Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu

Terima kasih kerana sudi Melawat !

Sila Share kat kawan kawan ye !

  • Be the first to comment

Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu

  1. 1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM3104 ini telah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga saya sendiri. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah pembimbing yang telah banyak memberikan penerangan dan membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan sekelas yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan ini dilampirkan sebagai menjelaskan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran kemahiran bahasa. Melalui tugasan ini dijelaskan secara terperinci bagaimana kaedah, teknik dan strategi menjadi perkara utama dalam merancang pembentukan rancangan pengajaran harian dan perlaksanaannya. Keampuhan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengetahuan sedia ada seseorang tenaga pengajaran dalam bidang ini. Dalam tugasan ini juga di lampirkan Rancangan Pengajaran Harian untuk panduan dalam membuat rph dan juga proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan dengan adanya tugasan ini akan menjadi panduan kepada penulis dan rakan guru dalam memahami konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan lebih baik lagi.
  2. 2. KANDUNGAN HALAMAN Sekapur Sireh 2 1.0 PENDAHULUAN 4 1.1 Pengenalan. 4 2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR. 5 2.1 Definisi kemahiran mendengar. 5 2.1.2 Konsep-konsep penting dalam Kemahiran Mendengar. 5 2.1.3 Jenis kemahiran mendengar. 5 2.1.4 Teknik mendengar berkesan. 6 2.2 Kemahiran Bertutur. 7 2.2.1 Definisi Kemahiran Bertutur. 7 2.2.2 Konsep Kemahiran Bertutur. 7 2.2.3 Jenis-jenis Kemahiran Bertutur 7 2.2.4 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar- Bertutur. 8 2.2.5 Kaedah Pengajaran Kemahiran mendengar - bertutur. 8 2.2.6 Teknik Kemahiran Bertutur. 9 3.0 KEMAHIRAN MEMBACA 10 3.1 Definisi Kemahiran Membaca. 10 3.2 Konsep Membaca. 10 3.3 Jenis-jenis Bacaan. 10 3.4 Pendekatan Pengajaran Bacaan 11 3.5 Teknik-teknik Kemahiran Membaca. 14 3.6 Kaedah Kemahiran Membaca 17 4.0 KEMAHIRAN MENULIS. 20 4.1 Definisi Kemahiran Menulis. 20 4.2 Konsep Menulis. 20 4.3 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis . 20 4.4 Teknik Kemahiran Menulis. 22 5.0 Rancangan Pengajaran Harian. 23 5.1 Rangka RPH 23 5.2 Rancangan Pengajaran Harian 24 6.0 REFLEKSI 29 6.1 Refleksi RPH 29 6.2 Refleksi Kendiri 32 7.0 PENUTUP 33 7.1 Kesimpulan 33 BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 2
  3. 3. 9.0 BIBLIOGRAFI 34 LAMPIRAN A –Petikan Pantun 36 LAMPIRAN B –Slaid Gambar Gotong Royong 37 LAMPIRAN C –Petikan Cerita 38 LAMPIRAN D- Borang senarai semak bacaan murid 39 LAMPIRAN E- Borang senarai semak aktiviti kumpulan 40 LAMPIRAN F- Bahan-bahan maujud 41 LAMPIRAN G – Lembaran kerja murid 42 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan. Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar , bertutur, membaca, dan menulis.Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan.Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi . Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada murid- murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam falsafah pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Yang demikian, kita akan melihat keempat-empat jenis kemahiran berbahasa ini, perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Seperti yang kita ketahui bahawa, kemahiran berbahasa itu merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam penguasaan bahasa yang mana meliputi tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis sperti yang dapat kita lihat dalam rajah 1 di bawah : BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 3 KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran menulis Kemahiran Lisan : Mendengar dan bertutur Kemahiran membaca
  4. 4. Rajah 1 : Kemahiran-kemahiran bahasa. 2.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR. 2.1 Definisi kemahiran mendengar. Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. 2.1.2 Konsep-konsep penting dalam Kemahiran Mendengar. Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan diingati. Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi. 2.1.3 Jenis kemahiran mendengar. 2.1.3.1 Mendengar secara aktif. Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 4
  5. 5. dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan atau pun mengucapkan semula. Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu. 2.1.3.2 Mendengar secara pasif Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar. Seringkali juga wujud situasi mendengar secara pasif ini dalam kalangan pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang mendengar semasa guru sedang mengajar tidak berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar. Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar perlu bersedia dengan situasi itu. Hal ini terjadi di mana pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan soalan atau pun ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci dari penyampai. Mendengar jenis ini dipanggil juga sebagai mendengar secara tidak interaktif. Secara ringkasnya, pendengar tidak berupaya mengambil bahagian dalam mewujudkan hubungan dua hala seperli mendengar kuliah, radio, menonton televisyen, filem ataupun siaran langsung. 2.1.4 Teknik mendengar berkesan. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 5 TEKNIK MENDENGAR DENGAN BERKESAN Bersedia untuk mendengar Kenalpasti idea-idea penting yang di dengar Tetapkan niat Catat nota semasa mendengar
