SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN
MATEMATIK
(SME6044)
KUMPULAN: A
TUGASAN BERKUMPULAN 6:
EMPAT ISU BERKAITAN DENGAN STANDARD PENGAJARAN
PROFESIONAL
Disediakan untuk:
Pn. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH
Disediakan oleh:
NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732
MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735
NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
1. PENGENALAN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sewaktu perasmian
Model Standard Guru Malaysia (SGM) berkata,
“Guru berkualiti ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa
depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kekal berkualiti, guru perlu sentiasa
relevan dengan cabaran semasa dan akan datang. Ini suatu kemestian jika guru hendak
berjaya dan mencapai hasrat Wawasan 2020. Jika guru itu berkualiti maka pelajar akan
menjadi insan yang kamil dan cemerlang. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa
mahu mempertingkatkan diri dan akan melihat sendiri di mana diri mereka dalam sistem
pendidikan.”
(Utusan Malaysia, 14 Mei 2009)
Model SGM merupakan suatu standard yang dapat menjadi penanda aras bagi para
guru dan bakal guru di Malaysia dalam melahirkan guru yang berkualiti. Standard SGM
merangkumi tiga aspek iaitu; amalan nilai profesionalise perguruan, pengetahuan dan
kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Terdapat tujuh elemen penting dalam penghasilan standard pengajaran professional,
iaitu;
1. Guru meningkatkan pengetahuan dan amalan professional secara berterusan.
2. Guru tahu isi kandungan subjek dan tahu kaedah penyampaian isi kandungan tersebut
kepada pelajar.
3. Guru mampu mewujudkan dan mengekalkan suasana pembelaajran yang selamat
menarik melalui penggunaan kemahiran pengurusan bilik darjah.
4. Guru memberi komitmen secara berterusan dan aktif profesion dalam profesion
mereka dan terhadap komuniti.
5. Guru mengenali pelajar mereka dan bagaimana mereka belajar.
6. Guru berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka.
7. Guru merancang, menilai dan melaporkan pembelajaran berkesan.
2. ISU-ISU MENGENAI STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL
2.1. GURU KURANG KEMAHIRAN PEDAGOGI
Keberkesanan suatu sesi pembelajaran adalah apabila setiap kandungan kurikulum dan cara
penyampaian guru tersebut dapat difahami oleh pemikiran pelajar. Pengajaran yang efektif
ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. Jadi, tidak
hairanlah pedagogi atau kaedah pengajaran guru merupakan satu isu utama yang sering
dibahaskan dalam memastikan kejayaan para pelajar. Guru-guru yang kurang berkemahiran
dalam pedagogi menjadi penghalang untuk mereka mencapai standard pengajaran
professional.
Terdapat banyak kaedah-kaedah pengajaran yang diperkenalkan kepada guru-
guru dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan negara. Namun begitu, terdapat masih
ramai guru yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional di dalam kelas, di mana proses
pembelajaran adalah berpusat kepada guru (Muhyidin Arsat & Maizura Mohd Yunus, 2011).
Kaedah ini akan menimbulkan perasaan bosan dalam diri pelajar kerana segala isi pengajaran
akan disampaikan oleh guru dan interaksi antara pelajar dan guru turut terbatas. Kaedah ini
juga menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses
pembelajaran.
Guru-guru yang terlalu mementingkan sukatan pelajaran juga menyebabkan
mereka mempunyai kurang kemahiran dalam pedagogi (Kamaruddin Husin & Siti Hajar,
2003). Matematik merupakan satu matapelajaran yang mengembang dan membangun serta
memerlukan banyak latihan dan kemahiran berfikir. Guru yang mementingkan sukatan
pelajaran akan mengajar secara terus tanpa merangsang pelajar untuk berfikir. Konsep asas
yang perlu difahami dalam Matematik tidak dapat diserap oleh pelajar. Guru seharusnya lebih
peka akan keperluan kurikulum dan mementingkan kualiti sesuatu pengajaran di samping
memastikan kuantiti pelajaran yang disampaikan secukupnya.
Kaedah pengajaran tradisional yang juga dikenali dengan kaedah “chalk and talk”
juga akan menyebabkan pelajar menghafal sesuatu pelajaran tanpa memahaminya. Konsep
menghafal adalah merupakan kurikulum lama yang sudah tidak relevan digunakan pada hari
ini. Kurikulum terkini mempunyai objektif agar pelajar dapat memahami secara mendalam
tentang sesuatu pelajaran seterusnya berkemahiran untuk berfikir pada aras yang tinggi.
Kegagalan guru untuk menggunakan kaedah pengajaran yang mampu melahirkan pelajar
yang mampu berfikir pada aras tinggi memberi kesan besar kepada pendidikan negara.
