Successfully reported this slideshow.

PELAJARAN

4,344 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

PELAJARAN

  1. 1. KEMAHIARA KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN MEMBACA LISAN MENULIS BERBAHASA i. KONSEP KEMAHIRAN LISAN Dalam kemahiran lisan terbahagi kepada dua lagi kemahiran, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kedua-dua kemahiran ini saling berhubung-kait antara satu sama lain. Sebelum seseorang menguasai kemahiran bertutur, individu tersebut perlulah mempunyai pendengaran yang baik agar dapat menangkap setiap bunyi atau ujaran yang didengar agar dapat bertindak-balas dengan bertutur. a. Konsep kemahiran mendengar Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam buku Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II, beliau mentakrifkan aktivti mendengar sebagai proses kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga dan akan terus ke otak untuk diproses. Terdapat juga pendapat lain yang menyatakan mendengar sebagai satu aktiviti seni, iaitu merujuk kepada seni mendengar dan memahami apa yang disampaikan oleh penutur.
  2. 2. Oleh itu, dapat dirumuskan mendengar memerlukan peranan minda untuk memahami fakta dan idea yang disampaikan oleh penutur agar otak pendengar itu berkeupayaan untuk memproses dan memberi respon terhadap input yang masuk melalui telinga. b. Konsep kemahiran bertutur Manakala, bertutur pula didefinisikan sebagai aktiviti melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa. Secara alamiah, bertutur merupakan keupayaan manusia untuk mengujarkan kata-kata. Umumnya mengetahui bahawa bertutur mesti melibatkan individu utntuk tujuan berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi yang berlaku sebenarnya bertujuan untuk melahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna dan difahami oleh pendengar. Konsep kemahiran bertutur di sekolah pula merujuk kepada keupayaan pelajar menggunakan tatabahasa yang betul dalam setiap pengucapannya.ii. KONSEP KEMAHIRAN MEMBACA Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam buku Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II, beliau menyatakan membaca sebagai satu tindakan komunikasi di mana ianya merupakan satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bunyi. Manakala, menurut Lefree (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Pembaca perlu memahami sifat-sifat dan jalan sesuatu bahasa sebelum dapat memahami proses membaca dengan berkesan. Pendapat lain mengatakan, untuk mencapai pembacaan yang berkesan, terdapat tiga konsep asas membaca iaitu, yang pertama, membaca bermaksud membunyikan perkataan demi perkataan. Kedua,
  3. 3. membaca merujuk kepada pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya. Ketiga, membaca bererti memberikan makna teks yang dibaca disamping memahami teks tersebut. Dalam alam persekolahan pula, konsep kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. iii. KONSEP KEMAHIRAN MENULIS Menulis merupakan aktiviti menzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui medai tulisan ke dalam bentuk teks supaya boleh dibaca dan difahami oleh orang lain. Menulis juga dikaitkan dengan perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis. Secara umumnya, dapat diringkaskan konsep kemahiran menulis merupakan medium komunikasi termasuklah faksmile, teleks dan e-mel. Ia merupakan suatu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi menyampaikan idea dan pendapat. Konsep menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat menggunkan ayat yang gramatis, tanda baca, ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.Kesimpulannya, setiap kemahiran merupakan tingkat proses yang perlu dikuasaioleh setiap individu terutamanya semasa proses pembelajaran di sekolah. Hal inikerana, sekiranya seseorang tidak menguasai satu daripada kemahiran-kemahirandi atas, maka proses penerimaan dan penyampaian ilmu akan kurang berkesan Kemahiran Lisan
  4. 4. Kemahiran lisan merupakan kemahiran paling asas yang perlu dikuasai olehkanank-kanak sebelum mereka berupaya menguasai kemahiran berbahasa yanglain. Dalam kemahiran lisan terbahagi kepada dua lagi kemahiran, iaitu : KEMAHIRAN LISAN Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur i. Kemahiran mendengar Peringkat Kemahiran Mendengar Kebanyakkan orang berpendapat bahawa kemahiran mendengar diperoleh semasa zaman kanak-kanak, dimana ketika itu kita sudah mulai petah dan memahami apa yang diperkatakan oleh orang dewasa. Sebenarnya, kemahiran mendengar ini mempunyai tiga peringkat latihan untuk menjadikan seseorang individu tersebut sebagai pendengar yang baik, iaitu : 1. Peringkat Permulaan Peringkat Permulaan a. mengecam, mengajuk dan memilih bunyi Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menyediakan beberapa bunyi yang berlainan seperti bunyi hon, ayam berkokok dan burung, kemudian meminta pendengar untuk mengecam setiap bunyi tersebut lalu memintanya mengajuk. Seterusnya, pendengar diminta memilih bunyi- bunyi berkaitan. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah.
