SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12)
                     • disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
                     @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa
                     Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-967-
                     5478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm


           PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB
                       SEBAGAI BAHASA KEDUA

                                      Ibtisam bt Abdullah
                                       Zamri bin Ahmad


                                  Ibzam_91@yahoo.com.my
                                       Unit Bahasa Arab,
                                 Fakulti Pengajian Islam, UKM


Abstrak: Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar asas dalam
proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa kedua memerlukan usaha,
tenaga dan masa yang jitu dari guru dan pelajar. Kebanyakan pelajar yang mempelajari
kemahiran mendengar menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran ketika proses pengajaran
dan pembelajaran kemahiran mendengar dijalankan terutamanya dalam bahasa Arab. Proses
pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang melibatkan banyak unsur. Maka, komunikasi
lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama
terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran.
Kemahiran mendengar tedapat dua jenis iaitu mendengar secara intensif dan mendengar
secara eksentif. Justeru itu, dlam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar alat
bantu pengajaran seperti media sangat penting. Malah dari aspek penggunaan alat bantu
seperti media, kemahiran ini akan lebih berkesan dan efektif apabila digunakan.


                                      PENDAHULUAN

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca
dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas
yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar ialah sebahagian
daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental
kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.
Menurut Nik Rahimi (2005) kemahiran mendengar adalah salah satu daripada komponen
pembelajaran bahasa bersama dengan kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Walaupun
begitu, dalam konteks pengajaran, kemahiran mendengar tidak begitu diberi penekanan
hingga menyebabkan pelajar-pelajar tidak menyedari kepentingan kemahiran mendengar
kepada mereka. Implikasinya, pelajar-pelajar tidak begitu berkeyakinan untuk berinteraksi
                                                75
dalam bahasa Arab sesama mereka, mahupun dengan guru mereka. Sesuatu komunikasi lisan
melibatkan dua proses iaitu proses penghasilan dan penerimaan mesej. Menguasai kemahiran
mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang
dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada
apa yang didengar.


