SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1
SOALAN 1
1.1 PENGENALAN
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak.
Sebagaimana diketahui umum, manusia mula belajar sejak dalam kandungan ibu lagi.
Pembelajaran terus berlaku setelah bayi dilahirkan dan seterusnya membesar sebagai kanak-
kanak. Pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan keadaan. Namun pembelajaran
kanak-kanak pada masa kini adalah lebih maju dan terbuka berbanding kanak-kanak zaman
dahulu. Manusia kini hidup dengan pelbagai kemudahan dan kemajuan teknologi. Antara
teknologi yang dominan ialah teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan teknologi ini
mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan manusia masa kini. Ia mempengaruhi bagaimana
manusia menguruskan kehidupan harian merangkumi aspek kesihatan dan keselamatan,
pengangkutan, rumah dan kediaman, industri serta aspek maklumat dan komunikasi. Bidang
pendidikan juga turut menerima kesan daripada perkembangan teknologi ini. Pendidikan
prasekolah adalah antara peringkat pendidikan yang mengambil peluang daripada perkembangan
teknologi ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pihak berautoriti untuk memastikan
kemajuan pendidikan prasekolah di Malaysia.
Bidang pendidikan sangat dipengaruhi oleh Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pemudahcaraan di prasekolah merupakan salah satu cara
untuk meningkatkan keberkesanan dan kemahiran yang pelbagai dalam diri kanak-kanak.
Teknologi boleh memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak (Haugland & Wright, 1997) kerana kanak-kanak hari ini adalah generasi komputer
(Papert, 1996). Hal ini kerana murid abad ke-21 telah didedahkan secara meluas dan sudah biasa
dengan penggunaan internet dan komputer. Murid-murid yang telah lengkap pengetahuan dan
kemahiran dalam teknologi ini lebih mudah menyesuaikan diri dan menghubungkaitkan
teknologi dengan pembelajaran. Penggunaan komputer dan internet pula bukan perkara baharu
bagi mereka. Atas sebab inilah Warschauer (2006) menggunakan istilah ʺMillennialsʺ kepada
kanak-kanak zaman ini. Ia merujuk kepada murid yang dilahirkan sebagai pengguna ‘asal’
teknologi digital. The National Association for the Education of Young Children (NAEYC) dan
Fred Rogers Center mengatakan bahawa ʺteknologi dan media interaktif merupakan bahan
2
pembelajaran yang apabila digunakan dengan baik dan sesuai dengan perkembangan dan juga
disertai dengan alat tradisional, boleh menyokong perkembangan dan pembelajaran kanak-
kanakʺ (Draft Technology in Early Childhood Programmes, 2011).
Apa itu teknologi? Teknologi merujuk kepada pelbagai alat seperti digital interaktif,
peranti elektronik, perisian, tablet pelbagai sentuh dan permainan video. Teknologi ini digunakan
secara berkesan dalam zaman awal kanak-kanak apabila ia berupaya untuk menyokong
pendidikan, pertumbuhan, komunikasi dan hubungan kanak-kanak. Alat yang digunakan dalam
program awal kanak-kanak juga telah meningkat dengan pesat seperti komputer, tablet, kamera
digital, muzik, video, papan putih interaktif dan internet. Kanak-kanak dapat menggunakan alat
ini di rumah dan di bilik darjah mereka. Namun begitu, pakar-pakar berselisih pendapat
mengenai perkara ini. (Cordes & Miller, 2000) mengatakan bahawa teknologi membahayakan
kanak-kanak dari segi fizikal, sosial dan intelektual. Sebaliknya (Lee & Houston, 1986)
menyatakan kewujudan komputer dalam kehidupan seharian kanak-kanak harus bermula awal.
Pendapat senada juga turut diberikan oleh pakar-pakar lain (Ainsa, 1989; Burg, 1984; Clements
& Swaminathan, 1995; Lee & Houston, 1987), kanak-kanak yang bermotivasi dan mempunyai
keberanian untuk meneroka komputer dapat membantu untuk meningkatkan kebebasan mereka
dan membangunkan keyakinan diri dalam pembelajaran.
Tugasan ini akan membincangkan kepentingan teknologi dalam perkembangan kognitif
dan sosial kanak-kanak. Daripada dapatan-dapatan dan fakta yang diperolehi, penulis akan
merumuskan pengaruh dan kepentingan teknologi dalam pendidikan prasekolah. Seterusnya
penilaian dan pemerhatian dapat dibuat terhadap penglibatan ibu bapa dalam mengawal selia
penggunaan teknologi terhadap kanak-kanak di rumah dan juga di sekolah.
3
1.2 PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN
SOSIAL KANAK-KANAK.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak sememangnya tidak dapat
dielakkan. Hal ini kerana sejak dahulu lagi sebenarnya teknologi telah digunakan dalam
pendidikan. Guru-guru kita dahulu pernah menggunakan radio dan televisyen dalam pengajaran
mereka. Penggunaan dua alatan teknologi ini pun sudah cukup menarik dan mengujakan kita
sebagai kanak-kanak pada waktu itu. Perkembangan teknologi masa kini pula memperkenalkan
lebih banyak alat, peranti dan juga perisian yang lebih menarik. Hal ini menjadikan penggunaan
alatan, peranti dan perisian yang terkini adalah lebih sesuai dan menarik.
Perkembangan dunia teknologi maklumat dan persekitaran kanak-kanak dikatakan
mempengaruhi kanak-kanak dari pelbagai aspek terutama dari cara kanak-kanak berfikir dan
daya kognitif (Abas & Hamzah, 2017; Meadows, 2017). Penggunaan teknologi dalam
pendidikan mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak lebih
mudah faham dan mengingati sesuatu isi pelajaran dengan penggunaan teknologi dalam
pengajaran guru. Hal ini kerana kanak-kanak sangat tertarik dengan peranti atau perisian
teknologi yang digunakan oleh guru. Dengan daya tarikan itu, kanak-kanak terbabit akan lebih
bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk mengikuti suatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan kesediaan yang baik untuk belajar ini akan memberi impak yang sangat
positif terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki. Keupayaan kanak-kanak
menguasai kemahiran yang dikehendaki menjadikan mereka lebih bersedia untuk belajar dan
meneroka ilmu-ilmu dan kemahiran baharu dalam hidupnya. Dalam hasil dapatan kajian bagi
aspek tumpuan kanak-kanak, kanak-kanak kerap memberi tumpuan apabila menggunakan ICT
dalam pengajaran, tambahan pula apabila menggunakan televisyen dan radio. Ini adalah kerana
kanak-kanak tertarik dengan gambaran yang jelas dan warna-warna yang terdapat dalam
televisyen serta lagu-lagu yang diputarkan di radio. Hasil ini bersamaan dengan hasil kajian
Ch’ng Siew Hoon (2005) yang menyatakan. Penggunaan ICT menyebabkan pembelajaran lebih
menyeronokkan sehingga kanak-kanak menumpukan lebih banyak perhatian pada pengajaran
dalam bilik darjah. Selain itu, Zuraidah Saidin (2011) menyatakan bahawa pembelajaran dengan
sokongan ICT seperti komputer dapat membantu meningkatkan pemahaman kanak-kanak,
4
merangsang minat mereka dan menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan kanak-
kanak.
Selain itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan kanak-
kanak lebih berpengetahuan. Kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan ICT seperti ipad,
telefon pintar dan komputer yang tersedia dengan kemudahan internet mempunyai pengetahuan
yang luas dan terkini sesuai dengan peringkat umur mereka. Mereka kerap berkomunikasi
sesama mereka menggunakan perkataan baharu dan terkini. Hatta ibu bapa dan guru juga
terkebil-kebil dengan istilah penggunaan bahasa mereka kerana tidak mengetahui maksud istilah
tersebut. Hal ini sesuai dengan kenyataan bahawa teknologi perisian dan perkakasan dalam dunia
komputeran memberi ruang kepada kanak-kanak untuk akses dengan lebih mudah. (Yanzhen &
Maizatul, 2019; Azniah, Maizatul, Noor & Nor, 2016) selain itu, dapatan kajian Ch’ng Siew
Hoon (2005) yang mendapati bahawa penggunaan ICT memberi kesan yang positif khususnya
dari segi pengetahuan, minat dan kreativiti pelajar terhadap pembelajaran. Bagi aspek
penerokaan pula, kanak-kanak suka meneroka fungsi yang ada di dalam iPad dengan sendiri
tanpa bantuan guru dan kanak-kanak di mana Robyler (2002) mendapati bahawa penggunaan
ICT mendorong kanak-kanak untuk belajar secara penyelesaian masalah serta berfikir secara
kreatif dan kritis, iaitu salah satu aspek penting dan sentiasa diberi penekanan dalam setiap
sistem pendidikan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan ICT memberikan
pengaruh yang positif terhadap kemahiran kognitif kanak-kanak walaupun tidak begitu ketara.
Seiring dengan pembelajaran kemahiran abad ke-21, amat wajar sekali penggunaan ICT ini
dilaksanakan dan disesuaikan dengan pedagogi dan aktiviti yang boleh merangsang kanak-kanak
dalam komponen kognitif aspek daya tumpuan, pemahaman, pengetahuan dan penerokaan.
