SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan menjelaskan tahap-tahap
perkembangan dan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar termasuklah murid normal,
murid pendidikan pemulihan, dan murid bermasalah pembelajaran. Selain itu tajuk ini juga
akan membincangkan teori-teori pemerolehan bahasa , faktor-faktor yang mempengaruhi
pemerolehan bahasa, dan fungsi alat-alat artikulasi yang terlibat dalam sistem pengujaran.
Seterusnya tajuk ini juga akan menjelaskan masalah dalam penguasaan bahasa dan
prinsip-prinsip dalam Intervansi Bahasa. Terapi dalam pendidikan Pemulihan akan turut
dibincangkan pada bahagian akhir tajuk ini.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar akan dapat:
Menjelaskan tahap perkembangan dan penguasaan bahasa, faktor-faktor yang
mempengaruhi pemerolehan bahasa dan fungsi alat artikulasi.
Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuh kandungan pengetahuan
pedagogi Pendidikan Pemulihan.
Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja terutama dalam perbincangan dan
pembentangan hasil tugasan.
1
TAJUK 1 PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Kerangka tajuk
PERKEMBANGAN DAN
PENGUASAAN BAHASA
Tahap Teori Faktor Yang Alat
Perkembangan Pemerolehan Mempengaruhi Artikulasi
Bahasa Bahasa
Masalah Dalam Prinsip-Prinsip Terapi Dalam
Penguasaan Intervensi Pendidikan
Bahasa Bahasa Pemulihan
1.0 PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA
1.1 Tahap Perkembangan Bahasa
Tahap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak dapat dilihat daripada segi
kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula bahasa. Kemampuan ini
berkembang beransur-ansur mengikut masa dan saling berkait antara satu sama lain.
Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan
dapat membuat huraian dan penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih baik
serta cekap dalam komunikasi seharian mereka.
Dalam membincangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak, pelbagai pendapat
dan pandangan dikemukakan. Antara tahap perkembangan bahasa yang dikemukakan
adalah yang dikemukakan oleh Rodman dan Fromkin (1993) seperti berikut;
i. Tahap vokalisasi bunyi (babbling)
ii. Tahap satu kata (holofrasis)
iii. Tahap dua kata
iv. Tahap ujaran telegrafi (telegraphic speech)
2
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
I. Tahap Vokalisasi Bunyi (Babbling)
Sejak dilahirkan kanak-kanak telah mula mengeluarkan bunyi-bunyi dalam bentuk-
bentuk seperti tangisan, rengekan, dengkuran dan sebagainya. Bunyi-bunyi yang
dihasilkan tersebut mirip dangan bunyi-bunyi konsonan dan vokal. Walau bagaimanapun
bunyi-bunyi tersebut dikategorikan sebagai bunyi prabahasa (Fromkin dan Rodman,
1993). Setelah mencapai umur kira-kira enam bulan, seseorang bayi mula
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih kerap dan lebih jelas bunyinya sama ada
bunyi konsonan ataupun vokal yang biasanya bercampur aduk seperti penghasilan
bunyi frikatif dan nasal. Walau bagaimanapun tidak diketahui sama ada bunyi-bunyi
yang dihasilkan merujuk kepada objek-objek atau maksud-maksud tertentu. Contohnya
bunyi-bunyi seperti:
Papapa……..mamam………amamam…..wawawa…..
Sesuai dengan peningkatan pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi, bunyi-
bunyi bahasa yan dihasilkan menerusi aktiviti bebelan atau celotehan bebas ini lama-
kelamaan akan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih jelas kerana pada tahap ini
mereka cuba untuk meniru bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh orang dewasa di
sekeliling mereka.
ii. Tahap Satu Kata (Holofrasis)
Tahap ini lazimnya dicapai oleh seseorang kanak-kanak apabila mereka mencapai umur
12 hingga 18 bulan. Pada tahap ini juga ujaran-ujaran yang mereka lakukan mula
merujuk pada sesuatu yang mereka peroleh di sekeliling mereka. Sebagai contoh
mereka mengucapkan “ma” yang merujuk kepada “mama”, “yah” yang merujuk kepada
ayah, “mam” yang merujuk pada makan dan sebagainya.
Menurut pendapat para peneliti bahasa kanak-kanak, kata-kata yang diujarkan pada
tahap ini mempunyai 3 fungsi iaitu kata-kata yang dikaitkan dengan perlakuan kanak-
kanak itu sendiri, menyatakan perasaan, atau menamakan sesuatu benda. Pada tahap
3
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
ini juga mereka sudah mula biasa menggunakan huruf-huruf konsonan seperti m,p,s,k
dan huruf-hiruf vocal seperti a, e, i, o ,u.
iii. Tahap Dua Kata
Tahap ini berlaku ketika kanak-kanak mencapai usia kira-kira 18-20 bulan. Pada tahap
ini kanak-kanak mula mengucapkan ujaran-ujaran yang mengandungi dua kata mudah
yang signifikan dengan kehidupan mereka. Pada tahap ini juga ujaran-ujaran yang
dihasilkan sudah mula merujuk kepada makna-makna tertentu seperti “nak mam”
merujuk “hendak makan”, “mama …kut” bermaksud “mama nak ikut”. Pada tahap ini
kanak-kanak sudah mula berfikir secara “subjek + prediket” tetapi aspek-aspek seperti
kata ganti nama diri dan kata jamak masih belum dapat digunakan dengan betul.
iv. Ujaran Telegrafis (Telegraphic Speech)
Pada usia 2-3 tahun, kanak-kanak mula menghasilkan ujaran kata ganda atau dikenali
juga sebagai ujaran telegrafis. Kanak-kanak juga sudah mampu membentuk kata
menjadi ayat-ayat mudah yang berurutan dengan betul. Kosa kata mereka juga
semakin bertambah dengan pesat hasil peniruan daripada orang dewasa di
sekelilingnya dan pengucapan mereka juga semakin mirip orang dewasa. Fromkin dan
Rodman (1993) menyatakan bahawa hasil peniruan bahasa kanak-kanak pada usia ini
masih belum mencapai tahap yang diinginkan oleh orang dewasa kerana terdapat
pengguguran-pengguguran tertentu seperti pengguguran bunyi vokal, konsonan
ataupun kata sendi. Contohnya kanak-kanak akan mengujarkan ayat “He go out” yang
merujuk pada “He is going out” dan “yah gi ja” yang merujuk pada “ayah pergi kerja”.
Selain tahap tersebut, terdapat juga tahap perkembangan bahasa yang dikemukakan
oleh D.C Norton (1985) dalam bukunya The Effective Teaching of Language Arts .
Menurut Norton tahap-tahap perkembangan bahasa kanak-kanak adalah seperti berikut;
4
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Umur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa
3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama
melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak
digunakan dalam persekitarannya.
12 bulan
( 1 tahun )
Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan
ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.
18 bulan
( 11/2 tahun )
Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam.
Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang
tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah
perkataan.
24 bulan - 36 bulan
( 2 tahun - 3 tahun )
Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata.
Kanak- kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk.
Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.
36 bulan - 48 bulan
( 3 tahun - 4 tahun )
Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula digunakan.
Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami.
Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak
kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran
penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.
48 bulan - 60 bulan
( 4 tahun - 5 tahun )
Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-
peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat
yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata
lebih kurang 2500 perkataan.
Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks.
5
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
5 tahun - 6 tahun
Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata
jumlah perkataan ialah 6.8 perkataan. Kanak - kanak menguasai
lebih kurang 6000 perkataan.
6 tahun – 7 tahun
Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan
perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik.
Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami
konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.
8 tahun – 10 tahun
Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea
umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun,
sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9
perkataan.
10 tahun – 12 tahun
Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan.
Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan.
Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan.
1.2 Teori Pemerolehan Bahasa
1.2.1 Teori Behaviouris
Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield dan dikembangkan oleh Watson,
Skinner serta Thorndike menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa sangat
berkait rapat dengan aspek rangsangan dan gerak balas ataupun latihan dan
pengulangan. Abdul Aziz (2000) berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat
dibentuk dengan menggunakan ransangan yang sesuai. Perlakuan tersebut akan dapat
dikekalkan sekiranya diperkukuh dengan ganjaran. Oleh itu teori behavioris ini turut
mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah. Menurut Skinner(1938), pembelajaran bahasa kanak-kanak
berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap
dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru
atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk
mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-
6
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
kanak. Antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman,
ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak
bercakap. Di samping itu guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti
pertandingan pidato atau bahas, berbalas pantun, deklamasi puisi dan sebagainya di
sekolah dari semasa ke semasa dan pemenang daripada aktiviti tersebut diberikan
ganjaran sebagai peneguhan.
E.L. Thorndike merupakan antara ahli linguistik ulung yang mengemukakan beberapa
hukum penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme yang
boleh diterapkan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa (Abdul
Aziz, 2000). Hukum pertama ialah hukum latihan. Mengikut hukum ini, latihan amat
penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, latihan diperlukan dalam bidang lisan
seperti sebutan, intonasi dan bacaan nyaring. Hal yang sama juga berlaku dalam
aspek-aspek lain pengajaran bahasa seperti aspek tatabahasa, menulis dan
mengarang. Hukum kedua ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa
perlakuan-perlakuan yang ingin dibentuk akan lebih tekal atau berterusan sekiranya
diberikan rangsangan dan ganjaran yang positif.
Pemberian ganjaran tersebut juga perlulah diberikan dalam kadar segera selepas
sesuatu perlakuan bahasa yang dikehendaki dibentuk oleh kanak-kanak. Pemberian
gred atau markah adalah antara kaedah yang paling lazim digunakan oleh guru-guru
dalam pengajaran bahasa. Hukum kesan menyatakan bahawa faktor yang paling
penting menentukan kesan ganjaran terhadap respon atau perlakuan yang baik ialah
masa. Hal ini bermakna lebih singkat masa antara respon dan anjaran, maka akan lebih
kuatlah perkaitan antara kedua-duanya.
Hukum ketiga ialah hukum tubi. Menurut hukum ini, ganjaran memberikan kepuasan
kepada pihak yang melakukan sesuatu respon. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran
diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu kerap diberikan berikutan
dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Hal ini termasuklah komen
positif guru yang membina, ganjaran berbentuk hadiah, gred atau markah dan
sebagainya.
7
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.2.2 Teori Mentalis
Teori mentalis dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa
pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan
dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak
berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari apa-apa sahaja jenis bahasa.
Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The
Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan
secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan
dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition
Device).
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;
ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak
yang mempunyai IQ rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan
cara yang hampir sama );
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi
kanak-kanak ; dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa
ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;
i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan
formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang
berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya
tanpa keupayaan sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5
tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
8
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.2.3 Teori Kognitif
Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss.
Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan
perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu
adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Dengan menggunakan
otak manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara termasuk
menguasai bahasa. Hal ini kerana menurut aliran kignitif, pembelajaran merupakan
sesuatu proses mentalis dan bukan mekanis. Sebelum memperkenalkan teori kognitif
