SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
PEMBELAJARAN TRADISIONAL VS PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
Maizatul Shahirah Sabri (A153338@siswa.ukm.edu.my), Nur Nadia Ismail
(A172351@siswa.ukm.edu.my), Nur Faizatun Nabila Shamsudin
(A169478@siswa.ukm.edu.my), Wan Mohamad Farhan Wan Mohamad Fazali
(A171776@siswa.ukm.edu.my)
ABSTRAK
Kertas ini mendedahkan perlaksanaan kaedah pembelajaran secara tradisional dan atas talian di
institusi universiti. Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengenal pasti pembelajaran yang
paling sesuai dan tahap keberkesanan mengikut pilihan mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kaedah yang digunakan bagi menjalankan kajian ini ialah menggunakan borang soal
selidik secara rawak melibatkan seramai 70 orang responden pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Berdasarkan dapatan kajian
menunjukkan majoriti responden mengatakan bahawa mereka lebih memilih kaedah
pembelajaran secara tradisional lebih efektif berbanding pembelajaran atas talian, malah dapat
juga memberikan kepuasan belajar kepada pelajar. Melalui pembelajaran ini, cadangan
penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkukuhkan diri sendiri apabila menggabungkan
kedua-duanya. Justeru itu, jika penggabungan pembelajaran tersebut seharusnya dapat menarik
perhatian pelajar agar tidak merasa bosan dan hilang fokus terhadap subjek pelajaran yang
dipelajarinya.
Kata kunci: pembelajaran tradisional, pembelajaran atas talian, penggabungan pembelajaran.
ABSTRACT
This paper reveals the implementation of traditional and online learning methods at university
institutions. The objective of this study is to identify the most appropriate learning and
effectiveness level according to the students ' selection of Universiti Kebangsaan Malaysia. The
method used to undertake this study was to use a random questionnaires involving a total of 70
students from Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi and Universiti Kebangsaan Malaysia,
Cheras. Based on the findings, a majority of the respondents said that they prefer traditional
learning methods more effectively than online learning, but also provide students with the
satisfaction of learning. Through this learning, improvements have been submitted to strengthen
themselves when combining both. Therefore, if such a combination of learning should be able to
attract the students not to be bored and lose focus on the subject they are learning.
Keywords: traditional learning, online learning, combination of learning.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pembelajaran tradisional
Pembelajaran secara bersemuka dan melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dan pensyarah
atau sesama pelajar untuk mendapatkan ilmu dengan berkesan. Pembelajaran tradisional
memberikan kesan yang positif contohnya pelajar dapat menyiapkan kerja atau tesis dengan
lebih efisyen dan cepat. Hubungan supervisor dan pelajar dalam pembelajaran tradisional juga
berjalan dengan baik, begitu juga dengan pertukaran idea, pandangan dan buah fikiran.
Pembelajaran tradisional turut berupaya untuk menilai kemajuan pelajar dengan cara yang
diyakini. Keadaan ini pastinya dapat mengurangkan cabaran kepada pensyarah dan sesama
pelajar. Sementara itu, kelebihan yang terdapat dalam pembelajaran tradisional secara bersemuka
berjaya mencapai matlamat. Sebagai contoh, belajar secara berkumpulan sesama pelajar
membina penguasaan diri dan memyelesaikan masalah-masalah kecil yang berkaitan dengan
tugasan yang diberikan.
1.2 Pembelajaran atas talian
Pembelajaran atas talian adalah merujuk kepada sebarang pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan internet untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan.
Pembelajaran atas talian boleh dijalankan di mana-mana pada bila-bila masa dalam persekitaran
pembelajaran maya. Dengan kecanggihan teknologi semasa, ia dapat meningkatkan pemahaman
pelajar serta membina idea dari pelbagai maklumat dengan pantas dari talian internet termasuk
laman web, blog, video, imej (Instagram dan Pinterest) dan juga pembentangan (SlideShare dan
Prezi) di atas talian. Malahan, melalui interaksi sosial sesama dengan pelajar membolehkan
proses berfikir untuk pembinaan ilmu pengetahuan. Ini adalah kerana perbincangan yang
berpusatkan pelajar boleh membangunkan kemahiran berfikir secara kritis. Semasa pelajar
berinteraksi, perbezaan pendapat mereka diselesaikan untuk mencapai persefahaman. Oleh itu,
interaksi bersama pelajar lain, pengajar dan bahan-bahan pembelajaran di atas talian yang sesuai
boleh meningkatkan pemahaman semasa pembelajaran konsep.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan dan implikasi cara pengajaran samada
dari segi tradisional dan moden. Kajian ini akan dapat mengetahui tentang cara pengajaran
manakah yang lebih berkesan dan mempunyai impak yang tinggi kepada pelajar. Seterusnya kita
juga dapat mengetahui implikasi dan kesan negatif dari kedua dua kaedah pengajaran. Kajian ini
boleh digunakan oleh para guru, ibu bapa, pelajar dan rujukan para pengkaji lain. Dalam dunia
sains kini yang serba canggih, bahan pembelajaran kini bukan sahaja bergantung kepada bukan
semata-mata kepada buku teks dan alat tulis tetapi turut diperkenalkan dengan bahan bantu
mengajar (BBM) yang berasaskan teknologi maklumat seperti komputer, internet, LCD, camera
digital, CD Rom dan sebagainya. Pada generasi kini juga para pelajar juga lebih meminati
teknologi komputer, komunikasi, dan teknologi maklumat kerana pada mereka perkara ini lebih
menarik perhatian dengan penggunaan warna, grafik yang menarik dan penggunaan suara yang
menyebabkan pelajar tidak mdah jemu dengan pembelajaran seharian.Jika guru mengunakan
teknologi dalam pengajaran seharian mereka, pelajra sudah semestinya akan merasa kagum dan
seterusnya meminati mata pelajaran tersebut dan dapat menguasai pelajaran dan baik.
Berbeza pula dengan kaedah pengajaran tradisional iaitu guru mengajar di dalam kelas.
Sering kali terjadi di dalam kelas, pelajar tertidur, tidak memberi perhatian semasa guru
mengajar dan hanyut dalam khayalan masing-masing. Ini semua berlaku kerana pelajar sudah
berasa bosan dan jemu di dalam kelas atau kaedah pengajaran kurang menarik dan tidak dapat
menarik perhatian pelajar. Impaknya segala ilmu dan pengetahuan yang hendak disampaikan
tidak dapat diterima dengan baik, seterusnya pencapaian pelajar juga kurang memuaskan.
Kemudian, keadaan akan menjadi lebih sukar jika guru tidak mempunyai kemahiran untuk
menarik minat pelajar dan hanya mengajar dengan menerangkan isi mata pelajaran tanpa bahan
bantu mengajar yang berkesan. Selain itu juga, kaedah pengajaran juga menghadkan pelajar
mendapat ilmu dari buku teks saja tanpa didedahkan dengan dunia luar yang lebih meluas. Buku
teks juga tidak dinaik taraf atau diubah setiap tahun menyebabkan isi kandungannya mungkin
ketinggalan dan telah berubah tidak mengikut peredaran masa.
Berdasarkan penyataan-penyataan diatas pengkaji mahu menkaji tentang keberkesanan dan
implikasi kedua dua kaedah ini terhadap pelajar. Adakah kaedah ini boleh meningkatkan prestasi
pelajar
3.0 TUJUAN KAJIAN
Secara umum, kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar mengenai
pembelajaran tradisional dan pembelajaran atas talian. Kajian ini juga telah mengambil kira
demografi responden, bukan itu sahaja namun mengenalpasti tahap keberkesanan pembelajaran
tradisional dan pembelajaran atas talian serta pandangan mengenai dua kaedah pembelajaran
tersebut.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat 3 objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan kajian dibuat berlandaskan objektif
berikut:
i. Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran atas talian dalam kalangan mahasiswa
UKM.
ii. Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran tradisional dalam kalangan mahasiswa
UKM.
iii. Mengenal pasti medium pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan mengikut
pilihan mahasiswa UKM.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
i. Adakah pembelajaran atas talian berkesan kepada mahasiswa UKM ?
ii. Adakah pembelajaran tradisional memberi kesan kepada mahasiwa UKM ?
iii. Apakah medium pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan yang menjadi pilihan
mahasiswa UKM ?
6.0 KAEDAH KAJIAN
Untuk menjalankan tugasan ini kami mengunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat yang tepat dan benar. Antara kaedah yang kami gunakan adalah kaedah membuat
rujukan dari buku dan internet serta mengunakan kaedah borang soal selidik.
Kaedah yang kami gunakan ialah kaedah merujuk kepada sumber internet dan buku. Untuk
rujukan internet kami merujuk dari jurnal dan kajian lepas untuk mendapatkan isi-isi dan
maklumat berkaitan dengan tajuk kajian kami. Seterusnya juga kami merujuk dari blog dan
sumber sumber internet yang boleh diyakini. Daripada maklumat yang kami dapat barulah kami
dapat membina soalan untuk kaedah kajian yang seterusnya.
Kaedah seterusnya adalah kami mengunakan kaedah borang soal selidik untuk
menyelesaikan kajian kami. Kami membuat soalan yang ringkas dan tepat dengan kehendak
objektif. Soalan yang dibuat juga ringkas dan jelas. Selain itu soalan juga mestilah mudah
difahami orang responden untuk mengelakkan maklum balas yang kami dapat tidak tersasar dari
objektif sebenar kajian.
Setelah soalan siap kami mengedarkan borang dalam bentuk google form kepada pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia melalui aplikasi whatsapp. Setelah mendapat responden seramai
70 orang, borang soal selidik ditutup dan diserah balik untuk memulakan sesi pentafsiran.
Kesimpulannya, kami telah menggunakan kaedah rujukan buku dan internet serta borang soal
selidik untuk menjalankan tugasan ini. Kaedah ini dipilih untuk mendapatkan maklumat yang
tepat bagi objektif kajian bagi tugasan ini.
21%
79%
Jantina
Lelaki
Perempuan
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pertama untuk latar belakang
responden, kedua bagi menentukan tahap pengetahuan responden mengenai pembelajaran atas
talian (Pembelajaran Online), ketiga bagi menentukan tahap persepsi responden mengenai
pembelajaran tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”) dan keempat bagi menentukan tahap
persepsi responden mengenai dua medium pengajaran yang paling sesuai dan berkesan mengikut
pilihan pelajar iaitu pembelajaran atas talian (Pembelajaran Online) lawan dengan Pembelajaran
Tradisional (Pembelajaran “Face-TO-Face”).
7.1 Latar Belakang Responden
Dalam kajian ini, seramai 70 responden pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Cheras dan Universiti Kebangsaan Kebangsaan Kampus Bangi telah mengambil
bahagian dalam soal selidik bagi mendapatkan dapatan kajian. Seramai 15 responden lelaki
(21.40%) dan 55 responden perempuan (78.60%) telah mengambil bahagian dalam kajian ini
seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Umur responden terdiri daripada 24 orang (34.30&) berumur
antara bawah 20 tahun, 44 orang (62.90%) berumur antara 20 hingga 25 tahun, 2 orang (2.90%)
berumur antara 25 hingga 29 tahun dan hanya 3 orang (4.30%) berumur antara 30 tahun ke atas
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 1 : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina
Rajah 2 : Latar Belakang Responden Mengikut Umur
Rajah 3 pula menunjukkan mengenai keturunan responden terdiri daripada seramai 61
orang (87.10%) bagi berketurunan Melayu, manakala 5 orang (7.10%) bagi berketurunan Cina
dan hanya seorang (1.40%) sahaja bagi berketurunan India, Goodluck, Dusun, Orang Asli
(Semenanjung) dan Bumiputera Sabah. Latar belakang Agama (Rajah 4) responden terdiri
daripada seramai 62 orang (88.60%) bagi yang beragama Islam, hanya seorang (1.40%) bagi
yang beragama Hindu, GoodLuck dan Anismisma, dan bagi yang beragama Buddha pula
seramai 5 orang (7.10%) sahaja.
33%
60%
3% 4%
Umur
Bawah 20 Tahun
20 Hingga 25 Tahun
25 Hingga 29 Tahun
30 Tahun ke Atas
Rajah 3 : Latar Belakang Responden Mengikut Keturunan
Rajah 4 : Latar Belakang Responden Mengikut Agama
86%
7%
2%
2%
1%
1%
1%
Keturunan
Melayu
Cina
India
GoodLuck
Dusun
Orang Asli (Semenanjung)
Bumiputera Sabah
94%
2%
0%
2%
1%
1%
Agama
Islam
Hindu
Kristian
Buddha
GoodLuck
Anismisma
Rajah 5 pula menunjukkan mengenai peringkat pengajian responden terdiri daripada
seramai 4 orang responden (5.70%) bagi peringkat pengajian Diploma, seramai 65 orang
responden (92.90%) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan hanya 2 orang responden (2.90%)
sahaja bagi peringkat Ijazah Sarjana. Tahun pengajian (Rajah 6) responden terdiri daripada
seramai 36 orang (51.40%) responden bagi pelajar tahun 1, 15 orang responden (21.40%)
