SlideShare a Scribd company logo
1 of 52
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 1
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
• Konsep
• Objektif
• Proses dan Bentuk
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
• konsep
• objektif
• proses dan bentuk
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan
Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar
dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran
berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar
yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat
dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur
yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya
dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik
lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik
kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya
dalam proses membaca dan menulis.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
2.mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur;
3.menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur;
4.menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur; dan
5.mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky
(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau
beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-
apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat
akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon
tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar
dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran
mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat.
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat
penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik
dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu
interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan
perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)
menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu
bertujuan:
(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;
(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa
yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain.
Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang
perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:
(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan
bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi
yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah
datangnya bunyi berkenaan.
(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa,
antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan
pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan
permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain;
(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan
ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;
(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi
tujuan memperoleh maklumat tertentu;
(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya
kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau
tidak;
(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan
melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri
dengan ringkas dan padat;
(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan
ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin
menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara
berkesan;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid
mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi
(pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada
yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan
penuh perasaan; dan
(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea
dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan,
menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.
Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan
menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan
para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau
bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental:
memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas
tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan
mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi
dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.
Konsep Pertuturan
(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang
dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan
menghasilkan bunyi [batu];
(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat
mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman
kecerdasan otaknya;
(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian
kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi
yang lain.
Aspek-Aspek Pertuturan
(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan
membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat.
Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata
dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan
dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan
yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna
yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan
/s mak/ dan seumpamanya;ǝ
(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur
menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan
atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau
lembutnya sesuatu pengucapan;
(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar
(dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna
dalam bahasa Melayu;
(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian –
memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau
ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh
membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan
tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud
menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara
menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik,
menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat
tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata
mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.
(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau
menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya
terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada
mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih
jelas.
(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah
dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang
fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan
kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau
bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang
mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai
sebaik-baiknya;
(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid
bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini
banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh
bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh
membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas,
betul dan betul;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan
kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang
situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan
mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan alasan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
dan situasi.
Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c) Membina soalan berdasarkan bahan;
(d) Memberi arahan kepada rakan;
(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;
(f) Berbual melalui telefon;
(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan
menjawab soalan yang diajukan;
(i) Permainan komunikatif;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(j) Mengadakan perbahasan;
(k) Perbincangan forum;
(l) Memberi taklimat dan ceramah;
(m) Main peranan;
(n) Simulasi;
(o) Teater bercerita; dan
(p) Drama
Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang
serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan
pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan
perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau
bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau
bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi
bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi
dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari,
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada
orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba
dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya
yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting
pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-
kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar
yang baik mengikut standard tertentu.
Mengapa kemahiran mendengar perlu?
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan
memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam
perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses
pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);
untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat
(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan
apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).
Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara
proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa
dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian
oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat
peringkat proses mendengar:
(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan
terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna
berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan
mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi
bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan
sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.
Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang
pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya
secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran
bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses
yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya
dapat dilakukan.
Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau
propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama
orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.
Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling
asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.
Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,
dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir
apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.
Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih
berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini
tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal
pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh
dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara
lain proses mendengar:
(a) secara pasif;
(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;
(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g) secara kritikal.
Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat,
didengar dan dingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;
(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
berbanding daripada kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
seseorang;
(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan
bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik,
aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis
secara kritis terhadap bentuk dan isi.
Kesimpulannya:
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-
murid, pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap
bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-
bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat,
bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.
Latihan
1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran
bahasa lisan?
2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak
formal beserta dengan contohnya.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 2
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
• Peringkat Penguasaan
• Unsur dan Faktor Keberkesanan
• Prinsip Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran
Mendengar dan Bertutur:
• Peringkat Penguasaan
• Unsur dan Faktor Keberkesanan
• Prinsip Pengajaran
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur,
Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid
terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan
bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis.
Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai
prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar
dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-
unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan
teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan
bertutur
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri
Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)
Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi
kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-
murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk
pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan
penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan
murid-murid berkenaan.
(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)
Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas
secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti
intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan,
tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.
Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan
dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan
masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu
dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan
pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid
boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,
pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut
peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan
peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi;
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai
secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam
kalangan murid-murid.
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,
(a) Kecerdasan:
Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan
keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan
memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan bahasa;
(b) Kesihatan:
Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap
dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak
sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses
pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara
berkesan;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(c) Fizikal:
Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang
berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat
artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses
penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat
yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi
masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan
mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi
masalah kosa kata dalam proses pertuturan;
(d) Persekitaran:
Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan
ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi
petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status
sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-
kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan
masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding
dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan
masyarakat di bandar-bandar;
(e) Jantina:
Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-
kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian
kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan
berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan
(f) Dwibahasa:
Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh
lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami
gangguan daripada bahasa ibundanya.
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa
bertutur, membaca dan menulis;
(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga
bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang
berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;
(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang
dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid
boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai
diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara
maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap
kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti
yang berkaitan;
(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara
yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan
seumpamanya.
(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar
sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa
melaksanakan proses berkenaan;
(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan
kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk
berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan
oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
Tajuk 3
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
• Kaedah
• Teknik Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan:
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya
secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan
pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung
dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan
dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti
sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek
pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik
darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan
(kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan
menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai
kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih
aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh
menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti
mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan
dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran
mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali
meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja,
pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis
pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah
(a) Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan
lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan
unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.
Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur
infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang
betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori
struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk
membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur),
terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih
dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat,
membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini
demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara
lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan
situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:
(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid
yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa
yang digunakan oleh masyarakat;
(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia
dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat
pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa
dengan betul;
(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran
bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika
pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu
setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur
dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa
yang salah;
(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-
murid dalam latihan bertutur;
(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid
mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka
menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.
Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui
aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi
menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;
(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa
pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang
baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat
menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.
Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan
pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada
penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya
begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya,
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam
situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan
kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam
kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor
luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk
menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid
tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi
pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi
penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.
(b) Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang
terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan
kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk
menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan
unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi
bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran
bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi
dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran
bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan
berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran
bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
• Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan
berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan
bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua
kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;
• Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan
mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah;
• Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif.
Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada
pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan
demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi
komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.
Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan
menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik
dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan
lebih berkesan;
• Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam
kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran
pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan
lebih selesa, yakin dan berkesan; dan
• Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika
murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara
yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan
murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu
mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
rakaman menjadi semakin perlu.
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa
dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi
supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul.
Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.
Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos : “Pak cik”?
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Wanita : (terdiam)
Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak
cik?
Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu
baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.
Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin
pun belum.
Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam
pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan
dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-
murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu
sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran
bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai
kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
berkesan.
Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur
Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat
diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan
penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa);
manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu
ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam
interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan
berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.
Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa
dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku
sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara
mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.
Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang
ketara, antara lain:
(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut;
(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru
akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;
(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang
sesuai;
(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang
dipelajari secara induktif, dan
(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar
sebutan dan intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah
ditetapkan seperti berikut:
(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang
mengandungi ayat-ayat yang sempurna.
(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang
diberi.
(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat
menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan
nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan
baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap
berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa
yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan
pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang
boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan
seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim
digunakan dalam sesuatu masyarakat.
Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan
penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-
rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan
dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-
unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid
sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang
dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan
disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,
ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-
hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:
coffee - kopi
school - sekolah
radio - radio
bicycle - basikal
biscuit - biskut
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama
juga.
Subjek Kata kerja Objek
Saya
I
pergi
go
ke sekolah.
to school.
Dia
He
minum
drinks
susu.
milk.
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran
dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang
pengajarannya seperti berikut:
(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;
(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa;
dan
(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh
guru.
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan
memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur
secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang
pengetahuan bahasa;
(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan
(e) Bahasa berbeza antara satu sama lain.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.
Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan
demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama
ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang
dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur
bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa
berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan
murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui
kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru
boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:
(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;
(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;
(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan
(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi
rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.
Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka
meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan
bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa
tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori
interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi
bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran
kecekapan bahasa dan komunikatif.
(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah
mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang
tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam
aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah,
perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya
mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.
(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan
wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk
berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara
pencilan tetapi dalam suatu wacana.
(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang
bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata
lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti
latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu
memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah
dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.
(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan
bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka
melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap
bahasa yang mereka gunakan.
Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah
komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan
bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur
bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam
komunikasi bahasa.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang
prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik
darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah
pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu
mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan
teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh
menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran
kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan
tepat. Antara lain ialah teknik:
(a) Latih tubi; (b) Bercerita;
(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara
(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat
(g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran
(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita
(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi
(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara
Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di
atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat
rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan
kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan
peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.
Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang
sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
Latih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi
bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang
akan ditiru dan dihafaz oleh murid.
Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan
minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.
Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu
bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi
bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan
menyebut fonem /p/
- Pandang pandan tepi pagar depan padang.
- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.
Nyanyian
Bola.
Ali menendang bola.
Ali menendang bola di padang.
daki - laki tari - lari malu - balu
Murid-murid, ikut
cikgu sebut.
Bola. Ali menendang
bola. Ali ….
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-
murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak dan nada yang tertentu.
Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.
Makan kuih di pinggan.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk
menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks
latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa
Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.
Karangan Lisan
Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid
berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan
i. Pak Abu seorang petani.
ii. Dia bekerja di sawah.
iii. Dia menggunakan kerbau
untuk membajak tanah.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi
tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.
Latihan bersoal jawab
Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun
senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Latihan Penghasilan
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.
Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan
bertulis.
Memproses Maklumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-
murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana
timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam
kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.
Contoh:
Senarai barang yang diberi oleh
guru.
• Khemah
• Lampu picit
• Makanan kering
• Makanan basah
• Alat memasak
• Pakaian
• Baldi
• Alat menjahit
• Pisau
• Kapak
• Bantal
• Selimut
• Air
• Susu tin
• Cangkul
• Surat khabar
Murid diminta berimaginasi bahawa mereka
akan pergi berkhemah di bukit selama tiga
hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh
membawa barangan seberat tidak melebihi
20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil
keputusan apa yang paling perlu mereka
bawa dari senarai yang diberi oleh guru.
Mereka juga dikehendaki memberi alasan
mengapa mereka membuat keputusan
begitu.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Interaksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks
sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,
perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari
peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.
Contoh: Lakonan Terkawal
Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa
penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik
kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa
malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh
meletakkan kereta anda.
Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal
dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik
kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang.
Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik
dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi
pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
(a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;
(b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku
(c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog
yang terdapat dalam gambar ini.
Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah
bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan
menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta
pembelajaran yang berkesan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Tajuk 4
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
• Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti
Mendengar dan Bertutur
• Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan
Selepas Aktiviti
• Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran
Sinopsis
Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set
pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan
Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan
mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan
pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas
mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru
dapat dipertahankan.
Hasil Pembelajaran
1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan
Bertutur:
Komponan Persediaan Mengajar
Persediaan Penyampaian Penutup
Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian
Objektif Pengajaran i. Kemahiran
Peneguhan
Tugasan
Isi Pelajaran ii. Kemahiran
menerangkan
Ilustrasi
Ulasan Kendiri
iii. Kemahiran
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar
Menyemak Pengajaran
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Menggunakan Papan
Tulis
iv. Kemahiran Variasi
Rangsangan
v. Kemahiran Menyoal
Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar
kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran
membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas
kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam
usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti
pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu
menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek
pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)
kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor
(menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:
(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga
perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi
contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru
menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan
stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan
dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan
yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh
digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat
atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan
memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan
secara individu sekiranya perlu.
(c) Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan
susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini
guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai
atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @
kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam
perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya.
Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid
melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk
murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid
yang berpotensi cemerlang).
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
(a) Bahan yang sesuai
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan
berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa
Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan
kecenderungan pembelajaran murid:
Kesesuaian dengan
perkara
Penjelasan
Objektif dan matlamat
pengajran
(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan
dapat membantunya mencapai objektif dan
matlamat pengajaran;
(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan amalan dalam kalangan
masyarakat tempatan.
Pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran
(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan
pemilihannya ditentu lebih terdahulu.
Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan
keadaan murid-murid yang belajar bahasa
Melayu; dan
(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan,
status sosioekonomi dan tahap pencapaian
pelajar;
Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana
pembelajaran akan meninggalkan kesan yang
baik kepada murid-murid;
(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran
ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan
bahan; dan
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan
motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
merangsang, mengarah dan menentukan
reaksi murid-murid terhadapnya
Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai,
selari dan dengan minat dan kecenderungan
murid-murid belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi
perhatian kepada perkara-perkara berikut:
(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses
pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam
hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.
Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu
memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong
minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip
berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada
yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan
yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada
bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa
kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat
duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!
(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang
hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai
potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P &
P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu.
Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan
itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu
teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii)
mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv)
kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk
buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi)
bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan
ulangkaji.
(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka
letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan
bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;
(e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan
kerana kewajaran kosnya (munasabah);
(f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan
secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata
pelajaran lainnya;
(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk
diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan
antara sekolah dan wilayah.
Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran
mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu
mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:
Aktiviti latih tubi untuk pertuturan
Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik
menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-
kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.
Aktiviti peniruan dan hafazan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh
guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya
adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.
Aktiviti kemahiran komunikatif
Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana
melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada,
intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu,
murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak
tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu
maksud. Misalnya:
(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara
kepada kelas;
(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;
(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang
diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang
telah dipersetujui bersama;
(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;
(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid
boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman;
dan
(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk
penulisan.
Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid.
Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat
tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan
melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar
dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga
membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.
Aktiviti pengumuman lisan
Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan
terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.
Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur
mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan
yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita
pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil
daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada
sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut
mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh
murid-murid.
Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan
beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat
bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.
Perhatian kepada semua
penumpang Malaysian
Airlines dari Kuala Lumpur ke
Kota Kinabalu, Sabah.
Pesawat akan berlepas pada
pukul 3.00 petang. Semua
penumpang diminta masuk
melalui pintu B3.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Boneka
(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.
(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog
Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan
boneka.
(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan
boneka.
(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi
memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.
(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.
(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada
cerita tadi.
Bahan Kartun
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan
dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.
(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.
Video dan Bahan Sastera
(a) Murid menonton rakaman drama.
(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.
(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama
ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang
Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.
(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang
berkenaan dengan membuat tindakan sendiri.
Gambar Foto (potret)
(a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi
seorang kanak-kanak yang terdapat dalam
foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih,
gembira, takut, marah dan sebagainya.
(b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang
mencetuskan perasaan demikian.
(c) Murid diminta menyenaraikan beberapa
perkara yang menarik tentang pemuda itu
(d) Murid membuat karangan pendek tentang
kanak-kanak tersebut.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)
Kesimpulannya
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai
mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang
penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang
dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan
untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,
keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria
seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan
pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu
adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan
bermakna.
Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu
mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan
pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu
mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

