SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Nama : Nik Nurul Syazwani Binti Ibrahim
No. Matrik : M20151000732
Pandangan Terhadap Isu Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan
Pelajar di Malaysia.
Jurang pencapaian dalam kalangan pelajar di Malaysia merupakan satu isu
besar yang sering diperdebatkan dalam forum-forum pendidikan. Malah, Plan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012-2025 turut membincangkan isu
ini. Masalah ini tidak boleh dipandang enteng kerana impaknya yang negatif
terhadap tahap pendidikan negara kita. Semua pihak hendaklah memainkan
peranan dan menggembleng tenaga dalam menghapuskan jurang pencapaian
pelajar dalam pelajaran, terutamanya mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah :
1. Pihak kerajaan perlu mengkaji setiap dasar yang hendak dilaksanakan.
Pihak kerajaan, khususnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
merupakan tulang belakang dalam usaha untuk menghapuskan masalah ini. Hal ini
kerana, semua dasar dan tugas para guru ditentukan oleh pihak atasan iaitu pihak
KPM. Dasar-dasar yang hendak dilaksanakan hendaklah dikaji dan diuji secara
menyeluruh terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Ini mengelakkan dari pisang
berbuah dua kali seperti dasar PPSMI yang telah dilaksanakan. Perlaksanaan ini
merupakan satu langkah yang bijak tetapi masalah seperti jurang pencapaian dalam
kalangan pelajar didapati terus meningkat. Apabila sesuatu dasar dimansuhkan,
segala perbelanjaan yang telah dilabur untuk melaksanakan dasar tersebut hangus
begitu sahaja. Setiap dasar yang hendak dilaksanakan haruslah dikaji kesesuaian
dengan tahap pelajar di seluruh Malaysia, merangkumi pelajar di bandar dan di luar
bandar, pelajar sekolah harian dan pelajar berasarama penuh dan juga kebolehan
guru-guru dalam melaksanakan dasar tersebut. Kajian-kajian ini akan
mempertimbangkan keseluruhan pelajar sekaligus mengelakkan masalah jurang
pencapaian pelajar-pelajar ini terus meningkat. Selain itu, tugas-tugas yang
diagihkan kepada guru hendaklah dikaji agar tugas guru tidak menyimpang kepada
bidang pengkeranian dan membebankan guru-guru sekaligus menyumbang kepada
masalah terus berlaku. Suara dan pendapat dari semua pihak terutamanya
cendiakawan hendaklah diambil kira dan dikaji agar sesuatu dasar yang
dilaksanakan itu adalah rasional.
2. Guru-guru hendaklah meningkatkan kualiti dalam bidang pengajaran.
Guru-guru ialah badan penggerak sesuatu dasar dan merupakan pihak yang
penting dalam merapatkan jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar.
Pendekatan dan cara mengajar seseorang guru sangat memberi kesan kepada
pencapaian Matematik seseorang pelajar. Guru hendaklah kreatif dalam mengajar
bagi memastikan ilmu dan informasi tentang sesuatu dapat disampaikan dengan
berkesan. Selain itu, persediaan guru dalam sesi pengajaran juga merupakan suatu
aspek yang penting. Guru yang bersedia untuk menghadapi sesi pengajaran
dipercayai mempunyai semangat yang lebih tinggi untuk mengajar. Guru yang
bersemangat dalam kelas akan merangsang semangat pelajar untuk belajar
sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. "Mindset" para guru
hendaklah dipastikan untuk memberi kejayaan kepada pelajar-pelajar. Oleh itu,
usaha-usaha hendaklah ditingkatkan terutamanya kepada pelajar yang mempunyai
pencapaian yang rendah. Segala maklumat yang diperolehi dari kursus yang dihadiri
para guru perlulah dipraktikkan di dalam kelas. Sebagai contoh, penggunaan ICT
