Unit11 : penstafan

10,287 views

Published on

  • Be the first to comment

Unit11 : penstafan

  1. 1. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/1 UNIT 11: PENSTAFANObjektif Am: Memahami dan mengetahui proses penstafan serta kepentinganya dari segi kuantiti dan kualiti dalam organisasi.Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda dapat: • Mendefinisikan penstafan. • Mengenal pasti dan menerangkan proses penstafan. • Menerangkan kepentingan staf dari segi kuantiti dan kualiti. • Mengenalpasti ganjaran dan pampasan yang akan diberikan kepada pekerja
  2. 2. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/2 UNIT 11: PENSTAFAN11.0 PengenalanDi sini kita boleh lihat bahawa sumber organisasi yang terpenting ialah pekerjanya dimana mereka ini menawarkan serta menyumbangkan kemahiran, bakat, kreativiti sertamelahirkan daya usaha dan juga kepimpinan ke arah pencapaian organisasi.Beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh pengurusan sumber manusia dalammenyumbangkan kejayaan organisasi seperti pengambilan pekerja, kemahiran pekerjadalam menjayakan matlamat organisasi. Maka dengan itu di antara tugas-tugas seseorangpengurus yang paling kritis ialah pemilihan, latihan dan pembangunan orang-orang yangdapat membantu organisasi mencapai matlamat-matlamat dengan sebaiknya.11.1 Definisi.Merupakan satu proses pengambilan dan pemilihan sumber manusia secara berterusanbagi mengisi jawatan-jawatan kosong yang wujud di dalam organisasi. Atau boleh jugakita katakan penstafan merupakan calon-calon yang berkelayakan dan mempunyaikemahiran yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan akibat daripada kekosonganyang wujud umpamanya persaraan, pertukaran, perberhentian, kematian dan sebagainya. Sebelum sesuatu organisasi itu memulakan aktivitinya diperingkat awal penubuhan apakah yang perlu difikirkannya mengenai kakitangannya? Mengapa perlu mereka berfikiran demikian?11.2 Proses Penstafan
  3. 3. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/3Proses penstafan atau pengurusan sumber manusia mempunyai beberapa proses yangdijalankan oleh pengurus sumber manusia digambarkan seperti rajah di bawah ini:- luaran dalaman Perancangan Sumber manusia Pengambilan/pengrekrutan Pemilihan Induksi dan orientasi Latihan dan kemajuan/pembangunan Penilaian prestasi Penamatan pekerjaRajah 11.1 Proses Penstafan ( Robert, Wayne Mondy; Human ResourceManagement, 1986)Mari kita lihat proses-proses tersebut satu-persatu dengan merujuk kepada gambarajah diatas; 11.2.1 Perancangan sumber manusia Mengikut R Wayne Mondy dan Robert M Noe ( 1986), perancangan sumber manusia adalah proses di mana pengurusan menentukan siapakah atau berapakah pekerja yang perlu diambil dan diisi pada waktu atau masa-masa yang tertentu. Dengan kata lain ianya menemukan manusia dari luar atau dalam organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja organisasi. Dalam perancangan pula, biasanya langkah-langkah berikut yang diikuti iaitu; 1. Perancangan bagi keperluan-keperluan masa hadapan. • Keperluan tenaga pekerja untuk masa depan ditentukan berdasarkan matlamat , strategi dan program organisasi. 2. Perancangan bagi keseimbangan masa hadapan.
