SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Sinopsis
Tajuk 2 dalam modul ini menjelaskan mengenai kemahiran lisan yang merangkumi
definisi kemahiran lisan iaitu dalam aspek kemahiran mendengar dan bertutur. Di
samping itu, para pelajar akan dapat mengenal pasti dan menjelaskan masalah
yang dihadapi dalam kemahiran mendengar dan bertutur serta dapat menjelaskan
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mengatasi masalah mendengar dan
bertutur.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1. Menjelaskan definisi kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan bertutur
2. Menghuraikan masalah dan strategi mengatasi kemahiran lisan
dalam aspek mendengar dan bertutur
3. Menjelaskan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran bagi
mengatasi masalah mendengar dan bertutur
4. Merancang dan mengurus dan melaksanakan aktiviti kemahiran
mendengar dan bertutur
Kerangka Tajuk
1
TAJUK 2 KEMAHIRAN LISAN
Kemahiran
Lisan
Kemahiran
bertutur
Kemahiran
mendengar
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
2.0 KEMAHIRAN LISAN
2.1 Definisi Kemahiran Lisan
Lisan merupakan satu proses pertuturan dan percakapan yang melibatkan alat
artikulasi. Sejak tahun 1000 S.M., kajian tentang kemahiran lisan telah dijalankan oleh
para sarjana, ilmuan dan ahli falsafah. Teori kemahiran lisan yang berkesan telah
dipelopori oleh ahli falsafah Yunani dan Roman contohnya Plato dengan teori retorik
(Abdullah Ngah, 1994).
Kemahiran lisan dikaitkan dengan pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang
berkomunikasi dan berinteraksi, ia bukan sahaja melibatkan kemahiran bertutur tetapi
juga melibatkan kemahiran mendengar. Kedua-dua kemahiran ini membantu seseorang
individu dalam meningkatkan penguasaan dalam berbahasa. dan akan menunjukkan
seseorang itu telah menguasai kemahiran lisan.
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula daripada proses mendengar dan diikuti
dengan proses meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar. Proses ini akan dapat
membantu kanak-kanak untuk bertutur. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan
apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik
(Kamarudin Hj. Husin,1988).
Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada kemahiran bertutur dan mendengar.
Penguasaan kedua-dua kemahiran ini dapat membantu penyampaian maklumat
disalurkan dengan baik dan berkesan. Kedua-dua kemahiran ini merupakan komponen
penting dan menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
2.2 Kemahiran Mendengar
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997) kemahiran mendengar merupakan kemahiran
yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula
merupakan aktiviti penghasilan maklumat. Proses mendengar dan bertutur yang baik
dan berkesan penting dalam kehidupan seharian.
2
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarnya
dalam proses interkasi. Manakala penutur yang baik dan jelas pula dapat
menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat ketika proses interaksi
berlaku. Menurut Muhd. Mansur Abdullah (2005), manusia lazimnya banyak
berkomunikasi dalam bentuk lisan.
Dalam kemahiran mendengar, Abd. Aziz Abd Talib (2000), menjelaskan mendengar
merupakan asas dalam pembelajaran lisan. Kemahiran mendengar yang baik
membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia.
Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Ia merupakan salah satu
bahagian kemahiran lisan yang penting dan merupakan unsur komunikasi yang tertua,
terpenting dan kerap digunakan.
Oleh itu, kemahiran mendengar merupakan kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-
kanak dalam perkembangan perolehan bahasanya dan terus berkembang sebagai
penjana perbendaharaan kognitif manusia . Namun demikian, kita dapati bahawa
kemahiran mendengar ini kurang diberikan penekanan dan kerap diabaikan oleh para
ibu bapa, mahupun guru-guru di sekolah. Kebanyakan tumpuan proses pembelajaran
lebih diberikan kepada kemahiran membaca dan menulis.
Jalongo (1992), menyatakan bahawa dalam kemahiran mendengar terdapat tiga perkara
penting iaitu;
i. Pendengaran (Hearing)
ii. Mendengar (Listening)
iii. “Auding”
3
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Rajah 1.1 Faktor-faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
i. Pendengaran (Hearing)
Proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau
keupayaan mendengar dan persepsi pendengaran. Ia merupakan
keupayaan untuk membezakan bunyi, mengadun bunyi dan menyimpan
urutan bunyi dalam ingatan
ii. Mendengar (Listening)
Merupakan tingkah laku persepsi yang memberi tumpuan, menjadi peka
dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat daripada persekitaran
iii. ‘Auding’