Dari aspek sosial pula, teknologi memecahkan tembok jarak dan masa untuk kanak-kanak
bersosial dengan ahli keluarga dan saudara mara serta rakan-rakan. Mereka tetap boleh
berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh. Dari sudut
pendidikan prasekolah pula, ICT membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan kanak-kanak
lain secara maya. Keadaan ini membantu kanak-kanak mengembangkan jaringan sosialnya
sekaligus menyumbang kepada perkembangan sosial mereka. Media adalah antara komponen
teknologi. Media paling ketara memberi kesan terhadap perkembangan sosial kanak-kanak.
5
Pandangan yang paling popular tentang kejayaan fungsi sosialisasi media adalah ia
membolehkan kanak-kanak menyesuaikan diri dalam masyarakat kerana mereka telah
mempelajari tingkah laku yang bersesuaian. Secara khususnya, melalui sosialisasi kanak-kanak
mempelajari budaya dan mendalami nilai, sistem kepercayaan, persepsi diri sendiri dan orang
lain (Lemish, 2007). Kanak-kanak yang didedahkan dengan kandungan-kandungan yang baik
menerusi media dan kemudahan teknologi menjadikan mereka turut terpengaruh dengan nilai-
nilai baik yang dipaparkan. Hal ini bermaksud kanak-kanak dapat belajar menilai akhlak dan
perlakuan yang baik dalam masyarakat, seterusnya mempraktikkan amalan baik tersebut dalam
masyarakat dengan panduan dan bimbingan guru serta ibu bapa. Tingkahlaku yang baik ini
dikenali sebagai prososial. Tingkah laku prososial merujuk kepada semua perilaku yang
dikehendaki dan diterima oleh sesebuah masyarakat umum. Sebagai contoh, sesebuah program
TV dikatakan prososial apabila kandungannya mempromosi sikap bekerjasama dan tolak ansur;
simpati dan empati terhadap orang lain; kawalan terhadap sifat marah dan kecewa; saling
membantu; menghormati orang yang lebih tua; berkasih sayang sesama manusia; dan
seumpamanya.
Satu kajian menunjukkan bahawa program media yang dibentuk untuk mengajar nilai
persahabatan, penerimaan terhadap kepelbagaian, dan altruisme adalah sangat berkesan kepada
kanak-kanak yang berumur di bawah lapan tahun. Ini berkemungkinan disebabkan pelajaran
yang disampaikan tersebut melibatkan nilai yang asing atau baru bagi kanak-kanak yang harus
dikuasai oleh mereka (Mares & Woodard, 2001 dan 2005). Bahan-bahan multimedia merupakan
perantaraan dalam sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk mendapatkan ilmu, juga
ia bertindak sebagai alat untuk membantu membentuk jati diri dan akhlak kanak-kanak sejak di
peringkat awal lagi. Kajian Norkhairani (2004) menyatakan bahawa golongan kanak-kanak kini
lebih cepat dan mudah terpengaruh dengan bahan-bahan multimedia dalam proses pembentukan
jati diri mereka sejak kecil. Oleh yang demikian, penggunaan multimedia dalam proses
pembentukan jati diri kanak-kanak yang meliputi aspek penerapan nilai-nilai murni berpotensi
memberi pengaruh dan kesan yang baik kepada akhlak dan jati diri kanak-kanak. Perkembangan
akhlak dan jati diri ini juga adalah antara perkembangan sosial kanak-kanak hasil daripada
penggunaan dan aplikasi teknologi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
6
1.3 TEKNOLOGI MENYOKONG HUBUNGAN RUMAH-SEKOLAH DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.
Kanak-kanak sangat banyak belajar dan berkembang pada usia prasekolah. Oleh kerana
itu, kerjasama antara ibu bapa dan guru adalah sangat penting demi kelangsungan pembelajaran
kanak-kanak prasekolah secara optimum. Guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting
untuk memastikan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak ini disokong sepenuhnya.
Contohnya pada masa sekarang apabila sekolah terpaksa ditutup dan kanak-kanak terpaksa
belajar dari rumah. Guru-guru pula terpaksa melaksanakan pengajaran secara maya dari rumah
sendiri. Keadaan ini janggal pada peringkat awal, namun akhirnya ia dilihat sebagai suatu
keperluan untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini demi kelangsungan
perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Contoh penggunaan teknologi yang menyokong hubungan rumah dan sekolah ialah
telefon pintar. Adalah telefon bimbit mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan
berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang
aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS, atau
Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar
untuk pembina aplikasi. Penggunaan telefon pintar ini membolehkan kanak-kanak berhubung
dengan guru mereka terutamanya dalam mengikuti pengajaran guru. Guru boleh berkongsi
pautan, gambar, rakaman suara dan pelbagai kemudahan teknologi lain melalui telefon pintar
untuk dikongsi kepada murid yang berada di rumah. Telefon pintar juga boleh digunakan untuk
perkara paling asas iaitu panggilan suara antara guru dan murid. Perhubungan yang berterusan
antara guru dan kanak-kanak di rumah dapat memastikan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan
baik dan selamat. Guru juga boleh berhubung dengan ibu bapa menggunakan telefon pintar
untuk berkongsi perkembangan dan membincangkan strategi khusus untuk anak mereka.
7
Penggunaan teknologi lain yang turut menyokong hubungan rumah dan sekolah ialah
perisian seumpama Whatapps dan Telegram. Melalui aplikasi ini, murid dan guru dapat
berkongsi bahan-bahan secara atas talian atau luar talian. Ini kerana aplikasi ini menyokong
mesej biasa, mesej bergambar dan mesej suara. Selain itu, panggilan suara dan panggilan video
juga disediakan melalui aplikasi ini. Melalui aplikasi ini juga, hubungan ibu bapa dan guru dapat
diteguhkan lagi. Penggunaan aplikasi ini dinilai sebagai lebih menjimatkan berbanding
perhubungan menggunakan talian biasa kerana ia diaplikasikan dengan capaian internet. Dengan
adanya internet, perkongsian gambar dan bahan-bahan, panggilan suara dan juga video dapat
dilaksanakan tanpa memerlukan kos lain. Hanya kos melanggan internet sahaja yang diperlukan.
Dengan itu, hubungan sekolah dan rumah dapat ditingkatkan dan dimantapkan untuk kemajuan
kanak-kanak secara kognitif, emosi, sosial dan lain-lain.
Selain itu, penggunaan emel juga sangat menyokong pembelajaran kanak-kanak melalui
hubungan rumah dan sekolah. Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, penggunaan emel
membolehkan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara maya. Contohnya ialah
pengajaran menggunakan platform Google Meet. Melalui platform ini, kanak-kanak berada di
dalam kelas bersama guru dan rakan-rakan secara maya, seolah-olah bersama-sama mengikuti
pelajaran secara fizikal. Perkongsian bahan-bahan yang lebih baik dan luas dapat dilakukan
dengan penggunaan emel. Penggunaan kemudahan ini untuk kanak-kanak prasekolah
sememangnya harus dikawal selia dan dibantu oleh ibu bapa di rumah. Selain itu, antara contoh
penggunaan teknologi lain yang menyokong pembelajaran kanak-kanak di rumah ialah melalui
kuiz secara atas talian. Kanak-kanak boleh menjawab soalan-soalan yang diberi tanpa pensel dan
kertas sebagaimana biasa. Hal ini tentunya suatu pengalaman baharu bagi mereka. Ini adalah
antara contoh teknologi yang menyokong hubungan rumah dan sekolah dalam pendidikan awal
kanak-kanak.
8
1.4 KESIMPULAN
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat relevan dan sesuai untuk dipraktikkan
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Namun penggunaannya haruslah secara terpilih dan
bukanlah secara keseluruhan. Iaitu guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran di
samping mengambil keputusan sama ada menggunaka bahan teknologi atau sebaliknya. Jika
penggunaan teknologi ingin digunakan, maka guru harus memilih bahan-bahan atau alat yang
sesuai dan praktikal. Dengan keseimbangan yang diwujudkan antara penggunaan teknologi dan
sebaliknya, akan menjadikan kanak-kanak berkembang secara seimbang dari pelbagai aspek
perkembangan. Hubungan yang baik antara ibu bapa di rumah dengan guru di sekolah juga mesti
diwujudkan. Pergerakan dan tindakan yang seiring antara dua entiti ini pasti akan memberi kesan
besar terhadap kemajuan pendidikan awal kanak-kanak. Kepelbagaian kemudahan dan aplikasi
teknologi haruslah digunakan secara bijaksana agar segala kebaikan dan manfaat penggunaanya
dapat direalisasikan. Manakala segala kesan sampingan buruk yang lain dapat dihindarkan.
9
RUJUKAN
Jesvinder Kaur Shadaan (2016). HBEC3903 Teknologi dan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-
kanak. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Muhammad Rasyid Dimas. (2009). 25 kaedah dan cara melentur jiwa & minda anak. Shah
Alam: Pustaka Dini.
Syahrul Nizam Junaini. (2009). Anakku celik komputer. Shah Alam: Buku Prima Sdn. Bhd.
