SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
PENGENALAN

       Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti

pendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu

diperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru

merupakan fokus utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanak

yang akan mmenjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara

pada masa depan.

       Guru memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segala

tingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,

guru mestilah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan

murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas

sebagai pendidik dengan lebih sempurna.
Sifat dan kualiti peribadi

   Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi

contoh kepada murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualiti

seperti berikut:

1. Jenaka:

   Apabila seseorang guru itu mempunyai sifat jenaka, ini akan membawa suasana riang

gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketawa dalam

bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid-

muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenaknya, guru dapat menjadikan

pelajarannya lebih menarik dan berkesan.



2. Baik hati dan bertimbang rasa:

   Sikap baik hati dan bertimbang rasa seseorang guru amatlah dihargai oleh murid-

murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.



3. Sabar:

   Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal kemarahan dan

mengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru

yang mudah menunjukkan kemarahnya tidak akan dapat menjalin perhubungan yang erat

dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajaran

dan pembelajaran. Seterusnya murid-murid tidak menyukai guru tersebut dan tidak

meminati pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
4. Bertanggungjawab:

   Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amat

penting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri

seseorang guru. Ini secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha

menjalankan tugasnya dengan sempurna.



5. Yakin

   Sifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktor

yang menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guru

yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satu

tindakan atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil

tindakan yang tegas.



6. Kepimpinan

   Murid selalu akan menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akan

diikutinya. Oleh yang demikian seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar

murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai

kualiti kepimpinan mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengan

kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin

dengan berkesan.
Sifat dan kualiti profesional

       Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yang

bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggi

akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yang

demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka tidak

semestinya guru yang baik. Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru supaya

dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah :

1. Ingin tahu

   Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guru

itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalu

mempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulum

mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru.

2. Pengetahuan ikhtisas

   Seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana seseorang guru itu mestilah bertauliah,

iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru mestilah

dilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-

kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya. Guru-

guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru

yang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan.
3. Suka membaca

   Guru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam sebelum

menyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa menyampaikan dan

menyebarkan ilmu kepada murid. Walau bagaimanapun objektif ini hanya dapat dicapai

sekiranya guru sentiasa membaca. Ini kerana, sifat suka membaca adalah kriteria yang

penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru.

4. Kemahiran bertutur

   Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran ialah

kemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akan

membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknya

pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang jelas.

Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap.

Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang

penting bagi seseorang guru.

5. Daya ingatan

   Daya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yang

sepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, murid-

murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan oleh

guru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan kualiti

profesional seorang guru.
6. Daya usaha

   Kualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah yang

akhirnya akan menyebabkan murid-murid bosan untuk belajar. Ini kerana guru yang

mempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba pendekatan

atau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.



Sifat dan kualiti sosial

       Tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Seseorang

guru juga hendaklah melakukan kerjasama sesama guru lain untuk meningkatkan

kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah. Ini kerana ia bergantung

kepada kerjasama dan muafakat diantara semua golongan guru di sekolah itu. Selain itu

imej guru dapat dipertingkatkan jikalau guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam

kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakkan belia dan sukan, badan

kebajikan, kebudayaan dan sebagainya.

       Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa sekarang bukan hanya

ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga dari

segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah :

1. Budi pekerti: ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul denagan rakan-

   rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat. Seseorang guru yang

   mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.
2. Ramah mesra: sifat ramah mesra merupakan stu kualiti yang perlu ada untuk

   mendapat kerjasama orng lain. Sifat ini juga akan sentiasa akan menyebabkan murid-

   murid suka berdamping rapat dengan guru itu.

3. Merendah diri: sifat merendah diri adalah sifat kebaikan daripada sikap sombong.

   Orang tidak suka akan bergaul dengan orang yang somong. Oleh itu sifat merendah

   diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada seseorang guru.

4. Semangat berbakti: seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti akan sentiasa

   disanjung oleh guru lain. Sifat inimerupakan salah satu kualiti sosial yang murni bagi

   seseorang guru.

5. Jujur: sikap jujur bertentangan dengan sikap menipu. Dengan sifat jujur, guru akan

   menjalankan tugas dengan penuh dedikasi baik di dalam bilik darjah mahupun diluar

   bilik darjah. Sifat kejujuran merupakan salah satu kualiti sosial yang murni seseorang

   guru yang mempunyai sifat kejujuran akan dihormati boleh orang lain. Guru yang

   jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap

   cemerrlang.



   Secara umumnya, seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang murni

dapat diperhatikan daripada keadaan yang berikut:-

 Murid-murid suka berdamping rapat dengannya.

 Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya.

 Guru itu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial.

 Memberi sumbangan secara sukarela serta dengan penuh dedikasi.
Sebagaimana yang telah diterangkan, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-

kanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, duru

mestilah mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dan

kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik,

pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara.

   Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat

menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.



                          PENGERTIAN AKAUNTABILITI



       Mengikut    kamus    dwibahasa,   perkataan   akauntabilti   dijelaskan   sebagai

bartanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi,

dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab

terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seseorang guru terhadap profesionnya,

boleh diperlihatkan daripada laporan rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan penilai

bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestsi guru itu semasa

melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, guru yang sedang

mengikuti latihan mengajar akan diawasi dan dinilai oleh penel penilai yang dilantik

kementerian pendidikan.

       Panel penilai ini biasanya terdiri daripada orang-orang profesional yang diberi

pengiktirafan dan mempunyai kecekapan menjalankan penilaian secara tepat dan

saksama tentang tugas yang dilaksanakan oleh guru yang dinilai. Selepas penilaian itu,

pengurusi dalam panel penilai akan mengemukakan laporan mengenai prestasi atau
pencapaian guru itu berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciri-ciri yang

ditetapkan. Laporan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan adalah bertujuan

untuk mempertimbangkan langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi guru.

        Misalnya, prestasi guru-guru dalam pelbagai kategori adalah dinilai oleh panel

penilai yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar dan

Penolong Kanan. Hasil penilaian ini akan direkodkan dalam laporan penilaian prestasi

yang kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki

kebolehan guru tersebut.



                              AKAUNTABILITI GURU

        Menurut akauntabiliti guru terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan seperti

berikut:-

1.   Bidang Pekerjaan:

     Terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang pendidik

(guru) bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum

yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum

sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanaknnya dengan sempurna tanpa

sebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran murid mengikut kurikulum yang ditugaskan

adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya.



2.   Sekolah

     Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab

terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentaadbiraan sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan

kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki

menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha

peperiksaan, pengurusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik

oleh pihak pentadbiran sekolah.



3. Tingkah Laku

   Tingkah laku guru adalah contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah

mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid

untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan

baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai

sikap terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan

seperti guru, berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru.



