SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
TAJUK 3 KEMAHIRAN MEMBACA
Sipnosis
Tajuk ini menjelaskan maklumat berkaitan konsep membaca, kesediaan membaca dan
kaedah membaca. Di samping itu, menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi dan
menghalang kesediaan membaca dan aspek kemahiran kesediaan membaca dari aspek
kognitif, persekitaran, budaya dan sosioekonomi.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:
i. Menjelaskan definisi dan konsep membaca, kesediaan membaca dan kaedah
membaca
ii. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca dan
masalah-masalah membaca
iii. Menghuraikan masalah-masalah dan kaedah-kaedah yang sesuai dalam
kemahiran membaca
Kerangka Tajuk
1
Kemahiran
Membaca
Masalah dalam
Membaca
Kesediaan
Membaca
Faktor-faktor yang
mempengaruhi
Kemahiran Membaca
Definisi dan Konsep
Membaca
3.0 KEMAHIRAN MEMBACA
3.1 Definisi dan Konsep Membaca
Membaca merupakan jambatan untuk memperoleh ilmu. Dalam masyarakat abad ke 21
ini, segala maklumat dan pengetahuan boleh didapati melalui pembacaan. Membaca
memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan individu, menimbulkan
kesedaran dan membina perkembangan sosial. Apabila seseorang itu dapat membaca
segala maklumat yang diperoleh dapat menjadikan mereka sebagai rujukan untuk diri
mereka atau kepada orang lain.
Membaca adalah suatu proses yang kompleks dan dinamik. Ia memerlukan beberapa
kemahiran tertentu dalam membantu proses membaca. Tujuan utama pengajaran
membaca adalah untuk merangsang keupayaan pembaca berinteraksi dan memahami
bahan tulisan. Proses membaca ini melibatkan proses keupayaan kognitif dalam
menterjemah, memberi maksud dan menjelaskan maklumat serta pengetahuan melalui
pembacaan bahan-bahan bacaan.
Para pendidik bahasa dan bacaan bersetuju bahawa membaca ialah interpretasi simbol
grafik (Juriah Long, 1990). Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran
yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Yahya Othman,2004).
Ini dijelaskan dengan keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan dengan bunyi serta makna melalu pengetahuan yang diperoleh
sehingga dapat mentafsir maksudnya.
Kennedy (1981) telah mendefinisikan membaca sebagai suatu proses berfikir yang
melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan
pembaca. Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa tafsiran
simbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh
penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca. Ini menjelaskan bahawa proses
membaca melibatkan organ deria di samping keperluan minda. Kedua-dua proses ini
adalah saling berhubungan antara satu sama lain.
Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menimba ilmu
yang sudah sedia ada dan diabadikan dalam bentuk penulisan. Aktiviti membaca adalah
2
aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak bahan bacaan
tersebut. Jika tidak berfikir secara membaca, orang itu sebenarnya tidak membaca.
Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca
melibatkan proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber
tulisannya. Ia melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi. Thorndike (1917)
menjelaskan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai,
membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan
mengukur maklumat tersebut.
Pelajar dianggap gagal mengamati tabiat membaca dengan sebaiknya sekiranya tidak
memiliki kemahiran membaca. Seseorang yang memiliki kemahiran dalam pembacaan
dapat mengoptimumkan pembacaan dalam satu jangkamasa yang ditentukan.
Seseorang pelajar yang mempunyai kaedah paling optimum semestinya mempunyai
kebolehan dalam menghayati bahan bacaan tersebut sama ada dari segi konsep dan
pendekatan yang ditulis.
Kesimpulannya, membaca adalah proses yang aktif dan kemahiran bahasa yang paling
penting dikuasai pada peringkat awal. Penguasaan yang mantap dalam kemahiran ini
dapat membantu para pelajar untuk membawa ke alam penerokaan minda pelajar dan
membentuk dimensi pemikiran yang baru dalam proses berfikir (Yahya Othman, 2004).
Dalam konteks interaksi, membaca adalah bentuk komunikasi tanpa lisan dalam tujuan
untuk menerima maklumat-maklumat melalui alat medium tulisan. Proses interaksi
sehala antara penulis dan pembaca telah membuka ruang yang luas kepada
percambahan ilmu dan peningkatan potensi diri seseorang ke arah yang lebih baik.
3.2 Kesediaan Membaca
3.2.1 Definisi dan konsep kesediaan membaca
3
Menurut Hasnah Awang I(2010) kesediaan membaca bermaksud kemampuan
seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.
Kesediaan membaca berlaku sebelum daripada proses membaca dimulakan. Ia
bergantung kepada konsep kematangan mental diri seseorang individu.
Gangguan kepada mental akan mewujudkan masalah kepada kebolehan
membaca seseorang.
Kesediaan membaca juga penting dan menjadi asas untuk peringkat
perkembangan pemikiran pelajar-pelajar. Dalam membantu kesediaan membaca
dalam kalangan kanak-kanak, kemahiran membaca boleh diajar atau dilatih
sebelum mendapat pengajaran bacaan formal di sekolah.
3.2.2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca
3.2.2.1 Fizikal
Faktor fizikal menjelaskan kemampuan kanak-kanak dalam persediaan
proses membaca. Keupayaan alat-alat sebutan dalam menghasilkan
bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya dalam proses mengecam
bentuk dan kemampuan pendengaran untuk mengenal pasiti dan
mengecam bunyi.
3.2.2.2 Emosi
Dalam aspek emosi, kesediaan kanak-kanak untuk membaca boleh
dilihat dengan minatnya kepada bahan-bahan bacaan, cuba membaca
bahan tulisan walaupun tidak memahaminya dan minatnaya untuk
mendengar bahan-bahan bacaan atau cerita.
3.2.2.3 Mental
Kesediaan membaca kanak-kanak dapat dilihat dari aspek keupayaan
kanak-kanak mengingat sesuatu perkara yang diberitahu kepada mereka.
Proses mengingat dan menyebut semula apabila ditunjukkan kepada
mereka merupakan penunjuk kesediaan kanak-kanak untuk mengikuti
proses membaca.
4
3.2.2.4 Umur
Kanak-kanak pada peringkat umur 3 tahun dikatakan telah bersedia
untuk memulakan penguasaan kemahiran membaca. Terdapat juga
kanak-kanak yang mula membaca pada usia 11/2 tahun dan ada yang
hanya bersedia membaca pada usia 6 tahun. Walau bagaimanapun,
kemampuan kesediaan kanak-kanak untuk membaca ini banyak
bergantung kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu
sendiri.
3.2.2.5 Persekitaran
Kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai jenis bahan bacaan sejak
lahir, melihat orang di sekeliling membaca dan sokongan orang dengan
membacakan bahan-bahan cerita akan mendorong seorang kanak-kanak
menguasai kemahiran membaca. Ini berbanding dengan kanak-kanak
yang tidak berpeluang mendapat peluang yang sama akan lambat atau
gagal menguasai kemahiran membaca berdasarkan umur mereka.
3.2.3 Faktor-faktor yang menghalang kesediaan membaca
3.2.3.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Diri
Noam Chomsky (1957) menyatakan bahawa individu telah diprogramkan
secara genetik untuk menguasai bahasa (Haliza Hamzah,2009). Kanak-
kanak dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language
Acquisition Device). Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai
kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa.