  5. 5. b. Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan rakaman lagu atau pantun. Pendengar diminta mendengar kemudian mencatatkan perkataan yang didengar lalu menyatakan makna perkataan tersebut secara spontan. Akitiviti ini sesuai dilakukan kepada kanak-kanak peringkat sekolah rendah. c. Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan Aktiviti yang boleh dijalankan ialah, seorang guru memberikan arahan mengikut urutan, contohnya arahan melipat sehelai kertas A4 kepada empat lipatan. Kemudian meminta pelajar melakukan arahan tersebut mengikut arahan yang telah diberikan dengan tertib. d. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Contoh aktiviti yang sesuai ialah memberikan soalan-soalan secara lisan kepada pendengar untuk dijawab dalam bentuk terbuka.2. Peringkat Pertengahan Peringkat Pertengahan a. Mengecam dan mengingat fakta secara terperinci Pelajar berupaya mengingat fakta dan butiran yang didengar secara tepat dan terperinci lalu memindahkan fakta yang diperolehi dalam bentuk nota. b. Mengenal maklumat khusus Dalam aspek ini, pendengar berupaya mengasingkan yang mana maklumat penting dan tidak penting. Selalunya, maklumat penting
  6. 6. merupakan inti kepada perbualan penutur. Oleh itu, pendengar dengan mudah dapat memahami maksud penutur. c. Mengesan urutan Pendengar dapat mengesan dan melakukan sesuatu perkara mengikut urutan yang didengarnya. Contohnya, seorang suri rumah melakukan satu demi satu urutan cara membuat menu Gulai Ayam yang didengarnya dalam rancangan Bersama Chef Wan. d. Mengenal pasti sebab dan akibat Dalam hal ini, pendengar perlu mendengar dengan baik terhadap sesuatu perkara. Ini akan memudahkan pendengar mengenal pasti punca dan sebab kejadian sesuatu perkara. Lalu berupaya menjelaskan kesan dan akibat yang bakal berlaku. e. Mengenal hubungan orang yang berinteraksi Sekiranya penutur merupakan seseorang yang tidak dikenali oleh pendengar, maka pendengar akan menumpukan lebih perhatian kepada ujaran penutur untuk mengenal hubungan antara penutur. f. Mengesan sikap dan perasaan orang yang bertutur Pendengar yang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap ujaran penutur sepanjang perbualan berupaya mengesan sikap dan perasaan orang yang bertutur. Dengan ini, pendengar dapat menelah sama ada penutur memberikan sokongan ataupun menyatakan bantahan terhadap isu yang sedang dikemukankan.3. Peringkat Maju
  7. 7. Peringkat Maju a. Mengenal peranan penutur Dapat mengenalpasti sama ada penutur bertutur bagi pihaknya ataupun bagi pihak orang lain. b. Mentafsir maksud penutur Penutur oleh bertutur untuk berbagai-bagai maksud dan tujuan. Oleh itu, pendengar harus mendengar sambil menginterprestasikan ujaran tersebut bagi menepati maksud penutur dengan bantuan inti konteks perbualan ketika itu. c. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi penutur Pendengar berupaya menerangkan fungsi tekanan dan ontonasi yang digunakan oleh penutur. Hal ini dapat dicapai sekiranya pendengar mendengar dengan teliti semasa sesi perbualan berlangsung. d. Mencari jalan penyelesaian masalah yang didengar Cara ini sesuai dilakukan semasa sesi kaunseling. Peranan pendengar diberikan kepada kaunselor, dimana kaunselor akan menumpukan perhatian dan mendengar masalah yang dinyatakan secara berhati-hati untuk mengelakkan kekeliruan. Seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian bagi masalah itu. e. Mengamati maklumat dan fakta yang didengar Pendengar berupaya mengenal pasti antara fakta penting dengan maklumat umum. Fakta penting boleh menjadi inti dalam perbualan, manakala maklumat umum terdiri daripada huraian dan contoh yang menyokong idea dan isi penting tersebut.ii. Kemahiran bertutur
  8. 8. Tujuan BertuturSetiap pertuturan mempunyai tujuan yang tersendiri. Penutur perlumengetahui tujuan-tujuan ia bertutur kerana ia akan memudahkan penuturuntuk menyusun ujarannya dan menggunakan laras bahasa yangbersesuaian mengikut inti perbualan. Terdapat lima tujuan seseorang itubertutur.Pertama, bertutur untuk tujuan memaklumkan. Tujuan ini sangatbertepatan dengan peranan seorang guru iaitu menyampaikan ilmukepada pelajarnya. Untuk mencapai tujuan ini, penutur perlu memberitahupendengar perkara yang akan diperkatakan dengan memulakanpertuturan dengan perkara yang dapat menarik perhatian pendengaruntuk mendengar. Maklumat yang hendak dimaklumkan perlulahberhubungkait antara satu sama lain dan tidak menggunakan bahasayang terlalu teknikal. Penggunaan persembahan grafik seperti gambarrajah dan sebagainya akan menjadi suatu bonus yang baik untukmenguatkan lagi fakta, kemudian penutur perlu menyimpulkan isi