4. Murid

   Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad

kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi

pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari

segi intelek, rohani emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu

pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai

akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang

diajarnnya.
5. Profesion

        Sebagai seorang profesional, guru menpunyai akuantabiliti terhadap profesionnya.

Oleh itu guru bertanggungjawab meningkatkan           imej profesion keguruan dengan

memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan

dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akedemik

yang cemerlang. Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas

mengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati

akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

        Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan

tanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara

Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi

supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang,

sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Berikutan ialah huraian-huraian

ringkas mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, pendidikan, pelajar dan ibu bapa

serta diri.



Akauntabiliti guru terhadap negara

    Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara

dengan jelas.

1   Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa

    dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang

    taat setia, bertanggungjawab serta berguna.
2   Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil

    bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

3   Mengerat persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan ibu

    bapa murid .

4   Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara.

5   Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi

    mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.



Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan

1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang

    diajar.

2   Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan

    mata pelajaran yang diajar.

3   Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untuk

    meningkat prestasi dalam aktiviti pengajaran .

4   Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai

    okbektif pelajaran secara maksimum .

5   Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan

    menerima ilmu pengetahuan yang betul.
Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Dan Ibu bapa

1.   Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah.              Ini termasuklah

     menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan

     pembelajaran dengan cara berkesan.

2.   Mengutamakan kebajikan, kemajuan,dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal

     lain.

3.   Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani,

     mental, emosi, politik ,ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

4.   Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah

     atau bayaran .

5.   Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi bahasa dan

     bersopan santun semasa bertugas.



Akauntabiliti Guru Terhadap Diri

1.   Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

2.   Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa .

3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijak supaya pendapatan adalah seimbang

     dengan perbelanjaan harian.

4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini

     termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.

5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang

     berlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen .
6.    Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat dengan tujuan

     mengisi masa lapang secara berfaedah.



Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan.

        Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza

berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada

perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas

dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi

dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaan

reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM,

memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi

mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

        Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran

daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih

ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang

dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan

masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga mereka

untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru.

        Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring

dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu

tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan

pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi
tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah

sentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran

mengajar dari semasa ke semasa.

       Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan

oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan

Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme

Keguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah penting bagi guru demi

mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang kian

kompleks, canggih serta kian mencabar.

       Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha

utamaialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus

sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasi

dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha

ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan

kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik

darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk

mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.



Contoh-contoh masalah pendidikan.

       Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam

proses pengajaran dan pembelajaran seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan :

        Penggunaan bahan-bahan pengajaran
 Penggunaan strategi dan kaedah mengajar

        Pengurusan aktiviti kumpulan

        Perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan

        Penyediaan lembaran kerja.

       Sebagai contoh, katakan sekumpulan guru matematik di sekolah rendah

menghadapi masalah dalam pendidikan pemulihan untuk murid-murid dalam kumpulan

lambaat. Guru-guru matematik ini mengambil keputusan untuk mengkaji masalah yang

mereka hadapi dan menjalankan penyelidikan secara usahasama. Mereka membuat

pemerhatian masing-masing dan merekodkan serta bermesyuarat. Mesyuarat ini adalah

utnuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa strategi menyepadukan guru

pemulihan dengan guru matematik ke dalam kelas biasa adalah lebih berkesan daripada

menempatkan murid-murid itu ke dalam kelas pemulihan secara berasingan.



Proses Kajian dan Penyelidikan Secara Asas

Peringkat 1 : Mengenal pasti masalah dan menentukan tema kajian.

Peringkat 2 : Merancang dan menentukan strategi penyelidikan.

Peringkat 3 : Melaksanakan rancangan penyelidikan.

Peringkat 4 : Menganalisa, mentafsir dan membuat kesimpulan atau keputusan.

Peringkat 5 : Menyediakan laporan dan mengambil tindakan.

a) menentukan calon-calon untuk dikaji

b) memilih pembantu untuk menjalankan kajian

c) menentu kaedah kajian

d) menentu cara penyelidikan
e) menyediakan soalan-soalan kajian dan kajian

f) menentukan kaedah pentafsiran

g) menyediakan jadual perlaksanaan

h) mengumpul data membuat pentafsir serta kesimpulan

i) menyediakan laporan dan mengambil tindakan



Pendidikan ke arah perkembangan kendiri

   Mengikut H.V.Perkins, dalam bukunya Human Development and learning (1974),

konsep kendiri terdiri pada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang

oleh seseorangindividu tentang dirinya. Maka, konsep diri memanglah mempengaruhi

segala tingkah laku seseoang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam alam

sekitar sedikit sebanyak konsep dirinya.



Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentuk konsep diri

   Pembentukan konsep diri dan orang lain terhadapnya. Maka faktor-faktor

pembentukan diri adalah berkaitan rapat dengan sisitem psikofizikal, alam sekitar dan

interaksi sosial seoarang individu. Gaya interaksi sosial seorang individu. Di antara

faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep diri ialah:

1. Pengaruh baka keatas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.

2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.

3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkahlaku

4. Emosi mempengaruhi perasaan

5. Pengaruh kelurga membentuk sikap dan kercayaan.
6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.

7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku agar sesuai dengan persepsi orang

   lain terhadapnya.

8. Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah seseoang.



Pengaruh konsep diri terhadap seseorang individu

       Konsep diri banyak mempengaruhi tingkahlaku manusia kearah penyesuaian,

iaitu (a) penerimaan atau penolakan diri, dan (b) penghargaan kendiri. Seseorang yang

dapat menyesuaikan diri kearah penerimaan kendiri biasanya menggunakan cara

berkongsi kasih mengasih dengan keluarga, kawan atau gurunya di sekolah. Perasaan

yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang

berinteraksi dengannya, perasaannya akan membawa menerima dan menghargainya.

       Sebaliknya, jika seseorang indisidu merasai kurang mandapat peneimaan daripada

ornag-orang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami persaan penolakan diri.

Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hdup yang

dihadapi.

       Penghargaan kendiri ditimbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam

kebaikan diri sendiri. Penghargaan kendiri boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitu

penghargaan kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha sehingga berjaya

mencapai apa yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri yang berbakat

dan berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya

kurang yakin pada sendiri yang berbakat dan berkebolehan. Orang yang mempunyai

penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa merasa
konflikdalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil keputusan dengan tepat. Manakala

orang yang mempunyai penghargaan kendiri rendah biasanya bersikap negatif, kurang

yakin dengan diri sendiri, ragu tentang kebolehan diri sendir dan sering berusaha

melepaskan diri apabila menghadapi masalah.