mampu menarik minat pelajar kerana animasi dan slaid-slaid pembentangan yang
menarik. Jadi, penggunaan ICT ini hendaklah dikerapkan agar minat pelajar untuk
memahami sesuatu topik itu dapat ditingkatkan. Penggunaan ICT ini diakui
mengambil masa yang lama dan akan menyebabkan guru-guru kesuntukan masa
dalam menghabiskan silibus yang ditetapkan. Oleh itu, guru-guru hendaklah bijak
dalam menyeimbangkan penggunaan ini seperti menarik minat pelajar dengan
menggunakan animasi pada permulaan topik dan menyambung pengajaran yang
seterusnya dengan kaedah biasa.
3. Ibu bapa hendaklah menyokong anak-anak dari segi emosi untuk
meningkatkan semangat belajar.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dalam merapatkan
jurang pencapaian para pelajar. Ibu bapa hendaklah sentiasa memberikan sokongan
dan semangat kepada anak-anak untuk mencintai ilmu dan berjaya dalam pelajaran.
Kajian-kajian lepas menunjukkan terdapatnya jurang pencapaian dalam kalangan
pelajar berdasarkan tahap pendapatan, sikap serta tahap pendidikan ibu bapa. Ibu
bapa yang berpendapatan rendah hendaklah sentiasa memberi motivasi dan
kesedaran kepada anak-anak agar berjaya dalam pelajaran dan mengubah taraf
kehidupan keluarga kelak. Keperluan anak-anak perlulah dipenuhi seadanya bagi
memastikan keselesaan anak-anak untuk belajar di rumah mahupun di sekolah agar
mereka tidak merasa rendah diri dengan rakan-rakan yang lain. Ibu bapa yang
mempunyai tahap pendidikan yang rendah hendaklah memupuk kesedaran dalam
kalangan anak-anak terhadap kepentingan ilmu. Mereka hendaklah berfikiran
terbuka dalam pendidikan anak-anak. Sikap ibu bapa yang suka membandingkan
anak dengan anak yang lain atau anak orang lain juga menjadi punca berlakunya
jurang dalam pencapaian pelajar. Anak-anak yang lemah dalam pelajaran
memerlukan semangat dan dorongan ibu bapa bukan tohmahan dan cemuhan yang
akan melemahkan lagi semangat anak tersebut. Tumpuan yang lebih hendaklah
diberikan kepada anak-anak ini agar mereka merasakan bahawa kejayaan
merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka.
4. Pelajar hendaklah bersikap daya saing dan mempunyai motivasi serta
kesedaran terhadap kepentingan ilmu.
Pelajar itu sendiri memainkan peranan dalam menghapuskan jurang dalam
pencapaian mereka. Semangat persaingan yang baik untuk berjaya haruslah
dipupuk dalam diri sendiri agar semua pelajar mengecapi kejayaan. Sikap ini akan
menyebabkan pelajar yang lemah akan berusaha dengan lebih gigih untuk setanding
dengan pelajar yang berpotensi tinggi. Pelajar hendaklah memotivasikan diri sendiri
dengan berfikiran terbuka dan luas terhadap masa hadapan. Sikap acuh tak acuh
dalam menuntut ilmu akan membawa kegagalan dalam pelajaran pelajar. Selain itu,
pelajar hendaklah berani menyuarakan pandangan dan komen terhadap sesuatu
perkara. Sebagai contoh, pelajar yang tidak dapat memahami sesuatu pelajaran
hendaklah menyuarakan hal tersebut kepada guru agar dapat mengelakkan diri
mereka dari tercicir dalam mata pelajaran. Kemudahan infrastruktur yang disediakan
seperti perpustakaan dan akses internet di sekolah hendaklah dimanfaatkan sebaik-
baiknya. Pelajar juga tidak boleh bersikap menerima sahaja. Ini bermaksud pelajar
tidah boleh mengharapkan kejayaan dari usaha guru mengajar semata-mata. Usaha
lain seperti membuat perbincangan berkumpulan dan mengahadiri kelas tambahan
hendaklah dibuat agar dapat merangsang minda untuk lebih bersedia di masa
hadapan.