                  LATAR BELAKANG KEMAHIRAN MENDENGAR
Pembelajaran bahasa Asing adalah untuk pengembangan kemampuan pelajar dalam
menggunakan bahasa itu baik lisan mahupun menulis. Kemampuan menggunakan bahasa
dalam dunia pengajaran bahasa disebut kemahiran berbahas (maharat al-lughah). Kemahiran
tersebut terbahagi kepada empat kemahiran iaitu mendengar (maharat al-istima’ / listening
skill), bertutur (maharat al-muhadathah / speaking skill), membaca (maharat al-
qiraah/reading skill) dan menulis (maharat al-kitabah / writting skill). Kemahiran mendengar
dan membaca dikategorikan ke dalam kemahiran reseptif (al-maharat al-istiqbaliyyah /
receptive skills) sementra kemahiran bertutur dan menulis dikategorikan ke dalam kemahiran
produktif (al-maharat al-intajiyyah/productive skills) (Chaedar 2011) .
       Sebagaimana yang diketahui bahawa kemahiran mendengar adalah melihat
kemampuan seseorang dalam memahami kata atau kalimat yang diujarkan oleh mitra bicara
atau media tertentu. Kemampuan ini sebenarnya dpat dicapai dengan latihan yang terus
menerus untuk mendengarkan perbezaan-perbezaan bunyi unsur-unsur kata (fonem) dengan
unsur-unsur lainnya menurut makhraj huruf yang betul baik langsung dari penutur aslinya
mahupun melalui rakaman (Chaedar 2011).
       Kenneth Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar
merupakan salah satu tugas yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini adalah
kerana kemahiran mendengar yang berjaya adalah memerlukan masa dan penumpuan serta
latihan yang banyak. Ini agak mengecewakan para pelajar kerana mempelajari kemahiran
mendengar tidak sama dengan mempelajari tatabahasa. Berbeza dengan kemahiran bertutur
dan menulis yang mempunyai latihan tertentu boleh membantu meningkatkan kemahiran.
Namun demikian, terdapat cara atau teknik untuk meningkatkan kemahiran mendengar
walaupun terdapat kesukaran. Oleh itu, teknik pengajaran kemahiran mendengar yang
berkesan adalah yang meliputi pelbagai aktiviti yang interaktif dari sumber multimedia. Ia
bermula dengan mendengar teks yang mudah, pelbagai aktiviti menarik yang mana
penumpuan lebih utama kepada proses pembelajaran dari hasil produk.
                                             76
Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan
memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran
bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan
berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi
menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan
bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Kebolehan
untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan
seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses
maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik
dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi
tersebut.
       Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan
kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan
jelas. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan pertuturan
yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini lazimnya melalui
suara guru di dalam kelas. Justeru, kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam
proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa kedua memerlukan usaha,
tenaga dan masa yang jitu dari guru dan pelajar. Penyelidikan tentang proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar sudah banyak dijalankan dan pelbagai teknik juga telah
dibincangkan. Kebanyakan pelajar yang mempelajari kemahiran mendengar menghadapi
pelbagai masalah dan kesukaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dijalankan terutamanya dalam bahasa Arab.
       Wan Izzuddin dan Wan Hasni (1991) memberikan pandangan bahawa ramai pelajar
tidak mempunyai kemahiran mendengar yang baik disebabkan mreka tidak memberikan daya
tumpuan yang jitu terhadap guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Kadang-kadang
pelajar gagal memberikan perhatian kepada guru mereka menjalankan aktiviti lain semasa
mendengar seperti menulis, mencatat nota dan ada pula yang cuba membaca buku.
       Sementara Weiten dan Lloyd (1994) pula menyatakan bahawa latihan kemahiran
mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi perhatian dlam latihan komunikasi,
sedangkan seseorang itu menggunakan asa yang jauh lebih banyak untuk mendengar
berbanding bertutur. Sementara itu, dalam pengajaran bahasa kedua, Nunan (1999) juga


                                            77
mendapati kemahiran mendengar diabaikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
kedua di mana ia lebih banyak tertumpu kepada penguasaan kemahiran bertutur.
                          PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
Pada dasarnya komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan
mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku
melalui pendengaran. Dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi
perhatian oleh guru. Dalam proses mendengar, pendengar yang baik menggunakan alat
pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar
merupakan kemahiran bebas yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar
merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat
dilakukan.
       Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat iaitu empat peringkat
(Chaedar 2011) :
   1. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur
       luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu.
   2. Memahami bunyi bahasa tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan
       maksud tertentu.
   3. Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Di peringkat ini pendengar menguasai
       makna beberapa deretan bunyi, dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna
       antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata
       dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama.
   4. Bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Peringkat ini hanya akan terlaksana
       setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi.


                          JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR
Terdapat dua bahagian jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara intensif dan
mendengar secara ekstensif. Kemahiran mendengar secara intensif dalah kemahiran
mendengar yang dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya
dilaksanakan bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh
dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan
kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar


                                             78
bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci
boleh dijalankan dalam pelbagai cara seperti berikut (Chaedar 2011):
   1. Mendengar arahan. Para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas
       terhadapnya.
   2. Menjawab soalan kefahaman. Para pelajar mendengar soalan yang dikemukan dan
       kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan.
   3. Mendengar untuk mendapatkan maklumat. Dalam latihan ini para pelajar
       menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka
       dengar.
   4. Membuat ringkasan. Para pelajar mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat
       ringkasan tentang apa yang telah didengari.
   5. Menyelesaikan masalah. Para pelajar mendengar sesuatu masalah dan kemudian
       diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut.


   Sementara mendengar secara eksentif pula merupakan latihan yang dijalankan setelah
para pelajar dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara
ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi
tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan ini juga
menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logik. Para pelajar boleh menggunakan
buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Latihan ini juga
membantu para pelajar boleh memberikan pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.