       Secara ringkasnya diri sendiri merupakan keseluruhan perkembangan sahsiah

seseorang individu yang unik dan dinamik. Manakala, konsep diri bererti persepsi

seseorang individu termasuk persepsi orang lain terhadap dirinya. Persepsi-persepsi ini

adalah dilahirkan daripada sistem psikofizikal seseorang yang telah dihuraikan diatas.


                                          Konsep Diri
                                           (kendiri)




                                                         Persepsi ke atas persepsi
             Persepsi terhadap diri                      orang lain terhadap diri
             sendiri                                     sendiri.


                            Pembentukan konsep diri




Nilai-nilai Diri

       Nilai merupakan kriteria bagi kita mengukur atau mempertimbangkan harga atau

pengakuan tentang mutunya sesuatu benda. Di bawah konteks manusia, nilai membawa

maksud kebolehan dan kebaikan seseorang. Maka nilai-nilai diri menrangkumi unsur-

unsur pertimbangan seseorang individu seperti kebolehan, kebaikan, pengetahuan,

potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani dan tingkah lakunya.
Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai-bagai

cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat,

peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran dan pendidikan.

        Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang

dialaminya dari semasa ke semasa. Oleh itu, nilai-nilai diri sentiasa berubah mengikut

peredaran masa. Biasanya, nilai-nilai seseorang dewasa adalah lebih kompleks dan

berharga daripada nilai-nilai seseorang kanak-kanak.



Kepentingan Nilai-nilai Individu

        Nilai-nilai adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia menentukan

hampir segala corak kehidupan, sama ada dalam masa kini ataupun maa depan. Hampir

segala keputusan dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepada

pertimbangan-pertimbangan        ke    atas   kebolahan,   potensi,   pengetahuan,   bakat,

kepercayaan, kecekapan dan sikapnya. Pertimbangan-pertimbanagan ini adalah unsur-

unsur persepsi ke nilai-nilai diri sendiri.

        Berdasarkan perbincangan di atas, perkembangan kendiri boleh disamakan

sebagai perkembangan potensi diri dari segi intelek, rohani, sosial, rohani dan jasmani.

Usaha untuk memperkembangkan potensi diri bukan sahaja kemahiran-kemahiran seperti

kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi serta

kemahiran menangani masalah dan cabaran.

        Oleh itu, guru haruslah menguasai kemahiran-kemahiran ke arah perkembangan

kendiri. Usaha ini akan membolehkan guru mengembangkan potensi diri, meningkatkan
statusnya sebagai profesional dalam erti kata sebenarnya, menjalankan tugas dengan

cekap dan penuh keyakinan serta mencapai prestasi yang cemerlang.



Peka Terhadap Perkembangan Pendidikan Terkini

        Di dalam dekat 90-an, Malaysia dijangka akan mengambil langkah untuk

mengemaskini sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan

seperti berikut :

1.      Memperkenalkan pendidikan prasekolah dalam sekolah rendah.

2.      Mengurangkan tahun persekolahan diperingkat sekolah rendah dari 6 tahun

        kepada 5 tahun bagi murid-murid cerdas dan melanjutkan tahun persekolahan ke

        7 tahun untuk murid-murid yang lambat.

3.      Memberi peluang pendidiakn kepada semua pelajar denagn melanjutkan tempoh

        pelajaran mereka dari 9 tahun hingga 12 tahun, iaitu sehingga tingkatan 5 di

        peringkat sekolah menengah.

4.      Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang

        mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga.

5.      Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah rendah (PMR).

6.      Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan

        menggantinya dengan sistem pendidikan umum.

7.      Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dan

        menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.

8.      Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikan

        program KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.
9.       Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga pengajar yang

         mahir dalam pelbagai jurusan pendidikan.

10.      Menukar sistem persekolahan dengan menambah waktu pelajaran sesi pagi

         sehingga petang.



Pendidikan kini di Malaysia

(i) Pendidikan Jarak Jauh               (iii) Pendidikan Terbuka

(ii) Pendidikan Komputer                (iv) Pendidikan Radio dan Televisyen



(i) Pendidikan Jarak Jauh.

         Kaedah pendidikan ini juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media,

Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melaui Siaran. Terdapat dua cara yang bisa

digunakan dalam pengendalian pendidikan jarak jauh ini iaitu :

1.     Guru atau pengajar menyampaikan pengajarannya dengan tidak payah bersemuka

      dengan pelajar. Mereka menggunakan kaedah jarak jauh iaitu dengan menggunakan

      alat penghantaran seperti radio atau televisyen.

2.    Selain itu pengajar menyampaikan pengajaran mereka dalam bentuk naskah bercetak,

      pita rakaman, pita video ataupun dalam disket komputer ke pusat – pusat sumber

      untuk dipinjamkan kepada pelajar – pelajar yang ingin menggunakannya. Selain itu

      juga pelajar boleh dilatih dengan menggunakan kaedah CAL ( Computer Assisted

      Learning ) dirumah.
Alat bantuan mengajar seperti ini adalah untuk memudahkan pelajar untuk belajar

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kelas ataupun kuliah. Mereka boleh

mendapatkannya dengan hanya duduk dirumah. Dalam perkataan lain sekolah tidak lagi

menjadi tempat bagi mendapatka pendidikan formal.pelajar – pelajar yang mengikuti

sistem pendidikan ini akan mengikuti rancangan peljaran sesuatu kurikulum,

menjalankan dan menyediakan kerja kursus dan juga menduduki peperiksaan seperti

pelajar lain. Mereka juga seterusnya akan memperolehi sijil yang juga diiktiraf.

       Namun begitu jenis pendidikan seperti ini hanya banyak diamalkan dinegara

barat, di negara kita pendidikan seperti ini dikenali sebagai pendidikan luar kampus.

Program pendidikan luar kampus ini telah mula diperkenalkan dinegara kita pada tahun

1971 di Universiti Sains Malaysi. Dalam program ini guru – guru terelatih dikehendaki

mengahdirkan diri ke kuliah dalam cuti penggal ketiga setiap selama 4 tahun. Mereka

juga kana menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar – pelajar lain yang menuntut

secara sepenuh masa.

       Kemudian pada tahu kelima pula, guru – guru yang telah berjaya akan memasuki

Universiti itu dan kursus tahun ketiga dengan sepenuh masa bersama – sama penuntut

tahun akhir yang lain. Program ini telah bermula dengan pengambilan pelajar seramai 84

orang iaitu pada tahun 1971, dan seterusnya pada tahun 1974 bilangan kemasukan telah

bertambah kepada 570 orang. Pada waktu ini program ini telah berkembang dengan

kemasukan ribuan penuntut pada setiap tahun, dan mereka telah mengikuti kursus dalam

berbagai bidang.
(ii) Pendidikan Terbuka.