More Related Content

What's hot

Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...FAJAR MENTARI
 
Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanHasriza Mat Jusoh
 
Ciri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesanCiri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesancikgukinah
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasataufiq99
 
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifketerampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifTohir Haliwaza
 
keterampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifketerampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifTohir Haliwaza
 
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainHubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainIjal Mustofa
 
metode pembelajaran Maharah istima'
metode pembelajaran Maharah istima'metode pembelajaran Maharah istima'
metode pembelajaran Maharah istima'Fikri J. Maulana
 
Bab 1 komunikasi bab1-komunikasi
Bab 1 komunikasi bab1-komunikasiBab 1 komunikasi bab1-komunikasi
Bab 1 komunikasi bab1-komunikasiAina Sofieyah
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Berbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikBerbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikRidho Ikhsan
 
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia Mitha Ye Es
 
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...rachelianto
 
Modul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesan
Modul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesanModul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesan
Modul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesanqamachi qusal
 

What's hot (20)

Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
 
Bahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasanBahasa melayu komunikasi tugasan
Bahasa melayu komunikasi tugasan
 
Ciri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesanCiri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesan
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptifketerampilan berbahasa indonesia reseptif
keterampilan berbahasa indonesia reseptif
 
keterampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifketerampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktif
 
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainHubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
metode pembelajaran Maharah istima'
metode pembelajaran Maharah istima'metode pembelajaran Maharah istima'
metode pembelajaran Maharah istima'
 
