SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN
MATEMATIK
(SME6044)
KUMPULAN: A
TUGASAN BERKUMPULAN 5:
ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENDEKATAN PENGAJARAN
MATEMATIK YANG BERKESAN
Disediakan untuk:
Pn. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH
Disediakan oleh:
NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732
MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735
NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
1. PENGENALAN
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Konsep
pembelajaran Matematik dikenali sebagai satu proses konstruktif di mana pelajar
membina dan membentuk ilmu Matematik dengan mengaitkan ilmu lain. Kaedah
penyampaian ilmu Matematik yang berkesan sangat penting dalam memastikan sesuatu
pengajaran itu adalah berkesan. Antara pendekatan pengajaran Matematik yang berkesan
ialah pendekatan secara induktif dan deduktif, spiral, konstruktivisme, kontekstual,
pemecahan masalah dan realistik.
Pendekatan secara induktif ialah satu pendekatan yang melibatkan satu proses
penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat
dan seterusnya membuat kesimpulan atau generalisasi terhadap maklumat tersebut.
(Kamaruddin Hussin & Siti Hajar, 2003). Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar
untuk mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta membuat
keputusan tentang sesuatu konsep itu. Manakala, kaedah deduktif pula ialah pendekatan
mengajar yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep (Mok Soon
Sang, 2003). Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan penting untuk mengajar dan
menerangkan tentang sesuatu konsep. Kefahaman pelajar dinilai dari aktiviti-aktiviti pada
peringkat aplikasi.
Kaedah pengajaran secara spiral ialah satu kaedah di mana guru mengajar sesuatu
ilmu, dimulai dengan konsep yang mudah ke konsep yang semakin sukar. Kaedah ini
memerlukan masa yang panjang untuk mengajar kerana pembelajaran yang berperingkat.
Namun, ianya sesuai dengan psikologi pelajar agar lebih bersemangat. Kaedah pengajaran
secara konstruktivisme juga adalah salah satu kaedah pengajaran Matematik yang
berkesan kerana kaedah ini adalah berpusatkan pelajar. Pendekatan konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan
tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Keberkesanan kaedah ini telah
dibuktikan dalam satu kajian oleh Zainal dan Afrinaleni (2009).
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah
ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands – on dan
minds – on. Dalam pendekatan ini, kepelbagaian persekitaran perlu diberi penekanan agar
pelajar dapat menghubungkaitkan tentang sesuatu ilmu dengan kehidupan seharian.
Pendekatan secara penyelesaian masalah adalah salah satu kaedah pengajaran yang
mampu merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar (Musliha
Salma, 2010). Melalui kaedah ini juga, perkembangan metakognisi sesorang pelajar dapat
dikembangkan apabila memerhati dan mengaplikasi pemerhatian ke dalam sesuatu
masalah. Manakala, kaedah realistik iaitu kaedah di mana guru memberi gambaran
tentang sesuatu fenomena terlebih dahulu sebelum mengajar tentang sesuatu topik yang
berkaitan. Kaedah ini sangat bagus dalam meningkatkan kefahaman pelajar.
Walaupun kaedah atau pendekatan pengajaran diakui memberi keberkesanan
yang tinggi kepada para pelajar, terdapat isu-isu yang timbul dalam kalangan guru untuk
mengaplikasikan kaedah-kaedah tersebut. Penulisan ini akan mengupas empat isu yang
berkaitan dengan pendekatan atau kaedah pengajaran Matematik yang dihadapi oleh
guru-guru. Antaranya ialah kaedah pengajaran yang membosankan, penggunaan aplikasi
teknologi sebagai bahan bantu mengajar, persepsi guru terhadap peperiksaan serta
kepercayaan dan pengetahuan pedagogikal kandungan guru.
2. ISU-ISU MENGENAI PENDEKATAN PPENGAJARAN MATEMATIK YANG
BERKESAN
2.1. PENGGUNAAN KAEDAH TRADISIONAL
Sistem pendidikan di seluruh dunia bermula dengan kaedah „chalk and talk‟, iaitu
penggunaan kapur putih dan papan hitam. Pembelajaran ini berpusatkan guru di mana
guru akan berada di hadapan kelas dan mengajar. Pelajar akan duduk secara pasif di
tempat duduk masing-masing dan mendengar sesi pembelajaran dari guru.
Menurut Ng dan Siow (2003), kajian di Malaysia menunjukkan bahawa guru
pakar sains sekolah menengah masih mendominasi sebanyak 74% daripada interaksi
verbal bilik darjah. Dan ini menunjukkan interaksi verbal didominasi oleh guru. Kajian
(Tay, 2008) terhadap 13 buah sekolah rendah kebangsaan mendapati terdapat lima jenis
interkasi verbal, iaitu; pernyataan guru 40%, soalan guru 40%, pernyataan pelajar 14%,
soalan pelajar 0.5% dan keadaan senyap atau kekeliruan 33.9%. Peratusan ini masih
memperlihatkan guru mendominasi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di dalam bilik darjah.
Tidak dapat kita nafikan bahawa sekian ramai cendekiawan dari seluruh dunia
dilahirkan sejak berabad lamanya dengan menggunakan kaedah tradisional. Apakah kini
kita ingin mempersoalkan keberkesanan pembelajaran secara tradisional?
Selari dengan pembangunan dunia teknologi yang begitu pesat, masyarakat sudah
berubah daripada perhubungan dengan menggunakan surat kepada menggunakan email,
telefon dan media sosial. Buku juga boleh didapati dan dibaca melalui atas talian. Justeru
dunia pendidikan menuntut pembaharuan dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran
selaras dengan perkembangan teknologi. Menurut Ruhizan dan Maizan (2013), pengajaran
tradisional tidak lagi memenuhi keperluan semasa dan ini menuntut suatu penyelidikan
keberkesanan kaedah baru atau inovasi pendidikan bagi membantu penambahbaikan
amalan sedia ada.
Pembelajaran secara tradisional sudah tidak relevan untuk diaplikasikan
sepenuhnya di dalam kelas. Pelajar yang terdiri daripada generasi Y yang dilahirkan pada
abad ke-21 mudah merasa bosan, tidak seronok dan kurang semangat ingin tahu apabila
mempelajari sesuatu mata pelajaran secara pasif dan tidak membina kemahiran berfikir
mereka secara optimum.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan penggunaan bahan
multimedia dalam PdP. Antaranya, kajian oleh Rohani (2008) menunjukkan proses PdP
menggunakan Kalkulator Grafik didapati menunjukkan keberkesanan secara signifikan,
berbanding secara konvensional dan perisian Autograph. Manakala penemuan oleh
Kamariah (2009) mendapati, penggunaan Geometer‟s Sketchpad (GSP) menyebabkan
proses berfikir matematik lebih tinggi di kalangan kumpulan GSP. Penemuan ini
menunjukkan bahawa penggunaan GSP memberi impak kepada kaedah berfikir matematik
dan prestasi pelajar.
