SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam
Sejarah Islam
Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin,
Dekan Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah.
Diterjemahkan oleh UST MUHAMMAD HANIEF AWANG YAHAYA
1. Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi’ah Ke Dalam Sejarah Islam
2. Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam
Berkisar Dua Perkara
3. Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`ah
4. Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.
Sesungguhnya segala pujian untuk Allah. Kami memuji-Nya, meminta
pertolongan daripada-Nya, meminta keampunan-Nya, meminta petunjuk-
Nya dan kami meminta perlindungan dengan Allah daripada kejahatan diri
kami dan amalan-amalan kami yang buruk. Sesiapa yang diberi petunjuk
oleh Allah maka dia terpimpin dan sesiapa yang disesatkan Allah maka
tiada yang dapat memimpinnya. Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain
Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad
adalah hamba dan pesuruh Allah. Semoga Allah menselawati Baginda,
kaum keluarga dan para sahabat Baginda.
Sesungguhnya sejarah mana-mana umat merupakan gambaran yang
jelas bagi kehidupan, tradisi, kepercayaan, ilmu dan kebudayaan mereka.
Lembaran-lembaran sejarah mereka itulah yang mengungkapkan cita-cita
dan matlamat mereka. Sesungguhnya sejarah Islam adalah manifestasi
yang paling jelas tentang apa yang kita nyatakan tadi. Sejarah Islam
tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa sama ada dari sudut
kuantiti ataupun kualiti. Dari sudut kuantiti, sejarah Islam lebih luas
setakat yang diketahui oleh umat manusia sehingga ke hari ini. Ini kerana
ia memiliki sejarah khalifah-khalifah, gabenor-gabenor, para ilmuwan,
qadi-qadi dan panglima-panglima. Semua itu dicatit dengan jelas dan
amat teliti di samping merakamkan penaklukan-penaklukan yang besar
yang telah dilakukan oleh orang-orang Islam di timur dan barat yang
sentiasa maju dan terkehadapan dari semasa ke semasa. Selain itu,
sejarah Islam meliputi ilmu-ilmu, sirah kehidupan yang terpuji,
sumbangan-sumbangan mereka yang berjasa dari kalangan umat ini.
Dari sudut kualiti, sejarah Islam berasaskan kepada periwayatan dan
nukilan orang-orang yang adil, thiqah lagi dipercayai cerita-cerita mereka
sehingga tidak ada ruang untuk rekaan dan pendustaan dan faktor ini
tidak ada dalam sejarah mana-mana umat lain. Sejarah Islam telah
memberikan perhatian yang khusus terhadap periwayatan, dokumentasi
dan hafalan. Para ulama telah menekuni riwayat sejarah dan
menganalisa dan mengkritiknya. Mereka saling berlumba-lumba dalam hal
ini dan menjadikan perpustakaan Islam sarat dengan kitab-kitab sejarah
bagi setiap zaman dan generasi umat ini.
Dalam pada itu, musuh-musuh Islam lupa kepada kekuatan dan
kekuasaan Islam serta tersebarnya Islam dengan pantas menyebabkan
mereka terkejut dan hairan.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Islam
dengan pedang secara terbuka, mereka memilih beberapa cara dan
kaedah untuk menghapuskan dan menghancurkan Islam. Bid`ah Syi`ah
adalah merupakan bid`ah pertama yang dibangunkan untuk matlamat ini
dan tipu daya pertama yang diaturkan di sebalik tabir ini. Inilah fitnah
terbesar yang dirancang untuk menentang Uthman bin `Affan iaitu
khalifah ketiga dan salah seorang sepuluh sahabat yang dijamin syurga.
Fitnah ini bermula dengan rekaan dan penyebaran berita-berita palsu atau
diriwayatkan bukan dengan caranya yang sahih supaya dapat menarik
dan mengumpulkan orang-orang yang jahil dan bodoh. Akibatnya
berkesudahan dengan kesyahidan Uthman r.a. sebagaimana yang
disebutkan dengan terperinci di dalam kitab-kitab hadis dan sejarah.
Penjahat yang merancang dan melaksanakan fitnah ini ialah Abdullah bin
Saba’, seorang Yahudi. Kemudian setelah Uthman syahid, golongan
Rafidhah mendapat peluang yang sesuai untuk menimbulkan kekacauan
yang berlaku kemudiannya. Perkara ini dibuat untuk mencipta dan
menyebarkan riwayat-riwayat palsu tentang keburukan sahabat dan
perselisihan yang berlaku di kalangan mereka lalu menggambarkan
mereka dengan cara yang tidak benar.
Penulis di sini tidak bertujuan untuk mengkritik kekarutan dan kepalsuan
yang ditaburkan oleh Syi`ah di dalam kitab-kitab sejarah Islam kerana itu
adalah natijah kebencian dan kejahatan terhadap sahabat yang
tersembunyi di dalam hati mereka. Begitu juga serangan terhadap
pemimpin-pemimpin Islam. Apatah lagi kitab-kitab Syi`ah bersepah
dengan makian dan celaan terhadap sahabat. Hakikat ini sememang
terang-terang batil. Tidak halal kepada sesiapapun untuk membaca kitab-
kitab ini kecuali dengan maksud untuk melihat kebatilan itu dan
menyanggahnya seterusnya memberi peringatan kepada orang lain.
Penulis di sini bertujuan untuk mengkaji penularan kejahatan Syi`ah ke
dalam kitab-kitab sejarah Islam sama melalui perawi yang bermuka-muka
dengan menzahirkan ketakwaan dan keadilan tetapi menyembunyikan
fahaman Rafidhah atau dengan cara berfahaman Syi`ah yang sederhana
yang periwayatannya itu diterima oleh kebanyakan ahli ilmu jika dia tidak
taksub dan menyeru kepada bid`ahnya.
Kadang-kadang ahli sejarah seperti Ibn Jarir meriwayatkan daripada
perawi-perawi yang terkenal dengan tasyayyu` tetapi beliau
menyebutkan sanadnya supaya kedudukan perawi-perawi itu diberi
perhatian.
Ini tidaklah menyebabkan Ibn Jarir tercela selagi beliau tetap menukilkan
berita-berita tersebut dengan sanad-sanadnya dan menyerahkan kepada
para pembaca yang tajam pemikiran menilai dan menyaringnya. Di
muqaddimah tarikhnya itu,[1] Ibn Jarir menulis:
“Hendaklah pembaca kitab kami ini mengetahui sesungguhnya pegangan
saya bahawa setiap perkara yang saya sebutkan dalam kitab ini adalah
mengikut syarat yang saya beriltizam dengannya iaitu meriwayatkan
berita-berita sebagaimana ia telah diriwayatkan dan saya hanya
menyebutkannya sahaja.
Apa yang terkandung dalam kitab ini tentang sebahagian kisah orang
yang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan
pembacanya merasa benci atau pendengar merasa jelik. Ini kerana dia
tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu
hakikat. Oleh itu, hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita
tersebut bukan datang daripada kami, tetapi ia datang daripada orang
yang menyampaikannya kepada kami. Dan kami hanya menyampaikan
seperti yang dibawakan kepada kami.”
Malangnya penulis yang datang selepas Ibn Jarir al-Tabari membuang
sanad-sanad ini lalu menghimpunkan kesemua riwayat demi untuk
meringkaskan. Kemudian orang-orang kemudian terutamanya penulis
zaman ini menukilkan riwayat-riwayat ini dan menyandarkan kepada
kitab-kitab sejarah tanpa membezakan antara yang diriwayatkan oleh
perawi-perawi yang thiqah dan perawi-perawi yang berfahaman Syi`ah,
antara berita-berita yang jelas sahih kerana nukilan perawi-perawi thiqah
yang saling menyokong dan menguatkan dan berita-berita yang jelas
kebatilannya seperti keburukan sahabat dan fitnah yang berlaku di
kalangan mereka yang disepakati oleh ulama hadis tentang kebatilannya.
Keadaan semakin parah sejak akhir-akhir ini kerana kemunculan
Saba’iyyah baru dengan rupa lain dan golongan orientalis Yahudi dan
Kristian. Mereka ini menemui riwayat-riwayat Syi`ah yang bertaburan di
dalam sejarah sebagai bahan-bahan yang segar untuk memburukkan
sejarah Islam yang gemilang.
Mereka mengabui mata orang ramai dengan mendakwa sebagai pengkaji
yang teliti berasaskan metode ilmiah. Sedangkan sebenarnya mereka
adalah pembohong. Penyelidikan mereka tidak lebih daripada mengambil
beberapa riwayat Syi`ah lalu diolah dalam bentuk yang buruk dengan
melakukan tambahan dan pengurangan di sana sini mengikut matlamat
mereka yang keji. Akhirnya mereka akan berkata: “Sila rujuk Tarikh al-
Tabari atau Tarikh Ibn al-Athir.”
Dalam pada itu ramai dari kalangan sejarawan dan professor sejarah hari
ini yang terpedaya dengan pembohongan dan pendustaan mereka.
Sebenarnya adalah satu pengkhianatan terhadap agama ini jika sejarah
sendiri diambil daripada musuh-musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani
yang lebih dikenali sebagai orientalis.
Dalam hal ini, penulis tidak lupa untuk menyebutkan usaha gigih yang
dicurahkan oleh ulama bagi membendung riwayat-riwayat batil itu sama
ada dengan penulisan sejarah yang berasaskan kepada riwayat yang
diakui thiqah di samping mengakui dan menginsafi kemuliaan dan
ketinggian kedudukan para sahabat, atau juga penulisan yang khusus
dengan riwayat-riwayat tersebut atau kajian yang terselit dalam penulisan
yang membincangkan topik tertentu.
Ini boleh didapati dengan banyak, sama ada sudah diterbitkan atau masih
lagi dalam bentuk manuskrip, dan, inilah yang paling banyak. Antara
kitab yang ditulis dengan cara pertama dan telah diterbitkan ialah al-
Bidayah wa al-Nihayah tulisan Ibn Kathir, seorang tokoh yang tampil
