SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN
MATEMATIK
(SME6044)
KUMPULAN: A
TUGASAN BERKUMPULAN 1:
SEJARAH, STRUKTUR DAN TUJUAN PENDIDIKAN MATEMATIK DI
MALAYSIA
Disediakan untuk:
Dr. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH
Disediakan oleh:
NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732
MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735
NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
1.0 Sejarah dan Struktur Pendidikan Matematik di Malaysia
1.1 Pendidikan Matematik di Malaysia sebelum dan semasa penjajahan
British
Sejarah pendidikan matematik telah bermula secara tidak formal seawal
kewujudan peradaban manusia. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah,
pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal dan tidak
menitikberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar (Abdullah Sani & P.Kumar,
1990:1). Kognitif merujuk kepada empat peringkat perkembangan pemikiran kanak-
kanak, di mana terdapat had kemahiran tertentu pada peringkat tertentu (Piaget,
1952).
Falsafah pendidikan masyrakat tradisional lebih cenderung kepada aspek-aspek
kerohanian, akhlak dan moral. Hal ini dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah-
seolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti
membaca al-Quran dan tajwid, tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang H.
Salleh, 1980)
Di zaman penjajahan British, suatu struktur pendidikan formal telah diwujudkan.
Pihak British telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik.
Pada peringkat ini (1824-1957) pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola,
dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa
mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan (Abdullah
Sani & P.Kumar, 1990:1). Pentadbiran Pendidikan semasa ini adalah mengikut
dasar ‘pecah dan perintah’. Di bawah dasar ini, sekolah-sekolah vernakular telah
diwujudkan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah
jenis kebangsaan (Tamil). Antara mata pelajaran yang diaplikasikan di sekolah-
sekolah ini ialah bacaan, mengarang, menulis dan ilmu hisab (Siti Rohayu, 2013).
Tempoh kedua dalam struktur pendidikan berlaku antara tahun 1946 hingga
1957. Pada tahun ini juga berlaku penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selepas
kekalahan pihak Jepun, kurikulum asal telah dilaksanakan semula. Beberapa
laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal, antaranya ialah Laporan
Razak pada tahun 1956.
1.2 Laporan Razak
Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956. Ia bertujuan mewujudkan
sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum. Laporan ini diketuai oleh
Allahyarham Tunku Abdul Razak, dan boleh dianggap sebagai batu asas dalam
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan (Nor Amalina, 2013). Ianya
merupakan cadangan pendidikan yang dibuat dalam usaha membentuk semula
sistem pendidikan di Tanah Melayu.
Antara yang disebut dalam laporan ini ialah tujuan dasar pelajaran di dalam
negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua
bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi
semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-
merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur (Laporan Razak,
perenggan 12, 1956).
Pendidikan awal matematik mementingkan kemahiran mengira mudah di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaubagaimanapun, didapati
terdapat kepincangan dalam struktur silibus yang digunakan untuk kaedah
pengajaran. Kaedah pengajaran pada ketika itu juga dijalankan secara konservatif
dan tidak tersusun. Hanya selepas cadangan Penyata Razak dibuat, kurikulum
matematik digunakan secara rasmi.
1.3 Projek Khas
Projek Khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah
pengerusi Encik Abu Hassan Bin Ali pada tahun 1968. Projek ini ditubuhkan bagi
meningkatkan mutu mata pelajaran Matematik dan sains di peringkat sekolah
rendah agar selaras dengan arus perkembangan kurikulum di negara-negara maju.
Pada permulaan projek ini, sekumpulan pensyarah dan guru Matematik telah
dihantar ke negara-negara bagi mengikuti kursus di sana. Projek Khas ini telah
dibiayai oleh Yayasan Asia dan terdapat beberapa sukarelawan Amerika telah
menjadi penasihat bagi projek ini. Bagi penyediaan sukatan mata pelajaran untuk
projek ini, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Matematik telah disediakan
oleh kumpulan pensyarah dan guru yang telah mengikuti kursus di luar negara
tersebut.
Di bawah Projek Khas ini, isi kandungan dalam sukatan mata pelajaran
Matematik bagi sekolah rendah adalah tidak berubah, tetapi pendekatan, strategi
dan kaedah pengajaran telah ditukar bagi memastikan pengajaran lebih berkesan
dan menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Strategi
pembelajaran adalah berpusatkan guru dan kaedah inkuiri-penemuan mula
diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah.
Kaedah inkuiri-penemuan adalah digalakkan kerana kaedah tersebut dapat
menimbulkan minat murid serta dapat mengukuhkan pemahaman dan konsep
Matematik di kalangan murid melalui aktiviti berkumpulan.
1.4 Laporan Projek Khas
Laporan Projek Khas dibentangkan dan dilancarkan pada tahun 1970. Sebanyak