ini, Piaget telah menerangkan tentang maksud kecerdasan. Kecerdasan merupakan
satu bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kognitif
bergerak. Piaget seterusnya berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk
memperoleh sesuatu bahasa adalah berdasarkan kognitif dan setiap kanak-kanak akan
melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya.
Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa
peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat
deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun.
Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil
daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam
pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki
peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa
kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak
sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan
orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat
menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan,
pengkategorian, dan persirian. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan lebih mudah
memehami dan mempelajari sesuatu perkara jika mereka diperkenalkan dengan perkara
yang berupa konkrit atau maujud. Aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” memang sesuai
dalam mambantu tahap perkembangan kognitif mereka.
9
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Peringkat yang terakhir ialah peringkat operasi formal iaitu usia 12 tahun dan ke atas.
Pada tahap ini, kematangan kognitif mereka sudah semakin baik dan mula dapat menilai
sesuatu yang abstrak. Mereka juga mula cuba untuk menaakul setiap bentuk dan
situasi yang berlaku disekeliling mereka.Sinclair dalam Juriah, Raminah dan Sofiah
(1993) menerusi kajiannya mendapati bahawa kanak-kanak tidak mampu untuk
mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka mencapai
peringkat perkembangan intelek tertentu. Daripada kajian tersebut juga Sinclair
membuat kesimpulan bahawa latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan
bahasa seseorang kanak-kanak sebelum mencapai tahap intelek yang tertentu.
Sementara itu, ahli kognitif menegaskan bahawa proses pemerolehan bahasa
merupakan satu proses mental dan perkembangan bahasa yang antara satu sama lain
sangat berkait rapat. Kanak-kanak akan memperoleh bahasa ketika berada diperingkat
deria motor dan konkrit kepada abstrak. Dengan hal yang demikian jelaslah bahawa
pemerolehan bahasa adalah bergantung pada persekitaran kanak-kanak untuk
memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui
pendedahan terhadap pengalaman baharu.
1.2.4 Teori Interaksionalis
Tokoh-tokoh teori interaksionalis adalah seperti Bloom, Bowennan, dan Cromer. Aliran
ini berpendapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan mampu
menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan
seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin
pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak masih perlu
didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara
makna-makna konitif digambarkan dalam bentuk bahasa dengan tepat. Hasil kajian
Snown (1972) dan Ringle (1978) menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa kanak-
kanak adalah akibat interaksi penjaga-penjaga dengan kanak-kanak. Juriah Long,
Raminah dan Sofia (1993) menjelaskan bahawa pendapat ahli-ahli interaksionalis
mendapat sokongan kerana hujah-hujah pemerolehan bahasa mereka mempunyai
bukti-bukti kukuh hasil kajian daripada tokoh-tokoh seperti Bloom, Halliday dan Wells.
Kajian yang didijalankan oleh Bloom menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat
memahami berbagai-bagai kategori semantik. Bowerman pula berpendapat perbezaan
10
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
ini timbul kerana kedua-dua menggunakan kognitif yang berbeza. Hal ini demikian
kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan suatu perkara yang penting dalam
teori pemerolehan bahasa.
Juriah Long, Raminah dan Sofia (1993) turut memetik pandapat ahli interaksionalis
bahawa setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses
interaksi bahasa. Halliday turut berpendapat setiap kanak-kanak perlu menguasai
bahasa. Hal ini disebabkan setiap manusia perlu untuk berinteraksi dengan masyarakat
sekeliling. Kamarudin Husin (1998) dalam bukunya Pedagogi bahasa menyatakan
bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak didedahkan
kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan yang diterima, kanak-kanak boleh
mengenal pasti dan mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kognitif
dalam satu bentuk linguistic yang jelas dan tepat. Teori yang dikemukakan oleh
Halliday ini melibatkan pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat interaksi
dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik
haruslah boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama ada dari segi
tatabahasa dan makna.
1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa
1.3.1 Faktor Kematangan Fisiologikal
11
Faktor
Kognitif
Faktor
kematangan
fisiologikal
Faktor Sosial
dan
persekitaran
Faktor-faktor
Pemerolehan Bahasa
Rajah 1.1 : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Faktor kematangan fisiologikal merujuk kepada kematangan fungsi-fungsi otak yang
sempurna. Hal ini kerana individu yang mengalami kecederaan pada sel-sel otak akan
terjejas pemerolehan bahasanya.
Rajah 1.2 : Bahagian-Bahagian Otak Yang Penting Dalam Pemprosesan Bahasa
Bahagian-bahagian otak yang berperanan penting dalam proses pemerolehan bahasa
ialah kawasan broca dan kawasan wernicke. Kawasan broca terletak dekat tengah
hemisfera cerebral kiri iaitu tempat pertemuan antara frontal, parietal dan temporal
lobes. Kawasan ini juga merupakan bahagian otak yang bertangungjawab terhadap
pembentukan urutan bahasa. Kecederaan pada kawasan ini boleh mengakibatkan
masalah artikulasi, penghasilan ujaran yang pendek atau tanpa tatabahasa
sertakesilapan dalam ejaan. Masalah yang lazim berlaku ialah bahasa ekspresif iaitu
pertuturan atau penulisan terjejas (broca’s aphasia).
Kawasan wernicke pula terletak di bahagian belakang hemisfera cerebral kiri dalam
temporal lobe. Kawasan ini merupakan bahagian otak yan bertanggungjawab terhadap
kefahaman bahasa. Kecederaan atau kecacatan kawasan ini menjejaskan pemahaman
bahasa iaitu bahasa reseptif (wernicke’s aphasia). Individu yang mengalami
12
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
kecederaan di kawasan wernicke boleh menyebabkan individu menghasilkan sebutan
atau ujaran yang panjang dan bertatabahasa tetapi kurang membawa maksud seperti
kata nama dan kata kerja.
Kecederaan serius pada kedua-dua kawasan otak tersebut akan mengakibatkan
masalah bahasa yang teruk sama ada bahasa reseptif mahupun bahasa ekspresif
(global aphasia)
1.3.2 Faktor Sosial dan Persekitaran
Faktor sosial dan persekitaran merujuk pada bagaimana seseorang kanak-kanak itu
berinteraksi dengan dunia persekitarannya. Hal ini kerana mempelajari bahasa adalah
proses peniruan oleh seseorang daripada individu di persekitarannya. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kes seorang budak perempuan bernama Genie yang ditemui
terkurung dalam sebuah bilik untuk satu tempoh masa yang sangat lama. Walaupun dia
mempunyai system fisioloikal yang normal namun dia tidak dapat berbahasa dan
mengalami masalah kelewatan kognitif kerana pergaulannya dengan manusia dan dunia
sekeliling yang sangat terbatas. Kajian-kajian bahasa juga menunjukkan bahawa kualiti
dan kuantiti seseorang mempengaruhi perkembangan bahasanya.
Pengalaman awal dalam interaksi sosial juga memainkan peranan penting dalam
membentuk perkembangan bahasa seseorang individu. Hal ini dapat dibuktikan apabila
didapati kanak-kanak dari keluarga yang mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi
mempunyai kosa kata yang lebih luas. Selain itu, lebih luas interaksi seseorang kanak-
kanak dengan ibu bapa dan orang di sekelilingnya semakin luas jugalah kosa katanya.
Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang mendapat bantuan daripada badan-badan
kebajikan juga didapati mempunyai kosa kata yang lebih terhad berbanding kanak-
kanak yang lebih berada.
1.3.3 Faktor Kognitif
Faktor kognitif memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemerolehan
bahasa kerana pemprosesan maklumat berlaku dalam kognitif. Ahli-ahli linguistic telah
13
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
bersetuju bahawa faktor kognitif memainkan peranan penting dalam penguasaan
bahasa. Beberapa pandangan telah dikemukakan untuk untuk menjawab pertikaian
tentang hubungkait antara bahasa dengan kognisi. Piaget (1954) menyatakan bahawa
kognisi, pengetahuan dan persepsi mendahului proses pemerolehan bahasa seseorang.
Menurut beliau lagi bahasa adalah salah satu fungsi simbolik yang berkembang dalam
minda kanak-kanak melalui pertumbuhan dan interaksi dengan persekitaran. Beberapa
asas pencapaian kognitif seperti distancing dan object permanence perlu berlaku
sebelum perkembangan bahasa kerana pada masa ini kanak-kanak mula beralih dari
dunia fizikal kepada dunia simbolik.
Whorf (1956) pula berpendapat bahawa bahasa mempengaruhi persepsi seseorang
terhadap dunia persekitarannya. Sekiranya kita mempunyai bahasa untuk menjelaskan
tantang sesuatu perkara kita turut mempunyai persepsi atau kefahaman terhadap
perkara tersebut.
Vygotsky (1962) berpendapat bahawa bahasa dan kognisi adalah saling bergantung.
Hal ini kerana bahasa dan kognisi merupakan dua sistem yang berkembangan secara
berasingan. Pada peringkat awal bahasa berlaku kerana adanya proses interaksi
dengan orang lain. Seterusnya bahasa akan mengalami proses internalized iaitu proses
bahasa dan pemikiran disealirkan. Proses ini membolehkan kanak-kanak menjalankan
pemikiran abstrak dan penaakulan simbolik. Vygotsky juga berpendapat bahawa
pemikiran tidak akan berkembang seterusnya tanpa bahasa.
Kedua-dua elemen iaitu bahasa dan kognisi bergantung kepada kematangan
pemikiran. Hal ini kerana kebolehan berbahasa dan berfikir dalam diri seseorang
berkembang seiring dengan perkembangan saraf pusat. Semasa sistem saraf pusat
mencapai tahap kematangan tertentu, bahasa dan kognisi juga berkembang dan
mungkin perkembangan ini berlaku secara berasingan. Kadang kala terdapat masalah
kecelaruan bahasa dalam diri seseorang. Hal ini disebabkan oleh masalah disfungsi
fisiologi seperti gangguan saraf dalam otak.
1.4 Alat-Alat Artikulasi
14
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Rajah 1.4 : Alat-alat Artikulasi
1.4.1 Bibir
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang
berfungsinya menyekat pengaliran udara yang keluar dari paru-paru. Bibir terdiri
dairpada otot-otot yang kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Apabila kita
membunyikan bunyi [i] misalnya, keadaannya menjadi hampar, sebaliknya apabila kita
membunyikan [u] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi di dalam membuat sekatan
kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [m], [p]
dan [b] misalnya, udara disekat di bibir
1.4.2 Lidah
Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif di dalam pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah,
hadapan, dan belakang. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada
diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang
keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting
didalam pengeluaran bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal
belakang.Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif, boleh digerak-
gerakkan kemana-mana bahagian mulut untuk menyekat peredaran udara. Jadi, lidah
aktif sekali dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan ia disebut sebagai
artikulator.
15
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.4.3 Gusi (Alveolar)
Gusi adalah organ pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu
daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t] [d] [l],
[r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan.
1.4.4 Lelangit (palatal)
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut dan berfungsi sebagai
daerah artikulasi di dalam pengeluaran bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke
dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut
boleh diturunkan dan dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara akan keluar melalui rongga hidung dan apabila ia diturunkan, rongga mulut akan
tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Organ ini amat penting untuk
menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila
lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar ialah bunyi sengau dan kalau dinaikkan
bunyi yang keluar bukan bunyi sengau.
1.4.5 Anak Tekak
Anak tekak terletak dibahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit
lembut (malah anak tekak terletak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak
biasanya berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut
khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu
bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan,
sama ada dinaikkan atau diturunkan.
1.4.6 Gigi
Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif.
Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan berfungsi sebagai
penahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam
penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c], [q] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah
penyebutan.
16
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.4.7 Rongga
Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah 1.3, rongga terbahagin kepada
tiga, iaitu rongga mulut, rogga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian
lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar-masuk dari paru-paru. Rongga tekak
bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian
anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah
membawa kepada bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula
dari bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung. Rongga tekak dan rongga
hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau pun diiturunkan.
1.4.8 Pita Suara
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan
bunyi. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan
suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri
daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Di manakah halangan
pertama yang berlaku pada udara yang keluar dari paru-paru? Ia mungkin berlaku pada
pita suara.
Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak dalam peti suara. Membran
menyerupai “pita” yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke
belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang
yang renggang itu dipanggil glotis. Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah
1.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi
seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat,
glotis tertutup (Rajah 1.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi
letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa
tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi
yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan
menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.
1.5 Masalah Dalam Penguasaan Bahasa
17
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Dalam usaha menguasai kemahiran membaca, ramai kanak-kanak yan menghadapai
pelbagai masalah. Antaranya mengingat kembali perkataan, memehami perkataan
pelbagai makna, menyatakan sesuatu yang abstrak, menggunakan ayat yang betul dan
lengkap,memberi penjelasan, dan mempelbagaikan gaya komunikasi.
1.5.1 Mengingat Kembali Perkataan
Masalah mengingat kembali perkataan berlaku apabila seseorang itu sukar memanggil
semula perkataan yang telah dipelajarinya dari ingatan jangka panjang. Hal ini mungkin
berlaku disebabkan masalah lemah daya ingatan yang kadang kala mendatangkan
masalah seperti sel-sel otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain.
Dalam konteks pembelajaran, sesetengah murid akan mengalami masalah dalam
mencari semula perkataan. Dalam hal ini mereka lemah dalam mengimbas kembali
pengajaran yang setelah diajar dalam kelas. Selain itu murid juga tidak dapat menjawab
soalan secara spontan. Setiap kali guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara
berkali-kali agar murid dapat menjawab dan mengikut arahan guru. Fakta-fakta yang
telah didengar oleh murid juga sukar untuk mereka ingat selepas pengajaran. Hal ini
demikian kerana murid tidak dapat menyerap dan memahami fakta-fakta tersebut dalam
minda.
Selain itu murid juga mengalami masalah kesukaran mengingati nama kawan-kawan
dan anggota keluarga serta menyenaraikan waktu serta tarikh. Apabila ditanyakan
soalan, murid akan menjadi kaku dan bisu. Bahasa-bahasa yang diajarkan oleh guru
juga mudah dilupai oleh murid.
1.5.2 Memahami Perkataan Pelbagai Makna
Masalah memahami perkataan pelbagai makna dialami oleh murid yang mempunyai
kognitif yang rendah. Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam
kemahiran berbahasa. Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan
tidak boleh menggunakan perkataan tersebut dengan betul.
1.5.3 Menyatakan Sesuatu Yang Abstrak
18
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Masalah memahami sesuatu yang abstrak juga merupakan salah satu masalah
penguasaan bahasa. Sebagai contoh tidak dapat memahami perasaan seseorang
sama ada marah, gembira, dan sebagainya. Hal ini dikatakan termasuk dalam masalah
penguasaan bahasa kerana perasaan merupakan aspek para linguistik yang turut
berperanan dalam sistem komunikasi. Masalah keliru dan sukar membezakan perkara
abstrak juga meliputi ketidakupayaan atau kelemahan murid memahami dan memahami
sesuatu peristiwa. Hal ini disebabkan oleh masalah pemprosesan maklumat dalamm
otak mereka.
1.5.4 Menggunakan Ayat Yang Betul Dan Lengkap
Masalah penguasaan bahasa ini merupakan masalah kesukaran murid dalam
menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran
memahami pertuturan serta mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Mereka
sering ragu-ragu dan tiada keyakinan semasa menyampaikan idea malah sering
menggunakan “......apatu.?” atau “.....err..” dan sebagainya. Selain itu, ucapan murid
biasanya dituturkan dalam keadan terbalik atau sering melakukan kesilapan. Mereka
juga sering menterbalikkan ayat. Sebagai contoh, mereka akan mengatakan “bapa
kasut” yang bermaksud “kasut bapa” serta menambah dan mengurangkan sesuatu
perkataan dalam ayat.
1.5.5 Memberi Penjelasan
Masalah penguasaan sesuatu bahasa juga turut melibatkan kesukaran menjelaskan
sesuatu menggunakan bahasa. Mereka tidak dapat menggunakan bahasa seperti
perkataan dan frasa dengan betul untuk menjelaskan sesuatu konsep atau fakta. Selain
itu murid-murid yang mengalami masalah ini juga suka menjawab atau menjelaskan
jawapan yang tidak sepadan dengan soalan yang ditanya. Seterusnya mereka tidak
boleh memberikan penjelasan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui
jawapan tersebut.
1.5.6 Mempelbagaikan Gaya Komunikasi
Semasa seseorang berkomunikasi, aspek bahasa dan gaya komunikasi atau lebih
dikenali sebagai aspek paralinguistik turut penting untuk diberikan perhatian. Hal ini
jelas kerana bagi pendengar yang berbeza status sosialnya seperti umur, pangkat
panggilan dalam masyarakat dan sebagainya perlu digunakan aspek gaya yang
berbeza apabila berkomunikasi dengan mereka. Tujuannya supaya dapat
menghasilkan komunikasi yang berkesan di samping mematuhi etika berkomunikasi
mengikut norma-norma masyarakat setempat.
Dalam aspek gaya berkomunikasi, aspek penggunaan bahasa turut terangkum di
dalamnya. Semasa berkomunikasi, seseorang perlu menunjukkan gaya yang
19
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
bersesuaian dan mengunakan bahasa yang tepat. Sebagai contoh, dalam sesuatu
majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya bahasa yang formal dan laras bahasa yang
bersesuaian.
1.6 Prinsip-Prinsip Intervensi Bahasa
Intervensi bahasa merupakan program, strategi atau aktiviti yang menyediakan kanak-
kanak dengan pengalaman bahasa sebenar melalui proses bimbingan dan bantuan
supaya mereka berupaya menggunakan bahasa dengan baik tanpa berlaku sebarang
gangguan dalam kehidupan seharian. Prinsip-prinsip berikut boleh dilakukan oleh para
pembimbing dalam usaha mereka untuk menjalankan intervensi bahasa terhadap
kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa.
1.6.1 Mempelajari Perkara Yang Mudah Kepada Sukar
Proses mengajar dari yang mudah kepada yang sukar bukan sahaja dikemukakan oleh
Bloom malah turut dikemukakan oleh Al-Ghazali yang merupakan seorang tokoh ilmuan
Islam yang tersohor. Menurut beliau, sesuatu proses pengajaran haruslah dimulai
daripada yang mudah ke tahap yang lebih sukar. Sebagai contoh, guru boleh
mengajarkan kanak-kanak untuk mengenal huruf terlebih dahulu. Seterusnya
mengajarkan suku kata dan seterusnya membatangkan suku kata menjadi perkataan
mudah.
1.6.2 Mengajar Perkataan Asas Kepada Yang Kompleks
Tahap seterusnya ialah guru mengajarkan kanak-kanak tentang pengunaan perkataan
asas terlebih dahulu sebelum diikuti dengan perkataan yang lebih kompleks. Perkataan
asas di sini bermaksud perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian
kanak-kanak. Selepas kanak-kanak berjaya menguasainya barulah guru mengajarkan
perkataan yang lebih kompleks dan lebih meluas konteks penggunaannya. Contoh
perkataan ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna seperti
“mangga”, “lari”, “cucuk” dan sebagainya.
1.6.3 Menggunakan Kosa Kata Biasa Untuk Pembinaan Ayat
20
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Langkah seterusnya, guru perlu mengajarkan kosa kata biasa untuk membina ayat-ayat
mudah. Ayat-ayat yang diajarkan biasanya merupakan ayat-ayat pendek yang
mengandungi beberapa patah perkataan atau lebih dikenali sebagai ayat tunggal.
Contohnya “Mak, adik nak makan”, “Mama, nak susu”
1.6.4 Mengajar Ayat Pendek Kepada Ayat Panjang/Majmuk
Setelah murid-murid dapat menguasai tahap di atas, guru-guru bolehlah mengajarkan
ayat majmuk kepada murid-murid. Ayat majmuk yang diajarkan merupakan ayat majmuk
mudah yang mengandungi satu subjek dan dua predikat atau dua subjek dengan satu
prediket yang dihubungkan menggunakan kata hubung. Contohnya, “Amin hendak ikut
mak beli mainan di Jusco petang nanti”. “
1.6.5 Menggunakan Pelbagai Bahan Untuk Merangsang Murid
Penggunaan bahan rangsangan dapat membantu murid-murid meningkatkan
keupayaan mereka membaca. Bahan-bahan seperti gambar tunggal, gambar bersiri,
bahan maujud dan sebagainya membantu murid-murid menjana idea yang seterusnya
diujarkan dalam bentuk bacaan.
1.6.6 Menggunakan Perkataan Baharu Dalam Pelbagai Situasi
Prinsip intervensi seterusnya ialah guru memperkenalkan perkataan baharu,
menghubungkaitkan atau membentuk sekurang-kurangnya dalam 10 konteks yang
berbeza. Peringkat ini diunakan oleh guru pada peringkat yang terakhir setelah murid-
murid dapat menguasai lima peringkat intervensi yang terawal.
1.7 Terapi Dalam Pendidikan Pemulihan
21
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.7.1 Pengenalan Kepada Terapi
Perkataan terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud
perkhidmatan. Hal ini begitu sejajar dengan konsep pelaksanaan terapi itu sendiri yang
merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit. Secara umum terapi ialah
kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah-masalah tubuh badan dan
sebagainya.Kamus perubatan Mosby mendefinisikan terapi sebagai rawatan pemulihan
ke atas pesakit atau individu yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau masalah
perkembangan dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam
konteks pendidikan pula terapi dapat diertikan sebagai kaedah untuk membantu
seseoran individu untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-
kemahiran yang tertentu.
1.7.2 Kepentingan Terapi Dalam Pemulihan
Antara kepentingan terapi dalam pendidikan pemulihan ialah:
• Meningkatkan kemahiran pengamatan
• Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
• Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
• Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
• Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
• Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
• Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
• Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
1.7.3 Jenis-Jenis Terapi
1.7.3.1 Terapi Fisio
Fisio terapi merupakan jenis terapi yang dijalankan untuk membantu kanak-kanak
mengembangkan keupayaan motor kasar mereka. Antara aspek yang termasuk dalam
keupayaan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan
tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, menari, berlari,
mengangkat dan sebagainya. Terapi fisio dapat membantu seseorang kanak-kanak
kembali ke tahap fungsi fizikal secara optimum. Agen-agen fizikal yang digunakan
22
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
digunakan untuk melaksanakan terapi fisio ialah mengurut, memanipulasi, latihan
teraputik, penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik,
dan ransangan menggunakan cahaya. Kesemua kaedah tersebut adalah sebagai satu
cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu
kecederaan atau penyakit.
Terapi fisio lazimnya dilakukan oleh pakar perubatan terlatih dan pelaksanaannya juga
bergantung kepada permasalahan psikomotor yang dialami oleh seseorang itu.
Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti:
Latihan motor halus Latihan motor kasar Latihan imbangan Latihan koordinasi
- memotong
- menggunting
- mencabut
- meramas
- menguli
- merenyuk
- mencubit
- memicit
- membaling
- menolak
- memukul
- melambung
- menyambut
- berdiri sebelah
kaki
- membawa buku
di atas kepala
- berdiri di atas
kerusi
- menguntai
manik
- melambung
dan
menyambut
bola pelbagai
saiz
1.7.3.2 Terapi Cara Kerja
Terapi cara kerja ialah aktivit-aktiviti latihan yang bermakna untuk meningkatkan tahap
kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan terhadap individu
yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umut (Turner,
Foster dan Johnson, 2002). Selain itu, terapi cara kerja juga merupakan sejenais
pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini tertumpu pada
memperbaik kebolehan seseorang untuk menjalankan aktiviti dalam kehidupan
seharian., panjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan dalam aktiviti riadah.
Kolej sains dan Teknologi (KIST) menjelaskan terapi cara kerja sebagai aktiviti
pemulihan yang menumpukan pada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan mental