pentingtersebut.Kedua, bertutur untuk tujuan mempengaruhi. Bagi tujuan ini, penuturbertutur untuk mengubah persepsi pendengar tentang sesuatu perkara.Dua perkara penting yang berhubung dengan bertutur untuk tujuan iniadalah memastikan kehendak dan keperluan pendengar dipenuhi untukmemotivasikan pendengar untuk melakukan sesuatu serta menyediakanhujah yang relevan untuk mencapai objektif mempengaruhi pendengar.Ketiga, bertutur untuk tujuan keseronokan. Selalunya pertuturan inidilakukan bagi menyukakan dan menghiburkan pendengra, ia jarangdilakukan bersendirian sebaliknya secara santai dan hanya untuk tujuansampingan sahaja. Pada umumnya, pertuturan jenis ini menarik perhatianpendengar untuk mendengar bicara penutur. Kelebihan tujuan ini kepadaseorang guru ialah pelajar tidak berasa bosan dan tertekan semasa
  9. 9. belajar sekiranya guru menyelitkan unsur kecindan dalam pelajaran danpembelajaran.Keempat, bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea. Dalamtujuan ini penutur bebas menyarakan idea dan pendapat mereka. Bagipara pelajar, aktiviti bertutur tujuan ini sebenarnya melatih fikiran merekauntuk berfikir kritis dan kreatif untuk mengeluarkan buah fikiran secaralisan.Kelima, bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah. Untuk tujuan ini,penutur perlu mengetahui latar belakang pendengar sama ada pendengaritu mempunyai pengetahuan dalam masalah yang akan dibincangkan.Tujuan bertutur ini sering diaplikasikan semasa sesi pembelajaran,contohnya bagi pelajar yang kurang arif mengenai sesuatu subjek akanberinteraksi dengan pelajar lain yang pandai dalam subjek tersebut.Peringkat Kemahiran BertuturSama seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga mempunyaitiga peringkat seperti yang berikut :i. Peringkat awal Antara aktiviti kemahiran bertutur yang dapat dilakukan oleh para pelajar dalam proses pembelajaran ialah, membunyikan perkataan dan ayat yang didengar. Melafazkan pengucapan bertatasusila dengan menggunakan nada suara dan intonasi yang betul untuk menyatakan perasaan, pemerhatian dan fikiran. Selain itu, pelajar perlula menyoal untuk mendapatkan maklumat dan menjawab soalan dengan mudah. Pelajar juga boleh bercerita sesuatu hal berdasarkan pengalaman sendiri kerana pada peringkat ini penutur diberi peluang untuk bertutur tanpa halangan di sekolah.ii. Peringkat Pertengahan Pada peringkat ini, aktiviti yang sering berlaku ialah perbincangan dalam kumpulan. Etika yang perlu dipatuhi semasa aktiviti ini ialah,
  10. 10. mematuhi peraturan bertutur dan perbincagan dalam kumpulan seperti berfokus kepada tajuk, mengangkat tangan jika hendak bercakap dan memberikan perhatian kepada penutur. Penutur juga perlu bijak menggunakan kosa kata yang bersesuaian dalam pertuturan dan menggunakan antonim, sinonim, homonim dan perkataan bandingan yang sesuai. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah membuat persembahan lisan di dalam kelas seperti menceritakan semula cerita yang biasa didengar seperti cerita Sang Kancil dan Buaya dengan menggunakan pelbagai teknik komunikasi verbal seperti nada, intonasi dan tekanan.iii. Peringkat Maju Dalam peringkat ini, penutur sebagai pelajar mula memainkan peranan yang aktif dalam perbincangan kumpulan. Sering bertanyakan soalan bagi mendapatkan keterangan lanjut dan penjelasan idea. Pelajar juga mula bijak bermain kata dalam laras bahasa yang digunakannya. Seterusnya mampu membuat persembahan lisan secara formal di dalam kelas dan memberikan respon kepada bahan pembentangan semasa pembelajaran.
  11. 11. Kemahiran MembacaTujuan MembacaSecara umumnya, membaca adalah bertujuan untuk memperoleh ataumenginterprestasikan makna daripaa bahan yang dibaca.membacamemerlukan interaksi antara bahan bertulis yang dibaca dengan pembacaitu sendiri. Oleh itu, aktiviti membaca secara tidak langsung boleh menjadiaktiviti mental dimana seorang pembaca perlu fokus kepada bacaannyauntuk memperoleh maklumat. Terdapat empat tujuan bacaan.Pertama, membaca untuk pengalaman sastera, dalam alampersekolahan para pelajar didedahkan dengan pengalaman sasteramelalui pelbagai bahan bacaan sastera seperti novel, cerpen, fiksyen,cerita pendek, misteri, drama dan sebagainya. Melalui bacaan seperti ini,pelajar itu sendiri akan merasai jalan penceritaan dalam bacaan itu danmeneroka sendiri peristiwa-peristiwa di dalam bacaan tersebut.Kedua, membaca untuk mendapatkan maklumat, membaca untuktujuan ini diguna pakai dalam membaca bahan bacaan ilmiah. Pembacamembaca bahan dan teks yang berbentuk informatif bertujuan untukmemperoleh maklumat yang spesifik tentang sesuatu perkara.Ketiga, membaca untuk menyelesaikan tugasan, dalam tujuan bacaanini, pembaca memerlukan pelbagai jenis bahan bacaan untuk menjadirujukan dalam menyiapkan tugasan. Membaca untuk tujuan inisebenarnya bukan sahaja diamalkan oleh para pelajar peringkatpersekolahan sahaja tetapi juga para mahasiswa dalam menyiapkan tesismereka. Aktiviti membaca pelbagai jenis bahan bacaan juga bolehmenjadi persediaan pelajar bagi menghadapi peperiksaan.Keempat, membaca untuk tujuan akademik, bagi bacaan tujuan ini pulalebih kepada pembacaan peringkat tertinggi. Dimana pembaca membacauntuk tujuan ilmiah seperti membuat kertas kerja atau tesis. Pembacaan