                             PENGGUNAAN ALAT BANTU
Proses pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang melibatkan banyak unsur. Ahmad
Salim (1987) menjelaskan bahawa proses pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang
melibatkan empat unsur iaitu komunikator adalah guru, komunikan adalah pelajar, pesan
adalah bahan yang diberiikan dan media adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan
pesan itu. Penggunaan alat bantu dalam pengajaran bahasa bertitik tolak dari teori yang
mengatakan bahawa merangkumi banyaknya ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
dimiiki oleh seseorang. Abd al-Alim (1978) menjelaskan bahawa alat bantu pengajaran
seperti media sangat penting kerana dapat membangkitkan rasa senang dan gembira para
pelajar dan memperbaharui semangat mereka, menimbulkan rasa suka hati mereka, dan dapat
memantapkan pengetahuan.
                                             79
Menurut Chaedar (2011) pengertian bahasa sebagai alat komunikasi yang
menggunakan bunyi-bunyi bahasa dapat dianggap sebagai pendorong bagi penggunaan alat-
alat mekanik. Realitinya menunjukkan bahawa seseorang yang telah lama mempelajari dan
menggunakan bahasa pertama, kemahiran yang lebih dulu dan ‘nyaman’ dipelajarinya adalah
mendengar dan bertutur yang diikuti oleh kemahiran membaca dan menulis. Al-Khuli (1982)
menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran berbahasa mestilah berurutan dari mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
       Oleh itu, dari aspek penggunaan alat bantu seperti media, kemahiran ini akan lebih
berkesan dan efektif jika alatan seperti pita rakaman, slide video, persembahan power point
dan lain-lain digunakan. Melalui alat bantu ini, isi pengajaran seperti sebutan huruf, cara
pengucapan kalimah, makhraj huruf dan sebagainya dapat disampaikan dengan pelbagai
variasi. Menurut Heinch, Molenda, Russel (1996) jenis alat bantu yang digunakan dalam
pembelajaran kemahiran mendengar iaitu media projek seperti projector slide, OHP
(Overhead Projector), media audio, media gerak, media komputer, komputer multimedia,
hipermedia, media jarak jauh dan media elektronik seperti pita rakaman, television, video
tape, makmal bahasa dan sebagainya (Chaedar 2011).


                                        PENUTUP
Kemahiran mendengar merupakan suatu proses yang aktif merangkumi proses mendegar
dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Malah mendengar
secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua
pancaindera terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Justeru itu,
mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman
dan pemprosesan maklumat yang didengar. Oleh yang demikian, dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing, kemahiran mendengar ini amat penting.
Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul
dan jelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, aspek alat bantu
seperti media merupakan suatu alat bantu yang sangat penting.


                                       RUJUKAN

A Chaedar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung: PT
      Remaja Rosdakarya.

                                            80
al-Khuli, Muhammad cAli. 1982. Asalib tadris         al-lughah   al-cArabiyah. Riyad: al-
       Mamlakah al- cArabiyah al-Sacudiyah.

Ibrahim, Abdul Alim. 1978. al-Mawajjih al-fanni li mudarrisi al-lughah al-cArabiyah. Misr:
             Dar al-Macarif.

Kenneth Beare. 2009. The Challenge of Teaching Listening Skills. Diambil pada 10 Mei 2012
      daripada http://esl.about.com/cs/teachlistening/a/a-tlisten.htm.

Nik Mohd Rahimi.2005. Penilaian Kemahiran Mendengar Dalam Kurikulum Bahasa Arab
      Komunikasi. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Bangi UKM.

Nunnan, D. 1999. Second Language: Teaching And Learning. Boston: Heinle & Heinle
      Publishers.

Wan Izzuddin Wan Sulaiman & Wan Hasni Wan Sulaiman. 1991. Strategi Belajar Yang
      Berkesan. Kuala Lumpur: Sabha – DTP Services.

Weiten, W. & Lloyd, M.A. 1994. Psychology Applied To Modern Life. 4th. Edition.
      California: Brooks/Cole Publishing Com.




