SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
KUMPULAN: A
TUGASAN INDIVIDU : TOPIK 3
AKSES DAN EKUITI
Disediakan untuk:
Dr. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH
Disediakan oleh:
NIK NURUL SYAZWANI BINTI IBRAHIM M20151000732
Tugasan 3
Bincangkan isu yang berkaitan dengan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
1.0 Pengenalan
Sesebuah negara yang maju dan membangun adalah berteraskan sumber tenaga
manusia yang berkualiti, iaitu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Asas dalam
memastikan tenaga manusia yang mampu menempuh cabaran era globalisasi ialah melalui
tahap pendidikan manusia tersebut. Sehubungan dengan itu, sektor pendidikan adalah
merupakan tunggak dalam memastikan kejayaan sesebuah negara (KPM, 2001). Kerajaan
perlulah memastikan sistem pendidikan negara mampu menghasilkan generasi yang kreatif,
berinovasi dan berdaya saing serta berupaya untuk menyumbang dalam perkembangan
ekonomi negara.
Sistem pendidikan negara kita telah mengalami perkembangan dari satu tahap ke
tahap yang seterusnya. Pelbagai perubahan telah dilakukan untuk memastikan pendidikan
negara kita bertaraf antarabangsa. Kemudahan dalam pendidikan, samada di sekolah
mahupun di rumah juga ditingkatkan bagi melahirkan generasi yang lebih maju dan berdaya
saing. Negara kita telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan dalam sistem
pendidikan sejak Laporan Razak (1956) sehingga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010). Terkini, sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025).
Salah satu dari dasar pendidikan negara yang ditekankan sejak Akta Pendidikan
(1996) sehingga PPPM (2013-2025) yang terkini ialah dasar pendemokrasian pendidikan. Ini
selari dengan salah satu fungsi pendidikan sebagai asas perpaduan kaum, di mana sistem
pendidikan yang dijalankan juga menitikberatkan perpaduan iaitu dengan mendemokrasikan
pendidikan atau menyamaratakan akses pendidikan dalam kalangan anak-anak.
Penyamarataan sistem pendidikan juga merupakan objektif utama PPPM (2013-2025) dengan
menfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, ekuiti,
menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem
(KPM, 2012).
2.0 Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
Dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, terdapat 11 anjakan
di mana anjakan pertama yang hendak dilakukan ialah menyediakan kesamarataan akses
kepada pendidikan yang berkualiti. Terdapat beberapa perkara yang hendak dicapai di bawah
anjakan ini, antaranya ialah untuk memastikan keupayaan kemahiran membaca, pencapaian
Matematik dan Sains dalam kalangan pelajar adalah pada standard antarabangsa. Kedua,
Kurikulum Sekolah Menengah (KBSM) akan dilancarkan dan Kurikulum Sekolah Rendah
(KSSR) pula akan dikaji semula pada tahun 2017. Peperiksaan, ujian dan pentaksiran juga
akan dirombak semula untuk menumpukan perhatian terhadap kemahiran berfikir aras tinggi
yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016.
Selain itu, kualiti pra-sekolah akan ditingkatkan dan enrolmen juga ditingkatkan
kepada 100% menjelang 2020. Pendidikan wajib akan dilanjutkan dari enam tahun ke sebelas
tahun, bermula umur enam tahun dan disokong dengan program pengekalan yang disasarkan
serta latihan vokasional sebagai persediaan untuk latihan. Akhir sekali, anjakan ini turut
menyasarkan peningkatan terhadap pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran murid
dengan keperluan khas.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang menjadi kekangan dalam
memastikan kesamarataan akses dalam pendidikan. Kerajaan hendaklah memberi perhatian
kepada masalah-masalah utama yang menghalang hak kesamarataan dalam pendidikan
seperti masalah yang berfaktorkan lokaliti, sosioekonomi, sekolah berkeperluan khas serta
pendidikan masyarakat minoriti.
2.1 Lokaliti - Jurang antara sekolah di Bandar dan di Luar Bandar