  12. 12. ini memerlukan cara bacaan yang efisien dan kritikal, iaitu pembaca boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan bahan bacaan yang dibacanya. Hal ini, akan meningkatkan pemahaman terhadap teks dan boleh digunakan untuk tujuan penulisan yang ilmiah.Peringkat Kemahiran MembacaDalam peringkat kemahiran membaca terdapat urutan daripada tahap yangpaling asas hingga ke peringkat yang lebih tinggi. MEMBI NA & MEMBINA MEMB & ACA MEMBAC AYAT A PERKATA AN MEMBUNYIKA N SUKU KATA MEMBINA & MENILAI PANDANGAN BERGANDA BACAAN PENGETAHUAN PENGESAHAN MENGENAL HURUF PERSEDIAAN MEMBACA Tahap-tahap kemahiran membaca mengikut urutan menaik
  13. 13. i. Peringkat 1 : Persediaan membaca Peringkat ini melibatkan kanak-kanak berumur dalam lingkungan 4-5 tahun, dimana mereka mula didedahkan dengan bunyi bahasa. Mereka mula dilatih untuk mempelajari persamaan simbol bunyi huruf. ii. Peringkat 2 : Mengenal huruf Peringkat ini pula melibatkan kanak-kanak yang berumur 6-7 tahun kerana dalam peringkat ini mereka sudah mulai mengetahui hubungan antara bunyi dengan huruf tertentu dan mula boleh membaca sedikit demi sedikit.iii. Peringkat 3 : Pengesahan Kanak-kanak berusia 8-9 tahun berada dalam peringkat ini, mereka mula megukuhkan kemahiran yang diperolehi daripada dua peringkat terdahulu. Mereka akan mula meningkatkan kelancaran dan kepantasan dalam mengenal huruf. Pada tahap ini, pembaca mula memberikan perhatian kepada makna dan maklumat bercetak yang dilihat dan dibaca.iv. Peringkat 4 : Bacaan pengetahuan Peringkat ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 10-13 tahun. Pada peringkat ini, pembaca telah menguasai kemahiran membaca secara optimum. Mereka akan mula menambah perbendaharaan kata hasil daripada pendedahan terhadap perkataan-perkataan dalam bahan yang dibaca. v. Peringkat 5 : Pandangan berganda Peringkat ini dikuasai oleh pembaca lingkungan 14-19 tahun, mereka mula berupaya memberikan pendapat sendiri setelah membaca dan memahami bahan bacaan. Pemikiran kritikal juga akan mula wujud dalam peringkat ini.vi. Peringkat 6 : Membina dan menilai Pembaca pada peringkat ini tergolong dalam kelompok pelajar kolej dan universiti. Hal ini kerana pembaca berupaya membentuk pengetahuan sendiri melalui pembacaan yang banyak. Melalui pengetahuan, mereka mula mengaitkan, menilai dan membezakan setiap bacaan yang telah dibaca.
  14. 14. Dalam alam persekolahan pula, kanak-kanak mula dilatih untuk memperoleh asas yang baik untuk mencapai peringkat ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti : 1. Mengenal dan mengecam abjad 2. Membezakan bentuk huruf besar dan huruf kecil 3. Menyebut dan membunyikan huruf vokal 4. Membezakan bunyi „e‟ pepet dan „e‟ taling.vii. Peringkat 7 : Membunyikan suku kata Pada peringkat ini, pembaca sudah mengetahui struktur sesuatu perkataan sama ada ianya mempunyai 1 suku kata atau lebih. Malah sudah boleh mengecam sama ada suku kata itu terdiri daripada : KV (konsonan+vokal) KVK (konsonan+vokal+konsonan) KVKK (konsonan+vokal+konsonan+konsonan) Dan suku kata yang mempunyai digraf, iaitu gabungan dua huruf konsonan dalam satu suku kata seperti „ny’, ‘ny’, ‘kh’ dan ‘sy’.viii. Peringkat 8 : Membina dan membaca perkataan Pada peringkat ini pula pembaca sudah berupaya membina perkataan daripada suku kata yang telah dikuasai pada peringkat ketujuh. Seterusnya berupaya membaca perkataan tersebut. Peringkat ini dapat dilakukan dalam aktiviti seperti membina perkataan dengan mencantumkan kad suku kata yang disediakan ataupun membentuk perkataanberdasarkan gambar yang disediakan semasa proses pelajaran dan pembelajaran. ix. Peringkat 9 : Membina dan membaca ayat Dalam peringkat ini pembaca sudah menguasai semua kemahiran-kemahiran dalam peringkat-peringkat yang sebelum ini. Oleh itu, pembaca akan berupaya untuk membina rangkai ayat dan membaca ayat tersebut. Untuk mengukuhkan kemahiran ini, beberapa aktiviti yang efisien boleh dilakukan seperti menyusun perkataan pada kad perkataan menjadi rangkai kata ayat, lalu membacakannya di dalam kelas.
