SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK : 2021
Program & Ambilan: PISMP JUN 2017
Semester/Tahun: SEMESTER 2 TAHUN 4
Nama Pelajar 1:
Angka Giliran:
No Kad Pengenalan:
SITI SOLEHAH MUNIRAH BINTI AHMAD
SHUKRI
9XXXXXXXXXXX
2017272340XXX
Nama Pelajar 2:
Angka Giliran:
No Kad Pengenalan:
MOHD AFIQ SYAFIQ BIN MD ALHUSAINI
98XXXXXXXXXX
2017272340XXX
Nama Pelajar 3:
Angka Giliran:
No Kad Pengenalan:
NORSYAZWINA BINTI ABDUL KAHAR
98XXXXXXXXXX
2017272340XXX
Kumpulan/Unit:
(SN1/SN2/SN3/SN4/SN5/SN6)
SAINS 5
Kod dan Nama Kursus: SCES3163 – KIMIA FIZIKAL
Tajuk Esei:
1. KEGUNAAN ELEKTROLISIS:
PENGEKSTRAKAN LOGAM DAN
PENGANODAN
Nama Pensyarah:
HASNIRA BINTI EMBONG
FOO LAY KUAN
SAMRI BIN CHONGO
Tarikh Hantar: 22 MAC 2021
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA
Aspek Penilaian %
Markah
Pelajar 1
(Tuliskan
nama)
Markah
Pelajar 2
(Tuliskan
nama)
Markah
Pelajar 3
(Tuliskan
nama)
Berpengetahuan, berkebolehan membuat
huraian, mengembang dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir seperti menjelaskan,
menganalisis dan menilai perbincangan.
(Kumpulan)
10
Berpengetahuan, berkebolehan membuat
huraian, mengembang dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir seperti menjelaskan,
menganalisis dan menilai perbincangan.
(Individu)
5
Petikan rujukan dan senarai rujukan 5
JUMLAH / TOTAL: 20
2
KEGUNAAN ELEKTROLISIS: PENGEKSTRAKAN DAN PENGANODAN LOGAM
Elektrolisis ialah satu proses untuk menguraikan sebatian kepada unsurnya dengan
mengalirkan arus elektrik ke dalam larutan atau leburan sebatian ionik. Sel kering atau bateri
membekalkan tenaga elektrik untuk menguraikan bahan kimia kepada sebatiannya. Tenaga
elektrik ini berubah kepada tenaga kimia dalam proses elektrolisis. Dalam elektrolisis, logam
yang lebih reaktif daripada karbon dalam siri kereaktifan logam perlu diekstrak daripada
bijihnya melalui proses elektrolisis. Contohnya, aluminium, magnesium dan natrium. Tindak
balas dalam elektrolisis tidak akan berlaku apabila ia berada dalam keadaan normal dan
tindak balas dapat berlaku apabila dibekalkan dengan tenaga elektrik dari luar (Pratiwi, 2014).
Pengekstrakan logam ialah satu kaedah yang digunakan dalam pengekstrakan logam dari
bijihnya yang bergantung kepada kedudukan logam dalam siri kereaktifan logam. Logam yang
terletak lebih rendah daripada karbon dalam siri kereaktifan logam, boleh diekstrak
menggunakan penurunan oksida logam dan karbon dalam relau bagas. Logam yang terletak
lebih tinggi pula daripada karbon dalam siri keraktifan logam akan diekstrak dengan proses
elektrolisis leburan sebatian logam. Penganodan pula ialah satu proses elektrolisis yang
digunakan untuk meningkatkan ketebalan lapisan oksida semula jadi dia atas permukaan
bahan logam.
Antara kegunaan elektrolisis dalam pengekstrakan logam dalam penghasilan
magnesium. Magnesium adalah unsur kelapan paling umum dalam kerak bumi. Magnesium
mempunyai pelbagai kegunaan dalam industri dan juga merupakan elemen penting dalam
ubat-ubatan. Walaupun begitu, magnesium tidak wujud dalam keadaan semula jadi. Oleh itu,
kaedah pengekstrakan logam digunakan bagi memisahkan magnesium dengan bahan lain.
Melalui proses elektrolisis, magnesium diekstrak dari bijih dolomit dan magnesit. Bijih ini
dihancurkan, dipanggang dan dicampurkan dengan air laut dalam satu tangki besar.
