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah
juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan
dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.
5.0 Teori Emosi
Kestabilan emosi merupakan salah satu elemen terpenting yang disarankan menerusi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu marhalah emosi dalam pembelajaran sangat
penting untuk difahami. Gangguan emosi dalam pembelajaran akan mempengaruhi
prestasi akademik seseorang murid. Oleh yang demikian pemahaman terhadap beberapa
domain-domain emosi dari sudut pandangan beberapa tokoh dan pengkaji dalam bidang
pendidikan dapat membantu mengenalpasti ketidakstabilan emosi di kalangan murid.
Emosi adalah signifikan di dalam tingkahlaku manusia. Interaksi `inter-personal’ berlaku
apabila sesuatu pertemuan individu menggunakan bahasa lisan mungkin mempunyai
pengaruh emosi yang sangat kuat. Penguasaan bahasa lisan oleh kanak-kanak berkait
rapat dengan peniruan penguasaan bahasa lisan oleh kanak-kanak yang lebih dewasa
sedikit. Bahasa ini datangnya dengan mengandungi (imbued) dengan segala tenaga dan
kepelbagaian suara yang hidup, maknanya yang jelas, dan diperbesarkan `enhanced’
dengan intonasi, takanan, lantang dan `pace’. Suara yang terdengar mungkin berbunyi
marah, penuh kasih sayang atau cemas (Donaldson, (1984). Jadi kualiti suara memainkan
peranan yang signifikan dalam perspektif emosi kanak-kanak hingga ke dewasa.
Keran (1996) mengatakan manusia mencari satu keadan selesa atau `a hedinik frame of
reference’ sebagai satu asas bagi semua tingkah lakunya. Faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi keadaan ini adalah seperti kelaparan, kesakitan, marah, seks, dan naluri
ingiin tahu. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi emosi semasa membuat keputusan dan
juga mempengaruhi keperluan untuk tindakan-tindakan yang lain. Berasaskan saranan
Hirarki Keperluan Maslow (1954), emosi individu akan menerajui proses membuat
6
keputusan. Jadi untuk mencari keselesaan, seseorang mungkin melepaskan keuntungan
(trade-off) dalam jangkamasa yang lama untuk mencapai keuntungan jangka pendek
semata-mata untuk memuaskan nafsu yang dominan dalam situasi-situasi yang tertentu.
Singer (1975) menyatakan emosi berkait rapat dengan fantasi yang mempunyai tiga pola
khayalan yang berkait rapat dengan ciri-ciri tret tersebut. Pola-pola ini mempunyai aspek-
aspek positif seperti kegembiraan; tidak berfokas pada suatu fantasi; aspek negatif seperti
rasa bersalah. Dalam keadaan fantasi, kanak-kanak akan mempamerkan emosi menurut
fantasi yang dikhayalkan pada ketika itu. Harre dan Lamb (1986:84) mendapati
tingkahlaku berasaskan emosi boleh berubah dalam perjalanan hidup seseorang. Mereka
mencadangkan 5 domain dalam perkembangan emosi;
• Emosi berkembang melalui situasi-situasi yang dirancangkan dapat mewujudkan
matlamat-matlamat yang diingini dari segi persepsi, kognisi dan pembelajaran.
• Emosi juga berkembang melalui perubahan-perubahan semasa reaksi-reaksi
individu semasa menyesuaikan diri pada sesuatu tugasan atau keadaan.
• Ekspresi emosi boleh berubah selaras dengan perkembangan umur.
• Keadaan emosi mengalami tranformasi semasa proses perkembangan
• Ekspresi-ekspresi menjadi `sosialised’ iaitu ekspresi dipengaruhi oleh budaya,
atau persekitaran penduduk, misalnya individu harus menggunakan bahasa lisan
dan bukannya ekspresi muka yang marah.
Ekspresi emosi berlaku dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Bayi mampu menunjukkan
emosi melalui banyak viarasi dalam suara, mimik muka dan postur badan. Reaksi ini
bertujuan untuk berkomunikasi, mengekekalkan pertalian kasih sayang dengan penjaga
(Trevathen, 1979).
Terdapat pelbagai jenis emosi yang dialami seseorang dari peringkat bayi hingga ke
peringkat dewasa .Pluchik (1989) menyatakan perkara- perkara berikut mengenai emosi;
• Emosi adalah usaha dalam individu untuk melaksanakan kawalan pada kejadian-
kejadian berkaitan dengan kehidupan.
7
• Emosi adalah rangkaian yang kompleks, peristiwa-peristiwa yang empunyai
elemen-elemen yang penting seperti idea, imej atau peristiwa-peristiwa yang
melibatkan individu yang lain
• Kompleksiti keadaan emosi bergantung kepada pengalaman individu dengan
penggunaan bahasa.
• Struktur emosi berbeza mengikut intensiti (misalnya takut, panik); emosi ada
persamaan (misalnya malu – segan); berbeza mengikut polariti (misalnya gembira
–sedih).
• Emosi mempunyai konsep Derivatives – beberapa perkataan yang lain untuk
menghuraikan emosi asal dalam konteks yang lain.
Kanak-kanak yang pada kali pertama melangkah ke alam persekolahan memikirkan
bahawa sekolah mungkin satu pengalaman yang `susah’. Akan tetapi alam persekolah ini
membantu;
i. Memperkembangkan `sense of hummor’ kerana ada banyak kawan
ii. Menjaga `harta’ dan berminat pada `collection – making’
iii. `Sense of concsience’ – dapat mengenalpasti yang baik dan yang jahat.
iv. Bersedia untuk memikul tanggungjawab `want to please and be good’.
5.1 Impikasi Ketidakseimbangan Emosi
Di antara implikasi emosi yang tinggi adalah seperti berikut;
• Tubuh tidak berfungsi dengan normal kerana ketidakseimbangan homeostatis
• Tingkahlaku yang kurang terurus
• Masalah pembacaan, kerja sekolah kurang memuaskan
• Affects perhubungan sosial dan social adjustments
• Personaliti dan konsep kendiri yang semakin bertambah buruk.
8
5.2 Emosi – Berdasarkan Perspektif Islam
Meskipun banyak kajian yang dirujuk oleh pelajar dan sarjana dalam bidang emosi dan
personaliti berpunca dari kajian-kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, terdapat beberapa
hadis, kitab dan al-Quran yang menyebutkan berkaitan emosi. Walaupun tidak
dinyatakan secara khusus, emosi disebut-sebut beberapa kali dan diterima sebagai
tingkahlaku manusia yang sememangnya ciri semulajadi manusia. Mohd Daud Hamzah
(1990) mentakrifkan emosi sebagai proses integratif yang abstrak daripada gabungan
proses Qalb, Nafs (Jiwa), Hawa dan Bangkitan yang berlaku serentak. Menurut Imam
al-Ghazali (1982) emosi merupakan panaksiran tenaga berapi dari dalaman yang perlu
dijana dengan sebaik mungkin. Segala bentuk dan variasi dalam emosi berpunca daripada
perubahan dalam Nafs (jiwa) . Namun begitu tenaga dalaman seseorang individu juga
berpunca daripada roh yang menyediakan nyawa kepada jasad untuk terus hidup dan
berfungsi.
Oleh yang demikian roh dan nafs sangat mempengaruhi variasi emosi yang dihasilkan.
Sifat dan keadaan antara roh serta nafs mengakibatkan perubahan dalam emosi seseorang.
Keadaan ini menjadikan emosi seseorang berkeadaan stabil atau tidak stabil.
Hakikat kejadian manusia bermula apabila Allah meniupkan roh ke dalam jasad manusia
dan kemudiannya manusia diberikan nafs yang membolehkan manusia hidup mempunyai
hawa nafsu
"Mereka itulah orang-orang yang dituliskan oleh Allah keimanan di dalam hati mereka, dan
diperlengkapkan mereka dengan roh daripada-Nya"
(Al-Mujadalah: 22)
Di dalam al-Quran juga banyak diperkatakan dengan kejadian jiwa manusia.
"Sesungguhnya jiwa itu suka menyuruh berbuat keburukan"
(Yusuf: 53)
9