  15. 15. Peringkat Pemahaman MembacaDalam kemahiran membaca juga tidak hanya mengetengahkan peringkatkemahiran membaca sahaja, tetapi juga memerlukan peringkat pemahamandalam aktiviti membaca. Hal ini kerana, pembacaan tanpa pemahaman adalahsuatu kerugian bagi pembaca kerana mereka hanya membuang masa membacatanpa dapat memahami teks. Pemahaman dalam bacaan merupakan antarafaktor pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang akademik. Prestasi merekahanya akan meningkat sekiranya mereka memahami bacaan ilmiah lalumenginterprestasikan pemahaman ke dalam jawapan mereka.Terdapat beberapa pendapat berbeza yang menyenaraikan tahap-tahap dalamperingkat pemahaman membaca. Antaranya, Herber (1970), memperkenalkantiga tahap pemahaman membaca iaitu tahap pengecaman, interprestasi dangunaan. Manakala, Rudell (1974) pula menyatakan tiga tahap iaitu, tahap fakta,interprestasi dan aplikasi.Di sini, saya akan menghuraikan pendapat Barret (1972), yangmengklasifikasikan peringkat pemahaman membaca kepada enam tahap, iaitu : 1. Peringkat Pemahaman Liberal Merupakan tahap yang paling rendah dan mudah dikuasai oleh seseorang murid, dimana murid tersebut hanya mampu memahami isi yang tersurat dalam teks. Kaedah yang digunakan juga hanya tertumpu kepada memahami teks, mencari maklumat dan mengingat semula fakta dalam teks tersebut 2. Peringkat Pemahaman Terjemahan Dalam peringkat ini, murid menulis kembali fakta yang diperolehi menggunakan bahasa sendiri bagi menjelaskan pengertian yang tersirat tanpa mengubah makna petikan asal. Pada peringkat ini murid tersebut sudah berupaya memahami teks sama ada mempunyai maksud tersurat ataupun tersirat.
  16. 16. 3. Peringkat Pemahaman Aplikasi Terdapat tiga kebolehan dalam pemahaman aplikasi, iaitu mengingat semula apa yang telah dibaca, kemudian mengetahui bila prinsip itu dapat digunakan dan yang terakhir melaksanakannya sehingga berjaya. Dalam peringkat ini, pembaca sudah berupaya mengaplikasi maklumat ruang dibacanya.4. Peringkat Pemahaman Analisis Dalam peringkat ini pula, pembaca mula dapat membuat analisis daripada apa yang telah mereka baca. Pembaca berupaya untuk mengasingkan fakta utama atau fakta sampingan, dan boleh mengaitkan fakta-fakta tersebut menjadi satu jalan cerita. Pada peringkat ini, pembaca perlu mahir dalam membuat banding beza dan pengelasan sesuatu fakta5. Peringkat Pemahaman Inferens Dalam peringkat ini, pembaca sudah dapat menakul jawapan yang terdapat dalam teks sama ada jawapan itu tertera dalam teks ataupun tersirat.6. Peringkat Pemahaman Penilaian Ini merupakan peringkat yang paling tinggi sekali dalam hierarki pemahaman. Dalam peringkat ini, pembaca harus berupaya untuk menilai kewajaran atau ketepatan sesuatu fakta dan boleh memberikan hujah sebelum menimpulkan sesuatu maklumat secara matang.
  17. 17. Kemahiran MenulisTujuan MenulisDalam aktiviti menulis. Tidak semua menulis untuk tujuan yang sama,sebaliknya mempunyai tujuan yang tersendiri, berikut merupakan tujuan-tujuan dalam menulis : Tujuan Menulis Tujuan Ekspresif • Menulis untuk menzahirkan idea, perasaan, hujah dan sebagainya. Selalunya berfokus kepada karya seperti sajak, novel dan penulisan bebas yang berfokus kepada perasaan dan pengalaman penulis. Tujuan Pemujukan • Tujuan ini berfungsi untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca dengan lebih lanjut. Selalunya penulis menggunakan pelbagai gaya bahasa untuk menimbulkan emosi pembaca Tujuan Informatif • Bahan bacaan yang dihasilkan adalah berbentuk fakta-fakta yang dapat memberikan maklumat kepada pembaca. tujuan ini selalunya digunakan dalam penulisan buku rujukan untuk akademik. Tujuan Kesusasteraan • Tujuan penulisan jenis ini amat mementingkan penggunaan gaya bahasa yang pelbagai. Malah ia juga mempunyai urutan yang perlu dipatuhi dalam menghasilkan jalan cerita seperti peringkat permulaan, penaikkan dan sebagainya. penulis juga sebenarnya menjadikan karyanya sebagai meduim untuk membangkitkan perasaan pembaca ataupun menunjukkan tanda protes kepada sesuatu hal. • Manakala, tujuan menulis dan mengarang di peringkat sekolah adalah untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tajuk karangan. selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea pelajar dalam karangannya. aktiviti menulis tujuan ini sebenarnya membawa banyak manfaat kepada pelajar itu sendiri kerana aktiviti mengarang akan merangsang dan memahirkan tatabahasa serta kosa kata murid. di samping itu dapat merangsang akal untuk menghasilkan bahasa-bahasa yang indah lagi gramatis.