       Kaedah pendidikan ini pula boleh dimaksudkan dengan pendidikan masyarakat

atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Ia tidak memerlukan sebarangkelayakan untuk

mendaftar diri bagi mengikuti segala aktiviti. Aktiviti pendidikan boleh dijalankan

dirumah ataupun ditempat kerja sendiri. Trdapat berbagai - bagai jenis pendidikan

terbuka yang dikelolakan oleh berbagai pihak, diantaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh,

Pendidikan Komputer dan Pendidikan Universiti Terbuka.



(iii) Pendidikan Radio Dan Televisyen.

       Radio adalah alat bentuan mengajar yang agak berkesan dalam bidang pengajaran

dan juga pembelajaran. Ia memain peranan dalam penguasaan kemahiran bahasa. Murid-

murid akan dapat mendengar rancangan-rancangan pelajaran yang dikelolakan oleh

pihak-pihak tertentu dan secara tidak langsung mereka akan dapat menguasai kemahiran

mendengar dan menguasai bahasa baku. Di samping itu mereka juga akan mendapat

pengetahuan lain yang mungkin berguna kepada mereka.

       Televisyen juga adalah alat bentu mengajar yang berkesan dan ia lebih baik jika

dibandingkan dengan radio. Ini adalah kerana disamping mendengar pelajar dapat

menggunakan deria penglihatan mereka. Dengan ini pelajar dapat menggunakan kedua –

dua pencaindera terpenting mereka dalam pembelajaran iaitu penglihatan dan juga

pendengaran.

       Program pendidikan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan

di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyediaannya adalah berdasarkan Sukatan

Pelajaran KBSR dan KBSM secara khusus supaya ia menjadi menarik untuk disiarkan
dan berkesan. Ia bertujuan untuk melengkapi kekurangan guru – guru dari segi rancangan

dan pengajaran serta alat bantu mengajar. Rancangan ini dikendalikan oleh guru – guru

yang dilatih khas dan mahir bagi memastikan supaya ia berjaya dan berkesan.

       Di negara kita, program ini disiarkan secara langsung dari masa kesemasa

mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sistem yang lebih cnaggih ialah pendidikan

televisyen melalui satelit di mana ramai orang dewasa mendapat pendidikan profesional

melaluinya.



(iv) Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran.

       Kaedah in telha memberikan banyak perkembangan dalam sistem pendidikan

yang semakin maju dan canggih ini. Ia membawa perubahan dan perkembangan baru

dalam pendidikan khususnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori

pengajaran, pengurusan sekolah serta kemahiran guru. Dalam pendidikan penggunaan

komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :

1) Komputer membantu poendidikan.

       Segala tugas pengajaran dilkukan dengan menggunakan teknolgi komputer.

Selain itu penggunaan komputer juga dilakukan dalam bidang pengurusan pembelajaran.

budaya komputer adalah penting sepertimana kemahiran mengira ataupun membaca, jika

tiada budaya komputer maka pelajar akan dianggap buta huruf pada masa akan datang.

2) Komputer membantu pengajaran.

   Ia merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam pengajaran.

Teknologi erta sistam komputer digunakna oleh pelajar bagi mengikuti pelajaran

terancang secara individu tanpa memerlukan guru pembimbing. Tugas guru hanyalah
untuk merekabentuk program, dan pelajar akan belajar program itu menggunakan

komputer sebagai alat perantaraan. Modul pula dirancang dirancanga dalam bentuk

pelajran formal, latihan terkawal, pengajaran, serta penyelesaian masalah.

3) Komputer mengurus pengajaran.

   Pengumpulan maklumat dan juga penganalisaan mengenai keberkesanan pengajaran,

penggunaan bahan pengajaran, situasi pengajaran interaksi murid dalam kelas boleh

dilakukan menggunakan teknologi komputer. Kemudian hasil yang diperolehi akan

digunakan bagi mengubahsuai rancangan pelajaran dan memperbaiki kelemahan –

kelemahan yang ada.

4) Komputer membantu pengujian.

   Selain dari kegunaan sistem komputer yang diterangkan diatas terdapat juga

kegunaan lain yang biasa digunakan iaitu untuk menguji keberkesanan pembelajaran. ia

dikendalikan dengan dua cara iaitu :

       a)      Jawapan murid adalah menggunakan borang komputer dan penandaan

               dilakukan menggunakan komputer.

       b)      Pemilihan soalan juga menggunakan komputer dan murid akan

               menggunakan komputer bagi menjawab soalan. Kemudian markah akan

               diberikan oleh komputer.

       Di Malaysia penggunaan sistem komputer dalam pendidikan adalah semakin

meningkat. Dalam dekat 70 an, penggunaan komputer adalah meluas bagi memeriksa

kertas jawapan objektif dalam peperiksaan awam. Selain itu ia juga digunakan dalam

bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Dalam dekad ini dijangkakan bahawa

komputer akan digunakan secara meluas.
KESIMPULAN
       Institusi pendidikan merupakan salah satu daripada institusi-institusi yang
disediakan oleh kerajaan, sesuai dengan keperluan rakyat yang mementingkan pendidikan
demi masa hadapan yang gemilang. Justeru itu kerajaan telah menyediakan prasarana-
prasarana yang berkaitan dengan institusi pendidikan. Sebagai contoh, kerajaan telah
menyediakan sekolah-sekolah di setiap kawasan yang mempunyai penduduk sama ada di
bandar atau di kampung-kampung. Kerajaan juga menyediakan perpustakaan, pinjaman
pelajaran (biasiswa), maktab perguruan dan sebagainya. Tetapi kepentingan maktab
perguruan sebagai titik asas penghasilan bakal-bakal guru tidak dapat dinafikan. Di
sinilah bakal-bakal guru diajar dan dibentuk untuk menjadi seorang guru yang berkarisma
dan bermotivasi tinggi.
       Guru merupakan individu yang mencorak sahsiah keperibadian seseorang pelajar
dan ini penting supaya pelajar yang keluar dari zaman persekolahan akan menjadi
seorang yang berguna, berketrampilan dan memenuhi keperluan era teknologi moden.
Guru seharusnya mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran
murid-murid sesuai dengan kosep keguruan itu sendiri. Guru harus peka dengan suasana
pembelajaran dan mengikutinya serta mempunyai akauntabiliti. Akauntabiliti ini amat
penting kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap hubungan guru dengan
murid tetapi juga hubungan diantara guru dengan guru serta diantara guru dengan ibu
bapa pelajar.
       Selain daripada itu, guru harus menyiapkan diri dengan cara pembelajaran yang
moden seiring dengan perubahan teknologi dalam kehidupan. Pada masa dahulu guru
mengajar dengan menggunakan kaedah lama iaitu guru mengajar dan murid mendengar
tetapi cara itu harus diubah. Sebagai contoh, guru sekarang dapat menggunakan
pendekatan baru seperti menggunakan OHP, alat pandang dengar ataupun menggunakan
komputer dalam sesi pengajaran. Ini dapat memudahkan pelajar memahami pelajaran
selain mendedahkan pelajar kepada teknologi.
Walau bagaimanapun, guru seharusnya menyiapkan diri terlebih dahulu dengan
segala ilmu yang diajar ketika berada di maktab-maktab perguruan. Ini kerana guru
seharusnya mahir dengan cara pengajaran di dalam kelas selain mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang baik. Semua ini dapat membantu guru-guru mencapai objektif
keguruan dengan baik selain menjadi seorang guru yang cemerlang.

