SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
1
AMALI 3: KEPERLUAN CAHAYA UNTUK FOTOSINTESIS
TAJUK : Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis.
TUJUAN : Untuk menguji kandungan kanji dalam daun hijau sebagai
bukti fotosintesis berlaku pada bahagian daun hijau yang
terdedah kepada cahaya.
TEORI : Setiap daun hijau akan menjalani proses fotosintesis untuk
mendapatkan nutrien supaya pertumbuhannya meningkat.
Dengan kehadiran klorofil dan cahaya matahari pada daun,
oksigen dan glukosa dapat dihasilkan oleh daun melalui
fotosintesis. Glukosa ialah karbohidrat bertenaga tinggi, jadi
glukosa berlebihan akan ditukar dan disimpan sebagai kanji
melalui proses pempolimeran. Eksperimen dijalankan untuk
mengkaji kandungan kanji dalam daun untuk membuktikan
kejadian fotosintesis pada daun hijau. Jika kanji hadir pada
daun, warna perang iodin akan bertukar menjadi biru tua
apabila dititiskan ke atas daun. Faktor penting fotosintesis
ialah cahaya. Kadar fotosintesis akan bergantung kepada
keamatan cahaya yang diperoleh tumbuhan. Klorofil akan
menyerap cahaya, menjadi teruja dan memancarkan elektron.
Elektron tersebut akan digunakan untuk menghasilkan
tenaga ATP untuk tumbuhan.
RADAS : Bikar, bikar 500 ml, tabung didih, gunting, jubin putih, klip
kertas, kad, rod kaca, penunu Bunsen, pemetik api, tungku
kaki tiga, papan asbestos, dan kasa dawai.
BAHAN : Daun hijau, kepingan kad, larutan iodin, larutan etanol.
2
PENYEDIAAN BAHAN & RADAS:
PROSEDUR :
1. Sepohon pokok dipilih dan pokok dilindungkan daripada cahaya matahari
selama 48 jam.
2. Sehelai daun segar dari pokok tersebut dipilih.
3. Sebahagian daun itu ditutup dengan kad menggunakan klip kertas.
4. Pokok didedahkan kepada cahaya matahari yang terang selama 2-3 jam.
5. Daun itu dipetik dan penutup ditanggalkan daripada daun.
6. Air 250 ml diisi ke dalam bikar berisipadu 500 ml dan air dipanaskan
sehingga mendidih.
7. Daun dimasukkan ke dalam air yang sedang mendidih selama 10 minit.
8. Daun dikeluarkan.
9. Larutan alkohol dimasukkan ke dalam tabung didih.
10. Daun direndamkan ke dalam larutan alkohol yang dipanaskan dalam
sebuah bikar berair.
11. Daun dikeluarkan dan dibilas dengan air.
Penunu
Bunsen
Jubin putih
Forsep
Spatula
Tungku kaki
tiga
Air suling
Daun hijau
Pemegang
tabung didih
Papan asbestos
Rak tabung uji
Tabung didih
Bikar
Pemetik api
Kasa dawai
3
12. Daun diletakkan ke atas jubin putih dan larutan iodin dititisan pada seluruh
bahagian daun.
13. Daun dibiarkan selama 5 minit.
14. Daun diangkat dan dibilas dengan air.
15. Warna yang terhasil pada daun diperhatikan.
KEPUTUSAN :
Keputusan Inferens
Bahagian daun yang sepatutnya
mempunyai kandungan kanji tidak
menukarkan larutan iodin
daripada warna perang kepada
biru tua.
Tiada perubahan berlaku.
(Terdapat ralat ketika eksperimen
dijalankan. Penambahbaikan akan
dibincangkan dalam perbincangan
untuk mendapatkan keputusan
yang sepatutnya iaitu larutan iodin
akan menukarkan warna perang
kepada biru tua dengan hadirnya
kanji pada bahagian daun yang
terdedah kepada cahaya
matahari.)
4
PERBINCANGAN:
Prosedur bagi eksperimen ini akan memusnahkan daun dan mengganggu
pergerakan kerja membran sel kerana telah memecahkan dinding sel daun.
Sel daun perlu dipecahkan untuk mengekstrak klorofil dan membolehkan iodin
bertindak balas dengan kanji yang hadir di dalam daun.
Persamaan fotosintesis:
6CO2 + 12H2O ⎯
⎯
⎯
⎯ →
⎯ +klorofil
cahaya
6O2 + C6H12O6 +6H2O
Mengikut persamaan fotosintesis di atas, hasil akhir fotosintesis ialah
oksigen dan glukosa. Dalam daun, glukosa yang berlebihan akan ditukarkan
kepada kanji dengan cepat. Jadi, ujian kanji akan dijalankan, bukannya ujian
glukosa. Ujian kanji dijalankan untuk mengkaji kandungan kanji dalam daun
hijau untuk membuktikan kejadian fotosintesis pada daun hijau. Jika kanji
hadir pada daun, warna perang iodin akan bertukar menjadi biru tua apabila
iodin dititiskan ke atas daun.
Malangnya, eksperimen yang dilakukan tidak berjaya kerana tidak dapat
keputusan seperti yang sepatutnya. Warna perang iodin kekal sama walaupun
telah dititiskan ke atas daun tersebut dan dibiarkan selama lima minit. Tiada
perubahan berlaku. Keputusan ini tidak logik kerana daun hijau yang
mengandungi klorofil telah digunakan dan daun telah didedahkan kepada
cahaya matahari selama beberapa jam.
Sepatutnya, kawasan yang dilindungi oleh kad menggunakan klip kertas
