SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Bilakah Sayyidina Hasan Dilahirkan
Oleh: Allamah Habibur Rahman al-Kandahlawi
(Terjemahan dan saringan: Muhammad Hanief Awang Yahaya)
Pengenalan: Adalah amat penting tarikh sebenar kelahiran Sayyidina Hasan r.a dipastikan
dengan tepat kerana ada banyak hadis yang berlegar di dalam masyarakat dan di dalam
kitab-kitab besar merujuk kepada Sayyidina Hasan yang sudah besar ketika hayat
Rasulullah s.a.w. Kami akan menganalisa kesahihan hadis-hadis tersebut, insyaAllah,
berdasarkan fakta umur sebenar Sayyidina Hassan ini.
Peperangan Uhud berlaku bulan Syawwal pada tahun ketiga hijrah. Selepas peristiwa yang
besar ini, Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Sayyidiana Ali dengan Fatimah.(Hasyiah al-
Bukhari, jil. 1, hal. 532). Dalam hal ini kemungkinan perkahwinan tersebut berlangsung
pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H. Ahli sejarah Syiah, Mulla Baqir al-Majlisi
menyebutkan perkahwian itu pada bulan Muharram. (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 166)
Jika dilihat kepada kenyataan di atas, bagaimana mungkin ahli sejarah mendakwa bahawa
Hasan dilahirkan pada tahun ke 3H sedangkan ibubapanya berkahwin pada akhir tahun ke
3H atau awal 4H.
Fatimah r.ha. mempunyai lima orang cahaya mata, Hasan, Husin, Muhsin, Ummu Kulthum
dan Zainab. Ahli sejarah sepakat mengatakan Muhsin meninggal dunia ketika masih kecil.
Begitu juga mereka sependapat bahawa Husin lebih muda daripada Hasan.
Persoalannya siapakah yang mula-mula dilahirkan oleh Fatimah. Syiah Rafidhah dan ahli
sejarah mendakwa Hasanlah yang sulung. Dengan huraian di atas, dakwaan ini dengan
sendirinya tertolak.
Dalam hal ini Mulla Baqir menulis: " Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam
keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang
beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin
tangan Ummu Kulthum….. Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w mengangkat Hasan
dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke
masjid." (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal.rn217,218)
Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu
Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendirirn mbuktikan bahawa Ummu
Kulthum lebih tua daripada Hasan dan Husain. Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun
4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah
tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya
diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau
iaitu Zaid dan Ruqayyah.
Segala bunga-bunga indah ini ditaburkan oleh Syiah Rafidhah untuk menyatakan bahawa
Umar berkahwin dengan Ummu Kulthum ketika beliau masih anak-kanak berumur 5 tahun.
Kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Rafidhah menyebabkan ulama yang besar
sekalipun terkena fitnah. Sebagai contoh Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dan Ibn Hajar al-
Hathami dalam al-Sawa`iq al-Muhriqah telah menukilkan kisah perkahwinan Ummu
