1. LMCP1112 - FALSAFAH
PENDIDIKAN ISLAM
NAMA : AFIQAH AMNI BINTI SHAMSUL (A168810)
PENSYARAH : PROF. DATO’. IR. DR. RIZA ATIQ
ABDULLAH
2. Soalan Tugasan : Jika anda seorang guru atau dengan
mencari guru, terangkan guru yang bagaimana anda
impikan?
• Guru sebagai murabbi :
1. Mualim : Mengajarkan
2. Mursyid : Petunjuk
3. Mutli : Membacakan
4. Muaddib : Mendidik
5. Muzakki : Pembersih hati
3. Seorang guru yang mengamalkan kaedah-kaedah
seperti yang ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W
Antara kaedahnya adalah seperti :
1. Menyoal
2. Syarahan
3. Beransur-ansur
4. Lukisan
5. Lakaran
4. Matlamat dan Tujuan Mengajar
• Seorang guru perlulah menetapkan tujuan dan matlamat yang perlu dicapai
agar setiap ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat yang baik kepada
pelajar.
• Antara matlamatnya adalah seperti :
1. Membina akidah yang sejahtera
2. Akhlak yang mantap
3. Ibadah yang betul
4. Memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat
5. SIFAT UNGGUL GURU (PENAMBAHAN)
1. BERKEMAHIRAN DALAM PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
• Seorang guru itu perlulah menjadi seorang guru yang mahir dalam teknologi
terutamanya ketika era pandemic Covid-19 pada hari ini yang tidak
menggalakkan sesi pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka
• Guru tersebut perlulah menguasai cara menggunakan platform pembelajaran
“online” seperti Microsoft Teams, Zoom dan Google Meet.
• Penguasaan ini penting bagi memudahkan dan melancarkan proses mengajar
dan mewujudkan satu sesi pembelajaran yang berkesan.
6. SIFAT UNGGUL GURU (PENAMBAHAN)
2. MENGETAHUI PERKEMBANGAN ISU-ISU SEMASA
• Seorang guru perlulah mempunyai sifat untuk sentiasa cakna terhadap isu semasa
agar ilmu yang disampaikan kepada pelajar sentiasa segar dan baru.
• Guru juga boleh untuk “spread awareness” kepada para pelajar seperti bahaya
Covid-19, kebaikan vaksin, isu-isu politik negara ataupun isu-isu luar negara seperti
isu di Palestin.
• Kesannya, guru tersebut akan menghasilkan segolongan pelajar yang bukan sahaja
mempunyai ilmu dalam bidang yang dipelajari malah juga dapat berdiskusi berkaitan
isu-isu semasa.
7. SIFAT UNGGUL GURU (PENAMBAHAN)
3. MEMPUNYAI SIFAT EMPATI DAN MEMAHAMI
• Sifat untuk memahami dan empati terhadap pelajar ini penting dalam diri seorang guru
terutamanya pada hari ini.
• Pelajar kebanyakannya belajar di rumah dan tidak mempunyai suasana pembelajaran yang
kondusif.
• Guru haruslah memahami situasi ini dan tidak terlalu menekan pelajar bagi mengelakkan
tekanan emosi, mental dan fizikal pelajar.
• Hal ini dikatakan demikian kerana, banyak masalah yang telah disuarakan oleh pelajar di
mana mereka perlu menyeimbangkan tugas mereka sebagai seorang pelajar dan anak ketika
di rumah. Terdapat juga antara mereka yang terpaksa bekerja bagi membantu ekonomi
keluarga.