  4. 4. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/4 • Memastikan keperluan tenaga pekerja untuk masa kini, dan masa depan adakah mencukupi untuk menjalankan aktiviti organisasi yang dirancangkan. 3. Perancangan bagi pengambilan dan pemilihan serta perberhentian dibuat berdasarkan ramalan berapakah bilangan kakitangan yang akan berhenti, berpindah dan diperlukan. Perancangan untuk pengambilan, pemilihan, penamatan perkhidmatan dan kemajuan kakitangan dibuat mengikut keperluan organisasi. 4. Perancangan bagi pembangunan. – perseimbangan ini dapat dicapai apabila memenuhi perancangan bagi pengambilan dan pemilihan atau perberhentian pekerja dan juga perancangan bagi pembangunan. Perancangan pembanugnan lebih bertumpukan kepada latihan dan juga pergerakan individu-individu di dalam organisasi berdasarkan kepda pengalaman dan keupayaan pekerja- pekerja. 5. Pengauditan/penilaian prestasi – mengadakan penilaian ke atas sumber- sumber manusia serta menyediakan carta penggantian pekerja bagi menunjukkan kedudukan pekerja pada semua peringkat. Melalui carta ini, aspek berkenaan dengan kedudukan pangkat, tempoh perkhidmatan, tarikh bersara, nama pekerja yang berpotensi/wibawa, keperluan latihan dan bilangan jawatan kososng ditunjukkan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelenggara dan mengawal pekerja. Proses perancangan sumber manusia digambarkan seperti berikut; Persekitaran luaran pp Persekitaran dalaman Perancangan Sumber Manusia Fokuskan keperluan sumber manusia Fokuskan sumber manusia yang ada Membandingkan keperluan Yang ada Permintaan bekalan lebihan pekerja kekurangan pekerja Tiada tindakan hadkan ambilan, rekrut Kurangkan jam pemilihan Bersara awal, berhentiRajah: 11.2 Perancangan Sumber Manusia, Penstafan ( Robert, Wayne Mondy;Human Resource Management, 1986) Dua faktor yang menyebabkan perancangan sumber manusia dilakukan pula adalah;
  5. 5. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/5 ( i )Faktor Dalaman • perubahan dalam organisasi samada pengembangan atau pengecilan organisasi akan mewujudkan jawatan kosong yang meningkat atau pun dipecatkan atau dikekalkan. ( ii ) Faktor Luaran • termasuk ekonomi, politik, sosial, teknologi, budaya dan pasaran. Contohnya ekonomi meleset, sesuatu organisasi tidak dapat mengembangkan perniagaannya kerana akan melibatkan kos yang tinggi dan pihak pengurusan perlu memikirkan perancangan yang lebih menguntungkan dalam keadaan demikian. Berdasarkan pengetahuan anda yang sedia ada, berikan satu contoh faktor luaran yang boleh menyebabkan perancangan sesuatu itu berubah . 11.2.2 Pengambilan Calon Pekerja Ianya merupakan proses menarik minat individu yang mempunyai kelayakan tertentu mengisi atau memohon jawatan tertentu yang wujud dalam satu-satu organisasi. Pengambilan juga dikenali dengan rekrumen. Kaedah pengambilan dalaman termasuklah tawaran pekerjaan dan penempatan pekerjaan dari kalangan ahli organisasi itu sendiri. Kaedah pengambilan luaran pula termasuklah; • Iklan • Agensi pekerjaan • Merekrut melalui sekolah, kolej, universiti • Acara tertentu seperti pameran, televisyen, internet • Intership- menempatkan pelajar dalam pekerjaan sementara ( iaitu latihan praktikum/latihan industri ) • Firma melatih eksekutif • Persatuan professional • Rujukan pekerja ( jabatan tenaga rakyat ) • Usaha individu – iaitu memohon sendiri Kebaikan pengambilan
  6. 6. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/6 Dalaman Luaran • sudah kenal antara satu sama lain. • memenuhi spesifikasi dan diskripsi • memudahkan proses ber-komunikasi. pekerja. • menjimatkan masa, kos dan tenaga. • tampil dengan idea dan kreativiti baru Keburukan pengambilan Dalaman Luaran • tiada idea baru dibawa masuk. • kos yang tinggi untuk melatih pekerja • berlaku perasaan dengki dan irihati. baru. • masa menerangkan kerja-kerjanya dibazirkan. • komunikasi adalah tidak baik pada peringkat awal.Dalam proses pengambilan pekerja, pengurusan perlu membuat analisis pekerjaan. Apapula analisis pekerjaan itu? Mari kita lihat maksud analisis pekerjaan itu.Analisis Pekerjaan didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik untuk menentukankemahiran, tugas dan pengetahuan yang diperlukan untuk melakukan