More Related Content

What's hot

2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)Nurul Huda Kasim
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmsedihnya
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmTompok Manggis
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridVince Here
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuAbu Bakar Sani
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baruJamaliah Hashim
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 

What's hot (20)

2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
36582949 berniaga-di-sekolah
36582949 berniaga-di-sekolah36582949 berniaga-di-sekolah
36582949 berniaga-di-sekolah
 
Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala PenyuKetetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
Ketetapan Kurikulum: SMK Kuala Penyu
 
Nur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahunNur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahun
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
Dasar-dasar kpm 2011-2016
Dasar-dasar kpm 2011-2016Dasar-dasar kpm 2011-2016
Dasar-dasar kpm 2011-2016
 
Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 

Viewers also liked

Kandidaatintutkielma_Jesper
Kandidaatintutkielma_JesperKandidaatintutkielma_Jesper
Kandidaatintutkielma_JesperJesper Wallenius
 
100127512 crim-pro-cases
100127512 crim-pro-cases100127512 crim-pro-cases
100127512 crim-pro-caseshomeworkping7
 
Estequiometría de las reacciones
Estequiometría de las reaccionesEstequiometría de las reacciones
Estequiometría de las reaccionesMaxiel Sira
 
Alex Garmash - Промо-Акції
Alex Garmash - Промо-АкціїAlex Garmash - Промо-Акції
Alex Garmash - Промо-Акціїjnk39
 
10 agenda setmana 47 6è b 2015-16
10 agenda setmana 47 6è b  2015-1610 agenda setmana 47 6è b  2015-16
10 agenda setmana 47 6è b 2015-166sise
 
Rss diapositivas
Rss diapositivasRss diapositivas
Rss diapositivasJuan Molina
 
Persebaran flora dan fauna didunia
Persebaran flora dan fauna diduniaPersebaran flora dan fauna didunia
Persebaran flora dan fauna diduniaYusron Nur Rosyid
 
14 agenda setmana 51 6è B 2015-16
14 agenda setmana 51 6è B  2015-1614 agenda setmana 51 6è B  2015-16
14 agenda setmana 51 6è B 2015-166sise
 
101845787 insurance-cases
101845787 insurance-cases101845787 insurance-cases
101845787 insurance-caseshomeworkping7
 
Proyecto Final Virus y Antivirus
Proyecto Final Virus y Antivirus Proyecto Final Virus y Antivirus
Proyecto Final Virus y Antivirus Vielka Martinez
 
Jimmy moliona curriculum.
Jimmy moliona curriculum.Jimmy moliona curriculum.
Jimmy moliona curriculum.franbrito94
 
Mediastinum (Anatomy of the Thorax)
Mediastinum (Anatomy of the Thorax)Mediastinum (Anatomy of the Thorax)
Mediastinum (Anatomy of the Thorax)Dr. Sherif Fahmy
 
External features of heart
External features of heartExternal features of heart
External features of heartmgmcri1234
 
Survey report on Online Shopping
Survey report on Online ShoppingSurvey report on Online Shopping
Survey report on Online ShoppingShubham Saraf
 
Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)
Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)
Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)Dr. Mohd Kaleem Khan
 

Viewers also liked (19)

Kandidaatintutkielma_Jesper
Kandidaatintutkielma_JesperKandidaatintutkielma_Jesper
Kandidaatintutkielma_Jesper
 
100127512 crim-pro-cases
100127512 crim-pro-cases100127512 crim-pro-cases
100127512 crim-pro-cases
 
Estequiometría de las reacciones
Estequiometría de las reaccionesEstequiometría de las reacciones
Estequiometría de las reacciones
 
Alex Garmash - Промо-Акції
Alex Garmash - Промо-АкціїAlex Garmash - Промо-Акції
Alex Garmash - Промо-Акції
 
Adan
AdanAdan
Adan
 
10 agenda setmana 47 6è b 2015-16
10 agenda setmana 47 6è b  2015-1610 agenda setmana 47 6è b  2015-16
10 agenda setmana 47 6è b 2015-16
 
AAD Brochure
AAD BrochureAAD Brochure
AAD Brochure
 
Rss diapositivas
Rss diapositivasRss diapositivas
Rss diapositivas
 
Persebaran flora dan fauna didunia
Persebaran flora dan fauna diduniaPersebaran flora dan fauna didunia
Persebaran flora dan fauna didunia
 
14 agenda setmana 51 6è B 2015-16
14 agenda setmana 51 6è B  2015-1614 agenda setmana 51 6è B  2015-16
14 agenda setmana 51 6è B 2015-16
 
Alt
AltAlt
Alt
 
Fichamento pedro
Fichamento pedroFichamento pedro
Fichamento pedro
 
101845787 insurance-cases
101845787 insurance-cases101845787 insurance-cases
101845787 insurance-cases
 
Proyecto Final Virus y Antivirus
Proyecto Final Virus y Antivirus Proyecto Final Virus y Antivirus
Proyecto Final Virus y Antivirus
 
Jimmy moliona curriculum.
Jimmy moliona curriculum.Jimmy moliona curriculum.
Jimmy moliona curriculum.
 
