1. EPISTEMOLOGI
DEFINISI
EPISTEMOLOGI
Secara simantiknya, epistemologi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu "episteme" dan
"logos". "Episteme" bermaksud pengetahuan manakala "logos" pula bermaksud teori.
Epistemologi membahas secara mendalam segenap proses yang terlihat dalam usaha kita
untuk memperolehi pengetahuan. Dari segi bahasa bermaksud teori tentang ilmu
pengetahuan. Epistemologi merupakan satu cabangan falsafah. Epistemologi prihatin
tentang beberapa isu klasik, iaitu apa itu ilmu, apakah sifat-sifat utama konsep ilmu
menurut rasionalisme, empirisme dan skeptikisme.
EMPIRISISME
WAHYU RASIONALISME
SKEPTISME
KEADILAN TEMPATANINTUISI & ILHAM
Memberi pertimbangan utama kepada
pencarian ilmu asas yang kekal, sebagai
contoh menggunakan persepsi yang
diperoleh daripada pengalaman sensori
sebagai ilmu yang benar.
Dalam istilah teknikal disebut hads adalah
pemahaman yang diperoleh secara langsung,
tanpa perantara, tanpa serangkaian proposisi dan
kata-kata, dan tanpa melalui langkah-langkah logik
satu persatu. Artinya, pengetahuan ini diperoleh
dari ilham yang disebut ilmu ladunni
Sumber pengetahuan yang disampaikan
daripada Tuhan kepada manusia terpilih dan
merupakan anugerah Tuhan yang tidak boleh
didapati dengan jalan usaha
Akal merupakan sumber ilmu yang utama.
Dengan akal manusia dapat membuat
pertimbangan antara baik dan buruk iaitu
secara rasional.
Berasal dari istilah skeptis (ragu-ragu).
Aliran ini menjadikan dan menganggap
keraguan sebagai satu jalan kebenaran
dan juga menolak kemungkinan ilmu
pengetahuan
Merujuk kepada disiplin ilmu dan kepakaran
yang berasal daripaa budaya asli tempatan yang
bertembung sejak zaman islam dan telah
dipraktikkkan sebagai sebahagian daripada cara
hidup masyarakat