  6. 6. Rajah 2 : Teknik-teknik kemahiran mendengar. 2.2 Kemahiran Bertutur. 2.2.1 Definisi Kemahiran Bertutur. Menurut Nor Aina Dani (2007), kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada ( tekanan suara ),jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dam pembelajaran. 2.2.2 Konsep Kemahiran Bertutur. Menurut Nor Aina Dani (2007), konsep pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain. 2.2.3 Jenis-jenis Kemahiran Bertutur 2.2.3.1 Pertuturan Sehala. Pertuturan sehala boleh ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan. Pengirim menyampaikan BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 6 Tanamkan minat terhadap apa yang di dengar Dengar dengan teliti
  7. 7. mesej manakala penerima tidak memberi sebarang maklum balas secara spontan. Ciri-cirinya ialah penyampai aktif, penerima pasif, tiada maklum balas spontan, bahasa jelas dan sesuai, keberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampai dan khalayak besar. Contoh jenis-jenis aktiviti ialah seperti taklimat, pengumuman, pengucapan awam ,memberi arahan / panduan dan pengacaraan majlis. 2.2.3.2 Pertuturan Dua Hala. Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi. Satu pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam satu masa dan di tempat yang serupa. Ciri-cirinya ialah penyampai dan penerima saling berinteraksi, penyampai dan penerima saling bersemuka, dan ada maklum balas spontan. Jenis-jenis aktiviti dua hala pula ialah dialog, forum, wawancara / temu bual , perbincangan , perbahasan dan mesyuarat. 2.2.4 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Mendengar - Bertutur. 2.2.4.1 Pendekatan Situasi. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. 2.2.4.2 Pendekatan Komunikatif. Pendekatan ini bersifat lebih menyeluruh yakni menekankan aspek penguasaan komunikasi di samping penguasaan struktur bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 7
  8. 8. 2.2.5 Kaedah Pengajaran Kemahiran mendengar - bertutur. Beberapa kaedah dalam pengajaran kemahiran mendengar – bertutur, antaranya kaedah oral-aural, kaedah terus, kaedah fonetik atau linguistik dan kaedah audio-lingual. Kaedah Oral-Aural bertujuan untuk mencapai kemahiran hingga menyamai sebutan penutur jati bahasa yang dipelajari. Kaedah ini menggunakan latih tubi lisan dan mengajuk dialog secara realistik yang menekankan penggunaaan model pertuturan sempurna. Untuk itu, alat pandang dengar dan pita rakaman digunakan dengan meluas menerusi kaedah ini. Tambahan lagi, kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Kaedah fonetik ini hampir serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa. Manakala kaedah audio-lingual pula menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. 2.2.6 Teknik Kemahiran Bertutur. Rajah 3 : Teknik Kemahiran Bertutur. 2.2.7 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Bertutur. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 8 TEKNIK – TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTURTEKNIK – TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR a) Latih tubi b) Bercerita c) Bersoal jawab d) Perbualan / dialog / wawancara e) Perbincangan f) Berbahas / debat g) Main peranan dan simulasi h) Sumbang saran i) Drama atau lakonan j) Melapor berita k) Permainan bahasa l) Pengajaran puisi m) Penyelesaian masalah n) Tunjuk cara.
  9. 9. Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah, dan seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari.latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan. Pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul, menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping merangsang kebolehan membentuk ayat yang lengkap. Aktiviti kuiz melatih kanak-kanak dalam penggunaan soalan seperti siapa, di mana, bagaimana, bila dan mengapa. Aktiviti nyanyian dapat memudahkan kanak-kanak belajar menyebut perkataan dan rangkaikata yang berirama. 3.0 KEMAHIRAN MEMBACA 3.1 Definisi Kemahiran Membaca. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988) dalam “Siri Pendidikan Longman Pedagogi Bahasa”, membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara. Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis serta memahami isi kandungannya. 3.2 Konsep Membaca. Konsep kemahiran membaca pula , menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid akan dianggap pandai membaca jika mereka boleh menyuarakan tulisan dengan walaupun tidak faham lagi isi yang dibacanya. 3.3 Jenis-jenis Bacaan. JENIS KETERANGAN Bacaan mekanis (bersuara) Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bacaan mentalis (kefahaman) Bacaan ini dilaksanakandalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara.Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat/ idea atau buah fikiran. Bacaan intensif Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 9
