SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
TAJUK 4 KEMAHIRAN KEFAHAMAN
Sipnosis
Tajuk ini membincangkan konsep kemahiran kefahaman dan tahap-tahap kefahaman
dalam pengajaran Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan. Selain itu, bahagian ini juga
akan membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran kefahaman di
samping integrasi terapi yang bersesuaian dalam kemahiran kefahaman pendidikan
pemulihan.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
1. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mengaitkan sebab-sebab dan akibat
berkaitan dengan tahap kefahaman murid dalam bahan bacaan.
2. Menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran kefahaman.
3. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan
inovatif.
Kerangka tajuk
KEMAHIRAN
KEFAHAMAN
Definisi Tahap-Tahap Strategi Integrasi
Kefahaman Pengajaran Dan Terapi
Pembelajaran
1
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
4.0 Kemahiran Kefahaman
4.1 Definisi
Kefahaman merupakan proses membina, mentafsir, dan menilai sesuatu perkara apa-apa
sahaja yang dibaca. Lamberg dan Lamb (1980) menjelaskan kefahaman sebagai keupayaan
seseorang dalam menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain,
menginterpretasi idea, kesan dan akibat.
Apabila seseorang membaca, dia perlu memahami kandungan bahan yang dibaca sesuai
mengikut tahap kematangan pemikirannya sama ada untuk mendapatkan maklumat,
pengetahuan atau sekadar untuk hiburan. Kefahaman tentang kandungan bahan bacaan pula
akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat dihubungkaitkan dengan pengalaman sedia
adanya. Dengan cara ini seseorang itu mudah untuk membuat andaian, telahan, penaakulan dan
kesimpulan. Dalam konteks ini, kefahaman dapat dimengertikan sebagai keupayaan seseorang
membuat penghuraian atau meninterpretasi idea dan makna terhadap bahan bacaan yang
dibaca.
Kemahiran kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses
kognitif merupakan asas terpenting dalam bacaan dan kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak
menterjemah lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan intonasi yang betul tetapi
masih agal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau
kesimpulan maka kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya
kefahaman dalam bacaan.
Proses-proses kognitif yang terlibat dalam konteks kefahaman ialah:
i. keupayaan membuat perkaitan.
ii. mengetahui perkaitan atau perhubungan
iii. pemindahan pembelajaran
iv. membuat telahan
v. menilai dan menghayati
4.2 Tahap-Tahap Kefahaman
4.2.1 Memahami Maksud Perkataan Dan Ayat
Tahap kefahaman merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal dan menjadi
sebahagian daripada proses kognitif selain daripada bacaan. Proses kognitif yang paling rendah
dan asas ialah mengingat kembali dan kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan yang
2
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
berterusan. Bagi murid-murid kelas pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya
ingatan yang kurang baik, latihan ingatan pendenaran dan ingatan penglihatan mestilah diberikan
penekanan yang lebih oleh guru-guru.
Jumlah perkataan yang hendak disediakan pada tahap ini juga hendaklah dihadkan
kepada jumlah yang kecil untuk satu-satu masa. Soalan-soalan yang dikemukakan juga haruslah
disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan untuk soalan-soalan itu mestilah boleh
didapati terus daripada teks bacaan berkenaan.
4.2.2 Membuat Urutan Idea
Tahap kefahaman pada peringkat ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman
inferens. pada tahap ini murid perlu menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan,
penaakulan, dan membuat telahan. Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan
operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan
yang dibaca.
Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara
abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid denan bahan-bahan latihan
kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan.
Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang
berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi
berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca. Tujuan petunjuk-petunjuk
tersebut adalah untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah jawapan yang betul.
4.2.3 Hubungan Sebab Dan Akibat
Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Tahap
kefahaman ini memerlukan murid-murid membuat hubungan sebab dan akibat di samping
mampu membuat kritikan berdasarkan pemikiran bercapah. Kefahaman pada peringkat ini juga
perlu dilatih dan dikembangkan secara lisan terlebih dahulu. Murid-murid memerlukan bimbingan
dalam menentukan perkara-perkara yan mereka baca sama ada benar atau sebaliknya. Murid-
murid juga perlu dibimbing untuk membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta
membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat.
Oleh sebab keupayaanproses kognitif yang terhad, murid-muridpemulihan mungkin
menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini. Walau bagaimanapun guru-guru
3
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan mereka dengan
soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang dibaca oleh mereka.
4.3 Membuat Andaian / Tafsiran
Tahap kefahaman membuat tafsiran atau andaian boleh dikatakan sebagai sebahagian
daripada tahap kefahaman kreatif dan merupakan tahap kefahaman tertinggi. Tahap kefahaman
ini adalah hasil daripada tahap kefahaman murid-murid terhadap tahap-tahap kefahaman
sebelumnya.
Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu untuk menghayati
bahan-bahan yang dibacanya. Mereka jua mampu utnuk membuat hubungkait antara sebab
dengan akibat sesuatu perkara daripada bahan-bahan yang dibacanya. Mereka juga mampu
membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah serta membuat andaian dan tafsiran sehingga
mampu membina satu situasi baharu berdasarkan andaian dan tafsiran tersebut. Justifikasi
kepada kefahaman pada peringkat ini dapat dilihat menerusi tindak balas emosi mereka terhadap
bahan yang dibaca seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya.
Tahap kreativiti seseorang itu juga turut terserlah apabila mereka telah mencapai tahap
kefahaman ini menerusi penhasilan bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang
lain pula. Dengan lain perkataan seseorang yan telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini
dapat berindak balas dengan menunujukkan emosinya dan mampu mengunakan pemerolehan
daripada bacaannya untuk menghasilkan daya kreativitinya.
4.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kefahaman
4.4.1 Pemetaan Semantik
Proses pemahaman yang berlaku dalam proses pembelajaran berlaku secara visual dan
non-visual. Bahagian paling penting dari informasi non-visual yan cukup berperanan dalam proses
pemahaman ialah skemata. Menurut prinsip teori skemata, proses pemahaman dimainkan oleh
skemata-skemata yang dimiliki oleh seseorang pembaca serta tahap kedalaman pemahamannya
terhadap sesuatu perkara. Hal ini turut dipengaruhi oleh latar belakang seseorang. Pengaktifan
skemata ini dapat dilakukan menerusi pemetaan semantik.
Antara rasional penggunaan pemetaan semantik ini ialah dapat disesuaikan serta
mempunyai perkaitan dengan bentuk saraf otak manusia. Selain itu kaedah ini juga digunakan
bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif yang boleh diinovasikan mengikut kesesuaian
4
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
semasa seperti aktiviti yang dijalankan, keupayaan kognitif pelajar dan tahap kesediaan belajar
mereka. Suatu perkara yang turut perlu diberikan perhatian ialah pemetaan yang dihasilkan perlu
mengikut kefahman pembuatnya sendiri kerana pemetaan tersebut dibuat berdasarkan
kefahaman, cara mengingat serta pengolahan yang amat tersendiri seta bersifat individu.
Antara kegunaan pemetaan skematik ialah:
i. mengambil catatan nota
ii. simpanan nota ringkas
iii. mengembangkan sesuatu idea/isi
iv. menyelesaikan sesuatu masalah
v. memudahkan proses mengingat
vi. mencatat nota dengan mudah.
vii. merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan
sebagainya.
viii. menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa
belajar
Rajah 4.1 : Pemetaan Semantik German
5
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Rajah 4.2 : Pemetaan Semantik Perancis
Antara bentuk pemetaan semantik ialah:
i. pengkelasan
ii. rantai urutan
iii. kitaran
iv. kitaran berpusat
v. tangga hiraki
vi. pohon fikiran
4.4.2 Carta Organisasi
Carta organisasi merupakan suatu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan,
kedudukan tempat atau posisi seseorang dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidan kuasa,
tugas dan tanggungjawabnya. Antara fungsi carta ini ialah memaparkan cara sesebuah orhanisasi
ditadbir mengikut struktur operasi organisasi berkenaan. Selain itu carta tersebut turut berfungsi
menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab setiap anggota organisasi berkenaan. Dalam
hal ini setiap anggota organisasi hendaklah diberikan peranan yang khusus agar berlaku
pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menjejaskan kelancaran perjalanan organisasi
berkenaan. Bentuk struktur antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain berbeza-beza
6
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
mengikut saiz dan tujuan penubuhan sesuatu organisasi itu. Hal ini kadang kala menyebabkannya
sukar untuk difahami. Dalam hal ini carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau
susunan pengorganisasian dalam sesuatu organisasi.
Dalam carta organisasi di tunjukkan fungsi-fungsi jabatan, unit-unit atau individu dan
bagaimana mereka berkaitan antara satu sama lain. Unit-unit yang berasingan ditunjukkan
ditunjukkan dalam kotak-kotak yang berasingan. Seterusnya kotak-kotak ini dihubungkan antara
satu sama lain menggunakan garisan terus. Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah
dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi. Secara umumnya, carta organisasi
dapat menunjukkan aspek-aspek pengurusan berikut:
i. pembahagian tugasan dan tanggungjawab.
ii. jenis tanggungjawab yang dijalankan.
iii. huungan antara ketua dengan pekerja.
iv. pengumpulan bahagian-bahagian kerja.
v. tingkat pengurusan.
4.4.3 Carta Aliran
Carta aliran merupakan alatan logik popular yan menunjukkan secara grafik jujukan
operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Carta
aliran juga boleh dikatakan sebagai carta alir yang menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik.
Selain itu carta ini juga boleh dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambar rajah ke
atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti atau prosedur. Carta alir
lazimnya dibentuk pada peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak
diselesaikan. Carta ini sangat efisien untuk memahami dan mengenal pasti logik masalah yang