More Related Content

What's hot

Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSiti Mariam
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 

What's hot (20)

jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 

Similar to Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru

Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1suren sugu
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1suren sugu
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMGalih Nurhavis
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854SudeshKannahMohan
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Guru yang ideal
Guru yang idealGuru yang ideal
Guru yang idealcikgu_eifa
 
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954LevanRaj
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
Kepribadian guru
Kepribadian guru Kepribadian guru
Kepribadian guru Ida Nana
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SHAKILAJAKISS1
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikNur Arifaizal Basri
 

Similar to Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru (20)

Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1
 
Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1Assigemant edu.doc 1
Assigemant edu.doc 1
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Guru yang ideal
Guru yang idealGuru yang ideal
Guru yang ideal
 
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
CIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdf
CIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdfCIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdf
CIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdf
 
PROJEK AKHIR : GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR : GURU IMPIANPROJEK AKHIR : GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR : GURU IMPIAN
 
Guru profesional
Guru profesionalGuru profesional
Guru profesional
 
Kepribadian guru
Kepribadian guru Kepribadian guru
Kepribadian guru
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
 
Guru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidikGuru sebagai pengajar dan pendidik
Guru sebagai pengajar dan pendidik
 
Gambaran umum tentang guru (by m.faizal)
Gambaran umum tentang guru (by m.faizal)Gambaran umum tentang guru (by m.faizal)
Gambaran umum tentang guru (by m.faizal)
 

More from Hishamuddin Jabar

Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysiaTatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysiaHishamuddin Jabar
 
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dHishamuddin Jabar
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+mediaModel+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+mediaHishamuddin Jabar
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriHishamuddin Jabar
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Hishamuddin Jabar
 

More from Hishamuddin Jabar (20)

Pro forma kursus
Pro forma kursusPro forma kursus
Pro forma kursus
 
Pro forma kursus
Pro forma kursusPro forma kursus
Pro forma kursus
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
 
Fpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpmFpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpm
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
 
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysiaTatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysia
 
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
 
Rpp+perancangan+kuliah
Rpp+perancangan+kuliahRpp+perancangan+kuliah
Rpp+perancangan+kuliah
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Panduan+menulis++buku
Panduan+menulis++bukuPanduan+menulis++buku
Panduan+menulis++buku
 
Panduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn pPanduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn p
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+mediaModel+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
 
Model+assure
Model+assureModel+assure
Model+assure
 
Model+addie
Model+addieModel+addie
Model+addie
 
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
 
Fpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpmFpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpm
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
 

Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru

  • 1. PENGENALAN Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti pendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu diperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru merupakan fokus utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanak yang akan mmenjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Guru memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segala tingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian, guru mestilah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih sempurna.
  • 2. Sifat dan kualiti peribadi Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi contoh kepada murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualiti seperti berikut: 1. Jenaka: Apabila seseorang guru itu mempunyai sifat jenaka, ini akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketawa dalam bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid- muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenaknya, guru dapat menjadikan pelajarannya lebih menarik dan berkesan. 2. Baik hati dan bertimbang rasa: Sikap baik hati dan bertimbang rasa seseorang guru amatlah dihargai oleh murid- murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. 3. Sabar: Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal kemarahan dan mengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru yang mudah menunjukkan kemarahnya tidak akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya murid-murid tidak menyukai guru tersebut dan tidak meminati pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
  • 3. 4. Bertanggungjawab: Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amat penting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri seseorang guru. Ini secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna. 5. Yakin Sifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil tindakan yang tegas. 6. Kepimpinan Murid selalu akan menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akan diikutinya. Oleh yang demikian seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai kualiti kepimpinan mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dengan berkesan.
  • 4. Sifat dan kualiti profesional Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yang bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggi akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yang demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka tidak semestinya guru yang baik. Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru supaya dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah : 1. Ingin tahu Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guru itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalu mempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru. 2. Pengetahuan ikhtisas Seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana seseorang guru itu mestilah bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru mestilah dilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak- kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya. Guru- guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan.
  • 5. 3. Suka membaca Guru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam sebelum menyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada murid. Walau bagaimanapun objektif ini hanya dapat dicapai sekiranya guru sentiasa membaca. Ini kerana, sifat suka membaca adalah kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru. 4. Kemahiran bertutur Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran ialah kemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akan membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknya pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang jelas. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap. Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi seseorang guru. 5. Daya ingatan Daya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yang sepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, murid- murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan oleh guru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan kualiti profesional seorang guru.
  • 6. 6. Daya usaha Kualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah yang akhirnya akan menyebabkan murid-murid bosan untuk belajar. Ini kerana guru yang mempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba pendekatan atau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan. Sifat dan kualiti sosial Tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Seseorang guru juga hendaklah melakukan kerjasama sesama guru lain untuk meningkatkan kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah. Ini kerana ia bergantung kepada kerjasama dan muafakat diantara semua golongan guru di sekolah itu. Selain itu imej guru dapat dipertingkatkan jikalau guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakkan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa sekarang bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga dari segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah : 1. Budi pekerti: ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul denagan rakan- rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.
  • 7. 2. Ramah mesra: sifat ramah mesra merupakan stu kualiti yang perlu ada untuk mendapat kerjasama orng lain. Sifat ini juga akan sentiasa akan menyebabkan murid- murid suka berdamping rapat dengan guru itu. 3. Merendah diri: sifat merendah diri adalah sifat kebaikan daripada sikap sombong. Orang tidak suka akan bergaul dengan orang yang somong. Oleh itu sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada seseorang guru. 4. Semangat berbakti: seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti akan sentiasa disanjung oleh guru lain. Sifat inimerupakan salah satu kualiti sosial yang murni bagi seseorang guru. 5. Jujur: sikap jujur bertentangan dengan sikap menipu. Dengan sifat jujur, guru akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi baik di dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Sifat kejujuran merupakan salah satu kualiti sosial yang murni seseorang guru yang mempunyai sifat kejujuran akan dihormati boleh orang lain. Guru yang jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap cemerrlang. Secara umumnya, seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang murni dapat diperhatikan daripada keadaan yang berikut:-  Murid-murid suka berdamping rapat dengannya.  Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya.  Guru itu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial.  Memberi sumbangan secara sukarela serta dengan penuh dedikasi.
  • 8. Sebagaimana yang telah diterangkan, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak- kanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, duru mestilah mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi. PENGERTIAN AKAUNTABILITI Mengikut kamus dwibahasa, perkataan akauntabilti dijelaskan sebagai bartanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi, dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seseorang guru terhadap profesionnya, boleh diperlihatkan daripada laporan rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan penilai bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestsi guru itu semasa melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, guru yang sedang mengikuti latihan mengajar akan diawasi dan dinilai oleh penel penilai yang dilantik kementerian pendidikan. Panel penilai ini biasanya terdiri daripada orang-orang profesional yang diberi pengiktirafan dan mempunyai kecekapan menjalankan penilaian secara tepat dan saksama tentang tugas yang dilaksanakan oleh guru yang dinilai. Selepas penilaian itu, pengurusi dalam panel penilai akan mengemukakan laporan mengenai prestasi atau
  • 9. pencapaian guru itu berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Laporan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan adalah bertujuan untuk mempertimbangkan langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi guru. Misalnya, prestasi guru-guru dalam pelbagai kategori adalah dinilai oleh panel penilai yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar dan Penolong Kanan. Hasil penilaian ini akan direkodkan dalam laporan penilaian prestasi yang kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki kebolehan guru tersebut. AKAUNTABILITI GURU Menurut akauntabiliti guru terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan seperti berikut:- 1. Bidang Pekerjaan: Terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang pendidik (guru) bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanaknnya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran murid mengikut kurikulum yang ditugaskan adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya. 2. Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentaadbiraan sekolah. Sebagai seorang ahli
  • 10. dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengurusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. 3. Tingkah Laku Tingkah laku guru adalah contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan seperti guru, berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru. 4. Murid Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnnya.
  • 11. 5. Profesion Sebagai seorang profesional, guru menpunyai akuantabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akedemik yang cemerlang. Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang, sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Berikutan ialah huraian-huraian ringkas mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, pendidikan, pelajar dan ibu bapa serta diri. Akauntabiliti guru terhadap negara Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara dengan jelas. 1 Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna.
