SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
KEMAHIRAN
MENDENGAR
KONSEP
• Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita,arahan,
perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.Kemahiran mendengar ini adalah
kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive
level). untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
•
Menurut ILA (1996),kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami
makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar
sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.Menurutnyalagi, terdapat dua cara
komunikasi yang berkesan iaitu,bergantungkepada percakapan dan pendengaran.
• Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu pendengaran merupakan
gabungan segala yang didengari,difahami dan diingati.Pedengaran berlaku melalui latihan-
latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.Individu lebih banyak mendengar
melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
PROSES
PROSES MENDENGAR
• Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
• Menilai bunyi-bunyi yang didengar
• -fahamkan dengan maksud intonasi ( sedih, siimpati, marah dll)
• Memahami bunyi-bunyi yang didengar-kaitkan dengan tingkahlaku
• Bertindak terhadap bunyi-bunyi yang didengar
• - setelah selesai 3 peringkat di atas
• - dapatkan keputusan dan rumusan
PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
• Proses mendengar ialah satu proses fisiologi yang melibatkan telinga
sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa. Sungguhpun telinga
merupakan alat asas dalam proses mendengar, proses memahami
pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti
pengamatan, kecerdasan dan pemikiran. Selain itu, kefahaman
mendengar juga akan dipengaruhi oleh minat dan tumpuan yang ada
pada seseorang pendengar.
• Sebagaimana kita semua sedia maklum, proses mendengar dan
memahami secara berkesan bukanlah satu tugas yang mudah. Ini adalah
kerana proses tersebut memerlukan tumpuan dan penglibatan mental
yang aktif daripada pendengar.
PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
• Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu
mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai
makna beberapa deretan bunyi dan bertindak terhadap bunyi.
• Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu
mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan
maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari
mana arahnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi
yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar
beberapa kali, barulah deretan bunyi itu dapat didengar secara
keseluruhan. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai
alat artikulasi dan pancaindera yang normal.
• PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
• Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan
dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi tersebut didengarkan dan diikuti dengan tingkah
laku tertentu daripada penutur, pendengar akan menghubungkaitkan tingkah laku tersebut
dengan deretan bunyi yang didengar olehnya. Dalam erti kata lain, pendengar akan
menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi
yang dilafazkan. Proses ini yang berulangkali dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan
kepada pendengar.
• Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia
dapat memahami persamaan erti dan perbezaan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi
yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah
melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Kesimpulannya, pendengar yang
baik akan memahami dan mengerti maksud setiap ujaran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja
boleh memahami malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya.
• Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya akan terlaksana
setelah pendengar melalui peringkat-peringkatyang terdahulu iaitu mendengar deretan bunyi,
memahami bunyi tersebut dan menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia berlaku apabila
pendengar hendak membuat rumusan dan keputusan. Pendengar akan bertindak untuk
melakukan sesuatu yang wajar setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR
• Terdapat beberapa tujuan kemahiran mendengar. Antaranya ialah :
• Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan pengetahuan. Contohnya
seperti mendengar ceramah untuk mendapatkan pengetahuan.
• Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik. Misalnya dalam puisi. Bahasa yang
digunakan begitu puitis, dengan itu pendengar dapat menghayatinya melalui proses
pendengaran yang baik. Manakala mendengar untuk tujuan menghayati keIndahan
muzik pula bertujuan untuk menghayati lirik-lirik lagu yang didendangkan.
TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR
• Untuk mengetahui keadaan semasa. Tujuan ini amat penting supaya kita
tidak ketinggalan daripada mengetahui perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling kita. Kita dapat mendengar perkembangan semasa ini melalui
media elektronik seperti radio dan televisyen.
• Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Tujuan ini amat penting
bagi pelajar dan penuntut-penuntut di institut pengajian tinggi. Mereka
perlu mendengar dengan teliti setiap input yang diberikan oleh guru
mahupun pensyarah seperti penerangan tugasan mahupun ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
BENTUK-BENTUKKEMAHIRAN MENDENGAR
• Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah :
•
• Mendengar Secara Pasif
• Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar
biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau
percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebut
semula perkara-perkara yang didengar itu.
• Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah mungkin kerana
bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak
bermakna kepada mereka.
•
• b) Mendengar Secara Bertelau-telau
• Mendengar secara bertelau-telau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya
daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan
menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka tidak biasa mendengar dan bertutur
atau berkomunikasi dalam bahasa itu.
•
BENTUK-BENTUKKEMAHIRAN MENDENGAR
• c) Mendengar Tanpa Tindak Balas
• Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi
tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka
terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya
hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka
tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya.
•
• d) Mendengar Secara Menebuk-nebuk
• Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata
atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini,
kemahiran mendengar bagi pelajar yang menuturkanbahasa itu masih rendah.
• Kemahiran mendengar secara menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam
kalangan pelajar bahasa ibunda. Hal ini terjadi kerana mereka cukup pasti bahawa mereka
berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri,walhal darjah kefahaman mereka
terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.
BENTUK-BENTUKKEMAHIRAN MENDENGAR
• e) Mendengar Dengan Beremosi
• Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Hal
ini kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah
boleh mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut.
•
• f) Mendengar Secara Berhati-hati
• Pada peringkat ini, seseorang itu perlu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Si
pendengar harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata
dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang
dilafazkan adalah untuk menentukan supaya setiap butir perkataan yang dituturkan itu dapat difahami
dengan tepat dan betul.
•
• g) Mendengar Secara Kritikal
• Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa
dengan baik. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang
tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya.
•
• h) Mendengar Dengan Pengamatan
• Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir
secara kritikal. Mendengar dengan cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan
kepada pengalaman si pendengar. Hal ini membawa makna si pendengar akan lebih mudah memahami
sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.
•
• I) Mendengar Secara Kreatif
• Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan menjadi matlamat
pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan
daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Hal
ini membawa maksud ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia
juga boleh membuat interpretasi,mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas serta jitu.
• Mendengar secara ekstensif lebih menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logik. Murid-murid
boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya
itu. Kemungkinan besar murid-murid boleh memberi komen daripada apa yang didengarnya atau
melengkapkan sebuah cerita atau mungkin juga mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan
sebagainya. Latihan mendengar seperti ini dapat membantu murid-murid memberi pandangan yang baik
mengenai sesuatu perkara dan sekaligus dapat menjadi pendebat yang baik dengan mengeluarkan huja-
hujah yang bernas.