Walau bagaimanapun kecederaan pada kawasan Broca dam Wernicke
yang terletak dihemisfera kiri otak boleh menyebabkan seseorang
individu hilang keupayaan dalam berbahasa.
3.2.3.2 Kognitif
5
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran masing-masing (Haliza Hamzah, 2009). Perkembangan
kognitif kanak-kanak mempunyai hubungan langsung dengan pembinaan
pemikiran mereka. Tahap kecerdasan yang tinggi mempengaruhi
kebolehan membaca mereka. Namun jika tahap kecerdasan mereka
rendah akan menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca
menjadi sangat sukar.
3.2.3.3 Fizikal
Masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal seseorang
individu turut mempengaruhi kesediaan mereka untuk membaca. Faktor
fizikal seperti masalah dalam penglihatan, pendengaran, pertuturan,
neurologikal (serebral palsi, aphasia, terenca akal dan lain-lain) telah
menyebabkan mereka mengalami masalah dalam kesediaan membaca.
3.2.3.4 Persekitaran
Keadaan persekitaran mendorong dan membantu kesediaan seseorang
untuk membaca dengan cepat dan mudah. Persekitaran yang intelektual
memberi pengalaman yang sesuai untuk melaksanakan proses
membaca. Ini disorong dengan kesedaran masyarakat sekeliling akan
kepentingan membaca.
Kanak-kanak yang mendapat kasih sayang keluarga, mendapat makanan
yang berzat serta kemudahan bahan-bahan bacaan telah mendorong
mereka untuk cepat membaca. Namun disebaliknya, jika tiada
kesedaran, kasih sayang dan dorongan daripada keluarga untuk
membantu mereka membaca akan menyebabkan mereka tidak boleh
membaca dan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran.
3.2.4 Aspek kemahiran kesediaan membaca
6
Aspek kemahiran kesediaan membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh;
i. Kebolehan fizikal
Kesediaan alat-alat artikulasi untuk menghasilkan bunyi yang akan
diperolehi dan diajar kepada mereka. Contohnya lidah, gigi, lelangit dan
lain-lain lagi.
ii. Kebolehan emosi
Minat seseorang kanak-kanak terhadap bahan-bahan bacaan seperti
buku cerita dan bahan-bahan bercetak. Guru-guru yang memahami
perkembangan emosi kanak-kanak turut membantu mereka dalam
persediaan mereka untuk membaca.
iii. Kebolehan mental
Kesediaan kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial mereka
dengan ibu bapa, guru, masyarakat sekeliling dan rakan sebaya.
Kematangan mereka dalam pergaulan dan budaya akan dapat
membantu mereka mengadaptasikan kebolehan mental mereka.
3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca
3.3.1 Kognitif
Kemahiran membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh tahap kecerdasan dan
perkembangan kognitif. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan dan tahap
perkembangan kognitif yang tinggi akan cepat menguasai kemahiran membaca
berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka.
Keupayaan kanak-kanak dalam membaca memerlukan keupayaan mereka
dalam kemahiran pengamatan iaitu diskriminasi penglihatan dan diskriminasi
pendengaran.
7
3.3.2 Persekitaran
Keadaan persekitaran mendorong kanak-kanak dalam menguasai kemahiran
membaca. Kanak-kanak yang didedahkan kepada keadaan yang merangsang
untuk membaca seperti bahan bacaan yang mudah diperolehi, kemudahan-
kemudahan mendapatkan maklumat, kemudahan ICTdan lain-lain lagi.
3.3.4 Sosioekonomi
Keadaan sosioekonomi sesebuah keluarga mempengaruhi kemahiran membaca
kanak-kanak. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, keperluan ekonomi
lebih tertumpu kepada peruntukkan makanan bagi keluarga dan keperluan
asasi.
Bagi keluarga yang lebih berpendapatan, keperluan untuk meningkatkan
kemahiran membaca akan diberi tumpuan seperti pembelian pelbagai bahan
bacaan, menghadiri kelas-kelas tambahan, bahan ICT yang menarik minat
kanak-kanak untuk mendorong mereka membaca dan keadaan yang selesa
untuk mereka meningkatkan minat dalam membaca.
3.4 Masalah dalam membaca
Masalah dalam membaca dalam kalangan murid-murid sekolah mendapat
perhatian umum. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menangani masalah
ini. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti;
3.4.1 Tidak kenal huruf
Tidak kenal huruf merupakan masalah awal dalam kalangan murid-murid untuk
menguasai kemahiran membaca. Apabila mereka tidak dapat mengenal huruf,
mereka akan hanya menyebut huruf dengan meneka sahaja. Sekiranya masalah
ini berlarutan, penguasaan membaca mereka akan terjejas dan menyukarkan
guru untuk membantu mereka membaca.
3.4.2 Meninggalkan huruf
8
Bunyi huruf,, perkataan dan imbuhan ditinggalkan ketika murid-murid membaca.
Contohnya perkataan “rumah” disebut “umah’, “kereta” disebut “keta”, “lampu”
disebut “ampu” dan lain-lain lagi.
3.4.3 Meninggalkan perkataan
Dalam membaca struktur ayat, perkataan dalam ayat akan ditinggalkan. Ini akan
mengubahkan struktur dan makna ayat tersebut. Contoh ayat ;
“Saya suka makan nasi” dibaca sebagai “Saya makan nasi”.
3.4.4 Tidak memahami apa yang dibaca
Murid-murid tidak memahami apa yang dibaca berpunca daripada tidak
memahami maksud perkataa dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti
selepas, sudah, sebelum, sekejap dan lain-lain. Mereka juga tidak memahami
maksud perkataan dalam pelbagai situasi seperti “Makanlah banya-banyak” yang
membawa maksud menegah mereka untuk makan dengan berlebihan. Mereka
juga lambat memberi tindak balas, tidak dapat hubungkan sebab dan akibat dan
tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah.
3.4.5 Teragak-agak
Teragak-agak ialah perbuatan yang tidak pasti dan mereka akan menunjukkan
tingkah laku seperti berhenti sejenak untuk menyebut perkataan tersebut.
Keadaan ini berlaku apabila wujud perasaan was-was dalam menyebut atau
membunyikan sesuatu perkataan yang dibaca. Keadaan ini memerlukan
sokongan dan dorongan daripada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru dan
rakan-rakan untuk membantu mereka membaca dengan lancar.
9
3.4.6 Salah sebutan
Masalah ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut tidak mengenal huruf atau
tidak tahu untuk membunyikan huruf. Kesalahan sebutan ini boleh mengubah
makna perkataan atau ayat yang dibaca. Antara tingkah laku yang menunjukkan
masalah ini seperti;
Rajah 3.1 Punca-punca Menyebabkan Faktor Salah Sebutan
3.4.7 Lemah daya ingatan
10
Tidak boleh
membaca
langsung
Kedudukan
mata terlalu
dekat dengan
bahan bacaan
Suara terlalu
perlahan
Tingkah laku
tidak selesa
seperti
mengedip-
ngedipkan
mata
Menunjukkan
perkataan
dengan jari
ketika
membaca
Membaca
cepat atau
lambat
Bacaan
tersekat-sekat
Membatang
-kan kata
terlebih
dahulu
Salah
Sebutan
Lemah daya ingatan berkait rapat dengan tahap kecerdasan kognitif. Faktor ini
dipengaruhi keadaan sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Dalam proses
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak kognitif memainkan peranan
penting dalam membentuk pemikiran bermula selepas lahir sehingga kita
mencapai kematangan. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan, penyakit dan
gangguan emosi akan mempengaruhi daya ingatan seseorang.
3.4.8 Menambah perkataan
Bunyi atau huruf perkataan ditambah semasa proses membaca. Contohnya
perkataan perkataan ‘buah’ menjadi ‘ buwah’. Manakala pertambahan perkataan
berlaku apabila ayat ditambahkan dengan perkataan yang boleh mengubah
persepsi ayat. Contohnya; “Saya suka ke sekolah dengan menaiki bas” dibaca