responden bagi pelajar tahun 2, 9 orang (12.90%) responden bagi pelajar tahun 3 dan hanya 10
orang (14.30%) responden sahaja bagi tahun 4 iaitu pelajar tahun Akhir pengajian di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Penempatan tinggal (Rajah 7) responden terdiri daripada 45 orang
(64.30%) responden yang tinggal di bandar dan hanya 25 orang (35.70%) responden yang
tinggal di luar bandar.
Rajah 5 : Latar Belakang Responden Mengikut Peringkat Pengajian
6%
91%
3%
Peringkat Pengajian
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
Rajah 6 : Latar Belakang Responden Mengikut Tahun Pengajian
Rajah 7 : Latar Belakang Responden Mengikut Tempat Tinggal
64%
36%
Tempat Tinggal
Bandar
Luar Bandar
52%
21%
13%
14%
Tahun Pengajian
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
7.2 Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran
Online)
Analisis data bagi tahap persepsi pelajar mengenai pembelajaran atas talian (pembelajaran
online) berdasarkan dapatan daripada responden pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Bangi dan Kampus Cheras ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 7. Keputusan
menunjukkan persepsi pelajar mengenai mengakses isi-isi pembelajaran atas talian di mana
sahaja dan pembelajaran atas talian boleh menggunakan aplikasi pada mana-mana peranti
(Pernyataan 7 dan Pernyataan 8) berada dalam tahap yang tinggi (Pernyataan 7: M=4.1286,
sp=.88336 dan Pernyataan 8: M=4.1286, sp= .89962). Namun persepsi mengenai pembelajaran
atas talian yang lain berada tahap sederhana seperti dalam Jadual 3 bagi pernyataan 1 sehingga 6
dan pernyataan 9 serta pernyataan 10. Rajah 5 juga menunjukkan kekerapan pelajar yang
memilih ‘Setuju’ agak tinggi kerana tahap persepsi pelajar yang sederhana mengenai
pembelajaran atas talian (pembelajaran online) di kalangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti
Keebangsaan Malaysia.
Jadual 3 : Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran
Online)
Statistik Deskriptif (Descriptive Statistics)
Pernyataan
(Statement)
Min
(Mean)
Sisihan Piawaian
(Std. Deviation)
Pernyataan 1: Pembelajaran Online [Saya sering
menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian
seperti Kahoot, I-Folio, MOOCs dan sebagainya]
4.0714 .90604
Pernyataan 2: Pembelajaran Online [Saya
merasakan pembelajaran E-learning lebih seronok]
3.6286 1.11864
Pernyataan 3: Saya merasakan penggunaan
medium pembelajaran atas talian mudah digunakan
3.8857 1.01500
Pernyataan 4: Saya merasakan penggunaan
medium atas talian dalam pembelajaran sangat
berkesan
3.6571 1.12785
Pernyataan 5: Aktiviti dan perbincangan melalui
E-learning lebih seronok dan menarik
3.3714 1.20592
Pernyataan 6: Video yang dimuat naik di dalam
medium e-learning meningkatkan pengetahuan saya
dalam sesuatu topik dengan lebih berkesan
3.7857 .97643
Pernyataan 7: Saya boleh mengakses isi-isi
pembelajaran di mana sahaja dan meningkatkan
kesediaan saya untuk menghadiri kuliah
4.1286 .88336
Pernyataan 8: Saya boleh menggunakan aplikasi
pembelajaran atas talian ini pada mana-mana peranti
4.1286 .89962
Pernyataan 9: Pembelajaran atas talian lebih
menjimatkan masa saya
3.8571 1.08060
Pernyataan 10: Saya merasakan reka bentuk
sesuatu aplikasi pembelajaran atas talian amat
mudah difahami dan mudah digunakan
3.8286 1.03520
Rajah 5 : Peratusan Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian
(Pembelajaran Online) Dalam Kalangan Mahasiswa/i UKM
7.3 Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran
“Face-To-Face”)
Dapatan bagi tahap persepsi responden mengenai pembelajaran tradisional (pembelajaran “Face-
To-Face”) yang ditunjukkan dalam Jadual 4 dan Rajah 6. Beberapa situasi yang menunjukkan
situasi pembelajaran bersemuka dinyatakan dalam pernyataan 1 sehingga 10. Situasi
pembelajaran bersemuka dari segi masa, prestasi pelajar, keyakinan serta motivasi pelajar seperti
dalam Jadual 4 iaitu Pernyataan 1, 3, 4, 5, 6, 7, 9 dan 10 berada pada tahap yang sederhana
dengan anggaran min daripada 3.7714 sehingga 4.1286. Manakala, persepsi responden mengenai
pembelajaran tradisional lebih mudah memahami apa yang di ajar secara bersemuka dan
pembelajaran secara bersemuka memberi lebih berkesan kepada pelajar seperti dalam Pernyataan
2 (M=4.3000, sp=.82269) dan Pernyataan 8 (M=4.2286, sp=.87097) berada pada tahap tinggi.
Secara keseluruhannya situasi bagi situasi pembelajaran bersemuka dari segi masa, prestasi
pelajar, keyakinan serta motivasi pelajar bagi kajian ini menunjukkan persepsi yang sederhana
manakala situasi pembelajaran tradisional boleh mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah
dan pembelajaran secara bersemuka memberi lebih berkesan kepada pelajar menunjukkan
persepsi yang agak tinggi. Rajah 6 juga menunjukkan kekerapan pelajar yang memilih ‘Setuju’
agak tinggi kerana tahap persepsi pelajar yang sederhana mengenai pembelajaran tradisional
(pembelajaran “Face-To-Face”) di kalangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jadual 4 : Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face-
To-Face”)
Statistik Deskriptif (Descriptive Statistics)
Pernyataan
(Statement)
Min
(Mean)
Sisihan Piawaian
(Std. Deviation)
Pernyataan 1: Saya merasakan pembelajaran
secara bersemuka lebih seronok
4.1000 .90330
Pernyataan 2: Saya lebih mudah memahami apa
yang di ajar secara bersemuka
4.3000 .82269
Pernyataan 3: Pembelajaran tradisional
meningkatkan prestasi akademik saya
4.0571 .88278
Pernyataan 4: Pembelajaran secara bersemuka
mengeratkan hubungan saya dan pensyarah
4.1714 .94748
Pernyataan 5: Perbincangan secara bersemuka
menjimatkan masa dalam menyiapkan tugasan
berkumpulan
3.8000 1.16221
Pernyataan 6: Pembelajaran secara bersemuka
meningkatkan keyakinan diri saya
4.1286 .96190
Pernyataan 7: Saya dapat menyelesaikan masalah
dalam sesuatu topik dengan lebih cepat dan mudah
4.1286 .91559
Pernyataan 8: Pembelajaran secara bersemuka
lebih berkesan
4.2286 .87097
Pernyataan 9: Pembelajaran secara bersemuka
menjimatkan masa saya
3.7714 1.09242
Pernyataan 10: Saya merasakan pembelajaran
secara bersemuka meningkatkan motivasi saya
4.1000 .90330
Rajah 6 : Peratusan Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian
(Pembelajaran Online) Dalam Kalangan Mahasiswa/i UKM
7.4 Tahap Persepsi Responden Mengenai Keberkesanan Antara Dua Medium
Pengajaran iaitu Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) lawan dengan
Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”)
Akhir sekali, analisis data bagi tahap persepsi pelajar mengenai keberkesanan antara dua medium
pengajaran iaitu pembelajaran atas talian (pembelajaran online) lawan dengan pembelajaran
tradisional (pembelajaran “Face-To-Face”) berdasarkan dapatan daripada responden pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi dan Kampus Cheras yang ditunjukkan dalam
Jadual 5 dan Rajah 7. Keputusan menunjukkan persepsi pelajar mengenai kedua medium
pengajaran pembelajaran atas talian lawan dengan pembelajaran tradisonal (pembelajaran “Face-
To-Face”) ialah dimana pelajar merasakan pembelajaran gabungan bersemuka dan atas talian
lebih berkesan berbanding pembelajaran tradisional sahaja dan pelajar juga merasakan
pembelajaran tradisional lebih meningkatkan keyakinan diri saya dalam pergaulan bersama rakan
dan pensyarah berbanding pembelajaran atas talian (Pernyataan 7 dan Pernyataan 8) berada
dalam tahap yang tinggi (Pernyatan 7: M=3.9429, sp=.99106 dan Pernyataan 8: M=4.2429, sp=
.80642). Namun persepsi mengenai pembelajaran atas talian yang lain berada tahap sederhana
seperti dalam Jadual 3 bagi pernyataan 1 sehingga 6 dan pernyataan 9 serta pernyataan 10. Rajah
7 juga menunjukkan kekerapan pelajar yang memilih ‘Setuju’ agak tinggi pada pembelajaran
tradisonal berbanding dengan pembelajaran atas talian kerana pembelajaran tradisional ataupun
dikenali sebagai pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan, boleh fokus belajar.
meningkatkan motivasi pelajar dan dapat meningkatkan keyakinan pelajar berbanding
pembelajaran atas talian. Secara keseluruhannya situasi bagi situasi pembelajaran bersemuka.
Statistik Deskriptif (Descriptive Statistics)
Pernyataan
(Statement)
Min
(Mean)
Sisihan Piawaian
(Std. Deviation)
Pernyataan 1: Saya lebih selesa menggunakan
aplikasi e-learning berbanding pergi ke kelas
2.9429 1.07522
Pernyataan 2: Saya merasakan pembelajaran
tradisional lebih berkesan berbanding pembelajaran
atas talian
3.9143 .95921
Pernyataan 3: Saya merasakan pembelajaran
tradisional lebih seronok berbanding pembelajaran atas
talian
3.7571 .96962
Pernyataan 4: Saya merasakan pembelajaran
tradisional lebih membantu saya dalam akademik
berbanding pembelajaran atas talian
3.8857 .95618
Pernyataan 5: Saya lebih fokus belajar di dalam kelas
berbanding belajar melalui atas talian
3.8429 1.05824
Pernyataan 6: Saya lebih bermotivasi mengikuti
pembelajaran tradisional berbanding pembelajaran atas
talian
3.9286 .92190
Pernyataan 7: Saya merasakan pembelajaran
gabungan bersemuka dan atas talian lebih berkesan
berbanding pembelajaran tradisional sahaja
3.9429 .99106
Pernyataan 8: Saya merasakan pembelajaran
tradisional lebih meningkatkan keyakinan diri saya
dalam pergaulan bersama rakan dan pensyarah
berbanding pembelajaran atas talian
4.2429 .80642
Pernyataan 9: Saya merasakan pembelajaran atas
talian lebih fleksibel dan menjimatkan masa
berbanding pembelajaran tradisional
3.8286 .97760
Pernyataan 10: Saya lebih memilih untuk belajar 3.5000 1.22474
Jadual 5: Tahap Persepsi Responden Mengenai Keberkesanan Antara Dua Medium Pengajaran
iaitu Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) lawan dengan Pembelajaran Tradisional
(Pembelajaran “Face-To-Face”)
Rajah 7: Peratusan Tahap Persepsi Responden Mengenai Keberkesanan Antara Dua Medium
Pengajaran iaitu Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) lawan dengan Pembelajaran
Tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”)
secara atas talian dalam jangka masa yang lama
berbanding belajar secara tradisional
8.0 PERBINCANGAN
Pendidikan merupakan perkara paling penting bagi sesebuah negara untuk berkembang.
Pendidikan membentuk acuan peribadi dan kecerdasan individu. Ia juga menyediakan bakat dan
motivasi kepada setiap individu(Aithal, 2016). Medium penyampaian pendidikan juga amat
penting dalam proses membangunkan individu melalui pendidikan yang menjadi tunggak utama
perkembangan negara. Pada zaman teknologi yang membangun ini, medium pengajaran dan
pembelajaran bukan lagi hanya bergantung kepada medium tradisional, malah pembelajaran
dengan penggunaan teknologi seperti atas talian serta aplikasi-aplikasi yang telah dikembangkan
kini semakin menjadi salah satu medium utama dalam bidang pendidikan. Bukan hanya di
institusi pengajian peringkat tinggi seperti universiti, malah juga di peringkat sekolah turut
menggunakan medium atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
meningkatkan penggunaan kurikulum secara online atau atas talian dalam institusi pendidikan,
pendidikan digitlal dilihat telah membuka jalan yang baru untuk generasi baru. Walaupun
pendidikan atas talian tidak bersifat revolusi, namun beberapa dekad yang lalu, terdapat
peningkatan yang drastik dalam penggunaan kaedah ini oleh golongan millenial atau generasi Y
(Auster, 2016). 2/3 daripada golongan profesional bersetuju bahawa pembelajaran atau sesuatu
kursus menggunakan kaedah atas talian menawarkan hasil yang sama dengan pembelajaran
tradisional (Allen and Seaman, 2011).
Sejak perkembangan teknologi berlaku dan telah sebati dengan budaya kita,
kebolehcapaian kepada teknologi semakin bersifat universal dan pendidikan atas talian menjadi
semakin terkenal dalam kalangan individu yang berada jauh, pelajar, dan terutamanya dalam
kalangan individu dalam bidang pekerjaan yang profesional dan individu yang berkeluarga
(Stevens, 2014). Selain itu, institusi serta universiti semakin berdepan dengan cabaran untuk
meningkatkan kemasukan, mengurangkan kos dan mengatasi kekurangan fasiliti (Auster, 2016).
Interaksi sosial dalam dunia atas talian dan luar talian, merupakan asas untuk pembinaan efektif
dan pemindahan ilmu pengetahuan dalam komuniti. Oleh itu lebih banyak institusi yang cuba
untuk memajukan pembelajaran secara atas talian. Berdasarkan kajian yang dijalankan di
Universiti Kebangsaan Malaysia, para mahasiswa lebih memilih kaedah pembelajaran tradisional
berbanding kaedah pembelajaran atas talian. Namun tidak dinafikan juga, ramai pelajar yang
menyatakan bahawa pembelajaran secara online membawa banyak kebaikan kepada mereka
dalam aspek-aspek tertentu seperti pembelajaran atas talian lebih mudah dan menjimatkan masa