hendak diselesaikan. Apabila carta alir ini telah dibina, maka mudahlah untuk menulis atur cara
komputer dalam apa juga bahasa.
Seterusnya, carta aliran juga merupakan gambaran secara grafik atau gambar rajah ke
atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti. Setiap langkah yang diambil
hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat iaitu dengan menunjukkkan secara jelas
dan ringkas peringkat permulaan hinggalah ke peringkat penamat. Antara manfaat yang diperoleh
dengan adanya carta aliran ialah;
7
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
i. memberikan kefahaman kepada kakitangan atau subordinat mengebnai tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
ii. menunjukkan di mana timbulnya masalah kelewatan, kerja berulang-ulang, dan
pertindihan kerja.
iii. menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.
Langkah-langkah bagi menyediakan carta aliran adalah seperti berikut:
i. merujuk pada proses kerja aktiviti yang berkenaan.
ii. menyediakan carta aliran kerja secara terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti
tersebut.
iii. menggunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.
4.4.4 Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan
tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea
pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti
borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk
atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu
idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun secara
umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah spesifik untuk
tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan khusus untuk menyelesaikan
masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan membanding beza suatu perkara.
Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya
adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya
dalam mengambil nota kuliah.
4.4.4.1 Contoh-Contoh Pengurusan Grafik
i. PG membanding dan membezakan
ii PG membuat kategori
iii PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan
iv PG menerangkan sebab
v PG membuat ramalan
8
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
vi PG membuat periksa andaian
vii PG membuat keputusan
viii PG menyelesaikan masalah
4.4.4.2 Penggunaan Pengurusan Grafik
PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya
supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan contoh-
contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada
mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar.
Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan. Hal ini
demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran mereka dengan
berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses pemikiran itu
dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini, maka mereka tidak
lagi perlu menggunakannya. Jadi, penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu.
LATIHAN
Dalam kumpulan kecil berdua, dapatkan maklumat berkaitan kaedah-kaedah
terapi dapat diintegrasikan dalam kemahiran kefahaman.
Tutorial
Secara berkumpulan, dapatkan contoh-contoh pemetaan grafik seperti carta
aliran, peta minda, carta organisasi, pengurusan grafik dan sebagainya.
9
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
TAJUK 5 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA
DAN KEFAHAMAN
Sinopsis
Tajuk ini akan menghuraikan konsep pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan,
membaca dan kefahaman dalam Pendidikan Pemulihan. Selanjutnya bahgian ini juga
akan membincankan kepentingan pentaksiran dan penilaian, jenis-jenis penilaian,
instrument penilaian yang digunakan dan pelaksanaan penilaian serta tindakan susulan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan,
membaca dan kefahaman .
ii. mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman
yang koheren tentaang teori dan amalan penilaian dan pentaksiran dalam
pendidikan pemulihan
iii. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan
Inovatif.
iv. Menerangkan dengan jelas kaedah penilaian dilaksanakan terhadap klemahiran
lisan, membaca, dan kefahaman dalam pendidikan pemulihan.
v. Menghuraikan tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh guru-guru terhadap para
pelajar pemulihan selepas mereka menjalani proses penilaian.
10
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Kerangka tajuk
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA
DAN KEFAHAMAN
Jenis-Jenis Pelaksanaan
Penilaian Penilaian
Kepentingan Instrument Tindakan
Pentaksiran Penilaian Susulan
Dan Penilaian
5.0 Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan Kefahaman
Pentaksiran
Tuan Jah dan Faridah (2012) menjelaskan pentaksiran ialah satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.
Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan
hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Penilaian:
Nitko (2004) mentakrifkan penilaian sebagai suatu proses dalam membuat pertimbangan
tentang nilai sesuatu hasil kerja atau prestasi pelajar. Tuan Jah dan Faridah (2012) menyatakan
bahawa perilaian ialah satu proses atau aktiviti yang sistematik bagi memperoleh maklumat yang
berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.
11
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Rajah 5.1 : Konsep Penilaian, Pentaksiran dan Pengujian
5.1 Kepentingan Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan
Kefahaman
Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru-guru untuk melaksanakan proses pentaksiran
dan penilaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran kemahiran membaca. Kebanyakan
pendekatan yang dipilih adalah adalah bergantung kepada latar belakang dan orientasi murid
terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan.
Antara pendekatan yang lazimnya digunakan oleh guru-guru adalah seperti orientasi dalam
kemahiran bacaan, bacaan berpandukan arahan dan sebagainya. Bagi kemahiran bacaan,
pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan
membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi
beberapa komponen yang perlu dimahirkan dan dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi,
sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan
perkataan penyebutan serta pemahaman terhadap bahan yang dibaca oleh murid-murid. Ujian ini
perlu dijalankan secara individu di tempat kebiasaan murid.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan. Antaranya
adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah apabila dua
12
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan
semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak
dapat membuat hubung kait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka
terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca. Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan,
terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut
perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan
memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur
murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis
ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran
yang melibatkan aspek bacaan, penulisan dan berbahasa.
Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob,
analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai
semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga
penilaian kendiri. Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan
melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran
membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf, suku kata, perkataan, ayat dan teks.
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama
bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam menyebut huruf yang
hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut
bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi
kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut
perkataan yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti
bala menja laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan
orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti
A-a.
Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca.
Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada semakin susah.
Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan.
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah
seperti ”insertion”, substitution” , ”inversion” , ”omission” dan banyak lagi.
Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan yang
dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal, kefahaman inferens dan
kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang diuji selepas murid
membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman
13
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
inferens pula memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian,
pandangan atau penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca.
Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan
diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk
literal atau inferens.
5.2 Jenis Penilaian
- ujian sumatif
- ujian formatif
- ujian kefasihan
- ujian pencapaian
- ujian kemajuan
- ujian bakat
5.2.1 Ujian Sumatif
Ujian ini merujuk kepada bentuk ujian yang bahan atau alat ujiannya dibina oleh guru bagi
menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajarkan dalam suatu
tempoh masa yang panjang seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Aspek-
aspek yang diuji juga luas dan menyeluruh seperti meliputi aspek tatabahasa, lisan, bacaan dan
sebagainya.
5.2.2 Ujian Formatif
Ujian formatif merujuk kepada bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru untuk sesuatu
bab atau bahagian yang telah diajarkan sahaja. Hal ini bermaksud ujian ini dijalankan selepas
sesuatu tempoh pembelajaran yang pendek dan skop yang hendak diuji juga lebih terhad dan
tidak meluas. Biasanya ujian ini bertujuan menguji sub kemahiran bahasa tertentu pelajar sama
ada mereka telah menguasainya atau belum.
.
5.2.3 Ujian Kefasihan
Untuk memastikan sama ada seseorang pelajar telah dapat menguasai sesuatu kemahiran
bahasa atau belum maka ujian kefasihan perlu dijalankan terhadap mereka. Dalam ujian
14
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
kefasihan ini kebolehan umum seseorang murid terhadap bahasa yan dipelajarinya akan dinilai.
Hasil ujian ini lazimnya akan dijadikan justifikasi kepada penetapan kumpulan murid dalam
kelompok tertentu oleh guru.
5.2.4 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian dijalankan untuk menguji sejauh manakah murid-murid telah menguasai
kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Antara kepentingan
ujian ini adalah dapat membantu guru menlihat tahap kesediaan murid terhadap sesuatu
kemahiran sebelum guru boleh mengajarkan kemahiran bahasa yang seterusnya. Secara tidak
langsung guru juga akan dapat menenalpasti aspek kelemahan pelajar yang perlu dibantu.
5.2.5 Ujian Kemajuan