Aminah Ayob, Rohani Abdullah, Nani Menon & Jameyah Shariff. (2013). MODUL
Pendidik/Pengasuh, Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA NEGARA.
Selangor: Percetakan Info Meditas Sdn. Bhd.
Lim Keat Heng. (2007). Komputer dalam pendidikan prasekolah.
http://www.geocities.com/seminarpra07/kertaspenuh/komputer
Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin, & Norlidah Alias. (2013). Penggunaan ICT merentas
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK): Tinjauan di prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(4), 12-
20.
Shima Dyana Mohd Fazree, & Siti Marziah Zakaria. (2018). Kesan penggunaan gajet kepada
perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah. Prosiding Kebangsaan
Sarjana Muda Sains Sosial dan Kemanusiaan. www.ukm.edu.my/persada
How, Giam Kah. 2000. Gaya pembelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf, 2(3): 57-63.
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipha.html [15 Mac 2010].
10
SOALAN 2
2.1 PENGLIBATAN IBU BAPA TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI
DALAM SUASANA AWAL KANAK-KANAK.
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak sememangnya memberikan
implikasi besar dalam membangunkan potensi mereka. Sokongan daripada ibu bapa akan dapat
menjadikan usaha untuk mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak menjadi jauh lebih
berjaya. Maka dengan itu, pendidik harus memastikan peranan dan penglibatan ibu bapa dapat
dimaksimakan bagi memastikan kejayaan kanak-kanak. Menerusi kecanggihan dan kepesatan
ICT pada masa kini harus dimanfaatkan oleh para pendidik untuk mempertingkatkan komunikasi
dan kolaborasi bersama ibu bapa. Dilihat trend pada hari ini, para pendidik menggunakan ICT
untuk tujuan tersebut. Kebanyakan para pendidik menggunakan pendekatan ICT untuk
berkomunikasi dan berkolaborasi dengan ibu bapa kerana dilihat dapat menjimatkan masa dan
lebih mudah. Sebagai contohnya penggunaan medium email, whatsapp, telegram, dan media
sosial yang lain. Perkara ini telah dibuktikan oleh kajian oleh Kamarulzaman et al. (2017) yang
menyatakan bahawa kebanyakan pendidik menggunakan ICT untuk berhubung dengan ibu bapa
untuk melaporkan perkembangan anak-anak mereka. Melalui pendekatan ini, ibu bapa tidak
perlu terburu-buru datang ke prasekolah dan dapat dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila
masa. Tambahan pula dengan penularan wabak Corona-Virus atau Covid-19 di negara kita yang
telah merubah norma pendidikan kita. Pendidikan awal kanak-kanak juga tidak terkecuali.
Penggunaan pembelajaran alam maya yang menuntut kolaborasi antara ibu bapa dan pendidik.
Hal ini dibangkitkan oleh Ching Peng Hon (2020) yang menyatakan bahawa dalam era pandemik
ini, peranan pendidik diambil alih oleh ibu bapa. Pendidik menyediakan kerja rumah atau
lembaran kerja untuk kanak-kanak dan memberikan panduan kepada ibu bapa bagaimana untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran kepada kanak-kanak di rumah. Situasi pastinya memerlukan
komunikasi yang cepat dan baik antara kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, dalam era ini
adalah menjadi trend para pendidik menggunakan ICT untuk memudahkan urusan komunikasi
dan kolaborasi dengan ibu bapa.
11
Ibu dan bapa seharusnya menjalanakn peranan masing-masing dalam memanfaatkan
penggunaan internet anak-anak dengan menghadkan masa penggunaaan seharian mereka.
Peruntukan masa dalam kehidupan anak-anak adalah mustahak kerana masa itu emas. Justeru,
ibu dan bapa sewajarnya menyediakan jadual masa yang perlu dipatuhi oleh anak-anak pada
setiap hari supaya nilai displin dan menepati masa dalam diri mereka dapat dicambah dengan
baik. Pastikan anak-anak mempunyai peruntukan masa yang seimbang untuk mengulangkaji
pelajaran, melayari internet untuk belajar atau berhibur dan bersukan atau beriadah diluar
sebagai langkah menjaga kesihatan diri. Dari sudut penggunaan internet, ia adalah penting untuk
menetapkan had masa supaya kanak-kanak tidak terdedah atau bebas melayari perkara yang kita
tidak inginkan.
Kita tidak boleh nafikan bahawa internet adalah merupakan satu keperluan dalam kehidupan hari
ini. Justeru adalah mustahak untuk semua pihak bukan sahaja ibu dan bapa perlu memastikan
generasi muda hari ini celik dalam menggunakan perkhidmatan internet. Jika golongan ini diasuh
dengan acuan yang tepat kemajuan Negara pasti dapat dilaksanakan dengan baik dan tanahair
kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara-negara lain. Mencegah
adalah lebih baik daripada merawat di mana jika kita berjaya membendung perkara negatif
daripada berlaku pasti masalah seperti penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin
menrungsingkan pada ketika ini dapat dielakkan. Ibu dan bapa harus sedar bahawa mereka
adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak untuk menjadi contoh tauladan terbaik kerana
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mari lah kita bersama-sama menjadikan internet
sebagai wardah masyarakat yang positif dan memperjuangkan etika kesopanan dan kesusilaan
secara realiti dan maya.
12
2.2 KEBURUKAN PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI OLEH KANAK-KANAK.
Antara keburukan apabila teknologi disalah gunakan oleh kanak-kanak ialah yang
pertama kecelaruan penggunaan bahasa. Kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan
akan laras bahasa yang betul semasa mereka menulis. Mereka sering menggunakan istilah yang
direka sendiri yang akan mengelirukan seterusnya menjadi ikutan kepada kanak-kanak. Jika tiada
pemantauan oleh ibu bapa, kanak-kanak ini akan terus mengunakan bahasa yang salah ini
disepanjang hidupnya. Akibat yang paling ditakuti adalah mereka menggunakan kata-kata kesat
yang mereka dengar untuk berinteraksi dengan orang lain. Kesan lain yang turut timbul akibat
daripada kerap menonton televiyen adalah melemahkan kemahiran berbahasa, ciri visual
televisyen menyekat perkembangan bahagian sebelah kiri otak yang penting untuk kemahiran
pembelajaran bahasa. Dalam satu persidangan terapis percakapan di London mendedahkan
bahawa televisyen membataskan dan menghadkan keupayaan kanak-kanak bertutur dan
memahami Bahasa Inggeris. Kemahiran bahasa boleh dirangsang dengan baik melalui
pembacaan dan penyertaan dua hala yang aktif dalam perbualan dan aktiviti bermain bukannya
dengan menonton televisyen.
Keburukan penggunaan teknologi ialah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.
Sekiranya tidak dicegah, penggunaan internet tanpa kawalan menyebabkan kanak-kanak
mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu
luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka
lawan web tersebut kanak-kanak akan terus melihat. Kerana sudah menjadi fitrah semulajadi
kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Sebab itulah kanak-kanak sekarang
banyak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya dan pastikan akan meniru perkara negatif itu
tanpa mengetahui baik buruk dan kesan perkara tersebut seperti meniru aksi lucah yang boleh
menjejaskan pemikiran mereka. Kanak-kanak juga sering meniru aksi lasak dan ganas yang
dipaparkan di internet atau di kaca televisyen. Aksi lasak seperti bergusti, bergaduh, rompakan,
merogol, dan membunuh akan mempengaruhi kelakuan mereka dimasa akan datang.
13
Keburukan seterusnya ialah membantutkan perkembangan sosial di mana pemasalahan
ini boleh terjadi apa bila kanak-kanak didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan
dan kawalan. Kanak-kanak ini akan bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan
tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin
tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain untuk mengetahui apakan penghujung permainan
tersebut. Mereka boleh ketagih dengan permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan
kanak-kanak yang sepatutnya dicapai. Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang
mana mereka hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan
mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu
mengalah. Sifat negatif ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak, dengan hanya bermain
permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak
dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti
luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak apabila
mereka remaja dan dewasa kelak. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan tegas.
Jangan sesekali dibiarkan anak-anak leka dengan peralatan ICT. Sebaiknya ibu bapa haruslah
menyediakan aktiviti fizikal yang lebih bermanfaat kepada anak.