Bab 1 komunikasi bab1-komunikasi
Bab 1 komunikasi bab1-komunikasiBab 1 komunikasi bab1-komunikasi
Bab 1 komunikasi bab1-komunikasi
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Kelompok 7
Kelompok 7Kelompok 7
Kelompok 7
 
Meningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicaraMeningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicara
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Bahasa manusia 2017
Bahasa manusia 2017Bahasa manusia 2017
Bahasa manusia 2017
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Berbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikBerbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademik
 
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
 
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
KELAS KATA VERBA BAHASA BUGIS PARIT HARUNA DESA PAL IX KECAMATAN SUNGAI KAKAP...
 
Modul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesan
Modul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesanModul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesan
Modul11(kuliah) kemahiran komunikasi berkesan
 

Viewers also liked

Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbauCerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbauFaizah Yusof
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Nor Zura
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakMohammad Yaqin
 

Viewers also liked (7)

Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbauCerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 

Similar to 08 isi pelajaran_1

Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulisshare with me
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2Mohamad Saad Mohamad Nain
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamVini Fakhriyani Ulfah
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutharisanua
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa nak4145
 
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103Ieta Yahya
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3maslinda2015
 
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxWEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxEwei Voon
 
Unsur berbicara edited
Unsur berbicara editedUnsur berbicara edited
Unsur berbicara editedWindiKartika1
 
Modul Artikulasi
Modul ArtikulasiModul Artikulasi
Modul ArtikulasiNonie Intan
 
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Abdullah Dedi Maulana
 
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Abdullah Dedi Maulana
 

Similar to 08 isi pelajaran_1 (20)

Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalam
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Pertemuan 4
Pertemuan 4Pertemuan 4
Pertemuan 4
 
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
 
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxWEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 
Unsur berbicara edited
Unsur berbicara editedUnsur berbicara edited
Unsur berbicara edited
 
Modul Artikulasi
Modul ArtikulasiModul Artikulasi
Modul Artikulasi
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
 
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
 

Recently uploaded

Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikssuser328cb5
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfachsofyan1
 
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang MaxwinBento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang MaxwinBento88slot
 
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOTIDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOTNeta
 
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99
 
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024ADYSULISTIYO2
 
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang MaxwinSakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang MaxwinSakai99
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...Neta
 

Recently uploaded (9)

Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari IniSizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
Sizi99 : Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya & Slot Terbaik Hari Ini
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
 
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang MaxwinBento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
Bento88slot : Situs Judi Slot Online Gacor Hari Ini Viral Gampang Maxwin
 
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOTIDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
IDMPO : SITUS GAME SLOT GACOR & BONUS SLOT 100%, JACKPOT
 
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari IniJasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
Jasatoto99 : Daftar Situs Slot Gacor Maxwin & Situs Slot Terbaru Hari Ini
 
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
Musik Tradisi FLS2N dan Seni Siswa Nasional 2024
 
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang MaxwinSakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 : Daftar Situs Judi Slot Online Gacor Terpercaya Gampang Maxwin
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
 

