Nurhidayah binti badarudin a159950 tugasan akhir falsafah pendidikan islam
1. LMCP 1112
FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
PROJEK AKHIR
NAMA : NURHIDAYAH BINTI BADARUDIN
NOMBOR MATRIKS : A159950
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO' IR. DR RIZAATIQ
ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. JIKA ANDA MENJADI SEORANG GURU
ATAU ANDA SEDANG MENJADI GURU,
TERANGKAN GURU YANG BAGAIMANA
ANDA IMPIKAN?
3. Sekiranya saya menjadi seorang guru, saya akan sentiasa
komited pada kerjaya saya sebagai seorang guru.
Menjadi guru yang dapat memberikan inspirasi kepada anak
muridnya atas kesungguhan dirinya berkecimpung dalam
kerjaya seorang pengajar.
Menjadi guru yang sentiasa memperbaharui diri sendiri untuk
menjadi seorang tenaga pengajar yang dedikasi.
Selain itu menggunakan pelbagai alternatif untuk menarik
minat pelajar untuk belajar.
4. Menjadi guru yang sentiasa belajar untuk menghormati para
pelajarnya di dalam kelas.
Hal ini berupaya untuk menwujudkan persekitaran
pembelajaran yang lebih selesa dan saling-menghormati antara
satu sama lain
Setiap pelajar juga mempunyai idea dan pendapat yang berbeza
apabila diutarakan dan guru akan menghormati, mendengar
dan menerimanya dengan penuh hati yang terbuka.
5. Menjadi seorang guru yang mempunyai kemahiran untuk
berkomunikasi dengan para pelajarnya yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang.
Hal ini kerana, setiap pelajar berbeza personaliti dan
perwatakannya. Oleh itu, guru perlu berupaya untuk
berkomunikasi dan memahami pelajar yang mempunyai
masalah serta terlalu pendiam.
Guru juga boleh menyelesaikan pergaduhan antara pelajarnya
melalui kemahiran berkomunikasi dan empati yang berkesan.
6. Menjadi guru yang berkomited terhadap kerjayanya juga tidak
mencukupi tanpa kekentalan mental dan fizikal dalam
menghadapi segala cabaran profesional.
Hal ini, guru perlu sentiasa peka akan perkembangan
persekitarannya untuk menghindari daripada beban yang
melampau.
Guru menguasai pelbagai kemahiran untuk mengajar di dalam
kelas bagi menyampaikan pengajaran dua hala yang berkesan.
7. Menjadi guru yang prihatin dan ikhlas dalam menyampaikan
ilmu kepada para pelajarnya.
Menjadi guru yang tidak memilih kasih dan membanding-
bandingkan kepandaian para pelajarnya.
Menjadi guru yang berupaya untuk mengasah bakat dan ilmu
para pelajarnya mengikut personaliti setiapa pelajarnya iaitu
guru perlu mengenal anak murid tersebut.