Kulthum ketika berusia 5 tahun. Walhal keadaan begitu jelas sekali bahawa Ummu Kulthum
dilahirkan pada tahun 4H dan berkahwin dengan Umar pada tahun 17H ketika berusia lebih
darpada 13 tahun.
Semua ahli sejarah bersetuju bahawa ketika Hasan dilahirkan, orang yang menyambut
beliau ialah Asma’ binti `Umais. Ini satu fakta penting dan tidak dapat dipertikaikan lagi.
Asma’ pada mulanya berkahwin dengan Ja`far bin Abi Talib, iaitu abang kepada Sayyidina
Ali. Setelah Ja`far syahid di dalam pertempuran Mu’tah, Abu Bakar mengahwini Asma’.
Setelah Abu Bakar meninggal dunia Ali pula berkahwin dengannya.
Di awal zaman Islam, Asma’ dan suaminya Ja`far telah berhijrah dengan membawa iman
masing-masing ke Habsyah kerana gangguan yang dilakukan oleh musyrikin Mekah. Hijrah
ini berlaku pada tahun 5 kenabian. Mereka menyampaikan dakwah Islamiah kepada Raja
Habsyah yang bernama Najasyi sehingga beliau memeluk Islam bersama-sama dengan
beberapa orang lain. Persoalannya sehingga bilakah Ja`far dan isterinya berada di sana dan
bilakah mereka kembali ke Hijaz? Jawapan kepada persoalan ini akan merungkai segala
kekeliruan.
Semua ulama Ahli Sunnah, ulama hadis dan ahli sejarah serta golongan Rafidhah sepakat
bahawa para sahabat yang berhijrah ke Habsyah tiba di Madinah setelah selesai peperangan
Khaibar.
Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang panjang daripada Abu Musa al-Asy`ari,
kata beliau: "Apabila kami mendapat tahu Rasulullah s.a.w hendak berhijrah lalu kami
bersedia untuk berangkat untuk hijrah bersama. Bersama saya dua orang saudara iaitu Abu
Burdah dan Abu Ruhm. Sayalah yang paling muda pada ketika itu. Kami bersama kaum
kami seramai 53 orang atau 52 orang menaiki kapal. Tetapi kapal kami membawa kami
kepada al-Najasyi di Habsyah. Di sana kami bertemu dengan Ja`far bin Abi Talib dan kami
tinggal di sana bersamanya sehinggalah kami datang menemui Rasulullah s.a.w ketika
Khaibar telah ditawan. Ada beberapa orang yang berkata kepada kami yakni yang berhijrah
dengan kapal: "Kami mendahului kamu dalam hijrah. Asma’ datang menziarahi Hafsah,
isteri Rasulullah s.a.w." Abu Musa berkata lagi: Beliau antara wanita yang datang bersama
kami dan termasuk dari kalangan orang Islam yang berhijrah ke negeri al-Najasyi.
Kemudian Umar bin al-Khattab masuk menemui Hafsah pada ketika itu Asma’ berada dekat
dengan Hafsah. Lalu Umar bertanya sambil memandang kepada Asma’: "Siapa ini? Dia
menjawab: "Asma’ binti Umais. Umar bertanya lagi: Orang Habsyah atau orang Bahriyyah
(orang laut) Asma’ menjawab: "Ya". Umar berkata lagi: Kami mendahului kamu berhijrah
maka kami lebih berhak dengan Rasulullah s.a.w. daripada kamu. Lalu Asma’ binti ‘Umais
marah seraya berkata: "Tidak sekali-kali. Demi Allah kamu berada bersama Rasulullah
s.a.w. Dia memberi makan kepada orang lapar di kalangan kamu dan memberi peringatan
kepada orang jahil di kalangan kamu sedangkan kami berada di negeri yang sangat jauh,
dibenci orang. Itu semua kerana Allah dan kerana Rasul-Nya. Demi Allah, saya tidak akan