  10. 10. (mendalam) memperkembang kebolehan meneliti,memahami dan mentaksir perkara yang dibaca.Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Bacaan ekstensif (meluas) Bacaan ini dilaksanakan di luar bilik darjah. Ia menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Jadual 1 : Jadual jenis-jenis bacaan. 3.4 Pendekatan Pengajaran Bacaan Rajah 4 : Pendekatan pengajaran bacaan 3.4.1 Pendekatan Binaan Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata, perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 10 PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan Pendekatan Komunikatif Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan Cerakinan
  11. 11. Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad. Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya. Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa, klausa, ayat dan seterusnya. 3.4.2 Pendekatan Cerakinan Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut. Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca. Daripada beberapa perkataan,guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Terdapat 4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna. 3.4.3 Pendekatan Komunikatif Bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai ‘keupayaan berkomunikasi’. Menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana: BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 11
  12. 12. • Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap • Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja • Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan/secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. Aktiviti yang boleh dilaksanakan:- a. Bercerita b. Teater pembaca c. Laporan/ulasan buku d. Choral speaking 3.4.4 Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya. 3 peringkat dalam proses membaca iaitu:- • Lateral • Interpretasi & inferens • Penilaian makna Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh: Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut: BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 12
  13. 13. a. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. b. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. c. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep. d. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. e. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan. 3.5 Teknik-teknik Kemahiran Membaca. Rajah 5 : Teknik-teknik Kemahiran membaca Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 13 TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN MEMBACA Teknik Bacaan Pantas Teknik KWLHTeknik SQ3R 1. Skimming (luncuran) 2. Scanning 1. Survey (meninjau ) 2. Ouestion ( menyoal ) 3. Read ( membaca ) 4. Review ( menyemak) 5. Recite ( menyebut ) 1. Know (tahu) 2. Want (hendak / ingin tahu) 3. Learn (pelajari) 4. How (bagaimana )
  14. 14. intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut; untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu; membaca pantas membaca kritis Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R. 3.5.1 Teknik Membaca KWLH KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca; mengingat dahulau apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya) Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. 3.5.2 Teknik Membaca SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 14
  15. 15. (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) baca R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan- soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 15
  16. 16. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan- jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal. 3.5.3 Skimming dan Scanning Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca. Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari. 3.6 Kaedah Kemahiran Membaca BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 16 Kaedah Pandang Sebut Kaedah Pandang Sebut
  17. 17. Rajah 6 : Rajah kaedah membaca 3.6.1 Kaedah Seluruh / Pandang Dan Sebut Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan- perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya berulang-ulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r”, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ] Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan- perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 17 Kaedah FonikKaedah Fonik Kaedah AbjadKaedah Abjad
  18. 18. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan. 3.6.2 Kaedah Abjad. Kaedah ini berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Oleh sebab usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajarkan bacaan asas dalam bahasa Melayu sejak sekian lama, iaitu lebih kurang tujuh abad lamanya dengan menggunakan tulisan Jawi dan lebih kurang seabad pula lamanya dengan menggunakan tulisan Rumi. Jadi, dari segi kekerapan penggunaan, kaedah ini merupakan kaedah yang terunggul dan telah terbukti berjasa mencelikhurufkan jutaan manusia di negara kita dan yang sebahagiannya kini bergelar cendekiawan dan profesor. Secara umum, susunan pelaksanaan kaedah ini bersifat binaan. Gambaran binaannya adalah seperti dalam rajah di sebelah. 3.6.3 Kaedah Fonik Fonik adalah satu kaedah pengajaran membaca yang sentiasa mendapat perhatian. Kaedah ini menekankan bunyi huruf. Bunyi huruf konsonan ialah b c d f g h j k l m n p q r s t v w x y z. Manakala huruf vokal ialah a e i o u. Fonik adalah siri peraturan di mana kanak-kanak mengingat dan menggunakannya apabila bertemu dengan perkataan-perkataan baru. Kanak-kanak didedahkan dengan BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 18