Pemanasan dilakukan dalam kok dan bahan bertindak balas dengan klorin yang kemudiannya
menghasilkan magnesium klorida cair. Elektrolisis yang berlaku melepaskan magnesium ke
permukaan dan terapung.
Mg2+
+ 2e–
→ Mg (penurunan – menerima elektron)
Cl2- → 2Cl-
+ 2e– (pengoksidaan – membebas elektron)
3
Seterusnya, kegunaan pengekstrakan logam adalah bagi menghasilkan aluminium daripada
bauksit yang terdapat dalam kerak bumi. Proses pengekstrakan aluminium dimulakan dengan
menulenkan bijih bauksit kepada aluminium oksida. Sebelum proses elektrolisis dilaksanakan,
aluminium oksida perlu dileburkan bagi membolehkan elektrik mengalir melaluinya. Di
sebabkan aluminium oksida mempunyai takat lebur yang tinggi, jadi kriolit ditambah bagi
merendahkan takat lebur aluminium oksida dari 2045℃ kepada 980 ℃.
Berdasarkan rajah di atas, kedua-dua anod dan katod diperbuat daripada grafit iaitu salah
satu bentuk karbon. Proses elektrolisis bermula dengan ion aluminium menerima elektron
pada katod dan seterusnya diturunkan menjadi atom aluminium. Leburan aluminium yang
terhasil akan tenggelam ke bawah dan dikeluarkan. Pada anod pula, ion oksida akan
kehilangan elektron dan seterusnya dioksidakan kepada gas oksigen. Oleh itu, leburan
aluminium yang dikeluarkan telah berjaya diekstrak daripada leburan aluminium oksida.
Al3+
+ 3e–
→ Al (penurunan – menerima elektron)
2O2– → O2 + 4e– (pengoksidaan – membebas elektron)
Kegunaan penganodan logam boleh digunakan bagi mewarna permukaan logam seperti
aluminium. Kebiasaannya, aluminium tidak dapat diwarnakan dengan cara biasa. Hal ini
kerana, permukaan aluminium yang licin tidak dapat memegang pewarna dengan berkesan
(Yip P., 2015). Oleh itu, penganodan logam dilaksanakan bagi membolehkan aluminium
diwarnakan mengikut pilihan warna yang dikehendaki. Semasa proses ini berlaku,
aluminium akan dianodkan dan terdedah kepada bahan berasid seperti asid sulfurik. Bahan
4
ini akan menyebabkan berlakunya pembentukan lapisan oksida yang lebih tebal dan juga
permukaan berpori (Williams, 2018). Seterusnya, permukaan berpori ini akan membenarkan
aluminium yang telah dianodkan bagi memegang pewarna yang digunakan dengan lebih
berkesan berbanding dengan permukaan aluminium standard yang licin dan tidak berpori.
Oleh itu, permukaan aluminium dapat di warna dengan warna pilihan bagi meningkatkan nilai
estetiknya.
(Dmitri Kopeliovich, 2013)
Selain penganodan aluminium, logam lain yang boleh dianodkan ialah titanium dan
niobium. Antara kegunaan proses penganodan logam ialah dapat membuat barang perhiasan
tubuh yang cantik, unik dan selamat untuk dipakai. Logam yang seringkali dipilih untuk
pembuatan barang perhiasan ialah titanium dan niobium kerana proses penganodan yang
dijalankan akan membuatkan lapisan oksida semua jadi di permukaan logam menebal dan
serpihan kecil yang terdapat di permukaan logam dikeluarkan untuk menghasilkan tekstur
yang lebih halus (Jewelry Shopping Guide, 2018). Penganodan logam terhadap kedua-dua
logam tersebut untuk menghasilkan barang perhiasan dapat menampakkan warna yang
menarik seperti pelangi, emas, ungu, kuning dan warna seperti kesan minyak. Warna yang
dipaparkan oleh logam bergantung kepada ketebalan oksida serta arus voltan semasa proses
penganodan. Selain itu, titanium dan niobium yang telah dianodkan dan dijadikan barang
perhiasan adalah bersifat hipoalergik dan selamat untuk dipakai tanpa memberi kesan
sampingan terhadap kulit (Amy S. Paller & Anthony J. Mancini, 2011). Walaupun telah lama
dipakai, warna terangnya akan pudar sedikit, tetapi proses ini tidak berbahaya kepada
pemakai kerana lapisan oksidanya yang mula haus, tetapi tidak akan ada kepingan yang
tertanggal. Antara contoh barang perhiasan yang sering dihasilkan ialah anting-anting, gelang
dan rantai.
