SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
1
TUGASAN 3: PENULISAN ESEI
Sejauh manakah sistem rangkaian komputer dapat meningkatkan kecekapan
seorang guru dalam menguruskan sumber pendidikan?
1.0 Pengenalan
Rangkaian komputer ialah sambungan dua atau lebih perkakasan yang terpisah
secara fizikal tetapi disambungkan secara operasi. Ia dapat disambungkan melalui
peranti komunikasi atau media penghantaran tertentu untuk menjalankan satu
operasi yang selaras. Pada zaman kini, rangkaian komputer jenis berwayar dan tidak
berwayar digunakan secara meluas dalam semua bidang terutamanya pendidikan.
Rangkaian komputer telah membuka arena baru dalam pendidikan dari segi
pembangunan pendidikannya.
2.0 Isi-isi Penting
2.1 Meningkatkan prestasi persembahan guru
Sistem rangkaian komputer dapat meningkatkan prestasi persembahan guru
dalam bilik darjah sekaligus prestasi sesebuah sekolah. Sistem rangkaian dapat
membantu guru menyediakan pembelajaran yang menarik, lengkap, terkini dan
berkesan. Guru dapat mencari grafik atau video di internet untuk menyampaikan ilmu
dengan lebih jelas. Guru boleh menggunakan sumber di internet untuk mengajar topik
yang sukar untuk diterangkan melalui lisan. Gaya pengajaran ini amat sesuai dengan
kecerdasan murid yang pelbagai. Pembelajaran juga semakin meluas dan tanpa
sempadan.
2.2 Mempelbagaikan proses pengajaran guru
Seterusnya, sistem rangkaian komputer dapat mempelbagaikan proses
pengajaran guru. Dengan adanya rangkaian komputer, talian internet dapat dikongsi
oleh semua komputer dalam rangkaian. Contohnya, penggunaan Local Area Network
(LAN) di sebuah bilik guru. LAN terdiri daripada sekumpulan komputer atau peranti
yang menghubungkan peranti rangkaian jarak yang agak pendek. Hal ini dapat
mendorong para guru berkongsi data pembelajaran dengan guru lain khususnya guru
yang mengajar subjek yang sama. Guru yang mengajar subjek yang sama boleh
2
berkongsi slaid, bahan pengajaran atau idea pengajaran kerana setiap guru
mempunyai strategi mengajar yang berbeza walaupun topik yang sama. Dengan ini,
guru dapat melestarikan gaya pembelajaran variasi di dalam kelas.
2.3 Memudahkan guru membuat kerja di mana sahaja
Selain itu, sistem rangkaian komputer memudahkan guru membuat kerja
berkaitan pendidikan di mana sahaja. Guru boleh menyimpan semua bahan
pembelajaran di simpanan atas talian (cloud storage) seperti Google Drive atau
Dropbox. Dengan ini, tiada lagi risiko kehilangan bahan pengajaran atau lupa
membawa bahan pengajaran ke kelas kerana cloud storage dapat diakses di mana
sahaja menggunakan rangkaian komputer tidak berwayar. Guru juga dapat
mengemaskini maklumat di cloud storage dengan mudah tanpa ada pertindihan data
atau fail yang lewah. Murid pula dapat mengakses fail mereka dari komputer di
seluruh sekolah melalui sebuah rangkaian yang dibina di sekolah. Jadi, murid dapat
menyiapkan tugasan mereka di mana-mana sahaja.
2.4 Dapat mewujudkan komunikasi pelbagai hala
Di samping itu, sistem rangkaian komputer dapat mewujudkan komunikasi
pelbagai hala. Seorang guru bukan sahaja dapat membuat rangkaian dengan guru
lain yang berdekatan, malah dengan individu yang sangat jauh. Guru juga dapat
berhubung dengan murid di luar waktu kelas dengan mudah tanpa diganggu faktor
jarak dan masa. Rangkaian tanpa wayar juga menawarkan pelbagai kemudahan
perkhidmatan mesej seperti e-mel, laman web sosial, chatroom dan lain-lain. Selain
itu, guru juga dapat berkongsi pautan laman web yang berkaitan pembelajaran
dengan murid. Murid juga dapat melakukan perbincangan secara siaran langsung di
atas talian dengan murid lain atau guru dengan efektif. Contohnya, surat elektronik
melalui LAN membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan apabila
disambungkan ke Internet.
2.5 Murid bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa hadapan
3
Umumnya, murid yang didedahkan dengan sistem rangkaian di sekolah akan
lebih bersedia untuk berhadapan dengan masa hadapan yang lebih berteknologi. Hal
ini kerana, semakin hari, kehidupan seharian kita semakin bergantung kepada
komputer. Dari aspek pendidikan, sistem rangkaian komputer menggalakkan pelajar
untuk menjalankan penyelidikan, meneroka dunia, dan berkomunikasi dengan orang
lain. Murid juga dapat mengakses perpustakaan online bila-bila sahaja untuk
mendapatkan maklumat. Dengan adanya murid seperti ini, prestasi sekolah dapat
