SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
1
AMALI 4: RANGSANGAN DAN GERAK BALAS TUMBUHAN
TAJUK : Rangsangan dan Gerak Balas Tumbuhan.
TUJUAN : Mengkaji dan mengenal pasti rangsangan yang dikesan oleh
tumbuhan dan gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan
itu.
A. GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP CAHAYA (Set A)
BAHAN : Biji benih kacang hijau, kapas basah.
RADAS : Mangkuk pijar, kotak berlubang.
PROSEDUR :
1. Biji benih kacang hijau dicambahkan di dalam mangkuk pijar berisi kapas
basah tiga hari sebelum aktiviti.
Mangkuk pijar
Biji benih
kacang hijau
Kapas
Kotak
berlubang
2
2. Mangkuk pijar berisi anak pokok dimasukan ke dalam kotak berlubang.
3. Kotak dibiarkan selama tiga hari.
4. Sertakan gambar keadaan akar dan pucuk anak benih selepas tiga hari.
PEMERHATIAN :
Gerak Balas Tumbuhan Pucuk Pucuk bergerak ke arah sumber cahaya.
(Fototropisme positif)
Akar Akar bergerak ke bawah, bertentangan
dengan sumber cahaya. (Fototropisme
negatif)
Pemerhatian
Keadaan akar:
Pucuk
3
B. GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP TARIKAN GRAVITI (Set B)
BAHAN : Biji benih kacang hijau, kapas basah, plastisin.
RADAS : Piring petri.
PROSEDUR :
1. Biji benih kacang hijau dicambahkan di dalam piring petri berisi kapas basah
tiga hari sebelum aktiviti.
2. Plastisin diletakkan sebagai tapak untuk melekatkan sisi piring petri.
Akar
Kapas
Plastisin
Piring petri
Biji benih
kacang hijau
4
3. Piring petri diletakkan di atas plastisin dalam anggaran sudut 90°.
4. Radas telah dibiarkan di dalam almari gelap selama tiga hari.
5. Sertakan gambar keadaan akar dan pucuk anak benih selepas tiga hari.
PEMERHATIAN :
Gerak Balas Tumbuhan Pucuk Pucuk bergerak ke atas. (Geotropisme
negatif)
Akar Akar bergerak ke bawah. (Geotropisme
positif)
Pemerhatian
Akar
Pucuk
5
C. GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP AIR (Set C)
BAHAN : Bijih benih kacang hijau, gel silika, kapas basah.
RADAS : Bikar 250 ml, jaring plastik.
PROSEDUR :
1. Biji benih kacang hijau dicambahkan di dalam piring petri berisi kapas basah
tiga hari sebelum aktiviti.
2. Gel silika dimasukkan ke dalam bikar dan bikar ditutup menggunakan kasa
dawai.
3. Anak pokok bersama kapas basah diletakkan ke atas kasa dawai.
4. Radas telah dibiarkan di dalam almari gelap selama tiga hari.
5. Sertakan gambar keadaan akar dan pucuk anak benih selepas tiga hari.
Biji benih
kacang hijau
Bikar 250 ml
Gel silika
Kapas
Jaring plastik
6
PEMERHATIAN :
Gerak Balas Tumbuhan Pucuk Pucuk bergerak ke atas. (Hidrotropisme
negatif)
Akar Akar bergerak ke bawah, kemudian
bergerak ke kapas semula.
(Hidrotropisme positif)
Pemerhatian
Keadaan akar:
Pucuk
7
PERBINCANGAN :
Gerak balas tropisme ialah gerak balas pertumbuhan bahagian akar dan
pucuk terhadap rangsangan di sekelilingnya. Gerak balas tropisme terbahagi
kepada dua iaitu gerak balas positif dan gerak balas negatif. Gerak balas
positif bermaksud gerak balas yang berlaku ke arah rangsangan manakala
gerak balas yang menjauhi rangsangan disebut gerak balas negatif. Terdapat
tiga jenis gerak balas tropisme iaitu fototropisme, geotropisme dan
hidrotropisme.
Eksperimen Set A di mana anak pokok diletakkan dalam sebuah kotak
berlubang ialah untuk menguji gerak balas tumbuhan terhadap cahaya.
Pergerakan tumbuhan sebagai gerak balas terhadap rangsangan cahaya ialah
fototropisme. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, pucuk tumbuhan telah
bergerak mengikut rangsangan cahaya, bermaksud tumbuhan menunjukkan
gerak balas fotoropisme positif. Pucuk tumbuhan tumbuh dan bergerak ke
arah sumber cahaya, iaitu lubang yang dibuat pada kotak tersebut. Akar anak
pokok pula bersifat fototropisme negatif kerana ia menjauhi cahaya, tidak
memerlukan cahaya, hanya bergantung kepada keperluan air dan tarikan
graviti.
Akar
8
Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis.
Fotosintesis ialah proses yang dijalankan tumbuhan untuk menghasilkan
makanan. Tumbuhan menyerap cahaya kerana mempunyai pigmen klorofil
yang memberi warna hijau kepada tumbuhan. Berikut ialah persamaan bagi
proses fotosintesis:
Persamaan fotosintesis:
6CO2 + 12H2O ⎯
⎯
⎯
⎯ →
⎯ +klorofil
cahaya
6O2 + C6H12O6 +6H2O
Selain itu, tumbuhan memanjang dan pucuknya keluar melalui lubang dan
membengkok ke atas kerana kewujudan auksin pada batang tumbuhan.
Auksin ialah sejenis hormon yang ada pada tumbuhan yang merangsang
pemanjangan sel tumbuhan. Auksin amat sensitif dan menjauhi sumber