Maka keperluan guru untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan
menggunakan alat bantu mengajar berkonsepkan multimedia adalah sangat penting dalam
memastikan kelangsungan kecemerlangan pendidikan negara.
2.2. CABARAN GURU BERHADAPAN DENGAN APLIKASI TEKNOLOGI
Selari dengan perkembangan pendidikan di negara kita, infrastruktur yang disediakan
kepada sekolah juga semakin bertambah. Kemudahan dalam bilik darjah turut dinaitaraf
kepada penggunaan teknologi atau ICT yang terkini seperti komputer, projektor dan LCD,
kamera video digital dan lain lain. Namun begitu, penggunaan ICT dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran telah menjadi satu isu dalam pendidikan Matematik (Sabri, Tengku &
Aziz, 2006). Penggunaan alat-alat teknologi ini dalam kalangan guru masih berada pada
tahap yang rendah (Al-Muz-Zammel & Muezzam, 2009; Abd Wahab, Kamaliah &
Hasrina, 2006).
Terdapat beberapa faktor utama yang menjadi penghalang dan cabaran untuk
guru-guru di sekolah menggunakan alatan teknologi yang disediakan seperti faktor
kepakaran, teknikal dan masa. Menurut Al-Muz-Zammel dan Muezzam (2009), tahap
kemahiran guru untuk menggunakan aplikasi dan alat-alat ICT yang dibekalkan adalah
pada tahap yang sederhana. Guru-guru hanya mempunyai pengetahuan tentang perkara-
perkara asas tentang komputer sahaja. Walaupun perisian-perisian yang dibekalkan
kerajaan adalah bersifat mesra pengguna, namun penguasaan terhadap cara
menggunakannya tidak boleh dipelajari dengan membaca buku panduan, tetapi
memerlukan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi. Jadi, kekurangan latihan dan
insiatif guru dalam mempelajari kaedah menggunakan ICT telah menyebabkan mereka
masih menggunakan pendekatan tradisional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.
Selain itu, masalah teknikal masih tidak dapat dielakkan walaupun spesifikasi
peralatan yang digunakan untuk tujuan pembangunan perisian telah memenuhi keperluan
minimum. Masalah yang timbul adalah seperti putus bekalan elektrik, komputer rosak,
serangan virus, kehilangan data serta prestasi kelajuan komputer yang agak perlahan
ketika proses membangunkan perisian menganggu keluaran hasil yang berkualiti juga
menjadi cabaran kepada guru dalam mengaplikasikan teknologi dalam sesi pembelajaran.
Bukan sahaja kekurangan tenaga yang mahir untuk dirujuk ketika berlaku kerosakan
(Johari, Hasmiza & Rohaya, 2014), bahkan pihak pentadbir sekolah juga merupakan salah
satu punca wujudnya isu di sekolah. Pihak pentadbir kurang prihatin terhadap bilangan
guru terlatih di dalam bidang ICT yang masih belum mencukupi. Hal ini berlaku kerana
pihak pentadbir tidak mengambil peduli sama ada guru yang mengajar mengikut
opsyennya ataupun tidak.
Faktor masa juga menjadi kekangan kepada guru dalam menggunakan peralatan
ICT yang disediakan. Faktor ini berkait rapat dengan faktor kekurangan kemahiran dalam
diri guru di mana seseorang guru yang kurang mahir menggunakan peralatan teknologi ini
akan mengambil masa untuk memulakan sesi pengajaran. Tempoh masa suatu sesi
pembelajaran bagi setiap subjek adalah agak pendek. Jadi, penggunaan ICT akan
menyebabkan guru-guru tidak mampu untuk menghabiskan silibus yang ditetapkan.
Kekangan masa juga menyebabkan guru menghasilkan perisian mengikut keperluan topik
itu sendiri. Sebagai contoh, video yang dipaparkan tidak dapat diperolehi dari mana-mana
sumber menyebabkan pembangun terpaksa merancang dan menghasilkan sendiri video-
video tersebut bagi memenuhi kehendak isi kandungan. Kekurangan masa telah
menghadkan kesempurnaan perisian ini.
Keberkesanan penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah
dibuktikan berbanding penggunaan kaedah tradisional dalam sesi pembelajaran (Azura,
Zakaria, Hasan & Bahaman, 2015). Langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang
dihadapi guru ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan, khususnya kementerian
pendidikan Malaysia dan pihak pentadbiran sekolah. Guru-guru juga perlu mengambil
inisiatif dalam meningkatkan kemahiran menggunakan peralatan ICT yang disediakan.
2.3. MENGAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Pembelajaran dan peperiksaan merupakan dua aktiviti utama dalam alam persekolahan.
Gaya pembelajaran merupakan satu faktor penting yang menentukan pencapaian dan
personaliti pelajar. Seandainya pengajaran dan pembelajaran berkenaan adalah bertujuan
ke arah peperiksaan, maka gaya pembelajarannya agak berlainan berbanding gaya
pembelajaran yang berteraskan kepada mendapatkan ilmu sebanyak mana yang mungkin.
Di samping itu, media juga memainkan peranan dalam meningkatkan pencapaian
pelajar dalam peperiksaan. Kini akhbar-akkhbar harian begitu lumrah mengiklankan atau
menghebohkan kepada masyarakat akan keperluan seorang pelajar untuk mendapatkan
Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan.malahan terdapat
iklan-iklan tuisyen yang menjamin pelajar akan mendapat semua A dalam peperiksaan
peringkat kebangsaan.
Seperti apa yang berlaku pada sistem pendidikan di Hong Kong yang
mengamalkan pembelajaran berasaskan peperiksaan, terdapat pelbagai masalah atau isu
yang timbul dalam sistem pendidikan di sana. Antaranya ialah (1) pelajar menerima apa
sahaja yang diajar oleh guru tanpa banyak persoalan, (2) pelajar dan guru lebih
memfokuskan kepada apa yang tercatat dalam kurikulum peperiksaan dan tidak akan
membaca bahan yang dianggap tidak termasuk dalam peperiksaan awalupun ianya penting
dan (3) pelajar akan menumpukan tugasan yang hanya akan dinilai dan diberikan markah
sahaja.
Guru merupakan faktor penting dalam memainkan peranan untuk meningkatkan
mutu pendidikan terutamanya bagi menentukan pencapaian cemerlang pelajar. Dalam
pembelajaran berasaskan peperiksaan, guru akan bekerja keras untuk menghabiskan
kurikulum peperiksaan, namun terdapat tajuk-tajuk yang tidak diajar yang dianggap
kurang penting dan pelajar boleh menelaahnya sendiri. Keadaan ini akan mendorong
pelajar mencari tuisyen yang kini wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mencemerlangkan pelajar-pelajarnya
dengan memperbanyakkan latiihan, tunjuk ajar, kelas tamabahan dan sebagainya bagi
memastikan pelajar memahami dan memanfaatkan sepenuhnya apa yang diajar. Namun
pengajaran dan pembelajaran matematik yang diajar di sekolah-sekolah kini, hanya
memfokuskan pengiraan dan pengunaan rumus serta pemberian soalan latih tubi kepada
para pelajar (Zaleha Ismail & Arinah Zaidan, 2009). Senario tersebut menunjukkan
seolah-olah pelajar dibentuk menjadi mesin menjawab soalan dan tugasan tanpa
memahami apa yang mereka lakukan.
2.4. PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) GURU