Rumusannya di dalam Islam, kesetabilan jiwa dan roh menjadi tuntutan utama di dalam
kehidupan kerana ia menjadi titik tolak kepada pembentukan emosi yang stabil dan
tingkah laku yang stabil. Gangguan yang berlaku didalam jiwa dan roh seseorang akan
menjadikan emosi individu tersebut terganggu. Gangguan inilah yang menyebabkan
seseorang individu berkelakuan baik atau jahat. Walaupun diberikan akal untuk
melakukan aktiviti pemikira, namum pengaruh jiwa dan roh ini sangat kuat sekali.
6.0 Emosional Qualities ( EQ )
Dalam mendidik murid-murid perkembangan EQ (emosional qualities) sama pentingnya
dengan perkembangan IQ. Kalau IQ merujuk kepada kepintaran murid, EQ pula merujuk
kepada kebolehan murid menangani konflik emosi mereka. Tahap IQ seseorang boleh
diukur melalui ujian-ujian tertentu tetapi EQ sebaliknya tidak mampu diukur. Sehingga
sekarang takrif yang tepat tentang EQ masih dicari. Salovey dan Mayer
mendefininisikan EQ sebagai, suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujuk
kepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau perasaan dirinya atau orang lain,
membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai panduan membentuk suatu cara
fikir dan tindakan.
Dalam meniti kecemerlangan hidup, ramai pakar percaya bahawa 80% bergantung
kepada kekuatan EQ dan hanya 20% sahaja berdasarkan ketinggian IQ. Guru-guru pada
awalnya mungkin diambil diterima sebagai guru kerana kebolehan IQ mereka tetapi
hanya yang mempunyai EQ yang tinggi sahaja kelak yang cepat dinaikkan pangkat. EQ
lebih merujuk kepada ciri-ciri diri seperti:
• Empati.
• Meluahkan dan memahami perasaan.
• Mengawal perasaan marah.
• Berdikari.
• Kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
• Kebolehan menyelesaikan masalah pergaulan.
• Persistensi iaitu sikap tidak mudah mengaku kalah.
10
• Mudah mesra dan ramah.
• Baik budi.
• Pandai menghormati diri sendiri dan orang lain dan sebagainya.
Secara ringkasnya EQ lebih condong kepada sikap, tingkahlaku dan peribadi seseorang
individu.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga pendekatan utama yang sering diambil oleh
guru dalam mendidik murid-murid iaitu sama ada secara keras, lembut atau sederhana.
Rasulullah s.a.w sendiri menyarankan agar kita mengambil jalan tengah atau
bersederhana dalam mendidik anak-anak. Apa yang rasulullah s.a.w sarankan ini kini
telah dibuktikan benar oleh masyarakat barat yang membuat kajian tentang pendidikan
EQ ini. Ada ketikanya kita perlu keras dengan anak-anak dan ada ketikanya pula kita
perlu lebih memahami dan bertolak ansur. Apabila guru bersikap empati dan membantu
murid memahami dan mengatasi setiap perasaan negatif mereka (seperti marah, sedih,
cemburu, memberontak, takut, malu dan sebagainya), guru sebenarnya telah membina
kepercayaan dan kasih sayang dalam diri murid terhadap mereka. Kepercayaan dan rasa
kasih yang berputik ini perlu disuburkan dan dibajai kerana ia sebagai penyebab untuk
murid mendengar nasihat dan menghormati kita sebagai guru.
Kita perlu faham, guru bersifat keibubapaan yang baik memerlukan lebih daripada
pendekatan intelek. Kita memerlukan pendekatan emosi. Sebagai manusia, murid dan
anak-anak (malah kita sendiri) membuat satu-satu keputusan itu berdasarkan alasan-
alasan emosi. Hanya sedikit sahaja boleh disandarkan atas alasan logik. Misalnya, kita
membeli kereta kerana memerlukan kenderaan untuk bergerak sama ada dihari panas atau
hujan. Kalau begitu kenapa tidak beli kereta yang ala kadar sahaja. Kenapa mereka yang
mampu akan membeli kereta yang lebih mahal, lebih besar dan berprestij? Ini
disebabkan kita mempunyai alasan emosi yang jauh lebih besar dari alasan lojik. Sebagai
manusia, murid-murid juga seperti kita. Mereka akan mudah membuat keputusan atas
alasan emosi. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan "cinta itu buta". Sebab apabila
seseorang dibawah pengaruh emosi maka daya inteleknya akan kurang dimanfaatkan.
Atas sandaran inilah maka guru perlu belajar bagaimana untuk menggunakan pengaruh
emosi ini bagi membentuk, membimbing dan mendidik murid-murid.
11
Guru yang menggunakan pendekatan emosi biasanya melibatkan lima langkah utama
iaitu:
1. peka terhadap emosi murid;
2. menyedari yang perubahan emosi murid sebagai peluang untuk merapatkan
hubungan dan mendidik;
3. mendengar secara empati, memahami dan mengesahkan apa yang sedang anak
alami;
4. membantu murid mengenali dan memahami emosi mereka sendiri;
5. nyatakan dengan jelas batas atau tahap sesuatu emosi sambil mencari jalan
menyelesaikan masalah yang timbul.
6.1 Guru Sebagai Ibubapa Di Sekolah
Murid yang tinggi EQ akan menghargai setiap perasaan negatif yang terbit dari diri.
Perlu diingat, murid-murid yang membesar atas bimbingan sebegini bukan bermakna
mereka tidak punya perasaan lagi. Murid-murid masih tetap akan rasa marah, sedih,
malu, takut dan sebagainya tetapi mereka akan punya kemahiran untuk menenangkan diri
sendiri dan bangkit kembali setelah sesuatu kegagalan atau desakan. Malah mereka akan
lebih baik lagi selepas itu. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dibesarkan
melalui pendekatan bijak emosi ini lebih mampu bertahan dan meneruskan kehidupan
meskipun berlaku penceraian ibu bapa. Mereka lebih realistik dan mampu menerima
kenyataan. Sekiranya anak-anak diiringi pula dengan ajaran agama yang mantap maka
pastinya mereka bakal menjadi orang yang cemerlang satu ketika nanti.
Guru juga perlu faham, pendekatan bijak emosi bukanlah bermakna murid tidak perlu
didisiplinkan lagi. Sebaliknya apabila guru dan murid atau ibu bapa dan anak saling
percaya mempercayai maka bermakna telah terbentuk satu pengaruh yang kuat. Ketika
ini anda boleh gunakan pendekatan keras, apabila kekerasan diperlukan. Apabila anak
anda melanggar peraturan, bersikap kasar dan sebagainya anda perlu menegurnya. Anda
letakkan batas-batas tertentu tanpa ragu-ragu. Anda tidak bimbang untuk menyatakan
akan kekecewaan aanda dan anda tahu yang anak anda boleh lakukan lebih baik.
12
Disebabkan anda sentiasa gunakan pendekatan bijak emosi maka sekali anda bertegas,
ketegasan dan kata-kata anda akan memberi kesan. Anak-anak akan memahami kenapa
anda berkelakuan demikian malah lebih menghormati anda. Begitu juga anda boleh
menjadi cukup penyayang apabila pendekatan memujuk secara lembut pula diperlukan.
Dengan pendekatan bijak emosi ini anak-anak
Pengalamanlah yang akan mengajar kita pendekatan mana yang lebih sesuai dalam
keadaan-keadaan tertentu. Beberapa perkara dibawah boleh dijadikan panduan:
• Sekiranya anak anda dibesarkan dalam keadaan anda selalu marah atau
membebel, maka marah anda dan bebelan anda sudah hilang makna kepada
mereka.
• Apabila anak anda mengaku secara jujur akan kesalahan dan kesilapan mereka,
maka anda tidak sepatutnya marah. Sebaliknya memahami mereka. Sekiranya
perbuatan mereka itu salah, maka perbetulkan dengan cara yang baik dan penuh
kasih sayang.
• Sekiranya anak anda melakukan kesalahan buat kali pertama, maka anda tidak
boleh marah. Sebaliknya gunakan pendekatan bijak emosi. Tetapi kalau
