Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1) Murid hanya dibenarkan berada di kelas dan tandas sahaja selaras SOP Covid-19
2) Ini membataskan aktiviti pembelajaran murid yang memerlukan pergerakan dan berkumpul
3) Penggunaan slaid projektor dicadangkan untuk melibatkan murid dalam pembelajaran jarak jauh
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Jurnal Internship (Minggu 2)
1. JURNAL INTERNSHIP
Minggu Internship Dua (2)
Tarikh 16 April 2021
Tajuk Jurnal Murid hanya dibenarkan berada di kelas sepanjang waktu di
sekolah.
1. Isu yang Difokuskan:
Murid tidak dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana dalam kawasan sekolah selain
kelas dan tandas sahaja kerana murid perlu mematuhi garis panduan Standard
Operating Procedures (SOP) CoVid-19 yang dikuatkuasakan.
2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Mengikut SOP yang ditetapkan, murid tidak dibenarkan untuk bergerak ke
mana-mana termasuk bilik akses, perpustaan, bilik khas, makmal Sains, kantin, dan
pelbagai tempat lain lagi dalam kawasan sekolah. Situasi ini membuatkan ruangan
belajar murid hanyalah di kelas sahaja. Namun, di kelas juga murid harus menjaga
penjarakan sosial satu meter dan keadaan ini membuatkan banyak aktiviti pengajaran
murid menjadi terhad. Contohnya, aktiviti pembelajaran berkumpulan dan
perkongsian bahan bantu mengajar perlu diminimakan.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas):
Menurut Amir Hasan (2009), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai
psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Maka,
pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan perlu
disokong (dengan menggunakan bahan bantu mengajar) bagi merangsang
perkembangan potensi individu ketahap yang maksimum.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Penggunaan slaid projektor dan LCD ialah salah satu cara yang dapat melibatkan
dan menarik perhatian semua murid. Walaupun murid tidak dapat melakukan banyak
aktiviti secara hands-on, murid dapat melihat secara jelas apa yang perlu mereka
tahu dalam pembelajaran hari tersebut sama ada melalui kuiz digital atau tayangan
video.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
15 April 2021.
2. 6. Tindakan Susulan:
Dalam pelaksanaan projek inovasi Sains, saya telah menggunakan slaid tayangan
untuk membantu proses pembelajaran murid. Melalui slaid, murid dapat kembali
kepada pembelajaran sekiranya mereka terlepas mendengar penjelasan saya atau
mengimbas kembali sesuatu fakta dengan lebih tepat. Tayangan yang lengkap
dengan kesan bunyi serta slaid yang menarik juga dapat mempengaruhi
penyampaian pengajaran pada pembelajaran tersebut.
7. Rujukan:
Amir Hassan Dawi (2009), Sekolah dan masyarakat. Quantum Books, Tanjong
Malim.
3. CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN
Minggu Internship Dua (2)
Tarikh 16 April 2021
Tajuk Jurnal Murid hanya dibenarkan berada di kelas sepanjang waktu di
sekolah.
1. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
15 April 2021
2. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan:
Melalui slaid tayangan, murid dapat lebih fokus dan mereka semua akan tertumpu
pada satu konteks pembelajaran yang sama dan masih berada dalam keadaan
mematuhi SOP yang dikuatkuasakan. Saya juga menggunakan teknik membaca
bersama-sama murid ayat penting yang tertera pada slaid supaya mereka semua
lebih peka dan mengambil posisi dalam pembelajaran tersebut.
3. Kesimpulan/Refleksi [Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)]:
Setelah mengamalkan tindakan susulan yang telah saya fikirkan, saya merasakan
penggunaan slaid ini adalah yang terbaik semasa musim CoVid-19 yang mewajibkan
murid menjaga perjarakan sosial serta meminimakan pergerakan ini. Selain itu,
penggunaan tayangan dalam pembelajaran juga ialah suatu cara untuk
memanfaatkan teknologi dan menyesuaikan dengan pembelajaran abad ke-21 ini.
Namun begitu, ada juga kelemahan yang dapat saya kenalpasti iaitu teknologi juga
mempunyai kelemahan iaitu capaian visual yang mungkin agak terhad kepada murid
yang duduk di bahagian belakang. Kemudian, guru perlu memikirkan risiko sekiranya
tiada bekalan elektrik dan risiko yang paling jelas ialah proses setup segala alat
elektronik agak memakan masa pembelajaran serta kelas akan menjadi sukar untuk
dikawal untuk seketika.