cahaya. Sumber cahaya daripada atas akan menyebabkan tumbuhan akan
membengkok ke atas kerana bahagian yang terlindung daripada cahaya akan
memanjang akibat pengumpulan auksin pada bahagian tersebut.
Pada eksperimen Set B di mana anak pokok diletakkan pada piring petri
dan piring petri diletakkan dalam posisi berserenjang dengan tapak, dilekatkan
ke tapak dengan bantuan plastisin. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji
gerak balas tumbuhan terhadap tarikan graviti. Geotropisme ialah tropisme
yang sesuai dengan pergerakan gerak balas tumbuhan yang berkaitan tarikan
graviti pada kerak bumi. Akar tumbuh memanjang ke bawah akibat tarikan
graviti, menunjukkan geotropisme positif. Pucuk pula tumbuh membengkok ke
atas, bertentangan dengan tarikan graviti yang menjelaskan sifat geotropisme
negatifnya.
Terdapat kepekatan auksin yang tinggi pada bahagian hujung pucuk dan
hujung akar. Kepekatan auksin yang tinggi pada bahagian bawah pada hujung
pucuk akan merangsang pemanjangan sel tumbuhan, membuatkan tumbuhan
9
memanjang ke atas. Kepekatan auksin pada bahagian bawah pada hujung
akar akan merencat pertumbuhan akar, menyebabkan akar membengkok dan
memanjang ke bawah mengikut graviti.
Tujuan eksperimen ketiga dijalankan ialah untuk memerhati gerak balas
tumbuhan terhadap air. Gel silika diletakkan pada dasar bikar untuk menyerap
kelembapan pada bahagian bawah tumbuhan. Kemudian, anak pokok yang
tumbuh pada kapas basah diletakkan di bahagian atas bikar, berlapikkan
jaring plastik. Hasil eksperimen menunjukkan akar menembusi kapas basah
dan meneruskan proses pemanjangan akar. Namun, akar kembali ke kapas
basah. Pucuk pula terus tumbuh ke atas, berlawanan dengan kapas basah
sebagai pembekal air. Gerak balas tumbuhan yang dikaitkan dengan air ialah
tropisme jenis hidrotropisme.
Berdasarkan keputusan yang diperoleh, pucuk telah menunjukkan gerak
balas negatif terhadap air yang dipanggil hidrotropisme negatif. Akar pula
bergerak ke bawah akibat graviti, namun kembali ke kapas yang dibasahkan
dengan air kerana sifat akar yang hidrotropisme positif. Gel silika yang
berperanan untuk menyediakan persekitaran yang kering membuatkan
geotropisme positif pada tumbuhan telah dibatasi oleh hidrotropisme positif.
Umumnya, air, udara dan cahaya ialah keperluan asas tumbuhan. Akar
tumbuhan akan bergerak ke arah air untuk menyerap air kerana air akan
dihantar ke seluruh bahagian pokok terutamanya daun yang akan
menjalankan proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan menukarkan air,
nutrien dan karbon dioksida untuk menghasilkan tenaga, glukosa, dan oksigen
dengan bantuan klorofil dan cahaya matahari. Air juga penting untuk
tumbuhan dalam proses metabolisme tumbuhan pemanjangan sel tumbuhan
dan membantu proses respirasi pada tumbuhan.
10
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, setiap pertumbuhan yang berlaku pada sesebuah
tumbuhan adalah akibat rangsangan daripada persekitarannya. Bahagian
tumbuhan seperti pucuk dan akar akan bergerak balas terhadap rangsangan
tertentu seperti air, cahaya, dan graviti. Setiap gerak balas ini diklasifikasikan
sebagai gerak balas tropisme dan setiap rangsangan yang berbeza akan
memberikan gerak balas yang berbeza seperti fototropisme terhadap
rangsangan cahaya, geotropisme terhadap rangsangan graviti dan
hidrotropisme terhadap rangsangan air.
11
RUJUKAN :
Chang, T. H., Yamin Yasin, Fazilah Hamzah, Linggi Entain, Nor Azlina Mohd
Arif, Norma Ismail et al. (2014). Kunci emas SPM: Biologi tingkatan 5.
Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.
Gajendra Khandewal & Deepthi Uthaman. (nd). Plant movement. Diperoleh
daripada http://biology4isc.weebly.com/plant-movement.html
Hailmi. (2013). Rangsangan dan gerak balas tumbuhan. Diperoleh daripada
http://www.cikguhailmi.com/2013/01/sains-rangsangan-dan-gerak-balas.ht
ml
Mahadiah Muda. (2014). Xpress tuntas SPM: Biology (bilingual). Petaling
Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nur Raihan Idris, Suhaima Mohammad Suki & Yap, C. M.. (2017). Revisi mobil
biologi SPM. Puchong, Selangor, Malaysia: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn.
Bhd.
Sahabuddin Basri, Shafizah Hisham, Norfarizah Ali & M. Rosli. (2016). S.O.S.
ulang kaji last minute SPM. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Eksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermikEksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermikGee3145
 