Mediastinum (Anatomy of the Thorax)
Mediastinum (Anatomy of the Thorax)Mediastinum (Anatomy of the Thorax)
Mediastinum (Anatomy of the Thorax)
 
External features of heart
External features of heartExternal features of heart
External features of heart
 
Survey report on Online Shopping
Survey report on Online ShoppingSurvey report on Online Shopping
Survey report on Online Shopping
 
Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)
Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)
Vegetable irritant poisoning(castor abrus croton)
 

Similar to Pandangan Individu

Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisirosieca
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridAsyikin4996
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2yies72
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)shukiahmad2013
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKamal Tomon
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaTengku Anis
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranahzai09
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Refleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesRefleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesIzzati Hamid
 

Similar to Pandangan Individu (20)

Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Nur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahunNur ashikin ismahun
Nur ashikin ismahun
 
Bab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan muridBab 5 pengurusan murid
Bab 5 pengurusan murid
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
Pelan tindakan sekolah mengikut anjakan pppm (mengikut model grow)(3)
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Pembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadiPembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadi
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaran
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Qayyum
QayyumQayyum
Qayyum
 
Refleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n IssuesRefleksi Trends n Issues
Refleksi Trends n Issues
 

More from SYAZWANI IBRAHIM

Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiSYAZWANI IBRAHIM
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 

More from SYAZWANI IBRAHIM (15)

Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Pembentangan 2
Pembentangan 2Pembentangan 2
Pembentangan 2
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
 

Recently uploaded

NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasariffalias2
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDWanHaniff4
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 

Recently uploaded (8)

NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 

Pandangan Individu

  • 1. Nama : Nik Nurul Syazwani Binti Ibrahim No. Matrik : M20151000732 Pandangan Terhadap Isu Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia. Jurang pencapaian dalam kalangan pelajar di Malaysia merupakan satu isu besar yang sering diperdebatkan dalam forum-forum pendidikan. Malah, Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012-2025 turut membincangkan isu ini. Masalah ini tidak boleh dipandang enteng kerana impaknya yang negatif terhadap tahap pendidikan negara kita. Semua pihak hendaklah memainkan peranan dan menggembleng tenaga dalam menghapuskan jurang pencapaian pelajar dalam pelajaran, terutamanya mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah : 1. Pihak kerajaan perlu mengkaji setiap dasar yang hendak dilaksanakan. Pihak kerajaan, khususnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan tulang belakang dalam usaha untuk menghapuskan masalah ini. Hal ini kerana, semua dasar dan tugas para guru ditentukan oleh pihak atasan iaitu pihak KPM. Dasar-dasar yang hendak dilaksanakan hendaklah dikaji dan diuji secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Ini mengelakkan dari pisang berbuah dua kali seperti dasar PPSMI yang telah dilaksanakan. Perlaksanaan ini merupakan satu langkah yang bijak tetapi masalah seperti jurang pencapaian dalam kalangan pelajar didapati terus meningkat. Apabila sesuatu dasar dimansuhkan, segala perbelanjaan yang telah dilabur untuk melaksanakan dasar tersebut hangus begitu sahaja. Setiap dasar yang hendak dilaksanakan haruslah dikaji kesesuaian dengan tahap pelajar di seluruh Malaysia, merangkumi pelajar di bandar dan di luar bandar, pelajar sekolah harian dan pelajar berasarama penuh dan juga kebolehan guru-guru dalam melaksanakan dasar tersebut. Kajian-kajian ini akan mempertimbangkan keseluruhan pelajar sekaligus mengelakkan masalah jurang pencapaian pelajar-pelajar ini terus meningkat. Selain itu, tugas-tugas yang diagihkan kepada guru hendaklah dikaji agar tugas guru tidak menyimpang kepada bidang pengkeranian dan membebankan guru-guru sekaligus menyumbang kepada masalah terus berlaku. Suara dan pendapat dari semua pihak terutamanya
  • 2. cendiakawan hendaklah diambil kira dan dikaji agar sesuatu dasar yang dilaksanakan itu adalah rasional. 2. Guru-guru hendaklah meningkatkan kualiti dalam bidang pengajaran. Guru-guru ialah badan penggerak sesuatu dasar dan merupakan pihak yang penting dalam merapatkan jurang pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar. Pendekatan dan cara mengajar seseorang guru sangat memberi kesan kepada pencapaian Matematik seseorang pelajar. Guru hendaklah kreatif dalam mengajar bagi memastikan ilmu dan informasi tentang sesuatu dapat disampaikan dengan berkesan. Selain itu, persediaan guru dalam sesi pengajaran juga merupakan suatu aspek yang penting. Guru yang bersedia untuk menghadapi sesi pengajaran dipercayai mempunyai semangat yang lebih tinggi untuk mengajar. Guru yang bersemangat dalam kelas akan merangsang semangat pelajar untuk belajar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. "Mindset" para guru hendaklah dipastikan untuk memberi kejayaan kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, usaha-usaha hendaklah ditingkatkan terutamanya kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah. Segala maklumat yang diperolehi dari kursus yang dihadiri para guru perlulah dipraktikkan di dalam kelas. Sebagai contoh, penggunaan ICT mampu menarik minat pelajar kerana animasi dan slaid-slaid pembentangan yang menarik. Jadi, penggunaan ICT ini hendaklah dikerapkan agar minat pelajar untuk memahami sesuatu topik itu dapat ditingkatkan. Penggunaan ICT ini diakui mengambil masa yang lama dan akan menyebabkan guru-guru kesuntukan masa dalam menghabiskan silibus yang ditetapkan. Oleh itu, guru-guru hendaklah bijak dalam menyeimbangkan penggunaan ini seperti menarik minat pelajar dengan menggunakan animasi pada permulaan topik dan menyambung pengajaran yang seterusnya dengan kaedah biasa. 3. Ibu bapa hendaklah menyokong anak-anak dari segi emosi untuk meningkatkan semangat belajar. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dalam merapatkan jurang pencapaian para pelajar. Ibu bapa hendaklah sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak untuk mencintai ilmu dan berjaya dalam pelajaran. Kajian-kajian lepas menunjukkan terdapatnya jurang pencapaian dalam kalangan pelajar berdasarkan tahap pendapatan, sikap serta tahap pendidikan ibu bapa. Ibu bapa yang berpendapatan rendah hendaklah sentiasa memberi motivasi dan
  • 3. kesedaran kepada anak-anak agar berjaya dalam pelajaran dan mengubah taraf kehidupan keluarga kelak. Keperluan anak-anak perlulah dipenuhi seadanya bagi memastikan keselesaan anak-anak untuk belajar di rumah mahupun di sekolah agar mereka tidak merasa rendah diri dengan rakan-rakan yang lain. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah hendaklah memupuk kesedaran dalam kalangan anak-anak terhadap kepentingan ilmu. Mereka hendaklah berfikiran terbuka dalam pendidikan anak-anak. Sikap ibu bapa yang suka membandingkan anak dengan anak yang lain atau anak orang lain juga menjadi punca berlakunya jurang dalam pencapaian pelajar. Anak-anak yang lemah dalam pelajaran memerlukan semangat dan dorongan ibu bapa bukan tohmahan dan cemuhan yang akan melemahkan lagi semangat anak tersebut. Tumpuan yang lebih hendaklah diberikan kepada anak-anak ini agar mereka merasakan bahawa kejayaan merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka. 4. Pelajar hendaklah bersikap daya saing dan mempunyai motivasi serta kesedaran terhadap kepentingan ilmu. Pelajar itu sendiri memainkan peranan dalam menghapuskan jurang dalam pencapaian mereka. Semangat persaingan yang baik untuk berjaya haruslah dipupuk dalam diri sendiri agar semua pelajar mengecapi kejayaan. Sikap ini akan menyebabkan pelajar yang lemah akan berusaha dengan lebih gigih untuk setanding dengan pelajar yang berpotensi tinggi. Pelajar hendaklah memotivasikan diri sendiri dengan berfikiran terbuka dan luas terhadap masa hadapan. Sikap acuh tak acuh dalam menuntut ilmu akan membawa kegagalan dalam pelajaran pelajar. Selain itu, pelajar hendaklah berani menyuarakan pandangan dan komen terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, pelajar yang tidak dapat memahami sesuatu pelajaran hendaklah menyuarakan hal tersebut kepada guru agar dapat mengelakkan diri mereka dari tercicir dalam mata pelajaran. Kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti perpustakaan dan akses internet di sekolah hendaklah dimanfaatkan sebaik- baiknya. Pelajar juga tidak boleh bersikap menerima sahaja. Ini bermaksud pelajar tidah boleh mengharapkan kejayaan dari usaha guru mengajar semata-mata. Usaha lain seperti membuat perbincangan berkumpulan dan mengahadiri kelas tambahan hendaklah dibuat agar dapat merangsang minda untuk lebih bersedia di masa hadapan.