United Nations Education, Scientific and Cultural Organizations atau lebih dikenali
sebagai UNESCO adalah badan yang telah menggerakkan program Education For All (EFA).
Program ini adalah bertujuan untuk memperjuangkan hak asasi seorang manusia dalam
mendapatkan pendidikan. Pendidikan adalah hak asasi setiap orang tidak mengira latar
belakang, ekonomi dan tahap pemikirannya. Di Malaysia, lokaliti yang dibahagikan kepada
dua, iaitu kawasan bandar dan luar bandar menjadi faktor utama dalam menghalang
kesamarataan akses dalam pendidikan. Hal ini telah dibincangkan sejak PIPP (2001-2010).
Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kemunduran dalam pendidikan yang
berlaku di kawasan luar bandar. Antaranya ialah disebabkan kekurangan infrastruktur di
kawasan luar bandar seperti tiada kemudahan pengangkutan, kemudahan asas seperti air dan
elektrik yang terhad serta kekurangan akses internet (Wawasan P., 2015). Hal yang demikian
boleh dilihat di kawasan-kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. Tiada
bekalan air paip dan elektrik yang dibekalkan di kawasan pedalaman. Hal ini mampu
mengganggu emosi serta kesedaran dalam diri penduduk di luar bandar. Pengangkutan air
iaitu bot dan rakit yang menjadi pengangkutan utama mereka juga tidak menjamin
keselamatan. Ini mendorong penduduk luar bandar ini untuk tidak mendapatkan pendidikan.
Sekolah-sekolah yang disediakan di luar bandar turut menjadi faktor pelajar-pelajar di
sekolah luar bandar agak ketinggalan dalam pelajaran. Suasana sekolah dan bilik darjah yang
tidak menarik tidak mampu menarik pelajar anak-anak untuk menuntut ilmu. Penggunaan
ICT di sekolah-sekolah luar bandar adalah terhad disebabkan kemudahan perisian komputer
yang disediakan tidak lengkap (Noraziah Kassim & Noor Mazlan Ahmad Zanzali, 2009). Hal
ini telah menghalang objektif kerajaan dalam meningkatkan taraf pelajar di Malaysia dengan
menggunakan teknologi maklumat yang terkini. Buku-buku rujukan yang disediakan di pusat
sumber sekolah tidak dikemaskini kepada edisi yang terbaru serta kemudahan komputer
untuk pelajar mengakses maklumat melalui jalur lebar juga sangat terhad.
Selain dari kekurangan kemudahan infrastruktur, suasana bilik darjah di sekolah luar
bandar turut menyumbang kepada jurang antara sekolah di bandar dan luar bandar. Antara
faktor penting dalam meningkatkan tahap keberkesanan sesi pembelajaran adalah suasana
fizikal tempat belajar yang kondusif (Mok Soon Sang, 1997). Suasana bilik darjah di sekolah
luar bandar yang daif dan tidak selesa turut menjadi punca hilangnya minat para pelajar untuk
belajar. Kekurangan kerusi dan meja yang selesa serta persekitaran kelas yang suram
hendaklah diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah. Bilik darjah yang dihias dengan
warna-warna dan corak-corak yang sesuai akan menimbulkan minat pelajar khususnya
pelajar sekolah rendah untuk hadir ke sekolah.
Kekurangan tenaga pengajar yang profesional juga merupakan faktor lain yang
menyebabkan jurang di sekolah luar bandar terutamanya dari segi pencapaian pelajar.
Kebanyakan guru-guru di sekolah luar bandar ialah guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang
diambil kerana disebabkan masalah kekurangan guru. Mereka terdiri daripada siswazah
bidang lain yang tidak mempunyai pengetahuan tentang pendidikan serta tidak
berpengalaman dalam bidang pengajaran. Cara pengajaran seseorang dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan kefahaman dan menarik
minat seseorang pelajar terhadap sesuatu pembelajaran (Atan Long, 1980).
2.2 Sosioekonomi
Latar belakang keluarga, khususnya tahap pendidikan serta pendapatan ibu bapa
merupakan aspek-aspek yang dikaji dalam faktor sosioekonomi. Terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap pendidikan dan pendapatan ibu bapa dengan prestasi pelajaran anak-
anak di sekolah (Shaifuddin, 1997). Hal ini mungkin boleh dilihat dari perkembangan anak-