Merupakan tingkah laku pemahaman yang bermula daripada
pendengaran dan mendengar. Ia termasuk memperoleh makna melalui
maklumat yang didengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah
diketahui, menyusun, membayangkan dan menghargai maklumat yang
didengar.
4
Mendengar
(Listening)
Auding
Pendengaran
(Hearing)
Kemahiran
MendengarKemahiran
Mendengar
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Proses mendengar ini banyak bergantung kepada faktor-faktor fisiologi dan neurologi
dalam diri seseorang individu apabila mereka dapat mengenal, mengecam dan
mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Proses pemerolehan bahasa
terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.
Dengan itu seseorang individu dapat menguasai bahasa daripada apa yang didengar
dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba
meniru serta menuturkannya berulang kali.
Kemahiran mendengar penting dalam kehidupan manusia bukan sahaja bertujuan untuk
mendapatkan maklumat, fakta, data atau pengetahuan malahan juga penting bagi
pendengar menghayati keindahan bahasa dan muzik serta mengetahui perkembangan
semasa selain daripada mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Maklumat yang
didengar boleh diperolehi daripada sesiapa sahaja yang memberikan maklumat,
memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan yang dapat memberikan pendapat
kepada si pendengar.
Apabila seseorang itu mendengar, proses menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa
berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu
dengan makna. Pemahaman bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas
bagi seseorang itu membuat dan melaksanakan tindakan. Dengan itu dapat kita
simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan
menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat.
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan
kemahiran mendengar aktif.
Justeru itu, kemahiran ini perlu ada semasa proses komunikasi antara guru dan murid
agar mereka berkebolehan mendapatkan maklumat dengan lebih cekap.
2.2.1 Masalah Mendengar
Diskriminasi Auditori
Diskriminasi auditori ialah kemampuan mengingat perbezaan antara bunyi-bunyi
fonem dan mengidentifikasi kata-kata yang sama dengan kata-kata yang
5
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
berbeza. Masalah yang wujud menjelaskan berbagai-bagai gangguan yang
mempengaruhi cara otak memproses pendengaran informasi yang diterima oleh
seseorang individu.
2.2.2 Strategi Mengatasi Masalah Mendengar
Membezakan Bunyi
Masalah yang dihadapi berpunca daripada tidak dapat membezakan bunyi huruf
dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan. Bagi
melaksanakan strategi mengatasi masalah mendengar dalam membezakan
bunyi dengan mendengar rakaman dan memadankan bunyi yang salah atau
betul.
Mengecam bunyi / perkataan
Mengecam jenis bunyi atau perkataan merupakan aktiviti yang mungkin
menghasilkan bunyi tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan melalui aktiviti
mendengar dan melaksanakan tugas. Contohnya mendengar rakaman dan
memadankan bunyi yang diperdengarkan dengan gambar-gambar yang diberi.
Di samping itu, boleh dilaksanakan juga dengan mewarnakan gambar-gambar
yang sesuai dengan bunyi dan lain-lain lagi.
2.2.3 Aktiviti Kemahiran Mendengar:
• Menyesuaikan bunyi dengan gambar, skrip atau teks.
• Mendengar dan melaksanakan arahan-arahan mudah yang diucapkan dengan
kadar kecepatan biasa dan dengan intonasi yang betul.
• Mendengar dalam jangka waktu yang agak lama mengenai sesuatu yang
menarik minat.
• Dapat mengeja apa yang didengar.
• Menyatakan semula rancangan atau berita yang telah diikuti melalui radio dan
televisyen.
6
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
• Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai intonasi yang digunakan untuk (a)
penyataan (b) arahan (c) pertanyaan (d) permintaan.
• Bertindak balas terhadap cerita atau puisi yang sesuai dengan peringkat murid.
• Mendengar dengan penuh perhatian supaya dapat mengemukakan soalan-
soalan dan menjawab soalan-soalan.
• Mengingat dan dapat menyatakan isi-isi penting tentang apa yang telah
didengar.
• Menyatakan perasaan tentang cerita, puisi atau bahan-bahan pendengaran
yang lain.
• Memberikan komen atau menilai bahan yang telah didengar.
2.3 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi melalui alat sebutan
(artikulasi) sedia ada manusia seperti bibir, gigi, gusi, lidah anak tekak dan lain-lain lagi.
fdSeseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan mereka
menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna ia merupakan
satu kemahiran yang penting kerana murid-murid yang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik.