  19. 19. peraturan tertentu seperti menyebut huruf ‘u’ dengan bunyi u(muncungkan bibir) bukannya ‘yu’. Kemudian mereka diminta menyebut dan menulis ‘u’ berulang kali sehingga dapat menggabungkan huruf dan bunyi serentak. Kadangkala pengulangan bunyi perkataan tidak begitu menyeronokkan seperti ‘ali lari cari ubi.’ Walau bagaimanapun ia membuatkan kanak-kanak berikhtiar untuk mempraktikkan bacaan. Masalah paling utama dalam kaedah fonik ialah kanak-kanak yang sedang belajar mengingat dengan pendekatan fonik tidak berupaya mengaplikasi kaedah berkenaan apabila membaca bahan bercetak. Fonik mesti diajar dalam cara yang membenarkan kanak-kanak boleh menggunakannya sebaik sahaja diperkenalkan kepada mereka. Setiap kali bunyi baru diajar, mereka patut diberi bahan bacaan terpilih sebagai pengukuhan. Kanak-kanak tidak mampu membaca tanpa pengetahuan yang baik dalam fonik. Jika mereka tahu peraturan-peraturan fonik, sudah pasti mereka dapat membaca dengan lancar. 4.0 KEMAHIRAN MENULIS. 4.1 Definisi Kemahiran Menulis. Menurut Chomsky (1957),tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea.Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi . 4.2 Konsep Menulis. Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Kesimpulannya tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan ke dalam bentuk grafik untuk melahirkan perasaan. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 19
  20. 20. 4.3 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis . (a) Pendekatan Proses Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik. (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persolan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasi pelajar. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut. (c) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 20
  21. 21. berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan. (d) Pendekatan Terkawal Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara umumnya terdapat lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu: (i) Peringkat meniru dan menyalin. (ii) Peringkat mengingat kembali. (iii) Peringkat menggabungkan. (iv) Peringkat penulisan berpandu. (v) Peringkat penulisan bebas. (e) Pendekatan Bebas Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan banyak latihan penulisan kepada pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses menulis. (i) Langkah 1: Pramenulis (ii) Langkah 2: Membuat rangka dan draf (iii) Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 21
  22. 22. 4.4 Teknik Kemahiran Menulis. Peta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri. (a) Peta Minda Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. (b) Penyoalan Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan “apa, “bila”, “mengapa”, dan “bagaimana” boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir ke arah isi-isi penulisan. 5.0 Rancangan Pengajaran Harian. 5.1 Rangka RPH BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 22 SET INDUKSISET INDUKSI LANGKAH 1LANGKAH 1 LANGKAH 2LANGKAH 2 Tayangan slaid pantun “Sekolahku Ceria” Tayangan slaid pantun “Sekolahku Ceria” 1. Slaid gambar gotong-royong di sekolah. 2. Teks petikan “Sekolahku Ceria”. 1. Slaid gambar gotong-royong di sekolah. 2. Teks petikan “Sekolahku Ceria”.
  23. 23. 5.2 Rancangan Pengajaran Harian Tarikh / Hari : 5 Ogos 2013 /Isnin Tahun : 6 Maju Bil murid : 32 orang murid. Masa : 9.10 – 10.10 pagi Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema : Sekolah Tajuk : Sekolahku Ceria. Objektif : Pada akhir proses pembelajaran dan pengajaran , murid-murid dapat : 1. Membaca petikan “Sekolahku Ceria” dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Memberikan tiga cadangan yang membina secara spontan. 3. Membina tiga ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 23 LANGKAH 3LANGKAH 3 PENUTUPPENUTUP Pembentangan Tugasan KumpulanPembentangan Tugasan Kumpulan Aktiviti Lembaran KerjaAktiviti Lembaran Kerja Rumusan isi pelajaranRumusan isi pelajaran
  24. 24. Hasil pembelajaran Fokus Utama : 5.1 : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 ( i ) : Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus sampingan : 4.2 : Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 3 ( i ) : Memberikan komen dan cadangan balas yang membina tentang sesuatu perkara berdasarkan pengalaman secara spontan. 8.2 : Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan. Aras 1 ( i ) : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur , membaca dan menulis. Sistem Bahasa :  Intonasi : Sebutan dan intonasi teks yang betul  Tatabahasa : Kata ganda , ayat majmuk , ayat tunggal  Kosa kata : Gotong-royong , murid-murid, muafakat , berkat , warga sekolah. Pengisian kurikulum :  Ilmu : Pendidikan Islam dan Moral , Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.  Nilai murni : Kerjasama, kerajinan, kebersihan fizikal dan mental.  Peraturan Sosiobudaya : Semangat bermasyarakat.  Kewarganegaraan : Menonjolkan ciri-ciri murid berwawasan. Kemahiran Bernilai Tambah :  Kemahiran Berfikir : menghubungkait , mencirikan , membanding beza.  Pembelajaran kontekstual : menghubungkait dengan amalan bergotong- royong dalam kehidupan seharian.  Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal , Interpersonal.  Belajar Cara Belajar : Mengumpul maklumat , memproses maklumat, membuat persembahan. Pengetahuan sedia ada : Murid-murid sudah biasa melakukan kerja secara gotong-royong dalam kehidupan seharian. Bahan Bantu Belajar : BIL BAHAN JUMLAH 1 LCD 1 BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 24