                                           81

More Related Content

What's hot

4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membacaijam
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebutkuliahpismp09
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganSohib AlQuran
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 

What's hot (20)

4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 

Similar to Kemahiran bahasa arab

Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutharisanua
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Abd Mutalib
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2Mohamad Saad Mohamad Nain
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSssusi
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesiaAmr Ali
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasanuar nani
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audiobalqishusin
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)noviyulianti
 
Makalah b.indo
Makalah b.indoMakalah b.indo
Makalah b.indoMaduresvia
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Teaching Listening.pptx
 Teaching Listening.pptx Teaching Listening.pptx
Teaching Listening.pptxHasnaRamya
 

Similar to Kemahiran bahasa arab (20)

Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
 
Bmp mendengar tutur
Bmp mendengar tuturBmp mendengar tutur
Bmp mendengar tutur
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Pertemuan 3
Pertemuan 3Pertemuan 3
Pertemuan 3
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audio
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)
 
Makalah b.indo
Makalah b.indoMakalah b.indo
Makalah b.indo
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Meningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicaraMeningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicara
 
Teaching Listening.pptx
 Teaching Listening.pptx Teaching Listening.pptx
Teaching Listening.pptx
 
Essay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa IndonesiaEssay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa Indonesia
 
PELAJARAN
PELAJARANPELAJARAN
PELAJARAN
 

More from Hazizah Samat

More from Hazizah Samat (6)

Frame kosong
Frame kosongFrame kosong
Frame kosong
 
Butir diri guru
Butir diri guruButir diri guru
Butir diri guru
 
Rama rama
Rama ramaRama rama
Rama rama
 
Doc1
Doc1Doc1
Doc1
 
Surat panggilan msyrt bi
Surat panggilan msyrt biSurat panggilan msyrt bi
Surat panggilan msyrt bi
 