menjamah sebarang makanan dan tidak akan minum sedikit airpun kecuali saya akan
beritahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang kamu ucapkan tadi. Kami sering
diseksa dan mengalami ketakutan. Saya akan sebutkan kepada Rasulullah s.a.w dan saya
akan tanyakan baginda. Demi Allah, saya tidak akan berdusta, tersilap dan tambah apa-
apa". Tatkala Rasulullah s.a.w. datang Asma’ berkata kepada baginda: "Sesungguhnya
Umar telah berkata begini dan begini…" Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada
Asma’: "Apa jawapan kamu kepadanya? Asma’ menjawab: Saya kata begini dan begini…
Rasulullah s.a.w. bersabda:"Umar tidaklah lebih berhak dengan diriku daripada kamu. Dia
dan sahabat-sahabatnya itu hanya memiliki satu hijrah sahaja. Sedangkan kamu, wahai ahli
kapal, memiliki dua hijrah. Asma’ menceritakan bahawa Abu Musa al-Asy`ari dan ahli kapal
yang lain datang menemui saya secara kumpulan demi kumpulan untuk menyebut-
nyebutkan hadis ini. Tidak ada sesuatupun di dunia yang lebih mengembirakan mereka dan
sangat besar di dalam diri mereka selain daripada hadis ini yang diucapkan oleh Rasulullah
s.a.w. Abu Burdah berkata bahawa Asma’ berkata: "Saya sering dapati Abu Musa meminta
saya mengulang-ngulang hadis ini".
Abu Burdah berkata daripada Abu Musa berkata: "Kami menemui Rasulullah s.a.w. selepas
pembukaan Khaibar lalu baginda membahagikan untuk kami harta ghanimah dan tidak
memberikan kepada orang lain selain kami yang tidak menyertai pembukaan itu" (Sahih al-
Bukhari, Kitab al-Maghazi, BabrnGhazwah Khaibar).
Sekarang terpulanglah kepada anda sendiri, wahai Ahli Sunnah untuk berfikir dan membuat
keputusan bilakah sebenarnya Hasan dilahirkan. Ini kerana peperangan Khaibar disepakati
berlaku pada tahun 7 H.
Bagi menguatkan lagi hujah, kami akan mengemukakan lagi sebuah riwayat al-Bukhari
yang menceritakan peristiwa semasa Abu Bakar menjadi khalifah:
"Abu Bakar bersembahyang asar kemudian keluar berjalan-jalan lalu terlihat Hasan sedang
bermain dengan kanak-kanak lalu mendukungnya ke atas bahunya sambil berkata: Ku
tebus ayah dan ibuku, kamu ini mirip Rasulullah s.a.w dan tidak mirip Ali. Dan Sayyidina Ali
pada ketika itu senyum ketawa." (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, Bab Sifat al-Nabi
s.a.w.)
Hasan masih lagi kecil ketika Abu Bakar menjadi khalifah sehingga dalam keadaan usia
beliau yang sudah tua itu sanggup mendukung Hasan. Biasanya, paling tua kanak-kanak itu
didukung dalam usia empat atau lima tahun. Perawi yang menukilkan kisah ini
menyebutkan bahawa Hasan sedang bermain dengan kanak-kanak. Ini membuktikan Hasan
masih lagi kecil ketika Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.
Segala perbincangan di atas membawa kepada kesimpulan yang jelas iaitu Hasan tidak
dilahirkan pada tahun 3 H tetapi pada 7 H. Beliau bukanlah anak sulung Fatimah dan
mengikut kepada kaedah ulama hadis, beliau tidak berpeluang untuk mendapat kemuliaan
menerima gelaran sahabat.