  18. 18. Peringkat Kemahiran Menulis Dalam peringkat kemahiran menulis ini saya lebih menekankan kepada peringkat-peringkat menulis yang asas bagi kanak-kanak. Kemahiran menulis mereka pada tahap ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :i. Peringkat Pramenulis Dalam peringkat ini melibatkan kanak-kanak berusia antara 4-6 tahun, dimana mereka mula diberi latihan untuk menulis huruf mengikut cara yang betul dan kemas. Antara latihan menulis yang sering dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah ialah seperti berikut : a. Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul. Dalam peringkat ini, kanak-kanak akan dilatih untuk memegang pensel dengan cara yang betul. b. Gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf atau mewarnakan huruf. c. Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di meja. d. serta dilatih menyelaraskan kordinasi tangan dengan mata semasa menulis. Contoh latihan seperti membentuk corak campuran bulatan dan tiga segi.ii. Peringkat Mendirikan Asas Untuk memasuki peringkat ini, kanak-kanak mestilah sudah menguasai peringkat pramenulis. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan latihan membentuk lambang-lambang tulisan bebas pada kertas kosong, kemudian beralih kepada membentuk dan menulis huruf pada halaman buku bergaris empat. Pada halaman buku ini, kanak-kanak akan disuruh membuat latih tubi menulis huruf secara berturutan. Setelah melalui proses itu, barulah mereka akan dilatih untuk menghasilkan tulisann yang kemas dan teratur. Untuk mendapat tulisan yang sedemikian, guru boleh memberikan latih tubi menulis satu huruf secara berulang-ulang agar guru dapat melihat perkembangan tulisan murid tersebut.
  19. 19. iii. Peringkat Pelahiran Dalam peringkat ini murid-murid sudah berupaya membina dan menulis ayat mereka sendiri berdasarkan ransangan yang diberikan. Antara latihan yang boleh dilakukan ialah membina ayat bagi melengkapkan cerita, menulis jawapan bagi soalan kefahaman, menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberika dan menyusun semula ayat dan perenggan.Kesimpulannya, peringkat-peringkat penulisan dapat dilihat dengan lebih terperincimelalui jadual di bawah dimana setiap penulis akan melalui proses-proses seperti : PROSES MENULIS HURAIAN Murid menyusun idea sama ada dalam 1. Pramenulis bentuk peta minda, membina frasa sebagai kata kunci. Murid menulis idea menggunakan ayat 2. Menulis idea yang tepat dan lengkap. Setelah menulis idea, murid akan 3. Membaca idea membaca semula karangan mereka bagi mengesahkan kerja mereka. Menunjukkan karangan kepada rakan yang lain agar mereka dapat memberi 4. Mendapatkan maklum balas ulasan serta membuat cadangan rakan pembaikkan bagi meningkatkan hasil kerja.
  20. 20. Murid menyemak semula karangan yang ditulis dan membuat pembetulan5. Menyemak semula mengikut cadangan yang diberikan oleh rakannya. Murid mula mengedit karangannya agar6. Mengedit bebas daripada kesalahan ejaan dan sebagainya. Dalam penulisan akhir, murid akan menulis karangan sebenar berdasarkan7. Penulisan akhir idea yang telah dikumpul dan menyerahkan hasilan kepada guru untuk disemak.
  21. 21. Kesusasteraan MelayuMenurut Mohd Puazi Mahmad dalam buku Sejarah dan Kritikan Sastera, beliaumenghuraikan bahawa kesusasteraan adalah satu daripada unsur kebudayaan,yakni kebudayaan itu meliputi keseluruhan pembuatan dan hasil usaha manusiayang terbit daripada budi bicara dan pemikiran seseorang untuk memenuhikeperluan hidup.Ahli falsafah Islam, Imam Ja‟far al-Sadiq (702-765M) membuat analogi bahawakesusasteraan merupakan pakaian yang membolehkan seseorang memasukkanapa-apa sahaja yang diperkatakan atau ditulisnya sehingga menampakkannya lebihmenarik.Berikut merupakan aspek-aspek yang perlu ada dalam bidang kesusasteraanMelayu. Dan aspek yang akan saya kaji ialah kritikan dan teori kritikan sastera. GENRE SASTERA KAJIAN STRUKTUR KARYA KARYA SASTERA KESUSASTERAA N MELAYU KRITIKAN SASTERA DAN TEORI DALAM KRITIKAN PENDIDIKAN SASTERAKesimpulannya, kesusasteraan merupakan aktiviti penghasilan nukilan asliseseorang pengarang atau pengkarya yang ingin menceritakan cetusan idea,pandangan dan perasaannya melalui medium sastera.
  22. 22. Kritikan dan Teori Kritikan SasteraKonsep Kritikan SasteraSebelum itu, saya ingin menghuraikan maksud perkataan kritikan.Sebenarnya, perkataan kritikan adalah kata akar bagi kata ‘kritik’. Kritik yangpada asalnya berasal daripada ‘krites’ merupakan perkataan Yunani kunoyang bermaksud hakim. Dalam bahasa Latin pula, kata critius bermaksudseseorang yang mentafsir dan menilai hasil kesusasteraan.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam buku Siri Pendidikan Guru BahasaMelayu II, kritikan sastera merupakan suatu cabang daripada ilmu sasterayang merupakan kajian berhubung penjelasan, penganalisisan, penghuraiandan penilaian karya-karya kesusasteraan.Manakala, Mohd Pauzi Mahmad dalam buku Sejarah dan Kritikan Sasteramentakrifkan kritikan sastera sebagai disiplin ilmu yang membincangkan soalpenghayatan, penganalisisan serta penilaian terhadap sesebuah karyakreatif.Terdapat juga pandangan yang menyatakan kritikan sastera sebagai usahauntuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada karya-karyasastera melalui penilaian yang bijaksana.Untuk menjadi pengkritik sastera, seseorang perlulah bijak dalammemberikan penghujahan, penganalisisan dan penghayatan secara teliti dankritis bagi menetapkan sama ada sesuatu karya itu baik atau sebaliknya.Terdapat beberapa peringkat dalam mengkritik sesuatu karya iaitu :1. Penghayatan Peringkat ini menekankan aspek-aspek penikmatan sebagaimana yang difahami, dirasai dan difikirkan. Penghayatan dilakukan dengan meneliti keseluruhan isi kandungan karya dan seterusnya membuat pentafsiran secara keseluruhan.