tugas di sesebuahorganisasi.Kemudian tujuan analisis pekerjaan ialah untuk menjawab; 1. Bentuk fizikal dan mental tugas 2. Bila kerja harus lengkap disempurnakan, kerana siap tidak semestinya sempurna 3. Dimana kerja harus disempurnakan (tanggungjawab kerja, objektif kerja) • mungkin ada kerja lain selepas ini atau berkaitan dengan kerja-kerja tersebut • ada kerja lain atau pihak lain masing-masing.Apakah kelulusan yang disempurnakan untuk melakukan pekerjaan, contohnya telahmemiliki sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan layak untuk memohon jawatanseperti kerani.Sebenarnya maklumat analisis perkerjaan boleh dikatakan mempunyai maklumat berikut;
  7. 7. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/7 1. Ringkasan tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan pekerjaan atau jawatan dan juga jawatan lain. 2. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan contohnya pengetahuan diukur melalui sijil manakala kemahiran pula boleh membuat secara praktik. 3. Suasana kerja – contoh pensyarah memberikan kuliah dalam bilik darjah dan bukannya di tengah padang. 4. Analisis pekerjaan terdiri dari diskripsi dan spesifikasi pekerjaan. 5. Diskripsi perkerjaan itu pula adalah dokumentasi maklumat mengenai tugas, kewajiban dan tanggungjawab terhadap pekerjaan. Contohnya, tugas seorang jururawat berkewajiban menjaga pesakit dan bertanggungjawab ke atas tugasnya itu iaitu menjalankan tugas dengan dedikasi. 6. Spesifikasi pekerjaan adalah spesifikasi personal diri pekerja yang mengandungi sifat-sifat pekerja yang dapat memenuhi standard/piawaian diskripsi pekerjaan.Contohnya tadi untuk menjadi seorang jururawat, kelayakannya berumur 25 tahun, pernah menjalani dan mempunyai sijil kursus kejururawatan dan sesetengahnya memerlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun. Sebelum kita ke langkah seterusnya dalam proses penstafan ini, cuba anda carikan contoh analisis pekerjaan atau spesifikasi pekerjaan dalam akhbar-akhbar tempatan dan bincangkan dengan pensyarah anda. 11.2.3 Pemilihan Staf Adalah proses memilih individu yang sesuai daripada sekumpulan pemohon dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan adalah; i) undang-undang di mana dapat mengelakkan diskriminasi ii) jangkamasa buat keputusan samada cepat atau lambat ataupun sesuai iii) jumlah pemohon di mana kadar pemilihan adalah merupakan bilangan pekerja yang dikehendaki terhadap bilangan pemohon. iv) Matlamat organisasi. Manakala langkah-langkah dalam pemilihan pula adalah; 1. Menyemak borang permohonan. • Untuk mempastikan maklumat yang dinyatakan adalah sama dengan diskripsi yang ditetapkan. • Untuk mendapatkan maklumat –maklumat asas mengenai calon tersebut.
  8. 8. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/8 • Untuk melihat setakat mana maklumbalas calon tersebut. • Sebagai rujukan kepada firma apabila calon berkenaan telah diambil sebagai pekerja di organisasi tersebut. 2. Temuduga Awal • Calon-calon akan ditanya mengenai maklumat asas mengenai calon. • Tujuannya melihat kemahiran komunikasi dan juga kesesuaian boleh buat kerja atau tidak. 3. Proses Penilaian atau Pengujian • Untuk menguji kemahiran atau kelayakan atau IQ yang ada pada calon tersebut. • Termasuklah juga ujian kognitif, numerikal dan taakulan. • Tujuannya melihat kebolehan individu melakukan kerja. 4. Temuduga Peringkat kedua (dengan Majikan atau Pengurusan Atasan) • Ujian pengetahuan pekerjaan berasaskan analisis pekerjaan • Tujuan melihat pengetahuan mengenai tugas • Ujian membuat tugas • Ujian minat • Ujian personaliti • Ujian dadah dan AIDs Dari perbualan, calun dan penemuduga akan bertukar maklumat serta mendapat maklumat tambahan. Soalan lebih menumpukan kepada meningkatkan organisasi dan bukan lagi ditumpukan pada pendapaian akademik, pengalaman kerja, kualiti personal (fizikal, tuturkata, rekod, tenang dan sebagainya) Tujuannya melihat kewibawaan atau kebolehan calon mengemukakan idea bernas serta kematangan dalam mengendalikan situasi diri yagn boleh menyumbangkan kepada organisasi dan negara. 5. Tawaran kerja • diberikan kepada calon-calon yang layak dan berjaya. • diberikan setelah menjalani ujian-ujian tertentu seperti ujian kesihatan dan sebagainya.