5
Kesimpulannya, kedua-dua proses pengekstrakan dan penganodan logam ini berfungsi
untuk menambahbaik lagi kualiti dan fungsi bahan sedia ada yang ada di sekeliling kita agar
dapat tahan lebih lama. Melalui ilmu elektrokimia yang ada, pengekstrakan dan penganodan
logam dapat dijalankan dalam suasana yang selamat dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Pengekstrakan logam dapat menambahkan nilai logam-logam kurang reaktif kepada bahan
yang lebih berguna melalui proses penurunan oksidanya. Penganodan yang seperti
penyaduran terhadap logam pula dapat melindungi logam daripada pengaratan dan kakisan
sekaligus memperbaiki rupa logam dengan menghasilkan warna tampak yang menarik.
Kedua-dua proses elektrolisis ini juga dapat memberikan impak terhadap pembangunan
ekonomi negara jika diteroka dan diaplikasikan dengan cara yang terbaik.
6
RUJUKAN
Amy S. Paller & Anthony J. Mancini. (2011). A textbook of skin disorders of childhood and
adolescence. Elsevier Inc.
Dmitri Kopeliovich. (2013). Anodizing. http://www.substech.com/dokuwiki/doku.
php?id=anodizing
Jewelry Shopping Guide. (2018). Are anodized metals safe for piercings?.
https://www.jewelryshoppingguide.com/are-anodized-metals-safe-for-piercings/
Norbani Abdullah. (2014). SPM Chemistry Learning Through Diagrams. Sap Publication (M)
Sdn. Bhd.
Pratiwi Purnama. 2014. Prototype hidrogen fuel generator. Politeknik Negeri Sriwijaya
Seang, O. Y. (2014). Spotlight Galaksi S SPM Kimia. Pan AsiaPublications Sdn. Bhd.
Williams, C. (2018). 8 Things You Need to Know About Anodizing Aluminum.
https://www.starrapid.com/blog/7-things-you-need-to-know-about-anodizing-alum
inum/
Yip P. (2015). STPM text Chemistry. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.
Yusoff. (2015). Module Teaching & Learning Chemistry Form 5 Bilingual. Nilam Publication
Sdn. Bhd.
7
Refleksi Pelajar 1: Siti Solehah Munirah Binti Ahmad Shukri
Setelah melakukan tugasan penulisan esei secara berkumpulan bagi tugasan kursus
SCES3163 Kimia Fizikal pada kali ini, saya dapat mengetahui apa itu pengekstrakan dan
penganodan logam. Dengan merujuk pembelajaran bersama pensyarah dan rujukan daripada
pelbagai sumber lain, saya juga telah mengetahui kegunaan pengekstrakan dan penganodan
logam dalam kehidupan seharian. Terdapat manfaat dan kepentingan pengekstrakan dan
penganodan logam ini seperti memenuhi keperluan industri dan kesihatan yang menjadi
permintaan dan keperluan manusia. Sebagai contohnya, magnesium yang merupakan sejenis
logam yang diperlukan dalam industri dan perubatan, namun, magnesium ini tidak wujud
dalam keadaan semula jadi. Dengan adanya pengekstrakan dan penganodan logam ini
magnesium dapat diperolehi dari bijih asalnya. Begitu juga dalam proses mewarnakan
aluminium melalui elektrolisis yang menjadikannya mampu memiliki warna yang diperlukan
dan diingini, selain lebih tahan lasak. Ini menjadikan nilainya lebih tinggi dan kualiti yang lebih
baik.
Selain itu, dalam menyempurnakan tugasan ini, kerjasama kumpulan yang terjalin
adalah amat baik sehingga membolehkan esei ini ditulis dengan sempurna. Setiap ahli
kumpulan memberikan kerjasama serta bertolak ansur, dan menepati masa. Sebagai contoh
, dalam pembahagian tugas dan perbincangan yang dilakukan, serta waktu yang perlu
ditepati dalam menghantar tugasan ini. Kesimpulannya, tugasan ini memberi pelbagai
pengetahuan berkaitan pengekstrakan dan penganodan logam serta kegunaannya. Malahan,
semangat berpasukan dan kerjasama terhadap setiap ahli kumpulan dapat dibina dengan
baik.