  23. 23. 2. Penganalisisan Dalam peringkat ini, pengkritik akan mengamati sifat-sifat tertentu dalam sesebuah karya secara mendalam dan menyelidik dengan lebih kritis terhadap karya tersebut sebelum memberikan penilaiannya.3. Penilaian Penilaian merupakan keputusan akhir yang diperoleh daripada hasil peringkat sebelumnya. Dalam peringkat ini, pengkritik akan mencantumkan hasil kritikan yang diperolehnya. Penilaian dalam pengertian kritikan sastera ialah memberikan penghakiman, sama ada karya tersebut berjaya atau sebaliknya. Dalam peringkat ini pembacaan sesebuah karya itu tidak hanya tertumpu kepada satu golongan sahaja tetapi juga menyeluruh kepada semua individu sama ada pembaca, pengkritik dan pengkaji. Daripada golongan inilah akan lahir pandangan yang berbeza-beza tentang suatu karya. Pandangan-pandangan ini boleh jadi berbentuk positif atau negatif. Oleh yang demikian, akan lahirlah teori kritikan yang berbeza-beza. Teori-teori ini tercetus hasil perbezaan konsep, latar belakang dalam sesebuah karya itu dengan karya yang lain. Sifat-sifat dalam kritikan sastera ialah, setiap teguran atau kritikan terhadap sasuatu sastera hendaklah membina bukannya yang membunuh seseorang penulis. Selain itu, saranan-saranan bernas perlulah dikemukakan agar penulis dapat meningkatkan hasil karyanya. Antara fungsi-fungsi kritikan sastera sepertiKesimpulannya, kritikan sastera merupakan sudut pandangan peribadi yangtersendiri oleh seseorang terhadap sesebuah karya setelah difahami danditeliti dengan sehabis baik. Kritikan sastera ini merupakan ilmu yang saintifikkerana menggunakan metodologi atau pendekatan teori tertentu sewaktu
  24. 24. membuat kritikan. Ia seumpama refleksi seseorang selepas menelaah sesuatu hasil karya Teori Kritikan SasteraTeori kritikan sastera ini tercetus hasil daripada perkembangan dan pergolakanpolitik, ekonomi, sosial dan dimensi budaya yang terdapat dalam sesebuah karya.Pembacaan pelbagai karya daripada penulis yang sama ataupun, karya-karya laindaripada penulis lain akan mewujudkan sikap ingin membuat perbandingan diantarasemua karya yang telah dibaca. Maka, lahirlah teori-teori yang berbeza-beza untukmengkritik sesebuah karya dengan lebih terperinci. Terdapat beberapa teori kritikansastera yang diketahui umum, iaitu : FORMALISME STRUKTURALISME TEORI KRITIKAN SASTERA FEMINISME SOSIOLOGIDaripada empat teori di atas, saya akan mengkaji dengan lebih mendalam mengenaidua teori kritikan sastera mengikut kehendak soalan iaitu teori strukturalisme danteori sosiologi.