dengan “Saya sangat suka pergi ke sekolah dengan menaiki bas”.
3.4.9 Mengulang perkataan
Terdapat dalam kalangan murid yang suka mengulang-ulang perkataan atau
suku kata semasa membaca. Perbuatan ini bukan disebabkan oleh masalah
gagap tetapi tidak pasti untuk menyebut perkataan dalam ayat ketika membaca.
3.4.10 Mengeja semasa membaca
Terdapat dalam kalangan murid-murid yang terpaksa mengeja semasa
membaca. Ini berpunca daripada sikap teragak-agak membaca, menunjukkan
teks bacaan dengan jari, kurang yakin dan mempunyai pencapaian pembacaan
yang lemah.
3.5 Kaedah Membaca
3.5.1 Kaedah bunyi
Kaedah bunyi merupakan kaedah yang digemari dan mudah untuk diajar kepada
murid-murid. Dalam kaedah ini, murid-murid diperkenalkan kepada bunyi dengan
hurufnya. Guru perlu memperkenalkan bunyi huruf terlebih dahulu. Dalam bidang
fonetik, huruf tidak dieja tetapi dibunyikan contohnya [a] untuk melihat hubungan
11
simbol dengan bunyi. Ini memudahkan mereka membaca (membunyikan)
perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
Contohnya; menekankan bunyi-bunyi huruf/abjad
Vokal
/ a / / i / / u / /o / / e /
Konsonan
/ b / / c / / d / / f / / g / / h / / j /
/ k / / l / / m / / n / / p / / q / / r /
/ s / / t / / v / / w / / x / / y / / z /
3.5.2 Kaedah abjad
Kaedah ini merupakan satu kaedah klasik dan yang paling tua. Dalam kaedah
ini, guru akan memperkenalkan abjad terlebih dahulu dan kemudian
membunyikan abjad tersebut. Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad,
2011) mengatakan bahawa kaedah abjad berpegang kepada prinsip setiap
perkataan terdiri daripada beberapa huruf.
Guru akan memperkenalkan huruf vokal [a,e,i,o,u] dan kemudian diperkenalkan
pula huruf-huruf konsonan [b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z]. Guru akan
meminta murid-murid untuk menyebut dan menghafal nama-nama abjad
sebelum aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan dijalankan. Di samping itu,
guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf.
Contohnya:
i. Memperkenalkan huruf a – z
ii. Memperkenalkan huruf vokal a,e,i,o,u
iii. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal – ka, ke, ki, ko, ku
iv. Membentuk perkataan daripada suku kata - ka + ki = kaki
v. Membina rangkai kata – kaki kiri
vi. Membina ayat mudah – Ini kaki kiri Ali
12
3.5.3 Kaedah Seluruh / Pandang Sebut
Kaedah seluruh / pandang sebut merupakan kaedah yang dicadangkan
penggunaannya di Amerika Syarikat oleh Samuel Worcester. Kaedah ini sangat
popular dalam mengajar bacaan Bahasa Inggeris. Aktiviti membunyikan suku
kata dan ayat berdasarkan gambar dijalankan bertujuan untuk membiasakan
murid untuk mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan dapat
mengurangkan masa murid untuk mengeja.
Rajah 3.2 Konsep Kaedah Seluruh
13
3.5.4 Kaedah suku kata
Kaedah suku kata merupakan satu deretn bunyi yang mengandungi satu puncak
kelantangan. Merupakan suku kata ujaran terkecil dari sebuah kata yang
didengarkan pada kehadiran vokal. Satu suku kata sekurang-kurangnya
mengandungi satu vokal dan konsonan. Dalam kaedah ini murid hanya perlu
mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat
huruf lalu menyebut terus.
Jenis-jenis suku kata seperti;
i. Kata tungga satu suku kata. Contohnya; KVK (pos)
ii. Kata tunggal dua suku kata. Contohnya; V + KV (api)
iii. Kata tunggal tiga suku kata. Contohnya; KV + KV + KV (pereka)
iv. Kata tunggal empat suku kata. Contohnya; KV + V + KV + KV (suasana)
3.5.5 Kaedah Pelbagai Deria – VAKT
Kaedah Pelbagai Deria (VAKT) menggabungkan deria penglihatan,
pendengaran, pergerakan dan sentuhan. Dalam kaedah ini murid akan
menggunakan kemahiran melihat, mendengar, pergerakan dan sentuhan.
Berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran akan
mengukuhkan aktiviti pembelajaran murid-murid.
Langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan melalui kaedah ini ialah;
i. Menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
ii. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4’ x 10’
iii. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas.
Murid belajar huruf melalui kaedah VAKT dengan;
i. Lihat huruf (V)
ii. Dengar guru sebut huruf (A)
iii. Menyebut huruf (A)
iv. Dengar huruf yang disebut (A)
v. Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
vi. Rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)
14
vii. Lihat pergerakan tangan semasa
3.5.6 Kaedah pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri juga dikenali sebagai pembelajaran penguasaan.
Pembelajaran masteri didefinisikan sebagai kehandalan pembelajaran seperti
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap. ia
merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
bahawa murid dapat menguasai pengajaran guru dengan berkesan dan
mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri merangkumi
empat langkah seperti;
i. Guru menentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif
pembelajaran secara eksplisit.
ii. Guru mengajar dengan menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang
berkesan, termasuk penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai.
iii. Menjalankan penilaian hasil pembelajaran dengan ujian formatif
(diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran. Ini
bertujuan menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid selepas
aktiviti pengajaran-pembelajaran.
iv. Guru melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murid-murid yang belum
menguasai kemahiran sepenuhnya dan memberikan aktiviti pengayaan
kepada murid-murid yang telah mencapai objektif pelajaran dengan
memuaskan.
3.5.8 Kaedah-kaedah yang sesuai
3.5.8.1 Kaedah Gabungan Bunyi – Kata
Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata
dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat dalam satu atau dua pelajaran.
Gabungan ini dijalankan secara sistematik iaitu memerlukan guru mengajar
langkah demi langkah, Bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama
15
huruf (abjad) dan bentuk huruf. Kemudian membina suku kata dan seterusnya
membina perkataan.
3.5.8.2 Kaedah Cerakinan (Analitik)
Kaedah ini menekankan kepada tiga kaedah dalam pengajaran guru iaitu kaedah
perkataan, kaedah frasa dan kaedah ayat. Kaedah ini dinamakan kaedah
cerakinan kerana dalam pengajaran guru akan dimulai dengan mengajar
perkataan kemudian frasa dan seterusnya mengajar ayat.
3.6 Kesimpulan
Kesimpulannya, kemahiran membaca ialah memahami, membuat tindak balas dan
menggunakan idea. Ia merupakan proses berfikir yang melibatkan perkara tersurat dan
tersirat, menghubungkan idea-idea, menyoal dan bertindak balas serta dapat
mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi yang baru. Kepentingan penguasaan
membaca dalam kalangan murid-murid sekolah menentukan penguasaan murid dalam
dalam pelajaran.
Mengumpul Maklumat
Secara berkumpulan, cuba anda dapatkan sebanyak mungkin maklumat
berkenaan kaedah-kaedah lain dalam kemahiran membaca yang boleh
diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
16
Latihan
Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah
dalam kemahiran membaca dan cuba laksanakan kaedah – kaedah yang
sesuai untuk membantunya menguasai kemahiran tersebut. Buat satu laporan
dan bentangkan dalam perjumpaan interaksi.
17