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas HidupanBab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas HidupanSafwan Yusuf
 
Organisasi sel amoeba (sarah)
Organisasi sel amoeba (sarah)Organisasi sel amoeba (sarah)
Organisasi sel amoeba (sarah)Nurul Azuwin
 
Sel pipi dan sel bawang
Sel pipi dan sel bawangSel pipi dan sel bawang
Sel pipi dan sel bawangSielah Aspi
 
Fotosintesis
FotosintesisFotosintesis
Fotosintesisummunas
 
Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)
Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)
Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)thaya bharan
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sellina jahari
 
Bio amali 2 tropisme
Bio amali 2   tropismeBio amali 2   tropisme
Bio amali 2 tropismeKevin Ming
 
bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)
bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)
bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)mrs imran
 
2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakan2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakanMrHan Physics
 
Organisasi sel paramesium (azali)
Organisasi sel  paramesium (azali)Organisasi sel  paramesium (azali)
Organisasi sel paramesium (azali)Nurul Azuwin
 
MATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdf
MATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdfMATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdf
MATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdfJashMozrat1
 
SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4
SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4
SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4KeluargaJannah
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatBong Shuying
 
1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizik1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizikMrHan Physics
 

What's hot (20)

Eksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermikEksotermik & endotermik
Eksotermik & endotermik
 
Penyediaan larutan
Penyediaan larutanPenyediaan larutan
Penyediaan larutan
 
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas HidupanBab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
Bab 2 Sel Sebagai Unit Asas Hidupan
 
Organisasi sel amoeba (sarah)
Organisasi sel amoeba (sarah)Organisasi sel amoeba (sarah)
Organisasi sel amoeba (sarah)
 
