1. B A B 2 – J E N I S - J E N I S K E P I M P I N A N
KOMUNIKASI
KEPIMPINAN (SCCA2013)
2. JENIS-JENIS ATAU CORAK
KEPEMIMPINAN
KEPEMIMPINAN AUTOKRATIK
1. Perhubungan antara pemimpin dengan pengikut
bercorak komunikasi sehala sahaja
- Pemimpin akan memberikan arahan atau perintah
yang terpaksa diikuti oleh pengikut tanpa banyak
persoalan. Komunikasi dari atas ke bawah ini melibatkan
sesuatu prosedur yang terpaksa diikuti pengikut tanpa
adanya maklumbalas daripada pihak bawahan.
3. 2. Dalam kepemimpinan autokratik ini segala
perancangan, membuat keputusan dan perlaksanaan
sesuatu projek itu adalah ditentukan segala-galanya oleh
pemimpin.
3. Pemimpin autokratik hanya menitikberatkan kecekapan
operasi sahaja tanpa mengambilkira hal ehwal atau
kebajikan para pekerjanya.
4. Kecekapan dalam mengendalikan kerja semuanya
diatur oleh pemimpin agar segala unsur-unsur
kemanusiaan tidak memberi banyak kesan kepada para
pekerja.
4. 5. Dalam kepemimpinan autokratik, pemimpin
mempunyai kuasa penuh atau kuasa mutlak untuk
menentukan segala- galanya.
6. Lazimnya setiap polisi adalah diputuskan oleh
pemimpin dan pengikut hanya menurut perintah yang
keluarkan oleh pemimpin. Akibatnya pengikut tidak
tahu arah tuju pemimpin.
7. Pemimpin hanya mengambil satu pendekatan atau
langkah dalam satu-satu masa. dan biasanya pengikut
tidak tahu perancangan pemimpin kerana tidak dikongsi
bersama pengikut.
5. 8. Pemimpin menentukan tugas dan tanggungjawab
para pengikutnya pada satu-satu masa tertentu dan tugas
tersbut terpaksa dipikul oleh pengikut yang diarahkan.
9. Pemimpin boleh mengkritik atau memuji pengikut
secara personal atau suka hatinya kerana kuasa besar ada
pada dirinya.
10. Pemimpin sering memberikan hukuman atau
ganjaran mengikut sesuka hatinya untuk mencapai sesuatu
matlamat atau objektif dirinya.
11. Pemimpin autokratik selalunya meragui pengikut dan
tidak akan mempercayai kebolehan mereka.#