dan fizikal serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka
berdikari dalam melakukan aktiviti seharian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.
Antara objektif terapi cara kerja dilakukan ialah:
23
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
• membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik
• memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
• membolehkan individu berdikari dalam melakukan sesuatu kerja seharian
• meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang untuk bersosial
Antara kepentingan terapi cara kerja dilakukan ialah:
• untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih
baik dalam menjalankan sebarang aktiviti.
• meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-
otot kecil yang ada.
• Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas
individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat
umur.
Aktiviti terapi cara kerja sebaik-baiknya hendaklah dilakukan oleh ahli terapi yang
berkemahiran sahaja dan dijalankan di pusat-pusat latihan yang mempunyai
kelengkapan. Walau bagaimanapun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan
aktiviti terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah
pembe;ajaran di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
• Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
• Latihan pravokasional
• Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
• Latihan aktiviti berkaitan kemahiran manipulatif
1.7.3.3 Terapi Pertuturan
Kamarudin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah aktiviti melafazkan bunyi-bunyi
yang dilahirkan daripada alat pertuturan (articulator). Pertuturan juga merupakan
kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga boleh
dimaksudkan sebagai bercakap, apa yang dituturkan, hasil darpada percakapan,
abhasa sesuatu Negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau
24
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
tempat. Terapi pertuturan ialah masalah gangguan pertuturan yang dihadapi oleh
seseorang individu. Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk
membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi. Menurut Encyclopedia Britanica, terapi pertuturan ialah satu rawatan
untuk memperbaik kecacatan peruturan yang dialami oleh seseorang. Hal ini mungkin
berpunca dari otak,, telinga, peti suara yang bermasalah, dan alat-alat artikulasi. Terapi
pertuturan lazimnya dijalankan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah
kelewatan pertuturan, bibir atau lelangit sumbing, kanak-kanak dengan masalah
pertuturan khas, gagap atau sengau dan pesakit stroke.
Antara kepentingan pelaksanaan terapi pertuturan ialah:
• Melatih murid menguasai kemahiran tertentu
• Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
• Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan social individu
• Meningkatkan tahap keupayaan murid.
Punca-punca masalah peruturan ialah:
• Masalah pendengaran
• Lewat perkembangan
• Otot lisan lemah
• Kecacatan sewaktu proses kelahiran
• Masalah pernafasan
• Kecederaan otak
Aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu melakukan terapi pertuturan ialah:
• Meniup belon
• Membunyaikan huruf vocal dengan panjang
• Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan
• Aktiviti senaman mukas seperti menguap, mengunyah dan membuat pelbagai
memek muka
• Meniup bola ping pong yang terapung dia atas permukaan air
25
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.7.3.4 Terapi Muzik Dan Nyanyian
Terapi muzik yang menyelitkan unsur-unsur nyanyian adalah alternatif dalam rawatan
moden dan merupakan satu bidang professional yang menggunakan muzik. Terapi ini
bertujuan untuk proses pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental
serta fizikal. Antara sebab terapi muzik boleh diaplikasikan dalam pendidikan pemulihan
ialah muzik merupakan satu fenomena yang boleh memberikan kesan kepada semua
manusia.. Antaranya kesan gerak balas fizikal, kognitif dan emosi di samping
perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan. Muzik juga memberikan kesan
interaksi interpersonal yang boleh mendorong dan menstrukturkan sesuatu aktiviti serta
mencetuskan idea. Penggunaan muzik sebagai terapi ini juga mampu menimbulkan
keseronokan dan memperkembang estim diri murid-murid di samping mendorong interaksi
yang positif. Aktiviti nyanyian yang dilakukan pula dapat melatih dan meningkatkan
keupayaan pertuturan murid-murid yang bermasalah pertuturan.
Matlamat penggunaan terapi muzik dalam pendidikan pemulihan ialah:
• memudahkan guru mengawal tingkah laku murid.
• mengembangkan emosi dan perasaan murid secara positif
• meningkatkan kemahiran sosial murid
• meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal
• meningkatkan keyakinan dan self-esteem murid
• melancarkan pertuturan
• membantu meningkatkan pencapaian akademik murid.
• meningkatkan kemahiran psikomotor murid
Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam terapi muzik dan nyanyian ialah:
• membuat pergerakan mengikut lagu
• menulis lirik lagu
• amali dan praktikal memainkan alat muzik
26
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
• aktiviti permainan dan lakonan berlatarkan muzik
• mengenali alat muzik
1.7.3.5 Terapi air
Terapi air merupakan antara terapi yang sering digunakan oleh guru-guru pendidikan
pemulihan. Dalam latihan terapi airi ini, penekanan lebih diberikan kepada kanak-kanak
yang mempunyai masalah motor halus seperti masalah menulis dan memegang alat
tulis.
Tujuan terapi air ialah:
• mengembalikan dan memelihara emosi kanak-kanak
• menghilangkan tekanan
• membina keyakinan diri
• meningkatkan kreativiti kanak-kanak
• membina kawalan diri terutamanya kawalan motor halus
• meningkatkan tahap penamatan
• manipulasi tanganm dan jari-jari
• membina daya konsentrasi
• melembutkan sendi-sendi tangan
Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru-guru pendidikan pemulihan ialah:
• melukis di atas permukaan air
• menulis di atas permukaan air
• membina buih
• membuat pusaran air
• menepuk air
1.7.3.6 Terapi pergerakan kreatif
Terapi pergerakan kreatif merupakan satu kaedah seseorang kanak-kanak dapat
mengintepretasikan idea, perasaan, serta tanggapan deria yang dizahirkan secara
27
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
simbolik melalui pergerakan. Elemen-elemen pergerakan tubuh badan, ruang dan daya
memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi diri seperti
kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan.
Aspek-aspek yang termasuk dalam pergerakan kreatif ialah lokomotor, bukan lokomotor,
dan manipulasi alatan. Pergerakan lokomotor meliputi semua pergerakan tubuh yang
boleh menyebabkan keseluruhan tubuh berubah Dari dari satu tempat ke tempat lain.
Contoh aktiviti lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat dan sebagaimya. Pergerakan
bukan lokomotor pula merujuk pergerakan yang tidak menyebabkan perubahan
kedudukan tubuh badan. Pergerakan ini juga disebut sebagai pergerakan dalam
keadaan statik. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berlari setempat,
membuat imbangan badan, melompat setempat dan sebagainya. Manipulasi alatan
pula ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan tertentu untuk membuat sebarang
gerakan. Kemahiran ini sebenarnya memerlukan penggunaan anggota badan untuk
mengawal dan mengawasi sesuatu objek. Dalam hal ini koordinasi mata dan tangan
serta imbangan badan amat diperlukan untuk menghasilkan pergerakan yang
sempurna. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah melantun bola sambil berjalan,
memusingkan gelung mengunakan tangan, dan skipping sambil berjalan.
Terapi pergerakan mempunyai pe;lbagai kepentingan khususnya kepada kanak-kanak
pemulihan seperti:
i. meningkatkan kreativiti
ii. mengasah bakat
iii. meredakan ketegangan perasaan dan dan tekanan jiwa
iv. meningkatkan kemahiran bertutur
v. meningkatkan kecerdasan fikiran
Pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru-guru untuk melaksanakan terapi ini dan antara
aktiviti yang boleh dilaklukan untuk menjalankan terapi pergerakan kreatif ialah :
i. tarian moden
ii. tarian tradisional
iii. gimrama
iv. pergerakan berkumpulan dan berpasangan
28
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.7.3.7 Terapi main
Kraus (1990) mendefinisikan bermain sebagai apa-apa juga akitiviti yang memberikan
kegembiraan, keseronokan dan kepuasan kepada kanak. Pakar-pakar psikologi kanak-
kanak umumnya bersetuju bahasa bermain sebenarnya penting kepada kanak-kanak
untuk meluahkan pendapat dan kreativiti masing-masing. Dari aspek psikologi, terapi
bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan
mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak berhubungan secara langsung
denmgan situasi sebenar dalam kehidupan mereka. Terapi in juga membantu murid-
murid menunjukkan komitmen dan fokus sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
Konsep kepada terapi main ialah melalui bermain kanak-kanak belajar untuk lebih
meneroka dan mengenali dunia di sekelilingnya. Selain itu terapi ini juga mengambil
kira ruang fizikal yang disediakan untuk kanak-kanak bermain. Ruang yang disediakan
haruslah bersesuaian dengan kanak-kanak agar matlamat terapi tercapai. Konsep
seterusnya ialah kanak-kanak berpeluang untuk meneroka identity diri masing-masing.
Dengan cara ini juga mereka boleh mengesan bakat dan kebolahan serta
kecenderungan mereka.
Matlamat terapi main dalam pendidikan pemulihan ialah:
• mengurangkan maslah tingkah laku murid
• meningkatkan kemahiran komunikasi
• murid mampu menilai diri mereka sendiri
• membentuk sahsiah murid yang lebih positif
• member peluang kepada murid untuk belajar membuat pilihan sendiri
• murid berpeluang melahirkan masalah
• murid mempunyai tempat yang selamat untuk meluahkan emosi dan
perasaan
mereka
Dalam melaksanakan terapi main, guru-guru perlu mengambil beberapa kriteria agar
matlamat terapi dapat dicapai. Antaranya ialah:
29
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
i. Bilik terapi:
- Kelengkapan dalam bilik terapi haruslah bersesuaian dengan kanak-kanak
- Bilik terapi perlu didilengkapi dengan bahan-bahan sumber, peralatan asas seperti
rak buku dan peralatan, cermin, almari dan sebagainya.
i. Kriteria media permainan yang dipilih
ii. Kategori mainan yang sesuai
1.7.3.8 Terapi pasir
Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada kanak-
kanak khususnya untuk meneroka hal-hal yang berkaitan dengan emosi atau perasaan.
Terapi ini secara tidak langsung member peluang kepada individu untuk meluahkan
sesuatu yang terpendam dalam hati mereka secara suka rela. Pengunaan terapi pasir
dikatakan mampu membantu kanak-kanak lebih santai dan relaks. Pergerakan otot-otot
yang diselarikan dengan perasaan ketika malakukan terapi ini membolehkan kanak-
kanak lebih focus dan akhirnya secara perlahan-lahan segala yang terpendam dalam
diri mereka dapat diluahkan. Bagi kanak-kanak pemulihan misalnya, mereka boleh
melukiskan gambaran perasaan mereka di atas pasir melalui tulisan atau lukisan. Bagi
melaksanakan terapi ini, guru-guru boleh melakukannya di dalam kelas iaitu pasir
diletakkan di dalam bekas, di tepi pantai, di kawasan lapang dan sebagainya.
Tujuan terapi pasir dilakukan oleh guru terhadap kanak-kanak pemulihan ialah:
• Melatih daya kreativiti kanak-kanak
• Menghilangkan rasa marah
• Meningkatkan keyakinan diri
• Mengembangkan daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak
Kepentingan terapi pasir ialah:
• Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
• Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
• Merangsang pemikiran kanak-kanak
• Mengurangkan tekanan emosi
• Membantu meningkatkan kemahiran social
30
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Kaedah pelaksanaan terapi pasir antaranya ialah:
• Melukis di atas pasir
• Menulis di atas pasir
• Menggenggam pasir
• Meramas pasir
• Membina istana pasir
1.7.3.9 Terapi multisensory
Terapi multisensory merupakan kaedah yang berkesan untuk merangsang
perkembangan minda kanak-kanak. Hal ini kerana terapi jenis ini mampu merangsang
kelima-lima deria iaitu penlihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rangsangan sendi.
Terapi multisensory digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah mental,
autism, kecederaan pada otak, ‘down syndrome’ dan masalah perkembangan fizikal.
Pelaksanaan terapi ini dirancang untuk memberikan rangsangan kepada pelbagai jenis
pancaindera dengan menggunakan efek lampu, suara, muzik, bau dan sebagainya.
Suasana yang diwujudkan untuk terapi ini mestilah kondusif, tenang, rekreasional dan
tidak mengancam klien. Hasil daripada terapi ini membantu klien membina kawalan diri
yang lebih baik, peningkatan rasa kepercayaan pada diri sendiri dan mengurangkan
stress.
Mengumpul Maklumat
Secara berkumpulan, cuba anda dapatkan sebanyak mungkin maklumat
berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan dan perkembangan
bahasa seseorang kanak-kanak.
31
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Tutorial
Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah dalam
penguasaan bahasa dan lakukan terapi terhadapnya. Seterusnya cuba lihat
perubahan yang berlaku terhadap kebolehan berbahasa murid berkenaan.
32