Kesan daya 2
Kesan daya 2Kesan daya 2
Kesan daya 2
 
Sel pipi dan sel bawang
Sel pipi dan sel bawangSel pipi dan sel bawang
Sel pipi dan sel bawang
 
Fotosintesis
FotosintesisFotosintesis
Fotosintesis
 
Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)
Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)
Sains tingkatan 1(bab1,2,3,4)
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
 
Bio amali 2 tropisme
Bio amali 2   tropismeBio amali 2   tropisme
Bio amali 2 tropisme
 
bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)
bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)
bab 2 : struktur atom (kimia tingkatan 4)
 
Bab 2 Nutrisi
Bab 2 NutrisiBab 2 Nutrisi
Bab 2 Nutrisi
 
2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakan2.0 daya dan gerakan
2.0 daya dan gerakan
 
Gerak balas tumbuhan
Gerak balas tumbuhanGerak balas tumbuhan
Gerak balas tumbuhan
 
Organisasi sel paramesium (azali)
Organisasi sel  paramesium (azali)Organisasi sel  paramesium (azali)
Organisasi sel paramesium (azali)
 
Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan
Laporan Amali Biologi: Ujian MakananLaporan Amali Biologi: Ujian Makanan
Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan
 
MATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdf
MATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdfMATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdf
MATEMATIK TAHUN 5 -TOPIK-WANG.pdf
 
SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4
SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4
SOKONGAN DAN PERGERAKAN DALAM MANUSIA DAN HAIWAN KSSM TINGKATAN 4
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizik1.0 pengenalan kepada fizik
1.0 pengenalan kepada fizik
 

More from rosedainty

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)rosedainty
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)rosedainty
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...rosedainty
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visualrosedainty
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodanrosedainty
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)rosedainty
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Reliefrosedainty
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespinrosedainty
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhanrosedainty
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesisrosedainty
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwanrosedainty
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makananrosedainty
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanakrosedainty
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasirosedainty
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum NewtonSCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newtonrosedainty
 

More from rosedainty (20)

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasi
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum NewtonSCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
 

SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan

  • 1. 1 AMALI 4: RANGSANGAN DAN GERAK BALAS TUMBUHAN TAJUK : Rangsangan dan Gerak Balas Tumbuhan. TUJUAN : Mengkaji dan mengenal pasti rangsangan yang dikesan oleh tumbuhan dan gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan itu. A. GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP CAHAYA (Set A) BAHAN : Biji benih kacang hijau, kapas basah. RADAS : Mangkuk pijar, kotak berlubang. PROSEDUR : 1. Biji benih kacang hijau dicambahkan di dalam mangkuk pijar berisi kapas basah tiga hari sebelum aktiviti. Mangkuk pijar Biji benih kacang hijau Kapas Kotak berlubang
  • 2. 2 2. Mangkuk pijar berisi anak pokok dimasukan ke dalam kotak berlubang. 3. Kotak dibiarkan selama tiga hari. 4. Sertakan gambar keadaan akar dan pucuk anak benih selepas tiga hari. PEMERHATIAN : Gerak Balas Tumbuhan Pucuk Pucuk bergerak ke arah sumber cahaya. (Fototropisme positif) Akar Akar bergerak ke bawah, bertentangan dengan sumber cahaya. (Fototropisme negatif) Pemerhatian Keadaan akar: Pucuk
  • 3. 3 B. GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP TARIKAN GRAVITI (Set B) BAHAN : Biji benih kacang hijau, kapas basah, plastisin. RADAS : Piring petri. PROSEDUR : 1. Biji benih kacang hijau dicambahkan di dalam piring petri berisi kapas basah tiga hari sebelum aktiviti. 2. Plastisin diletakkan sebagai tapak untuk melekatkan sisi piring petri. Akar Kapas Plastisin Piring petri Biji benih kacang hijau
  • 4. 4 3. Piring petri diletakkan di atas plastisin dalam anggaran sudut 90°. 4. Radas telah dibiarkan di dalam almari gelap selama tiga hari. 5. Sertakan gambar keadaan akar dan pucuk anak benih selepas tiga hari. PEMERHATIAN : Gerak Balas Tumbuhan Pucuk Pucuk bergerak ke atas. (Geotropisme negatif) Akar Akar bergerak ke bawah. (Geotropisme positif) Pemerhatian Akar Pucuk
  • 5. 5 C. GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP AIR (Set C) BAHAN : Bijih benih kacang hijau, gel silika, kapas basah. RADAS : Bikar 250 ml, jaring plastik. PROSEDUR : 1. Biji benih kacang hijau dicambahkan di dalam piring petri berisi kapas basah tiga hari sebelum aktiviti. 2. Gel silika dimasukkan ke dalam bikar dan bikar ditutup menggunakan kasa dawai. 3. Anak pokok bersama kapas basah diletakkan ke atas kasa dawai. 4. Radas telah dibiarkan di dalam almari gelap selama tiga hari. 5. Sertakan gambar keadaan akar dan pucuk anak benih selepas tiga hari. Biji benih kacang hijau Bikar 250 ml Gel silika Kapas Jaring plastik
  • 6. 6 PEMERHATIAN : Gerak Balas Tumbuhan Pucuk Pucuk bergerak ke atas. (Hidrotropisme negatif) Akar Akar bergerak ke bawah, kemudian bergerak ke kapas semula. (Hidrotropisme positif) Pemerhatian Keadaan akar: Pucuk
  • 7. 7 PERBINCANGAN : Gerak balas tropisme ialah gerak balas pertumbuhan bahagian akar dan pucuk terhadap rangsangan di sekelilingnya. Gerak balas tropisme terbahagi kepada dua iaitu gerak balas positif dan gerak balas negatif. Gerak balas positif bermaksud gerak balas yang berlaku ke arah rangsangan manakala gerak balas yang menjauhi rangsangan disebut gerak balas negatif. Terdapat tiga jenis gerak balas tropisme iaitu fototropisme, geotropisme dan hidrotropisme. Eksperimen Set A di mana anak pokok diletakkan dalam sebuah kotak berlubang ialah untuk menguji gerak balas tumbuhan terhadap cahaya. Pergerakan tumbuhan sebagai gerak balas terhadap rangsangan cahaya ialah fototropisme. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, pucuk tumbuhan telah bergerak mengikut rangsangan cahaya, bermaksud tumbuhan menunjukkan gerak balas fotoropisme positif. Pucuk tumbuhan tumbuh dan bergerak ke arah sumber cahaya, iaitu lubang yang dibuat pada kotak tersebut. Akar anak pokok pula bersifat fototropisme negatif kerana ia menjauhi cahaya, tidak memerlukan cahaya, hanya bergantung kepada keperluan air dan tarikan graviti. Akar