menentang Syi`ah dengan kajian-kajian beliau yang ilmiah dan
terperinci . Beliau amat kritis dalam kritikannya. Di samping itu, beliau
menonjolkan keutamaan dan kelebihan para sahabat walaupun tidak
disetujui oleh Syi`ah.
Contoh penulisan dalam bentuk kedua ialah kitab al-`Awasim min al-
Qawasim karangan Abu Bakar Ibn al-`Arabi dan contoh bagi bentuk
ketiga seperti perbahasan-perbahasan yang berselerakan di dalam kitab-
kitab karangan Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi, Ibn Hajar dan
lain-lain. Usaha-usaha tersebut walaupun mempunyai beberapa
pendekatan namun tetap penting dan saling melengkapi. Itulah yang
telah dilaksanakan oleh ulama salaf dan khalaf dengan baiknya.
Apa yang tinggal sekarang ialah tugas para ilmuwan dan mereka yang
peka kepada Islam di zaman ini. Tanggungjawab mereka ialah
meneruskan usaha kearah pembersihan dan pemurnian timbunan-
timbunan riwayat tersebut. Alim ulama kita telah menjelaskan tentang
pembohongan dan pendustaan riwayat-riwayat Syi`ah dan tidak ada cara
lain selain dari menghapuskan kesemuanya itu dari lembaran sejarah.
Sesungguhnya jika orientalis, Yahudi atau Kristian atau anak didik mereka
merasa senang dan selesa untuk terus menggunakan riwayat-riwayat
batil yang menggelapkan lembaran sejarah Islam maka tidak harus sama
sekali bagi orang Islam merestui kotoran yang terpalit pada sejarah umat
dan agamanya.
Adalah menjadi kewajipan institusi yang tertentu di dalam dunia Islam
untuk mewujudkan kuarantin-kuarantin ilmiah yang halus untuk
menyingkirkan riwayat-riwayat yang ditimpa wabak Syi`ah itu dan
mengemukakan kepada sejarah Islam kita dengan rupa yang bercahaya
dan bersinar setelah membersihkan dan menghapuskannya dari virus-
virus Syi`ah yang kotor.
Begitu juga wajib kepada institusi tersebut untuk mengadakan sekatan
syara` terhadap setiap orang yang bodoh yang lantang bersuara terhadap
para sahabat. Ini juga merupakan usaha membantu agama Allah dan
rasul-Nya dan melaksanakan kewajipan terhadap para sahabat sebagai
generasi Islam yang terbaik, di dunia dan akhirat.
Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam
Berkisar Dua Perkara:
Perkara Pertama:
Mencaci, memalsukan dan mereka-reka cerita yang memburukkan
sahabat Rasululullah s.a.w. Tujuan mereka ialah menyerang Islam sendiri
kerana sahabat itulah yang meriwayatkan Islam dan merekalah umat
yang terbaik selepas Rasulullah s.a.w. bahkan merekalah anak Adam
yang paling utama selepas para nabi.
Setelah mencacatkan kelebihan dan keutamaan para sahabat serta
menjatuhkan para sahabat bererti menjatuhkan Islam sendiri, Ibn
Taymiyyah menulis: “Inilah prinsip asas Syi`ah Rafidhah kerana orang
yang mencipta fahaman Rafidhah itu seorang Yahudi yang berpura-pura
memeluk Islam tetapi sebenarnya seorang munafik. Dia telah
menaburkan kepada orang-orang jahil racun-racun yang mengancam asas
Islam. Oleh kerana itu, Rafidhah merupakan pintu kemunafikan dan zindik
yang paling besar.”
Beliau menulis lagi: “Serangan terhadap kurun yang terbaik yang
mendampingi Rasulullah s.a.w. bererti serangan terhadap Baginda sendiri
sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Malik dan para ulama yang
lain.”
Kekarutan Syi`ah Rafidhah lebih tertumpu kepada sahabat yang paling
utama iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman , dan kemudiannya dengan
berani mereka menyerang sahabat lain yang terdiri dari kalangan mereka
yang awal memeluk Islam dan sahabat-sahabat yang menyertai
peperangan Badar, Uhud, Bai`ah Ridwan malah mereka yang membela
Rasulullah s.a.w. semasa senang dan susah. Rasulullah s.a.w. wafat
dalam keadaan baginda redha terhadap sahabatnya seperti Talhah, al-
Zubair dan sahabat-sahabat yang dijamin syurga. Bukan setakat itu
sahaja, mereka berani mencerca isteri-isteri Rasulullah s.a.w. terutama
`Aishah dan Hafshah dan akhirnya mereka mengecam keseluruhan Bani
Umayyah dengan kutukan dan makian.
Perkara Kedua
Melampau dalam menyanjung Ahli Bait dan mereka mengkhususkan Ali,
Fatimah dan keturunan mereka berdua. Lalu mereka mencipta dan
meletakkan riwayat batil yang memuji Ahli Bait dan mendewa-dewa
mereka sehingga ke tahap menyifatkan mereka dengan perkara yang
tidak layak dengan mereka serta mengaitkan beberapa pendirian dan
amalan yang tidak sesuai dengan keutamaan dan ketinggian kedudukan
mereka.
Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`ah
Di sini, penulis akan menyebutkan beberapa riwayat yang disebarkan
Syi`ah dalam sejarah dan penulis akan menyebutkan kebatilannya serta
mengemukakan riwayat yang sahih yang menyanggahinya.
Syi`ah mendakwa Ali tidak membai`ah Uthman dan sebahagian mereka
pula mendakwa Ali membai`ah tetapi secara terpaksa. Bagi menyokong
dakwaan itu, mereka mencipta sebilangan berita yang palsu dan dusta.
Sebelum pergi kepada riwayat palsu mereka itu dan sebelum menyebut
kesimpulan peristiwa bai`ah serta syura dengan sanad yang diriwayatkan
oleh perawi-perawi yang adil dan thiqah, penulis ingin mengemukakan
beberapa perkara:
Tatkala Umar ditikam, beliau telah menjadikan khilafah selepas beliau
sebagai syura yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang diredhai oleh
Rasulullah s.a.w iaitu Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan, al-Zubair bin al-
`Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Sa`ad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman
bin `Auf. Beliau menyerahkan urusan khilafah kepada enam sahabat ini
untuk melantik salah seorang mereka sebagai khalifah. Urusan tersebut
dapat disempurnakan dengan pemilihan Uthman lalu beliau dibai`ah oleh
ahli Syura yang lain termasuklah Ali serta kesemua Muhajirin dan Ansar
tanpa bantahan dan teragak-agak. Peristiwa ini adalah sahih melalui
beberapa sanad yang masyhur di dalam kitab-kitab sejarah yang
muktabar dan diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dan
lain-lain. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, di dalam
sahihnya [2] daripada Amar bin Maimun dan menyebutkan cerita tersebut
dengan panjang lebarnya antaranya ialah: Para sahabat berkata: Wahai
Amirul mukminin, wasiatkanlah siapakah yang akan menggantikan. Umar
menjawab: Saya tidak dapati orang yang lebih layak dengan urusan ini
selain daripada mereka yang Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan
baginda redha terhadap mereka.” Lalu Umar menamakan Ali, Uthman, al-
Zubair, Talhah, Sa`ad dan Abdul Rahman. Umar berkata: Biarlah Abdullah
bin Umar menjadi saksi, tetapi dia tidak mempunyai apa-apa hak dalam
jawatan ini (seolah-olah ucapan takziah kepada anaknya). Kemudian
Imam al-Bukhari mengemukakan wasiat Umar kepada rakyatnya dan
kisah pengkebumiannya. Al-Bukhari menyebutkan lagi: Apabila selesai
pengkebumian, enam orang sahabat tersebut berkumpul. Abdul Rahman
berkata: “Serahkan urusan kamu ini kepada tiga orang sahaja.” Al-Zubair
berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Ali.” Talhah berkata:
“Saya telah menyerahkan hak saya kepada Uthman.” Sa`ad berkata:
“Saya telah menyerahkan hak saya kepada Abdul Rahman bin Auf.” Abdul
Rahman berkata: “Siapa antara kamu berdua yang menarik diri, saya
akan menyerahkan jawatan ini kepadanya. Allah dan umat Islam
menyaksikan kita. Demi Allah, Dia akan memerhatikan yang terbaik di
antara mereka.” Kata-katanya itu menyebabkan Ali dan Uthman terdiam.
Abdul Rahman berkata: “Apakah kamu mahu menyerahkan urusan ini
kepadaku? Allah menjadi saksi ke atasku bahawa aku tidak akan cuai
dalam memilih yang terbaik di antara kamu.” Ali dan Uthman berkata:
“Baiklah kalau begitu.” Abdul Rahman memegang tangan Ali sambil
berkata: “Engkau mempunyai hubungan kerabat dengan Rasulullah s.a.w.
dan telah lama memeluk Islam sebagimana kamu maklum. Allah menjadi
saksi kepadamu, sekiranya aku melantikmu, engkau pasti akan berlaku
adil. Kalau aku lantik Uthman, pasti engkau mendengar dan
mematuhinya.” Kemudian Abdul Rahman membawa yang seorang lagi
(Uthman) ke tempat sunyi lalu berkata seperti yang dikatakan kepada
yang tadi (Ali). Apabila dia telah berjanji begitu, diapun berkata: “Angkat
tanganmu wahai Uthman.” Lalu Abdul Rahman membai`ahkan Uthman
dan Ali turut juga membai`ahkannya. Setelah itu, orang-orang yang
berada di kawasan itu masuk dan memberikan bai`ah kepada Uthman.
Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tentang bai`ah Uthman
yang dilakukan oleh Ali bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Inilah
berita yang sahih dalam kitab-kitab hadis yang muktabar dan disebutkan
juga oleh kebanyakan ahli sejarah yang dipercayai. Namun begitu,
Rafidhah menyebarkan beberapa kepalsuan bahawa Ali menangguh-
nangguhkan atau dia telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Abdul
Rahman bin `Auf. Riwayat ini telah disebutkan di dalam kitab-kitab
sejarah antaranya ialah riwayat al-Tabari[3] dengan sanadnya daripada