Kemahiran bertutur ini dikuasai dalam kalangan kanak-kanak hasil daripada proses
peniruan atau modeling pertuturan orang di sekelilingnya termasuk ibu dan bapa. Kesan
daripada perhubungan ini, pemerolehan dan penguasaan bahasa pertuturan terbentuk
dan berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun, rangsangan
dan ganjaran yang diperoleh kanak-kanak semasa proses penguasaan pemerolehan
bahasa pertuturan akan membantu menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang
disebutnya sehinggalah dapat menguasai bahasa yang lebih kompleks.
1.3.2 Masalah bertutur
1.3.2.1 Auditori Visual
1.3.2.2 Auditori Memori
7
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bertutur
1.3.3.1 Latih tubi
Teknik latih tubi merupakan satu kaedah yang sering digunakan berasaskan
pendekatan induktif. Tujuan latih tubi ini untuk melatih murid-murid menguasai
dan menggunakan struktur bahasa dan rumusan bahasa. Ia bertujuan
membentuk kelaziman yang betul dalam penggunaan struktur bahasa.
Penggunaan latihan dengan kerap dapat membantu murid menguasai dan
mahir.
1.3.3.2 Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama digunakan dalam bidang
pendidikan. Tujuan penggunaan soal jawab dalam pengajaran guru adalah untuk
mengesan pengetahuan bahasa murid, menggalakkan murid-murid untuk
berfikir, menguji kefahaman murid, menarik minat murid dan dapat mewujudkan
interaksi antara guru murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Walau bagaimanapun, kejayaan penggunaan teknik soal jawab ini banyak
bergantung kepada kepada kebolehan guru dan teknik menyoal.
1.3.3.3 Nyanyian
Nyanyian merupakan salah satu teknik yang popular digunakan pada masa kini.
Teknik ini dilihat lebih dekat dengan murid dan mudah untuk mereka menguasai
sesuatu pengajaran. Dalam membantu guru melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan teknik nyanyian, guru perlu
mementingkan aspek sebutan. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan
ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung
kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan
bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan
menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada
awal dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat
dihasilkan melalui latihan yang konsisten
8
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.3.3.4 Drama atau lakonan
Drama dan lakonan digunakan dalam kaedah komunikasi dan berasaskan
pendekatan induktif. Aktiviti ini untuk melatih murid-murid menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan buka paralinguistik
(bahasa badan).
Aktiviti ini juga merangkumi aktiviti bahasa seperti main peranan, simulasi dan
aktiviti permainan.
1.3.3.5 Perbualan
Teknik perbualan merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang boleh dilaksanakan sama ada dalam aktiviti kumpulan atau individu. Aktiviti
ini dapat mewujudkan hubungan interpersonal dan komunikasi serta
menggalakkan mereka dalam pembinaan kata dan ayat dalam pengajaran
bahasa.
1.3.3.6 Boneka (Puppet)
Boneka merupakan bahan bantu belajar yang dapat membantu kanak-kanak
untuk belajar sambil bermain. Menurut kamus Dewan edisi keempat (2007)
boneka adalah patung misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan
dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan
ke dalam badannya menggerakkannya.
Aktiviti ini dapat membantu mewujudkan daya imaginasi murid dalam
penceritaannya. Di samping itu, memperkayakan lagi pengetahuan dalam aspek
bahasa apabila mereka berkomunikasi menggunakan boneka.
1.3.3.7 Pemintal lidah
Pemintal lidah merupakan satu teknik yang dapat membantu murid untuk
menyebut perkataan yang hampir sama bunyinya. Perkataan ini sama dari segi
bunyi tetapi terdapat perbezaan konsonan dan vokal yang menjadikan
perbezaan maksud bagi perkataan tersebut (Husin Fateh Din, 2011). Aktiviti
9
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
yang dilaksanakan merupakan latih tubi perkataan dengan mengulang-ulangnya.
Proses ini dapat membantu murid menghafal, menyebut dengan betul dan tepat.
Ini dapat membantu perkara yang disebut kekal dalam ingatan. Contohnya
kelemahan menyebut fonem /j/ dan /k/
• Jenah jengah Jamal janji jalan-jalan jumpa jambu
• Kaki kanan Kamal kena ketuk kambing keldai
Mengumpul Maklumat
Secara berkumpulan, cuba anda dapatkan sebanyak mungkin maklumat
berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah bertutur dalam kalangan
kanak-kanak.
Tutorial
Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah dalam
penguasaan bahasa dan lakukan terapi terhadapnya. Seterusnya cuba lihat
perubahan yang berlaku terhadap kebolehan berbahasa murid berkenaan.
10
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
11