Shulman (1986) telah memperkembangkan satu kerangka baru untuk pendidikan guru
dengan memperkenalkan konsep PPIK yang dimuatkan dalam penulisan beliau yang
bertajuk, Knowledge growth in teaching. PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik
bagi seorang guru dan ianya berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan
pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) dengan pengetahuan isi kandungan (apa
yang perlu diajar). PPIK merupakan salah satu daripada tujuh asas pengetahuan yang perlu
dimilik oleh seorang pendidik. Tujuh asas tersebut ialah (1) pengetahuan isi kandungan,
(2) pengetahuan pedagogi am, (3) pengetahuan kurikulum, (4) PPIK, (5) pengetahuan
tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar, (6) pengetahuan tentang konteks pendidikan dan (7)
pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan (Shulman, L. S., 1986).
Kefahaman prosedural dan kefahaman konseptual merupakan sebahagian
daripada PPIK. Kefahaman prosedural merujuk kepada kebolehan individu menerangkan
langkah untuk mendapatkan jawapan tanpa mengetahui sebab dan tujuan langkah tersebut
digunakan dalam proses pengiraan atau penyelesaian masalah. Didapati kebanyakan guru
matematik sekolah menengah hanya memiliki kefahaman prosedural dan tidak memiliki
kefahaman konseptual yang kukuh ketika menerangkan konsep fungsi (Macgehee, J.J.,
1990). Namun begitu, terdapat juga guru yang berjaya mengembangkan kefahaman
prosedural kepada kefahaman konseptual setelah melalui kursus-kursus dlaaman
berhubung dengan kaedah mengajar.
Tahap PPIK yang rendah di kalangan guru juga telah dibuktikan melalui kajian
oleh Tengku Zawai et. al. (2009). Kebanyakan guru didapati matematik yang baru hanya
menyampaikan pengajaran mengenai konsep asas dan operasi pecahan berpandukan
kefahaman prosedural semata-mata. Malah, pengajaran dilakukan dengan berpusatkan
guru dengan menggunakan simbol dan istilah yang abstrak tanpa memberikan kefahaman
asas yanng konkrit kepada pelajar. Turut membimbangkan ialah masih terdapat dalam
kalangan guru matematik berpengalaman yang juga menyampaikan pengajaran dengan
cara yang sama. (Tengku Zawai, Ramlee M., & Abdul Razak, 2009).
Selain daripada teknik penyampaian dalam pengajaran, kebolehan untuk menyoal
dan mengemukan soalan juga merupakan salah satu elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan mengemukan soalan adalah sangat penting
untuk menghasilkan sesuatu keputusan dalam suatu lapangan dengan cara yang lebih
sistematik. Seorang guru hendaklah merancang soalan yang akan dikemukan dengan teliti
agar ianya mampu memandu pelajar untuk lebih mendalaminya dan lebih memahami
konsep yang ditekankan. Jika guru dapat memanfaatkan soalan secara efektif, para pelajar
akan sedar bahawa soalan itu telah menghasilkan pembelajaran yang sangat bermakna
(Lewis, Karron G., 2002).
3. KESIMPULAN
Dalam menghasilkan suatu PdP yang berkesan, tanggungjawab tidak terletak di bahu guru
dan pelajar sahaja. Kerjasama daripada pihak sekolah juga amat penting. Pihak sekolah
perlu mengutamakan keperluan pembelajaran pelajar melebihi kepentingan menjalankan
aktiviti sekolah. Dengan ini, guru akan mempunyai lebih banyak masa untuk merancang
dan menyediakan suatu set pembelajaran berkesan, tanpa terbeban dengan tugasan luar
yang memakan masa dan tenaga guru.
Mungkin sampai masanya untuk pihak kementerian meneliti semula bebanan
tugas guru agar guru dapat fokus kepada membina pembelajaran berkesan terhadap para
pelajar di dalam kelas, sekaligus menjamin keputusan pelajar yang lebih cemerlang.
RUJUKAN
Abdul Wahab Ismail Ghani, Kamaliah Hj Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan
Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah
Menengah : Satu Kajian Kes. Kajian Malaysia, XXIV(1&2), pp. 203-225.
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat, & Bahaman Abu Samah. (2009).
Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian
Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia, 79-89.
Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, & Rohaya Abu Hassan. (2014). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian ICT dalam Proses Pengajaran dan. Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.
Kamariah et. al. (2009). Effect of utilizing Geometer's Sketchpad on performance and
mathematical thinking of secondary mathematics learners: An initial exploration.
International Journal of Education and Information Technologies, 1(3), 20-27.
Kamaruddin Husin, & Siti Hajar. (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lewis, Karron G. (2002). Developing questioning skills, Section 5 Improving specific
teaching techniques. Center for Teaching Effectiveness.
M.Al-Muz-Zammil Bin Yasin, & Abd. Muezzam Shah Bin Abdullah. (2009). Penggunaan
ICT dalam Kalangan Guru Pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan di UTM.
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Macgehee, J.J. (1990). Prospective secondry teachers‟ knowledge of the function concept.
Dissertation Abstracts International, 456.
Musliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui
Pembelajaran Berasaskan Masalah. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Ng, S. B. & Siow, H. L. (2003). Creating a Thoughtful Classroom: Teaching Profile of
Science Teachers in Malaysiaan Secondary School. Paper presented at International
Conference on Science and Mathematics Education, Kuala Lumpur.
Rohani Ahmad Tarmizi et. al. (2008). Instructional Efficiency of Utilization of Autograph
Technology Vs Handheld Graphing Calculator for Learning Algebra. International
Journal of Education and Information Technologies, 2(3), 184-193.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal, & Aziz Omar. (2006). Isu-isu dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.
Sang, M. S. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2) : Psikologi Pendidikan
& Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 15(2), 4-14.
Tay, C. S. (2008). Amalan Pendekatan Konstruktivisme Di Sekolah Rendah Melalui Interaksi
Verbal Bilik Darjah. Draf Tesis Sarjana Kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Tengku Zawai, Ramlee M., & Abdul Razak. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34(1), 131-153.
Zainal Abidin Bin Zainuddin, & Afrinaleni Binti Suardi. (2009). Keberkesanan Kaedah
Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik . Johor Bahru:
Universiti Teknologi Malaysia.
Zaleha Ismail & Arinah Zaidan. (2009). Pembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi
kehidupan seharian dlama majalah web dinamik 'Dunia Matematik'. Universiti