More Related Content

What's hot

MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)NurulAmira87
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Bahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiBahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiSyahremie Teja
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuayuakira
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantarafiro HAR
 

What's hot (20)

Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
Kesusasteraan Melayu (Kritikan Sosial)
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Bahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam KomunikasiBahasa dalam Komunikasi
Bahasa dalam Komunikasi
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayu
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantara
 

Similar to KEMAHIRAN MENDENGAR

Proses mendengar
Proses mendengarProses mendengar
Proses mendengarDevya Sree
 
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Mitha Ye Es
 
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifketerampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifTohir Haliwaza
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasanuar nani
 
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturPerbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturaisyasensei
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa nak4145
 
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa BaliKeterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa BaliI Wayan Jatiyasa
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutharisanua
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamVini Fakhriyani Ulfah
 
Perkembangan Potensi Menyimak
Perkembangan Potensi MenyimakPerkembangan Potensi Menyimak
Perkembangan Potensi MenyimakIjal Mustofa
 
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaPengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaNando A-stlye
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2Mohamad Saad Mohamad Nain
 
Teaching Listening.pptx
 Teaching Listening.pptx Teaching Listening.pptx
Teaching Listening.pptxHasnaRamya
 
12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.Faris Rusli
 

Similar to KEMAHIRAN MENDENGAR (20)

Proses mendengar
Proses mendengarProses mendengar
Proses mendengar
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak Kelompok 1 bab i 3 menyimak
Kelompok 1 bab i 3 menyimak
 
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifketerampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
 
Bmp mendengar tutur
Bmp mendengar tuturBmp mendengar tutur
Bmp mendengar tutur
 
PELAJARAN
PELAJARANPELAJARAN
PELAJARAN
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
 
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturPerbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Pertemuan 3
Pertemuan 3Pertemuan 3
Pertemuan 3
 
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa BaliKeterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
Keterampilan Menyimak dan Berbicara Bahasa Bali
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalam
 
Perkembangan Potensi Menyimak
Perkembangan Potensi MenyimakPerkembangan Potensi Menyimak
Perkembangan Potensi Menyimak
 
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaPengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Menyimak
MenyimakMenyimak
Menyimak
 
Teaching Listening.pptx
 Teaching Listening.pptx Teaching Listening.pptx
Teaching Listening.pptx
 
12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.
 