anak sejak kecil, di mana keseluruhan masa anak-anak adalah di rumah bersama ibu bapa
mereka.
Pendapatan ibu bapa boleh mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu di sekolah
memandangkan kos dalam pembelajaran di sekolah kini yang kian meningkat. Ibu bapa yang
berpendapatan rendah akan merasa terbeban dengan segala perbelanjaan yang perlu
diperuntukkan kepada anak-anak untuk belajar di sekolah. Malah, ada sesetengah golongan
ibu bapa yang tidak mampu dalam menyediakan kemudahan kepada anak-anak seperti buku-
buku rujukan yang penting sebagai maklumat tambahan kepada anak-anak dan kemudahan
komputer yang menjadi asas kepada pelajar masa kini dalam sesi pembelajaran. Apabila
golongan ibu bapa ini merasa terbeban, ia akan mempengaruhi emosi anak-anak untuk ke
sekolah. Mereka sekeluarga akan mempunyai pemikiran bahawa pelajaran itu hanya
membebankan, di mana akan mempengaruhi sikap pelajar untuk belajar.
Selain itu, pendidikan ibu bapa juga memberikan kesan terhadap pelajaran anak-anak.
Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah adalah selari dgn status sosioekonomi keluarga
tersebut. Sikap ibu bapa yang berpendapatan rendah terhadap pendidikan anak-anak
dipegaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa tersebut (Zarinah Arshat & Rozumah, 2011). Ibu
bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan mempunyai kesedaran dan
motivasi yang tinggi terhadap kepentingan ilmu. Manakala, tahap pendidikan yang rendah
akan menyebabkan ibu bapa yang berfikiran sempit seperti menganggap sesi pembelajaran di
sekolah hanyalah satu rutin yang perlu dilakukan oleh anak-anak sahaja tanpa mementingkan
kejayaan anak-anak dalam pencapaian ujian dan sebagainya.
Jadi, relevan lah jika ibu bapa yang mempunyai latar belakang yang berpendidikan
serta berstatus sosioekonomi yang lebih tinggi mampu mempengaruhi anak-anak mereka
untuk mencapai pencapaian yang memberangsangkan di sekolah.
2.3 Masyarakat Orang Asli
Dalam usaha untuk memberikan kesamarataan akses kepada pendidikan yang
berkualiti bertaraf antarabangsa, masyarakat orang asli turut menjadi perhatian. Masyarakat
orang asli juga perlu merasai transformasi sistem pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan.
Kebiasaannya, masyarakat ini berada di kawasan-kawasan terpencil dan pulau yang tidak
disediakan dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik. Sistem komunikasi untuk
berhubung dengan masyarakat ini turut terbatas kerana ketiadaan rangkaian telefon. Mereka
bukan sahaja tidak mendapat kemudahan infrastruktur di sekolah seperti sekolah-sekolah di
kampung, pinggir bandar atau di bandar, malah terdapat beberapa kawasan yang tidak
mempunyai sekolah dan kemudahan-kemudahan lain seperti hospital dan sebagainya.
Ibu bapa dalam masyarakat orang asli yang mempunyai kesedaran terhadap
pendidikan adalah merupakan golongan minoriti. Masyarakat orang asli lebih mementingkan
untuk mengajar ilmu-ilmu hutan dan sebagainya kepada anak-anak kerana mereka
mempercayai bahawa ilmu-ilmu ini lah yang akan memberi faedah kepada anak-anak mereka
pada masa hadapan. Mereka juga bersikap untuk menerima keadaan hidup begitu tanpa ingin
memajukan diri turut mendorong kepada keciciran anak-anak masyarakat orang asli dalam
pendidikan ( Abd Razak & Zalizan, 2009).
Selain dari faktor kekurangan infrastruktur, kesedaran ibu baa dan cara hidup
masyarakat orang asli, kewangan juga menjadi faktor keciciran anak-anak orang asli dalam
pendidikan. Kebanyakan anak-anak mula bekerja pada usia yang sangat awal untuk
membantu menyara keluarga. Mereka sebenarnya mempunyai kesedaran terhadap
kepentingan pelajaran, tetapi tidak mempunyai pilihan lain dek terdesak untuk meneruskan
kehidupan (Hamidah, Abd Rahman & Khalip, 2012).
3.0 Langkah-langkah Untuk Mencapai Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan
Berkualiti Bertaraf Antarabangsa
Pihak pertama yang akan ditunding jari dalam mencapai anjakan yang dirancang