Umar bin Maimun al-Audi dan beliau menyebutkan apa yang berlaku
tentang syura dan bai`ah. Antara yang disebutkan dalam riwayat itu
ialah: “Ali berkata kepada Abdul Rahman: Kamu akan merangkak buat
selama-lamanya. Ini bukanlah kali pertama kamu semua berpakat untuk
menentangku…”
Sanad yang disebutkan oleh al-Tabari terdapat beberapa `illah (penyakit)
dan tidak boleh dijadikan hujah di sisi ulama hadis. Antara perawi sanad
ini ialah Abu Mihknaf. Namanya ialah Lut bin Yahya, seorang Syi`ah. Di
dalam Mizan al-I`tidal, al-Zahabi menulis [4]: “Dia seorang tukang cerita
yang lemah dan tidak boleh dipercayai.”Ibn `Adi mengatakan: “Dia
merupakan Syi`ah yang hangus (tulen atau pekat), pembawa cerita-
cerita mereka (golongan Syi`ah).”
Kemudian al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada al-
Miswar bin Makhramah dan menyebutkan tentang syura dan bai`ah
Uthman, katanya: Orang ramai mula membai`ah Uthman dan Ali
bertangguh. Lalu Abdul Rahman membacakan ayat: “Sesiapa yang
melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al-
Fath: 10). Ini membuatkan Ali mula membelah barisan orang ramai
sehingga beliau dapat memberi bai`ah seraya berkata: “Tipu daya,
memang tipu daya.”
Dalam sanad riwayat al-Tabari ini terdapat Abdul Aziz bin Abi Thabit. al-
Zahabi menulis berhubung dengannya, al-Bukhari berkata: “Hadisnya
tidak boleh ditulis.” Al-Nasa’i dan lain-lain berkata: “Dia adalah matruk
(ditinggalkan). Uthman bin Sa`id berkata: Saya bertanya kepada Yahya:
“Bagaimana dengan keadaan Abi Thabit Abdul Aziz bin `Imran? Jawab
Yahya: “Dia tidak thiqah. Dia hanya memiliki syair walaupun berketurunan
Abdul Rahman bin Auf.”
Hafiz Ibn Hajar menyebutkan di dalam Tahzib al-Tahzib [5]: “al-Husani
bin Hibban menukilkan daripada Yahya: “Saya melihatnya (Abdul Aziz) di
Baghdad. Dia sering memaki orang ramai dan menuduh-nuduh keturunan
mereka. Hadisnya tidak mempunyai apa-apa nilai.”
Pada pendapat penulis, Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat daripada
Abdul Aziz setelah menyebutkan riwayat yang lalu. Mala petaka yang lain
ialah beliau menafsirkan kata-kata Ali dalam riwayat yang lalu yang
menyebutkan: “tipu daya, tipu daya” sebagai penipuan dari pihak Amar
bin al-Ash dan menyebutkan bentuk penipuan yang kita tidak sanggup
untuk menyebutkannya kerana kejelikannya.
Riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya kebanyakannya ialah
penyebaran jahat Syi`ah Rafidhah terhadap sejarah. Penulis ingin
mengingatkan bahawa kebanyakan penulis sejarah pada zaman ini
terpedaya lalu menyebutkannya tanpa sebarang kajian dan kepastian.
Semoga Allah membalas usaha baik Ibn Kathir. Beliau telah menyebutkan
peristiwa Syura dan bai`ah Uthman di dalam kitabnya, al-Bidayah wa al-
Nihayah dengan panjang lebar dan beliau tidak mempedulikan riwayat-
riwayat yang karut itu. Bahkan setelah mengemukakan riwayat-riwayat
yang sahih beliau mengulas: “Berita yang dinukilkan oleh kebanyakan ahli
sejarah seperti Ibn Jarir al-Tabari dan penulis lain daripada perawi-perawi
yang tidak dikenali bahawa Ali berkata kepada Abdul Rahman: “Kamu
telah memperdayakanku. Sesungguhnya kamu melantiknya kerana dia
adalah mertua kamu dan dia bermesyuarat dengan kamu setiap hari
tentang urusannya. Dan Ali terlewat memberi bai`ah sehingga Abdul
Rahman membacakan sepotong ayat al-Qur’an kepadanya: “Sesiapa yang
melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al-
Fath: 10). Dan riwayat-riwayat lain yang menyanggahi riwayat-riwayat
yang sabit di dalam kitab-kitab sahih. Kesemuanya itu adalah tertolak. Wa
Allah A`lam.
Malangnya ramai di kalangan ahli-ahli sejarah yang menukilkan riwayat-
riwayat palsu itu tanpa sebarang saringan dan tapisan seperti Ibn Kathir.
Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.
Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah
telah menutup sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana
dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh mereka. Oleh itu apabila anda
memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati makian,
cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk
mendengarnya. Namun di sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta
yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat yang sahih
walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang
terpengaruh dengan barat.
Hakikat Pertama
Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah,
al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk
membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan
kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk
kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka
sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam
bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau
menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan
untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan
dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya
perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang
yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu
Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”.
`Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara
manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput
Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba.
Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab
mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk
mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan:
“Kamipun dengan tujuan yang sama.”
Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan
bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.
Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta.
Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah
menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i:
“Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya)
mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah
Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini?
Ali menjawab: “Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai
hujah mengapa tuan menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang
dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan
peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa
masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua
pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja.
Hakikat Kedua
Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan
tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah
berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun golongan
Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas
hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan
maka berlakulah peperangan Jamal.
Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa`
tatkala dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah
dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka menjawab: “Anda
memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali
datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.”
Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan
itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-
orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci,
tetap membenci dan orang yang redha, tetap redha. `Aishah
kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang
untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira. Kemudian
Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua
masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka
tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu
mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian
seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati
dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan redha lalu mereka
berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas
sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad. Pada
malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi
pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi
mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan
peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum
fajar menyinsing. Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-
masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan
serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju
ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai
terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah
telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah
menipu kita. Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali.
Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang
telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah
menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan
senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan
mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan
Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.