kesalahan yang sama berulang-ulang, ketika itu anda perlu bertegas dan gunakan
kekerasan (bukan deraan).
• Sekiranya kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pembentukan akhlak dan
peribadinya, seperti mencuri, menipu, dan sebagainya maka gunakan ketegasan
untuk mendisiplinkan anak.
• Jangan biarkan sampai anak anda boleh menjangka apa reaksi atau tindakbalas
anda terhadap kesalahan atau masalah mereka. Mereka tidak pasti sama ada anda
akan marah, diamkan atau menegur dengan baik.
• Jangan marah setiap kali anak anda menceritakan masalah mereka, sebab
sekiranya anda tidak melayan mereka dengan baik mereka akan menyangka yang
anda bencikan masalah. Ini membuatkan mereka tidak mahu berbincang dengan
anda dilain masa.
• Puji secara ikhlas dan suburkan setiap perkara baik yang ditunjukkan oleh anak
anda.
13
Kaunseling juga merupakan proses menolong, murid dibimbing membuat keputusan
sendiri. Dengan kata lain, guru bukannya semata-mata memberi nasihat atau maklumat
malah lebih menjurus kepada proses introspeksi diri murid. Jadi kaunseling membantu
seseorang murid:
• Memahami dirinya dan situasinya
• Mengenalpasti keperluannya
• Menerima realiti hidupnya
• Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya
• Bertanggungjawab ke atas dirinya
• Menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya
7.0 Sistem Pentaksiran Murid Musleh ( SPMM )
Sistem Pentaksiran Murid Musleh ialah pendekatan pentaksiran yang mengambil kira
manusia secara keseluruhan. SPMM mengintegrasikan penilaian kognitif dengan
pentaksiran aspek-aspek penghayatan Islam. Murid ditaksirkan mengenai aspek ilmu ,
iman , akhlak , kemampuan dan ibadat khusus yang dihayati dalam kehidupan seharian.
Pentaksiran dibuat dengan menggunakan pelbagai instrumen yang merangkumi senarai
semak, amali dan perbincangan. Proses menghasilkan perlbagai instrumen itu melibatkan
murid, guru dan pentadbir. Keberkesanan pentaksiaran holistik seperti ini sudah tentu
memerlukan pemantauaan dan pembaikan dari masa ke semasa dan memerlukan
komitmen yang tinggi serta keikhlasan guru , ibubapa dan murid.
Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa , akal dan
peribadi ( El Muhammadi, 1987 ). Matlamatnya adalah untuk mengihsankan qalbu insan,
memperkembangkan mindanya. Memuliakan akhlaknya dan tahan lasak jasadnya. Selain
itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala potensi
yang sedia ada mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling bermanfaat
kepada agama , negara dan ummat sejagat.
14
Hari ini pentaksiran afektif kurang mendapat sambutan dari kalangan pendidik. Alasan
yang diberi ialah subjektif. Oleh itu terlalu sukar untuk membentuk instrumen yang
mampu memberi skor yang sah dan boleh dipercayai. Penekanan terhadap prestasi dan
pencapaian yang hanya melihat keupayaan murid dari aspek kognitif sahaja sangat
membimbangkan kerana tanpa pentaksiran afektif , kedudukan pembentukan dimensi
kemanusian insan secara menyeluruh tidak dapat dikenalpasi. Contohnya; Bagaimana
tahap pencapaian pelajar dalam ibadat khusus, adab dan akhlak? Apakah petunujk yang
ada untuk mengambarkan prestasi dan potensi mereka ? Adakah petunjuk-petujuk
tersebut pula jelas sehingga memudahkan usaha untuk membangunkan lagi dimensi
kemanusiaaanya. Ini beberapa persoalan yang tidak di tangani oleh sistem penilaian atau
pentaksitaran yang sedia ada.
Pentaksiran holistik merujuk kepada al quran dimana terdapat banyak peristiwa yang
memaparkan pentaksiran allah s.w.t terhadap manusia. Diantaranya :
i) Dalam surah al Mumtanah ayat 10. : Allah s.w.t menyuruh orang-orang beriman
mentaksir keimanan perempuan-perempuan yang datang berhijrah. Dan setelah pengujian
tersebut jika didapati bahawa mereka benar-benar beriman maka perempuan -perempuan
tersebut tidak dibolehkan untuk dikembalikan kepada suami-suami mereka
( Prof. Dr. Mahmud Yunus , 1973)
ii) Dalam surah al Hujurat ayat 4 – 5 , Allah s.w.t telah mentaksir sekumpulan Arab agar
tidak memekik –mekik memanggil Rasulullah s.a.w. diluar bilik baginda . Ternyata
mereka tidak lulus pentaksiran tersebut dan Allah menyifatkan mereka tiada memikirkan
dan tidak sabar menugggu ( Prof.Dr.H.Mahmoud Yunus , 1973 )
iii) Melalui pembacaan , terdapat juga dalam kisah salafus saleh ; menceritakan
bagaimana beliau telah menguji muridnya tentang konsep ihsan. Beliau telah menyuruh
semua muridnya menyembelih ayam di tempat tiada siapa yang melihat. Maka semua
muridnya kembali dengan ayam sembelihan kecuali seorang murid. Apabila ditanya
kenapa beliau tidak menyembelih. Maka murid tersebut menyatakan tidak terdapat mana-
15
mana tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa. Allah s.w.t Maha Melihat dan berada
dimana-mana sahaja.
Peringkat Program pembangunan murid spmm
Peringkat 1 : Kesedaran
Murid sedar dan mengetahui konstruk yang akan ditaksir
Peringkat 2 : ilmu dan kefahaman
murid mempunyai ilmu dan kefahaman tentang konstruk
Peringkat 3 : latihan dan amalan
Murid berusaha untuk beramal dan menghayati konstruk
Peringkat 4 : penghayatan
Murid menghayati konstruk sebagai amalan harian tanpa pengawasan
Pengiktifaran
8. Kesimpulan Dan Penutup
Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai
pendidik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur
yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif. Di samping itu ianya menjadikan
proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila
mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai
bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Guru
juga harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang
pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam
keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan
potensinya. Untuk mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar
dari aspek keseimbangan JERI. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru
dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang
16
semaksimumnya. Seterusnya pentaksiran dapat dilaksanakan secara holistik setelah
komitmen asas dapat disempurnakan.
BIBLIOGRAFI
1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina
Aksara.
3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk
Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second
Edition, New York. American Book Company.
5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan
di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill
Book Company.
7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur,
8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..
9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan
Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
10. Khodori Hj.Ahmad Dan Dr. Jamil Adimin ( 2003) . Memasyarakatkan Pentaksiran .
Kertas Kerja Dibentang Di Seminar Pendidikan Kebangsaan 5-8 Mei 2003 . Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
11. Megat Mohamad Amin Megat Mohamed Nor ( 2003 ) Sistem Pentaksiran Pelajar
Musleh ( SPPM) Kertas Kerja Dibentang Di Seminar Pendidikan Kebangsaan 5-8 Mei
2003 . Lembaga Peperiksaan Malaysia.
17
18