More Related Content

What's hot

Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
harisanua
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
nak4145
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
maslinda2015
 
Kemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmiKemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmi
Fahmi Haikal
 
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaPengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Nando A-stlye
 

What's hot (20)

Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Halangan Pendengaran
Halangan PendengaranHalangan Pendengaran
Halangan Pendengaran
 
PELAJARAN
PELAJARANPELAJARAN
PELAJARAN
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Nota Literasi Bahasa
Nota Literasi BahasaNota Literasi Bahasa
Nota Literasi Bahasa
 
Kelompok 7
Kelompok 7Kelompok 7
Kelompok 7
 
Hasil Observasi Anak Tunarungu
Hasil Observasi Anak TunarunguHasil Observasi Anak Tunarungu
Hasil Observasi Anak Tunarungu
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
 
Kemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmiKemahiran mendengar fahmi
Kemahiran mendengar fahmi
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Ppt tugas bahasa indonesia
Ppt tugas bahasa indonesiaPpt tugas bahasa indonesia
Ppt tugas bahasa indonesia
 
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa BaliKeterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
 
Makalah slb
Makalah slbMakalah slb
Makalah slb
 
Keterampilan Berbicara
Keterampilan BerbicaraKeterampilan Berbicara
Keterampilan Berbicara
 
Tunawicara
TunawicaraTunawicara
Tunawicara
 
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahKomunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
 
metode pembelajaran Maharah istima'
metode pembelajaran Maharah istima'metode pembelajaran Maharah istima'
metode pembelajaran Maharah istima'
 
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaPengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
 

Similar to Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2

Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
Abd Mutalib
 
Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11
dzilah
 
Kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturKemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur
Sireh Si Oren
 
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
share with me
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arab
Hazizah Samat
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Noor Syazwanni
 
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Mitha Ye Es
 

Similar to Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2 (20)

Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
 
Karya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatKarya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyat
 
08 isi pelajaran_1
08 isi pelajaran_108 isi pelajaran_1
08 isi pelajaran_1
 
Pertemuan 3
Pertemuan 3Pertemuan 3
Pertemuan 3
 
Teaching Listening.pptx
 Teaching Listening.pptx Teaching Listening.pptx
Teaching Listening.pptx
 
Perkembangan Potensi Menyimak
Perkembangan Potensi MenyimakPerkembangan Potensi Menyimak
Perkembangan Potensi Menyimak
 
Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptxTOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
TOPIK 2 PEMBELAJARAN BAHASA(MENDENGAR).pptx
 
Kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturKemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur
 
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Kemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arabKemahiran bahasa arab
Kemahiran bahasa arab
 
Modul Artikulasi
Modul ArtikulasiModul Artikulasi
Modul Artikulasi
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdfKEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
 
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptxRuang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
Ruang Lingkup Psikolinguistik : Psikolinguistik Umum.pptx
 
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 

More from Mohamad Saad Mohamad Nain

More from Mohamad Saad Mohamad Nain (15)

5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt
 
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdfPOSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
 
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
 
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
 
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
 
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajukModul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
 
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalanModul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
 
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
 
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandunganModul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
 