ditingkatkan, sekaligus meletakkan negara kita setaraf dengan negara berteknologi
maju yang lain.
2.6 Guru dapat uruskan maklumat murid dengan teratur dan efisien
Melalui perkhidmatan pangkalan data, guru dapat menguruskan maklumat murid
dengan teratur dan efisien. Sistem perkhidmatan pangkalan data ialah sistem perisian
yang menguruskan pangkalan data untuk menyimpan data yang banyak dalam ruang
penyimpanan yang kecil. Guru boleh menyimpan maklumat murid, data pemarkahan
murid, atau sebagainya di pangkalan data. Pangkalan data memudahkan guru untuk
mendapatkan kembai data yang telah disimpan melalui carian. Selain itu, pangkalan
data juga dapat menghasilkan laporan pelajar dengan pantas untuk kegunaan guru
ketika hari korferehensi waris.
2.7 Guru dapat selitkan elemen bermain semasa belajar
Selain gaya pembelajaran kuliah, guru boleh menyelitkan elemen bermain
semasa belajar untuk menyeronokkan lagi suasana pembelajaran. Guru dapat
membina permainan maya yang berilmiah dengan adanya rangkaian internet.
Antaranya ialah permainan Kahoot!, Quizziz, Quizlet Live dan banyak lagi. Kaedah
pembelajaran ini amat sesuai dengan suasana abad ke-21 di mana pembelajaran
dua hala ditekankan dan melibatkan penggunaan teknologi yang banyak. Aktiviti
seperti ini dapat meningkatkan penglibatan aktif, minat dan keselesaan murid di
dalam kelas.
2.8 Menjamin keselamatan data yang tinggi
4
Sistem rangkaian juga menjamin keselamatan data yang tinggi. Pengguna tidak
dapat melihat fail pengguna lain dengan sewenang-wenangnya. Jadi, fail, program
atau maklumat di rangkaian lebih selamat kerana guru tidak perlu risau tentang
penyalinan data secara tidak sah. Guru perlu menetapkan kata laluan pada direktori
tertentu untuk menyekat akses kepada pengguna yang tidak dibenarkan.
Penggunaan aplikasi yang direka untuk mendapatkan kata laluan atau akses melebihi
hak yang diberikan kepada pengguna adalah dilarang. Keadaan ini dianggap sebagai
penggodaman kerana telah melanggar Undang-undang Negeri dan Persekutuan dan
penggodam akan didakwa.
2.9 Dapat berkongsi perkakasan dalam satu rangkaian
Sistem rangkaian juga melibatkan perkongsian peranti di dalam rangkaian sama
ada berwayar atau tidak berwayar. Sebagai contoh, pencetak laser, mesin faks,
modem, pengimbas dan pemain CD-ROM. Apabila perkakasan ini ditambahkan ke
rangkaian, mereka boleh dikongsi oleh banyak pengguna. Sebagai contoh,
penggunaan perkhidmatan percetakan dapat menjimatkan kos mesin pencetak,
sekaligus menjimatkan tenaga elektrik. Seterusnya, penggunaan rangkaian
pelayan-server dapat memuatkan semua perisian pada satu komputer iaitu komputer
pelayan. Hal ini dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mengemas kini atau
menjejak fail.
3.0 Kesimpulan
Walaupun penggunaan sistem rangkaian dalam skop pendidikan, guru atau ibu
bapa wajib melakukan pemantauan secara kerap untuk memastikan murid tidak
menyalahgunakan penggunaan rangkaian. Penggunaan telekomunikasi yang luas
membolehkan pelajar meneroka ribuan laman web tanpa batasan. Jadi, kegiatan
murid perlu diperhatikan dan ibu bapa perlu menekankan penggunaan komputer
terhadap aktiviti pembelajaran.
Ibu bapa disarankan untuk membahagikan masa murid menggunakan komputer
dengan tujuan hiburan dan pembelajaran. Menurut Pengerusi Persidangan Persatuan
Ketagihan Internet Antarabangsa (ISIA) 2016, dan Pakar Perunding Psikiatri
Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Norharlina Bahar, dalam Utusan Online, penggunaan
5
Internet secara berlebihan boleh membawa kepada kegagalan menjalankan rutin
seharian.
Selain itu, guru perlu sedar bahawa walaupun sistem rangkaian komputer banyak
memberi faedah kepada murid, tetapi guru tidak disarankan untuk menggunakan
sistem rangkaian sepenuhnya sebagai medium pengajaran. Hal ini kerana tidak
semua pengajaran dapat disampaikan melalui komputer. Guru juga perlu cakna
tentang penglibatan deria pembelajaran selain visual dan pendengaran seperti deria
sentuhan, rasa, atau hidu.
Kesimpulannya, guru perlu tahu dengan mendalam atau menjelajah terlebih
dahulu tentang sistem rangkaian komputer sebelum menggunakannya. Ternyata,
sistem rangkaian komputer dapat membantu guru menambah baik suasana
pengajaran, sesuai dengan konsep pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). PdPc
adalah lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan
sesuai dengan perkembangan semasa yang semakin banyak melibatkan teknologi.
(1,045 patah perkataan)

