SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Guru Yang Ideal
Guru yang ideal terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu kaedah
pengajaran, cara bersosial, penampilan dan perwatakan, ilmu
pengetahuan, kemahiran pertuturan antara pelajar dan guru dan sifat
keprihatinan.
Guru yang ideal mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah
pengajaran dengan baik. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan
pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting agar isi pelajaran
dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Oleh yang demikian, guru
perlu membuat persediaan yang cukup sebelum memulakan pengajaran di
samping bijak menarik minat pelajar untuk belajar supaya pelajar tidak
bosan dengan apa yang disampaikan.
Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak
jenaka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk
menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan
menyelitkan kata-kata perangsang serta pujian terhadap pelajar. Guru
perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka
minda pelajar.Guru yang ideal perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul
dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di
sekolah mahupun bersama ahli masyarakat amat penting. Dengan kata
lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu
pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya.
Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru
yang ideal. Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh
beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang
aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditonjolkan
dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti
guru tersebut.
Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan
berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang.
Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar
untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi
apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru
berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.
Guru juga perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu Ilmu supaya
guru tidak menjadi orang yang ketinggalan. Untuk itu, guru harus berusaha
mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan
bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak
ketinggalan dan ditelan arus perubahan.Cara lain untuk meningkatkan ilmu
adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion
perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk
mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak boleh
dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu
asam garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan
masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.
Hubungan yang baik antara guru dengan murid akan dapat
meningkatkan kecemerlangan pelajar. Oleh itu, komunikasi yang baik perlu
wujud antara pelajar dengan guru. Keadaan ini akan menjadikan pelajar
lebih selesa untuk mendekati guru dan bertanya soalan yang mereka tidak
faham tentang sesuatu tajuk. Hal ini demikian kerana, guru akan memberi
tunjuk ajar kepada pelajar yang menunjukkan minat terhadap ilmu yang
disampaikannya. Guru juga akan memberi nasihat dan tip-tip berguna
untuk berjaya terutamanya kepada yang selalu mendampingi guru
tersebut.
Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu
menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan
berkesan. Ini kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas
akhir tahap pemikiran adalah rendah. Oleh itu, penggunaan kata-kata dan
istilah yang mudah difahami digunakan. Ayat yang mudah dan ringkas
digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin
disampaikan oleh guru.
Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat
mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba
menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami
situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan
pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan
sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan
mendengar masalah mereka.

More Related Content

What's hot

Artikel kualitas pendidikan
Artikel kualitas pendidikanArtikel kualitas pendidikan
Artikel kualitas pendidikanWakhid Pramono
 
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaranCiri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaranAdilah Hrn
 
Ciri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalam
Ciri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalamCiri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalam
Ciri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalamNor Amalina Che ZamZan
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMNurFazihatunMohamadZ
 
Ciri ciri guru impian
Ciri ciri guru impianCiri ciri guru impian
Ciri ciri guru impiansuhaila shah
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruAnsar Azman
 
Budaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlangBudaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlangJayfizu
 
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)AZHANAAWANISBINTIABD
 
Projek akhir lmcp1112 a159665
Projek akhir lmcp1112 a159665Projek akhir lmcp1112 a159665
Projek akhir lmcp1112 a159665NUR SYAQIRAH
 
Bab 8 isu sahsiah guru
Bab 8   isu sahsiah guruBab 8   isu sahsiah guru
Bab 8 isu sahsiah guruNor Amira
 
Bakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti GuruBakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti GuruDr22s
 
Nur syazana binti manap (a168208)
Nur syazana binti manap (a168208)Nur syazana binti manap (a168208)
Nur syazana binti manap (a168208)syazanamanap
 
Kaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizaKaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizacikgunis
 

What's hot (20)

Guru cemerlang(pengajaran)
Guru cemerlang(pengajaran)Guru cemerlang(pengajaran)
Guru cemerlang(pengajaran)
 
Sikap Guru part 3
Sikap Guru part 3Sikap Guru part 3
Sikap Guru part 3
 
Artikel kualitas pendidikan
Artikel kualitas pendidikanArtikel kualitas pendidikan
Artikel kualitas pendidikan
 