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaanModul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
 
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hcModul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
 
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modulModul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4
 
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin AsyrafLesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
 

Recently uploaded

Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
luqmanhakimkhairudin
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Jajang Sulaeman
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
cupulin
 

Recently uploaded (20)

sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptMateri Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2

  • 1. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Sinopsis Tajuk 2 dalam modul ini menjelaskan mengenai kemahiran lisan yang merangkumi definisi kemahiran lisan iaitu dalam aspek kemahiran mendengar dan bertutur. Di samping itu, para pelajar akan dapat mengenal pasti dan menjelaskan masalah yang dihadapi dalam kemahiran mendengar dan bertutur serta dapat menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mengatasi masalah mendengar dan bertutur. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Menjelaskan definisi kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan bertutur 2. Menghuraikan masalah dan strategi mengatasi kemahiran lisan dalam aspek mendengar dan bertutur 3. Menjelaskan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah mendengar dan bertutur 4. Merancang dan mengurus dan melaksanakan aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur Kerangka Tajuk 1 TAJUK 2 KEMAHIRAN LISAN Kemahiran Lisan Kemahiran bertutur Kemahiran mendengar
  • 2. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 2.0 KEMAHIRAN LISAN 2.1 Definisi Kemahiran Lisan Lisan merupakan satu proses pertuturan dan percakapan yang melibatkan alat artikulasi. Sejak tahun 1000 S.M., kajian tentang kemahiran lisan telah dijalankan oleh para sarjana, ilmuan dan ahli falsafah. Teori kemahiran lisan yang berkesan telah dipelopori oleh ahli falsafah Yunani dan Roman contohnya Plato dengan teori retorik (Abdullah Ngah, 1994). Kemahiran lisan dikaitkan dengan pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang berkomunikasi dan berinteraksi, ia bukan sahaja melibatkan kemahiran bertutur tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Kedua-dua kemahiran ini membantu seseorang individu dalam meningkatkan penguasaan dalam berbahasa. dan akan menunjukkan seseorang itu telah menguasai kemahiran lisan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula daripada proses mendengar dan diikuti dengan proses meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar. Proses ini akan dapat membantu kanak-kanak untuk bertutur. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik (Kamarudin Hj. Husin,1988). Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada kemahiran bertutur dan mendengar. Penguasaan kedua-dua kemahiran ini dapat membantu penyampaian maklumat disalurkan dengan baik dan berkesan. Kedua-dua kemahiran ini merupakan komponen penting dan menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. 2.2 Kemahiran Mendengar Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997) kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan aktiviti penghasilan maklumat. Proses mendengar dan bertutur yang baik dan berkesan penting dalam kehidupan seharian. 2
  • 3. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarnya dalam proses interkasi. Manakala penutur yang baik dan jelas pula dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat ketika proses interaksi berlaku. Menurut Muhd. Mansur Abdullah (2005), manusia lazimnya banyak berkomunikasi dalam bentuk lisan. Dalam kemahiran mendengar, Abd. Aziz Abd Talib (2000), menjelaskan mendengar merupakan asas dalam pembelajaran lisan. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Ia merupakan salah satu bahagian kemahiran lisan yang penting dan merupakan unsur komunikasi yang tertua, terpenting dan kerap digunakan. Oleh itu, kemahiran mendengar merupakan kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak- kanak dalam perkembangan perolehan bahasanya dan terus berkembang sebagai penjana perbendaharaan kognitif manusia . Namun demikian, kita dapati bahawa kemahiran mendengar ini kurang diberikan penekanan dan kerap diabaikan oleh para ibu bapa, mahupun guru-guru di sekolah. Kebanyakan tumpuan proses pembelajaran lebih diberikan kepada kemahiran membaca dan menulis. Jalongo (1992), menyatakan bahawa dalam kemahiran mendengar terdapat tiga perkara penting iaitu; i. Pendengaran (Hearing) ii. Mendengar (Listening) iii. “Auding” 3
