JURNAL INTERNSHIP
Minggu Internship Tiga (3)
Tarikh 23 April 2021
Tajuk Jurnal Murid lewat ke kelas dan perlukan masa bertenang sebelum
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dimulakan.
1. Isu yang Difokuskan:
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya selama menjadi guru Internship
selama tiga minggu, saya telah mengenal pasti sebuah isu yang hampir berlaku
dalam setiap kelas yang saya masuk. Isu tersebut ialah murid memerlukan masa
untuk bertenang sebelum Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dimulakan guru.
Apabila guru mula masuk ke kelas, murid sepastinya akan riuh dan guru perlu
memberikan masa kepada murid untuk berehat dan melengkapkan keperluan fizikal
mereka seperti hendak ke tandas, minum air, menyalin nota di papan putih untuk
subjek sebelumnya, mengambil nafas, dan banyak lagi alasan lain. Walaupun pada
bulan Ramadhan, murid masih aktif dan suka bermain sebelum kembali ke kelas
selepas waktu rehat tamat.
2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Murid akan mengambil masa untuk bergerak dari tempat lain ke bilik darjah
dan situasi ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perancangan proses
PdPc guru. Walaupun tidak semua kelas saya ganti dengan mengajar atau
menjalankan amanah guru mereka yang tidak hadir, kelewatan murid menjadi
kerisauan buat saya kerana murid-murid menjadi tanggungjawab saya sebaik sahaja
saya masuk ke kelas mereka. Setelah murid tiba di kelas, murid memerlukan masa
bertenang sebelum PdPc boleh dimulakan. Sekiranya tidak, murid kelihatan sangat
sukar untuk fokus dan mengikuti sesi PdPc guru kerana masih memikirkan hal lain.
Situasi ini juga telah mencuri masa guru. Kemungkinan besar, kelambatan murid
akan membuatkan pengajaran guru atau kerja yang ditinggalkan oleh guru mereka
tidak dapat dihabiskan.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas):
Maslow memperkenalkan teori piramid keperluan manusia yang terdiri daripada
tahap asas keperluan dan matlamat bagi seseorang individu. Tahap paling bawah
ialah tahap fisiologi iaitu keperluan kepada makanan, udara dan sebagainya. Tahap
kedua ialah keperluan kepada keselamatan. Menurut beliau keperluan yang paling
atas hanya akan dipenuhi setelah keperluan paling bawah dipenuhi. Tahap ketiga
ialah keperluan sosial iaitu keperluan kepada memberi dan menerima kasih sayang.
Keperluan keempat ialah keperluan kepada penghargaan terhadap diri sendiri dan
menerima penghargaan daripada orang lain. Jika keperluan ini dapat dipenuhi,
seseorang akan lebih berkeyakinan. Tahap yang kelima ialah keperluan kepada
hasrat diri iatu kesempurnaan diri. Keperluan ini ialah kebolehan menggunakan
sepenuhnya potensi diri dan bakat (Maslow, 1943).
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Antara cadangan dan idea yang dapat saya berikan ialah guru mestilah lebih tegas
dengan murid dan bina peraturan yang bersesuaian. Contohnya, murid yang lewat
lebih daripada lima minit tanpa alasan yang logik akan menerima dendaan tahanan di
kelas guru tersebut selepas waktu PdPc. Selain itu, murid yang ketinggalan kelas dan
lewat perlu memberikan alasan mengikut bilangan minit. Tamsilnya, lambat 10 minit,
10 alasan yang munasabah. Sekiranya murid tidak dapat menyatakan alasan, guru
akan memberikan peringatan atau mengenakan tindakan kepada murid yang
bersesuaian. Dengan cara guru yang lebih tegas, murid akan lebih berdisiplin dan
bertanggungjawab terhadap peranan mereka sebagai murid.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
Sepanjang Internship.
6. Tindakan Susulan:
Tindakan susulan yang dapat dilaksanakan ialah guru memberi merit kepada murid
atau memberitahu kepada murid akan menghantar murid yang bermasalah kepada
pihak tertinggi seperti Guru Besar atau Penolong Kanan. Dengan cara ini, murid akan
lebih peka tentang masa dan menghormati masa guru. Jadi, PdPc guru dapat
berjalan dengan lebih sistematik dan mengikut RPH.
7. Rujukan:
Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Jaffary Awang, Aminudin Basir@Ahmad. (2017). Teori
maslow dan kaitannya dengan kehidupan muslim. Jurnal Hadhari 9 (2) (2017)
275-285.
CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN
Minggu Internship Tiga (3)
Tarikh 23 April 2021
Tajuk Jurnal Murid lewat ke kelas dan perlukan masa bertenang sebelum
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dimulakan.
1. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
21 April 2021
2. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan:
Selepas melaksanakan langkah yang telah saya cadangkan, saya dapat melihat
perubahan tingkah laku murid yang lebih berdisiplin dan mereka dapat tiba ke kelas
secepat mungkin secara satu kelas (tanpa ada murid yang tertinggal). Keadaan ini
amat membanggakan kerana murid berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati
guru serta menunjukkan minat terhadap mata pelajaran yang guru ajarkan.
3. Kesimpulan/Refleksi [Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)]:
Setakat ini pelaksanaan peraturan tegas dapat memberikan kesan yang
memberangsangkan terhadap sikap murid. Namun, terdapat juga halangan yang
tidak dapat dielakkan seperti adanya murid yang terlibat dengan kelas tambahan
bersama guru lain, murid yang dipanggil oleh guru kerana ada masalah atau hal serta
tempat bilik darjah yang jauh daripada tempat pembelajaran sebelumnya.