More Related Content

What's hot

Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Contoh Soal Bahas Indonesia tentang Wacana
Contoh Soal Bahas Indonesia tentang WacanaContoh Soal Bahas Indonesia tentang Wacana
Contoh Soal Bahas Indonesia tentang WacanaAi Roudatul
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati Ka Jejen
 
Document1 fanny tik
Document1 fanny tikDocument1 fanny tik
Document1 fanny tikfannydwio
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.Faris Rusli
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajarFaris Rusli
 
Menulis permulaan
Menulis permulaanMenulis permulaan
Menulis permulaanGURU
 

What's hot (17)

Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Materi kuliah teori belajar bahasa
Materi kuliah teori belajar bahasaMateri kuliah teori belajar bahasa
Materi kuliah teori belajar bahasa
 
Keterampilan Membaca
Keterampilan MembacaKeterampilan Membaca
Keterampilan Membaca
 
SOALAN ULANGKAJI BMM 3103
SOALAN ULANGKAJI BMM 3103SOALAN ULANGKAJI BMM 3103
SOALAN ULANGKAJI BMM 3103
 
Contoh Soal Bahas Indonesia tentang Wacana
Contoh Soal Bahas Indonesia tentang WacanaContoh Soal Bahas Indonesia tentang Wacana
Contoh Soal Bahas Indonesia tentang Wacana
 
Definisi membaca
Definisi membacaDefinisi membaca
Definisi membaca
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Membaca ekstensif
Membaca ekstensifMembaca ekstensif
Membaca ekstensif
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
 
Document1 fanny tik
Document1 fanny tikDocument1 fanny tik
Document1 fanny tik
 
Resensi Buku non fiksi
Resensi Buku non fiksiResensi Buku non fiksi
Resensi Buku non fiksi
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
 
Makalah 123 copy
Makalah 123   copyMakalah 123   copy
Makalah 123 copy
 
Menulis permulaan
Menulis permulaanMenulis permulaan
Menulis permulaan
 
Aspek membaca
Aspek membacaAspek membaca
Aspek membaca
 

Similar to MEMBACA 3 KEMAHIRAN

masalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membacamasalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membacaEFFY HARIDTH
 
Literasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusLiterasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusChandrakala Gopal
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap printdhesiasri
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap printdhesiasri
 
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyBab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyNona Mere
 
Studi perbedaan metode membca
Studi perbedaan metode membcaStudi perbedaan metode membca
Studi perbedaan metode membcaayukusdiana
 
Proposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiProposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiZelda Gates
 
adoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdf
adoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdfadoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdf
adoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdfyuniapriyanti1
 
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada SiswaMakalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada SiswaFAJAR MENTARI
 
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWARENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWANopiputri
 
Tugas word agtri niranty
Tugas word agtri nirantyTugas word agtri niranty
Tugas word agtri nirantyagtriniranty
 
Karya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatKarya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatTum-tum Rizla
 
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...Activian Grapiter
 
Tugas talabek
Tugas talabekTugas talabek
Tugas talabek33335
 
Literasii untukk mentahann artikell.docx
Literasii untukk mentahann artikell.docxLiterasii untukk mentahann artikell.docx
Literasii untukk mentahann artikell.docxeboynp
 
Jurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didikJurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didikkhairul jalil
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 

Similar to MEMBACA 3 KEMAHIRAN (20)

masalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membacamasalah dalam dan luaran membaca
masalah dalam dan luaran membaca
 
Literasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusLiterasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursus
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap print
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap print
 
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyBab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
 
Studi perbedaan metode membca
Studi perbedaan metode membcaStudi perbedaan metode membca
Studi perbedaan metode membca
 
Proposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiProposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iii
 
adoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdf
adoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdfadoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdf
adoc.pub_bantu-anak-belajar-membaca.pdf
 
Ptk
Ptk Ptk
Ptk
 
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada SiswaMakalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
 
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWARENDAHNYA MINAT BACA SISWA
RENDAHNYA MINAT BACA SISWA
 
Tugas word agtri niranty
Tugas word agtri nirantyTugas word agtri niranty
Tugas word agtri niranty
 
Karya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyatKarya ilmiah pak kiyat
Karya ilmiah pak kiyat
 
Ddm
DdmDdm
Ddm
 
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
Tesis hubungan minat membaca dan penguasaan kosakata dengan keterampilan berb...
 
Tugas talabek
Tugas talabekTugas talabek
Tugas talabek
 
Literasii untukk mentahann artikell.docx
Literasii untukk mentahann artikell.docxLiterasii untukk mentahann artikell.docx
Literasii untukk mentahann artikell.docx
 
Soal baru
Soal baruSoal baru
Soal baru
 
Jurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didikJurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didik
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 

More from Mohamad Saad Mohamad Nain

More from Mohamad Saad Mohamad Nain (15)

5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt5_6287437323655184737.ppt
5_6287437323655184737.ppt
 
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdfPOSTER DIDIK HIBUR .pdf
POSTER DIDIK HIBUR .pdf
 
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
Modul PPG PKP3107 - 08(d) isi pelajaran interaksi 4
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran  interaksi 1
Modul PPG PKP3107 - 08(a) isi pelajaran interaksi 1
 
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajukModul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
Modul PPG PKP3107 - 07 agihan tajuk
 
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalanModul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
Modul PPG PKP3107 - 06 pengenalan
 
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajarModul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
Modul PPG PKP3107 - 05 panduan pelajar
 
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandunganModul PPG PKP3107 - 04 kandungan
Modul PPG PKP3107 - 04 kandungan
 
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaanModul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
Modul PPG PKP3107 - 03 notis hak kerajaan
 
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hcModul PPG PKP3107 - 02  fpk fpg_hc
Modul PPG PKP3107 - 02 fpk fpg_hc
 
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modulModul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
Modul PPG PKP3107 - 01 kulit modul
 
Ulasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPKUlasan jurnal PKPK
Ulasan jurnal PKPK
 
Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4Lesson Plan Hoki Tahun 4
Lesson Plan Hoki Tahun 4
 
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin AsyrafLesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
Lesson Plan Hoki (Indian Dribble) by Amanuddin Asyraf
 

Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 

Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 

MEMBACA 3 KEMAHIRAN

  • 1. TAJUK 3 KEMAHIRAN MEMBACA Sipnosis Tajuk ini menjelaskan maklumat berkaitan konsep membaca, kesediaan membaca dan kaedah membaca. Di samping itu, menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi dan menghalang kesediaan membaca dan aspek kemahiran kesediaan membaca dari aspek kognitif, persekitaran, budaya dan sosioekonomi. Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat: i. Menjelaskan definisi dan konsep membaca, kesediaan membaca dan kaedah membaca ii. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca dan masalah-masalah membaca iii. Menghuraikan masalah-masalah dan kaedah-kaedah yang sesuai dalam kemahiran membaca Kerangka Tajuk 1 Kemahiran Membaca Masalah dalam Membaca Kesediaan Membaca Faktor-faktor yang mempengaruhi Kemahiran Membaca Definisi dan Konsep Membaca
  • 2. 3.0 KEMAHIRAN MEMBACA 3.1 Definisi dan Konsep Membaca Membaca merupakan jambatan untuk memperoleh ilmu. Dalam masyarakat abad ke 21 ini, segala maklumat dan pengetahuan boleh didapati melalui pembacaan. Membaca memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan individu, menimbulkan kesedaran dan membina perkembangan sosial. Apabila seseorang itu dapat membaca segala maklumat yang diperoleh dapat menjadikan mereka sebagai rujukan untuk diri mereka atau kepada orang lain. Membaca adalah suatu proses yang kompleks dan dinamik. Ia memerlukan beberapa kemahiran tertentu dalam membantu proses membaca. Tujuan utama pengajaran membaca adalah untuk merangsang keupayaan pembaca berinteraksi dan memahami bahan tulisan. Proses membaca ini melibatkan proses keupayaan kognitif dalam menterjemah, memberi maksud dan menjelaskan maklumat serta pengetahuan melalui pembacaan bahan-bahan bacaan. Para pendidik bahasa dan bacaan bersetuju bahawa membaca ialah interpretasi simbol grafik (Juriah Long, 1990). Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Yahya Othman,2004). Ini dijelaskan dengan keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan dengan bunyi serta makna melalu pengetahuan yang diperoleh sehingga dapat mentafsir maksudnya. Kennedy (1981) telah mendefinisikan membaca sebagai suatu proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan pembaca. Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa tafsiran simbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca. Ini menjelaskan bahawa proses membaca melibatkan organ deria di samping keperluan minda. Kedua-dua proses ini adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Kemahiran membaca juga perlu dipertingkatkan supaya pembaca dapat menimba ilmu yang sudah sedia ada dan diabadikan dalam bentuk penulisan. Aktiviti membaca adalah 2
  • 3. aktiviti berfikir secara mendalam sebelum menerima atau menolak bahan bacaan tersebut. Jika tidak berfikir secara membaca, orang itu sebenarnya tidak membaca. Sebenarnya, aktiviti membaca adalah suatu proses yang kompleks. Membaca melibatkan proses komunikasi di antara pembaca dengan penulis melalui sumber tulisannya. Ia melibatkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi. Thorndike (1917) menjelaskan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan mengukur maklumat tersebut. Pelajar dianggap gagal mengamati tabiat membaca dengan sebaiknya sekiranya tidak memiliki kemahiran membaca. Seseorang yang memiliki kemahiran dalam pembacaan dapat mengoptimumkan pembacaan dalam satu jangkamasa yang ditentukan. Seseorang pelajar yang mempunyai kaedah paling optimum semestinya mempunyai kebolehan dalam menghayati bahan bacaan tersebut sama ada dari segi konsep dan pendekatan yang ditulis. Kesimpulannya, membaca adalah proses yang aktif dan kemahiran bahasa yang paling penting dikuasai pada peringkat awal. Penguasaan yang mantap dalam kemahiran ini dapat membantu para pelajar untuk membawa ke alam penerokaan minda pelajar dan membentuk dimensi pemikiran yang baru dalam proses berfikir (Yahya Othman, 2004). Dalam konteks interaksi, membaca adalah bentuk komunikasi tanpa lisan dalam tujuan untuk menerima maklumat-maklumat melalui alat medium tulisan. Proses interaksi sehala antara penulis dan pembaca telah membuka ruang yang luas kepada percambahan ilmu dan peningkatan potensi diri seseorang ke arah yang lebih baik. 3.2 Kesediaan Membaca 3.2.1 Definisi dan konsep kesediaan membaca 3
  • 4. Menurut Hasnah Awang I(2010) kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Kesediaan membaca berlaku sebelum daripada proses membaca dimulakan. Ia bergantung kepada konsep kematangan mental diri seseorang individu. Gangguan kepada mental akan mewujudkan masalah kepada kebolehan membaca seseorang. Kesediaan membaca juga penting dan menjadi asas untuk peringkat perkembangan pemikiran pelajar-pelajar. Dalam membantu kesediaan membaca dalam kalangan kanak-kanak, kemahiran membaca boleh diajar atau dilatih sebelum mendapat pengajaran bacaan formal di sekolah. 3.2.2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca 3.2.2.1 Fizikal Faktor fizikal menjelaskan kemampuan kanak-kanak dalam persediaan proses membaca. Keupayaan alat-alat sebutan dalam menghasilkan bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya dalam proses mengecam bentuk dan kemampuan pendengaran untuk mengenal pasiti dan mengecam bunyi. 3.2.2.2 Emosi Dalam aspek emosi, kesediaan kanak-kanak untuk membaca boleh dilihat dengan minatnya kepada bahan-bahan bacaan, cuba membaca bahan tulisan walaupun tidak memahaminya dan minatnaya untuk mendengar bahan-bahan bacaan atau cerita. 3.2.2.3 Mental Kesediaan membaca kanak-kanak dapat dilihat dari aspek keupayaan kanak-kanak mengingat sesuatu perkara yang diberitahu kepada mereka. Proses mengingat dan menyebut semula apabila ditunjukkan kepada mereka merupakan penunjuk kesediaan kanak-kanak untuk mengikuti proses membaca. 4
  • 5. 3.2.2.4 Umur Kanak-kanak pada peringkat umur 3 tahun dikatakan telah bersedia untuk memulakan penguasaan kemahiran membaca. Terdapat juga kanak-kanak yang mula membaca pada usia 11/2 tahun dan ada yang hanya bersedia membaca pada usia 6 tahun. Walau bagaimanapun, kemampuan kesediaan kanak-kanak untuk membaca ini banyak bergantung kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu sendiri. 3.2.2.5 Persekitaran Kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, melihat orang di sekeliling membaca dan sokongan orang dengan membacakan bahan-bahan cerita akan mendorong seorang kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Ini berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berpeluang mendapat peluang yang sama akan lambat atau gagal menguasai kemahiran membaca berdasarkan umur mereka. 3.2.3 Faktor-faktor yang menghalang kesediaan membaca 3.2.3.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Diri Noam Chomsky (1957) menyatakan bahawa individu telah diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa (Haliza Hamzah,2009). Kanak- kanak dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition Device). Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa. Walau bagaimanapun kecederaan pada kawasan Broca dam Wernicke yang terletak dihemisfera kiri otak boleh menyebabkan seseorang individu hilang keupayaan dalam berbahasa. 3.2.3.2 Kognitif 5