  9. 9. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/9 AKTIVITI 11A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi kenyataan di bawah: 11.1 Penstafan adalah proses menarik minat individu-individu yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. (B/S) 11.2 Ganjaran yang setimpal dengan prestasi akan merangsangkan pekerja memperbaiki prestasi kerja mereka. (B/S) Soalan Objektif 11.3 Senarai kemahiran, kebolehan dan juga kelayakan yang dikehendaki melakukan satu-satu kerja yang tertentu dikenali sebagai; A. Diskripsi kerja B. Perancangan Sumber Manusia C. Penilaian Prestasi D. Spesifikasi kerja E. Tiada di atas 11.4 Proses menarik minat individu daripada luar organisasi memohon jawatan dalam organisasi itu adalah; A.Pengambilan dalaman B. Pemilihan Pekerja C. Mengimbangi penawaran dengan permintaan D. Penyelidikan mengenai gaji E. Pengambilanluaran
  10. 10. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/10 Padanan B. Padankan terma-terma di bawah dengan maksud yang dinyatakan di bawah maksudkan yang dinyatakan dibawah; Latihan Faktor dalaman Analisis Kerja Pemilihan Staf Pengambilan staf ( Nota : Sesetengah terma mungkin tidak akan digunakan dan sesetengah soalan memerlukan lebih dari satu jawapan.) 11.5 Mengajar pekerja bawahan atau pekerja teknikal melakukan kerja mereka. 11.6 Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab pekerja sebelum pengambilan dilakukan. 11.7 Temuduga pertama adalah dilakukan oleh pengurus bawahan sementara temuduga akhir pula oleh majikan atau pengurusan.
  11. 11. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/11 MAKLUM BALASAKTIVITI 1ASoalan Objektif 11.1 B 11.2 B 11.3 D 11.4 EPadanan 11.5 Latihan 11.6 Analisis pekerjaan 11.7 Pemilihan staf
  12. 12. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/12 11.2.4 Orientasi dan Induksi a. Pepatah menyatakan memulakan sesuatu dengan memuaskan bermakna separuh dari kerja telah dilaksanakan. b. Gomershall dan Mayers (1996) menyatakan program orientasi yang lemah boleh merosakkan organisasi dari segi kewangan kerana mengurangkan keberkesanan kerja dan mungkin menjadi sebab ketidakpuasan hati. c. Bertujuan untuk menyesuaikan pekerja baru dengan persekitaran organisasi. d. Dalam program induksi mengandungi; i) Maklumat mengenai organisasi seperti sejarah, perkembangan, polisi, peraturan dan struktur organisasi itu. ii) Memberitahu tanggungjawab pekerja, skop pekerjaan berdasarkan jawatan- jawatan yang dipegang dan biasanya dibuat secara persendirian e. Program ini mengambil masa yang sedikit sahaja tetapi sangat penting dibuat untuk pekerja-pekerja. 11.2.5 Latihan dan Pembangunan Staf a. Latihan biasanya diberikan kepada pekerja baru, manakala pembangunan dan pembaikan pada pekerja lama dalam sesuatu organisasi. b. Tujuan latihan diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran yang sedia ada pada seseorang pekerja untuk menyempurnakan tugas-tugas semasa c. Tujuan pembangunan pula untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar dapat digunakan pada masa depan. d. Latihan perlu diberikan kerana teori yang dipelajari tidak sama dengan praktikal, maka latihan yan diberikan ini akan disesuaikan dengan organisasi. e. Pembangunan menyediakan kemahiran tambahan kepada kemahiran yang sedia ada untuk digunakan pada masa hadapan atau jangka panjang. f. Ada dua jenis latihan iaitu;