More Related Content

What's hot

Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriLee Bun
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluargaAzizan Amanda
 

What's hot (20)

Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluarga
 

Similar to Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak

Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia DinikKeterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinikaprilia tiara putri
 
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasidampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasisafrrian1992
 
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangkadampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangkamerieayi1992
 
Peranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihan
Peranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihanPeranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihan
Peranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihanFarahKusumaa
 
Modul media pembelajaran berbasis tik
Modul media pembelajaran berbasis tik Modul media pembelajaran berbasis tik
Modul media pembelajaran berbasis tik maemunahtarbiyah
 
Modul media pembelajaranberbasis tik
Modul media pembelajaranberbasis tikModul media pembelajaranberbasis tik
Modul media pembelajaranberbasis tikmaemunahtarbiyah
 
PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...
PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...
PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...khairunnisa mulyana
 
Dewi sintia 2 b
Dewi sintia 2 bDewi sintia 2 b
Dewi sintia 2 bdewi2B
 
Teknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3D
Teknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3DTeknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3D
Teknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3Dnuuu23
 
Teknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasiTeknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasisilviahamzari
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranHidayah Azhar
 
Eseikumpulan 121215230300-phpapp01
Eseikumpulan 121215230300-phpapp01Eseikumpulan 121215230300-phpapp01
Eseikumpulan 121215230300-phpapp01Achik Hanan
 
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakPemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakistichomah1
 
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutSeiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutdianseptian09
 
Makalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiMakalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiYadhi Muqsith
 

Similar to Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak (20)

tttt
tttttttt
tttt
 
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia DinikKeterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
Keterkaitan ICT dengan Pendidikan Anak Usia Dinik
 
181 1329-4-pb
181 1329-4-pb181 1329-4-pb
181 1329-4-pb
 
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasidampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
dampak negatif perkembangan teknologi komunikasi
 
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangkadampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
dampak negatif perkembangan ilmu teknologi bagi pelajar di Bangka
 
Teknologi Baru, Permainan Komputer dan Literasi
Teknologi Baru, Permainan Komputer dan LiterasiTeknologi Baru, Permainan Komputer dan Literasi
Teknologi Baru, Permainan Komputer dan Literasi
 
Peranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihan
Peranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihanPeranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihan
Peranan dan dampak penggunaan tik dalam bidang pendidikan dan pelatihan
 
Modul media pembelajaran berbasis tik
Modul media pembelajaran berbasis tik Modul media pembelajaran berbasis tik
Modul media pembelajaran berbasis tik
 
Modul tik maemunah
Modul tik maemunahModul tik maemunah
Modul tik maemunah
 
Modul media pembelajaranberbasis tik
Modul media pembelajaranberbasis tikModul media pembelajaranberbasis tik
Modul media pembelajaranberbasis tik
 
PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...
PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...
PENGARUH TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI TERHADAP RANAH AFEKTIF SISWA SEKO...
 
Dewi sintia 2 b
Dewi sintia 2 bDewi sintia 2 b
Dewi sintia 2 b
 
Teknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3D
Teknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3DTeknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3D
Teknologi informasi dan komunikasi nina awalia 3D
 
Teknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasiTeknologi informasi dan komunikasi
Teknologi informasi dan komunikasi
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 
Eseikumpulan 121215230300-phpapp01
Eseikumpulan 121215230300-phpapp01Eseikumpulan 121215230300-phpapp01
Eseikumpulan 121215230300-phpapp01
 
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakPemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
 
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebutSeiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
Seiring dengan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi tersebut
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Makalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiMakalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologi
 

Recently uploaded

Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxTekiMulyani
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfTeukuEriSyahputra
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMPNiPutuDewikAgustina
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMhanyakaryawan1
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptxErikaPutriJayantini
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDsulistyaningsihcahyo
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak

  • 1. 1 SOALAN 1 1.1 PENGENALAN Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Sebagaimana diketahui umum, manusia mula belajar sejak dalam kandungan ibu lagi. Pembelajaran terus berlaku setelah bayi dilahirkan dan seterusnya membesar sebagai kanak- kanak. Pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan keadaan. Namun pembelajaran kanak-kanak pada masa kini adalah lebih maju dan terbuka berbanding kanak-kanak zaman dahulu. Manusia kini hidup dengan pelbagai kemudahan dan kemajuan teknologi. Antara teknologi yang dominan ialah teknologi maklumat dan komunikasi. Perkembangan teknologi ini mempengaruhi hampir semua aspek kehidupan manusia masa kini. Ia mempengaruhi bagaimana manusia menguruskan kehidupan harian merangkumi aspek kesihatan dan keselamatan, pengangkutan, rumah dan kediaman, industri serta aspek maklumat dan komunikasi. Bidang pendidikan juga turut menerima kesan daripada perkembangan teknologi ini. Pendidikan prasekolah adalah antara peringkat pendidikan yang mengambil peluang daripada perkembangan teknologi ini. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pihak berautoriti untuk memastikan kemajuan pendidikan prasekolah di Malaysia. Bidang pendidikan sangat dipengaruhi oleh Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pemudahcaraan di prasekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan dan kemahiran yang pelbagai dalam diri kanak-kanak. Teknologi boleh memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak- kanak (Haugland & Wright, 1997) kerana kanak-kanak hari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Hal ini kerana murid abad ke-21 telah didedahkan secara meluas dan sudah biasa dengan penggunaan internet dan komputer. Murid-murid yang telah lengkap pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi ini lebih mudah menyesuaikan diri dan menghubungkaitkan teknologi dengan pembelajaran. Penggunaan komputer dan internet pula bukan perkara baharu bagi mereka. Atas sebab inilah Warschauer (2006) menggunakan istilah ʺMillennialsʺ kepada kanak-kanak zaman ini. Ia merujuk kepada murid yang dilahirkan sebagai pengguna ‘asal’ teknologi digital. The National Association for the Education of Young Children (NAEYC) dan Fred Rogers Center mengatakan bahawa ʺteknologi dan media interaktif merupakan bahan
  • 2. 2 pembelajaran yang apabila digunakan dengan baik dan sesuai dengan perkembangan dan juga disertai dengan alat tradisional, boleh menyokong perkembangan dan pembelajaran kanak- kanakʺ (Draft Technology in Early Childhood Programmes, 2011). Apa itu teknologi? Teknologi merujuk kepada pelbagai alat seperti digital interaktif, peranti elektronik, perisian, tablet pelbagai sentuh dan permainan video. Teknologi ini digunakan secara berkesan dalam zaman awal kanak-kanak apabila ia berupaya untuk menyokong pendidikan, pertumbuhan, komunikasi dan hubungan kanak-kanak. Alat yang digunakan dalam program awal kanak-kanak juga telah meningkat dengan pesat seperti komputer, tablet, kamera digital, muzik, video, papan putih interaktif dan internet. Kanak-kanak dapat menggunakan alat ini di rumah dan di bilik darjah mereka. Namun begitu, pakar-pakar berselisih pendapat mengenai perkara ini. (Cordes & Miller, 2000) mengatakan bahawa teknologi membahayakan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial dan intelektual. Sebaliknya (Lee & Houston, 1986) menyatakan kewujudan komputer dalam kehidupan seharian kanak-kanak harus bermula awal. Pendapat senada juga turut diberikan oleh pakar-pakar lain (Ainsa, 1989; Burg, 1984; Clements & Swaminathan, 1995; Lee & Houston, 1987), kanak-kanak yang bermotivasi dan mempunyai keberanian untuk meneroka komputer dapat membantu untuk meningkatkan kebebasan mereka dan membangunkan keyakinan diri dalam pembelajaran. Tugasan ini akan membincangkan kepentingan teknologi dalam perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Daripada dapatan-dapatan dan fakta yang diperolehi, penulis akan merumuskan pengaruh dan kepentingan teknologi dalam pendidikan prasekolah. Seterusnya penilaian dan pemerhatian dapat dibuat terhadap penglibatan ibu bapa dalam mengawal selia penggunaan teknologi terhadap kanak-kanak di rumah dan juga di sekolah.
  • 3. 3 1.2 PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN SOSIAL KANAK-KANAK. Penggunaan teknologi dalam pendidikan awal kanak-kanak sememangnya tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana sejak dahulu lagi sebenarnya teknologi telah digunakan dalam pendidikan. Guru-guru kita dahulu pernah menggunakan radio dan televisyen dalam pengajaran mereka. Penggunaan dua alatan teknologi ini pun sudah cukup menarik dan mengujakan kita sebagai kanak-kanak pada waktu itu. Perkembangan teknologi masa kini pula memperkenalkan lebih banyak alat, peranti dan juga perisian yang lebih menarik. Hal ini menjadikan penggunaan alatan, peranti dan perisian yang terkini adalah lebih sesuai dan menarik. Perkembangan dunia teknologi maklumat dan persekitaran kanak-kanak dikatakan mempengaruhi kanak-kanak dari pelbagai aspek terutama dari cara kanak-kanak berfikir dan daya kognitif (Abas & Hamzah, 2017; Meadows, 2017). Penggunaan teknologi dalam pendidikan mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak lebih mudah faham dan mengingati sesuatu isi pelajaran dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran guru. Hal ini kerana kanak-kanak sangat tertarik dengan peranti atau perisian teknologi yang digunakan oleh guru. Dengan daya tarikan itu, kanak-kanak terbabit akan lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk mengikuti suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kesediaan yang baik untuk belajar ini akan memberi impak yang sangat positif terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki. Keupayaan kanak-kanak menguasai kemahiran yang dikehendaki menjadikan mereka lebih bersedia untuk belajar dan meneroka ilmu-ilmu dan kemahiran baharu dalam hidupnya. Dalam hasil dapatan kajian bagi aspek tumpuan kanak-kanak, kanak-kanak kerap memberi tumpuan apabila menggunakan ICT dalam pengajaran, tambahan pula apabila menggunakan televisyen dan radio. Ini adalah kerana kanak-kanak tertarik dengan gambaran yang jelas dan warna-warna yang terdapat dalam televisyen serta lagu-lagu yang diputarkan di radio. Hasil ini bersamaan dengan hasil kajian Ch’ng Siew Hoon (2005) yang menyatakan. Penggunaan ICT menyebabkan pembelajaran lebih menyeronokkan sehingga kanak-kanak menumpukan lebih banyak perhatian pada pengajaran dalam bilik darjah. Selain itu, Zuraidah Saidin (2011) menyatakan bahawa pembelajaran dengan sokongan ICT seperti komputer dapat membantu meningkatkan pemahaman kanak-kanak,
  • 4. 4 merangsang minat mereka dan menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan kanak- kanak. Selain itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan kanak- kanak lebih berpengetahuan. Kanak-kanak yang terdedah dengan penggunaan ICT seperti ipad, telefon pintar dan komputer yang tersedia dengan kemudahan internet mempunyai pengetahuan yang luas dan terkini sesuai dengan peringkat umur mereka. Mereka kerap berkomunikasi sesama mereka menggunakan perkataan baharu dan terkini. Hatta ibu bapa dan guru juga terkebil-kebil dengan istilah penggunaan bahasa mereka kerana tidak mengetahui maksud istilah tersebut. Hal ini sesuai dengan kenyataan bahawa teknologi perisian dan perkakasan dalam dunia komputeran memberi ruang kepada kanak-kanak untuk akses dengan lebih mudah. (Yanzhen & Maizatul, 2019; Azniah, Maizatul, Noor & Nor, 2016) selain itu, dapatan kajian Ch’ng Siew Hoon (2005) yang mendapati bahawa penggunaan ICT memberi kesan yang positif khususnya dari segi pengetahuan, minat dan kreativiti pelajar terhadap pembelajaran. Bagi aspek penerokaan pula, kanak-kanak suka meneroka fungsi yang ada di dalam iPad dengan sendiri tanpa bantuan guru dan kanak-kanak di mana Robyler (2002) mendapati bahawa penggunaan ICT mendorong kanak-kanak untuk belajar secara penyelesaian masalah serta berfikir secara kreatif dan kritis, iaitu salah satu aspek penting dan sentiasa diberi penekanan dalam setiap sistem pendidikan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan ICT memberikan pengaruh yang positif terhadap kemahiran kognitif kanak-kanak walaupun tidak begitu ketara. Seiring dengan pembelajaran kemahiran abad ke-21, amat wajar sekali penggunaan ICT ini dilaksanakan dan disesuaikan dengan pedagogi dan aktiviti yang boleh merangsang kanak-kanak dalam komponen kognitif aspek daya tumpuan, pemahaman, pengetahuan dan penerokaan. Dari aspek sosial pula, teknologi memecahkan tembok jarak dan masa untuk kanak-kanak bersosial dengan ahli keluarga dan saudara mara serta rakan-rakan. Mereka tetap boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh. Dari sudut pendidikan prasekolah pula, ICT membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan kanak-kanak lain secara maya. Keadaan ini membantu kanak-kanak mengembangkan jaringan sosialnya sekaligus menyumbang kepada perkembangan sosial mereka. Media adalah antara komponen teknologi. Media paling ketara memberi kesan terhadap perkembangan sosial kanak-kanak.