mereka. Menurut Iwuchukwu 2014, antara sebab lain mengapa pelajar lebih memilih kursus
yang menggunakan medium pembelajaran atas talian adalah kerana mereka boleh mendengar
kuliah dari mana sahaja, berinteraksi dengan pensyarah adalah suatu kelebihan pembelajaran atas
talian dan menerima maklum balas yang segera.
Menurut kajian yang dijalankan antara tiga kursus pemasaran atas talian, keputusan
menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mendapati bahawa pembelajaran secara atas talian
adalah efisyen seperti pembelajaran tradisional. (Estelami, 2016). Pembelajaran atas talian turut
dikatakan efektif sama seperti pembelajaran atas talian. (Can, 2007). Kebanyakan kajian ini
dijalankan di luar negara. Kebanyakan pelajar mereka lebih memilih pembelajaran atas talian.
Namun di Malaysia, pembelajaran tradisional lebih ditekankan kerana dipercayai bahawa
pembelajaran tradisional lebih mendatangkan pelbagai kelebihan dalam meningkatkan prestasi
pembelajaran pelajar. Menurut kajian pada 2015, kebanyakan sebab pelajar lebih memilih kursus
yang berasaskan pembelajaran tradisional adalah kerana interaksi yang berlaku dan pilihan
pelajar untuk diajar secara bersemuka (Tichavsky et al, 2015). Terdapat pelbagai debat sama ada
pendekatan fizikal menggalakkan pembelajaran Hal ini dapat dibuktikan apabila berdasarkan
soal selidik yang diberi, kebanyakan pelajar menyatakan bahawa pembelajaran tradisional
merapatkan hubungan mereka dengan pensyarah dan rakan serta membantu mereka dalam
pembelajaran yang lancar. Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia turut memilih
pembelajaran tradisional sebagai medium pembelajaran pilihan mereka kerana mereka
merasakan pembelajaran secara bersemuka lebih seronok dan lebih memahami apa yang diajar.
Selain itu, pembelajaran secara bersemuka meningkatkan keyakinan diri mereka serta dapat
menjimatkan masa mereka kerana mereka dapat menyelesaikan masalah dalam sesuatu topik
dengan lebih cepat dan mudah.
Daripada keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa medium pembelajaran tradisional
lebih efektif dan lebih serasi dengan mahasiswa di Malaysia. Hal ini kerana medium
pembelajaran atas talian masih bukan lagi medium yang digunakan secara meluas diperingkat
sekolah. Mahasiswa sudah terbiasa dengan pembelajaran bersemuka sejak dibangku sekolah dan
mereka merasakan pembelajaran tradisional lebih banyak berkesan berbanding pembelajaran atas
talian. Tidak dinafikan juga melalui keseluruhan kajian ini terdapat beberapa kebaikan
pembelajaran atas talian yang membantu mereka dalam pembelajaran. Medium pembelajaran
memainkan peranan penting dalam melaksanakan sistem pendidikan yang mampu
mengembangkan negara serta sebagai penggerak dalam memajukan prinsip pendidikan. Jelaslah
di sini, medium pengajaran menjadi salah satu tunggak bagi menggerakkan sistem pendidikan
yang berkualiti seterusnya melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan mampu
menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.
9.0 CADANGAN KAJIAN
Beberapa cadangan yang dikemukakan kepada pengkaji akan datang, agar kajian yang berkaitan
dengan kaedah pembelajaran ini dapat mendatangkan kesan yang baik. Cadangan tersebut
adalah:-
I. Pemilihan responden adalah seramai 70 orang dari kalangan pelajar di Universiti
kebangsaan Malaysia menghasilkan satu dapatan yang terhad. Jester itu, pada masa
hadapan pengkaji yang mahu melakukan kajian berkait dengan tajuk kajian kami
dicadangkan menjalankan kajian dengan meluaskan jaringan responden supaya dapatan
yang dapat dikaji lebih menyeluruh.
II. Pengkaji juga boleh mencari responden dari pelbagai university berlainan yang terdiri
dari pelajar bandar dan luar bandar. Hal ini kerana pelajar dari bandar dan luar bandar
juga mempengaruhi kesan dapatan kajian.
Seterusnya, pengkaji juga memberi cadangan kepada guru guru atau tenaga pengajar untuk
menggabungkan kaedah kajian iaitu kaedah tradisional secara ‘face to face’ dan kaedah kajian
moden iaitu secara online. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kedua dua kaedah ini
mempunyai kelebihan dah kelemahan masing masing. Sebagaai contoh kaedah tradisional yang
memudahkan pelajar bertanya terus kepada guru tetapi sebaliknya agak membosankan jika
dijalankan terlalu lama. Begitu juga kaedah moden yang menarik dengan paparan video dan
pengunaan teknologi yang terkini dapat menarik minat dan fokus pelajar tetapi kedah ini juga
dapat menimbulkan masalah terlalu bergantung kepada internet sehingga mendorong pelajar
melayari website yang tidak sepatutnya. Oleh itu, pengunaan medium pengajaran moden
perlulah dikawal dan dibimbing guru.
10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa medium
pembelajaran tradisional merupakan medium yang menjadi pilihan para mahasiswa di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Ia juga menjadi medium yang lebih efektif dalam pembelajaran
berbanding pembelajaran secara atas talian. Mahasiswa merasakan bahawa pembelajaran
tradisional lebih banyak memberikan kesan yang positif dalam prestasi pembelajaran mereka
serta hubungan mereka dengan pensyarah dan rakan sekelas. Tidak dinafikan juga, pembelajaran
secara atas talian juga turut memberikan kebaikan pada pembelajaran mereka seperti
pembelajaran atas talian lebih menjimatkan masa dan memudahkan mereka mendapatkan
maklumat dan maklum balas dengan pantas. Tahap penerimaan mereka terhadap pembelajaran
tradisional adalah bagus dan tahap penerimaan mereka terhadap pembelajaran secara atas talian
adalah memuaskan. Secara keseluruhannya, mereka lebih memilih medium pembelajaran
tradisional sebagai medium pembelajaran pilihan yang lebih efektif dan berkesan berbanding
pembelajaran atas talian.
11.0 RUJUKAN
Aisha (2012). Penggunaan Sistem E-Pembelajaran Author Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Di UTHM. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun
Husssein Onn Malaysia.
Aithal, P.S. and Aithal, S. (2016), Impact of on-line education on higher education system,
International Journal of Engineering Research and Modern Education, 1(1), 225-235.
Allen, I.E. and Seaman, J. (2011), Going the Distance: Online Education in the United States,
Sloan Consortium, Newburyport, MA.
Allen, I.E. and Seaman, J. (2013), Changing Course: Ten Years of Tracking Online Education
in the United States, Sloan Consortium, Newburyport, MA.
Ashley Hass, Mathew Joseph (2018). Investigating different options in course delivery –
tradisional vs online: is there another option? Emerald Sight, 35(4), 2056-4880.
Auster, C.J. (2016), Blended learning as a potentially winning combination of face-to-face
and online learning: an exploratory study, Teaching Sociology, 44(1), 39-48.
Carmel Kent, Amit Rechavi, Sheizaf Rafaeli (2019). The Relationship Between Offline Social
Capital and Online Learning Interactions. International Journal of Communication,
13(2019), 1186-1211.
Dorothy Dewitt, Norlidah Alias, Saedah Siraj (2013). Mereka Bentuk Interaksi Bagi
Pembelajaran Dalam Talian: Pedagogi modul CmL. Jabatan Kurikulum dan Teknologi
Pengajaran. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Estelami, H. (2016), An exploratory study of the effects of online course efficiency
perceptions on student evaluation of teaching (SET) measures, American Journal of
Business Education, 9(2), 67-82.
Iwuchukwu, O. (2014), The perception of English literature students on examination and
online (web-based) learning, Turkish Online Journal of Distance Education, 15(1), 152-
165.
Norasyikin. Mohd Isa (2016). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran
Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina Dan Program. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik. Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Shahfiezul Shahaimi. Fariza Khali. Pengintegrasian Blended Learning dalam Pembelajaran
Persekitaran Maya Frog (VLEFROG). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Stevens, J. (2014), Perceptions, attitudes, & preferences of adult learners in higher education:
a national survey, Journal of Learning in Higher Education, 10(2), 65-78.
Tichavsky, L.P, Hunt, A.N, Driscoll, A. and Jicha, K. (2015), It’s just nice having a real
teacher: student perceptions of online versus face-to-face instruction, International
Journal for the Scholarship of Teaching & Learning, 9(2), 1.
Zain Hazmi (2008). Keberkesanan Pembelajaran Dalam Talian Dan Kesannya Terhadap
Kepuasan Belajar Dan Pencapaian Pelajar Di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Ipoh. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
12.0 LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SEMESTER 1 SESI2019/2020
Makluman Kepada Responden :
Soal selidik ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tugasan kursus Inovasi dan
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (GGGA2123). Ini bertujuan untuk mengkaji
tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran antara dua medium pengajaran yang
digunakan di universiti. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya
digunakan bagi kepentingan kajian sahaja
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
Arahan : Tandakan (√) di dalam kotak yang berkenaan
1) Jantina : lelaki perempuan
2) Umur : <20 tahun 20- 25 tahun 25-30 tahun
3) Keturunan : Melayu China India
Lain-lain. Nyatakan.............................
4) Agama: Islam Hindu Kristian Buddha
Lain-lain. Nyatakan.....................................................
5) Peringkat pengajian:
Diploma
Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana
6) Tahun pengajian:
Tahun Satu
Tahun Dua
Tahun Tiga
Tahun Empat
7) Tempat tinggal
Bandar Luar bandar
BAHAGIAN B
Arahan : Tandakan (√) di dalam ruangan yang disediakan
1 2 3 4 5
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
BIL PEMBELAJARAN ONLINE 1 2 3 4 5
1. Saya seringmenggunakanaplikasi
pembelajaranatastaliansepertikahoot,
ifolio,MOOCsdansebagainya
2. Saya merasakanpembelajarane-learning
lebihseronok
3. Saya merasakanpenggunaanmedium
pembelajaran atastalianmudah
digunakan
4. Saya merasakanpenggunaanmediumatas
taliandalampembelajaransangat
berkesan
5. Aktiviti danperbincanganmelalui e-
learninglebihseronokdanmenarik
6. Videoyangdimuatnaikdi dalam medium
e-learningmeningkatkanpengetahuan
saya dalamsesuatutopikdenganlebih
berkesan
7. Saya bolehmengaksesisi-isi pembelajaran
di mana sahaja danmeningkatkan
kesediaansayauntukmenghadiri kuliah
8. Saya bolehmenggunakanaplikasi
pembelajaranatastalianini padamana-
mana peranti
9. Pembelajaranatastalianlebih
menjimatkanmasasaya
10. Saya merasakanrekabentuksesuatu
aplikasi pembelajaranatastalianamat
mudahdifahami danmudahdigunakan
BAHAGIAN C
Arahan : Tandakan (√) di dalam ruangan yang disediakan
BIL PEMBELAJARAN TRADISIONAL/ “FACE-TO-
FACE”
1 2 3 4 5
1. Saya merasakanpembelajaransecara
bersemukalebihseronok
2. Saya lebihmudahmemahami apayangdi
ajar secara bersemuka
3. Pembelajarantradisional meningkatkan
prestasi akademiksaya
4. Pembelajaransecarabersemuka
mengeratkanhubungansayadan
pensyarah
5. Perbincangansecarabersemuka
menjimatkanmasadalammenyiapkan
tugasanberkumpulan
6. Pembelajaran secarabersemuka
meningkatkankeyakinandiri saya
7. Saya dapatmenyelesaikanmasalahdalam
sesuatutopikdenganlebihcepatdan
mudah
8. Pembelajaransecarabersemukalebih
berkesan
9. Pembelajaransecarabersemuka
menjimatkanmasasaya
10. Saya merasakanpembelajaransecara
bersemukameningkatkanmotivasisaya
1 2 3 4 5
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
BAHAGIAN D
Arahan : Tandakan (√) di dalam ruangan yang disediakan
1 2 3 4 5
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
BIL PEMBELAJARAN ONLINE VS
PEMBELAJARAN TRADISIONAL
1 2 3 4 5
1. Saya lebihselesamenggunakanaplikasi e-
learningberbandingpergi ke kelas
2. Saya merasakanpembelajaran tradisional
lebihberkesanberbandingpembelajaran
atas talian
3. Saya merasakanpembelajarantradisional
lebihseronokberbandingpembelajaran
atas talian
4. Saya merasakanpembelajarantradisional
lebihmembantusayadalamakademik
berbandingpembelajaranatastalian
5. Saya lebihfokusbelajardi dalamkelas
berbandingbelajarmelalui atastalian
6. Saya lebihbermotivasimengikuti
pembelajarantradisionalberbanding
pembelajaranatastalian
7. Saya merasakanpembelajaran gabungan
bersemukadanatastalianlebihberkesan
berbandingpembelajarantradisional
sahaja
8. Saya merasakanpembelajarantradisional
lebihmeningkatkankeyakinandiri saya
dalampergaulanbersamarakandan
pensyarahberbandingpembelajaranatas
talian
9. Saya merasakanpembelajaranatastalian
lebihfleksibeldanmenjimatkanmasa
berbandingpembelajarantradisional
10. Saya lebihmemilihuntukbelajarsecara
atas taliandalamjangkamasa yang lama
berbandingbelajarsecaratradisional

