Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
LMCP1112 GURU YANG SAYA IMPIKAN
1. LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK TUGASAN :
PROJEK AKHIR
NAMA PENSYARAH :
PROF. IR. DATO’.DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA:
NUR FAZIHATUN BINTI MOHAMAD ZAINI
NO.MATRIK:
A165613
2. Jika anda menjadi
seorang guru atau anda
sedang mencari guru,
terangkan guru yang
bagaimana anda
impikan.
SOALAN
4. 1. SEORANG GURU YANG
MEMPUNYAI SIFAT
KESABARAN YANG TINGGI
Guru harus mendorong murid dengan sabar dan
kemungkinan murid tersebut akan mudah
mencapai kecemerlangan mahupun di sekolah
atau alam dewasa. Sabar itu separuh daripada
iman, sabar boleh membentuk guru supaya
mempunyai kekuatan rohani. Kesannya, guru
dan murid boleh mendapat kebaikan dan
mewujudkan masyarakat yang harmoni dengan
menanamkan sifat sabar dalam diri.
5. 2. MEMBERI PENGAJARAN YANG
BERKESAN
Pelajar memerlukan kaedah
penyampaian yang menarik supaya
dapat meningkatkan pemahaman
dalam sesuatu mata pelajaran.
Guru perlulah berperwatakan
menarik dan personaliti yang
sesuai dengan pelajar. Setiap
murid mempunyai kaedah yang
berlainan dalam memahami
sesuatu mata pelajaran seperti
melalui visual, pendengaran dan
secara praktikal.
6. 3. GURU YANG TEGAS TETAPI LEMBUT
Murid-murid akan berasa senang
dengan keperibadian guru seperti
ini. Guru boleh membuat pelajar
mudah mengikuti pembelajarannya
walaupun murid tersebut ialah
murid bermasalah. Ketegasan guru
dalam memastikan pelajar
menyiapkan kerja sekolah adalah
perlu dan ianya juga membentuk
disiplin pelajar.
7. 4. GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB
Guru yang bertanggungjawab
adalah seorang guru yang akan
selalu berusaha untuk
meningkatkan pencapaian
akademik pelajar, susah senang
pelajar adalah bersama guru.
Dengan cara itu, murid-murid
akan bersemangat menempuh
alam persekolahan mereka kerana
kehadiran pemangkin yang
mendorong mereka, iaitu guru.
Guru akan memberi impak yang
besar dalam kehidupan murid-
murid.
8. 5. GURU YANG MENUNJUKKAN TINGKAH
LAKU YANG BAIK
Guru perlu menunjukkan
contoh yang baik di hadapan
kanak-kanak kerana perkara
sebaliknya akan mempengaruhi
kanak-kanak tersebut dengan
perkara negatif yang
mencacatkan sahsiah mereka.
Sejajar hal ini, guru yang baik
tingkah lakunya akan
melahirkan para pemimpin
yang berjaya pada masa akan
datang.