More Related Content

What's hot

Hadis jurnal bil_3_4
Hadis jurnal bil_3_4Hadis jurnal bil_3_4
Hadis jurnal bil_3_4SirojMohd
 
Makalah ilmu tentang para rawi fix
Makalah ilmu tentang para rawi   fixMakalah ilmu tentang para rawi   fix
Makalah ilmu tentang para rawi fixKinza_com
 
Tasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi keduaTasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi keduaMarhamah Saleh
 
Sirah nabawiyah muhammad said ramadhan al butti
Sirah nabawiyah   muhammad said ramadhan al buttiSirah nabawiyah   muhammad said ramadhan al butti
Sirah nabawiyah muhammad said ramadhan al buttiAnggit T A W
 
Makalah hadist dan ulumul hadist
Makalah hadist dan ulumul hadistMakalah hadist dan ulumul hadist
Makalah hadist dan ulumul hadistNur Afifah
 
Ilmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsIlmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsYudi Wahyudin
 
Sirah Nabawiyah
Sirah Nabawiyah Sirah Nabawiyah
Sirah Nabawiyah Haska Jmf
 
Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)Azzahra Azzahra
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah completeAngah Rahim
 
Makalah hadist
Makalah hadist Makalah hadist
Makalah hadist Fadhilurc
 
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islamR&R Darulkautsar
 
Agama hadits
Agama haditsAgama hadits
Agama haditsIntandea
 
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nyaPembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nyaHolong Marina Ops
 
Rijal al Hadits-Ulumul Hadits
Rijal al Hadits-Ulumul HaditsRijal al Hadits-Ulumul Hadits
Rijal al Hadits-Ulumul Haditsade orreo
 
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'ifHadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'ifAzzahra Azzahra
 

What's hot (20)

Hadis jurnal bil_3_4
Hadis jurnal bil_3_4Hadis jurnal bil_3_4
Hadis jurnal bil_3_4
 
Makalah ilmu tentang para rawi fix
Makalah ilmu tentang para rawi   fixMakalah ilmu tentang para rawi   fix
Makalah ilmu tentang para rawi fix
 
Makalah ulumul hadist
Makalah ulumul hadistMakalah ulumul hadist
Makalah ulumul hadist
 
Tugas ulumul hadits
Tugas ulumul haditsTugas ulumul hadits
Tugas ulumul hadits
 
Tasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi keduaTasyri' Era Sahabat generasi kedua
Tasyri' Era Sahabat generasi kedua
 
Sirah nabawiyah muhammad said ramadhan al butti
Sirah nabawiyah   muhammad said ramadhan al buttiSirah nabawiyah   muhammad said ramadhan al butti
Sirah nabawiyah muhammad said ramadhan al butti
 
Makalah aik (hadits)
Makalah aik (hadits)Makalah aik (hadits)
Makalah aik (hadits)
 
Makalah hadist dan ulumul hadist
Makalah hadist dan ulumul hadistMakalah hadist dan ulumul hadist
Makalah hadist dan ulumul hadist
 
Ilmu rijal al hadits
Ilmu rijal al haditsIlmu rijal al hadits
Ilmu rijal al hadits
 
Sirah Nabawiyah
Sirah Nabawiyah Sirah Nabawiyah
Sirah Nabawiyah
 
Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)Hadits mutawattir (without background)
Hadits mutawattir (without background)
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Makalah hadist
Makalah hadist Makalah hadist
Makalah hadist
 
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 
ilmu Rijalul Hadits
ilmu Rijalul Haditsilmu Rijalul Hadits
ilmu Rijalul Hadits
 
Agama hadits
Agama haditsAgama hadits
Agama hadits
 
Makalah terbaru STUDI AL-HADIS
Makalah terbaru STUDI AL-HADISMakalah terbaru STUDI AL-HADIS
Makalah terbaru STUDI AL-HADIS
 
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nyaPembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
Pembagian Hadis Berdasarkan Kualitas Sanad dan Matan-nya
 
Rijal al Hadits-Ulumul Hadits
Rijal al Hadits-Ulumul HaditsRijal al Hadits-Ulumul Hadits
Rijal al Hadits-Ulumul Hadits
 