  25. 25. 2 Skrin 1 3 Slaid Powerpoint Pantun “Sekolahku Ceria” 1 4 Slaid Gambar Gotong-royong di sekolah 1 5 Kertas Mahjung 1 6 Lembaran kerja 32 7 Teks petikan “Sekolahku Ceria” 32 8 Borang penilaian 32 ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Amalan hidup bermuafakat  Tolong menolong  Hormat menghormati Isi pelajaran  Tayangan slaid pantun “Sekolahku Ceria” ( Lampiran A )  Membaca pantun “Sekolahku Ceria” dengan lancar dan intonasi yang betul.  Memberi contoh- contoh amalan hidup bermuafakatan.  Mengaitkan pantun dengan tajuk pelajaran “Sekolahku Ceria”. Set induksi ( 5 minit )  Teks pantun “Sekolahku Ceria” dipaparkan pada skrin.  Murid-murid mendengar guru membaca pantun dengan bacaan yang jelas dan intonasi yang betul.  Murid-murid membaca pantun secara kelas dengan nada suara dan intonasi yang betul.  Guru mengaitkan bacaan pantun murid dengan isi pelajaran utama hari ini.  Kemahiran mendengar dan bertutur. BBB  LCD  Skrin  Slaid powerpoint pantun “Sekolahku Ceria”. KBT : KB  Menghubungk ait ,meramal TMK :  ICT- persembahan powerpoint. KP  Verbal linguistik  Bahan ransangan: 1. Slaid gambar gotong- royong di sekolah. (Lampiran B) 2. Teks petikan “Sekolahku Ceria”. (Lampiran C) Soalan guru : 1. Apakah aktviti yang terdapat dalam gambar tersebut? Langkah 1 ( 15 minit ) Aktiviti 1  Murid-murid melihat gambar aktiviti gotong-royong yang dipamerkan.  Murid-murid diransang memberi komen dan cadangan secara spontan terhadap aktiviti gotong-royong di Pembelajaran Kontekstual. Kemahiran membaca, bertutur dan mendengar BBB  LCD  Skrin  Slaid powerpoint BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 25
  26. 26. 2. Di manakah aktviti dalam gambar itu berlaku ? 3. Apakah cadangan untuk mengekalkan kebersihan di kawasan sekolah ? Jangkaan jawapan : 1. Aktiviti gotong-royong. 2. Kawasan sekolah. 3. Kutip sampah . Maklum balas guru. Pencapaian dari segi : 1. Cadangan dan komen yang membina secara spontan. 2. Kelancaran , intonasi dan kejelasan sebutan. sekolah. Aktiviti 2  Teks petikan “Sekolahku Ceria” diedarkan kepada setiap murid.  Murid-murid membaca teks petikan dengan bacaan yang jelas , intonasi yang betul dan lancar.  Murid-murid membaca kuat teks secara individu. gambar aktiviti gotong-royong di sekolah.  Petikan teks “Sekolku Ceria”. KBT : KB  Menjana idea. TMK  ICT- persembahan BCB  Sumbang saran KP  Kecerdasan Verbal-linguistik. Nilai Murni  Bekerjasama Borang penilaian :  Lampiran D Tajuk Tugasan : - Murid-murid dikehendaki mengemukakan tiga cadangan untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah. Pembentangan Tugasan : Kelancaran : - Sebutan yang jelas. - Suara yang kuat dan lantang. - Bacaan lancar. Gaya penyampaian : - Lenggok bacaan. - Kontak / Berkomunikasi dengan penonton dan pendengar. Jangkaan cadangan murid : 1. Jangan buang sampah di dalam kawasan sekolah. Langkah 2 ( 25 minit ) Aktiviti kumpulan  Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan serta ditemtukan nama bagi setiap kumpulan. Nama kumpulan :  Kumpulan Ceria  Kumpulan Bersih  Kumpulan Cantik  Kumpulan Indah  Tugasan yang sama diberikan kepada setiap ketua kumpulan.  Setiap kumpulan berbincang mengenai tajuk tugasan dan menyenaraikannya di atas kertas mahjong. Pembelajaran kontruktivisme Kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. BBB :  Kad tugasan  Kertas mahjong.  Borang penilaian. KB  Menjana idea BCB  mengenal pasti idea dan menyusun idea.  Mencatat maklumat. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 26
  27. 27. 2. Sapu kelas hingga bersih pada setiap hari. 3. Lap tingkap hingga bersih. Maklum balas guru : Pencapaian dari segi : 1. Cadangan dan komen yang membina secara spontan. 2. Kelancaran , intonasi dan kejelasan sebutan.  Ketua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas.  Ahli dari kumpulan lain membuat penilaian. KMD :  Membuat ramalan. KP :  Kecerdasan Verbal- linguistik Nilai-nilai murni :  bekerjasama  Yakin  Berani Borang penilaian :  Lampiran E Lembaran kerja : 1. Jawab soalan kefahaman. 2. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk. 3. Menyenaraikan ayat tunggal dan ayat majmuk. Jawab soalan kefahaman di bawah: 1. Di manakah aktiviti gotong-royong tersebut diadakan ? 2. Apakah tujuan gotong -royong tersebut diadakan? 3. Berikan tiga cadangan untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah ? 4. Siapakah orang yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut? Jangkaan jawapan murid. 1. Aktiviti gotong-royong itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kasih. 2. Tujuan aktiviti gotong- royong itu diadakan untuk Langkah 3 ( 10 minit ) Aktiviti lembaran kerja  Murid-murid dikehendaki menjawab soalan kefahaman berdasarkan teks petikan. Pengayaan :  Murid-murid dikehendaki membina tiga ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Pemulihan :  Murid-murid dikehendaki menyenaraikan tiga ayat tunggal dan ayat majmuk daripada teks petikan “Sekolahku Ceria”. Pembelajaran Kontekstual. Pembelajaran kontruktivisme Kemahiran membaca dan menulis. BBB :  Lembaran kerja murid. KBT KB :  Menjana idea .  Membuat inferens.  Menghubung kait. BCB :  Mencari maklumat. KMD :  Menjangka akibat. KP :  Kecerdasan kinestetik. Nilai-nilai murni :  Jaga kebersihan. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 27
