1. 2. FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar
dan guru untuk melawat sesuatu tempat. Lawatan ini biasanya dilakukan pada
cuti sekolah dan hujung minggu. Tempat-tempat yang sering menjadi tempat
lawatan ialah muzium, syarikat percetakan akhbar, kilang-kilang serta
bangunan kerajaan. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan aktiviti lawatan
sambil belajar.
Aktiviti Lawatan sambil belajar dapat menambahkan
ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, jika kita melawat ke Muzium Negara,
kita akan memperoleh banyak pengetahuan tentang sejarah Negara. Kita dapat
menggunakan pengetahuan tersebut dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan
Sejarah.
Selain itu, kita dapat memanfaatkan masa lapang dengan menyertai
aktiviti lawatan. Sebagai contoh, jika kita tidak mengikuti lawatan, kita mungkin
akan membuang masa dengan menonton televisyen atau bermain sahaja. Hal ini,
sudah pasti akan menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja.
Lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-
nilai murni di kalangan pelajar. Amalan nilai-nilai murni sememangnya
penting kepada pelajar agar mereka dapat menjadi pelajar yang cemerlang..
Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh guru ialah
mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya.
Selain itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberi semangat
kepada pelajar untuk belajar dengan lebih rajin. Bagi sesetengah pelajar,
mereka memerlukan suasana yang sebenar bagi mendorong mereka untuk
belajar. Sewajarnya tempat-tempat yang menarik dapat memberi motivasi
kepada pelajar secara langsung dan tidak langsung untuk belajar dengan
bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya, mengikuti lawatan sambil belajar merupakan aktiviti
yang amat berfaedah. Oleh itu, jika ada kesempatan janganlah melepaskan
peluang untuk mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.