akan tiada kehadiran kanji, manakala kawasan yang terbuka di bahagian atas
dan bawah daun mempunyai kandungan kanji. Hal ini kerana tumbuhan akan
menyahkanjikan tumbuhan yang dibiarkan di dalam gelap.
5
Eksperimen ini tidak berjaya disebabkan beberapa faktor yang kurang
diambil perhatian semasa eksperimen dijalankan. Antaranya ialah daun perlu
direbus dengan lebih lama dalam air yang mendidih untuk melembutkan dan
memecahkan dinding sel daun yang diperbuat daripada selulosa. Daun yang
digunakan ialah sejenis daun yang tebal; mempunyai sel selulosa yang kuat
dan mempunyai lapisan kutikel berlilin. Kemungkinan besar, dinding sel daun
tersebut tidak pecah semasa eksperimen dijalankan. Jadi, klorofil tidak dapat
disingkirkan dan iodin tidak dapat masuk ke dalam sel. Hasilnya, kehadiran
kanji tidak dapat dikesan.
Selain itu, kehadiran kanji tidak dapat dikesan kerana iodin tidak dapat
masuk ke dalam sel disebabkan klorofil yang tidak disingkirkan dengan betul.
Dengan menggantikan alkohol jenis etanol kepada propanol, propanol mampu
menyingkirkan klorofil dengan lebih efektif. Namun, propanol mempunyai
risiko sampingan iaitu menyebabkan kerosakan mata, mudah terbakar, dan
lebih mahal. Jadi, etanol digunakan untuk merendam daun di dalam bikar
berisi air panas. Boleh jadi suhu air panas di dalam bikar itu cepat menurun
kerana terdedah kepada persekitaran yang terbuka, jadi klorofil daun tidak
dapat disingkirkan dengan lengkap. Suhu air panas sukar dikekalkan kerana
penunu Bunsen ditutup untuk mengelakkan sebarang kebakaran kerana
etanol sangat mudah terbakar.
Ujian iodin dilakukan untuk menguji kehadiran kanji. Kanji akan
menukarkan warna perang iodin kepada warna biru tua kerana adanya anion
triiodida, berikutan pembentukan cas-pemindahan intermolekul kompleks.
Tanpa kehadiran kanji, warna perang iodin dikekalkan. Tetapi kanji wujud
dalam tumbuhan hijau yang menjalani fotosintesis dan mempunyai
kepentingan tersendiri. Antara kepentingan kanji ialah untuk membekalkan
selulosa pada dinding sel, membuat lemak dan minyak untuk simpanan pada
tumbuhan. Tetapi, keputusan yang diperoleh adalah tidak mengikut teori
fotosintesis. Iodin yang digunakan untuk menguji kehadiran kanji mungkin
telah tercemar atau telah terkontaminasi ke persekitaran sebelum dititiskan ke
6
atas daun pada jubin putih. Ada kemungkinan juga penitis yang digunakan
tercemar dengan bahan kimia lain kerana telah digunakan berulang kali.
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1. Jauhkan etanol daripada nyalaan api untuk mengelakkan kebakaran kerana
etanol ialah alkohol yang mudah terbakar (takat didih pada 78℃).
2. Pelajar sepatutnya memakai gogal apabila menguruskan etanol dan iodin.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, fotosintesis ialah perubahan kimia yang berlaku di dalam
daun pada tumbuhan hijau. Fotosintesis ialah cara tumbuhan membuat
makanannya sendiri untuk hidup dan membesar. Semasa fotosintesis berlaku,
karbon dioksida dan air ditukarkan kepada glukosa dan oksigen. Fotosintesis
memerlukan tenaga cahaya yang diserap oleh pigmen hijau yang dipanggil
klorofil. Tanpa cahaya atau klorofil, fotosintesis tidak dapat berlaku dan
glukosa tidak dapat dihasilkan.
7
RUJUKAN :
Bah, H. G. & Sri Naasariya. (2013). Complete reference: Matriculation biology
1. (4th edition). Kuala Lumpur, Malaysia: Oriental Academic
Publication.
Chang, T. H., Yamin Yasin, Fazilah Hamzah, Linggi Entain, Nor Azlina Mohd
Arif, Norma Ismail et al. (2014). Kunci emas SPM: Biologi tingkatan 4.
Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.
Lee, S. C., Sudani Sudin, Nalini B., Jacqueline R. S., Nor Azlina Abd Aziz &
Fariza Zakaria. (2013). Biology for matriculation semester 2. (3rd edition).
Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mahadiah Muda. (2014). Xpress tuntas SPM: Biology (bilingual). Petaling
Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nurffield Foundation. (2011). Testing leaves for starch: the technique.
Diperoleh daripada
http://www.nuffieldfoundation.org/practical-biology/testing-leaves-starch-te
chnique
Nur Raihan Idris, Suhaima Mohammad Suki & Yap, C. M.. (2017). Revisi mobil
biologi SPM. Puchong, Selangor, Malaysia: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn.
Bhd.
Sahabuddin Basri, Shafizah Hisham, Norfarizah Ali & M. Rosli. (2016). S.O.S.
ulang kaji last minute SPM. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.