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'ifHadits Shahih, Hasan, Dlo'if
Hadits Shahih, Hasan, Dlo'if
 

Viewers also liked

01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)
01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)
01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)yahapop
 
Rooftop Energy zon 17 crowdfunding brochure
Rooftop Energy zon 17 crowdfunding brochureRooftop Energy zon 17 crowdfunding brochure
Rooftop Energy zon 17 crowdfunding brochureHylke van Slooten
 
4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experience
4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experience4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experience
4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experienceOECD Environment
 
Mechler iiasa eco instruments
Mechler iiasa eco instrumentsMechler iiasa eco instruments
Mechler iiasa eco instrumentsOECD Environment
 
Brender earmarked adaptation france
Brender earmarked adaptation franceBrender earmarked adaptation france
Brender earmarked adaptation franceOECD Environment
 
China's Turbulent Economy, Summer of 2015
China's Turbulent Economy, Summer of 2015China's Turbulent Economy, Summer of 2015
China's Turbulent Economy, Summer of 2015MyValueTrade
 
Bilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework Semineri
Bilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework SemineriBilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework Semineri
Bilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework SemineriMimar Aslan
 
Lviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивності
Lviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивностіLviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивності
Lviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивностіLviv Startup Club
 
Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...
Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...
Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...Lviv Startup Club
 
Physically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion Robot
Physically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion RobotPhysically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion Robot
Physically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion RobotDarin Rajan
 

Viewers also liked (16)

01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)
01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)
01 การมีส่วนร่วมของประชาชน (23 ก.ย. 2558)
 
Rooftop Energy zon 17 crowdfunding brochure
Rooftop Energy zon 17 crowdfunding brochureRooftop Energy zon 17 crowdfunding brochure
Rooftop Energy zon 17 crowdfunding brochure
 
4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experience
4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experience4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experience
4.2 M. Sponar, guiding principles from EU experience
 
Tips de ahorro energético
Tips de ahorro energéticoTips de ahorro energético
Tips de ahorro energético
 
Mechler iiasa eco instruments
Mechler iiasa eco instrumentsMechler iiasa eco instruments
Mechler iiasa eco instruments
 
Foldable Ear Muff of Saviour
Foldable Ear Muff of SaviourFoldable Ear Muff of Saviour
Foldable Ear Muff of Saviour
 
Don Resume 2014
Don Resume 2014Don Resume 2014
Don Resume 2014
 
Brender earmarked adaptation france
Brender earmarked adaptation franceBrender earmarked adaptation france
Brender earmarked adaptation france
 
Hughes net
Hughes netHughes net
Hughes net
 
Theme +dry
Theme +dryTheme +dry
Theme +dry
 
China's Turbulent Economy, Summer of 2015
China's Turbulent Economy, Summer of 2015China's Turbulent Economy, Summer of 2015
China's Turbulent Economy, Summer of 2015
 
Bilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework Semineri
Bilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework SemineriBilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework Semineri
Bilgisayar Mühendisleri Odası - PrimeFaces Framework Semineri
 
Lviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивності
Lviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивностіLviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивності
Lviv PMDay 2016 S Олексій Єгошин: Місія і резерви продуктивності
 
Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...
Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...
Lviv PMDay 2016 S Дмитро Суслов: Запуск власного проекту як інструмент розкри...
 
CV
CVCV
CV
 
Physically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion Robot
Physically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion RobotPhysically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion Robot
Physically-based Modeling of Motion Pattern for Scorpion Robot
 

Similar to SEJARAHISLAM

Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4Abu Muhammad
 
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijSifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijMawar'99
 
Israiliyyat pengenalan dan kaedah pengecamannya
Israiliyyat   pengenalan dan kaedah pengecamannyaIsrailiyyat   pengenalan dan kaedah pengecamannya
Israiliyyat pengenalan dan kaedah pengecamannyaR&R Darulkautsar
 
Sirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-iSirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-iAsep Hidayat
 
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxTauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxYoga495659
 
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...Zukét Printing
 
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...Zukét Printing
 
Tasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyahTasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyahjefrihilda
 
Pengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plus
Pengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plusPengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plus
Pengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plusEdi Awaludin
 
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...primagraphology consulting
 
Meneladani ulama pejuang
Meneladani ulama pejuangMeneladani ulama pejuang
Meneladani ulama pejuangFlamencoRizky
 
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01FarahWirdatul
 
Jihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.wJihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.wAzmi Mohd Zain
 
Kedudukan syi'ah di tengah tengah umat islam
Kedudukan syi'ah di tengah tengah umat islamKedudukan syi'ah di tengah tengah umat islam
Kedudukan syi'ah di tengah tengah umat islamAsad Al Masyriqiy
 

Similar to SEJARAHISLAM (20)

Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
 
israiliyyat
 israiliyyat israiliyyat
israiliyyat
 
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijSifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
 
Israiliyyat pengenalan dan kaedah pengecamannya
Israiliyyat   pengenalan dan kaedah pengecamannyaIsrailiyyat   pengenalan dan kaedah pengecamannya
Israiliyyat pengenalan dan kaedah pengecamannya
 
Sirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-iSirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-i
 
ASWAJAH KELOMPOK 6.pptx
ASWAJAH KELOMPOK 6.pptxASWAJAH KELOMPOK 6.pptx
ASWAJAH KELOMPOK 6.pptx
 
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxTauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
 
Aliran asy'ariah
Aliran asy'ariahAliran asy'ariah
Aliran asy'ariah
 
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
 
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
Kelompok Khawarij, Jabariyah, Qodariyah, Mu’tazilah, Syiah dan Murji’ah - Cop...
 
Tasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyahTasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyah
 
Pengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plus
Pengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plusPengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plus
Pengkhianatan syiah-kepada-ahli-bait-plus
 
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
 
Meneladani ulama pejuang
Meneladani ulama pejuangMeneladani ulama pejuang
Meneladani ulama pejuang
 
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
Makalah iftiraq al ummah (kel.3) m 01
 
Jihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.wJihad zaman rasulullah s.a.w
Jihad zaman rasulullah s.a.w
 
Kajian Islam & Liberalisme
Kajian Islam & LiberalismeKajian Islam & Liberalisme
Kajian Islam & Liberalisme
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Kedudukan syi'ah di tengah tengah umat islam
Kedudukan syi'ah di tengah tengah umat islamKedudukan syi'ah di tengah tengah umat islam
Kedudukan syi'ah di tengah tengah umat islam
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 

Recently uploaded

11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 

Recently uploaded (20)