Ujian kemajuan ialah ujian yang bertujuan melihat progres kemajuan murid dari semasa ke
semasa. Tujuannya adalah untuk mengukur keupayaan atau kecekapan mereka melakukan
sesuatu tugas. Ujian ini boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu menerusi kompetensi diri murid
dalam melakukan sesuatu tugas yang boleh dilakukan oleh uru menerusi pemerhatian sewaktu
mereka sedang melaksanakan sesuatu tugasan. Seterusnya melalui laporan kendiri yang
dilakukan dengan pelajar menjawab soal selidik tertentu yang dapat menilai prestasinya dirinya.
5.2.6 Ujian Bakat
Ujian bakat dilakukan bagi mengenal pasti bakat seseorang murid dalam menguasai
sesuatu bahasa asing. Menerusi ujian bakat ini murid-murid akan menjalani pelbagai aktiviti
seperti meniru gaya penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa,
menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya.
5.3 Instrumen
Instrumen merupakan material atau alat yang diunakan oleh guru-guru untuk menjalankan
penilaian dan pentaksiran. Dengan menggunakan instrumen tertentu, guru-guru dapat mengumpul
data dan maklumat tentang pencapaian seseorang murid. Seterusnya data dan maklumat yang
terkumpul akan digunakan untuk membuat keputusan-keputusan tertentu berkaitan proses
pengajaran dan pembelajaran selain mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid.
15
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Sumber-sumber yan diperlukan untuk mengumpul maklumat termasuklah:
1. rekod dan laporan berkaitan
2. sampel kerja.
3. Pengujian
4. Pentaksiran folio
5. Pemerhatian
6. Senarai semak
7. Skala pengkadaran
8. Temu bual
5.4 Pelaksanaan Penilaian
5.4.1 Rekod dan Laporan
Rekod dan laporan yang boleh digunakan berkenaan pencapaian seseorang murid
termasuklah rekod latar belakang keluarga, rekod kesihatan, prestasi akademik terdahulu dan
minat murid. Bagi memperoleh data tentang pencapaian pelajaran seseorang murid, guru
pemulihan boleh mendapatkan catatan pelbagai pentaksiran yang pernah dilalui sebelumnya.
Selain rekod-rekod akademik, rekod-rekod peribadi pelajar juga perlu diambil kira kerana data-
data yang terkandung turut menjadi penentu kepada bentuk perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disediakan oleh guru.
5.4.2 Sampel kerja
Sampel kerja ialah sesuatu hasilan kerja yang dibuat oleh pelajar berdasarkan mata
pelajaran yang dipelajarinya. Sampel kerja yang terhasil akan dianalisis oleh guru. Dari analisis
yang dijalankan guru-guru pemulihan akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan yang
ada pada murid. Penilaian yang dilakukan adalah terhadap analisis ralat dan kualiti kerja yang
kedua-duanya bertujuan menilai kekurangan dan kelemahan pelajar.
5.4.3 Pengujian
Jenis-jenis pengujian yang dijalankan untuk mentaksir dan menilai ialah ujian rujukan
norma, ujian rujukan kriteria, intervensi tidak formal, kuiz, penyiasatan, dan analisis tugasan.
16
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
5.4.4 Penilaian Melalui Portfolio
Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Kaedah ini dikatakan kurang
objektif, analitik, dan kuantitatif iaitu lebih bersifat subjektif kualitatif dan holistik.
5.4.4.1 Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan
penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secarakritis dan
kreatif.
3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan
daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
5.4.4.2 Jenis Portfolio
i. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu
yang diberikan.
ii. Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
iii. Portfolio dokumen.
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa
tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
5.4.4.3 Penilaian Portfolio
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
17
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai
melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat
mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria
yang telah dipersetujui bersama.
5.4.4.4 Kepentingan Portfolio
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru
untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan
pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan
menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota
anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan
melalui pemerhatian tingkah laku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif,
kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
5.4.4.5 Perancangan Portfolio
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan,
kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
5.4.4.6 Penilaian Bagi Portfolio
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran
perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga
18
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
tugasan tersebut selesai.
5.4.4.7 Merekod Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan
menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan
skala - senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.
5.4.4.8 Kriteria penilaian
1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah
bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti
lain setiap nota anekdot serta refleksi pelajar.
7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
5.4.5 Penilaian Melalui Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan
ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang-orang lain
yang berkenaan di sekelilingnya.
5.4.5.1. Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
19
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
5.4.5.2. Bentuk perancangan
- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang
dijalankan daripada pemerhatian.
5.4.5.3. Merekod penilaian pemerhatian
Sewaktu merekod penilaian melalui pemerhatian, proses penilaian harus menggambarkan
perubahan tingkah laku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian
cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
- Menjalankan tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai
dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan
dicapai.
5.4.5.4. Jenis Pemerhatian
- Dua jenis pemerhatian iaitu sistematik dan tidak sistematik.
- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai
20
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.
5.4.5.5. Strategi pelaksanaan
- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
5.4.5.6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
- Mengesan hasil pembelajaran dengan serta merta dalam sesuatu proses pengajaran
harian tanpa menggunakan sebarang instrumen khusus.
- Mengesan kekuatan dan kelamahan murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran
sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
- Mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran atau pada akhir program yang
dijalankan secara individu.
- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.
5.4.6 Senarai Semak
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah
untuk menentukan sama ada :
- sesuatu tingkahlaku/ciri-ciri yang dapat diperhatikan
- sesuatu perlakuan telah dilakukan
- kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan
21
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa menjalankan penilaian berdasarkan senarai
semak ialah:
- Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.
- Tingkah laku bahasa yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
- Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi
- Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
- Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkahlaku yang ingin diperhatikan
- Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid
- Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang
lebih tepat / tekal
- Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau
kelas
5.4.7 Skala Pengkadaran
Skala pengkadaran grafik merupakan kaedah penilaian prestasi paling popular dan telah
lama digunakan. Di samping itu kaedah ini menyediakan kaedah kuantitatif dan mempunyai
kemungkinan untuk membuat perbandingan antara prestasi individu dengan individu lain. Skala
pengkadaran grafik mempunyai satu set faktor yang mempengaruhi prestasi yang dipadankan
dengan sikap peribadi seperti nilai-nilai yang diamalkan. Melalui kaedah ini guru akan
menentukan titik (point) perkadaran di atas skala yang biasanya mengandungi lima titik. Sebagai
contoh jika prestasinya dinilai sebagai sangat teruk pelajar berkenaan akan diberikan point 1 dan
point 5 jika prestasinya dinilai sebagai sangat baik.
Leap dan Crino (1993) mengenal pasti terdapat dua jenis skala pengkadaran iaitu pertama
pengkadaran berterusan yang membenarkan penilai untuk membuat mana-mana titik di atas
22
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
garisan skala. Jenis skala pengkadaran kedua ialah pengkadaran terputus-putus yang
mengehadkan penilaian kepada nombor di atas skala sahaja. Skala pengkadaran digunakan
dalam proses pentaksiran dan penilaian dengan cara guru menentukan tahap pencapaian pelajar
menggunakan skala tertentu seperti gred A,B.C. atau nombor.
5.4.8 Temu Bual
Temu bual merupakan antara kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan (Tuan Jah dan Faridah, 2012). Kaedah ini sering digunakan kerana
berupaya mewujudkan interaksi langsung antara guru dengan murid secara berkesan.
Pelaksanaan kaedah ini dilakukan dengan guru mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran dan
murid-murid dikehendaki memberikan respon yang sewajarnya.
Terdapat dua jenis temu bual iaitu:
- Temu bual terbuka
Menerusi kaedah temu bual jenis ini pengkaji mendapatkan maklumat melalui perbualan
yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu.
- Temu bual tertutup
Menerusi kaedah ini pula pengkaji cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan yan
tertumpu kepada set soalan tertentu.
5.5 Tindakan susulan
Tindakan susulan merupakan tindakan lanjutan yang dilakukan oleh guru-guru
berlandaskan maklumat dan data yang diperoleh hasil analisis ujian dan penilaian yang dilakukan.
Analisis tersebut menjadi justifikasi sama ada seseorang murid itu menghadapi masalah yang
perlu dibantu dengan segera atau sebagainya. Seterusnya hasil yang diperoleh juga menjadi
panduan kepada guru-guru untuk mengubah suai kaedah, pendekatan, perancangan dan
tindakannya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
23
PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Memikir
Cuba anda fikirkan, adakah kaedah pentaksiran dan penilaian yang dijalankan di
sekolah-sekolah kini masih releven untuk terus dilaksanakan? Pendapat anda
hendaklah disokong dengan alasan-alasan yang rasional.
Latihan
Sebagai seorang guru yan berpengalaman, tentu anda sering melakukan aktiviti
pentaksiran dan penilaian terhadap hasil kerja mahupun pencapaian murid-murid
dalam pelbagai bentuk sama ada yang berbentuk kerja kursus atau peperiksaan.
Huraikan dengan jelas sebab-sebab aspek pentaksiran dan penilaian perlu
dijalankan terhadap murid-murid sekolah.
24

