SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
MEMACAK PELEPAH TAMAR DI ATAS
KUBUR: DARIPADA KHILAFIAH
KEPADA BID’AH
Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya
Sesiapa yang mengikuti dengan serius displin pengajian Islam terutamanya hadis atau fiqh
perbandingan, persoalan khilafiah masih perlu dibahaskan secara ilmiah dan adil dengan
berasaskan kepada dalil-dalil yang sabit dan pendalilan yang kemas. Apa gunanya kita
menutup perbahasan khilaf sedangkan para ulama terus membincangkannya dengan
mengemukakan dalil dan pendekatan masing-masing. Perbincangan sebegini sebenarnya satu
perkembangan positif di mana kita dapat mengesan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para
ulama sekali gus melatih orang-orang kemudian bagaimana berbicara tentang hukum. Di
situlah terserlah kehebatan ilmu-ilmu Islam yang tiada tolok bandingnya terutamanya usul
hadis, Usul fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Oleh itu, menutup pintu perbahasan khilafiah adalah
satu pendekatan yang tidak akademik. Ulama yang menulis kitab-kitab ensklopedia tafsir,
hadis, fiqh terus mengemukakan persoalan khilaf kerana itu merupakan sendi dan teras
kepada pengajian Hadis dan Fiqh.
Sebelum pergi lebih jauh perlu sekali kita mengingatkan usul yang dikemukakan oleh al-
Qur`an dalam masalah khilafiah. Allah s.w.t. berfirman:
َ‫إ‬ ‫ن‬ْ ‫ت‬َ‫ن‬َ‫ا‬‫ز‬ ‫ْع‬‫ت‬ُ‫ا‬ْ َُ‫ز‬ ‫ت‬َ‫ن‬ْ‫ت‬ٍ‫اَفا‬ُ‫ا‬ُّ ‫ت‬َُ‫إ‬‫ا‬‫ز‬ َ‫ى‬ َ ‫ت‬ِ‫ا‬ُّ ‫ن‬‫ل‬‫ا‬َّ‫ت‬ُ‫ا‬‫ل‬ ‫ا‬ َِ‫ت‬ ‫ا‬ُ ‫تا‬َ‫م‬‫ا‬ ََ َُ‫ا‬ ‫ت‬ُ‫و‬ َ ‫ت‬ِ‫ا‬ ‫ت‬‫م‬‫و‬ ‫ا‬ َ ْ‫َي‬َْ ‫ُِا‬‫ن‬َُ‫خ‬‫رت‬‫ن‬ُّ ‫ت‬َ‫ن‬ْ‫ت‬ُ‫ن‬َ ‫ت‬َُ‫إ‬ َ‫أ‬ِ‫ن‬ْ َْ‫وم‬ ‫ا‬ َ ْ‫وي‬ ‫ل‬‫ا‬‫م‬
Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya
kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.
Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-Nisa’: 59)
Dalam ayat ini, Allah s.w.t memberi kebenaran untuk membicarakan persoalan khilafiah
tetapi dengan syarat mengembalikan pokok persoalan kepada rujukan yang ditinggalkan oleh
Rasulullah s.a.w, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika terdapat perkara yang menjadi
perselisihan pendapat dalam masyarakat, maka satu-satunya jalan untuk menyelesaikannya
ialah dengan berpandukan kepada kedua-dua sumber tersebut.
Persoalan khilaf itu sendiri terlalu umum. Sekiranya khilaf dalam masalah fiqh iftiradhi (fiqh
andaian tentang sesuatu yang belum muncul) maka itu sememangnya tidak perlu disentuh
kerana ianya belum berlaku. Begitu juga khilaf antara dua perkara yang sunat dan manakah di
antara kedua-duanya itu yang lebih afdhal maka itu perlu dibincangkan mengikut keperluan
dan dalam suasana yang tidak tegang. Umpamanya di manakah tangan perlu diletakkan
semasa qiyam. Bagaimanapun perbahasan secara ilmiah dan bermetodologi dalam perkara
seperti ini amat dialu-alukan kerana ia merupakan asas kepada pembinaan bakat dalam
membicarakan hukum-hukum (malakah fiqhiyyah ijtihadiyyah).
Sewajarnya disedari bahawa khilaf di kalangan ulama fiqh itu sendiri ada dua, khilaf
tanawwu’ (khilaf kepelbagaian) dan khilaf tanaqudh (saling bercanggah). Jenis yang pertama
merujuk kepada keluasan seseorang itu memilih di antara pelbagai pendapat kerana
kesemuanya itu harus baginya seperti dalam kes kedudukan tangan semasa qiyam. Dalam hal
ini, Imam al-Tirmizi memilih untuk mengatakan ada pilihan untuk mengikuti mana-mana
pendapat. Jenis yang kedua pula merujuk kepada dua pendapat yang memberikan hukum
yang saling bertentangan, antara sah dan batal.
Pada pandangan penulis, khilafiyyah yang dikatakan wujud dalam masalah meletakkan
pelapah tamar di atas kubur lalu dikaitkan faedahnya kepada si mati adalah termasuk dalam
jenis yang kedua, iaitu khilaf tanaqudh. Ini bererti seseorang itu mestilah memilih salah satu
sahaja daripada pandangan ulama yang lebih hampir dengan nas, kaedah usul fiqh dan usul
hadis serta maqasid Syariah iaitu matlamat Syariah dalam hukum-hukumnya kepada
manusia. Berasaskan kepada ini, penulis merasa amat keberatan untuk menerima pandangan
Imam al-Qurtubi yang menggunakan qiyas dalam masalah tasbih pelepah tamar dengan
membaca al-Qur`an kepada mayat. Ini kerana ada sekian ramai ulama yang tidak bersetuju
dengan pandangannya. Amat tidak wajar kita mengenepikan pandangan tokoh-tokoh lain
seperti al-Maziri, Qadhi Iyadh, al-Khattabi, al-Tartusyi, Yusuf al-Binori, Taqi Uthmani dan
lain-lain yang mengatakan bahawa perbuatan Rasulullah s.a.w dalam hadis tersebut adalah
keistimewaan baginda dan tidak boleh diqiyaskan kepada orang lain. (al-Mu’lim Bi Fawa`id
Muslim, jil. 1, hal. 244, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’ al-Tirmizi, jil. 1, hal. 265, Dars
Tirmizi, jil. 1, hal. 285, Hasyiah al-Badr al-Sari Ila Faid al-Bari, jil. 1, hal. 311)
Ini tidak bererti seseorang itu menganggap penulis memperkecilkan Imam al-Qurtubi,
seorang tokoh utama dalam tafsir dan hadis. Kewibawaan beliau dalam bidang tafsir tidak
boleh dipertikaikan sama sekali. Jauh sekali untuk menuduhnya dengan tohmahan karut.
Daripada ulama terdahululah kita mendapat ilmu dan pemahaman. Tetapi ini tidak bermakna
apabila pendapat itu datang dari seorang tokoh kita mesti terikat dengannya sehingga tidak
boleh menerima pandangan yang lain. Sikap sebegini tentu sekali tidak akan membina
keperibadian berilmu.
Faktor lain mendorong penulis membahas masalah ini ialah sejarah khilaf itu sendiri. Sesuatu
perkara yang dikatakan khilaf itu sewajarnya diketahui sejarah khilafnya di kalangan ulama.
Sebagai contoh masalah batal wuduk kerana menyentuh kemaluan merupakan perkara khilaf
yang berlaku sejak dari zaman sahabat dan tabi’in lagi dan tentunya berlanjutan hingga ke
zaman imam-imam mujtahidin seterusnya hingga ke hari ini. Satu jenis khilaf lagi, perkara
yang menjadi khilaf hanya di kalangan ulama kemudian dan tidak dibahaspun oleh sahabat
dan tabi’in. Termasuk dalam kategori ini qiyas masalah tasbih pelepah tamar dengan