11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 

SEJARAHISLAM

  • 1. Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi`ah Ke Dalam Sejarah Islam Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin, Dekan Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah. Diterjemahkan oleh UST MUHAMMAD HANIEF AWANG YAHAYA 1. Apakah Yang Telah Diseludup Oleh Syi’ah Ke Dalam Sejarah Islam 2. Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam Berkisar Dua Perkara 3. Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`ah 4. Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal. Sesungguhnya segala pujian untuk Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan daripada-Nya, meminta keampunan-Nya, meminta petunjuk- Nya dan kami meminta perlindungan dengan Allah daripada kejahatan diri kami dan amalan-amalan kami yang buruk. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dia terpimpin dan sesiapa yang disesatkan Allah maka tiada yang dapat memimpinnya. Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. Semoga Allah menselawati Baginda, kaum keluarga dan para sahabat Baginda. Sesungguhnya sejarah mana-mana umat merupakan gambaran yang jelas bagi kehidupan, tradisi, kepercayaan, ilmu dan kebudayaan mereka. Lembaran-lembaran sejarah mereka itulah yang mengungkapkan cita-cita dan matlamat mereka. Sesungguhnya sejarah Islam adalah manifestasi yang paling jelas tentang apa yang kita nyatakan tadi. Sejarah Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa sama ada dari sudut kuantiti ataupun kualiti. Dari sudut kuantiti, sejarah Islam lebih luas setakat yang diketahui oleh umat manusia sehingga ke hari ini. Ini kerana ia memiliki sejarah khalifah-khalifah, gabenor-gabenor, para ilmuwan, qadi-qadi dan panglima-panglima. Semua itu dicatit dengan jelas dan amat teliti di samping merakamkan penaklukan-penaklukan yang besar yang telah dilakukan oleh orang-orang Islam di timur dan barat yang
  • 2. sentiasa maju dan terkehadapan dari semasa ke semasa. Selain itu, sejarah Islam meliputi ilmu-ilmu, sirah kehidupan yang terpuji, sumbangan-sumbangan mereka yang berjasa dari kalangan umat ini. Dari sudut kualiti, sejarah Islam berasaskan kepada periwayatan dan nukilan orang-orang yang adil, thiqah lagi dipercayai cerita-cerita mereka sehingga tidak ada ruang untuk rekaan dan pendustaan dan faktor ini tidak ada dalam sejarah mana-mana umat lain. Sejarah Islam telah memberikan perhatian yang khusus terhadap periwayatan, dokumentasi dan hafalan. Para ulama telah menekuni riwayat sejarah dan menganalisa dan mengkritiknya. Mereka saling berlumba-lumba dalam hal ini dan menjadikan perpustakaan Islam sarat dengan kitab-kitab sejarah bagi setiap zaman dan generasi umat ini. Dalam pada itu, musuh-musuh Islam lupa kepada kekuatan dan kekuasaan Islam serta tersebarnya Islam dengan pantas menyebabkan mereka terkejut dan hairan. Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Islam dengan pedang secara terbuka, mereka memilih beberapa cara dan kaedah untuk menghapuskan dan menghancurkan Islam. Bid`ah Syi`ah adalah merupakan bid`ah pertama yang dibangunkan untuk matlamat ini dan tipu daya pertama yang diaturkan di sebalik tabir ini. Inilah fitnah terbesar yang dirancang untuk menentang Uthman bin `Affan iaitu khalifah ketiga dan salah seorang sepuluh sahabat yang dijamin syurga. Fitnah ini bermula dengan rekaan dan penyebaran berita-berita palsu atau diriwayatkan bukan dengan caranya yang sahih supaya dapat menarik dan mengumpulkan orang-orang yang jahil dan bodoh. Akibatnya berkesudahan dengan kesyahidan Uthman r.a. sebagaimana yang disebutkan dengan terperinci di dalam kitab-kitab hadis dan sejarah. Penjahat yang merancang dan melaksanakan fitnah ini ialah Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi. Kemudian setelah Uthman syahid, golongan Rafidhah mendapat peluang yang sesuai untuk menimbulkan kekacauan
  • 3. yang berlaku kemudiannya. Perkara ini dibuat untuk mencipta dan menyebarkan riwayat-riwayat palsu tentang keburukan sahabat dan perselisihan yang berlaku di kalangan mereka lalu menggambarkan mereka dengan cara yang tidak benar. Penulis di sini tidak bertujuan untuk mengkritik kekarutan dan kepalsuan yang ditaburkan oleh Syi`ah di dalam kitab-kitab sejarah Islam kerana itu adalah natijah kebencian dan kejahatan terhadap sahabat yang tersembunyi di dalam hati mereka. Begitu juga serangan terhadap pemimpin-pemimpin Islam. Apatah lagi kitab-kitab Syi`ah bersepah dengan makian dan celaan terhadap sahabat. Hakikat ini sememang terang-terang batil. Tidak halal kepada sesiapapun untuk membaca kitab- kitab ini kecuali dengan maksud untuk melihat kebatilan itu dan menyanggahnya seterusnya memberi peringatan kepada orang lain. Penulis di sini bertujuan untuk mengkaji penularan kejahatan Syi`ah ke dalam kitab-kitab sejarah Islam sama melalui perawi yang bermuka-muka dengan menzahirkan ketakwaan dan keadilan tetapi menyembunyikan fahaman Rafidhah atau dengan cara berfahaman Syi`ah yang sederhana yang periwayatannya itu diterima oleh kebanyakan ahli ilmu jika dia tidak taksub dan menyeru kepada bid`ahnya. Kadang-kadang ahli sejarah seperti Ibn Jarir meriwayatkan daripada perawi-perawi yang terkenal dengan tasyayyu` tetapi beliau menyebutkan sanadnya supaya kedudukan perawi-perawi itu diberi perhatian. Ini tidaklah menyebabkan Ibn Jarir tercela selagi beliau tetap menukilkan berita-berita tersebut dengan sanad-sanadnya dan menyerahkan kepada para pembaca yang tajam pemikiran menilai dan menyaringnya. Di muqaddimah tarikhnya itu,[1] Ibn Jarir menulis: “Hendaklah pembaca kitab kami ini mengetahui sesungguhnya pegangan saya bahawa setiap perkara yang saya sebutkan dalam kitab ini adalah mengikut syarat yang saya beriltizam dengannya iaitu meriwayatkan
  • 4. berita-berita sebagaimana ia telah diriwayatkan dan saya hanya menyebutkannya sahaja. Apa yang terkandung dalam kitab ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa benci atau pendengar merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu hakikat. Oleh itu, hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripada kami, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepada kami. Dan kami hanya menyampaikan seperti yang dibawakan kepada kami.” Malangnya penulis yang datang selepas Ibn Jarir al-Tabari membuang sanad-sanad ini lalu menghimpunkan kesemua riwayat demi untuk meringkaskan. Kemudian orang-orang kemudian terutamanya penulis zaman ini menukilkan riwayat-riwayat ini dan menyandarkan kepada kitab-kitab sejarah tanpa membezakan antara yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah dan perawi-perawi yang berfahaman Syi`ah, antara berita-berita yang jelas sahih kerana nukilan perawi-perawi thiqah yang saling menyokong dan menguatkan dan berita-berita yang jelas kebatilannya seperti keburukan sahabat dan fitnah yang berlaku di kalangan mereka yang disepakati oleh ulama hadis tentang kebatilannya. Keadaan semakin parah sejak akhir-akhir ini kerana kemunculan Saba’iyyah baru dengan rupa lain dan golongan orientalis Yahudi dan Kristian. Mereka ini menemui riwayat-riwayat Syi`ah yang bertaburan di dalam sejarah sebagai bahan-bahan yang segar untuk memburukkan sejarah Islam yang gemilang. Mereka mengabui mata orang ramai dengan mendakwa sebagai pengkaji yang teliti berasaskan metode ilmiah. Sedangkan sebenarnya mereka adalah pembohong. Penyelidikan mereka tidak lebih daripada mengambil beberapa riwayat Syi`ah lalu diolah dalam bentuk yang buruk dengan melakukan tambahan dan pengurangan di sana sini mengikut matlamat