More Related Content

What's hot

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiNik Ibrahim Nik Mat
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 

What's hot (20)

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 

Similar to Pembelajaran Tradisional vs Online

Propopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuPropopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuSusi Yanti
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docxLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docxSandiSaputra42
 
Creative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptx
Creative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptxCreative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptx
Creative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptxnwmegaWhidyasridani
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfYatiNurfauziah
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikansemua17an
 
Perbandingan pembelajaran
Perbandingan pembelajaranPerbandingan pembelajaran
Perbandingan pembelajaranHARISA MARDIANA
 
ppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptx
ppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptxppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptx
ppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptxTeguhHoho
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"yuniasih331
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Fullmoshi89
 
Proposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah DiseminarkanProposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah DiseminarkanMuhammad Syafrullah
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuhadib90
 
Pengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltpPengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltpdeky94
 
Proposal skripsi metode inquiry dengan metode discovery
Proposal skripsi metode inquiry dengan metode discoveryProposal skripsi metode inquiry dengan metode discovery
Proposal skripsi metode inquiry dengan metode discoveryMuhammad Syafrullah
 

Similar to Pembelajaran Tradisional vs Online (20)

Propopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuPropopsal penelitianku
Propopsal penelitianku
 
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docxLK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docx
LK. 2.1 Eksplorasi Alternatif Solusi_Adi Iasan (1).docx
 