8
Refleksi Pelajar 2: Norsyazwina Binti Abdul Kahar
Selepas membuat penulisan esei kimia ini, refleksi yang dapat saya lakukan ialah saya
telah banyak memperoleh pengetahuan baru melalui pembacaan semasa mencari bahan
rujukan untuk esei ini. Kadangkala, saya ralit membaca bahan bacaan yang saya jumpa
berkaitan kimia walaupun ianya tiada kaitan dengan isi esei kerana isinya yang menarik dan
bermanfaat. Secara tidak langsung, saya telah menambah ilmu sendiri tentang kimia yang
mungkin dapat saya aplikasikan pada masa hadapan kelak.
Selain itu, pengkolaborasian dalam menulis esei ini telah memberikan saya peluang
untuk belajar bersama rakan walaupun secara atas talian. Rakan sekumpulan telah banyak
membantu saya untuk memahami konsep elektrolisis yang pada mulanya sukar bagi saya.
Setelah mengadakan perbincangan, barulah saya jelas tentang kedua-dua proses elektrolisis
iaitu pengekstrakan dan penganodan logam.
Proses pengekstrakan telah mengajar saya bahawa setiap logam itu ada fungsinya
sama ada ianya reaktif mahupun tidak reaktif, hanya kita sendiri perlu bijak berfikir untuk
menggunakannya secara berkesan. Bagi proses penganodan pula, saya baru sahaja
mengetahui bahawa bahan perhiasan yang dihasilkan melalui proses ini menggunakan logam
titanium dan niobium. Sifatnya yang hipoalergik sangat mengagumkan saya kerana ianya
adalah selamat dipakai dan sangat cantik serta murah di pasaran.
Kesimpulannya, kedua-dua proses elektrolisis ini dapat memberikan faedah sekiranya
diaplikasikan dengan cara yang betul. Prosesnya yang tidak memerlukan kos yang tinggi serta
bersifat mesra alam tanpa membebaskan sebarang bahan kimia yang memudaratkan boleh
dijadikan sebab kukuh untuk memajukan lagi industri yang melibatkan elektrolisis seperti
pengekstrakan dan penganodan logam.
9
Refleksi Pelajar 3: Mohd Afiq Syafiq Bin Md Alhusaini
Berdasarkan penulisan esei kali ini, saya telah memperoleh beberapa ilmu
pengetahuan yang baharu khususnya dalam penggunaan pengekstrakan dan penganodan
logam. Saya telah merujuk pelbagai jenis sumber khususnya dari luar negara bagi
meningkatkan pemahaman dan pembacaan terhadap tajuk penulisan esei ini. Walau
bagaimanapun, saya juga menghadapi beberapa kekangan yang menyukarkan saya
menyempurnakan esei ini seperti sumber bacaan fizikal yang terhad sehingga menyebabkan
saya mencari sumber dari atas talian. Setelah berhempas pulas, akhirnya esei kimia saya
telah berjaya disempurnakan. Oleh itu,antara pengetahuan baharu yang saya telah perolehi
ialah kegunaan penganodan logam iaitu mewarnakan aluminium dan mencantikkan bahan
barang perhiasan kegunaan. Selain itu, pengekstrakan logam pula ialah bagi mengekstrak
aluminium daripada bauksit dan pengekstrak magnesium daripada dolomit dan magnesit.
Saya juga amat tertarik dengan proses mewarnakan aluminium dimana ia bukan
sahaja mecantikkan dan menambah nilai estetik malah ia juga dapat menjadikan aluminium
yang diwarnakan menjadi tahan kakisan. Selain itu, proses pengekstrakan aluminium
menunjukkan bagaimana biji bauksit berubah menjadi aluminium yang berkilat dan licin.
Seterusnya, pengekstrakan magnesium daripada dolomit dan magnesit juga bertujuan
khususnya dalam industri perubatan. Tambahan pula, proses penganodan titanium dan
niobium pula dapat mencantikkan lagi barang perhiasan seperti cincin disamping
membuatkannya lebih selamat untuk dipakai. Akhir sekali, saya dapat berkolaborasi dan
bekerjasama bersama dengan ahli kumpulan saya iaitu Syazwina dan Solehah dalam
menyempurnakan tugasan esei kimia ini.