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaranCiri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
 
Ciri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalam
Ciri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalamCiri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalam
Ciri ciri guru yang efektif dan peranan guru dalam
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMLMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
 
Ciri ciri guru impian
Ciri ciri guru impianCiri ciri guru impian
Ciri ciri guru impian
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guru
 
PERANAN GC
PERANAN GCPERANAN GC
PERANAN GC
 
Budaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlangBudaya kerja guru_cemerlang
Budaya kerja guru_cemerlang
 
Nkr as
Nkr asNkr as
Nkr as
 
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
 
Projek akhir lmcp1112 a159665
Projek akhir lmcp1112 a159665Projek akhir lmcp1112 a159665
Projek akhir lmcp1112 a159665
 
Bab 8 isu sahsiah guru
Bab 8   isu sahsiah guruBab 8   isu sahsiah guru
Bab 8 isu sahsiah guru
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Bakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti GuruBakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
 
Nur syazana binti manap (a168208)
Nur syazana binti manap (a168208)Nur syazana binti manap (a168208)
Nur syazana binti manap (a168208)
 
Isu pengurusan masa
Isu pengurusan masaIsu pengurusan masa
Isu pengurusan masa
 
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM PROJEK AKHIR
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM PROJEK AKHIRFALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM PROJEK AKHIR
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM PROJEK AKHIR
 
Kaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismalizaKaedah mengajar nismaliza
Kaedah mengajar nismaliza
 

Similar to Guru yang ideal

Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SHAKILAJAKISS1
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1suren sugu
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1suren sugu
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095MuhammadImran990501
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarPensil Dan Pemadam
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21hibatullah92
 
Menjadi guru yang baik.pptx emi
Menjadi guru yang baik.pptx emiMenjadi guru yang baik.pptx emi
Menjadi guru yang baik.pptx emidarma wati
 
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyaniBagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyanidarma wati
 

Similar to Guru yang ideal (20)

Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
PROJEK AKHIR PAI_A175057.pptx
PROJEK AKHIR PAI_A175057.pptxPROJEK AKHIR PAI_A175057.pptx
PROJEK AKHIR PAI_A175057.pptx
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Guru permulaan (sosialisasi)
Guru permulaan (sosialisasi)Guru permulaan (sosialisasi)
Guru permulaan (sosialisasi)
 
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar
 
Modul KB 5 Mendakan Variasi
Modul KB 5 Mendakan VariasiModul KB 5 Mendakan Variasi
Modul KB 5 Mendakan Variasi
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21
 
Menjadi guru yang baik.pptx emi
Menjadi guru yang baik.pptx emiMenjadi guru yang baik.pptx emi
Menjadi guru yang baik.pptx emi
 
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyaniBagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
Bagaimana menjadi guru yang baik.pptx mulyani
 

Guru yang ideal

  • 1. Guru Yang Ideal Guru yang ideal terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu kaedah pengajaran, cara bersosial, penampilan dan perwatakan, ilmu pengetahuan, kemahiran pertuturan antara pelajar dan guru dan sifat keprihatinan. Guru yang ideal mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting agar isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Oleh yang demikian, guru perlu membuat persediaan yang cukup sebelum memulakan pengajaran di samping bijak menarik minat pelajar untuk belajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata perangsang serta pujian terhadap pelajar. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar.Guru yang ideal perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama ahli masyarakat amat penting. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang ideal. Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditonjolkan dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.
  • 2. Guru juga perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu Ilmu supaya guru tidak menjadi orang yang ketinggalan. Untuk itu, guru harus berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan.Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak boleh dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain. Hubungan yang baik antara guru dengan murid akan dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Oleh itu, komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Keadaan ini akan menjadikan pelajar lebih selesa untuk mendekati guru dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk. Hal ini demikian kerana, guru akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang menunjukkan minat terhadap ilmu yang disampaikannya. Guru juga akan memberi nasihat dan tip-tip berguna untuk berjaya terutamanya kepada yang selalu mendampingi guru tersebut. Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan. Ini kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran adalah rendah. Oleh itu, penggunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami digunakan. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka.