PROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
NAMA: NUR SYAHEERA ZUNIKA BINTI RASHDAN
NO. MATRIK: A164569
NAMA PENSYARAH: PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
1. TAJUK : PROJEK AKHIR
NAMA : NUR SYAHEERA ZUNIKA BINTI RASHDAN
NO. MATRIK : A164569
NAMA PENSYARAH : PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN
O.K RAHMAT
2. SOALAN
Jika anda menjadi seorang guru atau anda sedang
mencari guru, terangkan guru yang bagai mana
anda impikan?
4. 1. KREATIF
•Seseorang guru yang mempunyai kualiti daya
usaha yag kreatif tidak akan terperangkap
dengan rutin yang membosankan murid untuk
belajar. Guru yang kreatif ini akan sentiasa
memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah
mengajar yang baru supaya pengajarannya
sentiasa menjadi menarik dan berkesan.
5. 2. JENAKA
•Sifat jenaka seseorang guru akan membawa
keriangan dalam kelas dan akan lebih suka didekati
oleh muridnya. Seseorang guru yang mempunyai
sifat ini akan selalu membawa unsur kelucuan dan
akan membuatkan sesuatu pembelajaran menjadi
lebih menarik dan tidak bosan. Pengajaran secara
efektif akan berlaku secara tidak langsung.
6. 3. SENTIASA POSITIF
•Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah,
dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap
membantu dan menyampaikan seberapa banyak
ilmu kepada murid-muridnya. Guru yang memiliki
sikap-sikap positif ini akan membuatkan murid rasa
hormat kepadanya dan akan taat dengan arahan
guru tersebut.
7. 4. MENEPATI MASA
•Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya
mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Jika
seseorang guru sentiasa menepati masa untuk
memasuki ke kelas, murid akan berasa senang hati
kerana guru tersebut merupakan seorang guru
yang tidak membazirkan masa. Dengan ini, murid
akan mencontohi teladan guru tersebut dan
dapatlah memupuk nilai yang baik dalam kalangan
murid.