  • 5. 5 Pandangan yang paling popular tentang kejayaan fungsi sosialisasi media adalah ia membolehkan kanak-kanak menyesuaikan diri dalam masyarakat kerana mereka telah mempelajari tingkah laku yang bersesuaian. Secara khususnya, melalui sosialisasi kanak-kanak mempelajari budaya dan mendalami nilai, sistem kepercayaan, persepsi diri sendiri dan orang lain (Lemish, 2007). Kanak-kanak yang didedahkan dengan kandungan-kandungan yang baik menerusi media dan kemudahan teknologi menjadikan mereka turut terpengaruh dengan nilai- nilai baik yang dipaparkan. Hal ini bermaksud kanak-kanak dapat belajar menilai akhlak dan perlakuan yang baik dalam masyarakat, seterusnya mempraktikkan amalan baik tersebut dalam masyarakat dengan panduan dan bimbingan guru serta ibu bapa. Tingkahlaku yang baik ini dikenali sebagai prososial. Tingkah laku prososial merujuk kepada semua perilaku yang dikehendaki dan diterima oleh sesebuah masyarakat umum. Sebagai contoh, sesebuah program TV dikatakan prososial apabila kandungannya mempromosi sikap bekerjasama dan tolak ansur; simpati dan empati terhadap orang lain; kawalan terhadap sifat marah dan kecewa; saling membantu; menghormati orang yang lebih tua; berkasih sayang sesama manusia; dan seumpamanya. Satu kajian menunjukkan bahawa program media yang dibentuk untuk mengajar nilai persahabatan, penerimaan terhadap kepelbagaian, dan altruisme adalah sangat berkesan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah lapan tahun. Ini berkemungkinan disebabkan pelajaran yang disampaikan tersebut melibatkan nilai yang asing atau baru bagi kanak-kanak yang harus dikuasai oleh mereka (Mares & Woodard, 2001 dan 2005). Bahan-bahan multimedia merupakan perantaraan dalam sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) untuk mendapatkan ilmu, juga ia bertindak sebagai alat untuk membantu membentuk jati diri dan akhlak kanak-kanak sejak di peringkat awal lagi. Kajian Norkhairani (2004) menyatakan bahawa golongan kanak-kanak kini lebih cepat dan mudah terpengaruh dengan bahan-bahan multimedia dalam proses pembentukan jati diri mereka sejak kecil. Oleh yang demikian, penggunaan multimedia dalam proses pembentukan jati diri kanak-kanak yang meliputi aspek penerapan nilai-nilai murni berpotensi memberi pengaruh dan kesan yang baik kepada akhlak dan jati diri kanak-kanak. Perkembangan akhlak dan jati diri ini juga adalah antara perkembangan sosial kanak-kanak hasil daripada penggunaan dan aplikasi teknologi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
  • 6. 6 1.3 TEKNOLOGI MENYOKONG HUBUNGAN RUMAH-SEKOLAH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK. Kanak-kanak sangat banyak belajar dan berkembang pada usia prasekolah. Oleh kerana itu, kerjasama antara ibu bapa dan guru adalah sangat penting demi kelangsungan pembelajaran kanak-kanak prasekolah secara optimum. Guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memastikan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak ini disokong sepenuhnya. Contohnya pada masa sekarang apabila sekolah terpaksa ditutup dan kanak-kanak terpaksa belajar dari rumah. Guru-guru pula terpaksa melaksanakan pengajaran secara maya dari rumah sendiri. Keadaan ini janggal pada peringkat awal, namun akhirnya ia dilihat sebagai suatu keperluan untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi terkini demi kelangsungan perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Contoh penggunaan teknologi yang menyokong hubungan rumah dan sekolah ialah telefon pintar. Adalah telefon bimbit mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS, atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi. Penggunaan telefon pintar ini membolehkan kanak-kanak berhubung dengan guru mereka terutamanya dalam mengikuti pengajaran guru. Guru boleh berkongsi pautan, gambar, rakaman suara dan pelbagai kemudahan teknologi lain melalui telefon pintar untuk dikongsi kepada murid yang berada di rumah. Telefon pintar juga boleh digunakan untuk perkara paling asas iaitu panggilan suara antara guru dan murid. Perhubungan yang berterusan antara guru dan kanak-kanak di rumah dapat memastikan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Guru juga boleh berhubung dengan ibu bapa menggunakan telefon pintar untuk berkongsi perkembangan dan membincangkan strategi khusus untuk anak mereka.
  • 7. 7 Penggunaan teknologi lain yang turut menyokong hubungan rumah dan sekolah ialah perisian seumpama Whatapps dan Telegram. Melalui aplikasi ini, murid dan guru dapat berkongsi bahan-bahan secara atas talian atau luar talian. Ini kerana aplikasi ini menyokong mesej biasa, mesej bergambar dan mesej suara. Selain itu, panggilan suara dan panggilan video juga disediakan melalui aplikasi ini. Melalui aplikasi ini juga, hubungan ibu bapa dan guru dapat diteguhkan lagi. Penggunaan aplikasi ini dinilai sebagai lebih menjimatkan berbanding perhubungan menggunakan talian biasa kerana ia diaplikasikan dengan capaian internet. Dengan adanya internet, perkongsian gambar dan bahan-bahan, panggilan suara dan juga video dapat dilaksanakan tanpa memerlukan kos lain. Hanya kos melanggan internet sahaja yang diperlukan. Dengan itu, hubungan sekolah dan rumah dapat ditingkatkan dan dimantapkan untuk kemajuan kanak-kanak secara kognitif, emosi, sosial dan lain-lain. Selain itu, penggunaan emel juga sangat menyokong pembelajaran kanak-kanak melalui hubungan rumah dan sekolah. Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, penggunaan emel membolehkan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara maya. Contohnya ialah pengajaran menggunakan platform Google Meet. Melalui platform ini, kanak-kanak berada di dalam kelas bersama guru dan rakan-rakan secara maya, seolah-olah bersama-sama mengikuti pelajaran secara fizikal. Perkongsian bahan-bahan yang lebih baik dan luas dapat dilakukan dengan penggunaan emel. Penggunaan kemudahan ini untuk kanak-kanak prasekolah sememangnya harus dikawal selia dan dibantu oleh ibu bapa di rumah. Selain itu, antara contoh penggunaan teknologi lain yang menyokong pembelajaran kanak-kanak di rumah ialah melalui kuiz secara atas talian. Kanak-kanak boleh menjawab soalan-soalan yang diberi tanpa pensel dan kertas sebagaimana biasa. Hal ini tentunya suatu pengalaman baharu bagi mereka. Ini adalah antara contoh teknologi yang menyokong hubungan rumah dan sekolah dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  • 8. 8 1.4 KESIMPULAN Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat relevan dan sesuai untuk dipraktikkan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Namun penggunaannya haruslah secara terpilih dan bukanlah secara keseluruhan. Iaitu guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran di samping mengambil keputusan sama ada menggunaka bahan teknologi atau sebaliknya. Jika penggunaan teknologi ingin digunakan, maka guru harus memilih bahan-bahan atau alat yang sesuai dan praktikal. Dengan keseimbangan yang diwujudkan antara penggunaan teknologi dan sebaliknya, akan menjadikan kanak-kanak berkembang secara seimbang dari pelbagai aspek perkembangan. Hubungan yang baik antara ibu bapa di rumah dengan guru di sekolah juga mesti diwujudkan. Pergerakan dan tindakan yang seiring antara dua entiti ini pasti akan memberi kesan besar terhadap kemajuan pendidikan awal kanak-kanak. Kepelbagaian kemudahan dan aplikasi teknologi haruslah digunakan secara bijaksana agar segala kebaikan dan manfaat penggunaanya dapat direalisasikan. Manakala segala kesan sampingan buruk yang lain dapat dihindarkan.