membaca al-Qur`an kepada mayat. Menurut Mufti Taqi ‘Uthmani, pengarang Takmilah Fath
al-Mulhim Bi Syarh Sahih Muslim, tidak pernah dinukilkan daripada Ibn ‘Abbas dan Jabir
(dalam Sahih Muslim) yang merupakan perawi hadis ini bahawa mereka mengatakan
memacakkan pelepah tamar itu dapat meringankan azab kubur. (Dars Tirmizi, jil. 1, hal.
286). Penulis telah menegaskan dalam artikel ‘Tiada Kaitan Antara Hadis Pelepah Tamar
Dan Konsep Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati’ bahawa wasiat Buraidah itu, bukan
untuk meringankan azab kubur tetapi kerana semata-mata mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w
kerana baginda pernah meletakkan belahan pelapah tamar di atas kubur. Bagaimanapun
timbul juga kemusykilan, kalau benar kerana mengikut sunnah mengapa beliau tidak
memacak sendiri tetapi mewasiatkan kepada orang lain? Oleh itu, kita mengatakan
kecenderungan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujjah. Sebab itulah, Ibn ‘Umar
menegaskan hanya amalan yang dapat melindungi seseorang. (Sahih Al-Bukhari, Kitab al-
Jana`iz, Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr.)
Berdasarkan kepada ini tidak timbul khilaf di kalangan sahabat kerana mereka sendiri
mengakui bahawa Rasulullah s.a.w hanya memacak dua kuburan itu atau satu lagi kubur
seperti yang disebutkan dalam hadis Jabir yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim. Ini bagi ulama yang mengatakan bahawa itu adalah dua peristiwa yang berlainan.
Tetapi bagi ulama yang mengatakan itu adalah peristiwa yang sama, bermakna hanya dua
kubur itu sahaja baginda memacak belahan pelepah tamar.
Pada pandangan penulis, pendapat yang mengatakan boleh diqiyas masalah tasbih pelepah
tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat bermula di zaman selepas imam-imam
mujtahidin. Berdasarkan kepada tahun kewafatan, penulis cenderung berpendapat bahawa al-
Qurtubi (wafat 671H) dan Ibn Daqiq al-‘Iid (wafat 702H) adalah ulama yang mula-mula
mempopularkan pandangan ini. Tambahan pula mereka berdua adalah sezaman. Pandangan
al-Qurtubi ini boleh disemak dalam al-Tazkirah Fi Ahwal al-Mauta dan tafsirnya, al-Jami’ Li
Ahkam al-Qur`an. Manakala pandangan Ibn Daqiq al-‘Iid dapat dirujuk dalam Ihkam al-
Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam.
Seperkara lagi, Imam al-Bukhari yang mengemukakan athar Buraidah dan Ibn ‘Umar cuba
mengisyaratkan bahawa hadis pelepah tamar hendaklah difahami sebagai khususiyat
Rasulullah s.a.w di mana cara penafsiran Ibn ‘Umar itu menunjukkan tiada usaha yang dapat
menolong si mati melainkan iman dan amalan yang diusahakannya semasa hidup. Seolah-
olah Imam Bukhari cuba menyekat penggunaan qiyas dalam masalah ini dengan hujah
khusisiyyat Rasulullah s.a.w. Jika diperhatikan, Imam al-Bukhari lahir pada tahun 194H dan
meninggal pada 256H. Satu jarak masa yang amat jauh dengan al-Qurtubi dan Ibn Daqiq al-
‘Iid.
Selain itu, tajuk bab yang dibuat oleh Bukhari itu perlu difahami dengan kesemua juzuk-
juzuk. Tidak boleh hanya melihat juzuk Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr (Bab Meletakkan Pelepah
Di Atas Kubur) lalu menyimpulkan Imam Bukhari mengatakan harus atau sunnat berbuat
demikian. Al-Bukhari mempunyai maksudnya apabila menjadikan athar Buraidah dan Ibn
‘Umar itu sebahagian daripada tajuk bab ini. Oleh kerana itu, al-‘Aini mengatakan tujuan
Imam al-Bukhari mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar untuk menyatakan perbuatan
Rasulullah s.a.w memacakkan pelapah tamar adalah khusus dengan kedua-dua kubur itu tidak
yang lain. (‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, juz. 8, hal. 264) Oleh itu, kitab Sahih al-
Bukhari tidak hanya dilihat pada hadis-hadisnya sahaja tetapi hendaklah diberi perhatian
kepada tarjamatul bab (tajuk-tajuk bab) kerana di situ terserlah ketokohan Imam al-Bukhari
dalam bidang hadis dan seterusnya melatih para pelajar Sahih al-Bukhari menyimpulkan
hukum daripada hadis. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan, kefaqihan al-Bukhari pada tarjamatul
bab sahihnya.
Faktor ketiga kepada dibangkitkan persoalan hadis pelepah tamar ialah melihat kepada kesan
yang amat negatif yang timbul kerana memahami hadis ini dengan tidak mengikut kaedah
sahabat dan tokoh-tokoh hadis yang terdahulu. Kesan negatif itu ialah bercambahnya perkara
bid’ah dalam masyarakat. Hal ini sebenarnya telah dibangkit oleh al-Khattabi di dalam
kitabnya Ma’alim al-Sunan Syarh Abi Daud. (jil. 1, hal. 18) Kalau dapat dijadikan satu
kronologi secara umum bagi pendapat-pendapat yang timbul kerana pemakaian qiyas dalam
perkara ini:
1. Menafikan khususiyat Rasulullah s.a.w dalam perkara ini kerana pelepah tamar dapat
bertasbih bagi orang mati.
2. Sesiapa sahaja boleh bertasbih dan membaca al-Qur`an untuk mereka yang berada di
dalam kubur ya’ni dengan membaca di atas kubur kerana alasan manusia yang membaca al-
Qur`an lebih mulia daripada pelepah tamar.
3. Timbulnya amalan menunggu kubur dengan tujuan membaca untuk si mati.
4. Dibolehkan membaca al-Qur`an kepada si mati di mana sahaja dengan syarat meniatkan
kepada si mati.
5. Mengkhususkan tahlil dan bacaan al-Qur`an di rumah si mati dengan bilangan malam
tertentu untuk tujuan menghadiahkan pahala tahlil.
6. Mengharuskan menyampaikan pahala bacaan al-Qur`an kepada si mati dengan syarat tanpa
apa-apa bayaran.
7. Diharuskan menerima duit sebagai hadiah bukan upah.
8. Bayaran diterima sebagai hadiah tetapi hasil aqad ji’alah (janji pembayaran kerana sesuatu
perbuatan).
9. Menggantikan pelepah tamar dengan pelepah kelapa kerana dianggap mempunyai sifat
yang sama.
10. Menanam pokok bunga kerana sifat hidup yang ada padanya lebih daripada pelepah yang
akan kering. (Mengaplikasi qiyas awlawi??)
11. Menabur bunga-bunga di atas kubur.
12. Bunga plastik sebagai ganti bunga asli kerana tidak tahan lama.
13. Meletakkan anak batu kerana sifatnya yang tidak akan mudah mati.