  • 4. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Rajah 1.1 Faktor-faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar i. Pendengaran (Hearing) Proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar dan persepsi pendengaran. Ia merupakan keupayaan untuk membezakan bunyi, mengadun bunyi dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan ii. Mendengar (Listening) Merupakan tingkah laku persepsi yang memberi tumpuan, menjadi peka dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat daripada persekitaran iii. ‘Auding’ Merupakan tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Ia termasuk memperoleh makna melalui maklumat yang didengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan dan menghargai maklumat yang didengar. 4 Mendengar (Listening) Auding Pendengaran (Hearing) Kemahiran MendengarKemahiran Mendengar
  • 5. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Proses mendengar ini banyak bergantung kepada faktor-faktor fisiologi dan neurologi dalam diri seseorang individu apabila mereka dapat mengenal, mengecam dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Proses pemerolehan bahasa terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu seseorang individu dapat menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang kali. Kemahiran mendengar penting dalam kehidupan manusia bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan maklumat, fakta, data atau pengetahuan malahan juga penting bagi pendengar menghayati keindahan bahasa dan muzik serta mengetahui perkembangan semasa selain daripada mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Maklumat yang didengar boleh diperolehi daripada sesiapa sahaja yang memberikan maklumat, memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan yang dapat memberikan pendapat kepada si pendengar. Apabila seseorang itu mendengar, proses menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu dengan makna. Pemahaman bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas bagi seseorang itu membuat dan melaksanakan tindakan. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif. Justeru itu, kemahiran ini perlu ada semasa proses komunikasi antara guru dan murid agar mereka berkebolehan mendapatkan maklumat dengan lebih cekap. 2.2.1 Masalah Mendengar Diskriminasi Auditori Diskriminasi auditori ialah kemampuan mengingat perbezaan antara bunyi-bunyi fonem dan mengidentifikasi kata-kata yang sama dengan kata-kata yang 5
  • 6. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 berbeza. Masalah yang wujud menjelaskan berbagai-bagai gangguan yang mempengaruhi cara otak memproses pendengaran informasi yang diterima oleh seseorang individu. 2.2.2 Strategi Mengatasi Masalah Mendengar Membezakan Bunyi Masalah yang dihadapi berpunca daripada tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan. Bagi melaksanakan strategi mengatasi masalah mendengar dalam membezakan bunyi dengan mendengar rakaman dan memadankan bunyi yang salah atau betul. Mengecam bunyi / perkataan Mengecam jenis bunyi atau perkataan merupakan aktiviti yang mungkin menghasilkan bunyi tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan melalui aktiviti mendengar dan melaksanakan tugas. Contohnya mendengar rakaman dan memadankan bunyi yang diperdengarkan dengan gambar-gambar yang diberi. Di samping itu, boleh dilaksanakan juga dengan mewarnakan gambar-gambar yang sesuai dengan bunyi dan lain-lain lagi. 2.2.3 Aktiviti Kemahiran Mendengar: • Menyesuaikan bunyi dengan gambar, skrip atau teks. • Mendengar dan melaksanakan arahan-arahan mudah yang diucapkan dengan kadar kecepatan biasa dan dengan intonasi yang betul. • Mendengar dalam jangka waktu yang agak lama mengenai sesuatu yang menarik minat. • Dapat mengeja apa yang didengar. • Menyatakan semula rancangan atau berita yang telah diikuti melalui radio dan televisyen. 6