More Related Content

What's hot

Artikel PTK.pdf
Artikel PTK.pdfArtikel PTK.pdf
Artikel PTK.pdfjayaitnay
 
Artikel cara berfikir kreatif
Artikel cara berfikir kreatifArtikel cara berfikir kreatif
Artikel cara berfikir kreatifaghery
 
Kemampuan representatif matematis
Kemampuan representatif matematisKemampuan representatif matematis
Kemampuan representatif matematisIbnu Fajar
 
Ptk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smkPtk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smkWahyu Surya
 
Contoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baruContoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baruMarliena An
 
Proposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan KelasProposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan KelasMarliena An
 
Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...
Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...
Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...Titin Agustini
 
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...Titin Agustini
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...Titin Agustini
 
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahLaporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahNailul Hasibuan
 
Anotasi Bibliografi 10 Buku 10 Jurnal
Anotasi Bibliografi 10 Buku 10 JurnalAnotasi Bibliografi 10 Buku 10 Jurnal
Anotasi Bibliografi 10 Buku 10 JurnalDedy Wiranto
 
Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...
Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...
Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...Dedy Wiranto
 
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)Haslina Ina
 
Model pencapaian konsep
Model pencapaian konsepModel pencapaian konsep
Model pencapaian konsepsintaroyani
 

What's hot (20)

Artikel PTK
Artikel PTKArtikel PTK
Artikel PTK
 
Artikel PTK.pdf
Artikel PTK.pdfArtikel PTK.pdf
Artikel PTK.pdf
 
Artikel cara berfikir kreatif
Artikel cara berfikir kreatifArtikel cara berfikir kreatif
Artikel cara berfikir kreatif
 
Kemampuan representatif matematis
Kemampuan representatif matematisKemampuan representatif matematis
Kemampuan representatif matematis
 
Ptk proposal ing1
Ptk proposal ing1Ptk proposal ing1
Ptk proposal ing1
 
Ptk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smkPtk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smk
 
Jurnal ptk
Jurnal ptkJurnal ptk
Jurnal ptk
 
Contoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baruContoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baru
 
Proposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan KelasProposal Penelitian Tindakan Kelas
Proposal Penelitian Tindakan Kelas
 
Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...
Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...
Metode Peta Pikiran (Mind Mapping) dalam Pembelajaran Menulis Narasi Bahasa I...
 
tugas
tugas tugas
tugas
 
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
Upaya Meningkatkan Kemampuan Peserta Didik Menulis Teks Report Mata Pelajaran...
 