Creative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptx
Creative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptxCreative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptx
Creative-Idea-Bulb-PowerPoint-Template.pptx
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices.pdf
 
Ilmupendidikan
IlmupendidikanIlmupendidikan
Ilmupendidikan
 
Pbl
PblPbl
Pbl
 
Perbandingan pembelajaran
Perbandingan pembelajaranPerbandingan pembelajaran
Perbandingan pembelajaran
 
ppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptx
ppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptxppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptx
ppt Proyek Lembar Kerja Pendidikamn Warga Negara.Annisa Rahmadiani.pptx
 
704 1290-1-sm
704 1290-1-sm704 1290-1-sm
704 1290-1-sm
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
 
Problem Solving Skill Full
Problem Solving Skill FullProblem Solving Skill Full
Problem Solving Skill Full
 
Proposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah DiseminarkanProposal Yang Telah Diseminarkan
Proposal Yang Telah Diseminarkan
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
Bab i ii ptk
Bab i ii ptkBab i ii ptk
Bab i ii ptk
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh
 
Pengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltpPengaruh model me as di sltp
Pengaruh model me as di sltp
 
Proposal skripsi metode inquiry dengan metode discovery
Proposal skripsi metode inquiry dengan metode discoveryProposal skripsi metode inquiry dengan metode discovery
Proposal skripsi metode inquiry dengan metode discovery
 

More from Wan Mohamad Farhan

Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Wan Mohamad Farhan
 
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTANPROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTANWan Mohamad Farhan
 
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan PerjalananModul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan PerjalananWan Mohamad Farhan
 
Modul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan PerjalananModul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan PerjalananWan Mohamad Farhan
 
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYAPROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYAWan Mohamad Farhan
 
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...Wan Mohamad Farhan
 
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAKEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAWan Mohamad Farhan
 
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAMPROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAMWan Mohamad Farhan
 

More from Wan Mohamad Farhan (9)

Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
Persediaan Dan Cabaran Guru Pendidikan Khas Bagi Menjalankan Sesi Pengajaran ...
 
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTANPROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGAKUTAN
 
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan PerjalananModul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
Modul 8: Tugasan Visualisasi Agihan Perjalanan
 
Modul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan PerjalananModul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
Modul 7: Tugasan Agihan Perjalanan
 
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYAPROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
PROJEK AKHIR POKOK BERKHASIAT DAN MENGUKUHKAN JALAN RAYA
 
Modul 9 : Tugasan Pisah Ragaman
Modul 9 : Tugasan Pisah RagamanModul 9 : Tugasan Pisah Ragaman
Modul 9 : Tugasan Pisah Ragaman
 
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
GGGA 2123 Inovasi Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran - Tugasan I...
 
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAKEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KEMUDAHAN FASILITI ORANG KURANG UPAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAMPROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR PENDIDIKAN KANAK-KANAK OLEH IBU BAPA DALAM ISLAM
 

Recently uploaded

MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 

Recently uploaded (20)

MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 

Pembelajaran Tradisional vs Online

  • 1. PEMBELAJARAN TRADISIONAL VS PEMBELAJARAN ATAS TALIAN Maizatul Shahirah Sabri (A153338@siswa.ukm.edu.my), Nur Nadia Ismail (A172351@siswa.ukm.edu.my), Nur Faizatun Nabila Shamsudin (A169478@siswa.ukm.edu.my), Wan Mohamad Farhan Wan Mohamad Fazali (A171776@siswa.ukm.edu.my) ABSTRAK Kertas ini mendedahkan perlaksanaan kaedah pembelajaran secara tradisional dan atas talian di institusi universiti. Objektif pembelajaran ini adalah untuk mengenal pasti pembelajaran yang paling sesuai dan tahap keberkesanan mengikut pilihan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah yang digunakan bagi menjalankan kajian ini ialah menggunakan borang soal selidik secara rawak melibatkan seramai 70 orang responden pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mengatakan bahawa mereka lebih memilih kaedah pembelajaran secara tradisional lebih efektif berbanding pembelajaran atas talian, malah dapat juga memberikan kepuasan belajar kepada pelajar. Melalui pembelajaran ini, cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkukuhkan diri sendiri apabila menggabungkan kedua-duanya. Justeru itu, jika penggabungan pembelajaran tersebut seharusnya dapat menarik perhatian pelajar agar tidak merasa bosan dan hilang fokus terhadap subjek pelajaran yang dipelajarinya. Kata kunci: pembelajaran tradisional, pembelajaran atas talian, penggabungan pembelajaran.
  • 2. ABSTRACT This paper reveals the implementation of traditional and online learning methods at university institutions. The objective of this study is to identify the most appropriate learning and effectiveness level according to the students ' selection of Universiti Kebangsaan Malaysia. The method used to undertake this study was to use a random questionnaires involving a total of 70 students from Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi and Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Based on the findings, a majority of the respondents said that they prefer traditional learning methods more effectively than online learning, but also provide students with the satisfaction of learning. Through this learning, improvements have been submitted to strengthen themselves when combining both. Therefore, if such a combination of learning should be able to attract the students not to be bored and lose focus on the subject they are learning. Keywords: traditional learning, online learning, combination of learning. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pembelajaran tradisional Pembelajaran secara bersemuka dan melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dan pensyarah atau sesama pelajar untuk mendapatkan ilmu dengan berkesan. Pembelajaran tradisional memberikan kesan yang positif contohnya pelajar dapat menyiapkan kerja atau tesis dengan lebih efisyen dan cepat. Hubungan supervisor dan pelajar dalam pembelajaran tradisional juga berjalan dengan baik, begitu juga dengan pertukaran idea, pandangan dan buah fikiran. Pembelajaran tradisional turut berupaya untuk menilai kemajuan pelajar dengan cara yang diyakini. Keadaan ini pastinya dapat mengurangkan cabaran kepada pensyarah dan sesama pelajar. Sementara itu, kelebihan yang terdapat dalam pembelajaran tradisional secara bersemuka berjaya mencapai matlamat. Sebagai contoh, belajar secara berkumpulan sesama pelajar membina penguasaan diri dan memyelesaikan masalah-masalah kecil yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan.
  • 3. 1.2 Pembelajaran atas talian Pembelajaran atas talian adalah merujuk kepada sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Pembelajaran atas talian boleh dijalankan di mana-mana pada bila-bila masa dalam persekitaran pembelajaran maya. Dengan kecanggihan teknologi semasa, ia dapat meningkatkan pemahaman pelajar serta membina idea dari pelbagai maklumat dengan pantas dari talian internet termasuk laman web, blog, video, imej (Instagram dan Pinterest) dan juga pembentangan (SlideShare dan Prezi) di atas talian. Malahan, melalui interaksi sosial sesama dengan pelajar membolehkan proses berfikir untuk pembinaan ilmu pengetahuan. Ini adalah kerana perbincangan yang berpusatkan pelajar boleh membangunkan kemahiran berfikir secara kritis. Semasa pelajar berinteraksi, perbezaan pendapat mereka diselesaikan untuk mencapai persefahaman. Oleh itu, interaksi bersama pelajar lain, pengajar dan bahan-bahan pembelajaran di atas talian yang sesuai boleh meningkatkan pemahaman semasa pembelajaran konsep. 2.0 PENYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan dan implikasi cara pengajaran samada dari segi tradisional dan moden. Kajian ini akan dapat mengetahui tentang cara pengajaran manakah yang lebih berkesan dan mempunyai impak yang tinggi kepada pelajar. Seterusnya kita juga dapat mengetahui implikasi dan kesan negatif dari kedua dua kaedah pengajaran. Kajian ini boleh digunakan oleh para guru, ibu bapa, pelajar dan rujukan para pengkaji lain. Dalam dunia sains kini yang serba canggih, bahan pembelajaran kini bukan sahaja bergantung kepada bukan semata-mata kepada buku teks dan alat tulis tetapi turut diperkenalkan dengan bahan bantu mengajar (BBM) yang berasaskan teknologi maklumat seperti komputer, internet, LCD, camera digital, CD Rom dan sebagainya. Pada generasi kini juga para pelajar juga lebih meminati teknologi komputer, komunikasi, dan teknologi maklumat kerana pada mereka perkara ini lebih menarik perhatian dengan penggunaan warna, grafik yang menarik dan penggunaan suara yang menyebabkan pelajar tidak mdah jemu dengan pembelajaran seharian.Jika guru mengunakan teknologi dalam pengajaran seharian mereka, pelajra sudah semestinya akan merasa kagum dan seterusnya meminati mata pelajaran tersebut dan dapat menguasai pelajaran dan baik.
  • 4. Berbeza pula dengan kaedah pengajaran tradisional iaitu guru mengajar di dalam kelas. Sering kali terjadi di dalam kelas, pelajar tertidur, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar dan hanyut dalam khayalan masing-masing. Ini semua berlaku kerana pelajar sudah berasa bosan dan jemu di dalam kelas atau kaedah pengajaran kurang menarik dan tidak dapat menarik perhatian pelajar. Impaknya segala ilmu dan pengetahuan yang hendak disampaikan tidak dapat diterima dengan baik, seterusnya pencapaian pelajar juga kurang memuaskan. Kemudian, keadaan akan menjadi lebih sukar jika guru tidak mempunyai kemahiran untuk menarik minat pelajar dan hanya mengajar dengan menerangkan isi mata pelajaran tanpa bahan bantu mengajar yang berkesan. Selain itu juga, kaedah pengajaran juga menghadkan pelajar mendapat ilmu dari buku teks saja tanpa didedahkan dengan dunia luar yang lebih meluas. Buku teks juga tidak dinaik taraf atau diubah setiap tahun menyebabkan isi kandungannya mungkin ketinggalan dan telah berubah tidak mengikut peredaran masa. Berdasarkan penyataan-penyataan diatas pengkaji mahu menkaji tentang keberkesanan dan implikasi kedua dua kaedah ini terhadap pelajar. Adakah kaedah ini boleh meningkatkan prestasi pelajar 3.0 TUJUAN KAJIAN Secara umum, kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar mengenai pembelajaran tradisional dan pembelajaran atas talian. Kajian ini juga telah mengambil kira demografi responden, bukan itu sahaja namun mengenalpasti tahap keberkesanan pembelajaran tradisional dan pembelajaran atas talian serta pandangan mengenai dua kaedah pembelajaran tersebut.
  • 5. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat 3 objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan kajian dibuat berlandaskan objektif berikut: i. Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran atas talian dalam kalangan mahasiswa UKM. ii. Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran tradisional dalam kalangan mahasiswa UKM. iii. Mengenal pasti medium pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan mengikut pilihan mahasiswa UKM. 5.0 PERSOALAN KAJIAN i. Adakah pembelajaran atas talian berkesan kepada mahasiswa UKM ? ii. Adakah pembelajaran tradisional memberi kesan kepada mahasiwa UKM ? iii. Apakah medium pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan yang menjadi pilihan mahasiswa UKM ? 6.0 KAEDAH KAJIAN Untuk menjalankan tugasan ini kami mengunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Antara kaedah yang kami gunakan adalah kaedah membuat rujukan dari buku dan internet serta mengunakan kaedah borang soal selidik. Kaedah yang kami gunakan ialah kaedah merujuk kepada sumber internet dan buku. Untuk rujukan internet kami merujuk dari jurnal dan kajian lepas untuk mendapatkan isi-isi dan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian kami. Seterusnya juga kami merujuk dari blog dan sumber sumber internet yang boleh diyakini. Daripada maklumat yang kami dapat barulah kami dapat membina soalan untuk kaedah kajian yang seterusnya.
  • 6. Kaedah seterusnya adalah kami mengunakan kaedah borang soal selidik untuk menyelesaikan kajian kami. Kami membuat soalan yang ringkas dan tepat dengan kehendak objektif. Soalan yang dibuat juga ringkas dan jelas. Selain itu soalan juga mestilah mudah difahami orang responden untuk mengelakkan maklum balas yang kami dapat tidak tersasar dari objektif sebenar kajian. Setelah soalan siap kami mengedarkan borang dalam bentuk google form kepada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia melalui aplikasi whatsapp. Setelah mendapat responden seramai 70 orang, borang soal selidik ditutup dan diserah balik untuk memulakan sesi pentafsiran. Kesimpulannya, kami telah menggunakan kaedah rujukan buku dan internet serta borang soal selidik untuk menjalankan tugasan ini. Kaedah ini dipilih untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi objektif kajian bagi tugasan ini.
  • 7. 21% 79% Jantina Lelaki Perempuan 7.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pertama untuk latar belakang responden, kedua bagi menentukan tahap pengetahuan responden mengenai pembelajaran atas talian (Pembelajaran Online), ketiga bagi menentukan tahap persepsi responden mengenai pembelajaran tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”) dan keempat bagi menentukan tahap persepsi responden mengenai dua medium pengajaran yang paling sesuai dan berkesan mengikut pilihan pelajar iaitu pembelajaran atas talian (Pembelajaran Online) lawan dengan Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face-TO-Face”). 7.1 Latar Belakang Responden Dalam kajian ini, seramai 70 responden pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Cheras dan Universiti Kebangsaan Kebangsaan Kampus Bangi telah mengambil bahagian dalam soal selidik bagi mendapatkan dapatan kajian. Seramai 15 responden lelaki (21.40%) dan 55 responden perempuan (78.60%) telah mengambil bahagian dalam kajian ini seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. Umur responden terdiri daripada 24 orang (34.30&) berumur antara bawah 20 tahun, 44 orang (62.90%) berumur antara 20 hingga 25 tahun, 2 orang (2.90%) berumur antara 25 hingga 29 tahun dan hanya 3 orang (4.30%) berumur antara 30 tahun ke atas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Rajah 1 : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina
  • 8. Rajah 2 : Latar Belakang Responden Mengikut Umur Rajah 3 pula menunjukkan mengenai keturunan responden terdiri daripada seramai 61 orang (87.10%) bagi berketurunan Melayu, manakala 5 orang (7.10%) bagi berketurunan Cina dan hanya seorang (1.40%) sahaja bagi berketurunan India, Goodluck, Dusun, Orang Asli (Semenanjung) dan Bumiputera Sabah. Latar belakang Agama (Rajah 4) responden terdiri daripada seramai 62 orang (88.60%) bagi yang beragama Islam, hanya seorang (1.40%) bagi yang beragama Hindu, GoodLuck dan Anismisma, dan bagi yang beragama Buddha pula seramai 5 orang (7.10%) sahaja. 33% 60% 3% 4% Umur Bawah 20 Tahun 20 Hingga 25 Tahun 25 Hingga 29 Tahun 30 Tahun ke Atas
  • 9. Rajah 3 : Latar Belakang Responden Mengikut Keturunan Rajah 4 : Latar Belakang Responden Mengikut Agama 86% 7% 2% 2% 1% 1% 1% Keturunan Melayu Cina India GoodLuck Dusun Orang Asli (Semenanjung) Bumiputera Sabah 94% 2% 0% 2% 1% 1% Agama Islam Hindu Kristian Buddha GoodLuck Anismisma