14. Memasang kelambu dan lampu, ini dapat dilihat dengan meluas di India dan Pakistan
yang merupakan amalan golongan Breluwi.
15. Mengadakan jamuan arwah untuk menghadiahkan pahala kepada si mati.
16. Penawaran pakej bacaan al-Qur`an kepada si mati dengan beberapa kali khatam dengan
bayaran tertentu.
17. Khatam al-Qur`an untuk beberapa orang meninggal dunia serentak dengan satu niat.
18. Dan macam-macam lagi.
Perkembangan pendapat-pendapat di atas berpunca daripada qiyas yang tidak tepat. Jika
dibiarkan berlanjutan, tentu sekali rupa sebenar kita dan agama kita tidak dapat dikenali. Apa
yang disebutkan di atas bukanlah rekaan tetapi itulah sebenarnya realiti umat kita hari ini
yang mendakwa mahu mendaulatkan Islam. Lihat sahaja di Pakistan, bagaimana kubur-kubur
dihiasi dengan bunga dan kelambu oleh golongan Brelwi. Di Malaysia, tanahair kita sendiri,
rata-rata tanah perkuburan mengalahkan taman bunga. Pada hemah penulis, Imam al-Qurtubi
sendiri tidak memaksudkan supaya terjadi demikian. Bagaimana dapat dibayangkan
sekiranya beliau hidup pada zaman ini pasti beliau akan terkejut besar kerana betapa
kreatifnya umat akhir zaman mengaplikasikan qiyas!
Oleh kerana itu, Sheikh Yusuf al-Binori dalam kitabnya, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’ al-
Tirmizi, jil. 1, hal. 265 menegaskan perbuatan ini mesti ditegah. Beliau menulis: “al-Khattabi,
Qadhi ‘Iyadh dan al-Tartusyi sepakat menegah perbuatan ini (meletakkan pelepah di atas
kubur), pendapat mereka itu lebih wajar diikuti di mana tolak ansur dan alasan-alasan
seperti itu telah menjadi pencetus kepada bid’ah-bid’ah mungkar dan fitnah-fitnah yang
berleluasa. Anda dapati orang ramai meletakkan bunga di atas kubur khususnya kubur
orang-orang soleh dan wali-wali. Orang-orang jahil di kalangan mereka terus menerus
melakukannya dan bersikap melampau. Saya telah menjelaskan bahawa itu adalah berpunca
daripada kepercayaan-kepercayaan mereka yang karut yang bertentangan syariat yang suci.
Mereka menyangka itu adalah sebab kepada pahala yang melimpah. Oleh itu, maslahah
syariat menghendaki perkara itu ditegah sama sekali dengan dicabut bid’ah itu sehingga ke
akar umbi dan dihapuskan perkara-perkara munkar yang direka-reka.”
Merujuk qiyas yang dikatakan sebagai qiyas awlawi adalah tidak tepat kerana semata-mata
munasabah (kesamaan dan relenvesi) antara sifat yang ada pada asal dan furu’ tidak
menjadikan sifat itu sah sebagai ‘illah. Bukan semudah itu sesuatu sifat munasib boleh
menjadi ‘illah kerana ia mempunyai beberapa syarat yang agak ketat (takhrij al-manat,
tanqih al-manat dan tahqiq al-manat). Penulis merasakan tidak perlu diperpanjangkan tulisan
ini dengan membincangkan kerana khuatir akan menjadi agak teknikal. Ketepatan qiyas
Imam al-Qurtubi sewajarnya dibandingkan dengan syarat-syarat qiyas dan masalik al-‘Illah
(pencarian ‘illah) yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazzali dalam al-Mustasfa dan Syifa` al-
Ghalil, al-Syatibi dalam al-Muwafaqat, al-Syaukani dalam Irsyad al-Fuhul dan kitab-kitab
usul lain, di samping kitab tokoh semasa yang agak mudah difahami seperti Abu Zahrah dan
al-Zuhaili.
Dengan mengambil kira kesan negatif sesuatu pendapat, semestinya ahli ilmu mengkaji
sedalam-dalamnya kesan hukum sebelum mengenengahkan dalam masyarakat. Sebagaimana
keadaan semasa dan setempat mempengaruhi perubahan pendapat hukum, demikian juga
sesuatu pendapat hukum itu boleh mempengaruhi perubahan masyarakat. Satu kekurangan di
kalangan kita ahli agama kebelakangan ini ialah tidak mengambil kira impiklasi sesuatu
pendapat dalam masyarakat. Iaitu apa yang boleh disebutkan sebagai sosiologi hukum,
hubungan timbal balik antara masyarakat dan pendapat hukum.
Ulama kita sebelum ini amat bercermat dalam mengaplikasi pendapat yang tercatat dalam
kitab-kitab. Contoh yang mudah ialah masalah batas aurat mahram perempuan di hadapan
saudara lelaki ialah pusat dan lutut. Tetapi tidak ada yang mendedah bahagian dada kepada
sesama perempuan apatah lagi kepada mahramnya. Walaupun ianya disebutkan di dalam
kitab-kitab fiqh, ulama tidak menerima sebulat-bulatnya kerana melihat kesan yang buruk
yang mungkin timbul. Contoh yang sama juga dapat dilihat apabila ulama tidak memakai
pendapat yang mengatakan lelaki boleh melihat perempuan yang hendak dipinanginya
sehingga ke paras dada. Ini juga tersebut dalam kitab tetapi ulama lebih melihat kepada kesan
dan akibat pendapat hukum (ma`al) bukan hanya melihat ianya terdapat dalam kitab sahaja.
Sebaliknya, apabila dipopular pendapat ‘kuasa wali boleh dipindahkan kepada hakim kerana
keluar sehingga jarak musafir’ maka timbul isu perkahwinan lari yang memberi impak yang
buruk kepada umat Islam di mata orang lain. Ini secara khususnya menggugat keutuhan
sistem wali dalam perkahwinan seterusnya memperkecilkan kedudukan bapa yang menjadi
ketua keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya kita masih lagi mempopularkan pendapat yang mempunyai kesan
yang negatif dalam masyarakat, beberapa gejala songsang yang akan menimpa masyarakat
kita. Pertama, orang kaya akan bergantung kepada upah bacaan al-Qur`an daripada hafiz-
hafiz dan lebai-lebai. Dengan ini, agama hanya menjadi monopoli dan milik orang kaya.
Kedua, hafiz-hafiz akan mengambil kesempatan daripada masyarakat untuk mendapat habuan
dunia atas alasan khilaf fiqhiy. Ketiga, umat tidak bersungguh-sungguh dalam amalan
ketaatan kerana ada jaminan pengiriman pahala untuknya selepas meninggal dunia.
Kesemua perkara di atas amat bertentangan dengan ruh al-Qur`an dan al-Sunnah serta
Maqasid Syariah. Malah tempat sunnah telah diambil alih oleh bid’ah. Apakah Islam akan
berdaulat dalam keadaan bid’ah tersebar luas di kalangan umatnya? Satu persoalan besar
yang tidak boleh dipinggirkan dalam agenda kita.
Semoga kita sentiasa mendapat hidayat dan taufiq daripada Allah s.w.t.