30 buah sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pusat
percubaan. Guru-guru yang terlibat turut diberi peluang mengikuti kursus dalam
perkhidmatan bagi menjayakan projek ini. Pendedahan mengenai strategi
pengajaran dan pembelajaran Matematik yang baru telah disampaikan kepada guru-
guru, serta buku panduan mengajar dan pelbagai alat bantuan mengajar turut
diibekalkan dalam kursus tersebut.
Pada tahun 1971, Projek Khas ini telah dilaksanakan sepenuhnya bagi semua
murid darjah satu di seluruh Malaysia. Projek Khas ini juga diubahsuai dari semasa
ke semasa berlandaskan penilaian dan saranan daripada guru, nazir sekolah dan
sukarelawan Amerika.Projek ini terus dilaksanakan dalam sekolah rendah sehingga
digantikan oleh Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang mula dilaksanakan
sepenuhnya pada tahun 1983.
1.5 Program Matematik Moden
Program Matematik Moden merupakan satu program untuk menggantikan
pendekatan tradisi dengan kaedah semasa. Program ini bertujuan untuk
memperkenalkan topik-topik baru dalam matapelajaran matematik ketika itu. Sebuah
Panitia Kurikulum Matematik telah ditubuhkan pada tahun 1969. Panitia ini telah
bertanggungjawab untuk merancang Sukatan Matematik Moden untuk pelajar
sekolah menengah berdasarkan kajian terhadap kurikulum British iaitu School
Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG).
Projek SMP adalah bertujuan untuk menimbangkan perubahan yang seharusnya
dilakukan dalam pengajaran matematik. Pendekatan yang lebih bersepadu telah
menggantikan pendekatan tradisional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Sebagai contoh, topik teori set digabungkan dengan topik geometri dan
algebra. Menurut kajian, kandungan sukatan SMP berbentuk terlalu akademik dan
abstrak.
Manakala, SMG pula merupakan kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli
Matematik di Scotland yang telah berjaya menerbitkan satu siri buku teks Matematik
Moden yang bertajuk Modern Mathematics for Schools. Pelbagai topik baru mula
diperkenalkan seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics,
Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Kumpulan ini telah
menghasilkan sukatan yang mengaplikasikan tajuk-tajuk ini dalam penyelesaian
masalah seharian.
Daripada hasil kajian terhadap kedua-dua kurikulum ini, Panitia Kurikulum
Matematik telah memutuskan untuk menjadikan sukatan SMG untuk dijadikan
sukatan pelajaran Matematik di sekolah menengah rendah. Sukatan ini dipercayai
lebih sesuai bagi murid yang pelbagai kemahiran. Walau bagaimanapun, tajuk-tajuk
dalam sukatan SMP diguna pakai untul pelajaran Matematik bagi pelajar Tingkatan 4
dan Tingkata 5 pada tahun 1972 kerana ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan
Sukatan Matematik.
Pada tahun 1978, sukatan Matematik Moden bagi menengah rendah dan
menengah atas telah digabungkan. Antara topik baru yang dimasukkan ialah sistem
pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan juga statistik. Sesi
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan penggunaan alat bantu
mengajar terus digalakkan.
1.6 Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Kurikulum Baru Sekolah Rendah merupakan sebahagian daripada Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini telah diperkenalkan pada tahun 1983 dan ia
membawa perubahan yang agak besar terhadap pendidikan matematik. Perubahan
yang telah dipersetujui bertujuan untuk memberi peluang yang sama kepada semua
murid dalam memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan
sosial masyarakat yang baik. Perkara utama yang ditekankan oleh kurikulum ialah
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Dalam skop pendidikan matematik, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah
mengubah sukatan pelajaran Matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan
kebolehan murid. Penguasaan terhadap konsep asas penomboran dan pelaksanaan
empat operasi asas matematik ditekankan dalam sukatan pelajaran untuk Aras I
(Tahun 1 - Tahun 3). Manakala, sukatan pelajaran Aras II (Tahun 4 - Tahun 6)
menekankan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah
matematik.
1.7 KuriKulum Bersepadu Sekolah Rendah
Pada tahun 1994, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah
dilaksanakan bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kemudiannya
pada tahun 1998, Kurikulum Baru Sekolah Menengah juga turut digantikan kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Perubahan tersebut dilaksanakan bagi
memenuhi kehendak dan cita-cita yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan 1994.
Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu tersebut adalah bagi (a) meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan, (b) memberi
penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Kreatif (KBKK), (c) seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain
yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan (d) selaras dengan usaha
ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu. Dua elemen yang terdapat pada
konsep kesepaduan dalam KBSR adalah penggabungjalinan dan penyerapan.
Penggabungjalinan bermaksud kurikulum ini mampu menggabungkan pelbagai
kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang integrative dan
menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran. Manakala, penyerapan pula bermaksud
wujudnya integrasi pengetahuan am dan sedia ada dari mata pelajaran lain ke
dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.
Matlamat utama bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah untuk
membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan
menguasai kemahiran asas mengira. Matlamat utama tersebut adalah bertujuan
agar murid dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan
berkesan. Berasaskan pengetahuan Matematik yang diperolehi, murid seharusnya
boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat
membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan dating
dan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang diperlukan untuk
membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah:
April 1993).
1.8 Sukatan Matematik Sekolah Rendah
Sukatan matematik di peringkat sekolah rendah telah disemak semula pada
tahun 1998 berikutan penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1995. Sekolah Bestari
merupakan sebuah institusi pembelajaran yang direka secara menyeluruh dari segi
amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar
menghadapi zaman maklumat (Rohana, Mohd Tahir & Mariani, 2005)
Berikutan itu, pihak jawatankuasa telah membuat keputusan untuk
mengagihkan pelajaran matematik kepada sembilan tajuk utama. Antara tajuk yang
telah diputuskan untuk dilaksanakan adalah:
1. Nombor bulat dan operasi asas
2. Pecahan dan operasi asas
3. Perpuluhan dan operasi asas
4. Wang
5. Ukuran panjang dan berat
6. Ruang
7. Purata
8. Peratus
9. Graf
Proses semakan semula ini dilakukan bertujuan memperbaiki dan
menambahbaik kurikulum pendidikan matematik yang dijalankan sebelum ini. Selain
itu, ia juga bertujuan memastikan pelajar mempunyai asas matematik dan
seterusnya mampu mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.
Ini akan dapat merealisasikan objektif dan aspirasi yang digariskan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara (KPM, 1996)
Usaha ini juga diharapkan dapat merealisasikan visi Wawasan 2020 yang
keenam, iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan
teknologi masa depan (Wawasan 2020, 1991)
1.9 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang
Ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 2003. Dasar ini bertujuan untuk
mempersiapkan negara Malaysia pada peringkat awal untuk bersaing pada era
globalisasi dan seiring dengan Wawasan 2020 untuk mencapai taraf negara maju.
Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran Sains dan
Teknologi kerana kebanyakan sumbernya adalah dalam Bahasa Inggeris.
Pelaksanaan dasar ini merupakan anjakan paradigma kepada pelajar, guru
mahupun ibubapa dan ia telah menjadi isu yang agak besar dalam kalangan
mereka. Pelbagai usaha kerajaan dilakukan untuk memberi pendedahan kepada
masyarakat dan melatih guru untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Antara kesan
besar dari pelaksanaan dasar ini, penggunaan ICT dalam sesi pembelajaran
diperkenalkan (Noraini Idris, 2008). Kursus-kursus dan alat bantu mengajar
diedarkan kepada semua guru Sains dan Matematik.
Pelbagai respon dan pandangan masyarakat terhadap pelaksanaan ini semakin
kelihatan apabila keputusan “Trends in International Science and Mathematics
Study” (TIMMS 2007) dikeluarkan. Prestasi pelajar Malaysia kelihatan merosot
dalam kedua-dua keputusan. Hasil analisis menunjukkan bahasa pengantara
mungkin menjadi faktor kemerosotan pencapaian dalam matapelajaran tersebut.
Kajian-kajian telah dilakukan sehingga pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia
mengisytiharkan pemansuhan dasar PPSMI. Dasar ini kini diganti dengan dasar
baru, iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
Setiap dasar yang dilaksanakan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang
tersendiri. Ia bergantung kepada masyarakat dan pihak bertanggungjawab untuk
menguruskan keburukan dasar berkenaan. Dasar MBMMBI diharap dapat
dilaksanakan dengan berjaya. Seluruh masyarakat Malaysia hendaklah bersatu
padu dan bersepakat dalam meningkatkan tahap pendidikan negara pada masa
hadapan.
1.10 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pada peringkat awal, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak
500 buah sekolah rendah telah terpilih menjalankan uji rintis bagi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Daripada jumlah tersebut, 50 buah sekolah
menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi
menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Mulai 2011, Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada KSSR, berpandukan Pekeliling
Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia
jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1.
KSSR diperkenalkan bagi menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dari segi reka bentuk, orgnisasi pedagogi, penegasan kurikulum,
peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. Terdapat juga prinsip Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang masih lagi dikekalkan dalam KSSR iaitu
perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua
murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Manakala dari segi
reka bentuk pula, KSSR mempunyai enam tunjang sebagai asas iaitu (a)
komunikasi, (b) kerohanian, sikap dan nilai, (c) kemanusiaan, (d) perkembangan
fizikal dan estetika, (e) sains dan teknologi, dan (f) keterampilan diri.
KSSR turut mengekalkan konsep kesepaduan yang terdapat dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah, di mana KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,
bermakna dan berkesan.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid dalam tempoh dan tahap persekolahan (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
KPM, 2011). Standard kandungan bermaksud penyataan spesifik tentang perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, standard
pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
KSSR menggalakkan agar ‘hands-on-learning’ berlaku untuk menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan. Belajar sambal bermain, melakukan inkuiri
penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran
berasaskan projek dan penyelesaian masalah juga boleh dilakukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru
sepatutnya mendorong murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan
daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Berikut adalah perbandingan antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
dengan Kurikulum Standar Sekolah Rendah;
KBSR KSSR
Reka Bentuk
Kurikulum
Berasaskan 3 bidang;
 Komunikasi
 Manusia dan Alam
Kelilingnya
 Perkembangan Diri
Individu
Linear
Berasaskan 6 tunjang;
 Komunikasi
 Kerohanian, sikap dan
nilai
 Kemanusiaan
 Perkembangan fizikal dan
estetika
 Sains dan teknologi
 Keterampilan diri
Modular
Bahan
Kurikulum
Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran
Dokumen Standard Kandungan
Organisasi
Kurikulum
Tahap 1
 Mata pelajaran Teras,
Wajib dan Tambahan
Tahap 2
 Mata pelajaran Teras,
Wajib dan Tambahan
Tahap 1
 Modul Teras Asas, Teras
Tema dan Elektif
Tahap 2
 Mata pelajaran Teras dan
Elektif
Kemahiran
Berfikir
Elemen Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
Elemen Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan ICT secara
eksplisit
Fokus 3M (membaca, menulis dan
mengira)
4M (membaca, menulis, mengira
dan menaakul)
2.0 Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Secara keseluruhannya, pendidikan Matematik bertujuan:
1. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu dalam matematik secara berterusan.
2. Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dalam
matematik.
3. Mengintegrasi dan memindahkan perlakuan kepada keadaan yang
baru.
Ini selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, ‘Matlamat
pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,
bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan
menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam
kehidupan seharian dengan berkesan ‘ (Kementerian Pendidikan Malaysia 1988).
3.0 Rujukan
Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996)
Bahagian Pembangunan Kurikulum 2003. (2012). Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran
Malaysia. Diambil daripada http://skjrsyedalwi.edu.my/wp-
content/uploads/2013/01/Mate-5.pdf
Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baharim, Rohana, Mohd T. Ismail, dan Mariani M. Nor. (2005). Sekolah Bestari :
Konsep dan Harapan Perubahan terhadap Guru, Pelajar dan Pentadbir.
Diambil daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspe
nuh/Kertas%203.pdf
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diambil daripada http://www.moe.gov.my/v/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Idris, N. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: pengalaman 50
tahun merdeka (Vol. 1, pp. 218-222). N.p.: Utusan Publications. (9676121568,
9789676121561).
Mazlan, N. (2013). Laporan Razak. Diambil daripada
http://www.slideshare.net/nor1205/kertas-kerja-26091457
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pelajaran
Malaysia (pp 3-5 - 3-17) Diambil daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_00310
7.pdf
Piaget, Jean Cook, Margaret (Trans), (1952). The origins of intelligence in children.
New York, NY, US: W W Norton & Co, 419 pp.
Ramly, I. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah (Vols. 1 - 1, pp. 24-31). N.p.: PTS
Publishing Sdn Bhd.
Salleh, Awang H. Pendidikan ke arah perpaduan : sebuah perspektif sejarah. Fajar
Bakti, 1980.
Samah, A. A. (1982). Perkembangan Kurikulum matematik sekolah di Malaysia sejak
zaman penjajah.Universiti Kebangsaan Malaysia
Sani, Abdullah, and P. Kumar. Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longmans
Sdn Bhd, 1990.
Rohan, S. (2013). Sejarah Pendidikan Malaysia. Diambil daripada
http://www.slideshare.net/sitirohayurohan/sejarah-pendidikan-di-malaysia-
17745813
Wawasan 2020, 1991-2020 (2013, February 28). Dalam Unit Perancang Ekonomi.
Diambil daripada http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020
Zanzali, N. A. A Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Diambil daripada
http://math.unipa.it/~grim/Jzanzali.PDF. (2000). Designing the mathematics
curriculum in Malaysia: Making mathematics more meaningful.