More Related Content

More from rosedainty

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)rosedainty
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)rosedainty
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...rosedainty
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visualrosedainty
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)rosedainty
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Reliefrosedainty
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespinrosedainty
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhanrosedainty
 
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas TumbuhanSCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhanrosedainty
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesisrosedainty
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwanrosedainty
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makananrosedainty
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanakrosedainty
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasirosedainty
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum NewtonSCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newtonrosedainty
 

More from rosedainty (20)

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas TumbuhanSCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasi
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum NewtonSCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
SCES3083 Penulisan Akademik Aplikasi Hukum Newton
 

SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan

  • 1. 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK : 2021 Program & Ambilan: PISMP JUN 2017 Semester/Tahun: SEMESTER 2 TAHUN 4 Nama Pelajar 1: Angka Giliran: No Kad Pengenalan: SITI SOLEHAH MUNIRAH BINTI AHMAD SHUKRI 9XXXXXXXXXXX 2017272340XXX Nama Pelajar 2: Angka Giliran: No Kad Pengenalan: MOHD AFIQ SYAFIQ BIN MD ALHUSAINI 98XXXXXXXXXX 2017272340XXX Nama Pelajar 3: Angka Giliran: No Kad Pengenalan: NORSYAZWINA BINTI ABDUL KAHAR 98XXXXXXXXXX 2017272340XXX Kumpulan/Unit: (SN1/SN2/SN3/SN4/SN5/SN6) SAINS 5 Kod dan Nama Kursus: SCES3163 – KIMIA FIZIKAL Tajuk Esei: 1. KEGUNAAN ELEKTROLISIS: PENGEKSTRAKAN LOGAM DAN PENGANODAN Nama Pensyarah: HASNIRA BINTI EMBONG FOO LAY KUAN SAMRI BIN CHONGO Tarikh Hantar: 22 MAC 2021 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA Aspek Penilaian % Markah Pelajar 1 (Tuliskan nama) Markah Pelajar 2 (Tuliskan nama) Markah Pelajar 3 (Tuliskan nama) Berpengetahuan, berkebolehan membuat huraian, mengembang dan mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. (Kumpulan) 10 Berpengetahuan, berkebolehan membuat huraian, mengembang dan mengaplikasikan kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. (Individu) 5 Petikan rujukan dan senarai rujukan 5 JUMLAH / TOTAL: 20
  • 2. 2 KEGUNAAN ELEKTROLISIS: PENGEKSTRAKAN DAN PENGANODAN LOGAM Elektrolisis ialah satu proses untuk menguraikan sebatian kepada unsurnya dengan mengalirkan arus elektrik ke dalam larutan atau leburan sebatian ionik. Sel kering atau bateri membekalkan tenaga elektrik untuk menguraikan bahan kimia kepada sebatiannya. Tenaga elektrik ini berubah kepada tenaga kimia dalam proses elektrolisis. Dalam elektrolisis, logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam siri kereaktifan logam perlu diekstrak daripada bijihnya melalui proses elektrolisis. Contohnya, aluminium, magnesium dan natrium. Tindak balas dalam elektrolisis tidak akan berlaku apabila ia berada dalam keadaan normal dan tindak balas dapat berlaku apabila dibekalkan dengan tenaga elektrik dari luar (Pratiwi, 2014). Pengekstrakan logam ialah satu kaedah yang digunakan dalam pengekstrakan logam dari bijihnya yang bergantung kepada kedudukan logam dalam siri kereaktifan logam. Logam yang terletak lebih rendah daripada karbon dalam siri kereaktifan logam, boleh diekstrak menggunakan penurunan oksida logam dan karbon dalam relau bagas. Logam yang terletak lebih tinggi pula daripada karbon dalam siri keraktifan logam akan diekstrak dengan proses elektrolisis leburan sebatian logam. Penganodan pula ialah satu proses elektrolisis yang digunakan untuk meningkatkan ketebalan lapisan oksida semula jadi dia atas permukaan bahan logam. Antara kegunaan elektrolisis dalam pengekstrakan logam dalam penghasilan