More Related Content

What's hot

Tugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyafTugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyafSida El Nurya
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Ilmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihIlmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihwidya adhy
 
makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2iffadewi
 
Ulumul qur’an 2
Ulumul qur’an 2Ulumul qur’an 2
Ulumul qur’an 2LutfyHikmah
 
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari MuslimKumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari MuslimDarminto WS
 
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'ANMAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'ANrinskynufussa
 
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwin
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwinTafsir pada periode tabi’in dan periode tadwin
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwinJumal Ahmad
 
121472359 madzhab-madzhab-tafsir
121472359 madzhab-madzhab-tafsir121472359 madzhab-madzhab-tafsir
121472359 madzhab-madzhab-tafsirs4gito
 
Makalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anMakalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anechan_vega
 
Qiraat sab'ah
Qiraat sab'ahQiraat sab'ah
Qiraat sab'ahMythaChan
 
Makalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam MutasyabihMakalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam Mutasyabihazzaazza50746
 
Makalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhumMakalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhumLutfyHikmah
 

What's hot (20)

Jenis tafsir
Jenis tafsirJenis tafsir
Jenis tafsir
 
Tugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyafTugas tafsir al kasysyaf
Tugas tafsir al kasysyaf
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
Ilmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabihIlmu muhkam dan mutasyabih
Ilmu muhkam dan mutasyabih
 
Tafsir wa Ta'wil
Tafsir wa Ta'wilTafsir wa Ta'wil
Tafsir wa Ta'wil
 
mafhum mukhalafah
mafhum mukhalafahmafhum mukhalafah
mafhum mukhalafah
 
makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2makalah ulumul qur'an 2
makalah ulumul qur'an 2
 
Ulumul qur’an 2
Ulumul qur’an 2Ulumul qur’an 2
Ulumul qur’an 2
 
Usul tafsir
Usul tafsirUsul tafsir
Usul tafsir
 
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari MuslimKumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
 
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'ANMAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
MAKALAH PEMBUKUAN DAN PENERJEMAHAN AL-QUR'AN
 
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwin
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwinTafsir pada periode tabi’in dan periode tadwin
Tafsir pada periode tabi’in dan periode tadwin
 
121472359 madzhab-madzhab-tafsir
121472359 madzhab-madzhab-tafsir121472359 madzhab-madzhab-tafsir
121472359 madzhab-madzhab-tafsir
 
ILMU QIRA'AT
ILMU QIRA'ATILMU QIRA'AT
ILMU QIRA'AT
 
Makalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anMakalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'an
 
Qiraat sab'ah
Qiraat sab'ahQiraat sab'ah
Qiraat sab'ah
 
Makalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam MutasyabihMakalah Muhkam Mutasyabih
Makalah Muhkam Mutasyabih
 
Makalah al quran hadist
Makalah al quran hadistMakalah al quran hadist
Makalah al quran hadist
 
Makalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhumMakalah manthuq dan mafhum
Makalah manthuq dan mafhum
 

Similar to MEMAHAMI KHILAFIAH DALAM HADIS

Jika Hadits Shahih Saling Bertentangan
Jika Hadits Shahih Saling BertentanganJika Hadits Shahih Saling Bertentangan
Jika Hadits Shahih Saling BertentanganSuedi Ahmad
 
Hadis Sebagai sumber Ajaran islam
Hadis Sebagai sumber Ajaran islamHadis Sebagai sumber Ajaran islam
Hadis Sebagai sumber Ajaran islamTeguh Margiantoro
 