More Related Content

What's hot

Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisianwazi musa
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratifputeh_qu
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif raulhayes97
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutputSuriyana Ahmad
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianWan Mohamad Farhan
 
Pemupukan integrasi nasional
Pemupukan integrasi nasional Pemupukan integrasi nasional
Pemupukan integrasi nasional muhamad hasif
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorzakwan azhar
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 

What's hot (20)

Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian5 maksud dan jenis perisian
5 maksud dan jenis perisian
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
2.2 perkakasan peranti inputoutput
2.2 perkakasan  peranti inputoutput2.2 perkakasan  peranti inputoutput
2.2 perkakasan peranti inputoutput
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKKKemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif KBKK
 
BAB 4 Perisian operasi
BAB 4   Perisian operasiBAB 4   Perisian operasi
BAB 4 Perisian operasi
 
Bantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksiaBantu masalah disleksia
Bantu masalah disleksia
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
 
Pemupukan integrasi nasional
Pemupukan integrasi nasional Pemupukan integrasi nasional
Pemupukan integrasi nasional
 
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
EDUP3083 : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU : PENULISAN A...
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 

Similar to Sistem Rangkaian Komputer Meningkatkan Kecerdasan Guru

Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018nurfadilahhh1
 
Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...
Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...
Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...IIN NURHASANAH
 
SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...
SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...
SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...yonostheven
 
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...suryo pranoto
 
Komputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan Manusia
Komputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan ManusiaKomputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan Manusia
Komputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan ManusiaYoshiie Srinita
 
Media pembelajaran
Media  pembelajaranMedia  pembelajaran
Media pembelajarantutundarlN
 
Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...
Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...
Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...rika43116110306
 
Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma, e learning, universitas mercu buana,...
Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma,  e learning, universitas mercu buana,...Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma,  e learning, universitas mercu buana,...
Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma, e learning, universitas mercu buana,...narwati narwati
 
Strategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis webStrategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis webbagibagiilmu
 
Proposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptx
Proposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptxProposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptx
Proposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptxhermanSusilo43
 
Modul media pembelajaran web
Modul media pembelajaran webModul media pembelajaran web
Modul media pembelajaran webambarlestari
 
Kelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada paiKelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada paiYenima27
 
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...Rahma Kesumawati
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancageGun Gun Gunawan
 

Similar to Sistem Rangkaian Komputer Meningkatkan Kecerdasan Guru (20)

Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
Sim, 11, nurfadilah, hapzi ali, e learning , universitas mercubuana, 2018
 
Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...
Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...
Sim,in nurhasanah,prof.dr.ir.hapzi ali,mm,cma,pengenalan e learning,universit...
 
SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...
SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...
SIM 14, YONO, PROF. Dr. HAPZI ALI CMA, Pengenalan E-Learning, UNIVERSITAS MER...
 
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
Sim, suryo pranoto, prof. dr hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, unive...
 
Komputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan Manusia
Komputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan ManusiaKomputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan Manusia
Komputer Dan Kegunaanya dalam Kehidupan Manusia
 
Komputer dan kegunaannya
Komputer dan kegunaannyaKomputer dan kegunaannya
Komputer dan kegunaannya
 
1544 3166-1-sm
1544 3166-1-sm1544 3166-1-sm
1544 3166-1-sm
 
Media pembelajaran
Media  pembelajaranMedia  pembelajaran
Media pembelajaran
 
Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...
Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...
Sim, rika nurjanah, prof. dr. ir. hapzi ali, mm, cma, pengenalan e learning, ...
 
PPT_Kelompok_4.pptx
PPT_Kelompok_4.pptxPPT_Kelompok_4.pptx
PPT_Kelompok_4.pptx
 
Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma, e learning, universitas mercu buana,...
Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma,  e learning, universitas mercu buana,...Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma,  e learning, universitas mercu buana,...
Sim, narwati, prof. dr. hapzi ali, cma, e learning, universitas mercu buana,...
 
Strategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis webStrategi pembelajaran berbasis web
Strategi pembelajaran berbasis web
 
Proposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptx
Proposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptxProposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptx
Proposal Pengadaan Peralatan Multimedia Lab Komputer.pptx
 
Modul media pembelajaran web
Modul media pembelajaran webModul media pembelajaran web
Modul media pembelajaran web
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Kelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada paiKelompok 3 perkembangan internet pada pai
Kelompok 3 perkembangan internet pada pai
 
Berfikir lokal
Berfikir lokalBerfikir lokal
Berfikir lokal
 
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
 
2 e learning
2 e learning2 e learning
2 e learning
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet Balerancage
 

More from rosedainty

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)rosedainty
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)rosedainty
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...rosedainty
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visualrosedainty
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodanrosedainty
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)rosedainty
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Reliefrosedainty
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespinrosedainty
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhanrosedainty
 
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas TumbuhanSCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhanrosedainty
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesisrosedainty
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwanrosedainty
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makananrosedainty
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanakrosedainty
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasirosedainty
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 

More from rosedainty (20)

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas TumbuhanSCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasi
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 