  13. 13. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/13Latihan Semasa Kerja Latihan Perantisan atau di luar Masa Kerja• latihan semasa bekerja • merupakan latihan yang diberikan• pekerja akan melaksanakan tugas seperti kepada pekerja diluar pada waktu biasa tetapi pada masa yang sama, kerja penyelia atau pengurus akan mengajar • program melatih kemahiran seperti pekerja juruelektrik, juruteknik yang lebih• menggunakan kaedah kaunseling, kepada teknikal ataupun yang tiada projek atau tunjukajar kaitan dengan tugas yang dilakukan• tujuan untuk menambah kemahiran tatapi masih ada pertalian lagi dalam pekerja. organisasi sepperti sambung belajar• Kaedah latihan termasuklah pusingan diperingkat lebih tinggi bagi seorang kerja, buat modul atau kerja kumpulan guru berkelulusan SPM. • Kaedah latihan termasuklah kursus, seminar, bengkel ataupun kolokium dan simposium. 11.2.6 Penilaian Prestasi a. Merupakan satu sistem format dalam jangkamasa tertentu melihat dan menilai prestasi kerja individu atau kumpulan. b. Proses Penilaian Prestasi temasuklah; i- kenalpasti matlamat penilaian prestasi seperti prestasi baik akan dapat ganjaran naik pangkat, bonus dan sebagainya dengan tujuan menilai keberkesanan latihan atau program yang telah diadakan. ii- kenalkan skop pekerjaan (analisis pekerjaan) iii- memeriksa cara-cara bekerja iv- penilaian prestasi v- bincang penilaian dengan pekerja dan mengambil langkah-langkah tertentu memperbaiki kelemahan dalam pekerjaan. c. Halangan Dalam Penilaian Prestasi termasuklah; i- Bias ( Pilih Kasih) • Pengurus lelaki lebih mengutamakan pekerja lelaki atau saudara maranya sahaja. ii- Andaian yang salah • Pengurus membuat andaian terhadap kelakuan, sikap pekerja berdasarkan pemerhatiannya sahaja, yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi. Contohnya pekerja diam akan dilabelkan sebagai tidak suka bergaul atau bersosial dan akan dihantar menghadiri seminar untuk bersosial dan memperbaiki komunikasi.
  14. 14. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/14 iii- Halo Effect • Satu keadaan di mana pengurus mengambil sifat-sifat yang tertentu yang ada pada seseorang pekerja dan membuat satu kesimpulannya. Contohnya memakai tudung dikatakan alim. iv- Stereo type • Seorang individu mengambil satu sifat tertentu dan memberi gambaran secara keseluruhan sifat. Contohnya bertindik telinga kiri lalu dikatakan kumpulan yang tertentu. v- Piawaian yang berbeza bagi individu yang berbeza. • Penilaian harus pada satu piawaian sahaja contohnya melihat pada kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Cara-cara mengatasinya; a. Peka pada keputusan dan keadaan, persekitaran pekerja dan kesan keputusan yang dibuat. b. Sebelum buat keputusan mesti buat analisis kebaikan (menyokong) atau kelemahan (tidak menyokong). c. Senaraikan semua kriteria yang digunakan untuk analisa alternatif. d. Kurangkan andaian-andaian yang tidak berpatutan. 11.2.7 Pertukaran dan Pemisahan a. Pertukaran bermaksud bertukar jawatan atau lokasi manakala pemisahan bermaksud meletak jawatan, bersara atau kematian iaitu keluar dari organisasi tersebut. b. Adanya pemisahan masih lagi wujud hubungan dengan organisasi tersebut tetapi pemisahan menyebabkan tiada lagi kaitan dengan organisasi berkenaan. c. Apabila berlaku pertukaran dalam organisasi maka langkah-langkah awal dalam penstafan akan dilakukan semula dan dengan kata lain proses ini akan berulang dan berterusan selagi organisasi berjalan dalam jangkamasa panjang.
  15. 15. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/15 AKTIVITI 11B Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!! Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 11.8 Induksi diberikan kepada pekerja-pekerja lama dalam organisasi. (B/S) 11.9 Latihan tidak perlu diberikan kepada pekerja kerana mereka telah mempunyai kelayakan dan kemahiran. (B/S) 11.10 Penilaian prestasi di kira berdasarkan kepada prestasi kerja. (B/S) 11.11 Pemberhentian pekerja merupakan satu kaedah pertukaran. (B/S) Soalan Esei 11.12 Jelaskan halangan-halangan dalam penilaian prestasi.