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan KualitasnyaKlasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan KualitasnyaAbdul Fauzan
 
Ijtihad dan Madzhab.docx
Ijtihad dan Madzhab.docxIjtihad dan Madzhab.docx
Ijtihad dan Madzhab.docxZukét Printing
 
Ijtihad dan Madzhab .pdf
Ijtihad dan Madzhab .pdfIjtihad dan Madzhab .pdf
Ijtihad dan Madzhab .pdfZukét Printing
 
ikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadis
ikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadisikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadis
ikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadisMarhamah Saleh
 
Polemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbihPolemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbihMuhsin Hariyanto
 
Makalah ijma' dan qiyas
Makalah ijma' dan qiyasMakalah ijma' dan qiyas
Makalah ijma' dan qiyasHasbullahAlwi1
 
Berbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islamBerbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islamMuhammad Hidayat
 
Hadis dha
Hadis dhaHadis dha
Hadis dhajaafarz
 
METODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptx
METODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptxMETODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptx
METODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptxhamdanirizal2
 
Berbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islamBerbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islamMuhammad Hidayat
 
Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!Amadeus Alief
 
Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...
Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...
Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...Hasaniahmadsaid
 
Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...
Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...
Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...caturwibowo83
 

Similar to MEMAHAMI KHILAFIAH DALAM HADIS (20)

Jika Hadits Shahih Saling Bertentangan
Jika Hadits Shahih Saling BertentanganJika Hadits Shahih Saling Bertentangan
Jika Hadits Shahih Saling Bertentangan
 
Hadis Sebagai sumber Ajaran islam
Hadis Sebagai sumber Ajaran islamHadis Sebagai sumber Ajaran islam
Hadis Sebagai sumber Ajaran islam
 
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan KualitasnyaKlasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
Klasifikasi Hadist Ditinjau dari Aspek Kuantitas dan Kualitasnya
 
Ijtihad dan Madzhab.docx
Ijtihad dan Madzhab.docxIjtihad dan Madzhab.docx
Ijtihad dan Madzhab.docx
 
Ijtihad dan Madzhab .pdf
Ijtihad dan Madzhab .pdfIjtihad dan Madzhab .pdf
Ijtihad dan Madzhab .pdf
 
Tugas ulumul hadits
Tugas ulumul haditsTugas ulumul hadits
Tugas ulumul hadits
 
ikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadis
ikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadisikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadis
ikhtilaf, Sebab Ikhtilaf ahlu ra’yi & ahlu hadis
 
Polemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbihPolemik seputar shalat tasbih
Polemik seputar shalat tasbih
 
Makalah ijma' dan qiyas
Makalah ijma' dan qiyasMakalah ijma' dan qiyas
Makalah ijma' dan qiyas
 
Ulumul hadits 3
Ulumul hadits 3Ulumul hadits 3
Ulumul hadits 3
 
Berbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islamBerbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islam
 
Hadis dha
Hadis dhaHadis dha
Hadis dha
 
METODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptx
METODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptxMETODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptx
METODE para ulama dalam PENAFSIRAN AL-QURAN.pptx
 
Berbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islamBerbeda pendapat dalam islam
Berbeda pendapat dalam islam
 
Sumber Ajaran Agama Islam
Sumber Ajaran Agama IslamSumber Ajaran Agama Islam
Sumber Ajaran Agama Islam
 
Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!Makalah ilmu kalam final!
Makalah ilmu kalam final!
 
Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...
Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...
Hasani Ahmad S, Corak pemikiran kalam tafsir fath al-qadir al-syaukani, TESIS...
 
Qiraat Sab'ah
Qiraat Sab'ahQiraat Sab'ah
Qiraat Sab'ah
 
Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...
Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...
Secara historis, penggunaan sanad sudah dikenal sejak sebelum datangnya Islam...
 
Hadis dhaif
Hadis dhaifHadis dhaif
Hadis dhaif
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 

Recently uploaded (20)

PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 

MEMAHAMI KHILAFIAH DALAM HADIS

  • 1. MEMACAK PELEPAH TAMAR DI ATAS KUBUR: DARIPADA KHILAFIAH KEPADA BID’AH Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya Sesiapa yang mengikuti dengan serius displin pengajian Islam terutamanya hadis atau fiqh perbandingan, persoalan khilafiah masih perlu dibahaskan secara ilmiah dan adil dengan berasaskan kepada dalil-dalil yang sabit dan pendalilan yang kemas. Apa gunanya kita menutup perbahasan khilaf sedangkan para ulama terus membincangkannya dengan mengemukakan dalil dan pendekatan masing-masing. Perbincangan sebegini sebenarnya satu perkembangan positif di mana kita dapat mengesan kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama sekali gus melatih orang-orang kemudian bagaimana berbicara tentang hukum. Di situlah terserlah kehebatan ilmu-ilmu Islam yang tiada tolok bandingnya terutamanya usul hadis, Usul fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Oleh itu, menutup pintu perbahasan khilafiah adalah satu pendekatan yang tidak akademik. Ulama yang menulis kitab-kitab ensklopedia tafsir, hadis, fiqh terus mengemukakan persoalan khilaf kerana itu merupakan sendi dan teras kepada pengajian Hadis dan Fiqh. Sebelum pergi lebih jauh perlu sekali kita mengingatkan usul yang dikemukakan oleh al- Qur`an dalam masalah khilafiah. Allah s.w.t. berfirman: َ‫إ‬ ‫ن‬ْ ‫ت‬َ‫ن‬َ‫ا‬‫ز‬ ‫ْع‬‫ت‬ُ‫ا‬ْ َُ‫ز‬ ‫ت‬َ‫ن‬ْ‫ت‬ٍ‫اَفا‬ُ‫ا‬ُّ ‫ت‬َُ‫إ‬‫ا‬‫ز‬ َ‫ى‬ َ ‫ت‬ِ‫ا‬ُّ ‫ن‬‫ل‬‫ا‬َّ‫ت‬ُ‫ا‬‫ل‬ ‫ا‬ َِ‫ت‬ ‫ا‬ُ ‫تا‬َ‫م‬‫ا‬ ََ َُ‫ا‬ ‫ت‬ُ‫و‬ َ ‫ت‬ِ‫ا‬ ‫ت‬‫م‬‫و‬ ‫ا‬ َ ْ‫َي‬َْ ‫ُِا‬‫ن‬َُ‫خ‬‫رت‬‫ن‬ُّ ‫ت‬َ‫ن‬ْ‫ت‬ُ‫ن‬َ ‫ت‬َُ‫إ‬ َ‫أ‬ِ‫ن‬ْ َْ‫وم‬ ‫ا‬ َ ْ‫وي‬ ‫ل‬‫ا‬‫م‬ Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-Nisa’: 59) Dalam ayat ini, Allah s.w.t memberi kebenaran untuk membicarakan persoalan khilafiah tetapi dengan syarat mengembalikan pokok persoalan kepada rujukan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika terdapat perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam masyarakat, maka satu-satunya jalan untuk menyelesaikannya ialah dengan berpandukan kepada kedua-dua sumber tersebut. Persoalan khilaf itu sendiri terlalu umum. Sekiranya khilaf dalam masalah fiqh iftiradhi (fiqh andaian tentang sesuatu yang belum muncul) maka itu sememangnya tidak perlu disentuh kerana ianya belum berlaku. Begitu juga khilaf antara dua perkara yang sunat dan manakah di antara kedua-duanya itu yang lebih afdhal maka itu perlu dibincangkan mengikut keperluan dan dalam suasana yang tidak tegang. Umpamanya di manakah tangan perlu diletakkan semasa qiyam. Bagaimanapun perbahasan secara ilmiah dan bermetodologi dalam perkara seperti ini amat dialu-alukan kerana ia merupakan asas kepada pembinaan bakat dalam membicarakan hukum-hukum (malakah fiqhiyyah ijtihadiyyah). Sewajarnya disedari bahawa khilaf di kalangan ulama fiqh itu sendiri ada dua, khilaf tanawwu’ (khilaf kepelbagaian) dan khilaf tanaqudh (saling bercanggah). Jenis yang pertama
  • 2. merujuk kepada keluasan seseorang itu memilih di antara pelbagai pendapat kerana kesemuanya itu harus baginya seperti dalam kes kedudukan tangan semasa qiyam. Dalam hal ini, Imam al-Tirmizi memilih untuk mengatakan ada pilihan untuk mengikuti mana-mana pendapat. Jenis yang kedua pula merujuk kepada dua pendapat yang memberikan hukum yang saling bertentangan, antara sah dan batal. Pada pandangan penulis, khilafiyyah yang dikatakan wujud dalam masalah meletakkan pelapah tamar di atas kubur lalu dikaitkan faedahnya kepada si mati adalah termasuk dalam jenis yang kedua, iaitu khilaf tanaqudh. Ini bererti seseorang itu mestilah memilih salah satu sahaja daripada pandangan ulama yang lebih hampir dengan nas, kaedah usul fiqh dan usul hadis serta maqasid Syariah iaitu matlamat Syariah dalam hukum-hukumnya kepada manusia. Berasaskan kepada ini, penulis merasa amat keberatan untuk menerima pandangan Imam al-Qurtubi yang menggunakan qiyas dalam masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat. Ini kerana ada sekian ramai ulama yang tidak bersetuju dengan pandangannya. Amat tidak wajar kita mengenepikan pandangan tokoh-tokoh lain seperti al-Maziri, Qadhi Iyadh, al-Khattabi, al-Tartusyi, Yusuf al-Binori, Taqi Uthmani dan lain-lain yang mengatakan bahawa perbuatan Rasulullah s.a.w dalam hadis tersebut adalah keistimewaan baginda dan tidak boleh diqiyaskan kepada orang lain. (al-Mu’lim Bi Fawa`id Muslim, jil. 1, hal. 244, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’ al-Tirmizi, jil. 1, hal. 265, Dars Tirmizi, jil. 1, hal. 285, Hasyiah al-Badr al-Sari Ila Faid al-Bari, jil. 1, hal. 311) Ini tidak bererti seseorang itu menganggap penulis memperkecilkan Imam al-Qurtubi, seorang tokoh utama dalam tafsir dan hadis. Kewibawaan beliau dalam bidang tafsir tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Jauh sekali untuk menuduhnya dengan tohmahan karut. Daripada ulama terdahululah kita mendapat ilmu dan pemahaman. Tetapi ini tidak bermakna apabila pendapat itu datang dari seorang tokoh kita mesti terikat dengannya sehingga tidak boleh menerima pandangan yang lain. Sikap sebegini tentu sekali tidak akan membina keperibadian berilmu. Faktor lain mendorong penulis membahas masalah ini ialah sejarah khilaf itu sendiri. Sesuatu perkara yang dikatakan khilaf itu sewajarnya diketahui sejarah khilafnya di kalangan ulama. Sebagai contoh masalah batal wuduk kerana menyentuh kemaluan merupakan perkara khilaf yang berlaku sejak dari zaman sahabat dan tabi’in lagi dan tentunya berlanjutan hingga ke zaman imam-imam mujtahidin seterusnya hingga ke hari ini. Satu jenis khilaf lagi, perkara yang menjadi khilaf hanya di kalangan ulama kemudian dan tidak dibahaspun oleh sahabat dan tabi’in. Termasuk dalam kategori ini qiyas masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat. Menurut