08 isi pelajaran_1

  • 1. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Konsep • Objektif • Proses dan Bentuk Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: • konsep • objektif • proses dan bentuk Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
  • 2. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) 2.mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; 3.menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 4.menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan 5.mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran
  • 3. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51) KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa- apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan
  • 4. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain; (c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan; (d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu; (e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak; (f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat; (g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;
  • 5. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan (i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan. Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
  • 6. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya; (d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /s mak/ dan seumpamanya;ǝ (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan; (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu; (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
  • 7. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya; (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;
  • 8. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: (a) menyebut dengan jelas; (b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi; (c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat; (d) memberi penerangan dan alasan; (e) menunjuk arah; (f) membina soalan untuk mencari maklumat; (g) bertemu ramah; (h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat; (i) bertutur secara bertatasusila; dan (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan; (b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru; (c) Membina soalan berdasarkan bahan; (d) Memberi arahan kepada rakan; (e) Menerangkan gambar dan bahan grafik; (f) Berbual melalui telefon; (g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri; (h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan; (i) Permainan komunikatif;
  • 9. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (j) Mengadakan perbahasan; (k) Perbincangan forum; (l) Memberi taklimat dan ceramah; (m) Main peranan; (n) Simulasi; (o) Teater bercerita; dan (p) Drama Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak- kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid
  • 10. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan). Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian
  • 11. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea; (b) mencari isi-isi penting; (c) melakukan arahan/ tindak balas; (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) mentafsir makna-makna yang tersirat, (g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan (h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:
  • 12. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) secara pasif; (b) secara bertelau-telau; (c) tanpa tindak balas; (d) secara menebuk-nebuk; (e) dengan beremosi; (f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan (g) secara kritikal. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
  • 13. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati; (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya; (d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang; (e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan; (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan; (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu; (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid- murid, pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi- bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. Latihan 1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal beserta dengan contohnya.
  • 14. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Peringkat Penguasaan • Unsur dan Faktor Keberkesanan • Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: • Peringkat Penguasaan • Unsur dan Faktor Keberkesanan • Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek
  • 15. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur- unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran
  • 16. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid- murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian. Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju. Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bertatasusila; (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar; (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
  • 17. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi; (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu; (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah; (g) Memberi arahan; (h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gambar. Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar; (b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri; (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa; (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu; (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah; (f) Membaca iklan, peraturan-peraturan; (g) Memberi ucapan pendek dan mudah; (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah; (i) Memberi komen secara mudah; dan (j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya; (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya; (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog; (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat; (e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan; (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat; (g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
  • 18. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain; (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan; (j) Mendeklamsi puisi; (k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan (l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor, (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa; (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;
  • 19. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan; (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak- kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar; (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak- kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam
  • 20. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis; (b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu; (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan; (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat- peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan; (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;
  • 21. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Kaedah • Teknik Pengajaran Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi
  • 22. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran
  • 23. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;
  • 24. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat; (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul; (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah; (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid- murid dalam latihan bertutur; (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu; (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya,
  • 25. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: • Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur; • Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur
  • 26. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah; • Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan; • Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan • Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut. Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : “Pak cik”?
  • 27. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum. Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid- murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan
  • 28. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.
  • 29. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus- rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur- unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir- hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut
  • 30. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek Kata kerja Objek Saya I pergi go ke sekolah. to school. Dia He minum drinks susu. milk. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan; (b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; (c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan (e) Bahasa berbeza antara satu sama lain.
  • 31. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan (d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
  • 32. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.
  • 33. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik: (a) Latih tubi; (b) Bercerita; (c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau
  • 34. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ - Pandang pandan tepi pagar depan padang. - Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. Nyanyian Bola. Ali menendang bola. Ali menendang bola di padang. daki - laki tari - lari malu - balu Murid-murid, ikut cikgu sebut. Bola. Ali menendang bola. Ali ….
  • 35. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid- murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu. Selamat datang. Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum. Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.
  • 36. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.
  • 37. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Latihan bersoal jawab Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Latihan Penghasilan Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid- murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru. • Khemah • Lampu picit • Makanan kering • Makanan basah • Alat memasak • Pakaian • Baldi • Alat menjahit • Pisau • Kapak • Bantal • Selimut • Air • Susu tin • Cangkul • Surat khabar Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu.
  • 38. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)
  • 39. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut; (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. Rumusan Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.
  • 40. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur • Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur • Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti • Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. Hasil Pembelajaran 1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan
  • 41. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) 2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; Kerangka Konsep Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Penyampaian Penutup Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian Objektif Pengajaran i. Kemahiran Peneguhan Tugasan Isi Pelajaran ii. Kemahiran menerangkan Ilustrasi Ulasan Kendiri iii. Kemahiran Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Melaksanakan Pengajaran Meneliti Semula Teks Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menyemak Pengajaran
  • 42. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Menggunakan Papan Tulis iv. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Menyoal Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang
  • 43. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai
  • 44. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Objektif dan matlamat pengajran (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu. Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar; Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
  • 45. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar
  • 46. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas; (e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah); (f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya; (g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad- kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid. Aktiviti peniruan dan hafazan
  • 47. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas; (b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut; (c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama; (d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan; (e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti
  • 48. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.
  • 49. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Boneka (a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. (b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. (e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. (f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. Bahan Kartun
  • 50. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. (b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. Video dan Bahan Sastera (a) Murid menonton rakaman drama. (b) Murid dibahagikan kepada kumpulan. (c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.
  • 51. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
  • 52. (BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)