More Related Content

What's hot

Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatanatthea
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)Shahrizzat Md Sukor
 
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid
Prabacaan ialah tahap penyediaan muridPrabacaan ialah tahap penyediaan murid
Prabacaan ialah tahap penyediaan muridAyah Nik
 
51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasa51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasaTayar Botal
 

What's hot (7)

Kaedah abjad
Kaedah abjadKaedah abjad
Kaedah abjad
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatan
 
20121109091128 kgbk brunei 8 sept 2011 ppt
20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt
20121109091128 kgbk brunei 8 sept 2011 ppt
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
 
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid
Prabacaan ialah tahap penyediaan muridPrabacaan ialah tahap penyediaan murid
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid
 
51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasa51772285 teori-pemerolehan-bahasa
51772285 teori-pemerolehan-bahasa
 
Thesis complete
Thesis completeThesis complete
Thesis complete
 

Similar to Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1

Similar to Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1 (20)

Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
Minggu 4 teori perkembangan bahasa (kuliah)
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Fonetik
 Fonetik Fonetik
Fonetik
 
Assgnment hbml3403
Assgnment hbml3403Assgnment hbml3403
Assgnment hbml3403
 
Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012
 
Tugasan pbs
Tugasan pbsTugasan pbs
Tugasan pbs
 
Agg fonetik
Agg fonetikAgg fonetik
Agg fonetik
 
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca
 
Rpt bahasa malaysia 3 v2 (1)
Rpt bahasa malaysia 3 v2 (1)Rpt bahasa malaysia 3 v2 (1)
Rpt bahasa malaysia 3 v2 (1)
 
Tugasan 1 bahasa pengantar
Tugasan 1   bahasa pengantarTugasan 1   bahasa pengantar
Tugasan 1 bahasa pengantar
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 
Fbmk 2000 5_a
Fbmk 2000 5_aFbmk 2000 5_a
Fbmk 2000 5_a
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategiPendekatan, kaedah, teknik dan strategi
Pendekatan, kaedah, teknik dan strategi
 

More from Mohamad Saad Mohamad Nain

More from Mohamad Saad Mohamad Nain (15)

5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt
 
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdfPOSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
 
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
 
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajukModul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
 
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalanModul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
 
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
 
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandunganModul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
 
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaanModul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
 
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hcModul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
 
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modulModul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4
 
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin AsyrafLesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 

