1. LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
NAMA: NUR KAUTHAR BINTI APANDI
NO MATRIK: A164555
PENSYARAH: PROF. DATO’IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
Projek Akhir
2. PROJEK AKHIR
Jika anda menjadi seorang guru atau anda sedang mencari
guru, terangkan guru yang bagaimana anda impikan?
5. Berdedikasi
Sifat dedikasi seorang guru akan mendorong beliau melakukan
sesuatu tugasan yang diamanahkan dengan sempurna dan ikhlas. Hal
ini membolehkan para pelajar terdidik dengan baik.
6. Menepati Masa
Seorang guru perlulah sentiasa menepati masa kerana masa itu
bernilai. Masa tidak akan dibazirkan jika guru masuk ke kelas tepat
pada masanya serta proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar.
7. Penyabar
Sifat penyabar adalah amat penting dalam diri seorang guru.
Guru yang penyabar dapat mengawal emosi beliau daripada
mudah memarahi pelajar dalam apa jua keadaan sekali pun.
8. Pendengar yang Baik
Seorang guru haruslah memahami masalah yang dihadapi oleh
pelajar dan tidak pernah jemu untuk memberikan pendapat. Selain
itu, beliau juga haruslah bersedia menerima pandangan pelajar
dengan hati yang terbuka.
9. Tidak Pilih Kasih
Seorang guru yang baik adalah guru yang melayani semua pelajar
secara sama rata tanpa ada pilih kasih. Ia mampu membuatkan
pelajar bersemangat untuk belajar dan tidak berasa ketinggalan.