Jurnal Internship (Minggu 3)

  • 1.
    JURNAL INTERNSHIP Minggu InternshipTiga (3) Tarikh 23 April 2021 Tajuk Jurnal Murid lewat ke kelas dan perlukan masa bertenang sebelum Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dimulakan. 1. Isu yang Difokuskan: Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya selama menjadi guru Internship selama tiga minggu, saya telah mengenal pasti sebuah isu yang hampir berlaku dalam setiap kelas yang saya masuk. Isu tersebut ialah murid memerlukan masa untuk bertenang sebelum Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dimulakan guru. Apabila guru mula masuk ke kelas, murid sepastinya akan riuh dan guru perlu memberikan masa kepada murid untuk berehat dan melengkapkan keperluan fizikal mereka seperti hendak ke tandas, minum air, menyalin nota di papan putih untuk subjek sebelumnya, mengambil nafas, dan banyak lagi alasan lain. Walaupun pada bulan Ramadhan, murid masih aktif dan suka bermain sebelum kembali ke kelas selepas waktu rehat tamat. 2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu): Murid akan mengambil masa untuk bergerak dari tempat lain ke bilik darjah dan situasi ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perancangan proses PdPc guru. Walaupun tidak semua kelas saya ganti dengan mengajar atau menjalankan amanah guru mereka yang tidak hadir, kelewatan murid menjadi kerisauan buat saya kerana murid-murid menjadi tanggungjawab saya sebaik sahaja saya masuk ke kelas mereka. Setelah murid tiba di kelas, murid memerlukan masa bertenang sebelum PdPc boleh dimulakan. Sekiranya tidak, murid kelihatan sangat sukar untuk fokus dan mengikuti sesi PdPc guru kerana masih memikirkan hal lain. Situasi ini juga telah mencuri masa guru. Kemungkinan besar, kelambatan murid akan membuatkan pengajaran guru atau kerja yang ditinggalkan oleh guru mereka tidak dapat dihabiskan. 3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas): Maslow memperkenalkan teori piramid keperluan manusia yang terdiri daripada tahap asas keperluan dan matlamat bagi seseorang individu. Tahap paling bawah ialah tahap fisiologi iaitu keperluan kepada makanan, udara dan sebagainya. Tahap kedua ialah keperluan kepada keselamatan. Menurut beliau keperluan yang paling
  • 2.
    atas hanya akandipenuhi setelah keperluan paling bawah dipenuhi. Tahap ketiga ialah keperluan sosial iaitu keperluan kepada memberi dan menerima kasih sayang. Keperluan keempat ialah keperluan kepada penghargaan terhadap diri sendiri dan menerima penghargaan daripada orang lain. Jika keperluan ini dapat dipenuhi, seseorang akan lebih berkeyakinan. Tahap yang kelima ialah keperluan kepada hasrat diri iatu kesempurnaan diri. Keperluan ini ialah kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi diri dan bakat (Maslow, 1943). 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: Antara cadangan dan idea yang dapat saya berikan ialah guru mestilah lebih tegas dengan murid dan bina peraturan yang bersesuaian. Contohnya, murid yang lewat lebih daripada lima minit tanpa alasan yang logik akan menerima dendaan tahanan di kelas guru tersebut selepas waktu PdPc. Selain itu, murid yang ketinggalan kelas dan lewat perlu memberikan alasan mengikut bilangan minit. Tamsilnya, lambat 10 minit, 10 alasan yang munasabah. Sekiranya murid tidak dapat menyatakan alasan, guru akan memberikan peringatan atau mengenakan tindakan kepada murid yang bersesuaian. Dengan cara guru yang lebih tegas, murid akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap peranan mereka sebagai murid. 5. Tempoh Masa Penyelesaian: Sepanjang Internship. 6. Tindakan Susulan: Tindakan susulan yang dapat dilaksanakan ialah guru memberi merit kepada murid atau memberitahu kepada murid akan menghantar murid yang bermasalah kepada pihak tertinggi seperti Guru Besar atau Penolong Kanan. Dengan cara ini, murid akan lebih peka tentang masa dan menghormati masa guru. Jadi, PdPc guru dapat berjalan dengan lebih sistematik dan mengikut RPH. 7. Rujukan: Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Jaffary Awang, Aminudin Basir@Ahmad. (2017). Teori maslow dan kaitannya dengan kehidupan muslim. Jurnal Hadhari 9 (2) (2017) 275-285.
  • 3.
    CATATAN KEMAJUAN TINDAKANSUSULAN Minggu Internship Tiga (3) Tarikh 23 April 2021 Tajuk Jurnal Murid lewat ke kelas dan perlukan masa bertenang sebelum Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dimulakan. 1. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 21 April 2021 2. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan: Selepas melaksanakan langkah yang telah saya cadangkan, saya dapat melihat perubahan tingkah laku murid yang lebih berdisiplin dan mereka dapat tiba ke kelas secepat mungkin secara satu kelas (tanpa ada murid yang tertinggal). Keadaan ini amat membanggakan kerana murid berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati guru serta menunjukkan minat terhadap mata pelajaran yang guru ajarkan. 3. Kesimpulan/Refleksi [Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)]: Setakat ini pelaksanaan peraturan tegas dapat memberikan kesan yang memberangsangkan terhadap sikap murid. Namun, terdapat juga halangan yang tidak dapat dielakkan seperti adanya murid yang terlibat dengan kelas tambahan bersama guru lain, murid yang dipanggil oleh guru kerana ada masalah atau hal serta tempat bilik darjah yang jauh daripada tempat pembelajaran sebelumnya.