KEMAHIRAN MENDENGAR

  • 2. KONSEP • Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita,arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu. • Menurut ILA (1996),kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.Menurutnyalagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu,bergantungkepada percakapan dan pendengaran. • Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari,difahami dan diingati.Pedengaran berlaku melalui latihan- latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.
  • 4. PROSES MENDENGAR • Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa • Menilai bunyi-bunyi yang didengar • -fahamkan dengan maksud intonasi ( sedih, siimpati, marah dll) • Memahami bunyi-bunyi yang didengar-kaitkan dengan tingkahlaku • Bertindak terhadap bunyi-bunyi yang didengar • - setelah selesai 3 peringkat di atas • - dapatkan keputusan dan rumusan
  • 5. PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR • Proses mendengar ialah satu proses fisiologi yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa. Sungguhpun telinga merupakan alat asas dalam proses mendengar, proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran. Selain itu, kefahaman mendengar juga akan dipengaruhi oleh minat dan tumpuan yang ada pada seseorang pendengar. • Sebagaimana kita semua sedia maklum, proses mendengar dan memahami secara berkesan bukanlah satu tugas yang mudah. Ini adalah kerana proses tersebut memerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif daripada pendengar.
  • 6. PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR • Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan bunyi dan bertindak terhadap bunyi. • Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arahnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu dapat didengar secara keseluruhan. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera yang normal.
  • 7. • PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR • Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi tersebut didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu daripada penutur, pendengar akan menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi yang didengar olehnya. Dalam erti kata lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berulangkali dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar. • Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan perbezaan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Kesimpulannya, pendengar yang baik akan memahami dan mengerti maksud setiap ujaran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja boleh memahami malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya. • Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui peringkat-peringkatyang terdahulu iaitu mendengar deretan bunyi, memahami bunyi tersebut dan menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia berlaku apabila pendengar hendak membuat rumusan dan keputusan. Pendengar akan bertindak untuk melakukan sesuatu yang wajar setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
  • 8. TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR • Terdapat beberapa tujuan kemahiran mendengar. Antaranya ialah : • Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan pengetahuan. Contohnya seperti mendengar ceramah untuk mendapatkan pengetahuan. • Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik. Misalnya dalam puisi. Bahasa yang digunakan begitu puitis, dengan itu pendengar dapat menghayatinya melalui proses pendengaran yang baik. Manakala mendengar untuk tujuan menghayati keIndahan muzik pula bertujuan untuk menghayati lirik-lirik lagu yang didendangkan.
  • 9. TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR • Untuk mengetahui keadaan semasa. Tujuan ini amat penting supaya kita tidak ketinggalan daripada mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Kita dapat mendengar perkembangan semasa ini melalui media elektronik seperti radio dan televisyen. • Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Tujuan ini amat penting bagi pelajar dan penuntut-penuntut di institut pengajian tinggi. Mereka perlu mendengar dengan teliti setiap input yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah seperti penerangan tugasan mahupun ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
  • 10. BENTUK-BENTUKKEMAHIRAN MENDENGAR • Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah : • • Mendengar Secara Pasif • Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebut semula perkara-perkara yang didengar itu. • Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka. • • b) Mendengar Secara Bertelau-telau • Mendengar secara bertelau-telau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka tidak biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu. •
  • 11. BENTUK-BENTUKKEMAHIRAN MENDENGAR • c) Mendengar Tanpa Tindak Balas • Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya. • • d) Mendengar Secara Menebuk-nebuk • Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar bagi pelajar yang menuturkanbahasa itu masih rendah. • Kemahiran mendengar secara menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. Hal ini terjadi kerana mereka cukup pasti bahawa mereka berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri,walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.
  • 12. BENTUK-BENTUKKEMAHIRAN MENDENGAR • e) Mendengar Dengan Beremosi • Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Hal ini kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut. • • f) Mendengar Secara Berhati-hati • Pada peringkat ini, seseorang itu perlu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Si pendengar harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan adalah untuk menentukan supaya setiap butir perkataan yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul. • • g) Mendengar Secara Kritikal • Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya. •
  • 13. • h) Mendengar Dengan Pengamatan • Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar dengan cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Hal ini membawa makna si pendengar akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya. • • I) Mendengar Secara Kreatif • Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan menjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Hal ini membawa maksud ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi,mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas serta jitu. • Mendengar secara ekstensif lebih menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logik. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan besar murid-murid boleh memberi komen daripada apa yang didengarnya atau melengkapkan sebuah cerita atau mungkin juga mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini dapat membantu murid-murid memberi pandangan yang baik mengenai sesuatu perkara dan sekaligus dapat menjadi pendebat yang baik dengan mengeluarkan huja- hujah yang bernas.