magnesium. Magnesium adalah unsur kelapan paling umum dalam kerak bumi. Magnesium mempunyai pelbagai kegunaan dalam industri dan juga merupakan elemen penting dalam ubat-ubatan. Walaupun begitu, magnesium tidak wujud dalam keadaan semula jadi. Oleh itu, kaedah pengekstrakan logam digunakan bagi memisahkan magnesium dengan bahan lain. Melalui proses elektrolisis, magnesium diekstrak dari bijih dolomit dan magnesit. Bijih ini dihancurkan, dipanggang dan dicampurkan dengan air laut dalam satu tangki besar. Pemanasan dilakukan dalam kok dan bahan bertindak balas dengan klorin yang kemudiannya menghasilkan magnesium klorida cair. Elektrolisis yang berlaku melepaskan magnesium ke permukaan dan terapung. Mg2+ + 2e– → Mg (penurunan – menerima elektron) Cl2- → 2Cl- + 2e– (pengoksidaan – membebas elektron)
  • 3. 3 Seterusnya, kegunaan pengekstrakan logam adalah bagi menghasilkan aluminium daripada bauksit yang terdapat dalam kerak bumi. Proses pengekstrakan aluminium dimulakan dengan menulenkan bijih bauksit kepada aluminium oksida. Sebelum proses elektrolisis dilaksanakan, aluminium oksida perlu dileburkan bagi membolehkan elektrik mengalir melaluinya. Di sebabkan aluminium oksida mempunyai takat lebur yang tinggi, jadi kriolit ditambah bagi merendahkan takat lebur aluminium oksida dari 2045℃ kepada 980 ℃. Berdasarkan rajah di atas, kedua-dua anod dan katod diperbuat daripada grafit iaitu salah satu bentuk karbon. Proses elektrolisis bermula dengan ion aluminium menerima elektron pada katod dan seterusnya diturunkan menjadi atom aluminium. Leburan aluminium yang terhasil akan tenggelam ke bawah dan dikeluarkan. Pada anod pula, ion oksida akan kehilangan elektron dan seterusnya dioksidakan kepada gas oksigen. Oleh itu, leburan aluminium yang dikeluarkan telah berjaya diekstrak daripada leburan aluminium oksida. Al3+ + 3e– → Al (penurunan – menerima elektron) 2O2– → O2 + 4e– (pengoksidaan – membebas elektron) Kegunaan penganodan logam boleh digunakan bagi mewarna permukaan logam seperti aluminium. Kebiasaannya, aluminium tidak dapat diwarnakan dengan cara biasa. Hal ini kerana, permukaan aluminium yang licin tidak dapat memegang pewarna dengan berkesan (Yip P., 2015). Oleh itu, penganodan logam dilaksanakan bagi membolehkan aluminium diwarnakan mengikut pilihan warna yang dikehendaki. Semasa proses ini berlaku, aluminium akan dianodkan dan terdedah kepada bahan berasid seperti asid sulfurik. Bahan
  • 4. 4 ini akan menyebabkan berlakunya pembentukan lapisan oksida yang lebih tebal dan juga permukaan berpori (Williams, 2018). Seterusnya, permukaan berpori ini akan membenarkan aluminium yang telah dianodkan bagi memegang pewarna yang digunakan dengan lebih berkesan berbanding dengan permukaan aluminium standard yang licin dan tidak berpori. Oleh itu, permukaan aluminium dapat di warna dengan warna pilihan bagi meningkatkan nilai estetiknya. (Dmitri Kopeliovich, 2013) Selain penganodan aluminium, logam lain yang boleh dianodkan ialah titanium dan niobium. Antara kegunaan proses penganodan logam ialah dapat membuat barang perhiasan tubuh yang cantik, unik dan selamat untuk dipakai. Logam yang seringkali dipilih untuk pembuatan barang perhiasan ialah titanium dan niobium kerana proses penganodan yang dijalankan akan membuatkan lapisan oksida semua jadi di permukaan logam menebal dan serpihan kecil yang terdapat di permukaan logam dikeluarkan untuk menghasilkan tekstur yang lebih halus (Jewelry Shopping Guide, 2018). Penganodan logam terhadap kedua-dua logam tersebut untuk menghasilkan barang perhiasan dapat menampakkan warna yang menarik seperti pelangi, emas, ungu, kuning dan warna seperti kesan minyak. Warna yang dipaparkan oleh logam bergantung kepada ketebalan oksida serta arus voltan semasa proses penganodan. Selain itu, titanium dan niobium yang telah dianodkan dan dijadikan barang perhiasan adalah bersifat hipoalergik dan selamat untuk dipakai tanpa memberi kesan sampingan terhadap kulit (Amy S. Paller & Anthony J. Mancini, 2011). Walaupun telah lama dipakai, warna terangnya akan pudar sedikit, tetapi proses ini tidak berbahaya kepada pemakai kerana lapisan oksidanya yang mula haus, tetapi tidak akan ada kepingan yang tertanggal. Antara contoh barang perhiasan yang sering dihasilkan ialah anting-anting, gelang dan rantai.