More Related Content

What's hot

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruangAktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruangNorazlin Mohd Rusdin
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Izzati Hamid
 
Slot 2 teknik penyoalan
Slot 2 teknik penyoalanSlot 2 teknik penyoalan
Slot 2 teknik penyoalanCikgu Bibi
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
The difference between kbsr and kssr
The difference between kbsr and kssrThe difference between kbsr and kssr
The difference between kbsr and kssrNur Adibah Harun
 
EMK Dalam Matematik Tahun 2
EMK Dalam Matematik Tahun 2EMK Dalam Matematik Tahun 2
EMK Dalam Matematik Tahun 2sealih
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaranMOHDGAZALI1
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1sjk(T) Taman Tun Aminah
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahChan Chew Yen
 

What's hot (20)

Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
TIMMS DAN PISA
TIMMS DAN PISATIMMS DAN PISA
TIMMS DAN PISA
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruangAktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
Aktiviti berasaskan tajuk bentuk dan ruang
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
 
Slot 2 teknik penyoalan
Slot 2 teknik penyoalanSlot 2 teknik penyoalan
Slot 2 teknik penyoalan
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 
The difference between kbsr and kssr
The difference between kbsr and kssrThe difference between kbsr and kssr
The difference between kbsr and kssr
 
RPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khasRPI murid berkeperluan khas
RPI murid berkeperluan khas
 
Pecahan tahun 2 rph 1
Pecahan tahun 2 rph 1Pecahan tahun 2 rph 1
Pecahan tahun 2 rph 1
 
EMK Dalam Matematik Tahun 2
EMK Dalam Matematik Tahun 2EMK Dalam Matematik Tahun 2
EMK Dalam Matematik Tahun 2
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
 

Similar to Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia

Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal munhuda hamdan
 
51280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum22
51280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum2251280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum22
51280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum22share with me
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmenmohdpeja
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
Asal usul Pendidikan Matematik di Malaysia
Asal usul Pendidikan Matematik di MalaysiaAsal usul Pendidikan Matematik di Malaysia
Asal usul Pendidikan Matematik di Malaysiafarhana1989
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK dolldhana13
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanAinna Gempak II
 
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaiedazi91
 
Asal usul pendidikan matematik real
Asal usul pendidikan matematik realAsal usul pendidikan matematik real
Asal usul pendidikan matematik realiedazi91
 
kbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsrkbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsrTe Frendy
 

Similar to Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia (20)

Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal mun
 
51280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum22
51280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum2251280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum22
51280857 influences-on-malaysian-mathematics-curriculum22
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmen
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
Asal usul Pendidikan Matematik di Malaysia
Asal usul Pendidikan Matematik di MalaysiaAsal usul Pendidikan Matematik di Malaysia
Asal usul Pendidikan Matematik di Malaysia
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Info
InfoInfo
Info
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysiaStruktur kurikulum pendidikan di malaysia
Struktur kurikulum pendidikan di malaysia
 
Asal usul pendidikan matematik real
Asal usul pendidikan matematik realAsal usul pendidikan matematik real
Asal usul pendidikan matematik real
 
kbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsrkbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsr
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 

More from SYAZWANI IBRAHIM

More from SYAZWANI IBRAHIM (15)

Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)Tugasan 6 (Individu)
Tugasan 6 (Individu)
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Pembentangan 2
Pembentangan 2Pembentangan 2
Pembentangan 2
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
 