Psv6
Psv6Psv6
Psv6
 

Kemahiran bahasa arab

  • 1. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) • disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-967- 5478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA Ibtisam bt Abdullah Zamri bin Ahmad Ibzam_91@yahoo.com.my Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM Abstrak: Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar asas dalam proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa kedua memerlukan usaha, tenaga dan masa yang jitu dari guru dan pelajar. Kebanyakan pelajar yang mempelajari kemahiran mendengar menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dijalankan terutamanya dalam bahasa Arab. Proses pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang melibatkan banyak unsur. Maka, komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Kemahiran mendengar tedapat dua jenis iaitu mendengar secara intensif dan mendengar secara eksentif. Justeru itu, dlam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar alat bantu pengajaran seperti media sangat penting. Malah dari aspek penggunaan alat bantu seperti media, kemahiran ini akan lebih berkesan dan efektif apabila digunakan. PENDAHULUAN Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Menurut Nik Rahimi (2005) kemahiran mendengar adalah salah satu daripada komponen pembelajaran bahasa bersama dengan kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Walaupun begitu, dalam konteks pengajaran, kemahiran mendengar tidak begitu diberi penekanan hingga menyebabkan pelajar-pelajar tidak menyedari kepentingan kemahiran mendengar kepada mereka. Implikasinya, pelajar-pelajar tidak begitu berkeyakinan untuk berinteraksi 75
  • 2. dalam bahasa Arab sesama mereka, mahupun dengan guru mereka. Sesuatu komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu proses penghasilan dan penerimaan mesej. Menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar. LATAR BELAKANG KEMAHIRAN MENDENGAR Pembelajaran bahasa Asing adalah untuk pengembangan kemampuan pelajar dalam menggunakan bahasa itu baik lisan mahupun menulis. Kemampuan menggunakan bahasa dalam dunia pengajaran bahasa disebut kemahiran berbahas (maharat al-lughah). Kemahiran tersebut terbahagi kepada empat kemahiran iaitu mendengar (maharat al-istima’ / listening skill), bertutur (maharat al-muhadathah / speaking skill), membaca (maharat al- qiraah/reading skill) dan menulis (maharat al-kitabah / writting skill). Kemahiran mendengar dan membaca dikategorikan ke dalam kemahiran reseptif (al-maharat al-istiqbaliyyah / receptive skills) sementra kemahiran bertutur dan menulis dikategorikan ke dalam kemahiran produktif (al-maharat al-intajiyyah/productive skills) (Chaedar 2011) . Sebagaimana yang diketahui bahawa kemahiran mendengar adalah melihat kemampuan seseorang dalam memahami kata atau kalimat yang diujarkan oleh mitra bicara atau media tertentu. Kemampuan ini sebenarnya dpat dicapai dengan latihan yang terus menerus untuk mendengarkan perbezaan-perbezaan bunyi unsur-unsur kata (fonem) dengan unsur-unsur lainnya menurut makhraj huruf yang betul baik langsung dari penutur aslinya mahupun melalui rakaman (Chaedar 2011). Kenneth Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar merupakan salah satu tugas yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini adalah kerana kemahiran mendengar yang berjaya adalah memerlukan masa dan penumpuan serta latihan yang banyak. Ini agak mengecewakan para pelajar kerana mempelajari kemahiran mendengar tidak sama dengan mempelajari tatabahasa. Berbeza dengan kemahiran bertutur dan menulis yang mempunyai latihan tertentu boleh membantu meningkatkan kemahiran. Namun demikian, terdapat cara atau teknik untuk meningkatkan kemahiran mendengar walaupun terdapat kesukaran. Oleh itu, teknik pengajaran kemahiran mendengar yang berkesan adalah yang meliputi pelbagai aktiviti yang interaktif dari sumber multimedia. Ia bermula dengan mendengar teks yang mudah, pelbagai aktiviti menarik yang mana penumpuan lebih utama kepada proses pembelajaran dari hasil produk. 76
  • 3. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan jelas. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan pertuturan yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini lazimnya melalui suara guru di dalam kelas. Justeru, kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa kedua memerlukan usaha, tenaga dan masa yang jitu dari guru dan pelajar. Penyelidikan tentang proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar sudah banyak dijalankan dan pelbagai teknik juga telah dibincangkan. Kebanyakan pelajar yang mempelajari kemahiran mendengar menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dijalankan terutamanya dalam bahasa Arab. Wan Izzuddin dan Wan Hasni (1991) memberikan pandangan bahawa ramai pelajar tidak mempunyai kemahiran mendengar yang baik disebabkan mreka tidak memberikan daya tumpuan yang jitu terhadap guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Kadang-kadang pelajar gagal memberikan perhatian kepada guru mereka menjalankan aktiviti lain semasa mendengar seperti menulis, mencatat nota dan ada pula yang cuba membaca buku. Sementara Weiten dan Lloyd (1994) pula menyatakan bahawa latihan kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi perhatian dlam latihan komunikasi, sedangkan seseorang itu menggunakan asa yang jauh lebih banyak untuk mendengar berbanding bertutur. Sementara itu, dalam pengajaran bahasa kedua, Nunan (1999) juga 77