  • 5. 5 Kesimpulannya, kedua-dua proses pengekstrakan dan penganodan logam ini berfungsi untuk menambahbaik lagi kualiti dan fungsi bahan sedia ada yang ada di sekeliling kita agar dapat tahan lebih lama. Melalui ilmu elektrokimia yang ada, pengekstrakan dan penganodan logam dapat dijalankan dalam suasana yang selamat dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Pengekstrakan logam dapat menambahkan nilai logam-logam kurang reaktif kepada bahan yang lebih berguna melalui proses penurunan oksidanya. Penganodan yang seperti penyaduran terhadap logam pula dapat melindungi logam daripada pengaratan dan kakisan sekaligus memperbaiki rupa logam dengan menghasilkan warna tampak yang menarik. Kedua-dua proses elektrolisis ini juga dapat memberikan impak terhadap pembangunan ekonomi negara jika diteroka dan diaplikasikan dengan cara yang terbaik.
  • 6. 6 RUJUKAN Amy S. Paller & Anthony J. Mancini. (2011). A textbook of skin disorders of childhood and adolescence. Elsevier Inc. Dmitri Kopeliovich. (2013). Anodizing. http://www.substech.com/dokuwiki/doku. php?id=anodizing Jewelry Shopping Guide. (2018). Are anodized metals safe for piercings?. https://www.jewelryshoppingguide.com/are-anodized-metals-safe-for-piercings/ Norbani Abdullah. (2014). SPM Chemistry Learning Through Diagrams. Sap Publication (M) Sdn. Bhd. Pratiwi Purnama. 2014. Prototype hidrogen fuel generator. Politeknik Negeri Sriwijaya Seang, O. Y. (2014). Spotlight Galaksi S SPM Kimia. Pan AsiaPublications Sdn. Bhd. Williams, C. (2018). 8 Things You Need to Know About Anodizing Aluminum. https://www.starrapid.com/blog/7-things-you-need-to-know-about-anodizing-alum inum/ Yip P. (2015). STPM text Chemistry. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Yusoff. (2015). Module Teaching & Learning Chemistry Form 5 Bilingual. Nilam Publication Sdn. Bhd.
  • 7. 7 Refleksi Pelajar 1: Siti Solehah Munirah Binti Ahmad Shukri Setelah melakukan tugasan penulisan esei secara berkumpulan bagi tugasan kursus SCES3163 Kimia Fizikal pada kali ini, saya dapat mengetahui apa itu pengekstrakan dan penganodan logam. Dengan merujuk pembelajaran bersama pensyarah dan rujukan daripada pelbagai sumber lain, saya juga telah mengetahui kegunaan pengekstrakan dan penganodan logam dalam kehidupan seharian. Terdapat manfaat dan kepentingan pengekstrakan dan penganodan logam ini seperti memenuhi keperluan industri dan kesihatan yang menjadi permintaan dan keperluan manusia. Sebagai contohnya, magnesium yang merupakan sejenis logam yang diperlukan dalam industri dan perubatan, namun, magnesium ini tidak wujud dalam keadaan semula jadi. Dengan adanya pengekstrakan dan penganodan logam ini magnesium dapat diperolehi dari bijih asalnya. Begitu juga dalam proses mewarnakan aluminium melalui elektrolisis yang menjadikannya mampu memiliki warna yang diperlukan dan diingini, selain lebih tahan lasak. Ini menjadikan nilainya lebih tinggi dan kualiti yang lebih baik. Selain itu, dalam menyempurnakan tugasan ini, kerjasama kumpulan yang terjalin adalah amat baik sehingga membolehkan esei ini ditulis dengan sempurna. Setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama serta bertolak ansur, dan menepati masa. Sebagai contoh , dalam pembahagian tugas dan perbincangan yang dilakukan, serta waktu yang perlu ditepati dalam menghantar tugasan ini. Kesimpulannya, tugasan ini memberi pelbagai pengetahuan berkaitan pengekstrakan dan penganodan logam serta kegunaannya. Malahan, semangat berpasukan dan kerjasama terhadap setiap ahli kumpulan dapat dibina dengan baik.