More Related Content

What's hot

Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalangrace_tyler12
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 

What's hot (20)

Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Jenis-Jenis Ujian
Jenis-Jenis UjianJenis-Jenis Ujian
Jenis-Jenis Ujian
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 

Viewers also liked

Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984Izuan Iqbal
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakSherly Jewinly
 
Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAishah Idris
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikVertigo Nopristine
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikTan Kiew
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum alKertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum alNoor Zainah
 
Kriteria audit amalan 5 s
Kriteria audit amalan 5 sKriteria audit amalan 5 s
Kriteria audit amalan 5 sSida Hashim
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Zaharin Nordin
 
Penilaian projek
Penilaian projekPenilaian projek
Penilaian projekAdila Dila
 
Topik 7 kaedah penilaian projek
Topik 7      kaedah penilaian projekTopik 7      kaedah penilaian projek
Topik 7 kaedah penilaian projekUTHM
 
Edup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkpEdup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkpShyakir Randy
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakArra Asri
 
Penyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis Item
Penyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis ItemPenyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis Item
Penyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis ItemNoor Idayu Abu Bakar
 

Viewers also liked (20)

Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanakSoalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
 
temuduga
temudugatemuduga
temuduga
 
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984Akta 308   akta taman asuhan kanak-kanak 1984
Akta 308 akta taman asuhan kanak-kanak 1984
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
 
Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasi
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistik
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistik
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Temu duga
Temu dugaTemu duga
Temu duga
 
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum alKertas cadangan  mata pelajaran mata pelajaran ulum al
Kertas cadangan mata pelajaran mata pelajaran ulum al
 
Ghazali
GhazaliGhazali
Ghazali
 
Kriteria audit amalan 5 s
Kriteria audit amalan 5 sKriteria audit amalan 5 s
Kriteria audit amalan 5 s
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
 
Peraturan 2 pendidikan 1997
Peraturan 2  pendidikan 1997Peraturan 2  pendidikan 1997
Peraturan 2 pendidikan 1997
 
Penilaian projek
Penilaian projekPenilaian projek
Penilaian projek
 
Topik 7 kaedah penilaian projek
Topik 7      kaedah penilaian projekTopik 7      kaedah penilaian projek
Topik 7 kaedah penilaian projek
 
Rubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistikRubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistik
 
Edup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkpEdup3033 rubrik pemarkahan kkp
Edup3033 rubrik pemarkahan kkp
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Penyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis Item
Penyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis ItemPenyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis Item
Penyediaan Ujian, Pentadbiran & Analisis Item
 

Similar to Pentaksiran holistik

Motivasi religius dan etos kerja guru
Motivasi religius dan etos kerja guruMotivasi religius dan etos kerja guru
Motivasi religius dan etos kerja guruantony saef
 
Asigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betulAsigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betulSiti Jaharah Muhamad
 
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajarKarya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar66601
 
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajarKarya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar66601
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasirizkaazizi
 
Teori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaran
Teori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaranTeori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaran
Teori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaranharjunode
 
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Makalah Motivasi
Makalah MotivasiMakalah Motivasi
Makalah MotivasiSintya M
 
Psychological Basis of Education
Psychological Basis of EducationPsychological Basis of Education
Psychological Basis of Educationmiaakmt
 
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...ahmaddizzy
 
S oalan tugasan 2(sahsiah)
S oalan tugasan 2(sahsiah)S oalan tugasan 2(sahsiah)
S oalan tugasan 2(sahsiah)pohliyuen
 
Latar Belakang Perlunya BK bagi siswa
Latar Belakang Perlunya BK bagi siswaLatar Belakang Perlunya BK bagi siswa
Latar Belakang Perlunya BK bagi siswaElvira Ulni
 
PPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptx
PPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptxPPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptx
PPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptxBerflyResthaSuwanoto
 

Similar to Pentaksiran holistik (20)

Motivasi religius dan etos kerja guru
Motivasi religius dan etos kerja guruMotivasi religius dan etos kerja guru
Motivasi religius dan etos kerja guru
 
Asigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betulAsigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betul
 
Ppp2
Ppp2Ppp2
Ppp2
 
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajarKarya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar
 
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajarKarya tulis ilmiah motivasi dan belajar
Karya tulis ilmiah motivasi dan belajar
 
Bab 1 3
Bab 1 3Bab 1 3
Bab 1 3
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Teori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaran
Teori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaranTeori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaran
Teori belajar humanistik dan implikasinya dalam pembelajaran
 
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiahUlasan jurnal pembangunan sahsiah
Ulasan jurnal pembangunan sahsiah
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Makalah Motivasi
Makalah MotivasiMakalah Motivasi
Makalah Motivasi
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Psychological Basis of Education
Psychological Basis of EducationPsychological Basis of Education
Psychological Basis of Education
 
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
Implikasi psikologi perkembangan dalam dunia pendidikan ; mata kuliah psikolo...
 
Tinjauan Filosofis Anak Didik
Tinjauan Filosofis Anak DidikTinjauan Filosofis Anak Didik
Tinjauan Filosofis Anak Didik
 
Tinjauan filosofis anak didik
Tinjauan filosofis anak didikTinjauan filosofis anak didik
Tinjauan filosofis anak didik
 
S oalan tugasan 2(sahsiah)
S oalan tugasan 2(sahsiah)S oalan tugasan 2(sahsiah)
S oalan tugasan 2(sahsiah)
 
Latar Belakang Perlunya BK bagi siswa
Latar Belakang Perlunya BK bagi siswaLatar Belakang Perlunya BK bagi siswa
Latar Belakang Perlunya BK bagi siswa
 
PIDATO
PIDATOPIDATO
PIDATO
 
PPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptx
PPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptxPPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptx
PPT_Motivasi Belajar_Berfly Suwanoto.pptx
 

More from Sheikh mohd Ismail Mahmud SMKA Wataniah Machang Kelantan (8)

Inovasi syatir wataniah 2018
Inovasi syatir wataniah 2018Inovasi syatir wataniah 2018
Inovasi syatir wataniah 2018
 
Takwim kademik dan pentadbiran 2014
Takwim kademik dan pentadbiran 2014Takwim kademik dan pentadbiran 2014
Takwim kademik dan pentadbiran 2014
 
P&p berkesan smksepagaya1
P&p berkesan smksepagaya1P&p berkesan smksepagaya1
P&p berkesan smksepagaya1
 
Taklimat pk mesyuarat kurikulum114
Taklimat pk mesyuarat kurikulum114Taklimat pk mesyuarat kurikulum114
Taklimat pk mesyuarat kurikulum114
 
Profesion satu ibadat sk pajar harapan
Profesion satu ibadat sk pajar harapanProfesion satu ibadat sk pajar harapan
Profesion satu ibadat sk pajar harapan
 
Kemahiran menghadapi peperiksanismail
Kemahiran menghadapi peperiksanismailKemahiran menghadapi peperiksanismail
Kemahiran menghadapi peperiksanismail
 
Helah bela diri dalam kehidupan seharian
Helah bela diri dalam kehidupan seharianHelah bela diri dalam kehidupan seharian
Helah bela diri dalam kehidupan seharian
 
Profesion satu ibadat sk pajar harapan
Profesion satu ibadat sk pajar harapanProfesion satu ibadat sk pajar harapan
Profesion satu ibadat sk pajar harapan
 

Recently uploaded

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 

Recently uploaded (20)

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 

Pentaksiran holistik

  • 1. KAEDAH BERKESAN KE ARAH PENTAKSIRAN HOLISTIK DALAM PEMBANGUNAN MURID BERASASKAN SISTEM PENTAKSIRAN MURID MUSLEH ( SPMM ) Oleh: Mohd.Ismail Bin Hj.Mohamood 1 Penolong Kanan 1 SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur _______________________________________________________________________ Abstrak Dewasa ini guru adalah tenaga terpenting dalam rangka melahirkan generasi dan membentuk mereka menjadi pewaris untuk pembangunan bangsa dan negara. Guru merupakan pembentuk karektar anak bangsa agar mereka sedar bahawa merekalah penggerak perubahan hadari. Oleh demikian guru seharusnya mempunyai kemahiran- kemahiran profesional untuk menjadi “character builder” agar guru mampu mendidik murid dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Justru guru perlu mengetahui apakah keperluan yang diperlukan oleh murid dari aspek fizikal, keintlektualan, emosi, kerohanian, psikological, biological dan ‘human being’. Proses menolong dalam pendidikan adalah satu pendekatan ke arah memenuhi tuntutan amanah tersebut dalam membantu murid-murid memperkembangkan potensi yang tersedia ada pada mereka. Akhirnya keseimbangan JERI akan tercapai dan proses kematangan EQ ( emosional qualities) berjaya terbentuk dalam diri seorang murid. Sistem Pentaksiran Murid Musleh adalah di antara instrumen yang dicadangkan sebagai kaedah berkesan ke arah sistem pentaksiran holistik dalam pembangunan murid terutama dalam tempoh umur 7 hingga 12 tahun iaitu diperingkat sekolah rendah. Sistem pentaksiran hari ini adalah untuk melahirkan generasi pewaris yang berwibawa bukan sahaja bijak tetapi mempunyai ciri- ciri kepemimpinan dan jati diri yang utuh serta personaliti dan sahsiah yang unggul. Sesungguhnya untuk mencapai kecemerlangan dalam konteks pendidikan disekolah dan pentaksiran holistik kita perlu wujudkan mekanisme ‘instrinsic motivation’ dan persekitaran yang menggalakan dan soleh. 1.0 PENDAHULUAN Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah 1 Mohd.Ismail bin Mohamood adalah Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur .Beliau seorang Kaunselor dan Ahli Lembaga Akademik MUSLEH . Kertas kerja dibentang di Seminar SPMM anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia di Hotel Dynasty pada 20 -24 Nov 2005 1
  • 2. memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.. Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama, sifat suka tolong-menolong antara satu sama lain.. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan potensi dan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik. Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri seseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar- pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya. Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mencapai matlamat tersebut. 2
  • 3. 2.0 Konsep Menolong Menolong adalah suatu proses yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata sebab ia mempunyai makna-makna persendirian bagi tiap-tiap individu. Menolong seseorang manusia lain adalah pada dasarnya suatu proses untuk membolehkan orang itu berkembang mengikut arah-arah yang dipilihnya bermakna memilih matlamat perkembangannya sendiri tetapi juga menentukan samada ia mahukan pertolongan. Dalam Islam, konsep menolong menjadi satu kewajipan muslim sebagaimana firman Allah “ Ertinya : Bertolong-tolonglah kamu dengan kebaikan dan taqwa dan jangan kamu bertolongan di atas kejahatan . Rajah 1. Satu Formula Untuk Proses Menolong Personaliti Penolong + Kemahiran- kemahiran = Menolong Keadaan yang menggalakkan perkembangan Hasil-hasil Khusus tret sikap nilai untuk kefahaman untuk keselesaan untuk tindakan kepercayaan hormat- menghormati kebebasan untuk seseorang untuk masyarakat Digambarkan dalam rajah 1 ; bahawa personaliti orang yang menolong digabungkan dengan kemahiran-kemahiran khusus akan menghasilkan keadaan – keadaan perkembangan yang akan membawa kepada hasil tertentu yang penting kepada seseorang dan masyarakat. Manakala personaliti dan kemahiran orang yang menolong merupakan unsur-unsur asas di dalam proses menolong. 3.0 Pentaksiran Holistik Pentaksiran adalah satu proses yang berlaku terus menerus tanpa henti sepanjang hayat manusia, sama ada seperti proses pembelajaran yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penyatuan maklumat ( Hoy & Gregg, 1994 ) . Apabila kita menjalankan pentaksiran sebenarnya kita tidak mentaksir orang itu secara langsung. Kita hanyalah menilai konstruk/ trait/ fitrah yang wujud secara mujarrad dalam diri orang itu seperti keupayaaan berbahasa, keupayaan berfikir , kepengetuan dan sebagainya. 3
  • 4. Dari segi pengertian, istilah pentaksiran itu sendiri merupakan evolusi istilah pengukuran yang lahir lebih awal daripada istilah pentaksiran. Istilah pengukuran pendidikan dipinjam daripada sains fizikal dalam kerja –kerja pengukuran objek fizikal seperti panjang kayu, berat batu dan isipadu cecair. Oleh itu, peringkat awal, teori yang digunakan dalam pengukuran fakulti pemikiran manusia seperti pengetahuan, kemahiran kebolehan, kecerdasan dan kecekapan sama seperti yang digunakan dalam pengukuran fizikal. Konsep keesahan dan kebolehpercayaan pengukuran misalnya sama seperti yang digunakan di dalam pengukuran fizikal. Perkembangan masa dan pemikiraan manusia telah memberi perbezaan diantara pengukuran dan pentaksiran iaitu; Measurement of psychological attributes occurs when a quantitative value is assiggned to the behavioural sample collected by using a test ( Croker & Algina , 1986 ) Assesment could use qualitative or / and quantitive data, and could be formal ( e.g test ) or informal ( e.g.obsetvasion ) ( Hoy & Gregg,1994 ) Anak-anak murid kita sekarang sebenarnya berada dalam dunia yang berlainan dengan apa yang kita duduki dahulu. Saidina Omar Al Khatab pernah berkata “ Didiklah anak kamu satu dunia yang bukan menjadi dunia kamu” Apabila kita mendidik anak kita satu dunia yang bukan menjadi dunia kita bermakna kita juga mentaksir anak kita dengan teori dan kaedah yang tidak terdapat dalam dunia kita. Oleh itu kita harus sentiasa memperkemaskan diri kita dan bersedia dengan perkembangan pesat dunia pentaksiran. 4.0 Teori Keperluan Dan Motivasi Maslow Menolong bererti memberi keadaan – keadaan kepada yang ditolong untuk memenuhi keperluan-keperluannya. Maslow ( 1962) mengatur kan keperluan-keperluan ini dalam bentuk hieraki kompleks yang saling berhubung yang mengandungi lima peringkat menurut keperluannya bagi kewujudan manusia. 4
