SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
1
PENULISAN AKADEMIK
Bilik darjah yang mesra budaya ialah sebuah persekitaran kondusif untuk semua
murid tanpa sebarang diskriminasi di samping mengutamakan penerapan nilai murni
semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Pengurusan bilik darjah
yang mesra budaya adalah pengetahuan penting yang perlu dikuasai oleh guru agar
murid dapat menghayati dan menerima perbezaan serta kepelbagaian antara satu
sama lain tanpa sebarang penghakiman. Usaha ini adalah selaras dengan
penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang
memfokuskan perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara.
Aspek fizikal sesebuah bilik darjah amatlah penting dalam usaha mewujudkan
bilik darjah mesra budaya. Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan dan
fungsi badan secara amnya atau secara jelasnya sesuatu yang maujud. Steele (1973)
dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku mencadangkan bahawa
penyusunan fizikal dalam bilik darjah mempunyai enam fungsi, iaitu keselamatan,
hubungan sosial, identiti simbolik, perkembangan dan ketengangan. Contohnya,
keadaan bilik darjah dari segi pencahayaan serta pengudaraan, susunan kerusi meja,
papan kenyataan, peraturan keselamatan dan amalan, dan sudut pembelajaran.
Namun, tidak dilupakan kepada aspek sosiobudaya yang turut memainkan
peranan penting dalam sesebuah bilik darjah. Aspek sosiobudaya dapat diperhatikan
melalui emosi murid, hubungan kemanusiaan, gaya pembelajaran, latar belakang
serta pemikiran murid. Edward B. Taylor dalam Primitive Culture mengatakan bahawa
manusia sebagai insan sosial akan mempelajari tentang peranannya di dalam
masyarakat melalui proses pembudayaan. Jadi, kedua-dua aspek perlu
diseimbangkan untuk membangunkan bilik darjah mesra budaya yang berkesan agar
persekitaran sekolah yang harmoni dapat diwujudkan dalam masyarakat yang
pelbagai.
Pada tahun 2016, masalah perkauman di negara ini dilihat semakin serius
terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang majoriti murid dan
gurunya terdiri daripada bangsa Cina. Namun, ada juga segelintir murid yang dihantar
oleh ibu bapa ke SJKC dan sebilangan kecil guru yang menjadi guru di SJKC. Contoh
isu yang pernah hangat diperkatakan ialah isu perkauman yang berlaku di SJKC Pai
2
Chee, Mersing, Johor. Seorang guru Melayu telah membuat laporan polis mendakwa
pihak sekolah tidak melindunginya apabila guru tersebut dihina anak muridnya. Guru
tersebut juga mendakwa pernah dihalau oleh Guru Besar yang menggunakan
pertuturan berunsur perkauman.
Antara langkah yang boleh diambil guru untuk mewujudkan bilik darjah mesra
budaya tanpa isu perkauman ialah dengan menyediakan susunan bilik darjah yang
membolehkan interaksi antara murid, selaras dengan kehendak pembelajaran abad
ke-21. Sekiranya kelas itu terdiri daripada murid pelbagai sosiobudaya, guru perlulah
menyusun murid dalam kedudukan yang bercampur dalam satu kumpulan. Selain itu,
guru juga boleh menyediakan sudut khas di dalam bilik darjah yang memuatkan
info-info berguna yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid
terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia. Guru digalakkan untuk mengadakan sesi
PdPc bercorak permainan yang dapat meningkatkan interaksi antara murid. Di
samping itu, sekiranya guru ingin melakukan peneguhan positif atau teguran, guru
mestilah peka dan sensitif terhadap kesemua kaum yang ada serta bersikap adil.
Kemudian, baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu menyayat hati
tentang seorang wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban akibat
diserang dan dipukul pihak perusuh semasa menjalankan tugas. Allahyarham ialah
seorang anggota bomba yang ditugaskan untuk memadam kebakaran yang
dicetuskan oleh perusuh di kuil Maha Mariamman, Seafield di USJ 25 pada malam 26
November lalu. Selepas kematian Allahyarham, laman media sosial seperti Facebook,
Twitter dan WhatsApp dibanjiri isu yang mengaitkan pemergian anggota bomba itu
dengan isu agama dan bangsa. Namun, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor
Rashid Ibrahim menegaskan, kematian Allahyarham Muhammad Adib merupakan
kes jenayah dan tiada kaitan dengan isu perkauman.
