1. JURNAL INTERNSHIP
Minggu Internship Satu (1)
Tarikh 9 April 2021
Tajuk Jurnal Keterujaan murid membuatkan kelas tidak terkawal.
1. Isu yang Difokuskan:
Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sepatutnya merangkumi aktiviti
yang menarik dan dapat melibatkan semua pelajar. Namun, aktiviti yang
menyeronokkan selalu membuatkan murid terlalu teruja menjadikan kelas sukar
untuk dikawal. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas ketika murid menggunakan
komputer ataupun ketika menjalankan eksperimen Sains. Murid-murid seringkali
teruja untuk menjawab dan memberi pendapat menjadikan kelas semakin bising dan
suara guru menjadi tenggelam.
2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Keterujaan murid adalah suatu tingkah laku yang positif memandangkan murid yang
teruja secara automatiknya akan terlibat secara aktif, berasa seronok dan ligat berfikir.
Namun begitu, saya perlu mencari cara untuk memastikan tingkah laku murid lebih
kawal supaya pengurusan kelas dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Tidak
semestinya semua proses PdPc perlu dijalankan dalam keadaan diam dan sunyi, jadi
saya perlu mencari keseimbangan antara keterujaan murid dan kawalan kelas saya.
Bagi saya, adalah biasa keadaan murid bising kerana mereka juga manusia biasa
dan kadangkala mereka juga memerlukan perbincangan untuk meluaskan lagi
pemikiran mereka.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas):
Matlamat utama guru sebagai fasilitator adalah agar para pelajar komited
sepenuhnya terhadap usaha akademik yang memberi makna kepada mereka secara
peribadi dan menggerakkan mereka dengan mendalam (Robert Ward, 2016).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Antara cara untuk menyeimbangkan keterujaan murid dan masalah kawalan kelas ini
ialah dengan mengadakaan peraturan perjanjian dengan semua murid supaya
mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan rakan-rakan
mereka. Contohnya, sekiranya ada murid yang tidak mendengar arahan saya atau
2. melanggar mana-mana peraturan kelas, aktiviti yang dijalankan haruslah dihentikan
serta-merta dan semua murid hanya akan diberikan tugasan lembaran kerja sahaja.
Selain itu, saya akan menggunakan kaedah pergerakan berbanding perkataan untuk
mengurangkan bunyi-bunyi yang menyerabutkan di kelas. Contohnya, murid yang
ingin menyoal hanya perlu mengangkat tangan. Jika murid masih terjerit-jeritkan
jawapan, jawapan tidak akan dilayan sehingga murid tersebut menyedari
kesalahannya.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
Sepanjang Internship.
6. Tindakan Susulan:
Kelas Sains yang mempunyai banyak topik yang mempunyai eksperimen serta terdiri
daripada murid yang sangat aktif juga memerlukan ketegasan peraturan seperti
dalam cadangan penyelesaian. Teknik panggil sahut juga digunakan dengan apabila
saya menyebut ‘Girlsss…’ murid akan menjawab ‘Shhh…!’ dengan jari telunjuk di
hidung. Kaedah ini digunakan untuk meredakan suara murid dan guru dapat
memberikan arahan dengan mudah.
7. Rujukan:
Robert Ward. (2016). Bring excitement into any lesson. Diperoleh daripada:
https://www.edutopia.org/article/bring-excitement-into-any-lesson-robert-ward
3. CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN
Minggu Internship Satu (1)
Tarikh 9 April 2021
Tajuk Jurnal Keterujaan murid membuatkan kelas tidak terkawal.
1. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
6 April 2021
2. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan:
Selepas mengetatkan peraturan kelas seperti yang dicadangkan, saya dapat melihat
murid lebih berdisiplin berbanding kelas sebelum ini. Mungkin kerana mereka ingin
melakukan aktiviti berbanding hanya belajar menggunakan teknik Chalk & Talk serta
pemberian lembaran kerja seperti yang akan saya gunakan sekiranya mereka tidak
menunjukkan tingkah laku yang baik.
3. Kesimpulan/Refleksi [Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)]:
Dengan kelas yang lebih terkawal, semua murid akan lebih fokus dan mudah untuk
mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut. Apabila murid bersedia dan
memahami arahan saya, murid akan lebih peka dan menyedari tindakan mereka
sama ada salah atau betul. Namun, peraturan yang tegas seperti ini perlu diingatkan
dari masa ke masa supaya murid tahu bahawa peraturan itu bukanlah sesuatu yang
perlu dipandang ringan, tetapi akan menjadi sebahagian daripada rutin dalam kelas
mereka.