More Related Content

What's hot

Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematikikhwankmk92
 
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Samsul Hamdan
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahDgMasniah
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikFarah Waheeda
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemiknooriza kassim
 
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Sherly Jewinly
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasAnjini Anjni
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluIJRESJOURNAL
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Nurul Atiyah
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianDamairin Selangor
 
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoPengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoSazali Mohd Bee
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAdam Amsyar
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian eLily Ting
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Muhammad Akbar
 

What's hot (20)

Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
 
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
 
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
 
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
Penggunaan Tools atau Alatan dalam Pembelajaran Abad Ke 21
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
 
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoPengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian e
 
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Tugasan 3 Kajian TinjauanTugasan 3 Kajian Tinjauan
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Edu ke3
Edu ke3Edu ke3
Edu ke3
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
 
Interaksi 8
Interaksi 8 Interaksi 8
Interaksi 8
 

Viewers also liked

Hbmt4103 teaching mathematics in form three
Hbmt4103 teaching mathematics in form threeHbmt4103 teaching mathematics in form three
Hbmt4103 teaching mathematics in form threemarshiza
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Pengajaran matematik tingkatan satu
Pengajaran matematik tingkatan satuPengajaran matematik tingkatan satu
Pengajaran matematik tingkatan satumarshiza
 
Kaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktifKaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktifRena Rozaini
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Hbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalHbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalAzzean Syah
 

Viewers also liked (14)

Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Rpt maths t5 2013
Rpt maths t5 2013Rpt maths t5 2013
Rpt maths t5 2013
 