  • 12. 2 Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. 3 Mengerat persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan ibu bapa murid . 4 Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara. 5 Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan 1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang diajar. 2 Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. 3 Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untuk meningkat prestasi dalam aktiviti pengajaran . 4 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai okbektif pelajaran secara maksimum . 5 Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul.
  • 13. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Dan Ibu bapa 1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara berkesan. 2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan,dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. 3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani, mental, emosi, politik ,ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran . 5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. Akauntabiliti Guru Terhadap Diri 1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. 2. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa . 3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijak supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan harian. 4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks. 5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen .
  • 14. 6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah. Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan. Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM, memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga mereka untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru. Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi
  • 15. tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah penting bagi guru demi mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang kian kompleks, canggih serta kian mencabar. Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utamaialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah. Contoh-contoh masalah pendidikan. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan :  Penggunaan bahan-bahan pengajaran
  • 16.  Penggunaan strategi dan kaedah mengajar  Pengurusan aktiviti kumpulan  Perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan  Penyediaan lembaran kerja. Sebagai contoh, katakan sekumpulan guru matematik di sekolah rendah menghadapi masalah dalam pendidikan pemulihan untuk murid-murid dalam kumpulan lambaat. Guru-guru matematik ini mengambil keputusan untuk mengkaji masalah yang mereka hadapi dan menjalankan penyelidikan secara usahasama. Mereka membuat pemerhatian masing-masing dan merekodkan serta bermesyuarat. Mesyuarat ini adalah utnuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa strategi menyepadukan guru pemulihan dengan guru matematik ke dalam kelas biasa adalah lebih berkesan daripada menempatkan murid-murid itu ke dalam kelas pemulihan secara berasingan. Proses Kajian dan Penyelidikan Secara Asas Peringkat 1 : Mengenal pasti masalah dan menentukan tema kajian. Peringkat 2 : Merancang dan menentukan strategi penyelidikan. Peringkat 3 : Melaksanakan rancangan penyelidikan. Peringkat 4 : Menganalisa, mentafsir dan membuat kesimpulan atau keputusan. Peringkat 5 : Menyediakan laporan dan mengambil tindakan. a) menentukan calon-calon untuk dikaji b) memilih pembantu untuk menjalankan kajian c) menentu kaedah kajian d) menentu cara penyelidikan
  • 17. e) menyediakan soalan-soalan kajian dan kajian f) menentukan kaedah pentafsiran g) menyediakan jadual perlaksanaan h) mengumpul data membuat pentafsir serta kesimpulan i) menyediakan laporan dan mengambil tindakan Pendidikan ke arah perkembangan kendiri Mengikut H.V.Perkins, dalam bukunya Human Development and learning (1974), konsep kendiri terdiri pada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorangindividu tentang dirinya. Maka, konsep diri memanglah mempengaruhi segala tingkah laku seseoang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam alam sekitar sedikit sebanyak konsep dirinya. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentuk konsep diri Pembentukan konsep diri dan orang lain terhadapnya. Maka faktor-faktor pembentukan diri adalah berkaitan rapat dengan sisitem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi sosial seoarang individu. Gaya interaksi sosial seorang individu. Di antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep diri ialah: 1. Pengaruh baka keatas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan. 2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah. 3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkahlaku 4. Emosi mempengaruhi perasaan 5. Pengaruh kelurga membentuk sikap dan kercayaan.
  • 18. 6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya. 7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku agar sesuai dengan persepsi orang lain terhadapnya. 8. Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah seseoang. Pengaruh konsep diri terhadap seseorang individu Konsep diri banyak mempengaruhi tingkahlaku manusia kearah penyesuaian, iaitu (a) penerimaan atau penolakan diri, dan (b) penghargaan kendiri. Seseorang yang dapat menyesuaikan diri kearah penerimaan kendiri biasanya menggunakan cara berkongsi kasih mengasih dengan keluarga, kawan atau gurunya di sekolah. Perasaan yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya, perasaannya akan membawa menerima dan menghargainya. Sebaliknya, jika seseorang indisidu merasai kurang mandapat peneimaan daripada ornag-orang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami persaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hdup yang dihadapi. Penghargaan kendiri ditimbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri. Penghargaan kendiri boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitu penghargaan kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha sehingga berjaya mencapai apa yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri yang berbakat dan berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin pada sendiri yang berbakat dan berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa merasa
  • 19. konflikdalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil keputusan dengan tepat. Manakala orang yang mempunyai penghargaan kendiri rendah biasanya bersikap negatif, kurang yakin dengan diri sendiri, ragu tentang kebolehan diri sendir dan sering berusaha melepaskan diri apabila menghadapi masalah. Secara ringkasnya diri sendiri merupakan keseluruhan perkembangan sahsiah seseorang individu yang unik dan dinamik. Manakala, konsep diri bererti persepsi seseorang individu termasuk persepsi orang lain terhadap dirinya. Persepsi-persepsi ini adalah dilahirkan daripada sistem psikofizikal seseorang yang telah dihuraikan diatas. Konsep Diri (kendiri) Persepsi ke atas persepsi Persepsi terhadap diri orang lain terhadap diri sendiri sendiri. Pembentukan konsep diri Nilai-nilai Diri Nilai merupakan kriteria bagi kita mengukur atau mempertimbangkan harga atau pengakuan tentang mutunya sesuatu benda. Di bawah konteks manusia, nilai membawa maksud kebolehan dan kebaikan seseorang. Maka nilai-nilai diri menrangkumi unsur- unsur pertimbangan seseorang individu seperti kebolehan, kebaikan, pengetahuan, potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani dan tingkah lakunya.
  • 20. Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai-bagai cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat, peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran dan pendidikan. Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang dialaminya dari semasa ke semasa. Oleh itu, nilai-nilai diri sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Biasanya, nilai-nilai seseorang dewasa adalah lebih kompleks dan berharga daripada nilai-nilai seseorang kanak-kanak. Kepentingan Nilai-nilai Individu Nilai-nilai adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia menentukan hampir segala corak kehidupan, sama ada dalam masa kini ataupun maa depan. Hampir segala keputusan dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan ke atas kebolahan, potensi, pengetahuan, bakat, kepercayaan, kecekapan dan sikapnya. Pertimbangan-pertimbanagan ini adalah unsur- unsur persepsi ke nilai-nilai diri sendiri. Berdasarkan perbincangan di atas, perkembangan kendiri boleh disamakan sebagai perkembangan potensi diri dari segi intelek, rohani, sosial, rohani dan jasmani. Usaha untuk memperkembangkan potensi diri bukan sahaja kemahiran-kemahiran seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi serta kemahiran menangani masalah dan cabaran. Oleh itu, guru haruslah menguasai kemahiran-kemahiran ke arah perkembangan kendiri. Usaha ini akan membolehkan guru mengembangkan potensi diri, meningkatkan
  • 21. statusnya sebagai profesional dalam erti kata sebenarnya, menjalankan tugas dengan cekap dan penuh keyakinan serta mencapai prestasi yang cemerlang. Peka Terhadap Perkembangan Pendidikan Terkini Di dalam dekat 90-an, Malaysia dijangka akan mengambil langkah untuk mengemaskini sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan seperti berikut : 1. Memperkenalkan pendidikan prasekolah dalam sekolah rendah. 2. Mengurangkan tahun persekolahan diperingkat sekolah rendah dari 6 tahun kepada 5 tahun bagi murid-murid cerdas dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk murid-murid yang lambat. 3. Memberi peluang pendidiakn kepada semua pelajar denagn melanjutkan tempoh pelajaran mereka dari 9 tahun hingga 12 tahun, iaitu sehingga tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah. 4. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga. 5. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah rendah (PMR). 6. Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan menggantinya dengan sistem pendidikan umum. 7. Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dan menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka. 8. Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikan program KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.