Recently uploaded

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Recently uploaded (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (SME6044) KUMPULAN: A TUGASAN BERKUMPULAN 1: SEJARAH, STRUKTUR DAN TUJUAN PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA Disediakan untuk: Dr. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH Disediakan oleh: NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732 MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735 NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
  • 2. 1.0 Sejarah dan Struktur Pendidikan Matematik di Malaysia 1.1 Pendidikan Matematik di Malaysia sebelum dan semasa penjajahan British Sejarah pendidikan matematik telah bermula secara tidak formal seawal kewujudan peradaban manusia. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal dan tidak menitikberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar (Abdullah Sani & P.Kumar, 1990:1). Kognitif merujuk kepada empat peringkat perkembangan pemikiran kanak- kanak, di mana terdapat had kemahiran tertentu pada peringkat tertentu (Piaget, 1952). Falsafah pendidikan masyrakat tradisional lebih cenderung kepada aspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal ini dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah- seolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membaca al-Quran dan tajwid, tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang H. Salleh, 1980) Di zaman penjajahan British, suatu struktur pendidikan formal telah diwujudkan. Pihak British telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik. Pada peringkat ini (1824-1957) pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola, dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani & P.Kumar, 1990:1). Pentadbiran Pendidikan semasa ini adalah mengikut dasar ‘pecah dan perintah’. Di bawah dasar ini, sekolah-sekolah vernakular telah diwujudkan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan (Tamil). Antara mata pelajaran yang diaplikasikan di sekolah- sekolah ini ialah bacaan, mengarang, menulis dan ilmu hisab (Siti Rohayu, 2013). Tempoh kedua dalam struktur pendidikan berlaku antara tahun 1946 hingga 1957. Pada tahun ini juga berlaku penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selepas kekalahan pihak Jepun, kurikulum asal telah dilaksanakan semula. Beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal, antaranya ialah Laporan Razak pada tahun 1956.
  • 3. 1.2 Laporan Razak Laporan Razak telah diperkenalkan pada April 1956. Ia bertujuan mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum. Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak, dan boleh dianggap sebagai batu asas dalam perkembangan sistem pendidikan kebangsaan (Nor Amalina, 2013). Ianya merupakan cadangan pendidikan yang dibuat dalam usaha membentuk semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Antara yang disebut dalam laporan ini ialah tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar. Walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta- merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur (Laporan Razak, perenggan 12, 1956). Pendidikan awal matematik mementingkan kemahiran mengira mudah di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaubagaimanapun, didapati terdapat kepincangan dalam struktur silibus yang digunakan untuk kaedah pengajaran. Kaedah pengajaran pada ketika itu juga dijalankan secara konservatif dan tidak tersusun. Hanya selepas cadangan Penyata Razak dibuat, kurikulum matematik digunakan secara rasmi. 1.3 Projek Khas Projek Khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah pengerusi Encik Abu Hassan Bin Ali pada tahun 1968. Projek ini ditubuhkan bagi meningkatkan mutu mata pelajaran Matematik dan sains di peringkat sekolah rendah agar selaras dengan arus perkembangan kurikulum di negara-negara maju. Pada permulaan projek ini, sekumpulan pensyarah dan guru Matematik telah dihantar ke negara-negara bagi mengikuti kursus di sana. Projek Khas ini telah
  • 4. dibiayai oleh Yayasan Asia dan terdapat beberapa sukarelawan Amerika telah menjadi penasihat bagi projek ini. Bagi penyediaan sukatan mata pelajaran untuk projek ini, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Matematik telah disediakan oleh kumpulan pensyarah dan guru yang telah mengikuti kursus di luar negara tersebut. Di bawah Projek Khas ini, isi kandungan dalam sukatan mata pelajaran Matematik bagi sekolah rendah adalah tidak berubah, tetapi pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran telah ditukar bagi memastikan pengajaran lebih berkesan dan menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. Strategi pembelajaran adalah berpusatkan guru dan kaedah inkuiri-penemuan mula diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah. Kaedah inkuiri-penemuan adalah digalakkan kerana kaedah tersebut dapat menimbulkan minat murid serta dapat mengukuhkan pemahaman dan konsep Matematik di kalangan murid melalui aktiviti berkumpulan. 1.4 Laporan Projek Khas Laporan Projek Khas dibentangkan dan dilancarkan pada tahun 1970. Sebanyak 30 buah sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pusat percubaan. Guru-guru yang terlibat turut diberi peluang mengikuti kursus dalam perkhidmatan bagi menjayakan projek ini. Pendedahan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik yang baru telah disampaikan kepada guru- guru, serta buku panduan mengajar dan pelbagai alat bantuan mengajar turut diibekalkan dalam kursus tersebut. Pada tahun 1971, Projek Khas ini telah dilaksanakan sepenuhnya bagi semua murid darjah satu di seluruh Malaysia. Projek Khas ini juga diubahsuai dari semasa ke semasa berlandaskan penilaian dan saranan daripada guru, nazir sekolah dan sukarelawan Amerika.Projek ini terus dilaksanakan dalam sekolah rendah sehingga digantikan oleh Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang mula dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983.