Mufti Taqi ‘Uthmani, pengarang Takmilah Fath al-Mulhim Bi Syarh Sahih Muslim, tidak pernah dinukilkan daripada Ibn ‘Abbas dan Jabir (dalam Sahih Muslim) yang merupakan perawi hadis ini bahawa mereka mengatakan memacakkan pelepah tamar itu dapat meringankan azab kubur. (Dars Tirmizi, jil. 1, hal. 286). Penulis telah menegaskan dalam artikel ‘Tiada Kaitan Antara Hadis Pelepah Tamar Dan Konsep Menghadiahkan Pahala Kepada Si Mati’ bahawa wasiat Buraidah itu, bukan untuk meringankan azab kubur tetapi kerana semata-mata mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w kerana baginda pernah meletakkan belahan pelapah tamar di atas kubur. Bagaimanapun timbul juga kemusykilan, kalau benar kerana mengikut sunnah mengapa beliau tidak memacak sendiri tetapi mewasiatkan kepada orang lain? Oleh itu, kita mengatakan kecenderungan Buraidah itu tidak boleh dijadikan hujjah. Sebab itulah, Ibn ‘Umar menegaskan hanya amalan yang dapat melindungi seseorang. (Sahih Al-Bukhari, Kitab al- Jana`iz, Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr.)
  • 3. Berdasarkan kepada ini tidak timbul khilaf di kalangan sahabat kerana mereka sendiri mengakui bahawa Rasulullah s.a.w hanya memacak dua kuburan itu atau satu lagi kubur seperti yang disebutkan dalam hadis Jabir yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Ini bagi ulama yang mengatakan bahawa itu adalah dua peristiwa yang berlainan. Tetapi bagi ulama yang mengatakan itu adalah peristiwa yang sama, bermakna hanya dua kubur itu sahaja baginda memacak belahan pelepah tamar. Pada pandangan penulis, pendapat yang mengatakan boleh diqiyas masalah tasbih pelepah tamar dengan membaca al-Qur`an kepada mayat bermula di zaman selepas imam-imam mujtahidin. Berdasarkan kepada tahun kewafatan, penulis cenderung berpendapat bahawa al- Qurtubi (wafat 671H) dan Ibn Daqiq al-‘Iid (wafat 702H) adalah ulama yang mula-mula mempopularkan pandangan ini. Tambahan pula mereka berdua adalah sezaman. Pandangan al-Qurtubi ini boleh disemak dalam al-Tazkirah Fi Ahwal al-Mauta dan tafsirnya, al-Jami’ Li Ahkam al-Qur`an. Manakala pandangan Ibn Daqiq al-‘Iid dapat dirujuk dalam Ihkam al- Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam. Seperkara lagi, Imam al-Bukhari yang mengemukakan athar Buraidah dan Ibn ‘Umar cuba mengisyaratkan bahawa hadis pelepah tamar hendaklah difahami sebagai khususiyat Rasulullah s.a.w di mana cara penafsiran Ibn ‘Umar itu menunjukkan tiada usaha yang dapat menolong si mati melainkan iman dan amalan yang diusahakannya semasa hidup. Seolah- olah Imam Bukhari cuba menyekat penggunaan qiyas dalam masalah ini dengan hujah khusisiyyat Rasulullah s.a.w. Jika diperhatikan, Imam al-Bukhari lahir pada tahun 194H dan meninggal pada 256H. Satu jarak masa yang amat jauh dengan al-Qurtubi dan Ibn Daqiq al- ‘Iid. Selain itu, tajuk bab yang dibuat oleh Bukhari itu perlu difahami dengan kesemua juzuk- juzuk. Tidak boleh hanya melihat juzuk Bab al-Jarid ‘Ala al-Qabr (Bab Meletakkan Pelepah Di Atas Kubur) lalu menyimpulkan Imam Bukhari mengatakan harus atau sunnat berbuat demikian. Al-Bukhari mempunyai maksudnya apabila menjadikan athar Buraidah dan Ibn ‘Umar itu sebahagian daripada tajuk bab ini. Oleh kerana itu, al-‘Aini mengatakan tujuan Imam al-Bukhari mengemukakan athar daripada Ibn ‘Umar untuk menyatakan perbuatan Rasulullah s.a.w memacakkan pelapah tamar adalah khusus dengan kedua-dua kubur itu tidak yang lain. (‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, juz. 8, hal. 264) Oleh itu, kitab Sahih al- Bukhari tidak hanya dilihat pada hadis-hadisnya sahaja tetapi hendaklah diberi perhatian kepada tarjamatul bab (tajuk-tajuk bab) kerana di situ terserlah ketokohan Imam al-Bukhari dalam bidang hadis dan seterusnya melatih para pelajar Sahih al-Bukhari menyimpulkan hukum daripada hadis. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan, kefaqihan al-Bukhari pada tarjamatul bab sahihnya. Faktor ketiga kepada dibangkitkan persoalan hadis pelepah tamar ialah melihat kepada kesan yang amat negatif yang timbul kerana memahami hadis ini dengan tidak mengikut kaedah sahabat dan tokoh-tokoh hadis yang terdahulu. Kesan negatif itu ialah bercambahnya perkara bid’ah dalam masyarakat. Hal ini sebenarnya telah dibangkit oleh al-Khattabi di dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan Syarh Abi Daud. (jil. 1, hal. 18) Kalau dapat dijadikan satu kronologi secara umum bagi pendapat-pendapat yang timbul kerana pemakaian qiyas dalam perkara ini: 1. Menafikan khususiyat Rasulullah s.a.w dalam perkara ini kerana pelepah tamar dapat bertasbih bagi orang mati.
  • 4. 2. Sesiapa sahaja boleh bertasbih dan membaca al-Qur`an untuk mereka yang berada di dalam kubur ya’ni dengan membaca di atas kubur kerana alasan manusia yang membaca al- Qur`an lebih mulia daripada pelepah tamar. 3. Timbulnya amalan menunggu kubur dengan tujuan membaca untuk si mati. 4. Dibolehkan membaca al-Qur`an kepada si mati di mana sahaja dengan syarat meniatkan kepada si mati. 5. Mengkhususkan tahlil dan bacaan al-Qur`an di rumah si mati dengan bilangan malam tertentu untuk tujuan menghadiahkan pahala tahlil. 6. Mengharuskan menyampaikan pahala bacaan al-Qur`an kepada si mati dengan syarat tanpa apa-apa bayaran. 7. Diharuskan menerima duit sebagai hadiah bukan upah. 8. Bayaran diterima sebagai hadiah tetapi hasil aqad ji’alah (janji pembayaran kerana sesuatu perbuatan). 9. Menggantikan pelepah tamar dengan pelepah kelapa kerana dianggap mempunyai sifat yang sama. 10. Menanam pokok bunga kerana sifat hidup yang ada padanya lebih daripada pelepah yang akan kering. (Mengaplikasi qiyas awlawi??) 11. Menabur bunga-bunga di atas kubur. 12. Bunga plastik sebagai ganti bunga asli kerana tidak tahan lama. 13. Meletakkan anak batu kerana sifatnya yang tidak akan mudah mati. 14. Memasang kelambu dan lampu, ini dapat dilihat dengan meluas di India dan Pakistan yang merupakan amalan golongan Breluwi. 