  • 9. 9 RUJUKAN Jesvinder Kaur Shadaan (2016). HBEC3903 Teknologi dan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM). Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Muhammad Rasyid Dimas. (2009). 25 kaedah dan cara melentur jiwa & minda anak. Shah Alam: Pustaka Dini. Syahrul Nizam Junaini. (2009). Anakku celik komputer. Shah Alam: Buku Prima Sdn. Bhd. Aminah Ayob, Rohani Abdullah, Nani Menon & Jameyah Shariff. (2013). MODUL Pendidik/Pengasuh, Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA NEGARA. Selangor: Percetakan Info Meditas Sdn. Bhd. Lim Keat Heng. (2007). Komputer dalam pendidikan prasekolah. http://www.geocities.com/seminarpra07/kertaspenuh/komputer Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin, & Norlidah Alias. (2013). Penggunaan ICT merentas Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK): Tinjauan di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(4), 12- 20. Shima Dyana Mohd Fazree, & Siti Marziah Zakaria. (2018). Kesan penggunaan gajet kepada perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah. Prosiding Kebangsaan Sarjana Muda Sains Sosial dan Kemanusiaan. www.ukm.edu.my/persada How, Giam Kah. 2000. Gaya pembelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf, 2(3): 57-63. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipha.html [15 Mac 2010].
  • 10. 10 SOALAN 2 2.1 PENGLIBATAN IBU BAPA TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM SUASANA AWAL KANAK-KANAK. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak sememangnya memberikan implikasi besar dalam membangunkan potensi mereka. Sokongan daripada ibu bapa akan dapat menjadikan usaha untuk mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak menjadi jauh lebih berjaya. Maka dengan itu, pendidik harus memastikan peranan dan penglibatan ibu bapa dapat dimaksimakan bagi memastikan kejayaan kanak-kanak. Menerusi kecanggihan dan kepesatan ICT pada masa kini harus dimanfaatkan oleh para pendidik untuk mempertingkatkan komunikasi dan kolaborasi bersama ibu bapa. Dilihat trend pada hari ini, para pendidik menggunakan ICT untuk tujuan tersebut. Kebanyakan para pendidik menggunakan pendekatan ICT untuk berkomunikasi dan berkolaborasi dengan ibu bapa kerana dilihat dapat menjimatkan masa dan lebih mudah. Sebagai contohnya penggunaan medium email, whatsapp, telegram, dan media sosial yang lain. Perkara ini telah dibuktikan oleh kajian oleh Kamarulzaman et al. (2017) yang menyatakan bahawa kebanyakan pendidik menggunakan ICT untuk berhubung dengan ibu bapa untuk melaporkan perkembangan anak-anak mereka. Melalui pendekatan ini, ibu bapa tidak perlu terburu-buru datang ke prasekolah dan dapat dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tambahan pula dengan penularan wabak Corona-Virus atau Covid-19 di negara kita yang telah merubah norma pendidikan kita. Pendidikan awal kanak-kanak juga tidak terkecuali. Penggunaan pembelajaran alam maya yang menuntut kolaborasi antara ibu bapa dan pendidik. Hal ini dibangkitkan oleh Ching Peng Hon (2020) yang menyatakan bahawa dalam era pandemik ini, peranan pendidik diambil alih oleh ibu bapa. Pendidik menyediakan kerja rumah atau lembaran kerja untuk kanak-kanak dan memberikan panduan kepada ibu bapa bagaimana untuk menjalankan aktiviti pembelajaran kepada kanak-kanak di rumah. Situasi pastinya memerlukan komunikasi yang cepat dan baik antara kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, dalam era ini adalah menjadi trend para pendidik menggunakan ICT untuk memudahkan urusan komunikasi dan kolaborasi dengan ibu bapa.
  • 11. 11 Ibu dan bapa seharusnya menjalanakn peranan masing-masing dalam memanfaatkan penggunaan internet anak-anak dengan menghadkan masa penggunaaan seharian mereka. Peruntukan masa dalam kehidupan anak-anak adalah mustahak kerana masa itu emas. Justeru, ibu dan bapa sewajarnya menyediakan jadual masa yang perlu dipatuhi oleh anak-anak pada setiap hari supaya nilai displin dan menepati masa dalam diri mereka dapat dicambah dengan baik. Pastikan anak-anak mempunyai peruntukan masa yang seimbang untuk mengulangkaji pelajaran, melayari internet untuk belajar atau berhibur dan bersukan atau beriadah diluar sebagai langkah menjaga kesihatan diri. Dari sudut penggunaan internet, ia adalah penting untuk menetapkan had masa supaya kanak-kanak tidak terdedah atau bebas melayari perkara yang kita tidak inginkan. Kita tidak boleh nafikan bahawa internet adalah merupakan satu keperluan dalam kehidupan hari ini. Justeru adalah mustahak untuk semua pihak bukan sahaja ibu dan bapa perlu memastikan generasi muda hari ini celik dalam menggunakan perkhidmatan internet. Jika golongan ini diasuh dengan acuan yang tepat kemajuan Negara pasti dapat dilaksanakan dengan baik dan tanahair kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara-negara lain. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat di mana jika kita berjaya membendung perkara negatif daripada berlaku pasti masalah seperti penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin menrungsingkan pada ketika ini dapat dielakkan. Ibu dan bapa harus sedar bahawa mereka adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak untuk menjadi contoh tauladan terbaik kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mari lah kita bersama-sama menjadikan internet sebagai wardah masyarakat yang positif dan memperjuangkan etika kesopanan dan kesusilaan secara realiti dan maya.
  • 12. 12 2.2 KEBURUKAN PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI OLEH KANAK-KANAK. Antara keburukan apabila teknologi disalah gunakan oleh kanak-kanak ialah yang pertama kecelaruan penggunaan bahasa. Kebanyakan pengguna internet tidak menghiraukan akan laras bahasa yang betul semasa mereka menulis. Mereka sering menggunakan istilah yang direka sendiri yang akan mengelirukan seterusnya menjadi ikutan kepada kanak-kanak. Jika tiada pemantauan oleh ibu bapa, kanak-kanak ini akan terus mengunakan bahasa yang salah ini disepanjang hidupnya. Akibat yang paling ditakuti adalah mereka menggunakan kata-kata kesat yang mereka dengar untuk berinteraksi dengan orang lain. Kesan lain yang turut timbul akibat daripada kerap menonton televiyen adalah melemahkan kemahiran berbahasa, ciri visual televisyen menyekat perkembangan bahagian sebelah kiri otak yang penting untuk kemahiran pembelajaran bahasa. Dalam satu persidangan terapis percakapan di London mendedahkan bahawa televisyen membataskan dan menghadkan keupayaan kanak-kanak bertutur dan memahami Bahasa Inggeris. Kemahiran bahasa boleh dirangsang dengan baik melalui pembacaan dan penyertaan dua hala yang aktif dalam perbualan dan aktiviti bermain bukannya dengan menonton televisyen. Keburukan penggunaan teknologi ialah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat. Sekiranya tidak dicegah, penggunaan internet tanpa kawalan menyebabkan kanak-kanak mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka seperti bahan pornografi yang begitu luas tersebar di internet. Jika kanak-kanak tersalah taip kata kunci sedikit sahaja dan terbuka lawan web tersebut kanak-kanak akan terus melihat. Kerana sudah menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang begitu tinggi. Sebab itulah kanak-kanak sekarang banyak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya dan pastikan akan meniru perkara negatif itu tanpa mengetahui baik buruk dan kesan perkara tersebut seperti meniru aksi lucah yang boleh menjejaskan pemikiran mereka. Kanak-kanak juga sering meniru aksi lasak dan ganas yang dipaparkan di internet atau di kaca televisyen. Aksi lasak seperti bergusti, bergaduh, rompakan, merogol, dan membunuh akan mempengaruhi kelakuan mereka dimasa akan datang.
  • 13. 13 Keburukan seterusnya ialah membantutkan perkembangan sosial di mana pemasalahan ini boleh terjadi apa bila kanak-kanak didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan dan kawalan. Kanak-kanak ini akan bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain untuk mengetahui apakan penghujung permainan tersebut. Mereka boleh ketagih dengan permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai. Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negatif ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak, dengan hanya bermain permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan tegas. Jangan sesekali dibiarkan anak-anak leka dengan peralatan ICT. Sebaiknya ibu bapa haruslah menyediakan aktiviti fizikal yang lebih bermanfaat kepada anak.