HBMT 4203
HBMT 4203HBMT 4203
HBMT 4203
 
HBMT4103
HBMT4103 HBMT4103
HBMT4103
 
Kerjakursus
KerjakursusKerjakursus
Kerjakursus
 
HBMT 3103
HBMT 3103HBMT 3103
HBMT 3103
 
Hbmt4103 teaching mathematics in form three
Hbmt4103 teaching mathematics in form threeHbmt4103 teaching mathematics in form three
Hbmt4103 teaching mathematics in form three
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Pengajaran matematik tingkatan satu
Pengajaran matematik tingkatan satuPengajaran matematik tingkatan satu
Pengajaran matematik tingkatan satu
 
Kaedah Induktif
Kaedah InduktifKaedah Induktif
Kaedah Induktif
 
Kaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktifKaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktif
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Hbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalHbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 final
 

Similar to TUGASAN 5

Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044nik_mastura
 
Pendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikPendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikintansyafika
 
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...Irma Gurlz
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahFarah Waheeda
 
Pendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik Darjahikhwankmk92
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahShalina Mustaffa
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranpeggylau9318
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Sivaneswari Muniandy
 
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math LearningSumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math LearningMagdalene Lim
 
Teknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxTeknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxanwarjuli
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivfatimah Baharin
 
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajarankel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaranYenima27
 
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...State University of Medan
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 

Similar to TUGASAN 5 (20)

Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
 
Bil1 2 artikel3
Bil1 2 artikel3Bil1 2 artikel3
Bil1 2 artikel3
 
Presentation full
Presentation fullPresentation full
Presentation full
 
Pendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematikPendekatan pengajaran matematik
Pendekatan pengajaran matematik
 
Presentation full
Presentation fullPresentation full
Presentation full
 
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...Kumpulan 5   Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
Kumpulan 5 Pendekatan Pengajaran Matematik yang dilakasanakan dalam bilik d...
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
Pendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik Yang Dilaksanakan Dalam Bilik Darjah
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 
Modul istilah
Modul istilahModul istilah
Modul istilah
 
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math LearningSumber Pembelajaran Terbuka : S-D  Math Learning
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning
 
Teknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docxTeknologi Pendidikan.docx
Teknologi Pendidikan.docx
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
 
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajarankel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
 
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 

More from SYAZWANI IBRAHIM

Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiSYAZWANI IBRAHIM
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 

More from SYAZWANI IBRAHIM (10)

Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Pembentangan 2
Pembentangan 2Pembentangan 2
Pembentangan 2
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
 

Recently uploaded

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 

Recently uploaded (20)