More Related Content

What's hot

Pemuda dengan Cahaya Nubuwwah
Pemuda dengan Cahaya NubuwwahPemuda dengan Cahaya Nubuwwah
Pemuda dengan Cahaya NubuwwahDede Sutisna
 
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)Toto Dwiarso
 
C4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika Kahwin
C4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika KahwinC4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika Kahwin
C4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika KahwinFatin Nazihah Aziz
 
Ibrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan Badar
Ibrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan BadarIbrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan Badar
Ibrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan BadarParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahNoor Aziah Mamat
 
Ppt kondifikasi hadist
Ppt kondifikasi hadist Ppt kondifikasi hadist
Ppt kondifikasi hadist qoida malik
 
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)Marhamah Saleh
 
Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud
Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'udJawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud
Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'udImran
 
Saudagar di era salaf dan kholaf
Saudagar di era salaf dan kholafSaudagar di era salaf dan kholaf
Saudagar di era salaf dan kholafPe Ka Es Melbourne
 
sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits khoirotul ula
 
Tragedi karbala 10_muharram
Tragedi karbala 10_muharramTragedi karbala 10_muharram
Tragedi karbala 10_muharramRamlee Nooh
 
DUKA PADANG KARBALA
DUKA PADANG KARBALADUKA PADANG KARBALA
DUKA PADANG KARBALAsuper68my
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanRiyan Smart
 

What's hot (20)

Biografi Abu Bakar
Biografi Abu BakarBiografi Abu Bakar
Biografi Abu Bakar
 
Pemuda dengan Cahaya Nubuwwah
Pemuda dengan Cahaya NubuwwahPemuda dengan Cahaya Nubuwwah
Pemuda dengan Cahaya Nubuwwah
 
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
Khutbah rasulullah saaw di ghadir khum (pengangkatan imam ali as)
 
ASBABUL NUZUL JULYANA
ASBABUL NUZUL JULYANAASBABUL NUZUL JULYANA
ASBABUL NUZUL JULYANA
 
C4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika Kahwin
C4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika KahwinC4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika Kahwin
C4 - Adakah Aishah Berusia 6 tahun Ketika Kahwin
 
Ibrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan Badar
Ibrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan BadarIbrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan Badar
Ibrah Surah al-Anfaal : Memburu Semangat Kemenangan Badar
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
 
169102081 prilaku-jujur
169102081 prilaku-jujur169102081 prilaku-jujur
169102081 prilaku-jujur
 
Ppt kondifikasi hadist
Ppt kondifikasi hadist Ppt kondifikasi hadist
Ppt kondifikasi hadist
 
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
 
Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud
Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'udJawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud
Jawapan kpd artikel cinta asyura dan karbala - ustaz aizam mas'ud
 
TRAGEDI KARBALA -- SWARAMUSLIM.COM
TRAGEDI KARBALA -- SWARAMUSLIM.COMTRAGEDI KARBALA -- SWARAMUSLIM.COM
TRAGEDI KARBALA -- SWARAMUSLIM.COM
 
Spirit umar
Spirit umarSpirit umar
Spirit umar
 
Saudagar di era salaf dan kholaf
Saudagar di era salaf dan kholafSaudagar di era salaf dan kholaf
Saudagar di era salaf dan kholaf
 
sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits sejarah pembukuan hadits
sejarah pembukuan hadits
 
Tragedi karbala 10_muharram
Tragedi karbala 10_muharramTragedi karbala 10_muharram
Tragedi karbala 10_muharram
 
Peperangan badar
Peperangan badarPeperangan badar
Peperangan badar
 
Hadits ahkam
Hadits ahkamHadits ahkam
Hadits ahkam
 
DUKA PADANG KARBALA
DUKA PADANG KARBALADUKA PADANG KARBALA
DUKA PADANG KARBALA
 
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaanSejarah turun,penulisan&pemeliharaan
Sejarah turun,penulisan&pemeliharaan
 

Viewers also liked

Professional development for tempus sara bubb 2013
Professional development for tempus   sara bubb 2013Professional development for tempus   sara bubb 2013
Professional development for tempus sara bubb 2013thezorex
 
Nii naate hitchen uk adaptation experiences
Nii naate hitchen uk adaptation experiencesNii naate hitchen uk adaptation experiences
Nii naate hitchen uk adaptation experiencesOECD Environment
 
Tgs2 vivi olivia bayau
Tgs2 vivi olivia bayauTgs2 vivi olivia bayau
Tgs2 vivi olivia bayauvivioliviavivi
 
Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3
Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3
Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3Korrie Wilhelm
 
Lviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тіла
Lviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тілаLviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тіла
Lviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тілаLviv Startup Club
 
Євгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в Україні
Євгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в УкраїніЄвгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в Україні
Євгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в УкраїніLviv Startup Club
 
Metallic Minerals
Metallic   MineralsMetallic   Minerals
Metallic MineralsHABEEB R
 
Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...
Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...
Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...Oleg Afanasyev
 
Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.
Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.
Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.Oleg Afanasyev
 