  • 10. Rajah 5 pula menunjukkan mengenai peringkat pengajian responden terdiri daripada seramai 4 orang responden (5.70%) bagi peringkat pengajian Diploma, seramai 65 orang responden (92.90%) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan hanya 2 orang responden (2.90%) sahaja bagi peringkat Ijazah Sarjana. Tahun pengajian (Rajah 6) responden terdiri daripada seramai 36 orang (51.40%) responden bagi pelajar tahun 1, 15 orang responden (21.40%) responden bagi pelajar tahun 2, 9 orang (12.90%) responden bagi pelajar tahun 3 dan hanya 10 orang (14.30%) responden sahaja bagi tahun 4 iaitu pelajar tahun Akhir pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penempatan tinggal (Rajah 7) responden terdiri daripada 45 orang (64.30%) responden yang tinggal di bandar dan hanya 25 orang (35.70%) responden yang tinggal di luar bandar. Rajah 5 : Latar Belakang Responden Mengikut Peringkat Pengajian 6% 91% 3% Peringkat Pengajian Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana
  • 11. Rajah 6 : Latar Belakang Responden Mengikut Tahun Pengajian Rajah 7 : Latar Belakang Responden Mengikut Tempat Tinggal 64% 36% Tempat Tinggal Bandar Luar Bandar 52% 21% 13% 14% Tahun Pengajian Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4
  • 12. 7.2 Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) Analisis data bagi tahap persepsi pelajar mengenai pembelajaran atas talian (pembelajaran online) berdasarkan dapatan daripada responden pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi dan Kampus Cheras ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 7. Keputusan menunjukkan persepsi pelajar mengenai mengakses isi-isi pembelajaran atas talian di mana sahaja dan pembelajaran atas talian boleh menggunakan aplikasi pada mana-mana peranti (Pernyataan 7 dan Pernyataan 8) berada dalam tahap yang tinggi (Pernyataan 7: M=4.1286, sp=.88336 dan Pernyataan 8: M=4.1286, sp= .89962). Namun persepsi mengenai pembelajaran atas talian yang lain berada tahap sederhana seperti dalam Jadual 3 bagi pernyataan 1 sehingga 6 dan pernyataan 9 serta pernyataan 10. Rajah 5 juga menunjukkan kekerapan pelajar yang memilih ‘Setuju’ agak tinggi kerana tahap persepsi pelajar yang sederhana mengenai pembelajaran atas talian (pembelajaran online) di kalangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Keebangsaan Malaysia.
  • 13. Jadual 3 : Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) Statistik Deskriptif (Descriptive Statistics) Pernyataan (Statement) Min (Mean) Sisihan Piawaian (Std. Deviation) Pernyataan 1: Pembelajaran Online [Saya sering menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian seperti Kahoot, I-Folio, MOOCs dan sebagainya] 4.0714 .90604 Pernyataan 2: Pembelajaran Online [Saya merasakan pembelajaran E-learning lebih seronok] 3.6286 1.11864 Pernyataan 3: Saya merasakan penggunaan medium pembelajaran atas talian mudah digunakan 3.8857 1.01500 Pernyataan 4: Saya merasakan penggunaan medium atas talian dalam pembelajaran sangat berkesan 3.6571 1.12785 Pernyataan 5: Aktiviti dan perbincangan melalui E-learning lebih seronok dan menarik 3.3714 1.20592 Pernyataan 6: Video yang dimuat naik di dalam medium e-learning meningkatkan pengetahuan saya dalam sesuatu topik dengan lebih berkesan 3.7857 .97643 Pernyataan 7: Saya boleh mengakses isi-isi pembelajaran di mana sahaja dan meningkatkan kesediaan saya untuk menghadiri kuliah 4.1286 .88336 Pernyataan 8: Saya boleh menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian ini pada mana-mana peranti 4.1286 .89962 Pernyataan 9: Pembelajaran atas talian lebih menjimatkan masa saya 3.8571 1.08060 Pernyataan 10: Saya merasakan reka bentuk sesuatu aplikasi pembelajaran atas talian amat mudah difahami dan mudah digunakan 3.8286 1.03520
  • 14. Rajah 5 : Peratusan Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) Dalam Kalangan Mahasiswa/i UKM
  • 15. 7.3 Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”) Dapatan bagi tahap persepsi responden mengenai pembelajaran tradisional (pembelajaran “Face- To-Face”) yang ditunjukkan dalam Jadual 4 dan Rajah 6. Beberapa situasi yang menunjukkan situasi pembelajaran bersemuka dinyatakan dalam pernyataan 1 sehingga 10. Situasi pembelajaran bersemuka dari segi masa, prestasi pelajar, keyakinan serta motivasi pelajar seperti dalam Jadual 4 iaitu Pernyataan 1, 3, 4, 5, 6, 7, 9 dan 10 berada pada tahap yang sederhana dengan anggaran min daripada 3.7714 sehingga 4.1286. Manakala, persepsi responden mengenai pembelajaran tradisional lebih mudah memahami apa yang di ajar secara bersemuka dan pembelajaran secara bersemuka memberi lebih berkesan kepada pelajar seperti dalam Pernyataan 2 (M=4.3000, sp=.82269) dan Pernyataan 8 (M=4.2286, sp=.87097) berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhannya situasi bagi situasi pembelajaran bersemuka dari segi masa, prestasi pelajar, keyakinan serta motivasi pelajar bagi kajian ini menunjukkan persepsi yang sederhana manakala situasi pembelajaran tradisional boleh mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah dan pembelajaran secara bersemuka memberi lebih berkesan kepada pelajar menunjukkan persepsi yang agak tinggi. Rajah 6 juga menunjukkan kekerapan pelajar yang memilih ‘Setuju’ agak tinggi kerana tahap persepsi pelajar yang sederhana mengenai pembelajaran tradisional (pembelajaran “Face-To-Face”) di kalangan mahasiswa atau mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 16. Jadual 4 : Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face- To-Face”) Statistik Deskriptif (Descriptive Statistics) Pernyataan (Statement) Min (Mean) Sisihan Piawaian (Std. Deviation) Pernyataan 1: Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka lebih seronok 4.1000 .90330 Pernyataan 2: Saya lebih mudah memahami apa yang di ajar secara bersemuka 4.3000 .82269 Pernyataan 3: Pembelajaran tradisional meningkatkan prestasi akademik saya 4.0571 .88278 Pernyataan 4: Pembelajaran secara bersemuka mengeratkan hubungan saya dan pensyarah 4.1714 .94748 Pernyataan 5: Perbincangan secara bersemuka menjimatkan masa dalam menyiapkan tugasan berkumpulan 3.8000 1.16221 Pernyataan 6: Pembelajaran secara bersemuka meningkatkan keyakinan diri saya 4.1286 .96190 Pernyataan 7: Saya dapat menyelesaikan masalah dalam sesuatu topik dengan lebih cepat dan mudah 4.1286 .91559 Pernyataan 8: Pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan 4.2286 .87097 Pernyataan 9: Pembelajaran secara bersemuka menjimatkan masa saya 3.7714 1.09242 Pernyataan 10: Saya merasakan pembelajaran secara bersemuka meningkatkan motivasi saya 4.1000 .90330
  • 17. Rajah 6 : Peratusan Tahap Persepsi Responden Mengenai Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) Dalam Kalangan Mahasiswa/i UKM
  • 18. 7.4 Tahap Persepsi Responden Mengenai Keberkesanan Antara Dua Medium Pengajaran iaitu Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) lawan dengan Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”) Akhir sekali, analisis data bagi tahap persepsi pelajar mengenai keberkesanan antara dua medium pengajaran iaitu pembelajaran atas talian (pembelajaran online) lawan dengan pembelajaran tradisional (pembelajaran “Face-To-Face”) berdasarkan dapatan daripada responden pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi dan Kampus Cheras yang ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 7. Keputusan menunjukkan persepsi pelajar mengenai kedua medium pengajaran pembelajaran atas talian lawan dengan pembelajaran tradisonal (pembelajaran “Face- To-Face”) ialah dimana pelajar merasakan pembelajaran gabungan bersemuka dan atas talian lebih berkesan berbanding pembelajaran tradisional sahaja dan pelajar juga merasakan pembelajaran tradisional lebih meningkatkan keyakinan diri saya dalam pergaulan bersama rakan dan pensyarah berbanding pembelajaran atas talian (Pernyataan 7 dan Pernyataan 8) berada dalam tahap yang tinggi (Pernyatan 7: M=3.9429, sp=.99106 dan Pernyataan 8: M=4.2429, sp= .80642). Namun persepsi mengenai pembelajaran atas talian yang lain berada tahap sederhana seperti dalam Jadual 3 bagi pernyataan 1 sehingga 6 dan pernyataan 9 serta pernyataan 10. Rajah 7 juga menunjukkan kekerapan pelajar yang memilih ‘Setuju’ agak tinggi pada pembelajaran tradisonal berbanding dengan pembelajaran atas talian kerana pembelajaran tradisional ataupun dikenali sebagai pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan, boleh fokus belajar. meningkatkan motivasi pelajar dan dapat meningkatkan keyakinan pelajar berbanding pembelajaran atas talian. Secara keseluruhannya situasi bagi situasi pembelajaran bersemuka.
  • 19. Statistik Deskriptif (Descriptive Statistics) Pernyataan (Statement) Min (Mean) Sisihan Piawaian (Std. Deviation) Pernyataan 1: Saya lebih selesa menggunakan aplikasi e-learning berbanding pergi ke kelas 2.9429 1.07522 Pernyataan 2: Saya merasakan pembelajaran tradisional lebih berkesan berbanding pembelajaran atas talian 3.9143 .95921 Pernyataan 3: Saya merasakan pembelajaran tradisional lebih seronok berbanding pembelajaran atas talian 3.7571 .96962 Pernyataan 4: Saya merasakan pembelajaran tradisional lebih membantu saya dalam akademik berbanding pembelajaran atas talian 3.8857 .95618 Pernyataan 5: Saya lebih fokus belajar di dalam kelas berbanding belajar melalui atas talian 3.8429 1.05824 Pernyataan 6: Saya lebih bermotivasi mengikuti pembelajaran tradisional berbanding pembelajaran atas talian 3.9286 .92190 Pernyataan 7: Saya merasakan pembelajaran gabungan bersemuka dan atas talian lebih berkesan berbanding pembelajaran tradisional sahaja 3.9429 .99106 Pernyataan 8: Saya merasakan pembelajaran tradisional lebih meningkatkan keyakinan diri saya dalam pergaulan bersama rakan dan pensyarah berbanding pembelajaran atas talian 4.2429 .80642 Pernyataan 9: Saya merasakan pembelajaran atas talian lebih fleksibel dan menjimatkan masa berbanding pembelajaran tradisional 3.8286 .97760 Pernyataan 10: Saya lebih memilih untuk belajar 3.5000 1.22474
  • 20. Jadual 5: Tahap Persepsi Responden Mengenai Keberkesanan Antara Dua Medium Pengajaran iaitu Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) lawan dengan Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”) Rajah 7: Peratusan Tahap Persepsi Responden Mengenai Keberkesanan Antara Dua Medium Pengajaran iaitu Pembelajaran Atas Talian (Pembelajaran Online) lawan dengan Pembelajaran Tradisional (Pembelajaran “Face-To-Face”) secara atas talian dalam jangka masa yang lama berbanding belajar secara tradisional
  • 21. 8.0 PERBINCANGAN Pendidikan merupakan perkara paling penting bagi sesebuah negara untuk berkembang. Pendidikan membentuk acuan peribadi dan kecerdasan individu. Ia juga menyediakan bakat dan motivasi kepada setiap individu(Aithal, 2016). Medium penyampaian pendidikan juga amat penting dalam proses membangunkan individu melalui pendidikan yang menjadi tunggak utama perkembangan negara. Pada zaman teknologi yang membangun ini, medium pengajaran dan pembelajaran bukan lagi hanya bergantung kepada medium tradisional, malah pembelajaran dengan penggunaan teknologi seperti atas talian serta aplikasi-aplikasi yang telah dikembangkan kini semakin menjadi salah satu medium utama dalam bidang pendidikan. Bukan hanya di institusi pengajian peringkat tinggi seperti universiti, malah juga di peringkat sekolah turut menggunakan medium atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan meningkatkan penggunaan kurikulum secara online atau atas talian dalam institusi pendidikan, pendidikan digitlal dilihat telah membuka jalan yang baru untuk generasi baru. Walaupun pendidikan atas talian tidak bersifat revolusi, namun beberapa dekad yang lalu, terdapat peningkatan yang drastik dalam penggunaan kaedah ini oleh golongan millenial atau generasi Y (Auster, 2016). 2/3 daripada golongan profesional bersetuju bahawa pembelajaran atau sesuatu kursus menggunakan kaedah atas talian menawarkan hasil yang sama dengan pembelajaran tradisional (Allen and Seaman, 2011). Sejak perkembangan teknologi berlaku dan telah sebati dengan budaya kita, kebolehcapaian kepada teknologi semakin bersifat universal dan pendidikan atas talian menjadi semakin terkenal dalam kalangan individu yang berada jauh, pelajar, dan terutamanya dalam kalangan individu dalam bidang pekerjaan yang profesional dan individu yang berkeluarga (Stevens, 2014). Selain itu, institusi serta universiti semakin berdepan dengan cabaran untuk meningkatkan kemasukan, mengurangkan kos dan mengatasi kekurangan fasiliti (Auster, 2016). Interaksi sosial dalam dunia atas talian dan luar talian, merupakan asas untuk pembinaan efektif dan pemindahan ilmu pengetahuan dalam komuniti. Oleh itu lebih banyak institusi yang cuba untuk memajukan pembelajaran secara atas talian. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia, para mahasiswa lebih memilih kaedah pembelajaran tradisional berbanding kaedah pembelajaran atas talian. Namun tidak dinafikan juga, ramai pelajar yang menyatakan bahawa pembelajaran secara online membawa banyak kebaikan kepada mereka dalam aspek-aspek tertentu seperti pembelajaran atas talian lebih mudah dan menjimatkan masa