  • 22. 9. Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga pengajar yang mahir dalam pelbagai jurusan pendidikan. 10. Menukar sistem persekolahan dengan menambah waktu pelajaran sesi pagi sehingga petang. Pendidikan kini di Malaysia (i) Pendidikan Jarak Jauh (iii) Pendidikan Terbuka (ii) Pendidikan Komputer (iv) Pendidikan Radio dan Televisyen (i) Pendidikan Jarak Jauh. Kaedah pendidikan ini juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melaui Siaran. Terdapat dua cara yang bisa digunakan dalam pengendalian pendidikan jarak jauh ini iaitu : 1. Guru atau pengajar menyampaikan pengajarannya dengan tidak payah bersemuka dengan pelajar. Mereka menggunakan kaedah jarak jauh iaitu dengan menggunakan alat penghantaran seperti radio atau televisyen. 2. Selain itu pengajar menyampaikan pengajaran mereka dalam bentuk naskah bercetak, pita rakaman, pita video ataupun dalam disket komputer ke pusat – pusat sumber untuk dipinjamkan kepada pelajar – pelajar yang ingin menggunakannya. Selain itu juga pelajar boleh dilatih dengan menggunakan kaedah CAL ( Computer Assisted Learning ) dirumah.
  • 23. Alat bantuan mengajar seperti ini adalah untuk memudahkan pelajar untuk belajar Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kelas ataupun kuliah. Mereka boleh mendapatkannya dengan hanya duduk dirumah. Dalam perkataan lain sekolah tidak lagi menjadi tempat bagi mendapatka pendidikan formal.pelajar – pelajar yang mengikuti sistem pendidikan ini akan mengikuti rancangan peljaran sesuatu kurikulum, menjalankan dan menyediakan kerja kursus dan juga menduduki peperiksaan seperti pelajar lain. Mereka juga seterusnya akan memperolehi sijil yang juga diiktiraf. Namun begitu jenis pendidikan seperti ini hanya banyak diamalkan dinegara barat, di negara kita pendidikan seperti ini dikenali sebagai pendidikan luar kampus. Program pendidikan luar kampus ini telah mula diperkenalkan dinegara kita pada tahun 1971 di Universiti Sains Malaysi. Dalam program ini guru – guru terelatih dikehendaki mengahdirkan diri ke kuliah dalam cuti penggal ketiga setiap selama 4 tahun. Mereka juga kana menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar – pelajar lain yang menuntut secara sepenuh masa. Kemudian pada tahu kelima pula, guru – guru yang telah berjaya akan memasuki Universiti itu dan kursus tahun ketiga dengan sepenuh masa bersama – sama penuntut tahun akhir yang lain. Program ini telah bermula dengan pengambilan pelajar seramai 84 orang iaitu pada tahun 1971, dan seterusnya pada tahun 1974 bilangan kemasukan telah bertambah kepada 570 orang. Pada waktu ini program ini telah berkembang dengan kemasukan ribuan penuntut pada setiap tahun, dan mereka telah mengikuti kursus dalam berbagai bidang.
  • 24. (ii) Pendidikan Terbuka. Kaedah pendidikan ini pula boleh dimaksudkan dengan pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Ia tidak memerlukan sebarangkelayakan untuk mendaftar diri bagi mengikuti segala aktiviti. Aktiviti pendidikan boleh dijalankan dirumah ataupun ditempat kerja sendiri. Trdapat berbagai - bagai jenis pendidikan terbuka yang dikelolakan oleh berbagai pihak, diantaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer dan Pendidikan Universiti Terbuka. (iii) Pendidikan Radio Dan Televisyen. Radio adalah alat bentuan mengajar yang agak berkesan dalam bidang pengajaran dan juga pembelajaran. Ia memain peranan dalam penguasaan kemahiran bahasa. Murid- murid akan dapat mendengar rancangan-rancangan pelajaran yang dikelolakan oleh pihak-pihak tertentu dan secara tidak langsung mereka akan dapat menguasai kemahiran mendengar dan menguasai bahasa baku. Di samping itu mereka juga akan mendapat pengetahuan lain yang mungkin berguna kepada mereka. Televisyen juga adalah alat bentu mengajar yang berkesan dan ia lebih baik jika dibandingkan dengan radio. Ini adalah kerana disamping mendengar pelajar dapat menggunakan deria penglihatan mereka. Dengan ini pelajar dapat menggunakan kedua – dua pencaindera terpenting mereka dalam pembelajaran iaitu penglihatan dan juga pendengaran. Program pendidikan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyediaannya adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM secara khusus supaya ia menjadi menarik untuk disiarkan
  • 25. dan berkesan. Ia bertujuan untuk melengkapi kekurangan guru – guru dari segi rancangan dan pengajaran serta alat bantu mengajar. Rancangan ini dikendalikan oleh guru – guru yang dilatih khas dan mahir bagi memastikan supaya ia berjaya dan berkesan. Di negara kita, program ini disiarkan secara langsung dari masa kesemasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sistem yang lebih cnaggih ialah pendidikan televisyen melalui satelit di mana ramai orang dewasa mendapat pendidikan profesional melaluinya. (iv) Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran. Kaedah in telha memberikan banyak perkembangan dalam sistem pendidikan yang semakin maju dan canggih ini. Ia membawa perubahan dan perkembangan baru dalam pendidikan khususnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran, pengurusan sekolah serta kemahiran guru. Dalam pendidikan penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu : 1) Komputer membantu poendidikan. Segala tugas pengajaran dilkukan dengan menggunakan teknolgi komputer. Selain itu penggunaan komputer juga dilakukan dalam bidang pengurusan pembelajaran. budaya komputer adalah penting sepertimana kemahiran mengira ataupun membaca, jika tiada budaya komputer maka pelajar akan dianggap buta huruf pada masa akan datang. 2) Komputer membantu pengajaran. Ia merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam pengajaran. Teknologi erta sistam komputer digunakna oleh pelajar bagi mengikuti pelajaran terancang secara individu tanpa memerlukan guru pembimbing. Tugas guru hanyalah
  • 26. untuk merekabentuk program, dan pelajar akan belajar program itu menggunakan komputer sebagai alat perantaraan. Modul pula dirancang dirancanga dalam bentuk pelajran formal, latihan terkawal, pengajaran, serta penyelesaian masalah. 3) Komputer mengurus pengajaran. Pengumpulan maklumat dan juga penganalisaan mengenai keberkesanan pengajaran, penggunaan bahan pengajaran, situasi pengajaran interaksi murid dalam kelas boleh dilakukan menggunakan teknologi komputer. Kemudian hasil yang diperolehi akan digunakan bagi mengubahsuai rancangan pelajaran dan memperbaiki kelemahan – kelemahan yang ada. 4) Komputer membantu pengujian. Selain dari kegunaan sistem komputer yang diterangkan diatas terdapat juga kegunaan lain yang biasa digunakan iaitu untuk menguji keberkesanan pembelajaran. ia dikendalikan dengan dua cara iaitu : a) Jawapan murid adalah menggunakan borang komputer dan penandaan dilakukan menggunakan komputer. b) Pemilihan soalan juga menggunakan komputer dan murid akan menggunakan komputer bagi menjawab soalan. Kemudian markah akan diberikan oleh komputer. Di Malaysia penggunaan sistem komputer dalam pendidikan adalah semakin meningkat. Dalam dekat 70 an, penggunaan komputer adalah meluas bagi memeriksa kertas jawapan objektif dalam peperiksaan awam. Selain itu ia juga digunakan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Dalam dekad ini dijangkakan bahawa komputer akan digunakan secara meluas.
  • 27. KESIMPULAN Institusi pendidikan merupakan salah satu daripada institusi-institusi yang disediakan oleh kerajaan, sesuai dengan keperluan rakyat yang mementingkan pendidikan demi masa hadapan yang gemilang. Justeru itu kerajaan telah menyediakan prasarana- prasarana yang berkaitan dengan institusi pendidikan. Sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan sekolah-sekolah di setiap kawasan yang mempunyai penduduk sama ada di bandar atau di kampung-kampung. Kerajaan juga menyediakan perpustakaan, pinjaman pelajaran (biasiswa), maktab perguruan dan sebagainya. Tetapi kepentingan maktab perguruan sebagai titik asas penghasilan bakal-bakal guru tidak dapat dinafikan. Di sinilah bakal-bakal guru diajar dan dibentuk untuk menjadi seorang guru yang berkarisma dan bermotivasi tinggi. Guru merupakan individu yang mencorak sahsiah keperibadian seseorang pelajar dan ini penting supaya pelajar yang keluar dari zaman persekolahan akan menjadi seorang yang berguna, berketrampilan dan memenuhi keperluan era teknologi moden. Guru seharusnya mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran murid-murid sesuai dengan kosep keguruan itu sendiri. Guru harus peka dengan suasana pembelajaran dan mengikutinya serta mempunyai akauntabiliti. Akauntabiliti ini amat penting kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap hubungan guru dengan murid tetapi juga hubungan diantara guru dengan guru serta diantara guru dengan ibu bapa pelajar. Selain daripada itu, guru harus menyiapkan diri dengan cara pembelajaran yang moden seiring dengan perubahan teknologi dalam kehidupan. Pada masa dahulu guru mengajar dengan menggunakan kaedah lama iaitu guru mengajar dan murid mendengar tetapi cara itu harus diubah. Sebagai contoh, guru sekarang dapat menggunakan pendekatan baru seperti menggunakan OHP, alat pandang dengar ataupun menggunakan komputer dalam sesi pengajaran. Ini dapat memudahkan pelajar memahami pelajaran selain mendedahkan pelajar kepada teknologi.
  • 28. Walau bagaimanapun, guru seharusnya menyiapkan diri terlebih dahulu dengan segala ilmu yang diajar ketika berada di maktab-maktab perguruan. Ini kerana guru seharusnya mahir dengan cara pengajaran di dalam kelas selain mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Semua ini dapat membantu guru-guru mencapai objektif keguruan dengan baik selain menjadi seorang guru yang cemerlang.