  • 4. mendapati kemahiran mendengar diabaikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua di mana ia lebih banyak tertumpu kepada penguasaan kemahiran bertutur. PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR Pada dasarnya komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Dalam proses mendengar, pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bebas yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat iaitu empat peringkat (Chaedar 2011) : 1. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. 2. Memahami bunyi bahasa tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. 3. Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi, dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. 4. Bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR Terdapat dua bahagian jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara intensif dan mendengar secara ekstensif. Kemahiran mendengar secara intensif dalah kemahiran mendengar yang dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar 78
  • 5. bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam pelbagai cara seperti berikut (Chaedar 2011): 1. Mendengar arahan. Para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. 2. Menjawab soalan kefahaman. Para pelajar mendengar soalan yang dikemukan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. 3. Mendengar untuk mendapatkan maklumat. Dalam latihan ini para pelajar menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. 4. Membuat ringkasan. Para pelajar mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang telah didengari. 5. Menyelesaikan masalah. Para pelajar mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Sementara mendengar secara eksentif pula merupakan latihan yang dijalankan setelah para pelajar dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan ini juga menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logik. Para pelajar boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Latihan ini juga membantu para pelajar boleh memberikan pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik. PENGGUNAAN ALAT BANTU Proses pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang melibatkan banyak unsur. Ahmad Salim (1987) menjelaskan bahawa proses pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang melibatkan empat unsur iaitu komunikator adalah guru, komunikan adalah pelajar, pesan adalah bahan yang diberiikan dan media adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan pesan itu. Penggunaan alat bantu dalam pengajaran bahasa bertitik tolak dari teori yang mengatakan bahawa merangkumi banyaknya ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dimiiki oleh seseorang. Abd al-Alim (1978) menjelaskan bahawa alat bantu pengajaran seperti media sangat penting kerana dapat membangkitkan rasa senang dan gembira para pelajar dan memperbaharui semangat mereka, menimbulkan rasa suka hati mereka, dan dapat memantapkan pengetahuan. 79
  • 6. Menurut Chaedar (2011) pengertian bahasa sebagai alat komunikasi yang menggunakan bunyi-bunyi bahasa dapat dianggap sebagai pendorong bagi penggunaan alat- alat mekanik. Realitinya menunjukkan bahawa seseorang yang telah lama mempelajari dan menggunakan bahasa pertama, kemahiran yang lebih dulu dan ‘nyaman’ dipelajarinya adalah mendengar dan bertutur yang diikuti oleh kemahiran membaca dan menulis. Al-Khuli (1982) menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran berbahasa mestilah berurutan dari mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, dari aspek penggunaan alat bantu seperti media, kemahiran ini akan lebih berkesan dan efektif jika alatan seperti pita rakaman, slide video, persembahan power point dan lain-lain digunakan. Melalui alat bantu ini, isi pengajaran seperti sebutan huruf, cara pengucapan kalimah, makhraj huruf dan sebagainya dapat disampaikan dengan pelbagai variasi. Menurut Heinch, Molenda, Russel (1996) jenis alat bantu yang digunakan dalam pembelajaran kemahiran mendengar iaitu media projek seperti projector slide, OHP (Overhead Projector), media audio, media gerak, media komputer, komputer multimedia, hipermedia, media jarak jauh dan media elektronik seperti pita rakaman, television, video tape, makmal bahasa dan sebagainya (Chaedar 2011). PENUTUP Kemahiran mendengar merupakan suatu proses yang aktif merangkumi proses mendegar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Malah mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Justeru itu, mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Oleh yang demikian, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan jelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, aspek alat bantu seperti media merupakan suatu alat bantu yang sangat penting. RUJUKAN A Chaedar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung: PT Remaja Rosdakarya. 80
  • 7. al-Khuli, Muhammad cAli. 1982. Asalib tadris al-lughah al-cArabiyah. Riyad: al- Mamlakah al- cArabiyah al-Sacudiyah. Ibrahim, Abdul Alim. 1978. al-Mawajjih al-fanni li mudarrisi al-lughah al-cArabiyah. Misr: Dar al-Macarif. Kenneth Beare. 2009. The Challenge of Teaching Listening Skills. Diambil pada 10 Mei 2012 daripada http://esl.about.com/cs/teachlistening/a/a-tlisten.htm. Nik Mohd Rahimi.2005. Penilaian Kemahiran Mendengar Dalam Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Bangi UKM. Nunnan, D. 1999. Second Language: Teaching And Learning. Boston: Heinle & Heinle Publishers. Wan Izzuddin Wan Sulaiman & Wan Hasni Wan Sulaiman. 1991. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kuala Lumpur: Sabha – DTP Services. Weiten, W. & Lloyd, M.A. 1994. Psychology Applied To Modern Life. 4th. Edition. California: Brooks/Cole Publishing Com. 81