  • 22. mereka. Menurut Iwuchukwu 2014, antara sebab lain mengapa pelajar lebih memilih kursus yang menggunakan medium pembelajaran atas talian adalah kerana mereka boleh mendengar kuliah dari mana sahaja, berinteraksi dengan pensyarah adalah suatu kelebihan pembelajaran atas talian dan menerima maklum balas yang segera. Menurut kajian yang dijalankan antara tiga kursus pemasaran atas talian, keputusan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mendapati bahawa pembelajaran secara atas talian adalah efisyen seperti pembelajaran tradisional. (Estelami, 2016). Pembelajaran atas talian turut dikatakan efektif sama seperti pembelajaran atas talian. (Can, 2007). Kebanyakan kajian ini dijalankan di luar negara. Kebanyakan pelajar mereka lebih memilih pembelajaran atas talian. Namun di Malaysia, pembelajaran tradisional lebih ditekankan kerana dipercayai bahawa pembelajaran tradisional lebih mendatangkan pelbagai kelebihan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Menurut kajian pada 2015, kebanyakan sebab pelajar lebih memilih kursus yang berasaskan pembelajaran tradisional adalah kerana interaksi yang berlaku dan pilihan pelajar untuk diajar secara bersemuka (Tichavsky et al, 2015). Terdapat pelbagai debat sama ada pendekatan fizikal menggalakkan pembelajaran Hal ini dapat dibuktikan apabila berdasarkan soal selidik yang diberi, kebanyakan pelajar menyatakan bahawa pembelajaran tradisional merapatkan hubungan mereka dengan pensyarah dan rakan serta membantu mereka dalam pembelajaran yang lancar. Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia turut memilih pembelajaran tradisional sebagai medium pembelajaran pilihan mereka kerana mereka merasakan pembelajaran secara bersemuka lebih seronok dan lebih memahami apa yang diajar. Selain itu, pembelajaran secara bersemuka meningkatkan keyakinan diri mereka serta dapat menjimatkan masa mereka kerana mereka dapat menyelesaikan masalah dalam sesuatu topik dengan lebih cepat dan mudah. Daripada keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa medium pembelajaran tradisional lebih efektif dan lebih serasi dengan mahasiswa di Malaysia. Hal ini kerana medium pembelajaran atas talian masih bukan lagi medium yang digunakan secara meluas diperingkat sekolah. Mahasiswa sudah terbiasa dengan pembelajaran bersemuka sejak dibangku sekolah dan mereka merasakan pembelajaran tradisional lebih banyak berkesan berbanding pembelajaran atas talian. Tidak dinafikan juga melalui keseluruhan kajian ini terdapat beberapa kebaikan pembelajaran atas talian yang membantu mereka dalam pembelajaran. Medium pembelajaran
  • 23. memainkan peranan penting dalam melaksanakan sistem pendidikan yang mampu mengembangkan negara serta sebagai penggerak dalam memajukan prinsip pendidikan. Jelaslah di sini, medium pengajaran menjadi salah satu tunggak bagi menggerakkan sistem pendidikan yang berkualiti seterusnya melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara. 9.0 CADANGAN KAJIAN Beberapa cadangan yang dikemukakan kepada pengkaji akan datang, agar kajian yang berkaitan dengan kaedah pembelajaran ini dapat mendatangkan kesan yang baik. Cadangan tersebut adalah:- I. Pemilihan responden adalah seramai 70 orang dari kalangan pelajar di Universiti kebangsaan Malaysia menghasilkan satu dapatan yang terhad. Jester itu, pada masa hadapan pengkaji yang mahu melakukan kajian berkait dengan tajuk kajian kami dicadangkan menjalankan kajian dengan meluaskan jaringan responden supaya dapatan yang dapat dikaji lebih menyeluruh. II. Pengkaji juga boleh mencari responden dari pelbagai university berlainan yang terdiri dari pelajar bandar dan luar bandar. Hal ini kerana pelajar dari bandar dan luar bandar juga mempengaruhi kesan dapatan kajian. Seterusnya, pengkaji juga memberi cadangan kepada guru guru atau tenaga pengajar untuk menggabungkan kaedah kajian iaitu kaedah tradisional secara ‘face to face’ dan kaedah kajian moden iaitu secara online. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kedua dua kaedah ini mempunyai kelebihan dah kelemahan masing masing. Sebagaai contoh kaedah tradisional yang memudahkan pelajar bertanya terus kepada guru tetapi sebaliknya agak membosankan jika dijalankan terlalu lama. Begitu juga kaedah moden yang menarik dengan paparan video dan pengunaan teknologi yang terkini dapat menarik minat dan fokus pelajar tetapi kedah ini juga dapat menimbulkan masalah terlalu bergantung kepada internet sehingga mendorong pelajar melayari website yang tidak sepatutnya. Oleh itu, pengunaan medium pengajaran moden perlulah dikawal dan dibimbing guru.
  • 24. 10.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa medium pembelajaran tradisional merupakan medium yang menjadi pilihan para mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia juga menjadi medium yang lebih efektif dalam pembelajaran berbanding pembelajaran secara atas talian. Mahasiswa merasakan bahawa pembelajaran tradisional lebih banyak memberikan kesan yang positif dalam prestasi pembelajaran mereka serta hubungan mereka dengan pensyarah dan rakan sekelas. Tidak dinafikan juga, pembelajaran secara atas talian juga turut memberikan kebaikan pada pembelajaran mereka seperti pembelajaran atas talian lebih menjimatkan masa dan memudahkan mereka mendapatkan maklumat dan maklum balas dengan pantas. Tahap penerimaan mereka terhadap pembelajaran tradisional adalah bagus dan tahap penerimaan mereka terhadap pembelajaran secara atas talian adalah memuaskan. Secara keseluruhannya, mereka lebih memilih medium pembelajaran tradisional sebagai medium pembelajaran pilihan yang lebih efektif dan berkesan berbanding pembelajaran atas talian.
  • 25. 11.0 RUJUKAN Aisha (2012). Penggunaan Sistem E-Pembelajaran Author Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di UTHM. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Husssein Onn Malaysia. Aithal, P.S. and Aithal, S. (2016), Impact of on-line education on higher education system, International Journal of Engineering Research and Modern Education, 1(1), 225-235. Allen, I.E. and Seaman, J. (2011), Going the Distance: Online Education in the United States, Sloan Consortium, Newburyport, MA. Allen, I.E. and Seaman, J. (2013), Changing Course: Ten Years of Tracking Online Education in the United States, Sloan Consortium, Newburyport, MA. Ashley Hass, Mathew Joseph (2018). Investigating different options in course delivery – tradisional vs online: is there another option? Emerald Sight, 35(4), 2056-4880. Auster, C.J. (2016), Blended learning as a potentially winning combination of face-to-face and online learning: an exploratory study, Teaching Sociology, 44(1), 39-48. Carmel Kent, Amit Rechavi, Sheizaf Rafaeli (2019). The Relationship Between Offline Social Capital and Online Learning Interactions. International Journal of Communication, 13(2019), 1186-1211. Dorothy Dewitt, Norlidah Alias, Saedah Siraj (2013). Mereka Bentuk Interaksi Bagi Pembelajaran Dalam Talian: Pedagogi modul CmL. Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Estelami, H. (2016), An exploratory study of the effects of online course efficiency perceptions on student evaluation of teaching (SET) measures, American Journal of Business Education, 9(2), 67-82. Iwuchukwu, O. (2014), The perception of English literature students on examination and online (web-based) learning, Turkish Online Journal of Distance Education, 15(1), 152- 165. Norasyikin. Mohd Isa (2016). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina Dan Program. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Shahfiezul Shahaimi. Fariza Khali. Pengintegrasian Blended Learning dalam Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLEFROG). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 26. Stevens, J. (2014), Perceptions, attitudes, & preferences of adult learners in higher education: a national survey, Journal of Learning in Higher Education, 10(2), 65-78. Tichavsky, L.P, Hunt, A.N, Driscoll, A. and Jicha, K. (2015), It’s just nice having a real teacher: student perceptions of online versus face-to-face instruction, International Journal for the Scholarship of Teaching & Learning, 9(2), 1. Zain Hazmi (2008). Keberkesanan Pembelajaran Dalam Talian Dan Kesannya Terhadap Kepuasan Belajar Dan Pencapaian Pelajar Di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh. Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 27. 12.0 LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 1 SESI2019/2020 Makluman Kepada Responden : Soal selidik ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tugasan kursus Inovasi dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (GGGA2123). Ini bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran antara dua medium pengajaran yang digunakan di universiti. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan : Tandakan (√) di dalam kotak yang berkenaan 1) Jantina : lelaki perempuan 2) Umur : <20 tahun 20- 25 tahun 25-30 tahun 3) Keturunan : Melayu China India Lain-lain. Nyatakan............................. 4) Agama: Islam Hindu Kristian Buddha Lain-lain. Nyatakan.....................................................
  • 28. 5) Peringkat pengajian: Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana 6) Tahun pengajian: Tahun Satu Tahun Dua Tahun Tiga Tahun Empat 7) Tempat tinggal Bandar Luar bandar
  • 29. BAHAGIAN B Arahan : Tandakan (√) di dalam ruangan yang disediakan 1 2 3 4 5 Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju BIL PEMBELAJARAN ONLINE 1 2 3 4 5 1. Saya seringmenggunakanaplikasi pembelajaranatastaliansepertikahoot, ifolio,MOOCsdansebagainya 2. Saya merasakanpembelajarane-learning lebihseronok 3. Saya merasakanpenggunaanmedium pembelajaran atastalianmudah digunakan 4. Saya merasakanpenggunaanmediumatas taliandalampembelajaransangat berkesan 5. Aktiviti danperbincanganmelalui e- learninglebihseronokdanmenarik 6. Videoyangdimuatnaikdi dalam medium e-learningmeningkatkanpengetahuan saya dalamsesuatutopikdenganlebih berkesan 7. Saya bolehmengaksesisi-isi pembelajaran di mana sahaja danmeningkatkan kesediaansayauntukmenghadiri kuliah 8. Saya bolehmenggunakanaplikasi pembelajaranatastalianini padamana- mana peranti 9. Pembelajaranatastalianlebih menjimatkanmasasaya 10. Saya merasakanrekabentuksesuatu aplikasi pembelajaranatastalianamat mudahdifahami danmudahdigunakan
  • 30. BAHAGIAN C Arahan : Tandakan (√) di dalam ruangan yang disediakan BIL PEMBELAJARAN TRADISIONAL/ “FACE-TO- FACE” 1 2 3 4 5 1. Saya merasakanpembelajaransecara bersemukalebihseronok 2. Saya lebihmudahmemahami apayangdi ajar secara bersemuka 3. Pembelajarantradisional meningkatkan prestasi akademiksaya 4. Pembelajaransecarabersemuka mengeratkanhubungansayadan pensyarah 5. Perbincangansecarabersemuka menjimatkanmasadalammenyiapkan tugasanberkumpulan 6. Pembelajaran secarabersemuka meningkatkankeyakinandiri saya 7. Saya dapatmenyelesaikanmasalahdalam sesuatutopikdenganlebihcepatdan mudah 8. Pembelajaransecarabersemukalebih berkesan 9. Pembelajaransecarabersemuka menjimatkanmasasaya 10. Saya merasakanpembelajaransecara bersemukameningkatkanmotivasisaya 1 2 3 4 5 Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
  • 31. BAHAGIAN D Arahan : Tandakan (√) di dalam ruangan yang disediakan 1 2 3 4 5 Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju BIL PEMBELAJARAN ONLINE VS PEMBELAJARAN TRADISIONAL 1 2 3 4 5 1. Saya lebihselesamenggunakanaplikasi e- learningberbandingpergi ke kelas 2. Saya merasakanpembelajaran tradisional lebihberkesanberbandingpembelajaran atas talian 3. Saya merasakanpembelajarantradisional lebihseronokberbandingpembelajaran atas talian 4. Saya merasakanpembelajarantradisional lebihmembantusayadalamakademik berbandingpembelajaranatastalian 5. Saya lebihfokusbelajardi dalamkelas berbandingbelajarmelalui atastalian 6. Saya lebihbermotivasimengikuti pembelajarantradisionalberbanding pembelajaranatastalian 7. Saya merasakanpembelajaran gabungan bersemukadanatastalianlebihberkesan berbandingpembelajarantradisional sahaja 8. Saya merasakanpembelajarantradisional lebihmeningkatkankeyakinandiri saya dalampergaulanbersamarakandan pensyarahberbandingpembelajaranatas talian 9. Saya merasakanpembelajaranatastalian lebihfleksibeldanmenjimatkanmasa berbandingpembelajarantradisional
  • 32. 10. Saya lebihmemilihuntukbelajarsecara atas taliandalamjangkamasa yang lama berbandingbelajarsecaratradisional