Recently uploaded

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 

Sistem Rangkaian Komputer Meningkatkan Kecerdasan Guru

  • 1. 1 TUGASAN 3: PENULISAN ESEI Sejauh manakah sistem rangkaian komputer dapat meningkatkan kecekapan seorang guru dalam menguruskan sumber pendidikan? 1.0 Pengenalan Rangkaian komputer ialah sambungan dua atau lebih perkakasan yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasi. Ia dapat disambungkan melalui peranti komunikasi atau media penghantaran tertentu untuk menjalankan satu operasi yang selaras. Pada zaman kini, rangkaian komputer jenis berwayar dan tidak berwayar digunakan secara meluas dalam semua bidang terutamanya pendidikan. Rangkaian komputer telah membuka arena baru dalam pendidikan dari segi pembangunan pendidikannya. 2.0 Isi-isi Penting 2.1 Meningkatkan prestasi persembahan guru Sistem rangkaian komputer dapat meningkatkan prestasi persembahan guru dalam bilik darjah sekaligus prestasi sesebuah sekolah. Sistem rangkaian dapat membantu guru menyediakan pembelajaran yang menarik, lengkap, terkini dan berkesan. Guru dapat mencari grafik atau video di internet untuk menyampaikan ilmu dengan lebih jelas. Guru boleh menggunakan sumber di internet untuk mengajar topik yang sukar untuk diterangkan melalui lisan. Gaya pengajaran ini amat sesuai dengan kecerdasan murid yang pelbagai. Pembelajaran juga semakin meluas dan tanpa sempadan. 2.2 Mempelbagaikan proses pengajaran guru Seterusnya, sistem rangkaian komputer dapat mempelbagaikan proses pengajaran guru. Dengan adanya rangkaian komputer, talian internet dapat dikongsi oleh semua komputer dalam rangkaian. Contohnya, penggunaan Local Area Network (LAN) di sebuah bilik guru. LAN terdiri daripada sekumpulan komputer atau peranti yang menghubungkan peranti rangkaian jarak yang agak pendek. Hal ini dapat mendorong para guru berkongsi data pembelajaran dengan guru lain khususnya guru yang mengajar subjek yang sama. Guru yang mengajar subjek yang sama boleh
  • 2. 2 berkongsi slaid, bahan pengajaran atau idea pengajaran kerana setiap guru mempunyai strategi mengajar yang berbeza walaupun topik yang sama. Dengan ini, guru dapat melestarikan gaya pembelajaran variasi di dalam kelas. 2.3 Memudahkan guru membuat kerja di mana sahaja Selain itu, sistem rangkaian komputer memudahkan guru membuat kerja berkaitan pendidikan di mana sahaja. Guru boleh menyimpan semua bahan pembelajaran di simpanan atas talian (cloud storage) seperti Google Drive atau Dropbox. Dengan ini, tiada lagi risiko kehilangan bahan pengajaran atau lupa membawa bahan pengajaran ke kelas kerana cloud storage dapat diakses di mana sahaja menggunakan rangkaian komputer tidak berwayar. Guru juga dapat mengemaskini maklumat di cloud storage dengan mudah tanpa ada pertindihan data atau fail yang lewah. Murid pula dapat mengakses fail mereka dari komputer di seluruh sekolah melalui sebuah rangkaian yang dibina di sekolah. Jadi, murid dapat menyiapkan tugasan mereka di mana-mana sahaja. 2.4 Dapat mewujudkan komunikasi pelbagai hala Di samping itu, sistem rangkaian komputer dapat mewujudkan komunikasi pelbagai hala. Seorang guru bukan sahaja dapat membuat rangkaian dengan guru lain yang berdekatan, malah dengan individu yang sangat jauh. Guru juga dapat berhubung dengan murid di luar waktu kelas dengan mudah tanpa diganggu faktor jarak dan masa. Rangkaian tanpa wayar juga menawarkan pelbagai kemudahan perkhidmatan mesej seperti e-mel, laman web sosial, chatroom dan lain-lain. Selain itu, guru juga dapat berkongsi pautan laman web yang berkaitan pembelajaran dengan murid. Murid juga dapat melakukan perbincangan secara siaran langsung di atas talian dengan murid lain atau guru dengan efektif. Contohnya, surat elektronik melalui LAN membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan apabila disambungkan ke Internet. 2.5 Murid bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa hadapan