  28. 28. membersihkan persekitaran sekolah. 3. Cadangan untuk mengekalkan kebersihan sekolah : 1. Sapu dan kutip sampah 2. Jaga kebersihan tandas 3. Lukis mural di dinding sekolah. 4. Pihak yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut ialah murid-murid, guru-guru dan ibu bapa. Kognitif Rumusan isi pelajaran : 1. Murid-murid membaca pantun dengan nada, irama dan intonasi yang betul. 2. Amalan aktiviti gotong - royong merupakan amalan yang mulia dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Sosial - Pujian dan galakan diberikan untuk murid-murid yang dapat memberi rumusan yang tepat tentang isi pelajaran. Penutup ( 5 minit )  Murid-murid diransang merumus isi pelajaran.  Murid-murid mendapat pujian daripada guru dan diminta membaca semula pantun “Sekolahku Ceria” dengan irama dan intonasi serta sebutan yang betul. Pembelajaran Kontekstual. Kemahiran membaca BBB :  LCD  Skrin  Slaid pantun. KB :  Merumus. KP :  Verbal- linguistik Nilai :  Amalan bergotong- royong. 6.0 REFLEKSI 6.1 Refleksi RPH Strategi yang saya pilih dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah berpusatkan bahan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya menjadikan bahan sebagai subjek atau permainan utama untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 28
  29. 29. pembelajaran. Sebagai objektifnya, strategi berpusatkan bahan ini membolehkan murid-murid memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh saya ialah penggunaan bahan seperti slaid gambar aktiviti gotong-royong dan slaid pantun yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Semasa langkah set induksi, isi pelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bertajuk “Sekolahku Ceria” adalah pantun . Murid-murid membaca pantun yang ditayangkan di skrin dengan bacaan lancar dan nada, intonasi dan irama yang betul. Di sini dapat dijelaskan bahawa saya hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Banyak masa diperuntukkan kepada murid-murid untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan bantuan saya..Selain itu, saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan murid-murid dan boleh mengesan kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh mereka dari segi ejaan, sebutan dan intonasi terhadap sesuatu perkataan dan ayat yang mereka ujarkan. Semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku, saya menggunakan strategi berpusatkan murid dengan menunjukkan gambar slaid aktiviti gotong- royong di kawasan sekolah dan mengemukakan beberapa soalan kepada murid- murid. Murid-murid cuba mencari jawapan berdasarkan kepada petikan teks yang diberikan serta menghasilkan idea yang baharu. Melalui aktiviti ini ia dapat memupuk sifat berdikari dalam diri murid-murid tersebut. Untuk menjawab sesuatu pertanyaan, murid-murid akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperolehi itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Saya juga menggunakan strategi kemahiran pembelajaran kontekstual dan kontruktivisme dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini kerana ia merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid-murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudia diterjemahkan secara nyata sama ada melalui kata-kata, perlakuan BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 29
  30. 30. atau hasilan.Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. 6.1.1 Pendekatan . Saya menggunakan pendekatan komunikatif di dalam proses pembelajaran dan pengajaran pada kali ini kerana pendekatan ini menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Kepentingan pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu.Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, saya merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana murid-murid boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Murid-murid perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. 6.1.2 Kaedah Kaedah yang saya gunakan pula ialah kaedah pandang sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Saya memperkenalkan slaid pantun, slaid gambar aktiviti gotong-royong dan teks petikan “Sekolahku Ceria” kepada murid-murid. Semasa slaid ditayangkan di skrin putih, perkara yang dipandang ialah slaid pantun dan gambar aktiviti gotong-royong tersebut. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali grafik dan lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk perkataan. Untuk membolehkan mereka membaca ayat pendek , mereka perlu mengenali banyak lambang dan akhirnya membentuk perkataan dan ayat. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah natural (semulajadi). Kaedah ini dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan gambar aktiviti gotong-royong. Perkataan-perkataan baru yang terdapat dalam petikan teks “Sekolahku Ceria” seperti perkataan “muafakat” diterangkan dengan menggunakan perkataan- perkataan yang diketahui oleh murid itu sendiri. Akhir sekali saya menggunakan kaedah kod kognitif. Saya banyak menekankan pengajaran dari aspek seperti bacaan dan tulisan. Tumpuan utama BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 30