1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 

TUGASAN 5

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (SME6044) KUMPULAN: A TUGASAN BERKUMPULAN 5: ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENDEKATAN PENGAJARAN MATEMATIK YANG BERKESAN Disediakan untuk: Pn. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH Disediakan oleh: NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732 MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735 NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
  • 2. 1. PENGENALAN Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Konsep pembelajaran Matematik dikenali sebagai satu proses konstruktif di mana pelajar membina dan membentuk ilmu Matematik dengan mengaitkan ilmu lain. Kaedah penyampaian ilmu Matematik yang berkesan sangat penting dalam memastikan sesuatu pengajaran itu adalah berkesan. Antara pendekatan pengajaran Matematik yang berkesan ialah pendekatan secara induktif dan deduktif, spiral, konstruktivisme, kontekstual, pemecahan masalah dan realistik. Pendekatan secara induktif ialah satu pendekatan yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat dan seterusnya membuat kesimpulan atau generalisasi terhadap maklumat tersebut. (Kamaruddin Hussin & Siti Hajar, 2003). Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta membuat keputusan tentang sesuatu konsep itu. Manakala, kaedah deduktif pula ialah pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep (Mok Soon Sang, 2003). Dalam kaedah ini, guru memainkan peranan penting untuk mengajar dan menerangkan tentang sesuatu konsep. Kefahaman pelajar dinilai dari aktiviti-aktiviti pada peringkat aplikasi. Kaedah pengajaran secara spiral ialah satu kaedah di mana guru mengajar sesuatu ilmu, dimulai dengan konsep yang mudah ke konsep yang semakin sukar. Kaedah ini memerlukan masa yang panjang untuk mengajar kerana pembelajaran yang berperingkat. Namun, ianya sesuai dengan psikologi pelajar agar lebih bersemangat. Kaedah pengajaran secara konstruktivisme juga adalah salah satu kaedah pengajaran Matematik yang berkesan kerana kaedah ini adalah berpusatkan pelajar. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Keberkesanan kaedah ini telah dibuktikan dalam satu kajian oleh Zainal dan Afrinaleni (2009). Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands – on dan minds – on. Dalam pendekatan ini, kepelbagaian persekitaran perlu diberi penekanan agar pelajar dapat menghubungkaitkan tentang sesuatu ilmu dengan kehidupan seharian.
  • 3. Pendekatan secara penyelesaian masalah adalah salah satu kaedah pengajaran yang mampu merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar (Musliha Salma, 2010). Melalui kaedah ini juga, perkembangan metakognisi sesorang pelajar dapat dikembangkan apabila memerhati dan mengaplikasi pemerhatian ke dalam sesuatu masalah. Manakala, kaedah realistik iaitu kaedah di mana guru memberi gambaran tentang sesuatu fenomena terlebih dahulu sebelum mengajar tentang sesuatu topik yang berkaitan. Kaedah ini sangat bagus dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Walaupun kaedah atau pendekatan pengajaran diakui memberi keberkesanan yang tinggi kepada para pelajar, terdapat isu-isu yang timbul dalam kalangan guru untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah tersebut. Penulisan ini akan mengupas empat isu yang berkaitan dengan pendekatan atau kaedah pengajaran Matematik yang dihadapi oleh guru-guru. Antaranya ialah kaedah pengajaran yang membosankan, penggunaan aplikasi teknologi sebagai bahan bantu mengajar, persepsi guru terhadap peperiksaan serta kepercayaan dan pengetahuan pedagogikal kandungan guru. 2. ISU-ISU MENGENAI PENDEKATAN PPENGAJARAN MATEMATIK YANG BERKESAN 2.1. PENGGUNAAN KAEDAH TRADISIONAL Sistem pendidikan di seluruh dunia bermula dengan kaedah „chalk and talk‟, iaitu penggunaan kapur putih dan papan hitam. Pembelajaran ini berpusatkan guru di mana guru akan berada di hadapan kelas dan mengajar. Pelajar akan duduk secara pasif di tempat duduk masing-masing dan mendengar sesi pembelajaran dari guru. Menurut Ng dan Siow (2003), kajian di Malaysia menunjukkan bahawa guru pakar sains sekolah menengah masih mendominasi sebanyak 74% daripada interaksi verbal bilik darjah. Dan ini menunjukkan interaksi verbal didominasi oleh guru. Kajian (Tay, 2008) terhadap 13 buah sekolah rendah kebangsaan mendapati terdapat lima jenis interkasi verbal, iaitu; pernyataan guru 40%, soalan guru 40%, pernyataan pelajar 14%, soalan pelajar 0.5% dan keadaan senyap atau kekeliruan 33.9%. Peratusan ini masih memperlihatkan guru mendominasi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah.
  • 4. Tidak dapat kita nafikan bahawa sekian ramai cendekiawan dari seluruh dunia dilahirkan sejak berabad lamanya dengan menggunakan kaedah tradisional. Apakah kini kita ingin mempersoalkan keberkesanan pembelajaran secara tradisional? Selari dengan pembangunan dunia teknologi yang begitu pesat, masyarakat sudah berubah daripada perhubungan dengan menggunakan surat kepada menggunakan email, telefon dan media sosial. Buku juga boleh didapati dan dibaca melalui atas talian. Justeru dunia pendidikan menuntut pembaharuan dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi. Menurut Ruhizan dan Maizan (2013), pengajaran tradisional tidak lagi memenuhi keperluan semasa dan ini menuntut suatu penyelidikan keberkesanan kaedah baru atau inovasi pendidikan bagi membantu penambahbaikan amalan sedia ada. Pembelajaran secara tradisional sudah tidak relevan untuk diaplikasikan sepenuhnya di dalam kelas. Pelajar yang terdiri daripada generasi Y yang dilahirkan pada abad ke-21 mudah merasa bosan, tidak seronok dan kurang semangat ingin tahu apabila mempelajari sesuatu mata pelajaran secara pasif dan tidak membina kemahiran berfikir mereka secara optimum. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan penggunaan bahan multimedia dalam PdP. Antaranya, kajian oleh Rohani (2008) menunjukkan proses PdP menggunakan Kalkulator Grafik didapati menunjukkan keberkesanan secara signifikan, berbanding secara konvensional dan perisian Autograph. Manakala penemuan oleh Kamariah (2009) mendapati, penggunaan Geometer‟s Sketchpad (GSP) menyebabkan proses berfikir matematik lebih tinggi di kalangan kumpulan GSP. Penemuan ini menunjukkan bahawa penggunaan GSP memberi impak kepada kaedah berfikir matematik dan prestasi pelajar. Maka keperluan guru untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan menggunakan alat bantu mengajar berkonsepkan multimedia adalah sangat penting dalam memastikan kelangsungan kecemerlangan pendidikan negara.