147
147147
147
 
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahLaporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
 
Anotasi Bibliografi 10 Buku 10 Jurnal
Anotasi Bibliografi 10 Buku 10 JurnalAnotasi Bibliografi 10 Buku 10 Jurnal
Anotasi Bibliografi 10 Buku 10 Jurnal
 
Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...
Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...
Makalah Asumsi Dasar Dan Definisi Desain Instruksional Dan Pemahaman Aplikati...
 
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
D20102046009(bab 2 tinjauan literature)
 
Model pencapaian konsep
Model pencapaian konsepModel pencapaian konsep
Model pencapaian konsep
 

Similar to Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4

Ranah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan PsikomotorRanah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan PsikomotorSyaifOer
 
ASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptxASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptximam6shofwan
 
Teori mengajar
Teori mengajarTeori mengajar
Teori mengajaragustaws
 
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Kong BeeLing
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Pembelajaran dan asesmen.pptx
Pembelajaran dan asesmen.pptxPembelajaran dan asesmen.pptx
Pembelajaran dan asesmen.pptxRahmaYuni10
 
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdfJurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdfWawanKurniawan976950
 
Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif Ayu Varadita
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggimuhammad
 
Imam Susanto (Taksonomi Bloom)
Imam Susanto (Taksonomi Bloom)Imam Susanto (Taksonomi Bloom)
Imam Susanto (Taksonomi Bloom)Imam Susanto
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...Rasit Masrii
 
Nina marliana
Nina marlianaNina marliana
Nina marliananina
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1nina
 
Presentation1 100323060313 Phpapp01
Presentation1 100323060313 Phpapp01Presentation1 100323060313 Phpapp01
Presentation1 100323060313 Phpapp01HiMa TPM
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1nina
 

Similar to Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4 (20)

Ranah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan PsikomotorRanah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
 
ASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptxASESMEN pembelajran).pptx
ASESMEN pembelajran).pptx
 
Teori mengajar
Teori mengajarTeori mengajar
Teori mengajar
 
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Pembelajaran dan asesmen.pptx
Pembelajaran dan asesmen.pptxPembelajaran dan asesmen.pptx
Pembelajaran dan asesmen.pptx
 
I think
I thinkI think
I think
 
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdfJurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul 2.2-1.pdf
 
Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif Ranah penilaian kognitif
Ranah penilaian kognitif
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
 
Taksonom
TaksonomTaksonom
Taksonom
 
Imam Susanto (Taksonomi Bloom)
Imam Susanto (Taksonomi Bloom)Imam Susanto (Taksonomi Bloom)
Imam Susanto (Taksonomi Bloom)
 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBANTU PROSES PENGAMBILAN ...
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
hots.pdf
hots.pdfhots.pdf
hots.pdf
 
Nina marliana
Nina marlianaNina marliana
Nina marliana
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1 100323060313 Phpapp01
Presentation1 100323060313 Phpapp01Presentation1 100323060313 Phpapp01
Presentation1 100323060313 Phpapp01
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 

More from Mohamad Saad Mohamad Nain

More from Mohamad Saad Mohamad Nain (15)

5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt
 
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdfPOSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
 
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
 
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajukModul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
 
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalanModul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
 
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
 
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandunganModul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
 
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaanModul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
 
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hcModul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
 
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modulModul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4
 
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin AsyrafLesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
 

Recently uploaded

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 

Recently uploaded (20)