kerajaan ini ialah pihak kerajaan itu sendiri, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak
KPM hendaklah memandang serius kepada pembangunan luar bandar yang menjadi masalah
utama terjadinya jurang akses pendidikan di negara kita. Dalam PPPM (2013-2025), terdapat
banyak langkah-langkah yang dirancang dalam membangunkan kawasan luar bandar. Namun
begitu, setiap pembaharuan yang hendak dilaksanakan perlulah dikaji agar tidak
membebankan pelajar ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah.
Keluarga, khususnya ibu bapa hendaklah mempunyai tahap kesedaran yang tinggi
terhadap kepentingan ilmu dan pencapaian anak-anak. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
sekolah bertujuan untuk kejayaan anak-anak perlulah disokong. Pengorbanan wang ringgit
dan masa untuk anak-anak tidak dapt ditanding dengan kejayaan yang akal dikecapi anak-
anak ini. Dalam memupuk kesedaran ibu bapa, media massa dan sekolah memainkan peranan
penting. Sesi motivasi boleh dianjurkan di sekolah bertujuan untuk menyemarakkan
semangat ibu bapa dan anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Sikap guru turut mempengaruhi pencapaian anak-anak. Guru tidak boleh bersikap
berat sebelah dengan hanya mengutamakan pelajar-pelajar yang menjadi target untuk
mencapai kejayaan demi mengharumkan nama sekolah sahaja, mereka hendaklah berusaha
lebih keras untuk meningkatkan pencapaian para pelajar yang lemah. Kaedah pengajaran dan
pendekatan kepada belajar yang berbeza aras pemikiran hendaklah bersesuaian. Guru-guru
perlu kreatif dalam menarik minat pelajar yang lemah untuk mendalami sesuatu topik dengan
menggunakan pendekatan yang bersesuaian.
Akhir sekali, pencapaian seseorang pelajar itu juga sangat bergantung kepada sikap
pelajar itu sendiri. Sikap malas dan tidak berminat untuk belajar perlu dikikis dari dalam diri
mereka. Mereka hendaklah sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa untuk mencapai
kejayaan. Sesi motivasi dan pendekatan yang sesuai dengan pelajar yang mempunyai ciri-ciri
pelajar lemah hendaklah dilakukan oleh pihak sekolah. Selemah mana pun seorang pelajar,
selagi dia menghadiri sesi persekolahan, baik dipaksa mahupun sukarela, adalah menjadi
tanggungjawab guru-guru serta rakan-rakan untuk memastikan golongan ini terus belajar.
4.0 Rujukan
Ahmad, A., & Salleh, M. (2009). KESEDARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN
MASYARAKAT ORANG ASLI, 1(1), 47-58. doi: ISBN 978-967-5048-72-2.
Yusof, H., Ahmad, A., & Musa, K. (2012). PENGARUH LINGKUNGAN SOSIAL DAN
KELUARGA MURID TAHUN 5 ORANG ASLI SEMAI TERHADAP MASALAH
PEMBELAJARAN.
Retrieved from http://jpbu.upsi.edu.my/images/Jurnal.Vol6.Siri5/PB22.pdf
Zarinah, A. & Rozumah, B. (2011). Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti
tingkahlaku keibu bapaan dalam keluarga berisiko. Jurnal Kemanusiaan bil.17, Jun
2011. Universiti Putra Malaysia.
Long, A. (1980). Pedagogi kaedah am mengajar (Vols. 1 - 1). Kuala Lumpur, Malaysia:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Singh, K. (2014). Right to Education and Equality of Educational Opportunities. Journal of
International Coorperation in Education, 16(2), 5-19.
OECD (2007), Field, S., M. Kuczera, B. Pont, No More Failures: Ten Steps to Equity in
Education, ISBN 978-92-64-03259-0, € 24, 155 pages.
Sang, M. S. (1997). Pedagogi 1 kurikulum dan pengurusan bilik darjah (Vol. 1). Kuala
Lumpur, Malaysia: Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 1997
Kementerian Pelajaran Malaysia, . (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (3rd ed., Vols. 1 - 1).
Kementerian Pendidikan Malaysia, . (2001). Pembangunan Pendidikan (2001-2010) :
Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan (Vols. 1 - 1).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pelajaran Malaysia
(pp 3-5 - 3-17) Diambil daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_ 003107.pdf