Jadi, sebagai seorang guru, guru mestilah meneliti setiap aspek di dalam bilik
darjah untuk memastikan PdPc dapat berjalan dengan lancar terutamanya dari segi
disiplin pelajar. Masalah disiplin dalam bilik darjah akan mengganggu murid lain
sekaligus memberi kesan kepada objektif pengajaran guru. Guru perlulah
memberikan fokus yang lebih kepada murid-murid yang berpotensi tinggi untuk
terlibat dengan gejala bermalasah sama ada buli atau perkauman. Murid-murid ini
dapat dikenalpasti dengan mudah melalui kerja berkumpulan semasa PdPc. Murid
‘racist’ dan bermasalah ini akan lebih cenderung untuk memilih rakan sekumpulan
3
serta meminggirkan kaum-kaum yang tidak disukai mereka serta ada yang
berkelakuan ganas. Jadi, guru sepatutnya menerapkan nilai-nilai hubungan
kemanusiaan yang sesuai semasa PdPc contohnya amalan bekerjasama, patriotisme,
perpaduan, bertolak ansur,dan sebagainya. Guru juga dapat mengawal murid melalui
sistem ganjaran dan hukuman.
Isu seterusnya yang dapat dibincangkan dipetik daripada Utusan Online 12 Mac
2019 ialah tentang seorang murid lelaki tingkatan satu yang ingin membunuh diri
kerana kecewa cinta ditolak gadis idamannya yang lebih memilih pelajar lelaki lain.
Video berdurasi 51 saat yang menunjukkan pelajar lelaki tersebut berjalan di atas
bumbung sekolah sebelum diselamatkan oleh pihak Agensi Pertahanan Awam telah
tular di media sosial. Berdasarkan laporan guru sekolah tersebut, pelajar lelaki itu
tidak mempunyai sebarang masalah disiplin, baik serta pendiam, namun terlalu
mudah terpengaruh dengan mainan perasaan. Tetapi, selepas diselidiki,
rupa-rupanya emosi murid tersebut agak terganggu kerana baru kehilangan ibunya
membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan waras.
Jadi, kejadian ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa pengaruh emosi
sangatlah besar kepada kehidupan seseorang. Woofolk (1990) dalam An Interview
with Anita Woofolk juga menekankan tentang pengendalian emosi murid haruslah
diurus dengan berkesan supaya emosi murid sentiasa stabil untuk meneruskan
aktiviti dalam pembelajaran mereka. Sebagai seorang guru, guru mestilah peka dan
prihatin dengan perubahan personaliti murid. Amalan bias semasa mengajar mestilah
dielakkan sama sekali sama ada dari segi jantina, rupa paras atau kaum. Keadaan ini
penting untuk memastikan murid tidak berasa terpinggir. Guru perlu menimbulkan
suasana yang murid merasakan dirinya sebahagian daripada kelas. Merujuk kepada
Surah A’basa ayat 5 dan 6 yang membawa maksud:
(5) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada
ajaran Al-Quran),
(6) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
Ayat surah tersebut menunjukkan bahawa seorang guru yang baik tidak patut
membezakan atau mengabaikan murid dan menggalakkan pemberian penghargaan
yang sama rata untuk semua murid. Selain itu, guru mestilah mengetahui latar
belakang murid agar dapat mendekati seseorang murid itu dengan lebih rapat lagi.
4
Peranan guru juga ialah dengan membimbing dan mengubah persepsi pelajar
tentang perkhidmatan kaunseling. Murid seringkali menganggap murid bermasalah
sahaja yang akan menghadiri kaunseling. Akhirnya, masalah emosi mereka
terpendam dan tiada penyelesaian.
Dalam Jurnal Pemikir Pendidikan (2017), pendidikan dikatakan penyumbang
utama kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Seringkali didengari,
murid hari ini ialah pemimpin masa hadapan. Jadi, guru perlulah menyiapkan murid
dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran serta peribadi yang mulia. Hal ini
kerana masalah-masalah yang telah berlaku dan telah dibincangkan akan menjadi
penghalang pencapaian pelajar dalam bidang pendidikan sekiranya guru tidak
mengambil inisiatif awal untuk membanteras masalah dari peringat sekolah lagi.
Kesimpulannya, PPPM (2013-2025) juga turut menekankan aspek perpaduan
dalam kalangan murid di sekolah. Perkara tersebut dapat dicapai melalui interaksi
antara murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penekanan PPPM
(2013-2025) dalam konteks perpaduan kaum adalah untuk mewujudkan identiti
nasional dalam kalangan murid. Identiti nasional hanya boleh dicapai sekiranya murid
menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian. Jadi, guru ialah agen utama yang
penting dalam pembentukan modal insan seseorang murid.