  16. 16. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/16 MAKLUM BALASAKTIVITI 11BBetul / Salah11.8 S11.9 S11.10 B11.11 SSoalan Esei11.12 i) Bias ( Pilih Kasih) Pengurus lelaki lebih mengutamakan pekerja lelaki atau saudara maranya sahaja. ii) Andaian yang salah • Pengurus membuat andaian terhadap kelakuan, sikap pekerja berdasarkan pemerhatiannya sahaja, yang boleh mempengaruhi penilaian prestasi. Contohnya pekerja diam akan dilabelkan sebagai tidak suka bergaulatau bersosial dan akan dihantar menghadiri seminar untuk bersosial dan memperbaiki komunikasi. iii) Halo Effect • Satu keadaan di mana pengurus mengambil sifat-sifat yang tertentu yang ada pada seseorang pekerja dan membuat satu kesimpulannya. Contohnya memakai tudung dikatakan alim. iv)Stereo type • Seorang individu mengambil satu sifat tertentu dan memberi gambaran secara keseluruhan sifat. Contohnya bertindik telinga kiri lalu dikatakan kumpulan yang tertentu. v) Piawaian yang berbeza bagi individu yang berbeza. • Penilaian harus pada satu piawaian sahaja contohnya melihat pada kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
  17. 17. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/1711.3 Kepentingan staf dari segi kuantiti dan kualiti 11.3 1 Kuantiti. Staf yang diambil bekerja adalah memenuhi kekosongan jawatan bagi satu-satu organisasi . Maksudnya bilangan staf yang diambil adalah menepati bilangan yang dikehendaki supaya kuantiti staf tadi tidak mengalami kekurangan atau berlebihan bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Contohnya, syarikat penghantaran bungkusan memerlukan ramai pekerja di antara 10 hingga 15 orang yang akan menghantar dan memungut serta memunggah bungkusan. Jadi pengurusan akan mengambil pekerja tidak kurang dari 10 orang dan tidak melebihi 15 orang. 11.3 2 Kualiti Kalau kuantiti kita kaitkan dengan bilangan staf, kualiti pula kita katakan staf yang diambil itu mestilah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan iaitu berkebolehan membuat kerja, berkelayakan dan boleh membuat kerja yang dikehendaki dengan pengawasan yang paling minimum kerana ini akan mengurangkan kos perbelanjaan organisasi. Contohnya, organisasi memerlukan seorang akauntan, maka calon yang memohon untuk diambil bekerja mestilah mempunyai kelayakan dan pengalaman yang maksima dalam bidang kerja tersebut kerana apabila terpilih sudah tentu ia dapat melakukan kerja dengan baik berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.11.4 Pengurusan Pampasan Dan FaedahMembentuk sistem pampasan yang berkesan dan cekap merupakan fungsi pengurusansumber manusia yang penting kerana bagi pekerja, pampasan dan faedah adalah perkarautama yang mereka pertimbangkan semasa memohon pekerjaan atau ingin kekal dalampekerjaan tersebut.Tujuan sistem pengurusan pampasan dan faedah adalah untuk menarik minat danmengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi . Tanpa pentadbiran yangcekap akan memberikan banyak masalah dan seterusnya menjejaskan imej organisasi.Ini adalah kerana pampasan dan faedah mempunyai pengaruh yang kuat terhadapmotivasi, sikap, kepuasan kerja dan produktiviti pekerja. Sebagai contoh, organisasiyang menawarkan lebih banyak kemudahan seperti perubatan, elaun lebih masa danperumahan selain daripada gaji yang tinggi dapat menarik lebih ramai pekerja untukmemohon jawatan yang ditawarkan selain dapat mengekalkan pekerja sedia ada.
  18. 18. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/18Milkovich dan Newman (1993) mendefinisikan pampasan sebagai semua bentukpulangan kewangan dan perkhidmatan nampak serta faedah-faedah lain yang diterimaoleh pekerja sebagai sebahagian daripada perhubungan pekerjaan.Secara umumnya sesebuah organisasi akan memberikan pertimbangan kepada perkara-perkara berikut apabila hendak menentukan jumlah gaji atau upah yang akan diberikankepada pekerja. Ia melibatkan: a. Faktor-faktor penglibatan atau sumbangan pekerja kepada organisasi seperti: pengalaman, prestasi, seniority dan kelayakan. b. Faktor-faktor yang berkaitan dengan deskripsi kerja seperti tugas, tanggungjawab dan keadaan kerja c. Jumlah pampasan atau gaji yang dibayar oleh organisasi lain yang berada di dalam industri yang sama.Milkovich dan Newman (1993) telah menegaskan bahawa sistem pampasan organisasisepatutnya dapat mencapai 3 perkara iaitu: 1. Kecekapan Ia merupakan objektif utama sistem pampasan iaitu membawa kecekapan dalam melaksanakan tugas. Ia termasuklah meningkatkan prestasi, kualiti menyeluruh, fokus kepada pelanggan dan kawalan kos. 2. Keadilan Ia merupakan asas dalam pembentukan sistem pampasan yang memastikan keadilan dalam amalannya untuk semua individu yang berkaitan dengan pekerjaan. 3. Pematuhan Ia adalah objektif yang melibatkan pematuhan program pampasan mengikut undang- undang dan peraturan pampasan yang telah ditetapkan.