More Related Content

More from rosedainty

EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...rosedainty
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visualrosedainty
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodanrosedainty
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)rosedainty
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Reliefrosedainty
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespinrosedainty
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhanrosedainty
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwanrosedainty
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makananrosedainty
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanakrosedainty
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasirosedainty
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum NewtonSCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newtonrosedainty
 
SCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdf
SCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdfSCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdf
SCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdfrosedainty
 
Surat Permohonan Maaf Bawa Periuk Nasi
Surat Permohonan Maaf Bawa Periuk NasiSurat Permohonan Maaf Bawa Periuk Nasi
Surat Permohonan Maaf Bawa Periuk Nasirosedainty
 
Penjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
Penjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta HaiwanPenjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
Penjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta Haiwanrosedainty
 

More from rosedainty (20)

EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasi
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum NewtonSCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
 
SCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdf
SCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdfSCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdf
SCES3083 Esei Aplikasi Konsep Newton.pdf
 
Surat Permohonan Maaf Bawa Periuk Nasi
Surat Permohonan Maaf Bawa Periuk NasiSurat Permohonan Maaf Bawa Periuk Nasi
Surat Permohonan Maaf Bawa Periuk Nasi
 
Penjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
Penjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta HaiwanPenjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
Penjelasan Logo Kelab: Kelab Pencinta Haiwan
 

SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis

  • 1. 1 AMALI 3: KEPERLUAN CAHAYA UNTUK FOTOSINTESIS TAJUK : Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis. TUJUAN : Untuk menguji kandungan kanji dalam daun hijau sebagai bukti fotosintesis berlaku pada bahagian daun hijau yang terdedah kepada cahaya. TEORI : Setiap daun hijau akan menjalani proses fotosintesis untuk mendapatkan nutrien supaya pertumbuhannya meningkat. Dengan kehadiran klorofil dan cahaya matahari pada daun, oksigen dan glukosa dapat dihasilkan oleh daun melalui fotosintesis. Glukosa ialah karbohidrat bertenaga tinggi, jadi glukosa berlebihan akan ditukar dan disimpan sebagai kanji melalui proses pempolimeran. Eksperimen dijalankan untuk mengkaji kandungan kanji dalam daun untuk membuktikan kejadian fotosintesis pada daun hijau. Jika kanji hadir pada daun, warna perang iodin akan bertukar menjadi biru tua apabila dititiskan ke atas daun. Faktor penting fotosintesis ialah cahaya. Kadar fotosintesis akan bergantung kepada keamatan cahaya yang diperoleh tumbuhan. Klorofil akan menyerap cahaya, menjadi teruja dan memancarkan elektron. Elektron tersebut akan digunakan untuk menghasilkan tenaga ATP untuk tumbuhan. RADAS : Bikar, bikar 500 ml, tabung didih, gunting, jubin putih, klip kertas, kad, rod kaca, penunu Bunsen, pemetik api, tungku kaki tiga, papan asbestos, dan kasa dawai. BAHAN : Daun hijau, kepingan kad, larutan iodin, larutan etanol.
  • 2. 2 PENYEDIAAN BAHAN & RADAS: PROSEDUR : 1. Sepohon pokok dipilih dan pokok dilindungkan daripada cahaya matahari selama 48 jam. 2. Sehelai daun segar dari pokok tersebut dipilih. 3. Sebahagian daun itu ditutup dengan kad menggunakan klip kertas. 4. Pokok didedahkan kepada cahaya matahari yang terang selama 2-3 jam. 5. Daun itu dipetik dan penutup ditanggalkan daripada daun. 6. Air 250 ml diisi ke dalam bikar berisipadu 500 ml dan air dipanaskan sehingga mendidih. 7. Daun dimasukkan ke dalam air yang sedang mendidih selama 10 minit. 8. Daun dikeluarkan. 9. Larutan alkohol dimasukkan ke dalam tabung didih. 10. Daun direndamkan ke dalam larutan alkohol yang dipanaskan dalam sebuah bikar berair. 11. Daun dikeluarkan dan dibilas dengan air. Penunu Bunsen Jubin putih Forsep Spatula Tungku kaki tiga Air suling Daun hijau Pemegang tabung didih Papan asbestos Rak tabung uji Tabung didih Bikar Pemetik api Kasa dawai
  • 3. 3 12. Daun diletakkan ke atas jubin putih dan larutan iodin dititisan pada seluruh bahagian daun. 13. Daun dibiarkan selama 5 minit. 14. Daun diangkat dan dibilas dengan air. 15. Warna yang terhasil pada daun diperhatikan. KEPUTUSAN : Keputusan Inferens Bahagian daun yang sepatutnya mempunyai kandungan kanji tidak menukarkan larutan iodin daripada warna perang kepada biru tua. Tiada perubahan berlaku. (Terdapat ralat ketika eksperimen dijalankan. Penambahbaikan akan dibincangkan dalam perbincangan untuk mendapatkan keputusan yang sepatutnya iaitu larutan iodin akan menukarkan warna perang kepada biru tua dengan hadirnya kanji pada bahagian daun yang terdedah kepada cahaya matahari.)
  • 4. 4 PERBINCANGAN: Prosedur bagi eksperimen ini akan memusnahkan daun dan mengganggu pergerakan kerja membran sel kerana telah memecahkan dinding sel daun. Sel daun perlu dipecahkan untuk mengekstrak klorofil dan membolehkan iodin bertindak balas dengan kanji yang hadir di dalam daun. Persamaan fotosintesis: 6CO2 + 12H2O ⎯ ⎯ ⎯ ⎯ → ⎯ +klorofil cahaya 6O2 + C6H12O6 +6H2O Mengikut persamaan fotosintesis di atas, hasil akhir fotosintesis ialah oksigen dan glukosa. Dalam daun, glukosa yang berlebihan akan ditukarkan kepada kanji dengan cepat. Jadi, ujian kanji akan dijalankan, bukannya ujian glukosa. Ujian kanji dijalankan untuk mengkaji kandungan kanji dalam daun hijau untuk membuktikan kejadian fotosintesis pada daun hijau. Jika kanji hadir pada daun, warna perang iodin akan bertukar menjadi biru tua apabila iodin dititiskan ke atas daun. Malangnya, eksperimen yang dilakukan tidak berjaya kerana tidak dapat keputusan seperti yang sepatutnya. Warna perang iodin kekal sama walaupun telah dititiskan ke atas daun tersebut dan dibiarkan selama lima minit. Tiada perubahan berlaku. Keputusan ini tidak logik kerana daun hijau yang mengandungi klorofil telah digunakan dan daun telah didedahkan kepada cahaya matahari selama beberapa jam. Sepatutnya, kawasan yang dilindungi oleh kad menggunakan klip kertas akan tiada kehadiran kanji, manakala kawasan yang terbuka di bahagian atas dan bawah daun mempunyai kandungan kanji. Hal ini kerana tumbuhan akan menyahkanjikan tumbuhan yang dibiarkan di dalam gelap.