  31. 31. bagi kaedah ini ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan fonologi sahaja. Ianya diterapkan secara langsung dan melalui pengetahuan sedia ada murid .Proses pembelajaran dan pengajaran perlulah berupaya umtuk menggalakkan murid serta menarik minat murid supaya mereka mudah untuk memahami apa yang dipelajari .Saya akan menghuraikan isi pelajaran terlebih dahulu bagi memudahkan kefahaman murid . 6.1.3 Teknik Teknik yang saya gunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini ialah Teknik Radar. Teknik ini direka oleh Martin pada tahun 1983. Ia membolehkan murid-murid menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Antara langkah-langkah yang saya gunakan menerusi teknik ini ialah murid-murid membaca petikan serta mencari maklumat seperti yang dikehendaki. Murid-murid juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat yang lain. Selain itu, saya gunakan teknik sumbang saran dalam aktiviti berkumpulan. Ia merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.Dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini, saya menggalakkan setiap kumpulan berbincang untuk mengemukakan cadangan bagaimana hendak mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah. Teknik latih tubi juga saya gunakan ketika proses pembelajaran dan pengajaran ini berlaku. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran pemahaman anak didik saya. Melalui teknik ini juga, saya meminta murid-murid menjawab soalan kefahaman berdasarkan tajuk pelajaran dan petikan teks yang diberi.Teknik ini amat sesuai digunakan kerana murid-murid dapat mengingat kembali fakta-fakta yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran ini saya menggunakan keempat-empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. 6.2 Refleksi Kendiri Terlebih dahulu saya ingin merapatkan tangan ke hadrat Ilahi sebagai tanda syukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 31
  32. 32. dapat juga menyiapkan kerja kursus projek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu ini. Saya telah menerima tugasan ini diberi tempoh hingga 23 September 2013 untuk serahan tugasan ini. Tugasan ini dijalankan secara individu. Pada peringkat permulaan saya menerima tugasan ini, saya berasakan tugasan ini amat sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah kali pertama saya belajar mengenai mata pelajaran ini. Namun, dengan bantuan pensyarah, rakan- rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai mata pelajaran ini, hasil daripada pembelajaran saya semasa di dalam kelas tutorial. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini kerana memberi tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepadasaya untuk menyiapkan kerja kursus ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan- rakan yang banyak membantu memberi sokongan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Melalui tugasan ini, saya banyak belajar perkara baru tentang kaedah pengajaran Bahasa Melayu seperti ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan komponen-komponen pengajaran makro dan kemahiran berbahasa. Selain itu, melalui tugasan ini, saya turut mempelajari konsep strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga masalah dan kekangan yang saya tempuhi .Antaranya ialah masalah kekangan masa. Hal demikian ini kerana, saya terpaksa membahagikan masa antara waktu mengajar di sekolah dan waktu membuat tugasan. Namun, saya bersyukur kerana tempoh tugasan bersesuaian dan memberi kesempatan kepada saya untuk membuat tugasan ini dengan sebaik mungkin. Selain itu, masalah dalam membuat rujukan mengenai tugasan ini juga turut saya alami. Saya mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. 7.0 PENUTUP 7.1 Kesimpulan BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 32
  33. 33. Dalam penghasilan kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Selain itu, kemahiran bahasa yang baik dan tepat membolehkan murid-murid mempelajari bahasa Melayu dengan lebih berkesan dalam kehidupan seharian serta menggunakannya sebagai bahasa ilmu. Secara konklusinya , tugasan ini telah menjelaskan mengenai Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran mengikut tahap. Di samping itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan mengaplikasikan pengisian kurikulum dalam langkah- langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran. Untuk itu, pelbagai kaedah pengajaran telah dirangka bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran yang mementingkan penyerapan nilai murni serta cabang kemahiran lain. Penguasaan yang menyeluruh bagi setiap kemahiran adalah penting dalam melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. 9.0 BIBLIOGRAFI BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 33