1.route of administration dr.saranya
1.route of administration dr.saranya1.route of administration dr.saranya
1.route of administration dr.saranyaSaranya Sasi
 

Viewers also liked (11)

Chouettes
ChouettesChouettes
Chouettes
 
Professional development for tempus sara bubb 2013
Professional development for tempus   sara bubb 2013Professional development for tempus   sara bubb 2013
Professional development for tempus sara bubb 2013
 
Nii naate hitchen uk adaptation experiences
Nii naate hitchen uk adaptation experiencesNii naate hitchen uk adaptation experiences
Nii naate hitchen uk adaptation experiences
 
Tgs2 vivi olivia bayau
Tgs2 vivi olivia bayauTgs2 vivi olivia bayau
Tgs2 vivi olivia bayau
 
Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3
Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3
Metal Monk SS 2017 Catalog Draft 3
 
Lviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тіла
Lviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тілаLviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тіла
Lviv PMDay 2016 S Євгеній Веселов: Чи варто менеджеру ігнорувати мову тіла
 
Євгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в Україні
Євгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в УкраїніЄвгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в Україні
Євгеній Антонов: Продуктова розробка як стратегія розвитку ІТ в Україні
 
Metallic Minerals
Metallic   MineralsMetallic   Minerals
Metallic Minerals
 
Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...
Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...
Олег Афанасьев. Проектный менеджмент. Пошаговое формирование проекта. Борово...
 
Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.
Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.
Мастер-класс. Ветераны броуновского движения. 2015.
 
1.route of administration dr.saranya
1.route of administration dr.saranya1.route of administration dr.saranya
1.route of administration dr.saranya
 

Similar to BILAKAH HASAN DILAHIRKAN

Zainab binti khuzaimah
Zainab binti khuzaimahZainab binti khuzaimah
Zainab binti khuzaimahRidas Zabbarae
 
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi BakrNOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi BakrMIZAN Management
 
Kontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan Doktrin
Kontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan DoktrinKontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan Doktrin
Kontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan DoktrinMuslim Sendai
 
Aisyah binti abu bakar
Aisyah binti abu bakarAisyah binti abu bakar
Aisyah binti abu bakarRidas Zabbarae
 
Yuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur Rasyidin
Yuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur RasyidinYuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur Rasyidin
Yuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur RasyidinM. FAHRUL ALAM YUNIARSA
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAmbulan Zag
 
Hadits tentang Khadijah,Aisyah,Fathimah
Hadits tentang Khadijah,Aisyah,FathimahHadits tentang Khadijah,Aisyah,Fathimah
Hadits tentang Khadijah,Aisyah,FathimahAbyanuddin Salam
 
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoniSirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoniNorliyatiMohdAmin
 
RAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptx
RAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptxRAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptx
RAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptxTriWahyuniMaftukhah
 
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docxgalangpengerukan
 
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin AufRahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin AufSuryono .
 

Similar to BILAKAH HASAN DILAHIRKAN (20)

hadis kisa'
 hadis kisa' hadis kisa'
hadis kisa'
 
Zainab binti khuzaimah
Zainab binti khuzaimahZainab binti khuzaimah
Zainab binti khuzaimah
 
TRAGEDI KARBALA NAINAWA
TRAGEDI KARBALA NAINAWATRAGEDI KARBALA NAINAWA
TRAGEDI KARBALA NAINAWA
 
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi BakrNOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
NOTA - SIM 7/2016 : A'isyah bint Abi Bakr
 
Kontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan Doktrin
Kontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan DoktrinKontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan Doktrin
Kontroversi Syi'ah: Tinjauan Historis dan Doktrin
 
Aisyah binti abu bakar
Aisyah binti abu bakarAisyah binti abu bakar
Aisyah binti abu bakar
 
Yuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur Rasyidin
Yuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur RasyidinYuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur Rasyidin
Yuk Ngaji ! - Belajar dari Perjalanan Hidup Khulafaur Rasyidin
 
Abdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktifAbdullah bin saba tokoh fiktif
Abdullah bin saba tokoh fiktif
 
DUKA PADANG KARBALA
DUKA PADANG KARBALADUKA PADANG KARBALA
DUKA PADANG KARBALA
 
Hadits tentang Khadijah,Aisyah,Fathimah
Hadits tentang Khadijah,Aisyah,FathimahHadits tentang Khadijah,Aisyah,Fathimah
Hadits tentang Khadijah,Aisyah,Fathimah
 
Dalam catatan sirah nabawiyah
Dalam catatan sirah nabawiyahDalam catatan sirah nabawiyah
Dalam catatan sirah nabawiyah
 
Dalam catatan sirah nabawiyah
Dalam catatan sirah nabawiyahDalam catatan sirah nabawiyah
Dalam catatan sirah nabawiyah
 
Biografi para tabi`in
Biografi para tabi`inBiografi para tabi`in
Biografi para tabi`in
 
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoniSirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
 
RAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptx
RAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptxRAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptx
RAHASIA SUKSES BISNIS ABDURRAHMAN BIN AUF.pptx
 
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
 
Tanya jawab tentan menyusui
Tanya jawab tentan menyusuiTanya jawab tentan menyusui
Tanya jawab tentan menyusui
 
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin AufRahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
 
Istri rasulullah
Istri rasulullahIstri rasulullah
Istri rasulullah
 
Istri rasulullah
Istri rasulullahIstri rasulullah
Istri rasulullah
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 