More Related Content

What's hot

EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeNor Saroni
 
Definisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumDefinisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumROSLINDAWATI LIN
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaNurul Nazirah Zaidin
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohlnsmm
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 

What's hot (20)

EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Definisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulumDefinisi penilaian dalam kurikulum
Definisi penilaian dalam kurikulum
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
 
Teori Motivasi
Teori Motivasi Teori Motivasi
Teori Motivasi
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohl
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 

Similar to Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti

Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasaIrul Erul
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahIzawati Saat
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik muridDIHYAUDDIN SAAD
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menCahaya Cita-Cita
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendahikhwankmk92
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Irma Gurlz
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-intansyafika
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Nurul Atiyah
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Farah Waheeda
 
Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Butter Emily
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Muhammad Affrini Azim Zahari
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 

Similar to Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti (20)

Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Cabaran semasa
Cabaran semasaCabaran semasa
Cabaran semasa
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
 
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah RendahJurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
Jurang Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah
 
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Kumpulan 1   jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Kumpulan 1 jurang-pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
Jurang pencapaian matematik murid (lokaliti)
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)Program gemilang 7 (1)
Program gemilang 7 (1)
 
Sces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sainsSces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sains
 
PUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docxPUBLISH PAPER 1.docx
PUBLISH PAPER 1.docx
 
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
Sosial memainkan peranan dalam pencapaian matematik?
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
psv tingkatan 1
psv tingkatan 1psv tingkatan 1
psv tingkatan 1
 

More from SYAZWANI IBRAHIM

Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 

More from SYAZWANI IBRAHIM (15)

Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Pembentangan 2
Pembentangan 2Pembentangan 2
Pembentangan 2
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti

  • 1. SME 6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK KUMPULAN: A TUGASAN INDIVIDU : TOPIK 3 AKSES DAN EKUITI Disediakan untuk: Dr. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH Disediakan oleh: NIK NURUL SYAZWANI BINTI IBRAHIM M20151000732
  • 2. Tugasan 3 Bincangkan isu yang berkaitan dengan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 1.0 Pengenalan Sesebuah negara yang maju dan membangun adalah berteraskan sumber tenaga manusia yang berkualiti, iaitu yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Asas dalam memastikan tenaga manusia yang mampu menempuh cabaran era globalisasi ialah melalui tahap pendidikan manusia tersebut. Sehubungan dengan itu, sektor pendidikan adalah merupakan tunggak dalam memastikan kejayaan sesebuah negara (KPM, 2001). Kerajaan perlulah memastikan sistem pendidikan negara mampu menghasilkan generasi yang kreatif, berinovasi dan berdaya saing serta berupaya untuk menyumbang dalam perkembangan ekonomi negara. Sistem pendidikan negara kita telah mengalami perkembangan dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Pelbagai perubahan telah dilakukan untuk memastikan pendidikan negara kita bertaraf antarabangsa. Kemudahan dalam pendidikan, samada di sekolah mahupun di rumah juga ditingkatkan bagi melahirkan generasi yang lebih maju dan berdaya saing. Negara kita telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan dalam sistem pendidikan sejak Laporan Razak (1956) sehingga Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Terkini, sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025). Salah satu dari dasar pendidikan negara yang ditekankan sejak Akta Pendidikan (1996) sehingga PPPM (2013-2025) yang terkini ialah dasar pendemokrasian pendidikan. Ini selari dengan salah satu fungsi pendidikan sebagai asas perpaduan kaum, di mana sistem pendidikan yang dijalankan juga menitikberatkan perpaduan iaitu dengan mendemokrasikan
  • 3. pendidikan atau menyamaratakan akses pendidikan dalam kalangan anak-anak. Penyamarataan sistem pendidikan juga merupakan objektif utama PPPM (2013-2025) dengan menfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan kualiti, ekuiti, menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem (KPM, 2012). 2.0 Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, terdapat 11 anjakan di mana anjakan pertama yang hendak dilakukan ialah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan yang berkualiti. Terdapat beberapa perkara yang hendak dicapai di bawah anjakan ini, antaranya ialah untuk memastikan keupayaan kemahiran membaca, pencapaian Matematik dan Sains dalam kalangan pelajar adalah pada standard antarabangsa. Kedua, Kurikulum Sekolah Menengah (KBSM) akan dilancarkan dan Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) pula akan dikaji semula pada tahun 2017. Peperiksaan, ujian dan pentaksiran juga akan dirombak semula untuk menumpukan perhatian terhadap kemahiran berfikir aras tinggi yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2016. Selain itu, kualiti pra-sekolah akan ditingkatkan dan enrolmen juga ditingkatkan kepada 100% menjelang 2020. Pendidikan wajib akan dilanjutkan dari enam tahun ke sebelas tahun, bermula umur enam tahun dan disokong dengan program pengekalan yang disasarkan serta latihan vokasional sebagai persediaan untuk latihan. Akhir sekali, anjakan ini turut menyasarkan peningkatan terhadap pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran murid dengan keperluan khas.
  • 4. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang menjadi kekangan dalam memastikan kesamarataan akses dalam pendidikan. Kerajaan hendaklah memberi perhatian kepada masalah-masalah utama yang menghalang hak kesamarataan dalam pendidikan seperti masalah yang berfaktorkan lokaliti, sosioekonomi, sekolah berkeperluan khas serta pendidikan masyarakat minoriti. 2.1 Lokaliti - Jurang antara sekolah di Bandar dan di Luar Bandar United Nations Education, Scientific and Cultural Organizations atau lebih dikenali sebagai UNESCO adalah badan yang telah menggerakkan program Education For All (EFA). Program ini adalah bertujuan untuk memperjuangkan hak asasi seorang manusia dalam mendapatkan pendidikan. Pendidikan adalah hak asasi setiap orang tidak mengira latar belakang, ekonomi dan tahap pemikirannya. Di Malaysia, lokaliti yang dibahagikan kepada dua, iaitu kawasan bandar dan luar bandar menjadi faktor utama dalam menghalang kesamarataan akses dalam pendidikan. Hal ini telah dibincangkan sejak PIPP (2001-2010). Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kemunduran dalam pendidikan yang berlaku di kawasan luar bandar. Antaranya ialah disebabkan kekurangan infrastruktur di kawasan luar bandar seperti tiada kemudahan pengangkutan, kemudahan asas seperti air dan elektrik yang terhad serta kekurangan akses internet (Wawasan P., 2015). Hal yang demikian boleh dilihat di kawasan-kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. Tiada bekalan air paip dan elektrik yang dibekalkan di kawasan pedalaman. Hal ini mampu mengganggu emosi serta kesedaran dalam diri penduduk di luar bandar. Pengangkutan air iaitu bot dan rakit yang menjadi pengangkutan utama mereka juga tidak menjamin keselamatan. Ini mendorong penduduk luar bandar ini untuk tidak mendapatkan pendidikan.
