Dokumen ini membincangkan masalah murid-murid di sekolah yang mengamalkan Program Dwibahasa atau Dual Language Program (DLP) kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Ia mengenal pasti punca masalah ini ialah kekurangan penguasaan istilah dan ejaan dalam bahasa Inggeris. Cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah menyediakan bahan pembelajaran dalam dwibahasa bagi memudahkan pemahaman murid. Langkah
1. JURNAL INTERNSHIP
Minggu Internship Empat (4)
Tarikh 30 April 2021
Tajuk Jurnal Murid DLP kurang menguasai bahasa Inggeris.
1. Isu yang Difokuskan:
Program Dwibahasa atau Dual Language Program (DLP) adalah suatu program di
bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) dan hanya sekolah tertentu sahaja yang terlibat dengan program ini
antaranya sekolah Internship saya iaitu Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist.
Setelah mengajar empat buah kelas yang berbeza bagi mata pelajaran Sains DLP,
saya dapat melihat pelbagai ragam murid semasa mereka mempelajari subjek Sains
ini. Setiap tahun murid menunjukkan tahap penguasaan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains.
2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Walaupun semua kelas yang diajar menjalankan program DLP, tidak semua murid
dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Banyak istilah yang mereka tidak
ketahui terutamanya ketika membuat latihan. Saya dapat melihat dengan jelas
bahawa masih ramai murid yang tidak dapat mengeja sesuatu perkataan Inggeris
dengan ejaan yang betul. Kadangkala, semasa guru sedang mengajar juga mereka
akan mencelah kerana mereka tidak mengetahui perkataan-perkataan Inggeris
tertentu.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas):
Pelajar akan mengalami masalah dalam pembelajaran seperti kesukaran untuk
memahami ilmu yang disampaikan dalam bahasa Inggeris sekiranya pelajar itu tidak
menguasai kemahiran berbahasa tersebut dengan baik (Low, 2004 dan Jumrang,
2004) dalam Mohd Hasimi Yaacob, Mohd Helmi & Nurhidayani Abd Wahab (2017).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Antara idea untuk menyelesaikan masalah ini untuk meningkatkan keberkesanan
proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan guru di dalam kelas ini ialah dengan
menyediakan nota atau lembaran kerja dalam bentuk dwibahasa supaya murid lebih
peka dan jelas tentang soalan yang mereka lakukan.
2. 5. Tempoh Masa Penyelesaian:
Sepanjang Internship.
6. Tindakan Susulan:
Saya telah menyediakan lembaran kerja soal selidik yang terdiri daripada soalan
dwibahasa untuk projek STEM: Beyond Microscope supaya murid dapat cuba untuk
memahami apa yang dipelajari dalam projek tersebut.
7. Rujukan:
Mohd Hasimi Yaacob, Mohd Helmi & Nurhidayani Abd Wahab. (2017). Hubungan
penguasaan bahasa inggeris dengan tahap keberkesanan kemahiran insaniah
pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar 20, 67-77.
3. CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN
Minggu Internship Empat (4)
Tarikh 30 April 2021
Tajuk Jurnal Murid DLP kurang menguasai bahasa Inggeris.
1. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
26 April 2021
2. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan:
Setelah menjalankan langkah yang dicadangkan, saya dapat melihat kemajuan
murid-murid dalam menguruskan maklumat pembelajaran mereka. Murid kelihatan
lebih mudah untuk menyelesaikan masalah dan soalan dalam lembaran kerja dengan
adanya dwibahasa. Murid boleh menjawab soalan dengan lebih yakin dan jawapan
murid lebih cenderung untuk tepat menjawab soalan yang dinyatakan.
3. Kesimpulan/Refleksi [Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)]:
Program DLP ini dapat menguntungkan murid kerana murid dapat menambahbaik
penggunaan bahasa Inggeris mereka dalam kehidupan seharian serta menyiapkan
diri mereka dengan suasana masa kini yang banyak menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantara. Namun, sekiranya program ini telah membuatkan murid
lebih terbeban dan berasa mata pelajaran mereka semakin sukar, sebaiknya mereka
cuba dan didorong untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dahulu.