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 

Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4

  • 1. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 TAJUK 4 KEMAHIRAN KEFAHAMAN Sipnosis Tajuk ini membincangkan konsep kemahiran kefahaman dan tahap-tahap kefahaman dalam pengajaran Bahasa Melayu Pendidikan Pemulihan. Selain itu, bahagian ini juga akan membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran kefahaman di samping integrasi terapi yang bersesuaian dalam kemahiran kefahaman pendidikan pemulihan. Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam mengaitkan sebab-sebab dan akibat berkaitan dengan tahap kefahaman murid dalam bahan bacaan. 2. Menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran kefahaman. 3. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan inovatif. Kerangka tajuk KEMAHIRAN KEFAHAMAN Definisi Tahap-Tahap Strategi Integrasi Kefahaman Pengajaran Dan Terapi Pembelajaran 1
  • 2. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 4.0 Kemahiran Kefahaman 4.1 Definisi Kefahaman merupakan proses membina, mentafsir, dan menilai sesuatu perkara apa-apa sahaja yang dibaca. Lamberg dan Lamb (1980) menjelaskan kefahaman sebagai keupayaan seseorang dalam menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, kesan dan akibat. Apabila seseorang membaca, dia perlu memahami kandungan bahan yang dibaca sesuai mengikut tahap kematangan pemikirannya sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau sekadar untuk hiburan. Kefahaman tentang kandungan bahan bacaan pula akan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat dihubungkaitkan dengan pengalaman sedia adanya. Dengan cara ini seseorang itu mudah untuk membuat andaian, telahan, penaakulan dan kesimpulan. Dalam konteks ini, kefahaman dapat dimengertikan sebagai keupayaan seseorang membuat penghuraian atau meninterpretasi idea dan makna terhadap bahan bacaan yang dibaca. Kemahiran kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses kognitif merupakan asas terpenting dalam bacaan dan kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak menterjemah lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan intonasi yang betul tetapi masih agal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau kesimpulan maka kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya kefahaman dalam bacaan. Proses-proses kognitif yang terlibat dalam konteks kefahaman ialah: i. keupayaan membuat perkaitan. ii. mengetahui perkaitan atau perhubungan iii. pemindahan pembelajaran iv. membuat telahan v. menilai dan menghayati 4.2 Tahap-Tahap Kefahaman 4.2.1 Memahami Maksud Perkataan Dan Ayat Tahap kefahaman merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal dan menjadi sebahagian daripada proses kognitif selain daripada bacaan. Proses kognitif yang paling rendah dan asas ialah mengingat kembali dan kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan yang 2
  • 3. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 berterusan. Bagi murid-murid kelas pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang kurang baik, latihan ingatan pendenaran dan ingatan penglihatan mestilah diberikan penekanan yang lebih oleh guru-guru. Jumlah perkataan yang hendak disediakan pada tahap ini juga hendaklah dihadkan kepada jumlah yang kecil untuk satu-satu masa. Soalan-soalan yang dikemukakan juga haruslah disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan untuk soalan-soalan itu mestilah boleh didapati terus daripada teks bacaan berkenaan. 4.2.2 Membuat Urutan Idea Tahap kefahaman pada peringkat ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. pada tahap ini murid perlu menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan, penaakulan, dan membuat telahan. Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan yang dibaca. Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid denan bahan-bahan latihan kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan. Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca. Tujuan petunjuk-petunjuk tersebut adalah untuk membantu dan membimbing pelajar ke arah jawapan yang betul. 4.2.3 Hubungan Sebab Dan Akibat Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Tahap kefahaman ini memerlukan murid-murid membuat hubungan sebab dan akibat di samping mampu membuat kritikan berdasarkan pemikiran bercapah. Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan dikembangkan secara lisan terlebih dahulu. Murid-murid memerlukan bimbingan dalam menentukan perkara-perkara yan mereka baca sama ada benar atau sebaliknya. Murid- murid juga perlu dibimbing untuk membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat. Oleh sebab keupayaanproses kognitif yang terhad, murid-muridpemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini. Walau bagaimanapun guru-guru 3
  • 4. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang dibaca oleh mereka. 4.3 Membuat Andaian / Tafsiran Tahap kefahaman membuat tafsiran atau andaian boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada tahap kefahaman kreatif dan merupakan tahap kefahaman tertinggi. Tahap kefahaman ini adalah hasil daripada tahap kefahaman murid-murid terhadap tahap-tahap kefahaman sebelumnya. Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu untuk menghayati bahan-bahan yang dibacanya. Mereka jua mampu utnuk membuat hubungkait antara sebab dengan akibat sesuatu perkara daripada bahan-bahan yang dibacanya. Mereka juga mampu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah serta membuat andaian dan tafsiran sehingga mampu membina satu situasi baharu berdasarkan andaian dan tafsiran tersebut. Justifikasi kepada kefahaman pada peringkat ini dapat dilihat menerusi tindak balas emosi mereka terhadap bahan yang dibaca seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya. Tahap kreativiti seseorang itu juga turut terserlah apabila mereka telah mencapai tahap kefahaman ini menerusi penhasilan bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang lain pula. Dengan lain perkataan seseorang yan telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini dapat berindak balas dengan menunujukkan emosinya dan mampu mengunakan pemerolehan daripada bacaannya untuk menghasilkan daya kreativitinya. 4.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kefahaman 4.4.1 Pemetaan Semantik Proses pemahaman yang berlaku dalam proses pembelajaran berlaku secara visual dan non-visual. Bahagian paling penting dari informasi non-visual yan cukup berperanan dalam proses pemahaman ialah skemata. Menurut prinsip teori skemata, proses pemahaman dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seseorang pembaca serta tahap kedalaman pemahamannya terhadap sesuatu perkara. Hal ini turut dipengaruhi oleh latar belakang seseorang. Pengaktifan skemata ini dapat dilakukan menerusi pemetaan semantik. Antara rasional penggunaan pemetaan semantik ini ialah dapat disesuaikan serta mempunyai perkaitan dengan bentuk saraf otak manusia. Selain itu kaedah ini juga digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif yang boleh diinovasikan mengikut kesesuaian 4
  • 5. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 semasa seperti aktiviti yang dijalankan, keupayaan kognitif pelajar dan tahap kesediaan belajar mereka. Suatu perkara yang turut perlu diberikan perhatian ialah pemetaan yang dihasilkan perlu mengikut kefahman pembuatnya sendiri kerana pemetaan tersebut dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat serta pengolahan yang amat tersendiri seta bersifat individu. Antara kegunaan pemetaan skematik ialah: i. mengambil catatan nota ii. simpanan nota ringkas iii. mengembangkan sesuatu idea/isi iv. menyelesaikan sesuatu masalah v. memudahkan proses mengingat vi. mencatat nota dengan mudah. vii. merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. viii. menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar Rajah 4.1 : Pemetaan Semantik German 5
  • 6. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Rajah 4.2 : Pemetaan Semantik Perancis Antara bentuk pemetaan semantik ialah: i. pengkelasan ii. rantai urutan iii. kitaran iv. kitaran berpusat v. tangga hiraki vi. pohon fikiran 4.4.2 Carta Organisasi Carta organisasi merupakan suatu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidan kuasa, tugas dan tanggungjawabnya. Antara fungsi carta ini ialah memaparkan cara sesebuah orhanisasi ditadbir mengikut struktur operasi organisasi berkenaan. Selain itu carta tersebut turut berfungsi menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab setiap anggota organisasi berkenaan. Dalam hal ini setiap anggota organisasi hendaklah diberikan peranan yang khusus agar berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menjejaskan kelancaran perjalanan organisasi berkenaan. Bentuk struktur antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain berbeza-beza 6
  • 7. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 mengikut saiz dan tujuan penubuhan sesuatu organisasi itu. Hal ini kadang kala menyebabkannya sukar untuk difahami. Dalam hal ini carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesuatu organisasi. Dalam carta organisasi di tunjukkan fungsi-fungsi jabatan, unit-unit atau individu dan bagaimana mereka berkaitan antara satu sama lain. Unit-unit yang berasingan ditunjukkan ditunjukkan dalam kotak-kotak yang berasingan. Seterusnya kotak-kotak ini dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus. Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi. Secara umumnya, carta organisasi dapat menunjukkan aspek-aspek pengurusan berikut: i. pembahagian tugasan dan tanggungjawab. ii. jenis tanggungjawab yang dijalankan. iii. huungan antara ketua dengan pekerja. iv. pengumpulan bahagian-bahagian kerja. v. tingkat pengurusan. 4.4.3 Carta Aliran Carta aliran merupakan alatan logik popular yan menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Carta aliran juga boleh dikatakan sebagai carta alir yang menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik. Selain itu carta ini juga boleh dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambar rajah ke atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti atau prosedur. Carta alir lazimnya dibentuk pada peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak diselesaikan. Carta ini sangat efisien untuk memahami dan mengenal pasti logik masalah yang hendak diselesaikan. Apabila carta alir ini telah dibina, maka mudahlah untuk menulis atur cara komputer dalam apa juga bahasa. Seterusnya, carta aliran juga merupakan gambaran secara grafik atau gambar rajah ke atas tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat iaitu dengan menunjukkkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan hinggalah ke peringkat penamat. Antara manfaat yang diperoleh dengan adanya carta aliran ialah; 7