  • 8. 8 Refleksi Pelajar 2: Norsyazwina Binti Abdul Kahar Selepas membuat penulisan esei kimia ini, refleksi yang dapat saya lakukan ialah saya telah banyak memperoleh pengetahuan baru melalui pembacaan semasa mencari bahan rujukan untuk esei ini. Kadangkala, saya ralit membaca bahan bacaan yang saya jumpa berkaitan kimia walaupun ianya tiada kaitan dengan isi esei kerana isinya yang menarik dan bermanfaat. Secara tidak langsung, saya telah menambah ilmu sendiri tentang kimia yang mungkin dapat saya aplikasikan pada masa hadapan kelak. Selain itu, pengkolaborasian dalam menulis esei ini telah memberikan saya peluang untuk belajar bersama rakan walaupun secara atas talian. Rakan sekumpulan telah banyak membantu saya untuk memahami konsep elektrolisis yang pada mulanya sukar bagi saya. Setelah mengadakan perbincangan, barulah saya jelas tentang kedua-dua proses elektrolisis iaitu pengekstrakan dan penganodan logam. Proses pengekstrakan telah mengajar saya bahawa setiap logam itu ada fungsinya sama ada ianya reaktif mahupun tidak reaktif, hanya kita sendiri perlu bijak berfikir untuk menggunakannya secara berkesan. Bagi proses penganodan pula, saya baru sahaja mengetahui bahawa bahan perhiasan yang dihasilkan melalui proses ini menggunakan logam titanium dan niobium. Sifatnya yang hipoalergik sangat mengagumkan saya kerana ianya adalah selamat dipakai dan sangat cantik serta murah di pasaran. Kesimpulannya, kedua-dua proses elektrolisis ini dapat memberikan faedah sekiranya diaplikasikan dengan cara yang betul. Prosesnya yang tidak memerlukan kos yang tinggi serta bersifat mesra alam tanpa membebaskan sebarang bahan kimia yang memudaratkan boleh dijadikan sebab kukuh untuk memajukan lagi industri yang melibatkan elektrolisis seperti pengekstrakan dan penganodan logam.
  • 9. 9 Refleksi Pelajar 3: Mohd Afiq Syafiq Bin Md Alhusaini Berdasarkan penulisan esei kali ini, saya telah memperoleh beberapa ilmu pengetahuan yang baharu khususnya dalam penggunaan pengekstrakan dan penganodan logam. Saya telah merujuk pelbagai jenis sumber khususnya dari luar negara bagi meningkatkan pemahaman dan pembacaan terhadap tajuk penulisan esei ini. Walau bagaimanapun, saya juga menghadapi beberapa kekangan yang menyukarkan saya menyempurnakan esei ini seperti sumber bacaan fizikal yang terhad sehingga menyebabkan saya mencari sumber dari atas talian. Setelah berhempas pulas, akhirnya esei kimia saya telah berjaya disempurnakan. Oleh itu,antara pengetahuan baharu yang saya telah perolehi ialah kegunaan penganodan logam iaitu mewarnakan aluminium dan mencantikkan bahan barang perhiasan kegunaan. Selain itu, pengekstrakan logam pula ialah bagi mengekstrak aluminium daripada bauksit dan pengekstrak magnesium daripada dolomit dan magnesit. Saya juga amat tertarik dengan proses mewarnakan aluminium dimana ia bukan sahaja mecantikkan dan menambah nilai estetik malah ia juga dapat menjadikan aluminium yang diwarnakan menjadi tahan kakisan. Selain itu, proses pengekstrakan aluminium menunjukkan bagaimana biji bauksit berubah menjadi aluminium yang berkilat dan licin. Seterusnya, pengekstrakan magnesium daripada dolomit dan magnesit juga bertujuan khususnya dalam industri perubatan. Tambahan pula, proses penganodan titanium dan niobium pula dapat mencantikkan lagi barang perhiasan seperti cincin disamping membuatkannya lebih selamat untuk dipakai. Akhir sekali, saya dapat berkolaborasi dan bekerjasama bersama dengan ahli kumpulan saya iaitu Syazwina dan Solehah dalam menyempurnakan tugasan esei kimia ini.