Recently uploaded (14)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 

Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1

  • 1. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Sinopsis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan menjelaskan tahap-tahap perkembangan dan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar termasuklah murid normal, murid pendidikan pemulihan, dan murid bermasalah pembelajaran. Selain itu tajuk ini juga akan membincangkan teori-teori pemerolehan bahasa , faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa, dan fungsi alat-alat artikulasi yang terlibat dalam sistem pengujaran. Seterusnya tajuk ini juga akan menjelaskan masalah dalam penguasaan bahasa dan prinsip-prinsip dalam Intervansi Bahasa. Terapi dalam pendidikan Pemulihan akan turut dibincangkan pada bahagian akhir tajuk ini. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar akan dapat: Menjelaskan tahap perkembangan dan penguasaan bahasa, faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dan fungsi alat artikulasi. Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuh kandungan pengetahuan pedagogi Pendidikan Pemulihan. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja terutama dalam perbincangan dan pembentangan hasil tugasan. 1 TAJUK 1 PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA
  • 2. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Kerangka tajuk PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA Tahap Teori Faktor Yang Alat Perkembangan Pemerolehan Mempengaruhi Artikulasi Bahasa Bahasa Masalah Dalam Prinsip-Prinsip Terapi Dalam Penguasaan Intervensi Pendidikan Bahasa Bahasa Pemulihan 1.0 PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA 1.1 Tahap Perkembangan Bahasa Tahap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula bahasa. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa dan saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dan penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih baik serta cekap dalam komunikasi seharian mereka. Dalam membincangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak, pelbagai pendapat dan pandangan dikemukakan. Antara tahap perkembangan bahasa yang dikemukakan adalah yang dikemukakan oleh Rodman dan Fromkin (1993) seperti berikut; i. Tahap vokalisasi bunyi (babbling) ii. Tahap satu kata (holofrasis) iii. Tahap dua kata iv. Tahap ujaran telegrafi (telegraphic speech) 2
  • 3. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 I. Tahap Vokalisasi Bunyi (Babbling) Sejak dilahirkan kanak-kanak telah mula mengeluarkan bunyi-bunyi dalam bentuk- bentuk seperti tangisan, rengekan, dengkuran dan sebagainya. Bunyi-bunyi yang dihasilkan tersebut mirip dangan bunyi-bunyi konsonan dan vokal. Walau bagaimanapun bunyi-bunyi tersebut dikategorikan sebagai bunyi prabahasa (Fromkin dan Rodman, 1993). Setelah mencapai umur kira-kira enam bulan, seseorang bayi mula mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih kerap dan lebih jelas bunyinya sama ada bunyi konsonan ataupun vokal yang biasanya bercampur aduk seperti penghasilan bunyi frikatif dan nasal. Walau bagaimanapun tidak diketahui sama ada bunyi-bunyi yang dihasilkan merujuk kepada objek-objek atau maksud-maksud tertentu. Contohnya bunyi-bunyi seperti: Papapa……..mamam………amamam…..wawawa….. Sesuai dengan peningkatan pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi, bunyi- bunyi bahasa yan dihasilkan menerusi aktiviti bebelan atau celotehan bebas ini lama- kelamaan akan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih jelas kerana pada tahap ini mereka cuba untuk meniru bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh orang dewasa di sekeliling mereka. ii. Tahap Satu Kata (Holofrasis) Tahap ini lazimnya dicapai oleh seseorang kanak-kanak apabila mereka mencapai umur 12 hingga 18 bulan. Pada tahap ini juga ujaran-ujaran yang mereka lakukan mula merujuk pada sesuatu yang mereka peroleh di sekeliling mereka. Sebagai contoh mereka mengucapkan “ma” yang merujuk kepada “mama”, “yah” yang merujuk kepada ayah, “mam” yang merujuk pada makan dan sebagainya. Menurut pendapat para peneliti bahasa kanak-kanak, kata-kata yang diujarkan pada tahap ini mempunyai 3 fungsi iaitu kata-kata yang dikaitkan dengan perlakuan kanak- kanak itu sendiri, menyatakan perasaan, atau menamakan sesuatu benda. Pada tahap 3
  • 4. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 ini juga mereka sudah mula biasa menggunakan huruf-huruf konsonan seperti m,p,s,k dan huruf-hiruf vocal seperti a, e, i, o ,u. iii. Tahap Dua Kata Tahap ini berlaku ketika kanak-kanak mencapai usia kira-kira 18-20 bulan. Pada tahap ini kanak-kanak mula mengucapkan ujaran-ujaran yang mengandungi dua kata mudah yang signifikan dengan kehidupan mereka. Pada tahap ini juga ujaran-ujaran yang dihasilkan sudah mula merujuk kepada makna-makna tertentu seperti “nak mam” merujuk “hendak makan”, “mama …kut” bermaksud “mama nak ikut”. Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berfikir secara “subjek + prediket” tetapi aspek-aspek seperti kata ganti nama diri dan kata jamak masih belum dapat digunakan dengan betul. iv. Ujaran Telegrafis (Telegraphic Speech) Pada usia 2-3 tahun, kanak-kanak mula menghasilkan ujaran kata ganda atau dikenali juga sebagai ujaran telegrafis. Kanak-kanak juga sudah mampu membentuk kata menjadi ayat-ayat mudah yang berurutan dengan betul. Kosa kata mereka juga semakin bertambah dengan pesat hasil peniruan daripada orang dewasa di sekelilingnya dan pengucapan mereka juga semakin mirip orang dewasa. Fromkin dan Rodman (1993) menyatakan bahawa hasil peniruan bahasa kanak-kanak pada usia ini masih belum mencapai tahap yang diinginkan oleh orang dewasa kerana terdapat pengguguran-pengguguran tertentu seperti pengguguran bunyi vokal, konsonan ataupun kata sendi. Contohnya kanak-kanak akan mengujarkan ayat “He go out” yang merujuk pada “He is going out” dan “yah gi ja” yang merujuk pada “ayah pergi kerja”. Selain tahap tersebut, terdapat juga tahap perkembangan bahasa yang dikemukakan oleh D.C Norton (1985) dalam bukunya The Effective Teaching of Language Arts . Menurut Norton tahap-tahap perkembangan bahasa kanak-kanak adalah seperti berikut; 4
  • 5. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Umur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa 3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya. 12 bulan ( 1 tahun ) Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan. 18 bulan ( 11/2 tahun ) Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah perkataan. 24 bulan - 36 bulan ( 2 tahun - 3 tahun ) Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak- kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat. 36 bulan - 48 bulan ( 3 tahun - 4 tahun ) Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan. 48 bulan - 60 bulan ( 4 tahun - 5 tahun ) Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan- peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan. Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. 5
  • 6. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 5 tahun - 6 tahun Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8 perkataan. Kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan. 6 tahun – 7 tahun Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan. 8 tahun – 10 tahun Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan. 10 tahun – 12 tahun Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan. 1.2 Teori Pemerolehan Bahasa 1.2.1 Teori Behaviouris Teori Behavioris yang dipelopori oleh Bloomfield dan dikembangkan oleh Watson, Skinner serta Thorndike menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa sangat berkait rapat dengan aspek rangsangan dan gerak balas ataupun latihan dan pengulangan. Abdul Aziz (2000) berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan ransangan yang sesuai. Perlakuan tersebut akan dapat dikekalkan sekiranya diperkukuh dengan ganjaran. Oleh itu teori behavioris ini turut mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Menurut Skinner(1938), pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak- 6
  • 7. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 kanak. Antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Di samping itu guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, berbalas pantun, deklamasi puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa dan pemenang daripada aktiviti tersebut diberikan ganjaran sebagai peneguhan. E.L. Thorndike merupakan antara ahli linguistik ulung yang mengemukakan beberapa hukum penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme yang boleh diterapkan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa (Abdul Aziz, 2000). Hukum pertama ialah hukum latihan. Mengikut hukum ini, latihan amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, latihan diperlukan dalam bidang lisan seperti sebutan, intonasi dan bacaan nyaring. Hal yang sama juga berlaku dalam aspek-aspek lain pengajaran bahasa seperti aspek tatabahasa, menulis dan mengarang. Hukum kedua ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa perlakuan-perlakuan yang ingin dibentuk akan lebih tekal atau berterusan sekiranya diberikan rangsangan dan ganjaran yang positif. Pemberian ganjaran tersebut juga perlulah diberikan dalam kadar segera selepas sesuatu perlakuan bahasa yang dikehendaki dibentuk oleh kanak-kanak. Pemberian gred atau markah adalah antara kaedah yang paling lazim digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran bahasa. Hukum kesan menyatakan bahawa faktor yang paling penting menentukan kesan ganjaran terhadap respon atau perlakuan yang baik ialah masa. Hal ini bermakna lebih singkat masa antara respon dan anjaran, maka akan lebih kuatlah perkaitan antara kedua-duanya. Hukum ketiga ialah hukum tubi. Menurut hukum ini, ganjaran memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respon. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Hal ini termasuklah komen positif guru yang membina, ganjaran berbentuk hadiah, gred atau markah dan sebagainya. 7
  • 8. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.2.2 Teori Mentalis Teori mentalis dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari apa-apa sahaja jenis bahasa. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang mempunyai IQ rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai. 8
  • 9. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.2.3 Teori Kognitif Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Dengan menggunakan otak manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara termasuk menguasai bahasa. Hal ini kerana menurut aliran kignitif, pembelajaran merupakan sesuatu proses mentalis dan bukan mekanis. Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan tentang maksud kecerdasan. Kecerdasan merupakan satu bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kognitif bergerak. Piaget seterusnya berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh sesuatu bahasa adalah berdasarkan kognitif dan setiap kanak-kanak akan melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan lebih mudah memehami dan mempelajari sesuatu perkara jika mereka diperkenalkan dengan perkara yang berupa konkrit atau maujud. Aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” memang sesuai dalam mambantu tahap perkembangan kognitif mereka. 9
  • 10. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Peringkat yang terakhir ialah peringkat operasi formal iaitu usia 12 tahun dan ke atas. Pada tahap ini, kematangan kognitif mereka sudah semakin baik dan mula dapat menilai sesuatu yang abstrak. Mereka juga mula cuba untuk menaakul setiap bentuk dan situasi yang berlaku disekeliling mereka.Sinclair dalam Juriah, Raminah dan Sofiah (1993) menerusi kajiannya mendapati bahawa kanak-kanak tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka mencapai peringkat perkembangan intelek tertentu. Daripada kajian tersebut juga Sinclair membuat kesimpulan bahawa latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan bahasa seseorang kanak-kanak sebelum mencapai tahap intelek yang tertentu. Sementara itu, ahli kognitif menegaskan bahawa proses pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental dan perkembangan bahasa yang antara satu sama lain sangat berkait rapat. Kanak-kanak akan memperoleh bahasa ketika berada diperingkat deria motor dan konkrit kepada abstrak. Dengan hal yang demikian jelaslah bahawa pemerolehan bahasa adalah bergantung pada persekitaran kanak-kanak untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu. 1.2.4 Teori Interaksionalis Tokoh-tokoh teori interaksionalis adalah seperti Bloom, Bowennan, dan Cromer. Aliran ini berpendapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan mampu menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak masih perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara makna-makna konitif digambarkan dalam bentuk bahasa dengan tepat. Hasil kajian Snown (1972) dan Ringle (1978) menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa kanak- kanak adalah akibat interaksi penjaga-penjaga dengan kanak-kanak. Juriah Long, Raminah dan Sofia (1993) menjelaskan bahawa pendapat ahli-ahli interaksionalis mendapat sokongan kerana hujah-hujah pemerolehan bahasa mereka mempunyai bukti-bukti kukuh hasil kajian daripada tokoh-tokoh seperti Bloom, Halliday dan Wells. Kajian yang didijalankan oleh Bloom menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat memahami berbagai-bagai kategori semantik. Bowerman pula berpendapat perbezaan 10
  • 11. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 ini timbul kerana kedua-dua menggunakan kognitif yang berbeza. Hal ini demikian kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan suatu perkara yang penting dalam teori pemerolehan bahasa. Juriah Long, Raminah dan Sofia (1993) turut memetik pandapat ahli interaksionalis bahawa setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses interaksi bahasa. Halliday turut berpendapat setiap kanak-kanak perlu menguasai bahasa. Hal ini disebabkan setiap manusia perlu untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Kamarudin Husin (1998) dalam bukunya Pedagogi bahasa menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan yang diterima, kanak-kanak boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistic yang jelas dan tepat. Teori yang dikemukakan oleh Halliday ini melibatkan pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat interaksi dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik haruslah boleh menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama ada dari segi tatabahasa dan makna. 1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa 1.3.1 Faktor Kematangan Fisiologikal 11 Faktor Kognitif Faktor kematangan fisiologikal Faktor Sosial dan persekitaran Faktor-faktor Pemerolehan Bahasa Rajah 1.1 : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa
  • 12. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Faktor kematangan fisiologikal merujuk kepada kematangan fungsi-fungsi otak yang sempurna. Hal ini kerana individu yang mengalami kecederaan pada sel-sel otak akan terjejas pemerolehan bahasanya. Rajah 1.2 : Bahagian-Bahagian Otak Yang Penting Dalam Pemprosesan Bahasa Bahagian-bahagian otak yang berperanan penting dalam proses pemerolehan bahasa ialah kawasan broca dan kawasan wernicke. Kawasan broca terletak dekat tengah hemisfera cerebral kiri iaitu tempat pertemuan antara frontal, parietal dan temporal lobes. Kawasan ini juga merupakan bahagian otak yang bertangungjawab terhadap pembentukan urutan bahasa. Kecederaan pada kawasan ini boleh mengakibatkan masalah artikulasi, penghasilan ujaran yang pendek atau tanpa tatabahasa sertakesilapan dalam ejaan. Masalah yang lazim berlaku ialah bahasa ekspresif iaitu pertuturan atau penulisan terjejas (broca’s aphasia). Kawasan wernicke pula terletak di bahagian belakang hemisfera cerebral kiri dalam temporal lobe. Kawasan ini merupakan bahagian otak yan bertanggungjawab terhadap kefahaman bahasa. Kecederaan atau kecacatan kawasan ini menjejaskan pemahaman bahasa iaitu bahasa reseptif (wernicke’s aphasia). Individu yang mengalami 12