  • 5. Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah 1 di bawah.: Rajah 1 ; Hieraki Teori Keperluan Maslow Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social 5 Nirwana kendiri ( self-actualization ) Harga diri Kasih sayang dan rasa milik Keselamatan Fisiologi ( makan,minum dan tempat Keperluan Mengetahui Keperluan Estetik
  • 6. kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. 5.0 Teori Emosi Kestabilan emosi merupakan salah satu elemen terpenting yang disarankan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu marhalah emosi dalam pembelajaran sangat penting untuk difahami. Gangguan emosi dalam pembelajaran akan mempengaruhi prestasi akademik seseorang murid. Oleh yang demikian pemahaman terhadap beberapa domain-domain emosi dari sudut pandangan beberapa tokoh dan pengkaji dalam bidang pendidikan dapat membantu mengenalpasti ketidakstabilan emosi di kalangan murid. Emosi adalah signifikan di dalam tingkahlaku manusia. Interaksi `inter-personal’ berlaku apabila sesuatu pertemuan individu menggunakan bahasa lisan mungkin mempunyai pengaruh emosi yang sangat kuat. Penguasaan bahasa lisan oleh kanak-kanak berkait rapat dengan peniruan penguasaan bahasa lisan oleh kanak-kanak yang lebih dewasa sedikit. Bahasa ini datangnya dengan mengandungi (imbued) dengan segala tenaga dan kepelbagaian suara yang hidup, maknanya yang jelas, dan diperbesarkan `enhanced’ dengan intonasi, takanan, lantang dan `pace’. Suara yang terdengar mungkin berbunyi marah, penuh kasih sayang atau cemas (Donaldson, (1984). Jadi kualiti suara memainkan peranan yang signifikan dalam perspektif emosi kanak-kanak hingga ke dewasa. Keran (1996) mengatakan manusia mencari satu keadan selesa atau `a hedinik frame of reference’ sebagai satu asas bagi semua tingkah lakunya. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keadaan ini adalah seperti kelaparan, kesakitan, marah, seks, dan naluri ingiin tahu. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi emosi semasa membuat keputusan dan juga mempengaruhi keperluan untuk tindakan-tindakan yang lain. Berasaskan saranan Hirarki Keperluan Maslow (1954), emosi individu akan menerajui proses membuat 6
  • 7. keputusan. Jadi untuk mencari keselesaan, seseorang mungkin melepaskan keuntungan (trade-off) dalam jangkamasa yang lama untuk mencapai keuntungan jangka pendek semata-mata untuk memuaskan nafsu yang dominan dalam situasi-situasi yang tertentu. Singer (1975) menyatakan emosi berkait rapat dengan fantasi yang mempunyai tiga pola khayalan yang berkait rapat dengan ciri-ciri tret tersebut. Pola-pola ini mempunyai aspek- aspek positif seperti kegembiraan; tidak berfokas pada suatu fantasi; aspek negatif seperti rasa bersalah. Dalam keadaan fantasi, kanak-kanak akan mempamerkan emosi menurut fantasi yang dikhayalkan pada ketika itu. Harre dan Lamb (1986:84) mendapati tingkahlaku berasaskan emosi boleh berubah dalam perjalanan hidup seseorang. Mereka mencadangkan 5 domain dalam perkembangan emosi; • Emosi berkembang melalui situasi-situasi yang dirancangkan dapat mewujudkan matlamat-matlamat yang diingini dari segi persepsi, kognisi dan pembelajaran. • Emosi juga berkembang melalui perubahan-perubahan semasa reaksi-reaksi individu semasa menyesuaikan diri pada sesuatu tugasan atau keadaan. • Ekspresi emosi boleh berubah selaras dengan perkembangan umur. • Keadaan emosi mengalami tranformasi semasa proses perkembangan • Ekspresi-ekspresi menjadi `sosialised’ iaitu ekspresi dipengaruhi oleh budaya, atau persekitaran penduduk, misalnya individu harus menggunakan bahasa lisan dan bukannya ekspresi muka yang marah. Ekspresi emosi berlaku dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Bayi mampu menunjukkan emosi melalui banyak viarasi dalam suara, mimik muka dan postur badan. Reaksi ini bertujuan untuk berkomunikasi, mengekekalkan pertalian kasih sayang dengan penjaga (Trevathen, 1979). Terdapat pelbagai jenis emosi yang dialami seseorang dari peringkat bayi hingga ke peringkat dewasa .Pluchik (1989) menyatakan perkara- perkara berikut mengenai emosi; • Emosi adalah usaha dalam individu untuk melaksanakan kawalan pada kejadian- kejadian berkaitan dengan kehidupan. 7
  • 8. • Emosi adalah rangkaian yang kompleks, peristiwa-peristiwa yang empunyai elemen-elemen yang penting seperti idea, imej atau peristiwa-peristiwa yang melibatkan individu yang lain • Kompleksiti keadaan emosi bergantung kepada pengalaman individu dengan penggunaan bahasa. • Struktur emosi berbeza mengikut intensiti (misalnya takut, panik); emosi ada persamaan (misalnya malu – segan); berbeza mengikut polariti (misalnya gembira –sedih). • Emosi mempunyai konsep Derivatives – beberapa perkataan yang lain untuk menghuraikan emosi asal dalam konteks yang lain. Kanak-kanak yang pada kali pertama melangkah ke alam persekolahan memikirkan bahawa sekolah mungkin satu pengalaman yang `susah’. Akan tetapi alam persekolah ini membantu; i. Memperkembangkan `sense of hummor’ kerana ada banyak kawan ii. Menjaga `harta’ dan berminat pada `collection – making’ iii. `Sense of concsience’ – dapat mengenalpasti yang baik dan yang jahat. iv. Bersedia untuk memikul tanggungjawab `want to please and be good’. 5.1 Impikasi Ketidakseimbangan Emosi Di antara implikasi emosi yang tinggi adalah seperti berikut; • Tubuh tidak berfungsi dengan normal kerana ketidakseimbangan homeostatis • Tingkahlaku yang kurang terurus • Masalah pembacaan, kerja sekolah kurang memuaskan • Affects perhubungan sosial dan social adjustments • Personaliti dan konsep kendiri yang semakin bertambah buruk. 8
  • 9. 5.2 Emosi – Berdasarkan Perspektif Islam Meskipun banyak kajian yang dirujuk oleh pelajar dan sarjana dalam bidang emosi dan personaliti berpunca dari kajian-kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, terdapat beberapa hadis, kitab dan al-Quran yang menyebutkan berkaitan emosi. Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, emosi disebut-sebut beberapa kali dan diterima sebagai tingkahlaku manusia yang sememangnya ciri semulajadi manusia. Mohd Daud Hamzah (1990) mentakrifkan emosi sebagai proses integratif yang abstrak daripada gabungan proses Qalb, Nafs (Jiwa), Hawa dan Bangkitan yang berlaku serentak. Menurut Imam al-Ghazali (1982) emosi merupakan panaksiran tenaga berapi dari dalaman yang perlu dijana dengan sebaik mungkin. Segala bentuk dan variasi dalam emosi berpunca daripada perubahan dalam Nafs (jiwa) . Namun begitu tenaga dalaman seseorang individu juga berpunca daripada roh yang menyediakan nyawa kepada jasad untuk terus hidup dan berfungsi. Oleh yang demikian roh dan nafs sangat mempengaruhi variasi emosi yang dihasilkan. Sifat dan keadaan antara roh serta nafs mengakibatkan perubahan dalam emosi seseorang. Keadaan ini menjadikan emosi seseorang berkeadaan stabil atau tidak stabil. Hakikat kejadian manusia bermula apabila Allah meniupkan roh ke dalam jasad manusia dan kemudiannya manusia diberikan nafs yang membolehkan manusia hidup mempunyai hawa nafsu "Mereka itulah orang-orang yang dituliskan oleh Allah keimanan di dalam hati mereka, dan diperlengkapkan mereka dengan roh daripada-Nya" (Al-Mujadalah: 22) Di dalam al-Quran juga banyak diperkatakan dengan kejadian jiwa manusia. "Sesungguhnya jiwa itu suka menyuruh berbuat keburukan" (Yusuf: 53) 9