  • 5. 5 Eksperimen ini tidak berjaya disebabkan beberapa faktor yang kurang diambil perhatian semasa eksperimen dijalankan. Antaranya ialah daun perlu direbus dengan lebih lama dalam air yang mendidih untuk melembutkan dan memecahkan dinding sel daun yang diperbuat daripada selulosa. Daun yang digunakan ialah sejenis daun yang tebal; mempunyai sel selulosa yang kuat dan mempunyai lapisan kutikel berlilin. Kemungkinan besar, dinding sel daun tersebut tidak pecah semasa eksperimen dijalankan. Jadi, klorofil tidak dapat disingkirkan dan iodin tidak dapat masuk ke dalam sel. Hasilnya, kehadiran kanji tidak dapat dikesan. Selain itu, kehadiran kanji tidak dapat dikesan kerana iodin tidak dapat masuk ke dalam sel disebabkan klorofil yang tidak disingkirkan dengan betul. Dengan menggantikan alkohol jenis etanol kepada propanol, propanol mampu menyingkirkan klorofil dengan lebih efektif. Namun, propanol mempunyai risiko sampingan iaitu menyebabkan kerosakan mata, mudah terbakar, dan lebih mahal. Jadi, etanol digunakan untuk merendam daun di dalam bikar berisi air panas. Boleh jadi suhu air panas di dalam bikar itu cepat menurun kerana terdedah kepada persekitaran yang terbuka, jadi klorofil daun tidak dapat disingkirkan dengan lengkap. Suhu air panas sukar dikekalkan kerana penunu Bunsen ditutup untuk mengelakkan sebarang kebakaran kerana etanol sangat mudah terbakar. Ujian iodin dilakukan untuk menguji kehadiran kanji. Kanji akan menukarkan warna perang iodin kepada warna biru tua kerana adanya anion triiodida, berikutan pembentukan cas-pemindahan intermolekul kompleks. Tanpa kehadiran kanji, warna perang iodin dikekalkan. Tetapi kanji wujud dalam tumbuhan hijau yang menjalani fotosintesis dan mempunyai kepentingan tersendiri. Antara kepentingan kanji ialah untuk membekalkan selulosa pada dinding sel, membuat lemak dan minyak untuk simpanan pada tumbuhan. Tetapi, keputusan yang diperoleh adalah tidak mengikut teori fotosintesis. Iodin yang digunakan untuk menguji kehadiran kanji mungkin telah tercemar atau telah terkontaminasi ke persekitaran sebelum dititiskan ke
  • 6. 6 atas daun pada jubin putih. Ada kemungkinan juga penitis yang digunakan tercemar dengan bahan kimia lain kerana telah digunakan berulang kali. LANGKAH BERJAGA-JAGA: 1. Jauhkan etanol daripada nyalaan api untuk mengelakkan kebakaran kerana etanol ialah alkohol yang mudah terbakar (takat didih pada 78℃). 2. Pelajar sepatutnya memakai gogal apabila menguruskan etanol dan iodin. KESIMPULAN : Kesimpulannya, fotosintesis ialah perubahan kimia yang berlaku di dalam daun pada tumbuhan hijau. Fotosintesis ialah cara tumbuhan membuat makanannya sendiri untuk hidup dan membesar. Semasa fotosintesis berlaku, karbon dioksida dan air ditukarkan kepada glukosa dan oksigen. Fotosintesis memerlukan tenaga cahaya yang diserap oleh pigmen hijau yang dipanggil klorofil. Tanpa cahaya atau klorofil, fotosintesis tidak dapat berlaku dan glukosa tidak dapat dihasilkan.
  • 7. 7 RUJUKAN : Bah, H. G. & Sri Naasariya. (2013). Complete reference: Matriculation biology 1. (4th edition). Kuala Lumpur, Malaysia: Oriental Academic Publication. Chang, T. H., Yamin Yasin, Fazilah Hamzah, Linggi Entain, Nor Azlina Mohd Arif, Norma Ismail et al. (2014). Kunci emas SPM: Biologi tingkatan 4. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd. Lee, S. C., Sudani Sudin, Nalini B., Jacqueline R. S., Nor Azlina Abd Aziz & Fariza Zakaria. (2013). Biology for matriculation semester 2. (3rd edition). Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mahadiah Muda. (2014). Xpress tuntas SPM: Biology (bilingual). Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd. Nurffield Foundation. (2011). Testing leaves for starch: the technique. Diperoleh daripada http://www.nuffieldfoundation.org/practical-biology/testing-leaves-starch-te chnique Nur Raihan Idris, Suhaima Mohammad Suki & Yap, C. M.. (2017). Revisi mobil biologi SPM. Puchong, Selangor, Malaysia: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd. Sahabuddin Basri, Shafizah Hisham, Norfarizah Ali & M. Rosli. (2016). S.O.S. ulang kaji last minute SPM. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.