  • 13. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 kecederaan di kawasan wernicke boleh menyebabkan individu menghasilkan sebutan atau ujaran yang panjang dan bertatabahasa tetapi kurang membawa maksud seperti kata nama dan kata kerja. Kecederaan serius pada kedua-dua kawasan otak tersebut akan mengakibatkan masalah bahasa yang teruk sama ada bahasa reseptif mahupun bahasa ekspresif (global aphasia) 1.3.2 Faktor Sosial dan Persekitaran Faktor sosial dan persekitaran merujuk pada bagaimana seseorang kanak-kanak itu berinteraksi dengan dunia persekitarannya. Hal ini kerana mempelajari bahasa adalah proses peniruan oleh seseorang daripada individu di persekitarannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan kes seorang budak perempuan bernama Genie yang ditemui terkurung dalam sebuah bilik untuk satu tempoh masa yang sangat lama. Walaupun dia mempunyai system fisioloikal yang normal namun dia tidak dapat berbahasa dan mengalami masalah kelewatan kognitif kerana pergaulannya dengan manusia dan dunia sekeliling yang sangat terbatas. Kajian-kajian bahasa juga menunjukkan bahawa kualiti dan kuantiti seseorang mempengaruhi perkembangan bahasanya. Pengalaman awal dalam interaksi sosial juga memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan bahasa seseorang individu. Hal ini dapat dibuktikan apabila didapati kanak-kanak dari keluarga yang mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi mempunyai kosa kata yang lebih luas. Selain itu, lebih luas interaksi seseorang kanak- kanak dengan ibu bapa dan orang di sekelilingnya semakin luas jugalah kosa katanya. Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang mendapat bantuan daripada badan-badan kebajikan juga didapati mempunyai kosa kata yang lebih terhad berbanding kanak- kanak yang lebih berada. 1.3.3 Faktor Kognitif Faktor kognitif memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemerolehan bahasa kerana pemprosesan maklumat berlaku dalam kognitif. Ahli-ahli linguistic telah 13
  • 14. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 bersetuju bahawa faktor kognitif memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa. Beberapa pandangan telah dikemukakan untuk untuk menjawab pertikaian tentang hubungkait antara bahasa dengan kognisi. Piaget (1954) menyatakan bahawa kognisi, pengetahuan dan persepsi mendahului proses pemerolehan bahasa seseorang. Menurut beliau lagi bahasa adalah salah satu fungsi simbolik yang berkembang dalam minda kanak-kanak melalui pertumbuhan dan interaksi dengan persekitaran. Beberapa asas pencapaian kognitif seperti distancing dan object permanence perlu berlaku sebelum perkembangan bahasa kerana pada masa ini kanak-kanak mula beralih dari dunia fizikal kepada dunia simbolik. Whorf (1956) pula berpendapat bahawa bahasa mempengaruhi persepsi seseorang terhadap dunia persekitarannya. Sekiranya kita mempunyai bahasa untuk menjelaskan tantang sesuatu perkara kita turut mempunyai persepsi atau kefahaman terhadap perkara tersebut. Vygotsky (1962) berpendapat bahawa bahasa dan kognisi adalah saling bergantung. Hal ini kerana bahasa dan kognisi merupakan dua sistem yang berkembangan secara berasingan. Pada peringkat awal bahasa berlaku kerana adanya proses interaksi dengan orang lain. Seterusnya bahasa akan mengalami proses internalized iaitu proses bahasa dan pemikiran disealirkan. Proses ini membolehkan kanak-kanak menjalankan pemikiran abstrak dan penaakulan simbolik. Vygotsky juga berpendapat bahawa pemikiran tidak akan berkembang seterusnya tanpa bahasa. Kedua-dua elemen iaitu bahasa dan kognisi bergantung kepada kematangan pemikiran. Hal ini kerana kebolehan berbahasa dan berfikir dalam diri seseorang berkembang seiring dengan perkembangan saraf pusat. Semasa sistem saraf pusat mencapai tahap kematangan tertentu, bahasa dan kognisi juga berkembang dan mungkin perkembangan ini berlaku secara berasingan. Kadang kala terdapat masalah kecelaruan bahasa dalam diri seseorang. Hal ini disebabkan oleh masalah disfungsi fisiologi seperti gangguan saraf dalam otak. 1.4 Alat-Alat Artikulasi 14
  • 15. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Rajah 1.4 : Alat-alat Artikulasi 1.4.1 Bibir Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsinya menyekat pengaliran udara yang keluar dari paru-paru. Bibir terdiri dairpada otot-otot yang kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Apabila kita membunyikan bunyi [i] misalnya, keadaannya menjadi hampar, sebaliknya apabila kita membunyikan [u] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi di dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [m], [p] dan [b] misalnya, udara disekat di bibir 1.4.2 Lidah Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif di dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah, hadapan, dan belakang. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting didalam pengeluaran bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif, boleh digerak- gerakkan kemana-mana bahagian mulut untuk menyekat peredaran udara. Jadi, lidah aktif sekali dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan ia disebut sebagai artikulator. 15
  • 16. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.4.3 Gusi (Alveolar) Gusi adalah organ pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t] [d] [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 1.4.4 Lelangit (palatal) Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut dan berfungsi sebagai daerah artikulasi di dalam pengeluaran bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung dan apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Organ ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar ialah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau. 1.4.5 Anak Tekak Anak tekak terletak dibahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (malah anak tekak terletak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak biasanya berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan, sama ada dinaikkan atau diturunkan. 1.4.6 Gigi Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan berfungsi sebagai penahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c], [q] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah penyebutan. 16
  • 17. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.4.7 Rongga Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah 1.3, rongga terbahagin kepada tiga, iaitu rongga mulut, rogga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar-masuk dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau pun diiturunkan. 1.4.8 Pita Suara Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar dari paru-paru? Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak dalam peti suara. Membran menyerupai “pita” yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis. Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 1.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 1.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara. 1.5 Masalah Dalam Penguasaan Bahasa 17
  • 18. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Dalam usaha menguasai kemahiran membaca, ramai kanak-kanak yan menghadapai pelbagai masalah. Antaranya mengingat kembali perkataan, memehami perkataan pelbagai makna, menyatakan sesuatu yang abstrak, menggunakan ayat yang betul dan lengkap,memberi penjelasan, dan mempelbagaikan gaya komunikasi. 1.5.1 Mengingat Kembali Perkataan Masalah mengingat kembali perkataan berlaku apabila seseorang itu sukar memanggil semula perkataan yang telah dipelajarinya dari ingatan jangka panjang. Hal ini mungkin berlaku disebabkan masalah lemah daya ingatan yang kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Dalam konteks pembelajaran, sesetengah murid akan mengalami masalah dalam mencari semula perkataan. Dalam hal ini mereka lemah dalam mengimbas kembali pengajaran yang setelah diajar dalam kelas. Selain itu murid juga tidak dapat menjawab soalan secara spontan. Setiap kali guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara berkali-kali agar murid dapat menjawab dan mengikut arahan guru. Fakta-fakta yang telah didengar oleh murid juga sukar untuk mereka ingat selepas pengajaran. Hal ini demikian kerana murid tidak dapat menyerap dan memahami fakta-fakta tersebut dalam minda. Selain itu murid juga mengalami masalah kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan anggota keluarga serta menyenaraikan waktu serta tarikh. Apabila ditanyakan soalan, murid akan menjadi kaku dan bisu. Bahasa-bahasa yang diajarkan oleh guru juga mudah dilupai oleh murid. 1.5.2 Memahami Perkataan Pelbagai Makna Masalah memahami perkataan pelbagai makna dialami oleh murid yang mempunyai kognitif yang rendah. Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam kemahiran berbahasa. Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan tidak boleh menggunakan perkataan tersebut dengan betul. 1.5.3 Menyatakan Sesuatu Yang Abstrak 18
  • 19. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Masalah memahami sesuatu yang abstrak juga merupakan salah satu masalah penguasaan bahasa. Sebagai contoh tidak dapat memahami perasaan seseorang sama ada marah, gembira, dan sebagainya. Hal ini dikatakan termasuk dalam masalah penguasaan bahasa kerana perasaan merupakan aspek para linguistik yang turut berperanan dalam sistem komunikasi. Masalah keliru dan sukar membezakan perkara abstrak juga meliputi ketidakupayaan atau kelemahan murid memahami dan memahami sesuatu peristiwa. Hal ini disebabkan oleh masalah pemprosesan maklumat dalamm otak mereka. 1.5.4 Menggunakan Ayat Yang Betul Dan Lengkap Masalah penguasaan bahasa ini merupakan masalah kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan serta mencari perkataan yang tepat semasa bertutur. Mereka sering ragu-ragu dan tiada keyakinan semasa menyampaikan idea malah sering menggunakan “......apatu.?” atau “.....err..” dan sebagainya. Selain itu, ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadan terbalik atau sering melakukan kesilapan. Mereka juga sering menterbalikkan ayat. Sebagai contoh, mereka akan mengatakan “bapa kasut” yang bermaksud “kasut bapa” serta menambah dan mengurangkan sesuatu perkataan dalam ayat. 1.5.5 Memberi Penjelasan Masalah penguasaan sesuatu bahasa juga turut melibatkan kesukaran menjelaskan sesuatu menggunakan bahasa. Mereka tidak dapat menggunakan bahasa seperti perkataan dan frasa dengan betul untuk menjelaskan sesuatu konsep atau fakta. Selain itu murid-murid yang mengalami masalah ini juga suka menjawab atau menjelaskan jawapan yang tidak sepadan dengan soalan yang ditanya. Seterusnya mereka tidak boleh memberikan penjelasan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut. 1.5.6 Mempelbagaikan Gaya Komunikasi Semasa seseorang berkomunikasi, aspek bahasa dan gaya komunikasi atau lebih dikenali sebagai aspek paralinguistik turut penting untuk diberikan perhatian. Hal ini jelas kerana bagi pendengar yang berbeza status sosialnya seperti umur, pangkat panggilan dalam masyarakat dan sebagainya perlu digunakan aspek gaya yang berbeza apabila berkomunikasi dengan mereka. Tujuannya supaya dapat menghasilkan komunikasi yang berkesan di samping mematuhi etika berkomunikasi mengikut norma-norma masyarakat setempat. Dalam aspek gaya berkomunikasi, aspek penggunaan bahasa turut terangkum di dalamnya. Semasa berkomunikasi, seseorang perlu menunjukkan gaya yang 19
  • 20. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 bersesuaian dan mengunakan bahasa yang tepat. Sebagai contoh, dalam sesuatu majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya bahasa yang formal dan laras bahasa yang bersesuaian. 1.6 Prinsip-Prinsip Intervensi Bahasa Intervensi bahasa merupakan program, strategi atau aktiviti yang menyediakan kanak- kanak dengan pengalaman bahasa sebenar melalui proses bimbingan dan bantuan supaya mereka berupaya menggunakan bahasa dengan baik tanpa berlaku sebarang gangguan dalam kehidupan seharian. Prinsip-prinsip berikut boleh dilakukan oleh para pembimbing dalam usaha mereka untuk menjalankan intervensi bahasa terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa. 1.6.1 Mempelajari Perkara Yang Mudah Kepada Sukar Proses mengajar dari yang mudah kepada yang sukar bukan sahaja dikemukakan oleh Bloom malah turut dikemukakan oleh Al-Ghazali yang merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang tersohor. Menurut beliau, sesuatu proses pengajaran haruslah dimulai daripada yang mudah ke tahap yang lebih sukar. Sebagai contoh, guru boleh mengajarkan kanak-kanak untuk mengenal huruf terlebih dahulu. Seterusnya mengajarkan suku kata dan seterusnya membatangkan suku kata menjadi perkataan mudah. 1.6.2 Mengajar Perkataan Asas Kepada Yang Kompleks Tahap seterusnya ialah guru mengajarkan kanak-kanak tentang pengunaan perkataan asas terlebih dahulu sebelum diikuti dengan perkataan yang lebih kompleks. Perkataan asas di sini bermaksud perkataan yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Selepas kanak-kanak berjaya menguasainya barulah guru mengajarkan perkataan yang lebih kompleks dan lebih meluas konteks penggunaannya. Contoh perkataan ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna seperti “mangga”, “lari”, “cucuk” dan sebagainya. 1.6.3 Menggunakan Kosa Kata Biasa Untuk Pembinaan Ayat 20
  • 21. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Langkah seterusnya, guru perlu mengajarkan kosa kata biasa untuk membina ayat-ayat mudah. Ayat-ayat yang diajarkan biasanya merupakan ayat-ayat pendek yang mengandungi beberapa patah perkataan atau lebih dikenali sebagai ayat tunggal. Contohnya “Mak, adik nak makan”, “Mama, nak susu” 1.6.4 Mengajar Ayat Pendek Kepada Ayat Panjang/Majmuk Setelah murid-murid dapat menguasai tahap di atas, guru-guru bolehlah mengajarkan ayat majmuk kepada murid-murid. Ayat majmuk yang diajarkan merupakan ayat majmuk mudah yang mengandungi satu subjek dan dua predikat atau dua subjek dengan satu prediket yang dihubungkan menggunakan kata hubung. Contohnya, “Amin hendak ikut mak beli mainan di Jusco petang nanti”. “ 1.6.5 Menggunakan Pelbagai Bahan Untuk Merangsang Murid Penggunaan bahan rangsangan dapat membantu murid-murid meningkatkan keupayaan mereka membaca. Bahan-bahan seperti gambar tunggal, gambar bersiri, bahan maujud dan sebagainya membantu murid-murid menjana idea yang seterusnya diujarkan dalam bentuk bacaan. 1.6.6 Menggunakan Perkataan Baharu Dalam Pelbagai Situasi Prinsip intervensi seterusnya ialah guru memperkenalkan perkataan baharu, menghubungkaitkan atau membentuk sekurang-kurangnya dalam 10 konteks yang berbeza. Peringkat ini diunakan oleh guru pada peringkat yang terakhir setelah murid- murid dapat menguasai lima peringkat intervensi yang terawal. 1.7 Terapi Dalam Pendidikan Pemulihan 21