  • 5. 2.2. CABARAN GURU BERHADAPAN DENGAN APLIKASI TEKNOLOGI Selari dengan perkembangan pendidikan di negara kita, infrastruktur yang disediakan kepada sekolah juga semakin bertambah. Kemudahan dalam bilik darjah turut dinaitaraf kepada penggunaan teknologi atau ICT yang terkini seperti komputer, projektor dan LCD, kamera video digital dan lain lain. Namun begitu, penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah menjadi satu isu dalam pendidikan Matematik (Sabri, Tengku & Aziz, 2006). Penggunaan alat-alat teknologi ini dalam kalangan guru masih berada pada tahap yang rendah (Al-Muz-Zammel & Muezzam, 2009; Abd Wahab, Kamaliah & Hasrina, 2006). Terdapat beberapa faktor utama yang menjadi penghalang dan cabaran untuk guru-guru di sekolah menggunakan alatan teknologi yang disediakan seperti faktor kepakaran, teknikal dan masa. Menurut Al-Muz-Zammel dan Muezzam (2009), tahap kemahiran guru untuk menggunakan aplikasi dan alat-alat ICT yang dibekalkan adalah pada tahap yang sederhana. Guru-guru hanya mempunyai pengetahuan tentang perkara- perkara asas tentang komputer sahaja. Walaupun perisian-perisian yang dibekalkan kerajaan adalah bersifat mesra pengguna, namun penguasaan terhadap cara menggunakannya tidak boleh dipelajari dengan membaca buku panduan, tetapi memerlukan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi. Jadi, kekurangan latihan dan insiatif guru dalam mempelajari kaedah menggunakan ICT telah menyebabkan mereka masih menggunakan pendekatan tradisional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, masalah teknikal masih tidak dapat dielakkan walaupun spesifikasi peralatan yang digunakan untuk tujuan pembangunan perisian telah memenuhi keperluan minimum. Masalah yang timbul adalah seperti putus bekalan elektrik, komputer rosak, serangan virus, kehilangan data serta prestasi kelajuan komputer yang agak perlahan ketika proses membangunkan perisian menganggu keluaran hasil yang berkualiti juga menjadi cabaran kepada guru dalam mengaplikasikan teknologi dalam sesi pembelajaran. Bukan sahaja kekurangan tenaga yang mahir untuk dirujuk ketika berlaku kerosakan (Johari, Hasmiza & Rohaya, 2014), bahkan pihak pentadbir sekolah juga merupakan salah satu punca wujudnya isu di sekolah. Pihak pentadbir kurang prihatin terhadap bilangan guru terlatih di dalam bidang ICT yang masih belum mencukupi. Hal ini berlaku kerana pihak pentadbir tidak mengambil peduli sama ada guru yang mengajar mengikut opsyennya ataupun tidak.
  • 6. Faktor masa juga menjadi kekangan kepada guru dalam menggunakan peralatan ICT yang disediakan. Faktor ini berkait rapat dengan faktor kekurangan kemahiran dalam diri guru di mana seseorang guru yang kurang mahir menggunakan peralatan teknologi ini akan mengambil masa untuk memulakan sesi pengajaran. Tempoh masa suatu sesi pembelajaran bagi setiap subjek adalah agak pendek. Jadi, penggunaan ICT akan menyebabkan guru-guru tidak mampu untuk menghabiskan silibus yang ditetapkan. Kekangan masa juga menyebabkan guru menghasilkan perisian mengikut keperluan topik itu sendiri. Sebagai contoh, video yang dipaparkan tidak dapat diperolehi dari mana-mana sumber menyebabkan pembangun terpaksa merancang dan menghasilkan sendiri video- video tersebut bagi memenuhi kehendak isi kandungan. Kekurangan masa telah menghadkan kesempurnaan perisian ini. Keberkesanan penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah dibuktikan berbanding penggunaan kaedah tradisional dalam sesi pembelajaran (Azura, Zakaria, Hasan & Bahaman, 2015). Langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi guru ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan, khususnya kementerian pendidikan Malaysia dan pihak pentadbiran sekolah. Guru-guru juga perlu mengambil inisiatif dalam meningkatkan kemahiran menggunakan peralatan ICT yang disediakan. 2.3. MENGAJAR UNTUK PEPERIKSAAN Pembelajaran dan peperiksaan merupakan dua aktiviti utama dalam alam persekolahan. Gaya pembelajaran merupakan satu faktor penting yang menentukan pencapaian dan personaliti pelajar. Seandainya pengajaran dan pembelajaran berkenaan adalah bertujuan ke arah peperiksaan, maka gaya pembelajarannya agak berlainan berbanding gaya pembelajaran yang berteraskan kepada mendapatkan ilmu sebanyak mana yang mungkin. Di samping itu, media juga memainkan peranan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Kini akhbar-akkhbar harian begitu lumrah mengiklankan atau menghebohkan kepada masyarakat akan keperluan seorang pelajar untuk mendapatkan Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan.malahan terdapat iklan-iklan tuisyen yang menjamin pelajar akan mendapat semua A dalam peperiksaan peringkat kebangsaan.
  • 7. Seperti apa yang berlaku pada sistem pendidikan di Hong Kong yang mengamalkan pembelajaran berasaskan peperiksaan, terdapat pelbagai masalah atau isu yang timbul dalam sistem pendidikan di sana. Antaranya ialah (1) pelajar menerima apa sahaja yang diajar oleh guru tanpa banyak persoalan, (2) pelajar dan guru lebih memfokuskan kepada apa yang tercatat dalam kurikulum peperiksaan dan tidak akan membaca bahan yang dianggap tidak termasuk dalam peperiksaan awalupun ianya penting dan (3) pelajar akan menumpukan tugasan yang hanya akan dinilai dan diberikan markah sahaja. Guru merupakan faktor penting dalam memainkan peranan untuk meningkatkan mutu pendidikan terutamanya bagi menentukan pencapaian cemerlang pelajar. Dalam pembelajaran berasaskan peperiksaan, guru akan bekerja keras untuk menghabiskan kurikulum peperiksaan, namun terdapat tajuk-tajuk yang tidak diajar yang dianggap kurang penting dan pelajar boleh menelaahnya sendiri. Keadaan ini akan mendorong pelajar mencari tuisyen yang kini wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mencemerlangkan pelajar-pelajarnya dengan memperbanyakkan latiihan, tunjuk ajar, kelas tamabahan dan sebagainya bagi memastikan pelajar memahami dan memanfaatkan sepenuhnya apa yang diajar. Namun pengajaran dan pembelajaran matematik yang diajar di sekolah-sekolah kini, hanya memfokuskan pengiraan dan pengunaan rumus serta pemberian soalan latih tubi kepada para pelajar (Zaleha Ismail & Arinah Zaidan, 2009). Senario tersebut menunjukkan seolah-olah pelajar dibentuk menjadi mesin menjawab soalan dan tugasan tanpa memahami apa yang mereka lakukan. 2.4. PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) GURU Shulman (1986) telah memperkembangkan satu kerangka baru untuk pendidikan guru dengan memperkenalkan konsep PPIK yang dimuatkan dalam penulisan beliau yang bertajuk, Knowledge growth in teaching. PPIK ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seorang guru dan ianya berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) dengan pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). PPIK merupakan salah satu daripada tujuh asas pengetahuan yang perlu dimilik oleh seorang pendidik. Tujuh asas tersebut ialah (1) pengetahuan isi kandungan,