  • 8. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 i. memberikan kefahaman kepada kakitangan atau subordinat mengebnai tugas dan tanggungjawab masing-masing. ii. menunjukkan di mana timbulnya masalah kelewatan, kerja berulang-ulang, dan pertindihan kerja. iii. menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan. Langkah-langkah bagi menyediakan carta aliran adalah seperti berikut: i. merujuk pada proses kerja aktiviti yang berkenaan. ii. menyediakan carta aliran kerja secara terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut. iii. menggunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan. 4.4.4 Pengurusan Grafik Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Melalui PG ini, sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Walaupun secara umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah spesifik untuk tujuan tertentu seperti PG membanding beza hanya boleh digunakan khusus untuk menyelesaikan masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan membanding beza suatu perkara. Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota kuliah. 4.4.4.1 Contoh-Contoh Pengurusan Grafik i. PG membanding dan membezakan ii PG membuat kategori iii PG meneliti bahagian-bahagian kecil dan keselurahan iv PG menerangkan sebab v PG membuat ramalan 8
  • 9. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 vi PG membuat periksa andaian vii PG membuat keputusan viii PG menyelesaikan masalah 4.4.4.2 Penggunaan Pengurusan Grafik PG digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walau pun PG ini disediakan dengan contoh- contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar. Pelajar hendaklah dilatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan. Hal ini demikian kerana PG bukan sahaja dapat membantu mengurus pemikiran mereka dengan berkesan, malah juga dapat memudahkan mereka memahami sesuatu proses pemikiran itu dengan lebih baik. Mungkin apabila mereka telah mahir menggunakan PG ini, maka mereka tidak lagi perlu menggunakannya. Jadi, penggunaan PG adalah berdasarkan objektif-objektif tertentu. LATIHAN Dalam kumpulan kecil berdua, dapatkan maklumat berkaitan kaedah-kaedah terapi dapat diintegrasikan dalam kemahiran kefahaman. Tutorial Secara berkumpulan, dapatkan contoh-contoh pemetaan grafik seperti carta aliran, peta minda, carta organisasi, pengurusan grafik dan sebagainya. 9
  • 10. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 TAJUK 5 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA DAN KEFAHAMAN Sinopsis Tajuk ini akan menghuraikan konsep pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan, membaca dan kefahaman dalam Pendidikan Pemulihan. Selanjutnya bahgian ini juga akan membincankan kepentingan pentaksiran dan penilaian, jenis-jenis penilaian, instrument penilaian yang digunakan dan pelaksanaan penilaian serta tindakan susulan. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran dan penilaian dalam kemahiran lisan, membaca dan kefahaman . ii. mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperoleh pemahaman yang koheren tentaang teori dan amalan penilaian dan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan iii. Menyusun strategi untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang kritis, kreatif dan Inovatif. iv. Menerangkan dengan jelas kaedah penilaian dilaksanakan terhadap klemahiran lisan, membaca, dan kefahaman dalam pendidikan pemulihan. v. Menghuraikan tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh guru-guru terhadap para pelajar pemulihan selepas mereka menjalani proses penilaian. 10
  • 11. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Kerangka tajuk PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DALAM KEMAHIRAN LISAN, MEMBACA DAN KEFAHAMAN Jenis-Jenis Pelaksanaan Penilaian Penilaian Kepentingan Instrument Tindakan Pentaksiran Penilaian Susulan Dan Penilaian 5.0 Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan Kefahaman Pentaksiran Tuan Jah dan Faridah (2012) menjelaskan pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Penilaian: Nitko (2004) mentakrifkan penilaian sebagai suatu proses dalam membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu hasil kerja atau prestasi pelajar. Tuan Jah dan Faridah (2012) menyatakan bahawa perilaian ialah satu proses atau aktiviti yang sistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. 11
  • 12. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Rajah 5.1 : Konsep Penilaian, Pentaksiran dan Pengujian 5.1 Kepentingan Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Kemahiran Lisan, Membaca Dan Kefahaman Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru-guru untuk melaksanakan proses pentaksiran dan penilaian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran kemahiran membaca. Kebanyakan pendekatan yang dipilih adalah adalah bergantung kepada latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara pendekatan yang lazimnya digunakan oleh guru-guru adalah seperti orientasi dalam kemahiran bacaan, bacaan berpandukan arahan dan sebagainya. Bagi kemahiran bacaan, pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi beberapa komponen yang perlu dimahirkan dan dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadap bahan yang dibaca oleh murid-murid. Ujian ini perlu dijalankan secara individu di tempat kebiasaan murid. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan. Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah apabila dua 12
  • 13. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca. Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, penulisan dan berbahasa. Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob, analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga penilaian kendiri. Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf, suku kata, perkataan, ayat dan teks. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti A-a. Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah seperti ”insertion”, substitution” , ”inversion” , ”omission” dan banyak lagi. Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal, kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman 13
  • 14. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 inferens pula memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan atau penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk literal atau inferens. 5.2 Jenis Penilaian - ujian sumatif - ujian formatif - ujian kefasihan - ujian pencapaian - ujian kemajuan - ujian bakat 5.2.1 Ujian Sumatif Ujian ini merujuk kepada bentuk ujian yang bahan atau alat ujiannya dibina oleh guru bagi menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajarkan dalam suatu tempoh masa yang panjang seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Aspek- aspek yang diuji juga luas dan menyeluruh seperti meliputi aspek tatabahasa, lisan, bacaan dan sebagainya. 5.2.2 Ujian Formatif Ujian formatif merujuk kepada bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru untuk sesuatu bab atau bahagian yang telah diajarkan sahaja. Hal ini bermaksud ujian ini dijalankan selepas sesuatu tempoh pembelajaran yang pendek dan skop yang hendak diuji juga lebih terhad dan tidak meluas. Biasanya ujian ini bertujuan menguji sub kemahiran bahasa tertentu pelajar sama ada mereka telah menguasainya atau belum. . 5.2.3 Ujian Kefasihan Untuk memastikan sama ada seseorang pelajar telah dapat menguasai sesuatu kemahiran bahasa atau belum maka ujian kefasihan perlu dijalankan terhadap mereka. Dalam ujian 14
  • 15. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 kefasihan ini kebolehan umum seseorang murid terhadap bahasa yan dipelajarinya akan dinilai. Hasil ujian ini lazimnya akan dijadikan justifikasi kepada penetapan kumpulan murid dalam kelompok tertentu oleh guru. 5.2.4 Ujian Pencapaian Ujian pencapaian dijalankan untuk menguji sejauh manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Antara kepentingan ujian ini adalah dapat membantu guru menlihat tahap kesediaan murid terhadap sesuatu kemahiran sebelum guru boleh mengajarkan kemahiran bahasa yang seterusnya. Secara tidak langsung guru juga akan dapat menenalpasti aspek kelemahan pelajar yang perlu dibantu. 5.2.5 Ujian Kemajuan Ujian kemajuan ialah ujian yang bertujuan melihat progres kemajuan murid dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk mengukur keupayaan atau kecekapan mereka melakukan sesuatu tugas. Ujian ini boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu menerusi kompetensi diri murid dalam melakukan sesuatu tugas yang boleh dilakukan oleh uru menerusi pemerhatian sewaktu mereka sedang melaksanakan sesuatu tugasan. Seterusnya melalui laporan kendiri yang dilakukan dengan pelajar menjawab soal selidik tertentu yang dapat menilai prestasinya dirinya. 5.2.6 Ujian Bakat Ujian bakat dilakukan bagi mengenal pasti bakat seseorang murid dalam menguasai sesuatu bahasa asing. Menerusi ujian bakat ini murid-murid akan menjalani pelbagai aktiviti seperti meniru gaya penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. 5.3 Instrumen Instrumen merupakan material atau alat yang diunakan oleh guru-guru untuk menjalankan penilaian dan pentaksiran. Dengan menggunakan instrumen tertentu, guru-guru dapat mengumpul data dan maklumat tentang pencapaian seseorang murid. Seterusnya data dan maklumat yang terkumpul akan digunakan untuk membuat keputusan-keputusan tertentu berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran selain mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid. 15