  • 5. Sekolah-sekolah yang disediakan di luar bandar turut menjadi faktor pelajar-pelajar di sekolah luar bandar agak ketinggalan dalam pelajaran. Suasana sekolah dan bilik darjah yang tidak menarik tidak mampu menarik pelajar anak-anak untuk menuntut ilmu. Penggunaan ICT di sekolah-sekolah luar bandar adalah terhad disebabkan kemudahan perisian komputer yang disediakan tidak lengkap (Noraziah Kassim & Noor Mazlan Ahmad Zanzali, 2009). Hal ini telah menghalang objektif kerajaan dalam meningkatkan taraf pelajar di Malaysia dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini. Buku-buku rujukan yang disediakan di pusat sumber sekolah tidak dikemaskini kepada edisi yang terbaru serta kemudahan komputer untuk pelajar mengakses maklumat melalui jalur lebar juga sangat terhad. Selain dari kekurangan kemudahan infrastruktur, suasana bilik darjah di sekolah luar bandar turut menyumbang kepada jurang antara sekolah di bandar dan luar bandar. Antara faktor penting dalam meningkatkan tahap keberkesanan sesi pembelajaran adalah suasana fizikal tempat belajar yang kondusif (Mok Soon Sang, 1997). Suasana bilik darjah di sekolah luar bandar yang daif dan tidak selesa turut menjadi punca hilangnya minat para pelajar untuk belajar. Kekurangan kerusi dan meja yang selesa serta persekitaran kelas yang suram hendaklah diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah. Bilik darjah yang dihias dengan warna-warna dan corak-corak yang sesuai akan menimbulkan minat pelajar khususnya pelajar sekolah rendah untuk hadir ke sekolah. Kekurangan tenaga pengajar yang profesional juga merupakan faktor lain yang menyebabkan jurang di sekolah luar bandar terutamanya dari segi pencapaian pelajar. Kebanyakan guru-guru di sekolah luar bandar ialah guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang diambil kerana disebabkan masalah kekurangan guru. Mereka terdiri daripada siswazah bidang lain yang tidak mempunyai pengetahuan tentang pendidikan serta tidak berpengalaman dalam bidang pengajaran. Cara pengajaran seseorang dalam sesi pengajaran
  • 6. dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan kefahaman dan menarik minat seseorang pelajar terhadap sesuatu pembelajaran (Atan Long, 1980). 2.2 Sosioekonomi Latar belakang keluarga, khususnya tahap pendidikan serta pendapatan ibu bapa merupakan aspek-aspek yang dikaji dalam faktor sosioekonomi. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dan pendapatan ibu bapa dengan prestasi pelajaran anak- anak di sekolah (Shaifuddin, 1997). Hal ini mungkin boleh dilihat dari perkembangan anak- anak sejak kecil, di mana keseluruhan masa anak-anak adalah di rumah bersama ibu bapa mereka. Pendapatan ibu bapa boleh mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu di sekolah memandangkan kos dalam pembelajaran di sekolah kini yang kian meningkat. Ibu bapa yang berpendapatan rendah akan merasa terbeban dengan segala perbelanjaan yang perlu diperuntukkan kepada anak-anak untuk belajar di sekolah. Malah, ada sesetengah golongan ibu bapa yang tidak mampu dalam menyediakan kemudahan kepada anak-anak seperti buku- buku rujukan yang penting sebagai maklumat tambahan kepada anak-anak dan kemudahan komputer yang menjadi asas kepada pelajar masa kini dalam sesi pembelajaran. Apabila golongan ibu bapa ini merasa terbeban, ia akan mempengaruhi emosi anak-anak untuk ke sekolah. Mereka sekeluarga akan mempunyai pemikiran bahawa pelajaran itu hanya membebankan, di mana akan mempengaruhi sikap pelajar untuk belajar. Selain itu, pendidikan ibu bapa juga memberikan kesan terhadap pelajaran anak-anak. Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah adalah selari dgn status sosioekonomi keluarga tersebut. Sikap ibu bapa yang berpendapatan rendah terhadap pendidikan anak-anak
  • 7. dipegaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa tersebut (Zarinah Arshat & Rozumah, 2011). Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan mempunyai kesedaran dan motivasi yang tinggi terhadap kepentingan ilmu. Manakala, tahap pendidikan yang rendah akan menyebabkan ibu bapa yang berfikiran sempit seperti menganggap sesi pembelajaran di sekolah hanyalah satu rutin yang perlu dilakukan oleh anak-anak sahaja tanpa mementingkan kejayaan anak-anak dalam pencapaian ujian dan sebagainya. Jadi, relevan lah jika ibu bapa yang mempunyai latar belakang yang berpendidikan serta berstatus sosioekonomi yang lebih tinggi mampu mempengaruhi anak-anak mereka untuk mencapai pencapaian yang memberangsangkan di sekolah. 2.3 Masyarakat Orang Asli Dalam usaha untuk memberikan kesamarataan akses kepada pendidikan yang berkualiti bertaraf antarabangsa, masyarakat orang asli turut menjadi perhatian. Masyarakat orang asli juga perlu merasai transformasi sistem pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan. Kebiasaannya, masyarakat ini berada di kawasan-kawasan terpencil dan pulau yang tidak disediakan dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik. Sistem komunikasi untuk berhubung dengan masyarakat ini turut terbatas kerana ketiadaan rangkaian telefon. Mereka bukan sahaja tidak mendapat kemudahan infrastruktur di sekolah seperti sekolah-sekolah di kampung, pinggir bandar atau di bandar, malah terdapat beberapa kawasan yang tidak mempunyai sekolah dan kemudahan-kemudahan lain seperti hospital dan sebagainya. Ibu bapa dalam masyarakat orang asli yang mempunyai kesedaran terhadap pendidikan adalah merupakan golongan minoriti. Masyarakat orang asli lebih mementingkan untuk mengajar ilmu-ilmu hutan dan sebagainya kepada anak-anak kerana mereka