  • 5. 1.5 Program Matematik Moden Program Matematik Moden merupakan satu program untuk menggantikan pendekatan tradisi dengan kaedah semasa. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan topik-topik baru dalam matapelajaran matematik ketika itu. Sebuah Panitia Kurikulum Matematik telah ditubuhkan pada tahun 1969. Panitia ini telah bertanggungjawab untuk merancang Sukatan Matematik Moden untuk pelajar sekolah menengah berdasarkan kajian terhadap kurikulum British iaitu School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Projek SMP adalah bertujuan untuk menimbangkan perubahan yang seharusnya dilakukan dalam pengajaran matematik. Pendekatan yang lebih bersepadu telah menggantikan pendekatan tradisional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, topik teori set digabungkan dengan topik geometri dan algebra. Menurut kajian, kandungan sukatan SMP berbentuk terlalu akademik dan abstrak. Manakala, SMG pula merupakan kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli Matematik di Scotland yang telah berjaya menerbitkan satu siri buku teks Matematik Moden yang bertajuk Modern Mathematics for Schools. Pelbagai topik baru mula diperkenalkan seperti Sets, Number Systems, Number Bases, Modular Mathematics, Transformation, Inequalities, Linear Programming dan Matrices. Kumpulan ini telah menghasilkan sukatan yang mengaplikasikan tajuk-tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. Daripada hasil kajian terhadap kedua-dua kurikulum ini, Panitia Kurikulum Matematik telah memutuskan untuk menjadikan sukatan SMG untuk dijadikan sukatan pelajaran Matematik di sekolah menengah rendah. Sukatan ini dipercayai lebih sesuai bagi murid yang pelbagai kemahiran. Walau bagaimanapun, tajuk-tajuk dalam sukatan SMP diguna pakai untul pelajaran Matematik bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkata 5 pada tahun 1972 kerana ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik. Pada tahun 1978, sukatan Matematik Moden bagi menengah rendah dan menengah atas telah digabungkan. Antara topik baru yang dimasukkan ialah sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan juga statistik. Sesi
  • 6. pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan penggunaan alat bantu mengajar terus digalakkan. 1.6 Kurikulum Baru Sekolah Rendah Kurikulum Baru Sekolah Rendah merupakan sebahagian daripada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini telah diperkenalkan pada tahun 1983 dan ia membawa perubahan yang agak besar terhadap pendidikan matematik. Perubahan yang telah dipersetujui bertujuan untuk memberi peluang yang sama kepada semua murid dalam memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Perkara utama yang ditekankan oleh kurikulum ialah kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam skop pendidikan matematik, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah mengubah sukatan pelajaran Matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Penguasaan terhadap konsep asas penomboran dan pelaksanaan empat operasi asas matematik ditekankan dalam sukatan pelajaran untuk Aras I (Tahun 1 - Tahun 3). Manakala, sukatan pelajaran Aras II (Tahun 4 - Tahun 6) menekankan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. 1.7 KuriKulum Bersepadu Sekolah Rendah Pada tahun 1994, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kemudiannya pada tahun 1998, Kurikulum Baru Sekolah Menengah juga turut digantikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Perubahan tersebut dilaksanakan bagi memenuhi kehendak dan cita-cita yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu tersebut adalah bagi (a) meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan, (b) memberi penekanan yang lebih kepada mata pelajaran Sains dan unsur Kemahiran Berfikir
  • 7. secara Kritis dan Kreatif (KBKK), (c) seiring dengan ekonomi, sosial dan lain-lain yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan (d) selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan masyarakat berilmu. Dua elemen yang terdapat pada konsep kesepaduan dalam KBSR adalah penggabungjalinan dan penyerapan. Penggabungjalinan bermaksud kurikulum ini mampu menggabungkan pelbagai kemahiran yang relevan ke arah pembelajaran murid yang integrative dan menyeluruh bagi sesuatu mata pelajaran. Manakala, penyerapan pula bermaksud wujudnya integrasi pengetahuan am dan sedia ada dari mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Matlamat utama bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Matlamat utama tersebut adalah bertujuan agar murid dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan Matematik yang diperolehi, murid seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan dating dan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993). 1.8 Sukatan Matematik Sekolah Rendah Sukatan matematik di peringkat sekolah rendah telah disemak semula pada tahun 1998 berikutan penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1995. Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang direka secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar menghadapi zaman maklumat (Rohana, Mohd Tahir & Mariani, 2005) Berikutan itu, pihak jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mengagihkan pelajaran matematik kepada sembilan tajuk utama. Antara tajuk yang telah diputuskan untuk dilaksanakan adalah: 1. Nombor bulat dan operasi asas
  • 8. 2. Pecahan dan operasi asas 3. Perpuluhan dan operasi asas 4. Wang 5. Ukuran panjang dan berat 6. Ruang 7. Purata 8. Peratus 9. Graf Proses semakan semula ini dilakukan bertujuan memperbaiki dan menambahbaik kurikulum pendidikan matematik yang dijalankan sebelum ini. Selain itu, ia juga bertujuan memastikan pelajar mempunyai asas matematik dan seterusnya mampu mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian. Ini akan dapat merealisasikan objektif dan aspirasi yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara (KPM, 1996) Usaha ini juga diharapkan dapat merealisasikan visi Wawasan 2020 yang keenam, iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan (Wawasan 2020, 1991)