  • 6. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing (Haliza Hamzah, 2009). Perkembangan kognitif kanak-kanak mempunyai hubungan langsung dengan pembinaan pemikiran mereka. Tahap kecerdasan yang tinggi mempengaruhi kebolehan membaca mereka. Namun jika tahap kecerdasan mereka rendah akan menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. 3.2.3.3 Fizikal Masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal seseorang individu turut mempengaruhi kesediaan mereka untuk membaca. Faktor fizikal seperti masalah dalam penglihatan, pendengaran, pertuturan, neurologikal (serebral palsi, aphasia, terenca akal dan lain-lain) telah menyebabkan mereka mengalami masalah dalam kesediaan membaca. 3.2.3.4 Persekitaran Keadaan persekitaran mendorong dan membantu kesediaan seseorang untuk membaca dengan cepat dan mudah. Persekitaran yang intelektual memberi pengalaman yang sesuai untuk melaksanakan proses membaca. Ini disorong dengan kesedaran masyarakat sekeliling akan kepentingan membaca. Kanak-kanak yang mendapat kasih sayang keluarga, mendapat makanan yang berzat serta kemudahan bahan-bahan bacaan telah mendorong mereka untuk cepat membaca. Namun disebaliknya, jika tiada kesedaran, kasih sayang dan dorongan daripada keluarga untuk membantu mereka membaca akan menyebabkan mereka tidak boleh membaca dan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran. 3.2.4 Aspek kemahiran kesediaan membaca 6
  • 7. Aspek kemahiran kesediaan membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh; i. Kebolehan fizikal Kesediaan alat-alat artikulasi untuk menghasilkan bunyi yang akan diperolehi dan diajar kepada mereka. Contohnya lidah, gigi, lelangit dan lain-lain lagi. ii. Kebolehan emosi Minat seseorang kanak-kanak terhadap bahan-bahan bacaan seperti buku cerita dan bahan-bahan bercetak. Guru-guru yang memahami perkembangan emosi kanak-kanak turut membantu mereka dalam persediaan mereka untuk membaca. iii. Kebolehan mental Kesediaan kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial mereka dengan ibu bapa, guru, masyarakat sekeliling dan rakan sebaya. Kematangan mereka dalam pergaulan dan budaya akan dapat membantu mereka mengadaptasikan kebolehan mental mereka. 3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca 3.3.1 Kognitif Kemahiran membaca kanak-kanak dipengaruhi oleh tahap kecerdasan dan perkembangan kognitif. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan dan tahap perkembangan kognitif yang tinggi akan cepat menguasai kemahiran membaca berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka. Keupayaan kanak-kanak dalam membaca memerlukan keupayaan mereka dalam kemahiran pengamatan iaitu diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. 7
  • 8. 3.3.2 Persekitaran Keadaan persekitaran mendorong kanak-kanak dalam menguasai kemahiran membaca. Kanak-kanak yang didedahkan kepada keadaan yang merangsang untuk membaca seperti bahan bacaan yang mudah diperolehi, kemudahan- kemudahan mendapatkan maklumat, kemudahan ICTdan lain-lain lagi. 3.3.4 Sosioekonomi Keadaan sosioekonomi sesebuah keluarga mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, keperluan ekonomi lebih tertumpu kepada peruntukkan makanan bagi keluarga dan keperluan asasi. Bagi keluarga yang lebih berpendapatan, keperluan untuk meningkatkan kemahiran membaca akan diberi tumpuan seperti pembelian pelbagai bahan bacaan, menghadiri kelas-kelas tambahan, bahan ICT yang menarik minat kanak-kanak untuk mendorong mereka membaca dan keadaan yang selesa untuk mereka meningkatkan minat dalam membaca. 3.4 Masalah dalam membaca Masalah dalam membaca dalam kalangan murid-murid sekolah mendapat perhatian umum. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti; 3.4.1 Tidak kenal huruf Tidak kenal huruf merupakan masalah awal dalam kalangan murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca. Apabila mereka tidak dapat mengenal huruf, mereka akan hanya menyebut huruf dengan meneka sahaja. Sekiranya masalah ini berlarutan, penguasaan membaca mereka akan terjejas dan menyukarkan guru untuk membantu mereka membaca. 3.4.2 Meninggalkan huruf 8
  • 9. Bunyi huruf,, perkataan dan imbuhan ditinggalkan ketika murid-murid membaca. Contohnya perkataan “rumah” disebut “umah’, “kereta” disebut “keta”, “lampu” disebut “ampu” dan lain-lain lagi. 3.4.3 Meninggalkan perkataan Dalam membaca struktur ayat, perkataan dalam ayat akan ditinggalkan. Ini akan mengubahkan struktur dan makna ayat tersebut. Contoh ayat ; “Saya suka makan nasi” dibaca sebagai “Saya makan nasi”. 3.4.4 Tidak memahami apa yang dibaca Murid-murid tidak memahami apa yang dibaca berpunca daripada tidak memahami maksud perkataa dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, sekejap dan lain-lain. Mereka juga tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi seperti “Makanlah banya-banyak” yang membawa maksud menegah mereka untuk makan dengan berlebihan. Mereka juga lambat memberi tindak balas, tidak dapat hubungkan sebab dan akibat dan tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah. 3.4.5 Teragak-agak Teragak-agak ialah perbuatan yang tidak pasti dan mereka akan menunjukkan tingkah laku seperti berhenti sejenak untuk menyebut perkataan tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujud perasaan was-was dalam menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan yang dibaca. Keadaan ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru dan rakan-rakan untuk membantu mereka membaca dengan lancar. 9
  • 10. 3.4.6 Salah sebutan Masalah ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut tidak mengenal huruf atau tidak tahu untuk membunyikan huruf. Kesalahan sebutan ini boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca. Antara tingkah laku yang menunjukkan masalah ini seperti; Rajah 3.1 Punca-punca Menyebabkan Faktor Salah Sebutan 3.4.7 Lemah daya ingatan 10 Tidak boleh membaca langsung Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan Suara terlalu perlahan Tingkah laku tidak selesa seperti mengedip- ngedipkan mata Menunjukkan perkataan dengan jari ketika membaca Membaca cepat atau lambat Bacaan tersekat-sekat Membatang -kan kata terlebih dahulu Salah Sebutan