More Related Content

Similar to EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya

Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Pensil Dan Pemadam
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
Salmah Md Amin
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Tengku Anis
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
firo HAR
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
Ety Sue
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Marina Masdar
 
Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)
Butter Emily
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin
Fangyi Tio
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Abdul Karim Kamaruzaman
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Azizi Ahmad
 
Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru
Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guruKomitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru
Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru
Mie Ahmad
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Noormawati Che Azmi
 

Similar to EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya (20)

Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Bilik darjah
Bilik darjahBilik darjah
Bilik darjah
 
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budayaGroup 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
 
Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru
Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guruKomitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru
Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
 
isu complete (1).pptx
isu complete (1).pptxisu complete (1).pptx
isu complete (1).pptx
 

More from rosedainty

EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
rosedainty
 

More from rosedainty (20)

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas TumbuhanSCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasi
 
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum NewtonSCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
 

Recently uploaded (7)

Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 

EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya

  • 1. 1 PENULISAN AKADEMIK Bilik darjah yang mesra budaya ialah sebuah persekitaran kondusif untuk semua murid tanpa sebarang diskriminasi di samping mengutamakan penerapan nilai murni semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah pengetahuan penting yang perlu dikuasai oleh guru agar murid dapat menghayati dan menerima perbezaan serta kepelbagaian antara satu sama lain tanpa sebarang penghakiman. Usaha ini adalah selaras dengan penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memfokuskan perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan negara. Aspek fizikal sesebuah bilik darjah amatlah penting dalam usaha mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Kamus Dewan menakrifkan fizikal sebagai badan dan fungsi badan secara amnya atau secara jelasnya sesuatu yang maujud. Steele (1973) dalam Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku mencadangkan bahawa penyusunan fizikal dalam bilik darjah mempunyai enam fungsi, iaitu keselamatan, hubungan sosial, identiti simbolik, perkembangan dan ketengangan. Contohnya, keadaan bilik darjah dari segi pencahayaan serta pengudaraan, susunan kerusi meja, papan kenyataan, peraturan keselamatan dan amalan, dan sudut pembelajaran. Namun, tidak dilupakan kepada aspek sosiobudaya yang turut memainkan peranan penting dalam sesebuah bilik darjah. Aspek sosiobudaya dapat diperhatikan melalui emosi murid, hubungan kemanusiaan, gaya pembelajaran, latar belakang serta pemikiran murid. Edward B. Taylor dalam Primitive Culture mengatakan bahawa manusia sebagai insan sosial akan mempelajari tentang peranannya di dalam masyarakat melalui proses pembudayaan. Jadi, kedua-dua aspek perlu diseimbangkan untuk membangunkan bilik darjah mesra budaya yang berkesan agar persekitaran sekolah yang harmoni dapat diwujudkan dalam masyarakat yang pelbagai. Pada tahun 2016, masalah perkauman di negara ini dilihat semakin serius terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang majoriti murid dan gurunya terdiri daripada bangsa Cina. Namun, ada juga segelintir murid yang dihantar oleh ibu bapa ke SJKC dan sebilangan kecil guru yang menjadi guru di SJKC. Contoh isu yang pernah hangat diperkatakan ialah isu perkauman yang berlaku di SJKC Pai
  • 2. 2 Chee, Mersing, Johor. Seorang guru Melayu telah membuat laporan polis mendakwa pihak sekolah tidak melindunginya apabila guru tersebut dihina anak muridnya. Guru tersebut juga mendakwa pernah dihalau oleh Guru Besar yang menggunakan pertuturan berunsur perkauman. Antara langkah yang boleh diambil guru untuk mewujudkan bilik darjah mesra budaya tanpa isu perkauman ialah dengan menyediakan susunan bilik darjah yang membolehkan interaksi antara murid, selaras dengan kehendak pembelajaran abad ke-21. Sekiranya kelas itu terdiri daripada murid pelbagai sosiobudaya, guru perlulah menyusun murid dalam kedudukan yang bercampur dalam satu kumpulan. Selain itu, guru juga boleh menyediakan sudut khas di dalam bilik darjah yang memuatkan info-info berguna yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia. Guru digalakkan untuk