  • 5. mereka yang keji. Akhirnya mereka akan berkata: “Sila rujuk Tarikh al- Tabari atau Tarikh Ibn al-Athir.” Dalam pada itu ramai dari kalangan sejarawan dan professor sejarah hari ini yang terpedaya dengan pembohongan dan pendustaan mereka. Sebenarnya adalah satu pengkhianatan terhadap agama ini jika sejarah sendiri diambil daripada musuh-musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani yang lebih dikenali sebagai orientalis. Dalam hal ini, penulis tidak lupa untuk menyebutkan usaha gigih yang dicurahkan oleh ulama bagi membendung riwayat-riwayat batil itu sama ada dengan penulisan sejarah yang berasaskan kepada riwayat yang diakui thiqah di samping mengakui dan menginsafi kemuliaan dan ketinggian kedudukan para sahabat, atau juga penulisan yang khusus dengan riwayat-riwayat tersebut atau kajian yang terselit dalam penulisan yang membincangkan topik tertentu. Ini boleh didapati dengan banyak, sama ada sudah diterbitkan atau masih lagi dalam bentuk manuskrip, dan, inilah yang paling banyak. Antara kitab yang ditulis dengan cara pertama dan telah diterbitkan ialah al- Bidayah wa al-Nihayah tulisan Ibn Kathir, seorang tokoh yang tampil menentang Syi`ah dengan kajian-kajian beliau yang ilmiah dan terperinci . Beliau amat kritis dalam kritikannya. Di samping itu, beliau menonjolkan keutamaan dan kelebihan para sahabat walaupun tidak disetujui oleh Syi`ah. Contoh penulisan dalam bentuk kedua ialah kitab al-`Awasim min al- Qawasim karangan Abu Bakar Ibn al-`Arabi dan contoh bagi bentuk ketiga seperti perbahasan-perbahasan yang berselerakan di dalam kitab- kitab karangan Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi, Ibn Hajar dan lain-lain. Usaha-usaha tersebut walaupun mempunyai beberapa pendekatan namun tetap penting dan saling melengkapi. Itulah yang telah dilaksanakan oleh ulama salaf dan khalaf dengan baiknya.
  • 6. Apa yang tinggal sekarang ialah tugas para ilmuwan dan mereka yang peka kepada Islam di zaman ini. Tanggungjawab mereka ialah meneruskan usaha kearah pembersihan dan pemurnian timbunan- timbunan riwayat tersebut. Alim ulama kita telah menjelaskan tentang pembohongan dan pendustaan riwayat-riwayat Syi`ah dan tidak ada cara lain selain dari menghapuskan kesemuanya itu dari lembaran sejarah. Sesungguhnya jika orientalis, Yahudi atau Kristian atau anak didik mereka merasa senang dan selesa untuk terus menggunakan riwayat-riwayat batil yang menggelapkan lembaran sejarah Islam maka tidak harus sama sekali bagi orang Islam merestui kotoran yang terpalit pada sejarah umat dan agamanya. Adalah menjadi kewajipan institusi yang tertentu di dalam dunia Islam untuk mewujudkan kuarantin-kuarantin ilmiah yang halus untuk menyingkirkan riwayat-riwayat yang ditimpa wabak Syi`ah itu dan mengemukakan kepada sejarah Islam kita dengan rupa yang bercahaya dan bersinar setelah membersihkan dan menghapuskannya dari virus- virus Syi`ah yang kotor. Begitu juga wajib kepada institusi tersebut untuk mengadakan sekatan syara` terhadap setiap orang yang bodoh yang lantang bersuara terhadap para sahabat. Ini juga merupakan usaha membantu agama Allah dan rasul-Nya dan melaksanakan kewajipan terhadap para sahabat sebagai generasi Islam yang terbaik, di dunia dan akhirat. Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam Berkisar Dua Perkara: Perkara Pertama: Mencaci, memalsukan dan mereka-reka cerita yang memburukkan sahabat Rasululullah s.a.w. Tujuan mereka ialah menyerang Islam sendiri kerana sahabat itulah yang meriwayatkan Islam dan merekalah umat
  • 7. yang terbaik selepas Rasulullah s.a.w. bahkan merekalah anak Adam yang paling utama selepas para nabi. Setelah mencacatkan kelebihan dan keutamaan para sahabat serta menjatuhkan para sahabat bererti menjatuhkan Islam sendiri, Ibn Taymiyyah menulis: “Inilah prinsip asas Syi`ah Rafidhah kerana orang yang mencipta fahaman Rafidhah itu seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam tetapi sebenarnya seorang munafik. Dia telah menaburkan kepada orang-orang jahil racun-racun yang mengancam asas Islam. Oleh kerana itu, Rafidhah merupakan pintu kemunafikan dan zindik yang paling besar.” Beliau menulis lagi: “Serangan terhadap kurun yang terbaik yang mendampingi Rasulullah s.a.w. bererti serangan terhadap Baginda sendiri sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Malik dan para ulama yang lain.” Kekarutan Syi`ah Rafidhah lebih tertumpu kepada sahabat yang paling utama iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman , dan kemudiannya dengan berani mereka menyerang sahabat lain yang terdiri dari kalangan mereka yang awal memeluk Islam dan sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Badar, Uhud, Bai`ah Ridwan malah mereka yang membela Rasulullah s.a.w. semasa senang dan susah. Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda redha terhadap sahabatnya seperti Talhah, al- Zubair dan sahabat-sahabat yang dijamin syurga. Bukan setakat itu sahaja, mereka berani mencerca isteri-isteri Rasulullah s.a.w. terutama `Aishah dan Hafshah dan akhirnya mereka mengecam keseluruhan Bani Umayyah dengan kutukan dan makian. Perkara Kedua Melampau dalam menyanjung Ahli Bait dan mereka mengkhususkan Ali, Fatimah dan keturunan mereka berdua. Lalu mereka mencipta dan meletakkan riwayat batil yang memuji Ahli Bait dan mendewa-dewa mereka sehingga ke tahap menyifatkan mereka dengan perkara yang
  • 8. tidak layak dengan mereka serta mengaitkan beberapa pendirian dan amalan yang tidak sesuai dengan keutamaan dan ketinggian kedudukan mereka. Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`ah Di sini, penulis akan menyebutkan beberapa riwayat yang disebarkan Syi`ah dalam sejarah dan penulis akan menyebutkan kebatilannya serta mengemukakan riwayat yang sahih yang menyanggahinya. Syi`ah mendakwa Ali tidak membai`ah Uthman dan sebahagian mereka pula mendakwa Ali membai`ah tetapi secara terpaksa. Bagi menyokong dakwaan itu, mereka mencipta sebilangan berita yang palsu dan dusta. Sebelum pergi kepada riwayat palsu mereka itu dan sebelum menyebut kesimpulan peristiwa bai`ah serta syura dengan sanad yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil dan thiqah, penulis ingin mengemukakan beberapa perkara: Tatkala Umar ditikam, beliau telah menjadikan khilafah selepas beliau sebagai syura yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w iaitu Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan, al-Zubair bin al- `Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Sa`ad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin `Auf. Beliau menyerahkan urusan khilafah kepada enam sahabat ini untuk melantik salah seorang mereka sebagai khalifah. Urusan tersebut dapat disempurnakan dengan pemilihan Uthman lalu beliau dibai`ah oleh ahli Syura yang lain termasuklah Ali serta kesemua Muhajirin dan Ansar tanpa bantahan dan teragak-agak. Peristiwa ini adalah sahih melalui beberapa sanad yang masyhur di dalam kitab-kitab sejarah yang muktabar dan diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, di dalam sahihnya [2] daripada Amar bin Maimun dan menyebutkan cerita tersebut dengan panjang lebarnya antaranya ialah: Para sahabat berkata: Wahai Amirul mukminin, wasiatkanlah siapakah yang akan menggantikan. Umar