  • 10. Rumusannya di dalam Islam, kesetabilan jiwa dan roh menjadi tuntutan utama di dalam kehidupan kerana ia menjadi titik tolak kepada pembentukan emosi yang stabil dan tingkah laku yang stabil. Gangguan yang berlaku didalam jiwa dan roh seseorang akan menjadikan emosi individu tersebut terganggu. Gangguan inilah yang menyebabkan seseorang individu berkelakuan baik atau jahat. Walaupun diberikan akal untuk melakukan aktiviti pemikira, namum pengaruh jiwa dan roh ini sangat kuat sekali. 6.0 Emosional Qualities ( EQ ) Dalam mendidik murid-murid perkembangan EQ (emosional qualities) sama pentingnya dengan perkembangan IQ. Kalau IQ merujuk kepada kepintaran murid, EQ pula merujuk kepada kebolehan murid menangani konflik emosi mereka. Tahap IQ seseorang boleh diukur melalui ujian-ujian tertentu tetapi EQ sebaliknya tidak mampu diukur. Sehingga sekarang takrif yang tepat tentang EQ masih dicari. Salovey dan Mayer mendefininisikan EQ sebagai, suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujuk kepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau perasaan dirinya atau orang lain, membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai panduan membentuk suatu cara fikir dan tindakan. Dalam meniti kecemerlangan hidup, ramai pakar percaya bahawa 80% bergantung kepada kekuatan EQ dan hanya 20% sahaja berdasarkan ketinggian IQ. Guru-guru pada awalnya mungkin diambil diterima sebagai guru kerana kebolehan IQ mereka tetapi hanya yang mempunyai EQ yang tinggi sahaja kelak yang cepat dinaikkan pangkat. EQ lebih merujuk kepada ciri-ciri diri seperti: • Empati. • Meluahkan dan memahami perasaan. • Mengawal perasaan marah. • Berdikari. • Kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran. • Kebolehan menyelesaikan masalah pergaulan. • Persistensi iaitu sikap tidak mudah mengaku kalah. 10
  • 11. • Mudah mesra dan ramah. • Baik budi. • Pandai menghormati diri sendiri dan orang lain dan sebagainya. Secara ringkasnya EQ lebih condong kepada sikap, tingkahlaku dan peribadi seseorang individu. Kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga pendekatan utama yang sering diambil oleh guru dalam mendidik murid-murid iaitu sama ada secara keras, lembut atau sederhana. Rasulullah s.a.w sendiri menyarankan agar kita mengambil jalan tengah atau bersederhana dalam mendidik anak-anak. Apa yang rasulullah s.a.w sarankan ini kini telah dibuktikan benar oleh masyarakat barat yang membuat kajian tentang pendidikan EQ ini. Ada ketikanya kita perlu keras dengan anak-anak dan ada ketikanya pula kita perlu lebih memahami dan bertolak ansur. Apabila guru bersikap empati dan membantu murid memahami dan mengatasi setiap perasaan negatif mereka (seperti marah, sedih, cemburu, memberontak, takut, malu dan sebagainya), guru sebenarnya telah membina kepercayaan dan kasih sayang dalam diri murid terhadap mereka. Kepercayaan dan rasa kasih yang berputik ini perlu disuburkan dan dibajai kerana ia sebagai penyebab untuk murid mendengar nasihat dan menghormati kita sebagai guru. Kita perlu faham, guru bersifat keibubapaan yang baik memerlukan lebih daripada pendekatan intelek. Kita memerlukan pendekatan emosi. Sebagai manusia, murid dan anak-anak (malah kita sendiri) membuat satu-satu keputusan itu berdasarkan alasan- alasan emosi. Hanya sedikit sahaja boleh disandarkan atas alasan logik. Misalnya, kita membeli kereta kerana memerlukan kenderaan untuk bergerak sama ada dihari panas atau hujan. Kalau begitu kenapa tidak beli kereta yang ala kadar sahaja. Kenapa mereka yang mampu akan membeli kereta yang lebih mahal, lebih besar dan berprestij? Ini disebabkan kita mempunyai alasan emosi yang jauh lebih besar dari alasan lojik. Sebagai manusia, murid-murid juga seperti kita. Mereka akan mudah membuat keputusan atas alasan emosi. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan "cinta itu buta". Sebab apabila seseorang dibawah pengaruh emosi maka daya inteleknya akan kurang dimanfaatkan. Atas sandaran inilah maka guru perlu belajar bagaimana untuk menggunakan pengaruh emosi ini bagi membentuk, membimbing dan mendidik murid-murid. 11
  • 12. Guru yang menggunakan pendekatan emosi biasanya melibatkan lima langkah utama iaitu: 1. peka terhadap emosi murid; 2. menyedari yang perubahan emosi murid sebagai peluang untuk merapatkan hubungan dan mendidik; 3. mendengar secara empati, memahami dan mengesahkan apa yang sedang anak alami; 4. membantu murid mengenali dan memahami emosi mereka sendiri; 5. nyatakan dengan jelas batas atau tahap sesuatu emosi sambil mencari jalan menyelesaikan masalah yang timbul. 6.1 Guru Sebagai Ibubapa Di Sekolah Murid yang tinggi EQ akan menghargai setiap perasaan negatif yang terbit dari diri. Perlu diingat, murid-murid yang membesar atas bimbingan sebegini bukan bermakna mereka tidak punya perasaan lagi. Murid-murid masih tetap akan rasa marah, sedih, malu, takut dan sebagainya tetapi mereka akan punya kemahiran untuk menenangkan diri sendiri dan bangkit kembali setelah sesuatu kegagalan atau desakan. Malah mereka akan lebih baik lagi selepas itu. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dibesarkan melalui pendekatan bijak emosi ini lebih mampu bertahan dan meneruskan kehidupan meskipun berlaku penceraian ibu bapa. Mereka lebih realistik dan mampu menerima kenyataan. Sekiranya anak-anak diiringi pula dengan ajaran agama yang mantap maka pastinya mereka bakal menjadi orang yang cemerlang satu ketika nanti. Guru juga perlu faham, pendekatan bijak emosi bukanlah bermakna murid tidak perlu didisiplinkan lagi. Sebaliknya apabila guru dan murid atau ibu bapa dan anak saling percaya mempercayai maka bermakna telah terbentuk satu pengaruh yang kuat. Ketika ini anda boleh gunakan pendekatan keras, apabila kekerasan diperlukan. Apabila anak anda melanggar peraturan, bersikap kasar dan sebagainya anda perlu menegurnya. Anda letakkan batas-batas tertentu tanpa ragu-ragu. Anda tidak bimbang untuk menyatakan akan kekecewaan aanda dan anda tahu yang anak anda boleh lakukan lebih baik. 12