  34. 34. Rujukan dari buku : Abd.Aziz Abd Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors and. Bhd. Abd.Aziz Abd Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia ,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (1986).Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Chomsky (1957), On Human Communacation , Cambridge : Mass Institut bahasa (1994).Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990). Perkaedahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia. Kamaruddin Hj Husin (1988) . Pedagogi Bahasa , Kuala Lumpur : Sri Pendidikan Longman Sdn Bhd. Kamaruddin Hj Husin ( 1991 ). KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur Koh Boh Boon (1989) . Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia : Penerapannya pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan dari internet http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/06/kemahiran-berbahasa.html tarikh muat turun : 25 Julai 2013. http://www.scribd.com/zielie/d/24515711-Modul-Kemahiran-Bahasa-IPKB tarikh muat turun: 14 Ogos 2013 http://www.scribd.com/doc/50264557/16/Jenis-jenis-Kemahiran-Membaca tarikh muat turun: 25 Ogos 2013 BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 34
  35. 35. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 35
  36. 36. LAMPIRAN A – Petikan Pantun BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 36
  37. 37. LAMPIRAN B – Slaid Gambar Gotong Royong BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 37
  38. 38. LAMPIRAN C – Petikan Cerita SEKOLAHKU CERIA Pada hari Sabtu yang lalu, warga Sekolah Kebangsaan Seri Kasih telah menjayakan aktiviti Gotong-royong Perdana.Ibu bapa turut serta dalam gotong-royong itu. Sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan, guru besar menyampaikan ucapan.Menurut beliau gotong-royong itu diadakan untuk menyahut seruan Perdana Menteri supaya rakyat Malaysia mengutamakan kebersihan alam sekitar.Sekolah yang bersih dan selesa akan mencerminkan perwatakan warga sekolah. Tujuan aktiviti gotong-royong itu diadakan untuk membersihkan persekitaran sekolah.Setiap kelas telah diagihkan kawasan tertentu untuk dibersihkan. Sesungguhnya, muafakat membawa berkat. Menerusi gotong-royong, warga sekolah dapat bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan indah. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 38
  39. 39. LAMPIRAN D BORANG PENILAIAN RAKAN SEBAYA ( Langkah 1 ) Nama rakan yang menilai :__________________________________ Nama rakan yang dinilai : __________________________________ Tarikh :__________________________________ Borang senarai semak membaca petikan “Sekolahku Ceria”. BIL ASPEK KELANCARAN YA ( / ) TIDAK ( X ) 1 Intonasi bacaan 2 Tidak tersekat-sekat 3 Sebutan jelas. 4 Kelantangan suara. 5 Tatabahasa mudah difahami. ASPEK GAYA DAN PENYAMPAIAN 6 Mimik muka 7 Bahasa tubuh 8 Kontak / berkomunikasi dengan penonton / pendengar BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 39
  40. 40. LAMPIRAN E BORANG SENARAI SEMAK ( Langkah 3 – Aktiviti kumpulan ) Senarai semak untuk melihat tahap kerjasama murid-murid dalam kumpulan masing-masing. Kelas :_________________________________ Nama Kumpulan : _________________________________ Nama rakan yang menilai :_________________________________ Nama rakan yang dinilai : _________________________________ Tarikh :_________________________________ BIL ITEM-ITEM YA ( / ) TIDAK ( X ) 1 Kemas. 2 Idea tersusun. 3 Menepati format. 4 Huraian isi lengkap. 5 Tatabahasa mudah difahami. 6 Kreatif. 7 Tulisan mudah dibaca. 8 Tugasan siap mengikut masa yang ditetapkan. BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 40
  41. 41. LAMPIRAN F - – Bahan-bahan maujud LCD Projektor Komputer riba Skrin besar BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 41
  42. 42. Kertas mahjong dan alat tulis. LAMPIRAN G – Lembaran kerja murid Nama : _____________________________ Kelas : ____________________________ Jawab soalan kefahaman di bawah berdasarkan teks petikan : 1. Di manakah aktiviti gotong-royong tersebut diadakan ? 2. Apakah tujuan gotong -royong tersebut diadakan? 3. Berikan tiga cadangan untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah ? 1. _________________________________________________ 2. _________________________________________________ BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 42
  43. 43. 3. _________________________________________________ 4. Siapakah orang yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut? BMM 3104 / PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU 43

    Be the first to comment

    Login to see the comments

  • cikeiqa92

    Jan. 22, 2016
  • vivian9594

    Sep. 24, 2016
  • jariahmahali

    Sep. 27, 2016
  • FatinAbdullah2

    Nov. 3, 2016
  • najwafiq70

    May. 2, 2017
  • AmirulFikri13

    Aug. 17, 2017
  • FiefyFiera

    Jun. 9, 2018
  • faradilah04

    Aug. 27, 2018
  • NurAuni4

    Sep. 5, 2018
  • Syafiqah_Abdullah

    Jul. 9, 2019
  • nurulizzah152

    Aug. 14, 2019
  • DIkQah

    Jul. 15, 2020

Terima kasih kerana sudi Melawat ! Sila Share kat kawan kawan ye !

Views

Total views

32,681

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

46

Actions

Downloads

859

Shares

0

Comments

0

Likes

12

×