  • 7. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 • Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai intonasi yang digunakan untuk (a) penyataan (b) arahan (c) pertanyaan (d) permintaan. • Bertindak balas terhadap cerita atau puisi yang sesuai dengan peringkat murid. • Mendengar dengan penuh perhatian supaya dapat mengemukakan soalan- soalan dan menjawab soalan-soalan. • Mengingat dan dapat menyatakan isi-isi penting tentang apa yang telah didengar. • Menyatakan perasaan tentang cerita, puisi atau bahan-bahan pendengaran yang lain. • Memberikan komen atau menilai bahan yang telah didengar. 2.3 Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi melalui alat sebutan (artikulasi) sedia ada manusia seperti bibir, gigi, gusi, lidah anak tekak dan lain-lain lagi. fdSeseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan mereka menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna ia merupakan satu kemahiran yang penting kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran bertutur ini dikuasai dalam kalangan kanak-kanak hasil daripada proses peniruan atau modeling pertuturan orang di sekelilingnya termasuk ibu dan bapa. Kesan daripada perhubungan ini, pemerolehan dan penguasaan bahasa pertuturan terbentuk dan berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun, rangsangan dan ganjaran yang diperoleh kanak-kanak semasa proses penguasaan pemerolehan bahasa pertuturan akan membantu menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehinggalah dapat menguasai bahasa yang lebih kompleks. 1.3.2 Masalah bertutur 1.3.2.1 Auditori Visual 1.3.2.2 Auditori Memori 7
  • 8. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bertutur 1.3.3.1 Latih tubi Teknik latih tubi merupakan satu kaedah yang sering digunakan berasaskan pendekatan induktif. Tujuan latih tubi ini untuk melatih murid-murid menguasai dan menggunakan struktur bahasa dan rumusan bahasa. Ia bertujuan membentuk kelaziman yang betul dalam penggunaan struktur bahasa. Penggunaan latihan dengan kerap dapat membantu murid menguasai dan mahir. 1.3.3.2 Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama digunakan dalam bidang pendidikan. Tujuan penggunaan soal jawab dalam pengajaran guru adalah untuk mengesan pengetahuan bahasa murid, menggalakkan murid-murid untuk berfikir, menguji kefahaman murid, menarik minat murid dan dapat mewujudkan interaksi antara guru murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walau bagaimanapun, kejayaan penggunaan teknik soal jawab ini banyak bergantung kepada kepada kebolehan guru dan teknik menyoal. 1.3.3.3 Nyanyian Nyanyian merupakan salah satu teknik yang popular digunakan pada masa kini. Teknik ini dilihat lebih dekat dengan murid dan mudah untuk mereka menguasai sesuatu pengajaran. Dalam membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik nyanyian, guru perlu mementingkan aspek sebutan. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada awal dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten 8
  • 9. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.3.3.4 Drama atau lakonan Drama dan lakonan digunakan dalam kaedah komunikasi dan berasaskan pendekatan induktif. Aktiviti ini untuk melatih murid-murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan buka paralinguistik (bahasa badan). Aktiviti ini juga merangkumi aktiviti bahasa seperti main peranan, simulasi dan aktiviti permainan. 1.3.3.5 Perbualan Teknik perbualan merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan sama ada dalam aktiviti kumpulan atau individu. Aktiviti ini dapat mewujudkan hubungan interpersonal dan komunikasi serta menggalakkan mereka dalam pembinaan kata dan ayat dalam pengajaran bahasa. 1.3.3.6 Boneka (Puppet) Boneka merupakan bahan bantu belajar yang dapat membantu kanak-kanak untuk belajar sambil bermain. Menurut kamus Dewan edisi keempat (2007) boneka adalah patung misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya menggerakkannya. Aktiviti ini dapat membantu mewujudkan daya imaginasi murid dalam penceritaannya. Di samping itu, memperkayakan lagi pengetahuan dalam aspek bahasa apabila mereka berkomunikasi menggunakan boneka. 1.3.3.7 Pemintal lidah Pemintal lidah merupakan satu teknik yang dapat membantu murid untuk menyebut perkataan yang hampir sama bunyinya. Perkataan ini sama dari segi bunyi tetapi terdapat perbezaan konsonan dan vokal yang menjadikan perbezaan maksud bagi perkataan tersebut (Husin Fateh Din, 2011). Aktiviti 9
  • 10. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 yang dilaksanakan merupakan latih tubi perkataan dengan mengulang-ulangnya. Proses ini dapat membantu murid menghafal, menyebut dengan betul dan tepat. Ini dapat membantu perkara yang disebut kekal dalam ingatan. Contohnya kelemahan menyebut fonem /j/ dan /k/ • Jenah jengah Jamal janji jalan-jalan jumpa jambu • Kaki kanan Kamal kena ketuk kambing keldai Mengumpul Maklumat Secara berkumpulan, cuba anda dapatkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah bertutur dalam kalangan kanak-kanak. Tutorial Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa dan lakukan terapi terhadapnya. Seterusnya cuba lihat perubahan yang berlaku terhadap kebolehan berbahasa murid berkenaan. 10
  • 11. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 11