  • 9. menjawab: Saya tidak dapati orang yang lebih layak dengan urusan ini selain daripada mereka yang Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda redha terhadap mereka.” Lalu Umar menamakan Ali, Uthman, al- Zubair, Talhah, Sa`ad dan Abdul Rahman. Umar berkata: Biarlah Abdullah bin Umar menjadi saksi, tetapi dia tidak mempunyai apa-apa hak dalam jawatan ini (seolah-olah ucapan takziah kepada anaknya). Kemudian Imam al-Bukhari mengemukakan wasiat Umar kepada rakyatnya dan kisah pengkebumiannya. Al-Bukhari menyebutkan lagi: Apabila selesai pengkebumian, enam orang sahabat tersebut berkumpul. Abdul Rahman berkata: “Serahkan urusan kamu ini kepada tiga orang sahaja.” Al-Zubair berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Ali.” Talhah berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Uthman.” Sa`ad berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Abdul Rahman bin Auf.” Abdul Rahman berkata: “Siapa antara kamu berdua yang menarik diri, saya akan menyerahkan jawatan ini kepadanya. Allah dan umat Islam menyaksikan kita. Demi Allah, Dia akan memerhatikan yang terbaik di antara mereka.” Kata-katanya itu menyebabkan Ali dan Uthman terdiam. Abdul Rahman berkata: “Apakah kamu mahu menyerahkan urusan ini kepadaku? Allah menjadi saksi ke atasku bahawa aku tidak akan cuai dalam memilih yang terbaik di antara kamu.” Ali dan Uthman berkata: “Baiklah kalau begitu.” Abdul Rahman memegang tangan Ali sambil berkata: “Engkau mempunyai hubungan kerabat dengan Rasulullah s.a.w. dan telah lama memeluk Islam sebagimana kamu maklum. Allah menjadi saksi kepadamu, sekiranya aku melantikmu, engkau pasti akan berlaku adil. Kalau aku lantik Uthman, pasti engkau mendengar dan mematuhinya.” Kemudian Abdul Rahman membawa yang seorang lagi (Uthman) ke tempat sunyi lalu berkata seperti yang dikatakan kepada yang tadi (Ali). Apabila dia telah berjanji begitu, diapun berkata: “Angkat tanganmu wahai Uthman.” Lalu Abdul Rahman membai`ahkan Uthman dan Ali turut juga membai`ahkannya. Setelah itu, orang-orang yang berada di kawasan itu masuk dan memberikan bai`ah kepada Uthman. Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tentang bai`ah Uthman yang dilakukan oleh Ali bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Inilah berita yang sahih dalam kitab-kitab hadis yang muktabar dan disebutkan
  • 10. juga oleh kebanyakan ahli sejarah yang dipercayai. Namun begitu, Rafidhah menyebarkan beberapa kepalsuan bahawa Ali menangguh- nangguhkan atau dia telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Abdul Rahman bin `Auf. Riwayat ini telah disebutkan di dalam kitab-kitab sejarah antaranya ialah riwayat al-Tabari[3] dengan sanadnya daripada Umar bin Maimun al-Audi dan beliau menyebutkan apa yang berlaku tentang syura dan bai`ah. Antara yang disebutkan dalam riwayat itu ialah: “Ali berkata kepada Abdul Rahman: Kamu akan merangkak buat selama-lamanya. Ini bukanlah kali pertama kamu semua berpakat untuk menentangku…” Sanad yang disebutkan oleh al-Tabari terdapat beberapa `illah (penyakit) dan tidak boleh dijadikan hujah di sisi ulama hadis. Antara perawi sanad ini ialah Abu Mihknaf. Namanya ialah Lut bin Yahya, seorang Syi`ah. Di dalam Mizan al-I`tidal, al-Zahabi menulis [4]: “Dia seorang tukang cerita yang lemah dan tidak boleh dipercayai.”Ibn `Adi mengatakan: “Dia merupakan Syi`ah yang hangus (tulen atau pekat), pembawa cerita- cerita mereka (golongan Syi`ah).” Kemudian al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada al- Miswar bin Makhramah dan menyebutkan tentang syura dan bai`ah Uthman, katanya: Orang ramai mula membai`ah Uthman dan Ali bertangguh. Lalu Abdul Rahman membacakan ayat: “Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al- Fath: 10). Ini membuatkan Ali mula membelah barisan orang ramai sehingga beliau dapat memberi bai`ah seraya berkata: “Tipu daya, memang tipu daya.” Dalam sanad riwayat al-Tabari ini terdapat Abdul Aziz bin Abi Thabit. al- Zahabi menulis berhubung dengannya, al-Bukhari berkata: “Hadisnya tidak boleh ditulis.” Al-Nasa’i dan lain-lain berkata: “Dia adalah matruk (ditinggalkan). Uthman bin Sa`id berkata: Saya bertanya kepada Yahya: “Bagaimana dengan keadaan Abi Thabit Abdul Aziz bin `Imran? Jawab Yahya: “Dia tidak thiqah. Dia hanya memiliki syair walaupun berketurunan Abdul Rahman bin Auf.”
  • 11. Hafiz Ibn Hajar menyebutkan di dalam Tahzib al-Tahzib [5]: “al-Husani bin Hibban menukilkan daripada Yahya: “Saya melihatnya (Abdul Aziz) di Baghdad. Dia sering memaki orang ramai dan menuduh-nuduh keturunan mereka. Hadisnya tidak mempunyai apa-apa nilai.” Pada pendapat penulis, Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat daripada Abdul Aziz setelah menyebutkan riwayat yang lalu. Mala petaka yang lain ialah beliau menafsirkan kata-kata Ali dalam riwayat yang lalu yang menyebutkan: “tipu daya, tipu daya” sebagai penipuan dari pihak Amar bin al-Ash dan menyebutkan bentuk penipuan yang kita tidak sanggup untuk menyebutkannya kerana kejelikannya. Riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya kebanyakannya ialah penyebaran jahat Syi`ah Rafidhah terhadap sejarah. Penulis ingin mengingatkan bahawa kebanyakan penulis sejarah pada zaman ini terpedaya lalu menyebutkannya tanpa sebarang kajian dan kepastian. Semoga Allah membalas usaha baik Ibn Kathir. Beliau telah menyebutkan peristiwa Syura dan bai`ah Uthman di dalam kitabnya, al-Bidayah wa al- Nihayah dengan panjang lebar dan beliau tidak mempedulikan riwayat- riwayat yang karut itu. Bahkan setelah mengemukakan riwayat-riwayat yang sahih beliau mengulas: “Berita yang dinukilkan oleh kebanyakan ahli sejarah seperti Ibn Jarir al-Tabari dan penulis lain daripada perawi-perawi yang tidak dikenali bahawa Ali berkata kepada Abdul Rahman: “Kamu telah memperdayakanku. Sesungguhnya kamu melantiknya kerana dia adalah mertua kamu dan dia bermesyuarat dengan kamu setiap hari tentang urusannya. Dan Ali terlewat memberi bai`ah sehingga Abdul Rahman membacakan sepotong ayat al-Qur’an kepadanya: “Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al- Fath: 10). Dan riwayat-riwayat lain yang menyanggahi riwayat-riwayat yang sabit di dalam kitab-kitab sahih. Kesemuanya itu adalah tertolak. Wa Allah A`lam. Malangnya ramai di kalangan ahli-ahli sejarah yang menukilkan riwayat- riwayat palsu itu tanpa sebarang saringan dan tapisan seperti Ibn Kathir. Riwayat-Riwayat Syi`ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.
  • 12. Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh dengan barat. Hakikat Pertama Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”
  • 13. Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab: “Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja. Hakikat Kedua Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal. Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. Mereka menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang- orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang redha, tetap redha. `Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira. Kemudian
  • 14. Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan redha lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad. Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing. Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing- masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita. Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.