  • 3. 3 Umumnya, murid yang didedahkan dengan sistem rangkaian di sekolah akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan masa hadapan yang lebih berteknologi. Hal ini kerana, semakin hari, kehidupan seharian kita semakin bergantung kepada komputer. Dari aspek pendidikan, sistem rangkaian komputer menggalakkan pelajar untuk menjalankan penyelidikan, meneroka dunia, dan berkomunikasi dengan orang lain. Murid juga dapat mengakses perpustakaan online bila-bila sahaja untuk mendapatkan maklumat. Dengan adanya murid seperti ini, prestasi sekolah dapat ditingkatkan, sekaligus meletakkan negara kita setaraf dengan negara berteknologi maju yang lain. 2.6 Guru dapat uruskan maklumat murid dengan teratur dan efisien Melalui perkhidmatan pangkalan data, guru dapat menguruskan maklumat murid dengan teratur dan efisien. Sistem perkhidmatan pangkalan data ialah sistem perisian yang menguruskan pangkalan data untuk menyimpan data yang banyak dalam ruang penyimpanan yang kecil. Guru boleh menyimpan maklumat murid, data pemarkahan murid, atau sebagainya di pangkalan data. Pangkalan data memudahkan guru untuk mendapatkan kembai data yang telah disimpan melalui carian. Selain itu, pangkalan data juga dapat menghasilkan laporan pelajar dengan pantas untuk kegunaan guru ketika hari korferehensi waris. 2.7 Guru dapat selitkan elemen bermain semasa belajar Selain gaya pembelajaran kuliah, guru boleh menyelitkan elemen bermain semasa belajar untuk menyeronokkan lagi suasana pembelajaran. Guru dapat membina permainan maya yang berilmiah dengan adanya rangkaian internet. Antaranya ialah permainan Kahoot!, Quizziz, Quizlet Live dan banyak lagi. Kaedah pembelajaran ini amat sesuai dengan suasana abad ke-21 di mana pembelajaran dua hala ditekankan dan melibatkan penggunaan teknologi yang banyak. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan penglibatan aktif, minat dan keselesaan murid di dalam kelas. 2.8 Menjamin keselamatan data yang tinggi
  • 4. 4 Sistem rangkaian juga menjamin keselamatan data yang tinggi. Pengguna tidak dapat melihat fail pengguna lain dengan sewenang-wenangnya. Jadi, fail, program atau maklumat di rangkaian lebih selamat kerana guru tidak perlu risau tentang penyalinan data secara tidak sah. Guru perlu menetapkan kata laluan pada direktori tertentu untuk menyekat akses kepada pengguna yang tidak dibenarkan. Penggunaan aplikasi yang direka untuk mendapatkan kata laluan atau akses melebihi hak yang diberikan kepada pengguna adalah dilarang. Keadaan ini dianggap sebagai penggodaman kerana telah melanggar Undang-undang Negeri dan Persekutuan dan penggodam akan didakwa. 2.9 Dapat berkongsi perkakasan dalam satu rangkaian Sistem rangkaian juga melibatkan perkongsian peranti di dalam rangkaian sama ada berwayar atau tidak berwayar. Sebagai contoh, pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM. Apabila perkakasan ini ditambahkan ke rangkaian, mereka boleh dikongsi oleh banyak pengguna. Sebagai contoh, penggunaan perkhidmatan percetakan dapat menjimatkan kos mesin pencetak, sekaligus menjimatkan tenaga elektrik. Seterusnya, penggunaan rangkaian pelayan-server dapat memuatkan semua perisian pada satu komputer iaitu komputer pelayan. Hal ini dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mengemas kini atau menjejak fail. 3.0 Kesimpulan Walaupun penggunaan sistem rangkaian dalam skop pendidikan, guru atau ibu bapa wajib melakukan pemantauan secara kerap untuk memastikan murid tidak menyalahgunakan penggunaan rangkaian. Penggunaan telekomunikasi yang luas membolehkan pelajar meneroka ribuan laman web tanpa batasan. Jadi, kegiatan murid perlu diperhatikan dan ibu bapa perlu menekankan penggunaan komputer terhadap aktiviti pembelajaran. Ibu bapa disarankan untuk membahagikan masa murid menggunakan komputer dengan tujuan hiburan dan pembelajaran. Menurut Pengerusi Persidangan Persatuan Ketagihan Internet Antarabangsa (ISIA) 2016, dan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Norharlina Bahar, dalam Utusan Online, penggunaan
  • 5. 5 Internet secara berlebihan boleh membawa kepada kegagalan menjalankan rutin seharian. Selain itu, guru perlu sedar bahawa walaupun sistem rangkaian komputer banyak memberi faedah kepada murid, tetapi guru tidak disarankan untuk menggunakan sistem rangkaian sepenuhnya sebagai medium pengajaran. Hal ini kerana tidak semua pengajaran dapat disampaikan melalui komputer. Guru juga perlu cakna tentang penglibatan deria pembelajaran selain visual dan pendengaran seperti deria sentuhan, rasa, atau hidu. Kesimpulannya, guru perlu tahu dengan mendalam atau menjelajah terlebih dahulu tentang sistem rangkaian komputer sebelum menggunakannya. Ternyata, sistem rangkaian komputer dapat membantu guru menambah baik suasana pengajaran, sesuai dengan konsep pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). PdPc adalah lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa yang semakin banyak melibatkan teknologi. (1,045 patah perkataan)