  19. 19. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/19 11.5 Faktor yang mempengaruhi Pakej Pampasan dan Faedah Keuntungan Syarikat Saiz Syarikat Jawatan yang dipegang dan prestasiLokasi Geografik TAHAP PAMPASAN DAN FAEDAH Jenis kerja yang dilakukan Falsafah Pengurusan Jenis Perniagaan Kesatuan Insentif Buruh atau Modal Rajah 11.3 Faktor Menentukan Tahap Pampasan dan Faedah. ( Pengurusan Organisasi , Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohad Makhbul ) 11.5.1 Jenis kerja yang dilakukan Kerja yang berbeza memerlukan jenis dan tahap kemahiran yang berbeza. Oleh itu semakin tinggi dan sukar kerj a yang dilakukan maka semakin tinggilah ganjaran yang akan diterima. 11.5.2 Jenis Perniagaan yang dijalankan. Jawatan di sektor swasta mempunyai pakej pampasan dan faedah yang lebih menarik berbanding dengan sektor kerajaan ataupun sektor bukan keuntungan. Perbezaan ini lebih ketara bagi jawatan-jawatan di peringkat pengurusan. Contohnya, perniagaan peruncitan memberikan pampasan yang lebih rendah berbanding dengan perniagaan komunikasi. 11.5.3 Kesatuan Jika organisasi mempunyai kesatuan maka bayaran pampasannya adalah lebih baik berbanding dengan organisasi yang bebas dari kesatuan. 11.5.4 Insentif Buruh atau Modal Jika perniagaan yang dijalankan berintensifkan buruh, ia tidak mengambil lebih banyak pekerja untuk melaksanakan kerja-kerja organisasi tetapi sebaliknya pekerja ini mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Pekerja yang berkemahiran tinggi kebiasaannya mendapat sistem ganjaran yang lebih baik.
  20. 20. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/20 11.5.5 Falsafah Pengurusan. Terdapat organisasi yang mempunyai falsafah bahawa mereka tidak akan membayar pekerja lebih banyak berbanding denga apa yang mereka perolehi. Manakala terdapat organisasi yang membayar pekerjanya dengan kadar yang lebih tinggi untuk menarik minat dan mengekalkan pekerja terbaik dalam organisasi. 11.5.6 Lokasi Goegrafik Pada kebiasaannya kawasan geografik yang mana kos sara hidup adalah tinggi biasanya akan memberikan sistem pampasan yang lebih baik berbanding dengan kawasan geografik yang mempunyai kos sara hidup yang rendah. 11.5.7 Keuntungan Syarikat. Jika organisasi mengalami kejatuhan dari segi keuntungan, maka pasti ia akan memberi kesan besar ke atas pemberian pampasan dan juga faedah. 11.5.8 Saiz Organisasi Organisasi yang bersaiz lebih besar kebiasaannya memberi pampasan yang lebih menarik berbanding dengan pampasan yang diberikan oleh organisasi yang bersaiz sederhana atau kecil. 11.5.9 Jawatan yang dipegang dan Prestasi yang ditunjukkan. Pakej pampasan dan faedah yang lebih baik diberikan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang rendah.
  21. 21. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/21 AKTIVITI 11C Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya Sila semak jawaban anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 11.6 Organisasi memerlukan pekerja yang ramai bagi meneruskan aktiviti- aktivitinya. (B/S) 11.7 Pekerja yang berkualiti dapat membantu organisasi mencapai objektif yang telah ditetapkan. (B/S) 11.8 Pampasan dan faedah penting bagi mengubah sikap dan kepuasan pekerja. (B/S) 11.9 Jumlah pampasan pekerja ditentukan oleh teknologi. (B/S) Soalan Esei 11.10 Bincangkan empat faktor yang menentukan tahap pembayaran faedah dan pampasan.