BILAKAH HASAN DILAHIRKAN

  • 1. Bilakah Sayyidina Hasan Dilahirkan Oleh: Allamah Habibur Rahman al-Kandahlawi (Terjemahan dan saringan: Muhammad Hanief Awang Yahaya) Pengenalan: Adalah amat penting tarikh sebenar kelahiran Sayyidina Hasan r.a dipastikan dengan tepat kerana ada banyak hadis yang berlegar di dalam masyarakat dan di dalam kitab-kitab besar merujuk kepada Sayyidina Hasan yang sudah besar ketika hayat Rasulullah s.a.w. Kami akan menganalisa kesahihan hadis-hadis tersebut, insyaAllah, berdasarkan fakta umur sebenar Sayyidina Hassan ini. Peperangan Uhud berlaku bulan Syawwal pada tahun ketiga hijrah. Selepas peristiwa yang besar ini, Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Sayyidiana Ali dengan Fatimah.(Hasyiah al- Bukhari, jil. 1, hal. 532). Dalam hal ini kemungkinan perkahwinan tersebut berlangsung pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H. Ahli sejarah Syiah, Mulla Baqir al-Majlisi menyebutkan perkahwian itu pada bulan Muharram. (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 166) Jika dilihat kepada kenyataan di atas, bagaimana mungkin ahli sejarah mendakwa bahawa Hasan dilahirkan pada tahun ke 3H sedangkan ibubapanya berkahwin pada akhir tahun ke 3H atau awal 4H. Fatimah r.ha. mempunyai lima orang cahaya mata, Hasan, Husin, Muhsin, Ummu Kulthum dan Zainab. Ahli sejarah sepakat mengatakan Muhsin meninggal dunia ketika masih kecil. Begitu juga mereka sependapat bahawa Husin lebih muda daripada Hasan. Persoalannya siapakah yang mula-mula dilahirkan oleh Fatimah. Syiah Rafidhah dan ahli sejarah mendakwa Hasanlah yang sulung. Dengan huraian di atas, dakwaan ini dengan sendirinya tertolak. Dalam hal ini Mulla Baqir menulis: " Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin tangan Ummu Kulthum….. Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w mengangkat Hasan dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke masjid." (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal.rn217,218) Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendirirn mbuktikan bahawa Ummu Kulthum lebih tua daripada Hasan dan Husain. Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun 4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau iaitu Zaid dan Ruqayyah. Segala bunga-bunga indah ini ditaburkan oleh Syiah Rafidhah untuk menyatakan bahawa Umar berkahwin dengan Ummu Kulthum ketika beliau masih anak-kanak berumur 5 tahun. Kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Rafidhah menyebabkan ulama yang besar sekalipun terkena fitnah. Sebagai contoh Hafiz Ibn Hajar dalam al-Isabah dan Ibn Hajar al- Hathami dalam al-Sawa`iq al-Muhriqah telah menukilkan kisah perkahwinan Ummu Kulthum ketika berusia 5 tahun. Walhal keadaan begitu jelas sekali bahawa Ummu Kulthum
  • 2. dilahirkan pada tahun 4H dan berkahwin dengan Umar pada tahun 17H ketika berusia lebih darpada 13 tahun. Semua ahli sejarah bersetuju bahawa ketika Hasan dilahirkan, orang yang menyambut beliau ialah Asma’ binti `Umais. Ini satu fakta penting dan tidak dapat dipertikaikan lagi. Asma’ pada mulanya berkahwin dengan Ja`far bin Abi Talib, iaitu abang kepada Sayyidina Ali. Setelah Ja`far syahid di dalam pertempuran Mu’tah, Abu Bakar mengahwini Asma’. Setelah Abu Bakar meninggal dunia Ali pula berkahwin dengannya. Di awal zaman Islam, Asma’ dan suaminya Ja`far telah berhijrah dengan membawa iman masing-masing ke Habsyah kerana gangguan yang dilakukan oleh musyrikin Mekah. Hijrah ini berlaku pada tahun 5 kenabian. Mereka menyampaikan dakwah Islamiah kepada Raja Habsyah yang bernama Najasyi sehingga beliau memeluk Islam bersama-sama dengan beberapa orang lain. Persoalannya sehingga bilakah Ja`far dan isterinya berada di sana dan bilakah mereka kembali ke Hijaz? Jawapan kepada persoalan ini akan merungkai segala kekeliruan. Semua ulama Ahli Sunnah, ulama hadis dan ahli sejarah serta golongan Rafidhah sepakat bahawa para sahabat yang berhijrah ke Habsyah tiba di Madinah setelah selesai peperangan Khaibar. Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang panjang daripada Abu Musa al-Asy`ari, kata beliau: "Apabila kami mendapat tahu Rasulullah s.a.w hendak berhijrah lalu kami bersedia untuk berangkat untuk hijrah bersama. Bersama saya dua orang saudara iaitu Abu Burdah dan Abu Ruhm. Sayalah yang paling muda pada ketika itu. Kami bersama kaum kami seramai 53 orang atau 52 orang menaiki kapal. Tetapi kapal kami membawa kami kepada al-Najasyi di Habsyah. Di sana kami bertemu dengan Ja`far bin Abi Talib dan kami tinggal di sana bersamanya sehinggalah kami datang menemui Rasulullah s.a.w ketika Khaibar telah ditawan. Ada beberapa orang yang berkata kepada kami yakni yang berhijrah dengan kapal: "Kami mendahului kamu dalam hijrah. Asma’ datang menziarahi Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w." Abu Musa berkata lagi: Beliau antara wanita yang datang bersama kami dan termasuk dari kalangan orang Islam yang berhijrah ke negeri al-Najasyi. Kemudian Umar bin al-Khattab masuk menemui Hafsah pada ketika itu Asma’ berada dekat dengan Hafsah. Lalu Umar bertanya sambil memandang kepada Asma’: "Siapa ini? Dia menjawab: "Asma’ binti Umais. Umar bertanya lagi: Orang Habsyah atau orang Bahriyyah (orang laut) Asma’ menjawab: "Ya". Umar berkata lagi: Kami mendahului kamu berhijrah maka kami lebih berhak dengan Rasulullah s.a.w. daripada kamu. Lalu Asma’ binti ‘Umais marah seraya berkata: "Tidak sekali-kali. Demi Allah kamu berada bersama Rasulullah s.a.w. Dia memberi makan kepada orang lapar di kalangan kamu dan memberi peringatan kepada orang jahil di kalangan kamu sedangkan kami berada di negeri yang sangat jauh, dibenci orang. Itu semua kerana Allah dan kerana Rasul-Nya. Demi Allah, saya tidak akan menjamah sebarang makanan dan tidak akan minum sedikit airpun kecuali saya akan beritahu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang kamu ucapkan tadi. Kami sering diseksa dan mengalami ketakutan. Saya akan sebutkan kepada Rasulullah s.a.w dan saya akan tanyakan baginda. Demi Allah, saya tidak akan berdusta, tersilap dan tambah apa- apa". Tatkala Rasulullah s.a.w. datang Asma’ berkata kepada baginda: "Sesungguhnya Umar telah berkata begini dan begini…" Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Asma’: "Apa jawapan kamu kepadanya? Asma’ menjawab: Saya kata begini dan begini… Rasulullah s.a.w. bersabda:"Umar tidaklah lebih berhak dengan diriku daripada kamu. Dia dan sahabat-sahabatnya itu hanya memiliki satu hijrah sahaja. Sedangkan kamu, wahai ahli kapal, memiliki dua hijrah. Asma’ menceritakan bahawa Abu Musa al-Asy`ari dan ahli kapal yang lain datang menemui saya secara kumpulan demi kumpulan untuk menyebut- nyebutkan hadis ini. Tidak ada sesuatupun di dunia yang lebih mengembirakan mereka dan
  • 3. sangat besar di dalam diri mereka selain daripada hadis ini yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Abu Burdah berkata bahawa Asma’ berkata: "Saya sering dapati Abu Musa meminta saya mengulang-ngulang hadis ini". Abu Burdah berkata daripada Abu Musa berkata: "Kami menemui Rasulullah s.a.w. selepas pembukaan Khaibar lalu baginda membahagikan untuk kami harta ghanimah dan tidak memberikan kepada orang lain selain kami yang tidak menyertai pembukaan itu" (Sahih al- Bukhari, Kitab al-Maghazi, BabrnGhazwah Khaibar). Sekarang terpulanglah kepada anda sendiri, wahai Ahli Sunnah untuk berfikir dan membuat keputusan bilakah sebenarnya Hasan dilahirkan. Ini kerana peperangan Khaibar disepakati berlaku pada tahun 7 H. Bagi menguatkan lagi hujah, kami akan mengemukakan lagi sebuah riwayat al-Bukhari yang menceritakan peristiwa semasa Abu Bakar menjadi khalifah: "Abu Bakar bersembahyang asar kemudian keluar berjalan-jalan lalu terlihat Hasan sedang bermain dengan kanak-kanak lalu mendukungnya ke atas bahunya sambil berkata: Ku tebus ayah dan ibuku, kamu ini mirip Rasulullah s.a.w dan tidak mirip Ali. Dan Sayyidina Ali pada ketika itu senyum ketawa." (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, Bab Sifat al-Nabi s.a.w.) Hasan masih lagi kecil ketika Abu Bakar menjadi khalifah sehingga dalam keadaan usia beliau yang sudah tua itu sanggup mendukung Hasan. Biasanya, paling tua kanak-kanak itu didukung dalam usia empat atau lima tahun. Perawi yang menukilkan kisah ini menyebutkan bahawa Hasan sedang bermain dengan kanak-kanak. Ini membuktikan Hasan masih lagi kecil ketika Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Segala perbincangan di atas membawa kepada kesimpulan yang jelas iaitu Hasan tidak dilahirkan pada tahun 3 H tetapi pada 7 H. Beliau bukanlah anak sulung Fatimah dan mengikut kepada kaedah ulama hadis, beliau tidak berpeluang untuk mendapat kemuliaan menerima gelaran sahabat.