15. Mengadakan jamuan arwah untuk menghadiahkan pahala kepada si mati. 16. Penawaran pakej bacaan al-Qur`an kepada si mati dengan beberapa kali khatam dengan bayaran tertentu. 17. Khatam al-Qur`an untuk beberapa orang meninggal dunia serentak dengan satu niat. 18. Dan macam-macam lagi. Perkembangan pendapat-pendapat di atas berpunca daripada qiyas yang tidak tepat. Jika dibiarkan berlanjutan, tentu sekali rupa sebenar kita dan agama kita tidak dapat dikenali. Apa yang disebutkan di atas bukanlah rekaan tetapi itulah sebenarnya realiti umat kita hari ini yang mendakwa mahu mendaulatkan Islam. Lihat sahaja di Pakistan, bagaimana kubur-kubur dihiasi dengan bunga dan kelambu oleh golongan Brelwi. Di Malaysia, tanahair kita sendiri, rata-rata tanah perkuburan mengalahkan taman bunga. Pada hemah penulis, Imam al-Qurtubi
  • 5. sendiri tidak memaksudkan supaya terjadi demikian. Bagaimana dapat dibayangkan sekiranya beliau hidup pada zaman ini pasti beliau akan terkejut besar kerana betapa kreatifnya umat akhir zaman mengaplikasikan qiyas! Oleh kerana itu, Sheikh Yusuf al-Binori dalam kitabnya, Ma’arif al-Sunan Syarh Jami’ al- Tirmizi, jil. 1, hal. 265 menegaskan perbuatan ini mesti ditegah. Beliau menulis: “al-Khattabi, Qadhi ‘Iyadh dan al-Tartusyi sepakat menegah perbuatan ini (meletakkan pelepah di atas kubur), pendapat mereka itu lebih wajar diikuti di mana tolak ansur dan alasan-alasan seperti itu telah menjadi pencetus kepada bid’ah-bid’ah mungkar dan fitnah-fitnah yang berleluasa. Anda dapati orang ramai meletakkan bunga di atas kubur khususnya kubur orang-orang soleh dan wali-wali. Orang-orang jahil di kalangan mereka terus menerus melakukannya dan bersikap melampau. Saya telah menjelaskan bahawa itu adalah berpunca daripada kepercayaan-kepercayaan mereka yang karut yang bertentangan syariat yang suci. Mereka menyangka itu adalah sebab kepada pahala yang melimpah. Oleh itu, maslahah syariat menghendaki perkara itu ditegah sama sekali dengan dicabut bid’ah itu sehingga ke akar umbi dan dihapuskan perkara-perkara munkar yang direka-reka.” Merujuk qiyas yang dikatakan sebagai qiyas awlawi adalah tidak tepat kerana semata-mata munasabah (kesamaan dan relenvesi) antara sifat yang ada pada asal dan furu’ tidak menjadikan sifat itu sah sebagai ‘illah. Bukan semudah itu sesuatu sifat munasib boleh menjadi ‘illah kerana ia mempunyai beberapa syarat yang agak ketat (takhrij al-manat, tanqih al-manat dan tahqiq al-manat). Penulis merasakan tidak perlu diperpanjangkan tulisan ini dengan membincangkan kerana khuatir akan menjadi agak teknikal. Ketepatan qiyas Imam al-Qurtubi sewajarnya dibandingkan dengan syarat-syarat qiyas dan masalik al-‘Illah (pencarian ‘illah) yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazzali dalam al-Mustasfa dan Syifa` al- Ghalil, al-Syatibi dalam al-Muwafaqat, al-Syaukani dalam Irsyad al-Fuhul dan kitab-kitab usul lain, di samping kitab tokoh semasa yang agak mudah difahami seperti Abu Zahrah dan al-Zuhaili. Dengan mengambil kira kesan negatif sesuatu pendapat, semestinya ahli ilmu mengkaji sedalam-dalamnya kesan hukum sebelum mengenengahkan dalam masyarakat. Sebagaimana keadaan semasa dan setempat mempengaruhi perubahan pendapat hukum, demikian juga sesuatu pendapat hukum itu boleh mempengaruhi perubahan masyarakat. Satu kekurangan di kalangan kita ahli agama kebelakangan ini ialah tidak mengambil kira impiklasi sesuatu pendapat dalam masyarakat. Iaitu apa yang boleh disebutkan sebagai sosiologi hukum, hubungan timbal balik antara masyarakat dan pendapat hukum. Ulama kita sebelum ini amat bercermat dalam mengaplikasi pendapat yang tercatat dalam kitab-kitab. Contoh yang mudah ialah masalah batas aurat mahram perempuan di hadapan saudara lelaki ialah pusat dan lutut. Tetapi tidak ada yang mendedah bahagian dada kepada sesama perempuan apatah lagi kepada mahramnya. Walaupun ianya disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh, ulama tidak menerima sebulat-bulatnya kerana melihat kesan yang buruk yang mungkin timbul. Contoh yang sama juga dapat dilihat apabila ulama tidak memakai pendapat yang mengatakan lelaki boleh melihat perempuan yang hendak dipinanginya sehingga ke paras dada. Ini juga tersebut dalam kitab tetapi ulama lebih melihat kepada kesan dan akibat pendapat hukum (ma`al) bukan hanya melihat ianya terdapat dalam kitab sahaja. Sebaliknya, apabila dipopular pendapat ‘kuasa wali boleh dipindahkan kepada hakim kerana keluar sehingga jarak musafir’ maka timbul isu perkahwinan lari yang memberi impak yang buruk kepada umat Islam di mata orang lain. Ini secara khususnya menggugat keutuhan
  • 6. sistem wali dalam perkahwinan seterusnya memperkecilkan kedudukan bapa yang menjadi ketua keluarga. Dalam hal ini, sekiranya kita masih lagi mempopularkan pendapat yang mempunyai kesan yang negatif dalam masyarakat, beberapa gejala songsang yang akan menimpa masyarakat kita. Pertama, orang kaya akan bergantung kepada upah bacaan al-Qur`an daripada hafiz- hafiz dan lebai-lebai. Dengan ini, agama hanya menjadi monopoli dan milik orang kaya. Kedua, hafiz-hafiz akan mengambil kesempatan daripada masyarakat untuk mendapat habuan dunia atas alasan khilaf fiqhiy. Ketiga, umat tidak bersungguh-sungguh dalam amalan ketaatan kerana ada jaminan pengiriman pahala untuknya selepas meninggal dunia. Kesemua perkara di atas amat bertentangan dengan ruh al-Qur`an dan al-Sunnah serta Maqasid Syariah. Malah tempat sunnah telah diambil alih oleh bid’ah. Apakah Islam akan berdaulat dalam keadaan bid’ah tersebar luas di kalangan umatnya? Satu persoalan besar yang tidak boleh dipinggirkan dalam agenda kita. Semoga kita sentiasa mendapat hidayat dan taufiq daripada Allah s.w.t.