  • 13. Disebabkan anda sentiasa gunakan pendekatan bijak emosi maka sekali anda bertegas, ketegasan dan kata-kata anda akan memberi kesan. Anak-anak akan memahami kenapa anda berkelakuan demikian malah lebih menghormati anda. Begitu juga anda boleh menjadi cukup penyayang apabila pendekatan memujuk secara lembut pula diperlukan. Dengan pendekatan bijak emosi ini anak-anak Pengalamanlah yang akan mengajar kita pendekatan mana yang lebih sesuai dalam keadaan-keadaan tertentu. Beberapa perkara dibawah boleh dijadikan panduan: • Sekiranya anak anda dibesarkan dalam keadaan anda selalu marah atau membebel, maka marah anda dan bebelan anda sudah hilang makna kepada mereka. • Apabila anak anda mengaku secara jujur akan kesalahan dan kesilapan mereka, maka anda tidak sepatutnya marah. Sebaliknya memahami mereka. Sekiranya perbuatan mereka itu salah, maka perbetulkan dengan cara yang baik dan penuh kasih sayang. • Sekiranya anak anda melakukan kesalahan buat kali pertama, maka anda tidak boleh marah. Sebaliknya gunakan pendekatan bijak emosi. Tetapi kalau kesalahan yang sama berulang-ulang, ketika itu anda perlu bertegas dan gunakan kekerasan (bukan deraan). • Sekiranya kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pembentukan akhlak dan peribadinya, seperti mencuri, menipu, dan sebagainya maka gunakan ketegasan untuk mendisiplinkan anak. • Jangan biarkan sampai anak anda boleh menjangka apa reaksi atau tindakbalas anda terhadap kesalahan atau masalah mereka. Mereka tidak pasti sama ada anda akan marah, diamkan atau menegur dengan baik. • Jangan marah setiap kali anak anda menceritakan masalah mereka, sebab sekiranya anda tidak melayan mereka dengan baik mereka akan menyangka yang anda bencikan masalah. Ini membuatkan mereka tidak mahu berbincang dengan anda dilain masa. • Puji secara ikhlas dan suburkan setiap perkara baik yang ditunjukkan oleh anak anda. 13
  • 14. Kaunseling juga merupakan proses menolong, murid dibimbing membuat keputusan sendiri. Dengan kata lain, guru bukannya semata-mata memberi nasihat atau maklumat malah lebih menjurus kepada proses introspeksi diri murid. Jadi kaunseling membantu seseorang murid: • Memahami dirinya dan situasinya • Mengenalpasti keperluannya • Menerima realiti hidupnya • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya • Bertanggungjawab ke atas dirinya • Menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya 7.0 Sistem Pentaksiran Murid Musleh ( SPMM ) Sistem Pentaksiran Murid Musleh ialah pendekatan pentaksiran yang mengambil kira manusia secara keseluruhan. SPMM mengintegrasikan penilaian kognitif dengan pentaksiran aspek-aspek penghayatan Islam. Murid ditaksirkan mengenai aspek ilmu , iman , akhlak , kemampuan dan ibadat khusus yang dihayati dalam kehidupan seharian. Pentaksiran dibuat dengan menggunakan pelbagai instrumen yang merangkumi senarai semak, amali dan perbincangan. Proses menghasilkan perlbagai instrumen itu melibatkan murid, guru dan pentadbir. Keberkesanan pentaksiaran holistik seperti ini sudah tentu memerlukan pemantauaan dan pembaikan dari masa ke semasa dan memerlukan komitmen yang tinggi serta keikhlasan guru , ibubapa dan murid. Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa , akal dan peribadi ( El Muhammadi, 1987 ). Matlamatnya adalah untuk mengihsankan qalbu insan, memperkembangkan mindanya. Memuliakan akhlaknya dan tahan lasak jasadnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala potensi yang sedia ada mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling bermanfaat kepada agama , negara dan ummat sejagat. 14
  • 15. Hari ini pentaksiran afektif kurang mendapat sambutan dari kalangan pendidik. Alasan yang diberi ialah subjektif. Oleh itu terlalu sukar untuk membentuk instrumen yang mampu memberi skor yang sah dan boleh dipercayai. Penekanan terhadap prestasi dan pencapaian yang hanya melihat keupayaan murid dari aspek kognitif sahaja sangat membimbangkan kerana tanpa pentaksiran afektif , kedudukan pembentukan dimensi kemanusian insan secara menyeluruh tidak dapat dikenalpasi. Contohnya; Bagaimana tahap pencapaian pelajar dalam ibadat khusus, adab dan akhlak? Apakah petunujk yang ada untuk mengambarkan prestasi dan potensi mereka ? Adakah petunjuk-petujuk tersebut pula jelas sehingga memudahkan usaha untuk membangunkan lagi dimensi kemanusiaaanya. Ini beberapa persoalan yang tidak di tangani oleh sistem penilaian atau pentaksitaran yang sedia ada. Pentaksiran holistik merujuk kepada al quran dimana terdapat banyak peristiwa yang memaparkan pentaksiran allah s.w.t terhadap manusia. Diantaranya : i) Dalam surah al Mumtanah ayat 10. : Allah s.w.t menyuruh orang-orang beriman mentaksir keimanan perempuan-perempuan yang datang berhijrah. Dan setelah pengujian tersebut jika didapati bahawa mereka benar-benar beriman maka perempuan -perempuan tersebut tidak dibolehkan untuk dikembalikan kepada suami-suami mereka ( Prof. Dr. Mahmud Yunus , 1973) ii) Dalam surah al Hujurat ayat 4 – 5 , Allah s.w.t telah mentaksir sekumpulan Arab agar tidak memekik –mekik memanggil Rasulullah s.a.w. diluar bilik baginda . Ternyata mereka tidak lulus pentaksiran tersebut dan Allah menyifatkan mereka tiada memikirkan dan tidak sabar menugggu ( Prof.Dr.H.Mahmoud Yunus , 1973 ) iii) Melalui pembacaan , terdapat juga dalam kisah salafus saleh ; menceritakan bagaimana beliau telah menguji muridnya tentang konsep ihsan. Beliau telah menyuruh semua muridnya menyembelih ayam di tempat tiada siapa yang melihat. Maka semua muridnya kembali dengan ayam sembelihan kecuali seorang murid. Apabila ditanya kenapa beliau tidak menyembelih. Maka murid tersebut menyatakan tidak terdapat mana- 15
  • 16. mana tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa. Allah s.w.t Maha Melihat dan berada dimana-mana sahaja. Peringkat Program pembangunan murid spmm Peringkat 1 : Kesedaran Murid sedar dan mengetahui konstruk yang akan ditaksir Peringkat 2 : ilmu dan kefahaman murid mempunyai ilmu dan kefahaman tentang konstruk Peringkat 3 : latihan dan amalan Murid berusaha untuk beramal dan menghayati konstruk Peringkat 4 : penghayatan Murid menghayati konstruk sebagai amalan harian tanpa pengawasan Pengiktifaran 8. Kesimpulan Dan Penutup Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif. Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Guru juga harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya. Untuk mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar dari aspek keseimbangan JERI. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang 16
  • 17. semaksimumnya. Seterusnya pentaksiran dapat dilaksanakan secara holistik setelah komitmen asas dapat disempurnakan. BIBLIOGRAFI 1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina Aksara. 3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York. American Book Company. 5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill Book Company. 7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur, 8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. 9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 10. Khodori Hj.Ahmad Dan Dr. Jamil Adimin ( 2003) . Memasyarakatkan Pentaksiran . Kertas Kerja Dibentang Di Seminar Pendidikan Kebangsaan 5-8 Mei 2003 . Lembaga Peperiksaan Malaysia. 11. Megat Mohamad Amin Megat Mohamed Nor ( 2003 ) Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh ( SPPM) Kertas Kerja Dibentang Di Seminar Pendidikan Kebangsaan 5-8 Mei 2003 . Lembaga Peperiksaan Malaysia. 17
  • 18. 18