  • 16. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Sumber-sumber yan diperlukan untuk mengumpul maklumat termasuklah: 1. rekod dan laporan berkaitan 2. sampel kerja. 3. Pengujian 4. Pentaksiran folio 5. Pemerhatian 6. Senarai semak 7. Skala pengkadaran 8. Temu bual 5.4 Pelaksanaan Penilaian 5.4.1 Rekod dan Laporan Rekod dan laporan yang boleh digunakan berkenaan pencapaian seseorang murid termasuklah rekod latar belakang keluarga, rekod kesihatan, prestasi akademik terdahulu dan minat murid. Bagi memperoleh data tentang pencapaian pelajaran seseorang murid, guru pemulihan boleh mendapatkan catatan pelbagai pentaksiran yang pernah dilalui sebelumnya. Selain rekod-rekod akademik, rekod-rekod peribadi pelajar juga perlu diambil kira kerana data- data yang terkandung turut menjadi penentu kepada bentuk perancangan pengajaran dan pembelajaran yang hendak disediakan oleh guru. 5.4.2 Sampel kerja Sampel kerja ialah sesuatu hasilan kerja yang dibuat oleh pelajar berdasarkan mata pelajaran yang dipelajarinya. Sampel kerja yang terhasil akan dianalisis oleh guru. Dari analisis yang dijalankan guru-guru pemulihan akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kekurangan yang ada pada murid. Penilaian yang dilakukan adalah terhadap analisis ralat dan kualiti kerja yang kedua-duanya bertujuan menilai kekurangan dan kelemahan pelajar. 5.4.3 Pengujian Jenis-jenis pengujian yang dijalankan untuk mentaksir dan menilai ialah ujian rujukan norma, ujian rujukan kriteria, intervensi tidak formal, kuiz, penyiasatan, dan analisis tugasan. 16
  • 17. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 5.4.4 Penilaian Melalui Portfolio Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Kaedah ini dikatakan kurang objektif, analitik, dan kuantitatif iaitu lebih bersifat subjektif kualitatif dan holistik. 5.4.4.1 Ciri-ciri Portfolio 1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. 2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secarakritis dan kreatif. 3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir. 4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. 5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik. 6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. 5.4.4.2 Jenis Portfolio i. Porfolio kerja harian Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. ii. Portfolio hasil terbaik Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. iii. Portfolio dokumen. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. 5.4.4.3 Penilaian Portfolio 1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. 17
  • 18. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. 3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama. 5.4.4.4 Kepentingan Portfolio 1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik. 2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar 3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. 4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. 5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio. 5.4.4.5 Perancangan Portfolio 1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. 2. Kenalpasti isi kandungan portfolio. 3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio. 4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio. 5.4.4.6 Penilaian Bagi Portfolio 1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. 2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman. 3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga 18
  • 19. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 tugasan tersebut selesai. 5.4.4.7 Merekod Penilaian Portfolio - Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak. - Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala - senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred. 5.4.4.8 Kriteria penilaian 1. Struktur dan organisani 2. Strategi pengurusan 3. Variasi isi yang sesuai 4. Struktur ayat dan gaya bahasa 5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri. 6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot serta refleksi pelajar. 7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan. 5.4.5 Penilaian Melalui Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang-orang lain yang berkenaan di sekelilingnya. 5.4.5.1. Kualiti Pemerhatian - Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. - Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan. - Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. - Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu. - Tekal dan stabil dalam penilaiannya. 19
  • 20. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 5.4.5.2. Bentuk perancangan - Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya. - Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. - Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian. 5.4.5.3. Merekod penilaian pemerhatian Sewaktu merekod penilaian melalui pemerhatian, proses penilaian harus menggambarkan perubahan tingkah laku secara tersusun dari segi: - Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas. - Menjalankan tugasan - Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . - Cara merekodkan dapatan dan rumusan - Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. - Tindakan Susulan - Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai. 5.4.5.4. Jenis Pemerhatian - Dua jenis pemerhatian iaitu sistematik dan tidak sistematik. - Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai. - Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. - Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai 20
  • 21. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. - Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen. 5.4.5.5. Strategi pelaksanaan - Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang. - Menggunakan senarai semak. - Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian - Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan - Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. - Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. 5.4.5.6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian. - Mengesan hasil pembelajaran dengan serta merta dalam sesuatu proses pengajaran harian tanpa menggunakan sebarang instrumen khusus. - Mengesan kekuatan dan kelamahan murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada secara individu mahupun berkumpulan. - Mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran atau pada akhir program yang dijalankan secara individu. - Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. - Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik. 5.4.6 Senarai Semak Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada : - sesuatu tingkahlaku/ciri-ciri yang dapat diperhatikan - sesuatu perlakuan telah dilakukan - kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan 21
  • 22. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa menjalankan penilaian berdasarkan senarai semak ialah: - Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. - Tingkah laku bahasa yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas - Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi - Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. - Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan - Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid - Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal - Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas 5.4.7 Skala Pengkadaran Skala pengkadaran grafik merupakan kaedah penilaian prestasi paling popular dan telah lama digunakan. Di samping itu kaedah ini menyediakan kaedah kuantitatif dan mempunyai kemungkinan untuk membuat perbandingan antara prestasi individu dengan individu lain. Skala pengkadaran grafik mempunyai satu set faktor yang mempengaruhi prestasi yang dipadankan dengan sikap peribadi seperti nilai-nilai yang diamalkan. Melalui kaedah ini guru akan menentukan titik (point) perkadaran di atas skala yang biasanya mengandungi lima titik. Sebagai contoh jika prestasinya dinilai sebagai sangat teruk pelajar berkenaan akan diberikan point 1 dan point 5 jika prestasinya dinilai sebagai sangat baik. Leap dan Crino (1993) mengenal pasti terdapat dua jenis skala pengkadaran iaitu pertama pengkadaran berterusan yang membenarkan penilai untuk membuat mana-mana titik di atas 22
  • 23. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 garisan skala. Jenis skala pengkadaran kedua ialah pengkadaran terputus-putus yang mengehadkan penilaian kepada nombor di atas skala sahaja. Skala pengkadaran digunakan dalam proses pentaksiran dan penilaian dengan cara guru menentukan tahap pencapaian pelajar menggunakan skala tertentu seperti gred A,B.C. atau nombor. 5.4.8 Temu Bual Temu bual merupakan antara kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan (Tuan Jah dan Faridah, 2012). Kaedah ini sering digunakan kerana berupaya mewujudkan interaksi langsung antara guru dengan murid secara berkesan. Pelaksanaan kaedah ini dilakukan dengan guru mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberikan respon yang sewajarnya. Terdapat dua jenis temu bual iaitu: - Temu bual terbuka Menerusi kaedah temu bual jenis ini pengkaji mendapatkan maklumat melalui perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu. - Temu bual tertutup Menerusi kaedah ini pula pengkaji cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan yan tertumpu kepada set soalan tertentu. 5.5 Tindakan susulan Tindakan susulan merupakan tindakan lanjutan yang dilakukan oleh guru-guru berlandaskan maklumat dan data yang diperoleh hasil analisis ujian dan penilaian yang dilakukan. Analisis tersebut menjadi justifikasi sama ada seseorang murid itu menghadapi masalah yang perlu dibantu dengan segera atau sebagainya. Seterusnya hasil yang diperoleh juga menjadi panduan kepada guru-guru untuk mengubah suai kaedah, pendekatan, perancangan dan tindakannya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 23
  • 24. PKP 3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1 Memikir Cuba anda fikirkan, adakah kaedah pentaksiran dan penilaian yang dijalankan di sekolah-sekolah kini masih releven untuk terus dilaksanakan? Pendapat anda hendaklah disokong dengan alasan-alasan yang rasional. Latihan Sebagai seorang guru yan berpengalaman, tentu anda sering melakukan aktiviti pentaksiran dan penilaian terhadap hasil kerja mahupun pencapaian murid-murid dalam pelbagai bentuk sama ada yang berbentuk kerja kursus atau peperiksaan. Huraikan dengan jelas sebab-sebab aspek pentaksiran dan penilaian perlu dijalankan terhadap murid-murid sekolah. 24