  25. 25. Teori StrukturalismeTeori strukturalisme ini sebenarnya berasal daripada linguistik Ferdinand deSaussure yang telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan menjadipendekatan yang digunakan untuk menganalisi karya naratif dengan menelitistruktur dalaman teks.Mengikut teori ini, pengkritik akan menhuraikan makna di sebalik teks ituberdasarkan struktur teks itu sendiri. Analisis karya yang menggunakan teori inibebas daripada campur tangan pengarang, dalam teori ini pembaca mendapat haksepenuhnya untuk menyelami segala unsur yang membentuk struktur teks tersebut.Terdapat beberapa pandangan mengenai teori strukturalisme, iaitu strukturalismemempercayai setiap perkara mempunyai satu maksud sahaja agar tiadatafsiran-tafsiran yang menyimpang dan tidak tepat. Teori strukturalisme jugamengamalkan pandangan yang bersifat objektif dan tidak dipengaruhi olehpandangan peribadi atau sensetiviti diri sendiri atau pihak lain.Pada umumnya, strukturalisme lebih mengutamakan aspek naratif teks sepertinovel, cerpen, epik, mitos dan cerita rakyat. Antara idea penting menganalisis karyamengikut teori strukturalisme ialah : i. Teks naratif mempunyai persamaan dengan bahasa dan linguistik. ii. Teks naratif mempunyai urutan peristiwa yang menceritakan kegiatan manusia bagi mencapai sesuatu matlamat.Prinsip Teori StrukturalismeTerdapat beberapa prinsip yang menjadi pengawal dalam sesebuah teks. Prinsip-prinsip dalam teori strukturalisme adalah seperti berikut :
  26. 26. PRINSIP KETERANGAN Keseluruhan dalam teori ini bermaksud menganalisis 1. Keseluruhan teks sebagai satu keseluruhan dan gambaran satu sistem. Keseluruhan ini digambarkan seperti gabungan unsur plot, watak, gaya bahasa dan ciri-ciri lain yang terdapat dalam sastera. Pengkritik perlu mengkaji keseluruhan aspek teks supaya mendapat makna yang lebih jelas dan terperinci. Transformasi menurut teori ini merupakan proses yang 2. Transformasi berterusan, iaitu bahan-bahan baru boleh diwujudkan. Dalam prinsip ini sesebuah karya akan mengalami proses transformasi melalui penilaian pembaca. Regulasi ialah fahaman yang menyatakan setiap teks mempunyai identiti yang tersendiri dan menjadi 3. Regulasi pelengkap kepada struktur. Oleh itu, setiap penilaian hendaklah tidak menyimpang daripada linkungan strukturaliti itu. Sinkronik ini akan melihat secara teliti tentang jalinan 4. Sinkronik yang membentuk teks dan mengaitkannya dengan hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Dalam prinsip desentralisasi ini, teks yang menjalinkan struktur tidak menerima sebarang unsur sejarah 5. Desentralisasi ataupun pengarang. Sebaliknya yang dianalisis ialah unsur dalaman teks itu tanpa dipengaruhi oleh latar belakang pengarang ataupun sejarahnya.Kesimpulannya, teori strukturalisme ini lebih menekankan aspek penceritaan teks,bukannya maksud ceritanya bagi membuktikan hakikat naratif yang dipakai olehseseorang pengarang dalam karyanya.
  27. 27. Teori SosiologiTeori sosiologi sastera berhubung rapat dengan sistem masyarakat dan realiti sosial.Sosial mempunyai hubungan yang erat dengan sastera kerana pengarang perlumewujudkan identiti sosialiti kepada peranan dalam karyanya.Pada asalnya, teori ini merupakan fahaman Marxis yang ditulis oleh Karl Marx(1818-1883). Ianya tentang ekonomi yang berhubung dengan konflik, kelas sosialdan cara melahirkan masyarakat harmoni.Marxis menegaskan bahawa hasik kesusasteraan yang dipisahkan daripada unsursosiologi merupakan satu kekurangan kerana ia tidak dapat menjelaskankesusasteraan yang sebenarnya.Karl Marx pula menetapkan pandangannya bahawa kelas atau status manusiabukan ditentukan oleh pembahagian kerja dalam masyarakat kerana ia akan hanyamemperlihatkan ketidakadilan dan eksplotasi semata-mata. Sebenarnya, sistemkelas manusia berdasarkan ekonomi ini merupakan konflik dalam sosial. Oleh itu,beliau menyatakan lagi penggerak utama bagi perubahan sosial ialah ekonomi.Seseorang individu boleh mengubah status sosialnya melalui tindakan yang rasionaldan materialisme.Di negara kita pula, isu berkaitan sastera dengan masyarakat bermula pada tahun1950-an melalui perjuangan Asas 50. Pendekatan sosiologi ini dimulakan olehpenulis-penulis Asas 50. Asas 50 berpegang teguh pada dlogan “Seni untukMasyarakat” iaitu setiap karya sastera mestilah mementingkan kepada masyarakatsama ada mendedahkan kepincangan mesyarakat, seruan-seruan untuk memajukanmasyarakat ataupun pendedahan yang bertujuan pembelaan.
  28. 28. Teori ini mempunyai beberapa pendekatan penting bagi menganalisis karya sasteraseperti yang berikut : 1. Karya yang hendak dianalisis perlulah memiliki mutu seni yang tinggi dari segi dalaman dan nilai estetiknya. 2. Sesebuah karya sastera haruslah mempunyai struktur yang bermakna yang mewakili perspektif penulis sabagai mewakili masyarakatnya. 3. Pengarang perlu mencipta tanggungjawab moral terhadap mesyarakatnya agar segala jalinan sastera dengan realiti sosialnya bertepatan dan tidak dibebani oleh bentuk-bentuk estetika sastera sahaja.. 4. Pengkritik perlu menganalisis peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dalam sesebuah karya. Hal ini kerana karya sastera merupakan citra masyarakat yang merangkumi fenomena sosial, budaya, ekonomi, politik dan pelbagai lagi aspek dalam kehidupan masyarakat sebenar yang digambarkan dalam karya sastera. 5. Sesebuah karya itu berkait rapat dengan konteks masa dan zaman, termasuklah pemikiran dan pandangan hidup masyarakat dan sistem pemerintahan yang melahirkan karya tersebut.Kesimpulannya, kritikan sosiologi ini merupakan analisis berkaitan hubungan teksdengan aspek masyarakat. Aspek masyarakat yang diterapkan dalam sesebuahkarya sebenarnya boleh menjadi medium kepada pengarang untuk mengeluarkanpandangannya, sama ada ingin menaikkan semangat ataupun menyatakan rasatidak puas hati terhadap sesebuah kaum agar pembaca menyedarinya danmembuat perubahan dalam sistem sosialogi mereka.

×