  • 11. Lemah daya ingatan berkait rapat dengan tahap kecerdasan kognitif. Faktor ini dipengaruhi keadaan sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Dalam proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak kognitif memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan, penyakit dan gangguan emosi akan mempengaruhi daya ingatan seseorang. 3.4.8 Menambah perkataan Bunyi atau huruf perkataan ditambah semasa proses membaca. Contohnya perkataan perkataan ‘buah’ menjadi ‘ buwah’. Manakala pertambahan perkataan berlaku apabila ayat ditambahkan dengan perkataan yang boleh mengubah persepsi ayat. Contohnya; “Saya suka ke sekolah dengan menaiki bas” dibaca dengan “Saya sangat suka pergi ke sekolah dengan menaiki bas”. 3.4.9 Mengulang perkataan Terdapat dalam kalangan murid yang suka mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca. Perbuatan ini bukan disebabkan oleh masalah gagap tetapi tidak pasti untuk menyebut perkataan dalam ayat ketika membaca. 3.4.10 Mengeja semasa membaca Terdapat dalam kalangan murid-murid yang terpaksa mengeja semasa membaca. Ini berpunca daripada sikap teragak-agak membaca, menunjukkan teks bacaan dengan jari, kurang yakin dan mempunyai pencapaian pembacaan yang lemah. 3.5 Kaedah Membaca 3.5.1 Kaedah bunyi Kaedah bunyi merupakan kaedah yang digemari dan mudah untuk diajar kepada murid-murid. Dalam kaedah ini, murid-murid diperkenalkan kepada bunyi dengan hurufnya. Guru perlu memperkenalkan bunyi huruf terlebih dahulu. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi dibunyikan contohnya [a] untuk melihat hubungan 11
  • 12. simbol dengan bunyi. Ini memudahkan mereka membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa. Contohnya; menekankan bunyi-bunyi huruf/abjad Vokal / a / / i / / u / /o / / e / Konsonan / b / / c / / d / / f / / g / / h / / j / / k / / l / / m / / n / / p / / q / / r / / s / / t / / v / / w / / x / / y / / z / 3.5.2 Kaedah abjad Kaedah ini merupakan satu kaedah klasik dan yang paling tua. Dalam kaedah ini, guru akan memperkenalkan abjad terlebih dahulu dan kemudian membunyikan abjad tersebut. Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa kaedah abjad berpegang kepada prinsip setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Guru akan memperkenalkan huruf vokal [a,e,i,o,u] dan kemudian diperkenalkan pula huruf-huruf konsonan [b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z]. Guru akan meminta murid-murid untuk menyebut dan menghafal nama-nama abjad sebelum aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan dijalankan. Di samping itu, guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Contohnya: i. Memperkenalkan huruf a – z ii. Memperkenalkan huruf vokal a,e,i,o,u iii. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal – ka, ke, ki, ko, ku iv. Membentuk perkataan daripada suku kata - ka + ki = kaki v. Membina rangkai kata – kaki kiri vi. Membina ayat mudah – Ini kaki kiri Ali 12
  • 13. 3.5.3 Kaedah Seluruh / Pandang Sebut Kaedah seluruh / pandang sebut merupakan kaedah yang dicadangkan penggunaannya di Amerika Syarikat oleh Samuel Worcester. Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan Bahasa Inggeris. Aktiviti membunyikan suku kata dan ayat berdasarkan gambar dijalankan bertujuan untuk membiasakan murid untuk mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan dapat mengurangkan masa murid untuk mengeja. Rajah 3.2 Konsep Kaedah Seluruh 13
  • 14. 3.5.4 Kaedah suku kata Kaedah suku kata merupakan satu deretn bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan. Merupakan suku kata ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal. Satu suku kata sekurang-kurangnya mengandungi satu vokal dan konsonan. Dalam kaedah ini murid hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus. Jenis-jenis suku kata seperti; i. Kata tungga satu suku kata. Contohnya; KVK (pos) ii. Kata tunggal dua suku kata. Contohnya; V + KV (api) iii. Kata tunggal tiga suku kata. Contohnya; KV + KV + KV (pereka) iv. Kata tunggal empat suku kata. Contohnya; KV + V + KV + KV (suasana) 3.5.5 Kaedah Pelbagai Deria – VAKT Kaedah Pelbagai Deria (VAKT) menggabungkan deria penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan. Dalam kaedah ini murid akan menggunakan kemahiran melihat, mendengar, pergerakan dan sentuhan. Berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran akan mengukuhkan aktiviti pembelajaran murid-murid. Langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan melalui kaedah ini ialah; i. Menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan ii. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4’ x 10’ iii. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas. Murid belajar huruf melalui kaedah VAKT dengan; i. Lihat huruf (V) ii. Dengar guru sebut huruf (A) iii. Menyebut huruf (A) iv. Dengar huruf yang disebut (A) v. Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) vi. Rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T) 14
  • 15. vii. Lihat pergerakan tangan semasa 3.5.6 Kaedah pembelajaran masteri Pembelajaran masteri juga dikenali sebagai pembelajaran penguasaan. Pembelajaran masteri didefinisikan sebagai kehandalan pembelajaran seperti menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap. ia merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan bahawa murid dapat menguasai pengajaran guru dengan berkesan dan mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri merangkumi empat langkah seperti; i. Guru menentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit. ii. Guru mengajar dengan menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang berkesan, termasuk penggunaan bahan-bahan pelajaran yang sesuai. iii. Menjalankan penilaian hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran. Ini bertujuan menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran-pembelajaran. iv. Guru melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murid-murid yang belum menguasai kemahiran sepenuhnya dan memberikan aktiviti pengayaan kepada murid-murid yang telah mencapai objektif pelajaran dengan memuaskan. 3.5.8 Kaedah-kaedah yang sesuai 3.5.8.1 Kaedah Gabungan Bunyi – Kata Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat dalam satu atau dua pelajaran. Gabungan ini dijalankan secara sistematik iaitu memerlukan guru mengajar langkah demi langkah, Bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama 15
  • 16. huruf (abjad) dan bentuk huruf. Kemudian membina suku kata dan seterusnya membina perkataan. 3.5.8.2 Kaedah Cerakinan (Analitik) Kaedah ini menekankan kepada tiga kaedah dalam pengajaran guru iaitu kaedah perkataan, kaedah frasa dan kaedah ayat. Kaedah ini dinamakan kaedah cerakinan kerana dalam pengajaran guru akan dimulai dengan mengajar perkataan kemudian frasa dan seterusnya mengajar ayat. 3.6 Kesimpulan Kesimpulannya, kemahiran membaca ialah memahami, membuat tindak balas dan menggunakan idea. Ia merupakan proses berfikir yang melibatkan perkara tersurat dan tersirat, menghubungkan idea-idea, menyoal dan bertindak balas serta dapat mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi yang baru. Kepentingan penguasaan membaca dalam kalangan murid-murid sekolah menentukan penguasaan murid dalam dalam pelajaran. Mengumpul Maklumat Secara berkumpulan, cuba anda dapatkan sebanyak mungkin maklumat berkenaan kaedah-kaedah lain dalam kemahiran membaca yang boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 16
  • 17. Latihan Dapatkan sekurang-kurangnya seorang murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran membaca dan cuba laksanakan kaedah – kaedah yang sesuai untuk membantunya menguasai kemahiran tersebut. Buat satu laporan dan bentangkan dalam perjumpaan interaksi. 17