  • 9. 1.9 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah dilaksanakan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang Ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 2003. Dasar ini bertujuan untuk mempersiapkan negara Malaysia pada peringkat awal untuk bersaing pada era globalisasi dan seiring dengan Wawasan 2020 untuk mencapai taraf negara maju. Dasar ini juga bertujuan untuk memudahkan proses pembelajaran Sains dan Teknologi kerana kebanyakan sumbernya adalah dalam Bahasa Inggeris. Pelaksanaan dasar ini merupakan anjakan paradigma kepada pelajar, guru mahupun ibubapa dan ia telah menjadi isu yang agak besar dalam kalangan mereka. Pelbagai usaha kerajaan dilakukan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dan melatih guru untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Antara kesan besar dari pelaksanaan dasar ini, penggunaan ICT dalam sesi pembelajaran diperkenalkan (Noraini Idris, 2008). Kursus-kursus dan alat bantu mengajar diedarkan kepada semua guru Sains dan Matematik. Pelbagai respon dan pandangan masyarakat terhadap pelaksanaan ini semakin kelihatan apabila keputusan “Trends in International Science and Mathematics Study” (TIMMS 2007) dikeluarkan. Prestasi pelajar Malaysia kelihatan merosot dalam kedua-dua keputusan. Hasil analisis menunjukkan bahasa pengantara mungkin menjadi faktor kemerosotan pencapaian dalam matapelajaran tersebut. Kajian-kajian telah dilakukan sehingga pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengisytiharkan pemansuhan dasar PPSMI. Dasar ini kini diganti dengan dasar baru, iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Setiap dasar yang dilaksanakan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Ia bergantung kepada masyarakat dan pihak bertanggungjawab untuk menguruskan keburukan dasar berkenaan. Dasar MBMMBI diharap dapat dilaksanakan dengan berjaya. Seluruh masyarakat Malaysia hendaklah bersatu padu dan bersepakat dalam meningkatkan tahap pendidikan negara pada masa hadapan.
  • 10. 1.10 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pada peringkat awal, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah rendah telah terpilih menjalankan uji rintis bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Daripada jumlah tersebut, 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih. Mulai 2011, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada KSSR, berpandukan Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1. KSSR diperkenalkan bagi menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk, orgnisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. Terdapat juga prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang masih lagi dikekalkan dalam KSSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Manakala dari segi reka bentuk pula, KSSR mempunyai enam tunjang sebagai asas iaitu (a) komunikasi, (b) kerohanian, sikap dan nilai, (c) kemanusiaan, (d) perkembangan fizikal dan estetika, (e) sains dan teknologi, dan (f) keterampilan diri. KSSR turut mengekalkan konsep kesepaduan yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, di mana KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam tempoh dan tahap persekolahan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2011). Standard kandungan bermaksud penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
  • 11. KSSR menggalakkan agar ‘hands-on-learning’ berlaku untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Belajar sambal bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah juga boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sepatutnya mendorong murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni. Berikut adalah perbandingan antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dengan Kurikulum Standar Sekolah Rendah; KBSR KSSR Reka Bentuk Kurikulum Berasaskan 3 bidang;  Komunikasi  Manusia dan Alam Kelilingnya  Perkembangan Diri Individu Linear Berasaskan 6 tunjang;  Komunikasi  Kerohanian, sikap dan nilai  Kemanusiaan  Perkembangan fizikal dan estetika  Sains dan teknologi  Keterampilan diri Modular Bahan Kurikulum Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Dokumen Standard Kandungan Organisasi Kurikulum Tahap 1  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap 2  Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap 1  Modul Teras Asas, Teras Tema dan Elektif Tahap 2  Mata pelajaran Teras dan Elektif Kemahiran Berfikir Elemen Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan ICT secara eksplisit Fokus 3M (membaca, menulis dan mengira) 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
  • 12. 2.0 Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia Secara keseluruhannya, pendidikan Matematik bertujuan: 1. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam matematik secara berterusan. 2. Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dalam matematik. 3. Mengintegrasi dan memindahkan perlakuan kepada keadaan yang baru. Ini selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia, ‘Matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan ‘ (Kementerian Pendidikan Malaysia 1988). 3.0 Rujukan Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur : MDC Publishers Printers.(1996) Bahagian Pembangunan Kurikulum 2003. (2012). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia. Diambil daripada http://skjrsyedalwi.edu.my/wp- content/uploads/2013/01/Mate-5.pdf Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Baharim, Rohana, Mohd T. Ismail, dan Mariani M. Nor. (2005). Sekolah Bestari : Konsep dan Harapan Perubahan terhadap Guru, Pelajar dan Pentadbir. Diambil daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspe nuh/Kertas%203.pdf Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Diambil daripada http://www.moe.gov.my/v/falsafah-pendidikan-kebangsaan
  • 13. Idris, N. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: pengalaman 50 tahun merdeka (Vol. 1, pp. 218-222). N.p.: Utusan Publications. (9676121568, 9789676121561). Mazlan, N. (2013). Laporan Razak. Diambil daripada http://www.slideshare.net/nor1205/kertas-kerja-26091457 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pelajaran Malaysia (pp 3-5 - 3-17) Diambil daripada http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_00310 7.pdf Piaget, Jean Cook, Margaret (Trans), (1952). The origins of intelligence in children. New York, NY, US: W W Norton & Co, 419 pp. Ramly, I. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah (Vols. 1 - 1, pp. 24-31). N.p.: PTS Publishing Sdn Bhd. Salleh, Awang H. Pendidikan ke arah perpaduan : sebuah perspektif sejarah. Fajar Bakti, 1980. Samah, A. A. (1982). Perkembangan Kurikulum matematik sekolah di Malaysia sejak zaman penjajah.Universiti Kebangsaan Malaysia Sani, Abdullah, and P. Kumar. Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longmans Sdn Bhd, 1990. Rohan, S. (2013). Sejarah Pendidikan Malaysia. Diambil daripada http://www.slideshare.net/sitirohayurohan/sejarah-pendidikan-di-malaysia- 17745813 Wawasan 2020, 1991-2020 (2013, February 28). Dalam Unit Perancang Ekonomi. Diambil daripada http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020 Zanzali, N. A. A Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Diambil daripada http://math.unipa.it/~grim/Jzanzali.PDF. (2000). Designing the mathematics curriculum in Malaysia: Making mathematics more meaningful.