  • 8. 8 Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan fotosintesis. Fotosintesis ialah proses yang dijalankan tumbuhan untuk menghasilkan makanan. Tumbuhan menyerap cahaya kerana mempunyai pigmen klorofil yang memberi warna hijau kepada tumbuhan. Berikut ialah persamaan bagi proses fotosintesis: Persamaan fotosintesis: 6CO2 + 12H2O ⎯ ⎯ ⎯ ⎯ → ⎯ +klorofil cahaya 6O2 + C6H12O6 +6H2O Selain itu, tumbuhan memanjang dan pucuknya keluar melalui lubang dan membengkok ke atas kerana kewujudan auksin pada batang tumbuhan. Auksin ialah sejenis hormon yang ada pada tumbuhan yang merangsang pemanjangan sel tumbuhan. Auksin amat sensitif dan menjauhi sumber cahaya. Sumber cahaya daripada atas akan menyebabkan tumbuhan akan membengkok ke atas kerana bahagian yang terlindung daripada cahaya akan memanjang akibat pengumpulan auksin pada bahagian tersebut. Pada eksperimen Set B di mana anak pokok diletakkan pada piring petri dan piring petri diletakkan dalam posisi berserenjang dengan tapak, dilekatkan ke tapak dengan bantuan plastisin. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji gerak balas tumbuhan terhadap tarikan graviti. Geotropisme ialah tropisme yang sesuai dengan pergerakan gerak balas tumbuhan yang berkaitan tarikan graviti pada kerak bumi. Akar tumbuh memanjang ke bawah akibat tarikan graviti, menunjukkan geotropisme positif. Pucuk pula tumbuh membengkok ke atas, bertentangan dengan tarikan graviti yang menjelaskan sifat geotropisme negatifnya. Terdapat kepekatan auksin yang tinggi pada bahagian hujung pucuk dan hujung akar. Kepekatan auksin yang tinggi pada bahagian bawah pada hujung pucuk akan merangsang pemanjangan sel tumbuhan, membuatkan tumbuhan
  • 9. 9 memanjang ke atas. Kepekatan auksin pada bahagian bawah pada hujung akar akan merencat pertumbuhan akar, menyebabkan akar membengkok dan memanjang ke bawah mengikut graviti. Tujuan eksperimen ketiga dijalankan ialah untuk memerhati gerak balas tumbuhan terhadap air. Gel silika diletakkan pada dasar bikar untuk menyerap kelembapan pada bahagian bawah tumbuhan. Kemudian, anak pokok yang tumbuh pada kapas basah diletakkan di bahagian atas bikar, berlapikkan jaring plastik. Hasil eksperimen menunjukkan akar menembusi kapas basah dan meneruskan proses pemanjangan akar. Namun, akar kembali ke kapas basah. Pucuk pula terus tumbuh ke atas, berlawanan dengan kapas basah sebagai pembekal air. Gerak balas tumbuhan yang dikaitkan dengan air ialah tropisme jenis hidrotropisme. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, pucuk telah menunjukkan gerak balas negatif terhadap air yang dipanggil hidrotropisme negatif. Akar pula bergerak ke bawah akibat graviti, namun kembali ke kapas yang dibasahkan dengan air kerana sifat akar yang hidrotropisme positif. Gel silika yang berperanan untuk menyediakan persekitaran yang kering membuatkan geotropisme positif pada tumbuhan telah dibatasi oleh hidrotropisme positif. Umumnya, air, udara dan cahaya ialah keperluan asas tumbuhan. Akar tumbuhan akan bergerak ke arah air untuk menyerap air kerana air akan dihantar ke seluruh bahagian pokok terutamanya daun yang akan menjalankan proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan menukarkan air, nutrien dan karbon dioksida untuk menghasilkan tenaga, glukosa, dan oksigen dengan bantuan klorofil dan cahaya matahari. Air juga penting untuk tumbuhan dalam proses metabolisme tumbuhan pemanjangan sel tumbuhan dan membantu proses respirasi pada tumbuhan.
  • 10. 10 KESIMPULAN : Kesimpulannya, setiap pertumbuhan yang berlaku pada sesebuah tumbuhan adalah akibat rangsangan daripada persekitarannya. Bahagian tumbuhan seperti pucuk dan akar akan bergerak balas terhadap rangsangan tertentu seperti air, cahaya, dan graviti. Setiap gerak balas ini diklasifikasikan sebagai gerak balas tropisme dan setiap rangsangan yang berbeza akan memberikan gerak balas yang berbeza seperti fototropisme terhadap rangsangan cahaya, geotropisme terhadap rangsangan graviti dan hidrotropisme terhadap rangsangan air.
  • 11. 11 RUJUKAN : Chang, T. H., Yamin Yasin, Fazilah Hamzah, Linggi Entain, Nor Azlina Mohd Arif, Norma Ismail et al. (2014). Kunci emas SPM: Biologi tingkatan 5. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd. Gajendra Khandewal & Deepthi Uthaman. (nd). Plant movement. Diperoleh daripada http://biology4isc.weebly.com/plant-movement.html Hailmi. (2013). Rangsangan dan gerak balas tumbuhan. Diperoleh daripada http://www.cikguhailmi.com/2013/01/sains-rangsangan-dan-gerak-balas.ht ml Mahadiah Muda. (2014). Xpress tuntas SPM: Biology (bilingual). Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd. Nur Raihan Idris, Suhaima Mohammad Suki & Yap, C. M.. (2017). Revisi mobil biologi SPM. Puchong, Selangor, Malaysia: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd. Sahabuddin Basri, Shafizah Hisham, Norfarizah Ali & M. Rosli. (2016). S.O.S. ulang kaji last minute SPM. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.