mengadakan sesi PdPc bercorak permainan yang dapat meningkatkan interaksi antara murid. Di samping itu, sekiranya guru ingin melakukan peneguhan positif atau teguran, guru mestilah peka dan sensitif terhadap kesemua kaum yang ada serta bersikap adil. Kemudian, baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu menyayat hati tentang seorang wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban akibat diserang dan dipukul pihak perusuh semasa menjalankan tugas. Allahyarham ialah seorang anggota bomba yang ditugaskan untuk memadam kebakaran yang dicetuskan oleh perusuh di kuil Maha Mariamman, Seafield di USJ 25 pada malam 26 November lalu. Selepas kematian Allahyarham, laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp dibanjiri isu yang mengaitkan pemergian anggota bomba itu dengan isu agama dan bangsa. Namun, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menegaskan, kematian Allahyarham Muhammad Adib merupakan kes jenayah dan tiada kaitan dengan isu perkauman. Jadi, sebagai seorang guru, guru mestilah meneliti setiap aspek di dalam bilik darjah untuk memastikan PdPc dapat berjalan dengan lancar terutamanya dari segi disiplin pelajar. Masalah disiplin dalam bilik darjah akan mengganggu murid lain sekaligus memberi kesan kepada objektif pengajaran guru. Guru perlulah memberikan fokus yang lebih kepada murid-murid yang berpotensi tinggi untuk terlibat dengan gejala bermalasah sama ada buli atau perkauman. Murid-murid ini dapat dikenalpasti dengan mudah melalui kerja berkumpulan semasa PdPc. Murid ‘racist’ dan bermasalah ini akan lebih cenderung untuk memilih rakan sekumpulan
  • 3. 3 serta meminggirkan kaum-kaum yang tidak disukai mereka serta ada yang berkelakuan ganas. Jadi, guru sepatutnya menerapkan nilai-nilai hubungan kemanusiaan yang sesuai semasa PdPc contohnya amalan bekerjasama, patriotisme, perpaduan, bertolak ansur,dan sebagainya. Guru juga dapat mengawal murid melalui sistem ganjaran dan hukuman. Isu seterusnya yang dapat dibincangkan dipetik daripada Utusan Online 12 Mac 2019 ialah tentang seorang murid lelaki tingkatan satu yang ingin membunuh diri kerana kecewa cinta ditolak gadis idamannya yang lebih memilih pelajar lelaki lain. Video berdurasi 51 saat yang menunjukkan pelajar lelaki tersebut berjalan di atas bumbung sekolah sebelum diselamatkan oleh pihak Agensi Pertahanan Awam telah tular di media sosial. Berdasarkan laporan guru sekolah tersebut, pelajar lelaki itu tidak mempunyai sebarang masalah disiplin, baik serta pendiam, namun terlalu mudah terpengaruh dengan mainan perasaan. Tetapi, selepas diselidiki, rupa-rupanya emosi murid tersebut agak terganggu kerana baru kehilangan ibunya membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan waras. Jadi, kejadian ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa pengaruh emosi sangatlah besar kepada kehidupan seseorang. Woofolk (1990) dalam An Interview with Anita Woofolk juga menekankan tentang pengendalian emosi murid haruslah diurus dengan berkesan supaya emosi murid sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran mereka. Sebagai seorang guru, guru mestilah peka dan prihatin dengan perubahan personaliti murid. Amalan bias semasa mengajar mestilah dielakkan sama sekali sama ada dari segi jantina, rupa paras atau kaum. Keadaan ini penting untuk memastikan murid tidak berasa terpinggir. Guru perlu menimbulkan suasana yang murid merasakan dirinya sebahagian daripada kelas. Merujuk kepada Surah A’basa ayat 5 dan 6 yang membawa maksud: (5) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), (6) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Ayat surah tersebut menunjukkan bahawa seorang guru yang baik tidak patut membezakan atau mengabaikan murid dan menggalakkan pemberian penghargaan yang sama rata untuk semua murid. Selain itu, guru mestilah mengetahui latar belakang murid agar dapat mendekati seseorang murid itu dengan lebih rapat lagi.
  • 4. 4 Peranan guru juga ialah dengan membimbing dan mengubah persepsi pelajar tentang perkhidmatan kaunseling. Murid seringkali menganggap murid bermasalah sahaja yang akan menghadiri kaunseling. Akhirnya, masalah emosi mereka terpendam dan tiada penyelesaian. Dalam Jurnal Pemikir Pendidikan (2017), pendidikan dikatakan penyumbang utama kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Seringkali didengari, murid hari ini ialah pemimpin masa hadapan. Jadi, guru perlulah menyiapkan murid dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran serta peribadi yang mulia. Hal ini kerana masalah-masalah yang telah berlaku dan telah dibincangkan akan menjadi penghalang pencapaian pelajar dalam bidang pendidikan sekiranya guru tidak mengambil inisiatif awal untuk membanteras masalah dari peringat sekolah lagi. Kesimpulannya, PPPM (2013-2025) juga turut menekankan aspek perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Perkara tersebut dapat dicapai melalui interaksi antara murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Penekanan PPPM (2013-2025) dalam konteks perpaduan kaum adalah untuk mewujudkan identiti nasional dalam kalangan murid. Identiti nasional hanya boleh dicapai sekiranya murid menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian. Jadi, guru ialah agen utama yang penting dalam pembentukan modal insan seseorang murid.