  • 8. (2) pengetahuan pedagogi am, (3) pengetahuan kurikulum, (4) PPIK, (5) pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar, (6) pengetahuan tentang konteks pendidikan dan (7) pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan (Shulman, L. S., 1986). Kefahaman prosedural dan kefahaman konseptual merupakan sebahagian daripada PPIK. Kefahaman prosedural merujuk kepada kebolehan individu menerangkan langkah untuk mendapatkan jawapan tanpa mengetahui sebab dan tujuan langkah tersebut digunakan dalam proses pengiraan atau penyelesaian masalah. Didapati kebanyakan guru matematik sekolah menengah hanya memiliki kefahaman prosedural dan tidak memiliki kefahaman konseptual yang kukuh ketika menerangkan konsep fungsi (Macgehee, J.J., 1990). Namun begitu, terdapat juga guru yang berjaya mengembangkan kefahaman prosedural kepada kefahaman konseptual setelah melalui kursus-kursus dlaaman berhubung dengan kaedah mengajar. Tahap PPIK yang rendah di kalangan guru juga telah dibuktikan melalui kajian oleh Tengku Zawai et. al. (2009). Kebanyakan guru didapati matematik yang baru hanya menyampaikan pengajaran mengenai konsep asas dan operasi pecahan berpandukan kefahaman prosedural semata-mata. Malah, pengajaran dilakukan dengan berpusatkan guru dengan menggunakan simbol dan istilah yang abstrak tanpa memberikan kefahaman asas yanng konkrit kepada pelajar. Turut membimbangkan ialah masih terdapat dalam kalangan guru matematik berpengalaman yang juga menyampaikan pengajaran dengan cara yang sama. (Tengku Zawai, Ramlee M., & Abdul Razak, 2009). Selain daripada teknik penyampaian dalam pengajaran, kebolehan untuk menyoal dan mengemukan soalan juga merupakan salah satu elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan mengemukan soalan adalah sangat penting untuk menghasilkan sesuatu keputusan dalam suatu lapangan dengan cara yang lebih sistematik. Seorang guru hendaklah merancang soalan yang akan dikemukan dengan teliti agar ianya mampu memandu pelajar untuk lebih mendalaminya dan lebih memahami konsep yang ditekankan. Jika guru dapat memanfaatkan soalan secara efektif, para pelajar akan sedar bahawa soalan itu telah menghasilkan pembelajaran yang sangat bermakna (Lewis, Karron G., 2002).
  • 9. 3. KESIMPULAN Dalam menghasilkan suatu PdP yang berkesan, tanggungjawab tidak terletak di bahu guru dan pelajar sahaja. Kerjasama daripada pihak sekolah juga amat penting. Pihak sekolah perlu mengutamakan keperluan pembelajaran pelajar melebihi kepentingan menjalankan aktiviti sekolah. Dengan ini, guru akan mempunyai lebih banyak masa untuk merancang dan menyediakan suatu set pembelajaran berkesan, tanpa terbeban dengan tugasan luar yang memakan masa dan tenaga guru. Mungkin sampai masanya untuk pihak kementerian meneliti semula bebanan tugas guru agar guru dapat fokus kepada membina pembelajaran berkesan terhadap para pelajar di dalam kelas, sekaligus menjamin keputusan pelajar yang lebih cemerlang. RUJUKAN Abdul Wahab Ismail Ghani, Kamaliah Hj Siarap, & Hasrina Mustafa. (2006). Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes. Kajian Malaysia, XXIV(1&2), pp. 203-225. Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat, & Bahaman Abu Samah. (2009). Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, 79-89. Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, & Rohaya Abu Hassan. (2014). Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam Proses Pengajaran dan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Kamariah et. al. (2009). Effect of utilizing Geometer's Sketchpad on performance and mathematical thinking of secondary mathematics learners: An initial exploration. International Journal of Education and Information Technologies, 1(3), 20-27. Kamaruddin Husin, & Siti Hajar. (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lewis, Karron G. (2002). Developing questioning skills, Section 5 Improving specific teaching techniques. Center for Teaching Effectiveness. M.Al-Muz-Zammil Bin Yasin, & Abd. Muezzam Shah Bin Abdullah. (2009). Penggunaan ICT dalam Kalangan Guru Pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan di UTM. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
  • 10. Macgehee, J.J. (1990). Prospective secondry teachers‟ knowledge of the function concept. Dissertation Abstracts International, 456. Musliha Salma Mohd Radzi. (2010). Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Ng, S. B. & Siow, H. L. (2003). Creating a Thoughtful Classroom: Teaching Profile of Science Teachers in Malaysiaan Secondary School. Paper presented at International Conference on Science and Mathematics Education, Kuala Lumpur. Rohani Ahmad Tarmizi et. al. (2008). Instructional Efficiency of Utilization of Autograph Technology Vs Handheld Graphing Calculator for Learning Algebra. International Journal of Education and Information Technologies, 2(3), 184-193. Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal, & Aziz Omar. (2006). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd. Sang, M. S. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2) : Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4-14. Tay, C. S. (2008). Amalan Pendekatan Konstruktivisme Di Sekolah Rendah Melalui Interaksi Verbal Bilik Darjah. Draf Tesis Sarjana Kedoktoran yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia. Tengku Zawai, Ramlee M., & Abdul Razak. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 131-153. Zainal Abidin Bin Zainuddin, & Afrinaleni Binti Suardi. (2009). Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik . Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Zaleha Ismail & Arinah Zaidan. (2009). Pembangunan ruangan rekreasi dan aplikasi kehidupan seharian dlama majalah web dinamik 'Dunia Matematik'. Universiti