  22. 22. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/22 MAKLUM BALASAKTIVITI 11CBetul / Salah11.13 S11.14 B11.15 B11.16 SSoalan Esei.11.17Pelajar boleh memilih mana-mana empat faktor daripada lapan yang dihuraikan padamukasurat 19 dan 20.
  23. 23. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/23 PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya !!!!!! Soalan objektif 1. Proses di dalam penstafan bagi memperbaiki prestasi kerja pekerja-pekerja pada masa kini supaya pekerja dapat menguasai kemahiran yang diperlukan disebut sebagai………. A. Latihan B. Pembangunan C. Induksi D. Penilaian Prestasi E. Pengajaran 2. Penyataan huraian kerja menerangkan A. Tentang calon yang bagaimanakah sesuai untuk tujuan tertentu. B. Cara yang bagaimana untuk memohon jawatan yang ditawarkan. C. Kelayakan yang diperlukan. D. Tentang aspek tugas untuk sesuatu jawatan yang diadakan. E. Faktor fizikal calon untuk jawatan yang tertentu. 3. Berikut adalah TIDAK BENAR mengenai program orientasi A. Melengkapkan dokumen pekerjaan. B. Pengenalan terhadap rakan sekerja. C. Pengenalan kepada struktur kerja. D. Mengkaji semua faedah dan perkhidmatan yang ada. E. Pendedahan kepada penyelia tugasan terbaharu. 4. Perancangan Sumber Manusia adalah bertujuan menentukan kesemua perkara di bawah KECUALI: A. Perancangan bagi keperluan-keperluan masa hadapan. B. Perancangan bagi keseimbangan masa hadapan. C. Perancangan bagi pemngambilan dan pemilihan atau pemberhentian pekerja.
  24. 24. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/24 D. Perancangan bagi kenaikan gaji dan ganjaran. E. Perancangan bagi pembangunan dan latihan. 5. Berikut adalah faktor yang mempengaruhi pemilihan; A. Undang-undang. B. Temuduga dengan majikan. C. Tawaran Kerja. D. Orientasi dan Induksi E. Latihan Perantisan. Soalan Esei 1. Apakah proses-proses utama dalam penstafan. Jelaskan. 2. Bezakan di antara deskripsi kerja dan spesifikasi kerja. 3. Senaraikan tujuan mengadakan latihan. 4. Adakah kepentingan staf dari segi kualiti bagi sesebuah organisasi itu.
  25. 25. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/25 MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI Soalan Esei. 1. Proses Penstafan termasuklah; a. Perancangan sumber manusia. b. Pengambilan Staf. c. Pemilihan Staf. d. Orientasi dan Induksi. e. Latihan dan Pembangunan Staf. f. Penilaian Prestasi g. Pertukaran dan Pemisahan. ( Huraian mengenai proses tersebut boleh dirujuk 11.2 ) 2. Diskripsi pekerjaan adalah adalah dokumentasi maklumat mengenai tugas, kewajiban dan tanggungjawab terhadap pekerjaan. Spesifikasi pekerjaan adalah spesifikasi personal diri pekerja yang mengandungi sifat-sifat pekerja yang dapat memenuhi standard/piawaian diskripsi pekerjaan. 3. Tujuannya supaya pekerja-pekerja dalam organisasi sentiasa mempunyai kemahiran yang ditetapkan oleh pengurusan atasan. Di samping menyediakan latihan untuk kemahiran, latihan juga boleh memberikan motivasi kepada pekerja kerana membuatkan pekerja yakin dan percaya dengan apa yang mereka lakukan atau buat kerana keyakinan diri setelah menghadiri latihan. 4. Kualiti bolehlah kita katakan staf yang diambil itu mestilah menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan iaitu berkebolehan membuat kerja, berkelayakan dan boleh membuat kerja yang dikehendaki dengan pengawasan yang paling minimum kerana ini akan mengurangkan kos perbelanjaan organisasi. Soalan Objektif: 1. A 2. D
  26. 26. PENSTAFAN P3119/ UNIT 11/26 3. E 4. D 5. A

×