  • 22. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.7.1 Pengenalan Kepada Terapi Perkataan terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud perkhidmatan. Hal ini begitu sejajar dengan konsep pelaksanaan terapi itu sendiri yang merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit. Secara umum terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah-masalah tubuh badan dan sebagainya.Kamus perubatan Mosby mendefinisikan terapi sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit atau individu yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau masalah perkembangan dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula terapi dapat diertikan sebagai kaedah untuk membantu seseoran individu untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran- kemahiran yang tertentu. 1.7.2 Kepentingan Terapi Dalam Pemulihan Antara kepentingan terapi dalam pendidikan pemulihan ialah: • Meningkatkan kemahiran pengamatan • Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid • Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri • Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi • Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi • Merangsang pemikiran dan kreativiti murid • Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan • Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan 1.7.3 Jenis-Jenis Terapi 1.7.3.1 Terapi Fisio Fisio terapi merupakan jenis terapi yang dijalankan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan keupayaan motor kasar mereka. Antara aspek yang termasuk dalam keupayaan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, menari, berlari, mengangkat dan sebagainya. Terapi fisio dapat membantu seseorang kanak-kanak kembali ke tahap fungsi fizikal secara optimum. Agen-agen fizikal yang digunakan 22
  • 23. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 digunakan untuk melaksanakan terapi fisio ialah mengurut, memanipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik, dan ransangan menggunakan cahaya. Kesemua kaedah tersebut adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit. Terapi fisio lazimnya dilakukan oleh pakar perubatan terlatih dan pelaksanaannya juga bergantung kepada permasalahan psikomotor yang dialami oleh seseorang itu. Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti: Latihan motor halus Latihan motor kasar Latihan imbangan Latihan koordinasi - memotong - menggunting - mencabut - meramas - menguli - merenyuk - mencubit - memicit - membaling - menolak - memukul - melambung - menyambut - berdiri sebelah kaki - membawa buku di atas kepala - berdiri di atas kerusi - menguntai manik - melambung dan menyambut bola pelbagai saiz 1.7.3.2 Terapi Cara Kerja Terapi cara kerja ialah aktivit-aktiviti latihan yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan terhadap individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umut (Turner, Foster dan Johnson, 2002). Selain itu, terapi cara kerja juga merupakan sejenais pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini tertumpu pada memperbaik kebolehan seseorang untuk menjalankan aktiviti dalam kehidupan seharian., panjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan dalam aktiviti riadah. Kolej sains dan Teknologi (KIST) menjelaskan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang menumpukan pada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan mental dan fizikal serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti seharian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Antara objektif terapi cara kerja dilakukan ialah: 23
  • 24. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 • membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik • memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik • membolehkan individu berdikari dalam melakukan sesuatu kerja seharian • meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang untuk bersosial Antara kepentingan terapi cara kerja dilakukan ialah: • untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik dalam menjalankan sebarang aktiviti. • meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot- otot kecil yang ada. • Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Aktiviti terapi cara kerja sebaik-baiknya hendaklah dilakukan oleh ahli terapi yang berkemahiran sahaja dan dijalankan di pusat-pusat latihan yang mempunyai kelengkapan. Walau bagaimanapun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan aktiviti terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembe;ajaran di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah: • Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup • Latihan pravokasional • Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan • Latihan aktiviti berkaitan kemahiran manipulatif 1.7.3.3 Terapi Pertuturan Kamarudin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (articulator). Pertuturan juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga boleh dimaksudkan sebagai bercakap, apa yang dituturkan, hasil darpada percakapan, abhasa sesuatu Negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau 24
  • 25. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 tempat. Terapi pertuturan ialah masalah gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Menurut Encyclopedia Britanica, terapi pertuturan ialah satu rawatan untuk memperbaik kecacatan peruturan yang dialami oleh seseorang. Hal ini mungkin berpunca dari otak,, telinga, peti suara yang bermasalah, dan alat-alat artikulasi. Terapi pertuturan lazimnya dijalankan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kelewatan pertuturan, bibir atau lelangit sumbing, kanak-kanak dengan masalah pertuturan khas, gagap atau sengau dan pesakit stroke. Antara kepentingan pelaksanaan terapi pertuturan ialah: • Melatih murid menguasai kemahiran tertentu • Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa • Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan social individu • Meningkatkan tahap keupayaan murid. Punca-punca masalah peruturan ialah: • Masalah pendengaran • Lewat perkembangan • Otot lisan lemah • Kecacatan sewaktu proses kelahiran • Masalah pernafasan • Kecederaan otak Aktiviti yang boleh dilakukan sewaktu melakukan terapi pertuturan ialah: • Meniup belon • Membunyaikan huruf vocal dengan panjang • Menggerakkan lidah ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan • Aktiviti senaman mukas seperti menguap, mengunyah dan membuat pelbagai memek muka • Meniup bola ping pong yang terapung dia atas permukaan air 25
  • 26. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.7.3.4 Terapi Muzik Dan Nyanyian Terapi muzik yang menyelitkan unsur-unsur nyanyian adalah alternatif dalam rawatan moden dan merupakan satu bidang professional yang menggunakan muzik. Terapi ini bertujuan untuk proses pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Antara sebab terapi muzik boleh diaplikasikan dalam pendidikan pemulihan ialah muzik merupakan satu fenomena yang boleh memberikan kesan kepada semua manusia.. Antaranya kesan gerak balas fizikal, kognitif dan emosi di samping perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan. Muzik juga memberikan kesan interaksi interpersonal yang boleh mendorong dan menstrukturkan sesuatu aktiviti serta mencetuskan idea. Penggunaan muzik sebagai terapi ini juga mampu menimbulkan keseronokan dan memperkembang estim diri murid-murid di samping mendorong interaksi yang positif. Aktiviti nyanyian yang dilakukan pula dapat melatih dan meningkatkan keupayaan pertuturan murid-murid yang bermasalah pertuturan. Matlamat penggunaan terapi muzik dalam pendidikan pemulihan ialah: • memudahkan guru mengawal tingkah laku murid. • mengembangkan emosi dan perasaan murid secara positif • meningkatkan kemahiran sosial murid • meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dan intrapersonal • meningkatkan keyakinan dan self-esteem murid • melancarkan pertuturan • membantu meningkatkan pencapaian akademik murid. • meningkatkan kemahiran psikomotor murid Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam terapi muzik dan nyanyian ialah: • membuat pergerakan mengikut lagu • menulis lirik lagu • amali dan praktikal memainkan alat muzik 26
  • 27. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 • aktiviti permainan dan lakonan berlatarkan muzik • mengenali alat muzik 1.7.3.5 Terapi air Terapi air merupakan antara terapi yang sering digunakan oleh guru-guru pendidikan pemulihan. Dalam latihan terapi airi ini, penekanan lebih diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah motor halus seperti masalah menulis dan memegang alat tulis. Tujuan terapi air ialah: • mengembalikan dan memelihara emosi kanak-kanak • menghilangkan tekanan • membina keyakinan diri • meningkatkan kreativiti kanak-kanak • membina kawalan diri terutamanya kawalan motor halus • meningkatkan tahap penamatan • manipulasi tanganm dan jari-jari • membina daya konsentrasi • melembutkan sendi-sendi tangan Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru-guru pendidikan pemulihan ialah: • melukis di atas permukaan air • menulis di atas permukaan air • membina buih • membuat pusaran air • menepuk air 1.7.3.6 Terapi pergerakan kreatif Terapi pergerakan kreatif merupakan satu kaedah seseorang kanak-kanak dapat mengintepretasikan idea, perasaan, serta tanggapan deria yang dizahirkan secara 27
  • 28. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 simbolik melalui pergerakan. Elemen-elemen pergerakan tubuh badan, ruang dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi diri seperti kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan. Aspek-aspek yang termasuk dalam pergerakan kreatif ialah lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. Pergerakan lokomotor meliputi semua pergerakan tubuh yang boleh menyebabkan keseluruhan tubuh berubah Dari dari satu tempat ke tempat lain. Contoh aktiviti lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat dan sebagaimya. Pergerakan bukan lokomotor pula merujuk pergerakan yang tidak menyebabkan perubahan kedudukan tubuh badan. Pergerakan ini juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berlari setempat, membuat imbangan badan, melompat setempat dan sebagainya. Manipulasi alatan pula ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan tertentu untuk membuat sebarang gerakan. Kemahiran ini sebenarnya memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. Dalam hal ini koordinasi mata dan tangan serta imbangan badan amat diperlukan untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah melantun bola sambil berjalan, memusingkan gelung mengunakan tangan, dan skipping sambil berjalan. Terapi pergerakan mempunyai pe;lbagai kepentingan khususnya kepada kanak-kanak pemulihan seperti: i. meningkatkan kreativiti ii. mengasah bakat iii. meredakan ketegangan perasaan dan dan tekanan jiwa iv. meningkatkan kemahiran bertutur v. meningkatkan kecerdasan fikiran Pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru-guru untuk melaksanakan terapi ini dan antara aktiviti yang boleh dilaklukan untuk menjalankan terapi pergerakan kreatif ialah : i. tarian moden ii. tarian tradisional iii. gimrama iv. pergerakan berkumpulan dan berpasangan 28
  • 29. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 1.7.3.7 Terapi main Kraus (1990) mendefinisikan bermain sebagai apa-apa juga akitiviti yang memberikan kegembiraan, keseronokan dan kepuasan kepada kanak. Pakar-pakar psikologi kanak- kanak umumnya bersetuju bahasa bermain sebenarnya penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat dan kreativiti masing-masing. Dari aspek psikologi, terapi bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak berhubungan secara langsung denmgan situasi sebenar dalam kehidupan mereka. Terapi in juga membantu murid- murid menunjukkan komitmen dan fokus sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Konsep kepada terapi main ialah melalui bermain kanak-kanak belajar untuk lebih meneroka dan mengenali dunia di sekelilingnya. Selain itu terapi ini juga mengambil kira ruang fizikal yang disediakan untuk kanak-kanak bermain. Ruang yang disediakan haruslah bersesuaian dengan kanak-kanak agar matlamat terapi tercapai. Konsep seterusnya ialah kanak-kanak berpeluang untuk meneroka identity diri masing-masing. Dengan cara ini juga mereka boleh mengesan bakat dan kebolahan serta kecenderungan mereka. Matlamat terapi main dalam pendidikan pemulihan ialah: • mengurangkan maslah tingkah laku murid • meningkatkan kemahiran komunikasi • murid mampu menilai diri mereka sendiri • membentuk sahsiah murid yang lebih positif • member peluang kepada murid untuk belajar membuat pilihan sendiri • murid berpeluang melahirkan masalah • murid mempunyai tempat yang selamat untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka Dalam melaksanakan terapi main, guru-guru perlu mengambil beberapa kriteria agar matlamat terapi dapat dicapai. Antaranya ialah: 29
  • 30. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 i. Bilik terapi: - Kelengkapan dalam bilik terapi haruslah bersesuaian dengan kanak-kanak - Bilik terapi perlu didilengkapi dengan bahan-bahan sumber, peralatan asas seperti rak buku dan peralatan, cermin, almari dan sebagainya. i. Kriteria media permainan yang dipilih ii. Kategori mainan yang sesuai 1.7.3.8 Terapi pasir Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada kanak- kanak khususnya untuk meneroka hal-hal yang berkaitan dengan emosi atau perasaan. Terapi ini secara tidak langsung member peluang kepada individu untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dalam hati mereka secara suka rela. Pengunaan terapi pasir dikatakan mampu membantu kanak-kanak lebih santai dan relaks. Pergerakan otot-otot yang diselarikan dengan perasaan ketika malakukan terapi ini membolehkan kanak- kanak lebih focus dan akhirnya secara perlahan-lahan segala yang terpendam dalam diri mereka dapat diluahkan. Bagi kanak-kanak pemulihan misalnya, mereka boleh melukiskan gambaran perasaan mereka di atas pasir melalui tulisan atau lukisan. Bagi melaksanakan terapi ini, guru-guru boleh melakukannya di dalam kelas iaitu pasir diletakkan di dalam bekas, di tepi pantai, di kawasan lapang dan sebagainya. Tujuan terapi pasir dilakukan oleh guru terhadap kanak-kanak pemulihan ialah: • Melatih daya kreativiti kanak-kanak • Menghilangkan rasa marah • Meningkatkan keyakinan diri • Mengembangkan daya imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak Kepentingan terapi pasir ialah: • Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan • Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi • Merangsang pemikiran kanak-kanak • Mengurangkan tekanan emosi • Membantu meningkatkan kemahiran social 30
  • 31. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Kaedah pelaksanaan terapi pasir antaranya ialah: • Melukis di atas pasir • Menulis di atas pasir • Menggenggam pasir • Meramas pasir • Membina istana pasir 1.7.3.9 Terapi multisensory Terapi multisensory merupakan kaedah yang berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak. Hal ini kerana terapi jenis ini mampu merangsang kelima-lima deria iaitu penlihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rangsangan sendi. Terapi multisensory digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah mental, autism, kecederaan pada otak, ‘down syndrome’ dan masalah perkembangan fizikal. Pelaksanaan terapi ini dirancang untuk memberikan rangsangan kepada pelbagai jenis pancaindera dengan menggunakan efek lampu, suara, muzik, bau dan sebagainya. Suasana yang diwujudkan untuk terapi ini mestilah kondusif, tenang, rekreasional dan tidak mengancam klien. Hasil daripada terapi ini membantu klien membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa kepercayaan pada diri sendiri dan mengurangkan stress. Mengumpul Maklumat Secara berkumpulan, cuba anda dapatkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan dan perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak. 31
  • 32. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Tutorial Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa dan lakukan terapi terhadapnya. Seterusnya cuba lihat perubahan yang berlaku terhadap kebolehan berbahasa murid berkenaan. 32