  • 8. mempercayai bahawa ilmu-ilmu ini lah yang akan memberi faedah kepada anak-anak mereka pada masa hadapan. Mereka juga bersikap untuk menerima keadaan hidup begitu tanpa ingin memajukan diri turut mendorong kepada keciciran anak-anak masyarakat orang asli dalam pendidikan ( Abd Razak & Zalizan, 2009). Selain dari faktor kekurangan infrastruktur, kesedaran ibu baa dan cara hidup masyarakat orang asli, kewangan juga menjadi faktor keciciran anak-anak orang asli dalam pendidikan. Kebanyakan anak-anak mula bekerja pada usia yang sangat awal untuk membantu menyara keluarga. Mereka sebenarnya mempunyai kesedaran terhadap kepentingan pelajaran, tetapi tidak mempunyai pilihan lain dek terdesak untuk meneruskan kehidupan (Hamidah, Abd Rahman & Khalip, 2012). 3.0 Langkah-langkah Untuk Mencapai Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa Pihak pertama yang akan ditunding jari dalam mencapai anjakan yang dirancang kerajaan ini ialah pihak kerajaan itu sendiri, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak KPM hendaklah memandang serius kepada pembangunan luar bandar yang menjadi masalah utama terjadinya jurang akses pendidikan di negara kita. Dalam PPPM (2013-2025), terdapat banyak langkah-langkah yang dirancang dalam membangunkan kawasan luar bandar. Namun begitu, setiap pembaharuan yang hendak dilaksanakan perlulah dikaji agar tidak membebankan pelajar ibu bapa mahupun guru-guru di sekolah. Keluarga, khususnya ibu bapa hendaklah mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan ilmu dan pencapaian anak-anak. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah bertujuan untuk kejayaan anak-anak perlulah disokong. Pengorbanan wang ringgit
  • 9. dan masa untuk anak-anak tidak dapt ditanding dengan kejayaan yang akal dikecapi anak- anak ini. Dalam memupuk kesedaran ibu bapa, media massa dan sekolah memainkan peranan penting. Sesi motivasi boleh dianjurkan di sekolah bertujuan untuk menyemarakkan semangat ibu bapa dan anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran. Sikap guru turut mempengaruhi pencapaian anak-anak. Guru tidak boleh bersikap berat sebelah dengan hanya mengutamakan pelajar-pelajar yang menjadi target untuk mencapai kejayaan demi mengharumkan nama sekolah sahaja, mereka hendaklah berusaha lebih keras untuk meningkatkan pencapaian para pelajar yang lemah. Kaedah pengajaran dan pendekatan kepada belajar yang berbeza aras pemikiran hendaklah bersesuaian. Guru-guru perlu kreatif dalam menarik minat pelajar yang lemah untuk mendalami sesuatu topik dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian. Akhir sekali, pencapaian seseorang pelajar itu juga sangat bergantung kepada sikap pelajar itu sendiri. Sikap malas dan tidak berminat untuk belajar perlu dikikis dari dalam diri mereka. Mereka hendaklah sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan. Sesi motivasi dan pendekatan yang sesuai dengan pelajar yang mempunyai ciri-ciri pelajar lemah hendaklah dilakukan oleh pihak sekolah. Selemah mana pun seorang pelajar, selagi dia menghadiri sesi persekolahan, baik dipaksa mahupun sukarela, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru serta rakan-rakan untuk memastikan golongan ini terus belajar.
  • 10. 4.0 Rujukan Ahmad, A., & Salleh, M. (2009). KESEDARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI, 1(1), 47-58. doi: ISBN 978-967-5048-72-2. Yusof, H., Ahmad, A., & Musa, K. (2012). PENGARUH LINGKUNGAN SOSIAL DAN KELUARGA MURID TAHUN 5 ORANG ASLI SEMAI TERHADAP MASALAH PEMBELAJARAN. Retrieved from http://jpbu.upsi.edu.my/images/Jurnal.Vol6.Siri5/PB22.pdf Zarinah, A. & Rozumah, B. (2011). Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti tingkahlaku keibu bapaan dalam keluarga berisiko. Jurnal Kemanusiaan bil.17, Jun 2011. Universiti Putra Malaysia. Long, A. (1980). Pedagogi kaedah am mengajar (Vols. 1 - 1). Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Singh, K. (2014). Right to Education and Equality of Educational Opportunities. Journal of International Coorperation in Education, 16(2), 5-19. OECD (2007), Field, S., M. Kuczera, B. Pont, No More Failures: Ten Steps to Equity in Education, ISBN 978-92-64-03259-0, € 24, 155 pages. Sang, M. S. (1997). Pedagogi 1 kurikulum dan pengurusan bilik darjah (Vol. 1). Kuala Lumpur, Malaysia: Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 1997 Kementerian Pelajaran Malaysia, . (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (3rd ed., Vols. 1 - 1). Kementerian Pendidikan Malaysia, . (2001). Pembangunan Pendidikan (2001-2010) : Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan (Vols. 1 - 1). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pelajaran Malaysia (pp 3-5 - 3-17) Diambil daripada http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_ 003107.pdf