Matlamat pendidikan negara untuk berada di peringkat tertinggi dalam pendidikan
antarabangsa tidak akan mampu dicapai.
Kepelbagaian kaedah pengajaran bukan sahaja mampu menarik minat pelajar
untuk mendalami sesuatu topik, malah ia juga mampu mendorong pelajar untuk berfikir
secara kritis dan kreatif (Kassim & Zakaria, 2014). Pelbagai kemudahan dan alat bantu
mengajar seperti komputer, LCD dan lain-lain telah disediakan kepada sekolah bagi
membantu guru dalam menggunakan kaedah yang bersesuaian dan mampu mencapai
standard perguruan. Kelemahan guru dalam menguasai ICT juga menjadi satu isu yang perlu
diberikan perhatian bagi memastikan guru dapat mencapai standard pengajaran professional.
2.2. GURU MENGAJAR SUBJEK BUKAN OPSYEN
Isu guru mengajar subjek bukan opsyen merupakan isu yang biasa terjadi di dalam dunia
pendidikan. Tenaga pengajar samada di sekolah mahupun di institut pengajian tinggi,
berkemungkinan besar akan diperlukan untuk mengajar subjek bukan opsyen apabila diberi
penempatan.
Ini berikutan pengagihan guru di sekolah tidak mengikut keperluan kekosongan.
Ini menyebabkan guru yang baru ditempatkan di sekolah perlu memenuhi apa jua keperluan
mengajar subjek tanpa mengira opsyen asal guru. Siva Subramaniam (1995) dalam Noraida
(2006) menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru, terdapat kes-kes opsyen
guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang
pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan
pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru (Noraida, 2006)
Apabila guru dipaksa mengajar subjek yang bukan opsyen, guru terbabit akan
merasa kurang berkeyakinan, motivasi dan kesungguhan untuk mengajar. Guru tersebut juga
mungkin bermasalah untuk mendapatkan bahan pengajaran dan hanya mengajar dengan
menggunakan buku teks. Guru juga perlu meluangkan banyak masa untuk mengulangkaji
subjek bukan opsyen. Terdapat juga guru yang mengajar subjek bukan opsyen tidak
menguasai teori subjek tersebut. Ini akan menyukarkan guru tersebut untuk memberi
pemahaman kepada pelajar dengan lebih mendalam.
Dalam isu ini, para pelajar merupakan mangsa kerana mereka adalah pihak yang
menerima pendidikan. Sekiranya guru terbabit tidak menunjukkan kredibiliti pengajaran yang
baik, pelajar akan kurang keyakinan untuk belajar dengan guru terbabit. Maka prestasi pelajar
akan menurun. Ini akan memberi impak kepada pencapaian sekolah khususnya dan
pencapaian dunia pendidikan secara amnya.
Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan isu ini berlarutan ialah,
guru perlu membina motivasi untuk mengajar subjek bukan opsyen. Guru perlu mengatasi
kekurangan ilmu dalam bidang berkaitan dengan mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar
daripada guru pakar subjek terbabit. Guru boleh menyertai kursus untuk meningkatkan
kemahiran mengajar dalam subjek bukan opsyen. Di zaman serba canggih ini, maklumat dan
ilmu pengetahuan boleh didapati di hujung jari. Guru boleh cuba mendapatkan bahan
pengajaran tambahan di atas talian untuk meningkatkan keyakinan mengajar.
Walaubagaimanapun, pilihan terletak di tangan guru-guru itu sendiri. Guru perlu
berusaha meningkatkan tahap profesionalisme dalam apa jua subjek yang perlu diajar.
Keyakinan akan muncul sekiranya guru terbabit bersungguh-sungguh ingin melaksanakan
tanggungjawab yang diberikan.
2.3. GURU KURANG KEMAHIRAN ICT
Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk mencapai tahap negara maju. Dalam konteks
pendidikan, negara yang maju mempunyai pendidikan yang bersistemkan teknologi
maklumat. Usaha untuk melahirkan generasi yang celik IT bukan sahaja perlu difokuskan
kepada generasi itu, tetapi juga kepada tenaga-tenaga pengajar yang berperanan untuk
mendidik generasi tersebut. Kelemahan guru dalam menggunakan teknologi maklumat atau
ICT bukan sahaja tidak mencapai standard pengajaran professional, malah memberi kesan
yang buruk kepada pelajar-pelajar seperti tidak mampu berfikir dan mengaplikasi pelajaran
dalam kehidupan seharian.
Penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk
memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran para pelajar. Kemudahan yang
disediakan kerajaan ini juga memberi kesempatan kepada guru untuk mempelbagaikan
kaedah pengajaran sekaligus mencapai standard pengajaran. Kebolehan guru dalam
menggunakan komputer belum cukup untuk membolehkan sesorang guru tersebut untuk
mengendali bahan bantu mengajar elektronik yang lain seperti LCD, projektor dan
sebagainya. Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dapat menarik perhatian pelajar
dan meningkatkan daya kreativiti, inovasi serta imaginasi terhadap sesuatu perkara. Ia juga
mampu merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
selain mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang mempunyai
kepelbagaian kebolehan dan kecerdasan (Tatan, 2014).
Kelemahan guru dalam kemahiran ICT berpunca daripada beberapa faktor. Faktor
utamanya ialah sikap guru yang fobia atau takut komputer (Johari Surip, Nor Hasniza
Ibrahim, & Rohaya Hassan, 2014). Hal ini kebiasaannya dapat dilihat dari golongan guru
yang sudah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan. Perubahan kurikulum yang agak ketara
menyukarkan mereka untuk mengubah kaedah pengajaran dari kaedah pengajaran tradisonal
yang sudah lama dipraktikkan. Kekurangan peralatan ICT yang disediakan juga
membataskan guru-guru untuk membiasakan pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (Ahmad Salim Hambiah, 2005). Peralatan yang terhad menyebabkan guru-
guru terpaksa berkongsi laptop dan bahan bantu mengajar yang lain dan mendorong kepada
penggunaan kaedah biasa untuk mengajar. Ketiadaan tenaga pengajar yang mahir dalam
mengendalikan peralatan ICT juga menjadi punca guru-guru tidak mahir untuk menggunakan
alatan ini. Pihak kerajaan atau pun sekolah perlu mengambil inisiatif untuk melantik tenaga
pengajar bagi mengajar guru-guru pada peringkat awal penggunaan peralatan tersebut.
Manakala, kekangan utama bagi guru-guru untuk menggunakan ICT dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran adalah masa (Noraziah Kassim & Noor Mazlan Ahmad
Zanzali, 2009). Tempoh masa yang singkat untuk suatu matapelajaran terpaksa dikurangkan
lagi disebabkan proses untuk memasang dan menyambung peralatan tersebut. Ini
menyebabkan guru-guru tidak dapat menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Tekanan dari pihak sekolah akan diberikan kepada guru seterusnya menyebabkan
guru-guru mengajar dengan cepat tanpa memastikan kualiti yang baik dari proses
pengajarannya.
Masalah-masalah yang dihadapi guru tidak boleh dipandang remeh oleh pihak
kerajaan kerana masalah-masalah tersebut mampu untuk menjadi faktor kegagalan objekif
pendidikan untuk setaraf dengan pendidikan negara. Guru-guru juga perlu berusaha untuk
mengatasi masalah-masalah yang berpunca dari kelemahan diri agar mereka mampu
mencapai standard pengajaran professional dan melahirkan generasi yang berintelek dan
berinovasi.
2.4. AKAUNTABILITI DAN KEPERIBADIAN GURU BERKESAN
Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap tugas yang diamanahkan
kepadanya. Seorang guru perlu bertanggungjawab untuk tugas yang diberikan dan bersedia
menghadapi sebarang implikasi atas sebarang keputusan yang diambil. Akauntabiliti guru
adalah terhadap diri sendiri, pelajar dan profesion perguruan.
Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002), konsep ibadah dalam kerjaya
perguruan semakin hilang. Ramai guru yang keliru dan terlupa bahawa tugas mendidik
adalah satu ibadah. Malah kerjaya guru turut dicemari dengan kegilaan untuk mencari
kekayaan, kemegahan dan pangkat. Para pelajar juga selalu diabaikan kerana guru banyak
menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pendidikan. Dan
kini, masyarakat juga turut hilang kepercayaan terhadap kewibawaan guru serta
menyebabkan martabat guru menjadi semakin rendah.
Seorang guru perlulah mempunyai keperibadian guru berkesan, iaitu keperibadian
pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan dari segi personaliti dan membawa
perubahan tingkah laku kepada pelajarnya (Abdul Rashid, Abd. Rahman & Abdul Ghani,
2008). Antara ciri-ciri guru berkesan dari segi peribadi yang paling banyak dikaitkan dengan
pencapaian pelajar ialah kemesraan dan sikap memahami.
Guru merupakan contoh dan model kepada pelajar. Makan, setiap ciri dan tingkah
laku peribadi guru banyak mempengaruhi para pelajar. Memandangkan hanya contoh-contoh
sikap dan nilai positif sahaja yang diperlukan dalam usaha untuk mempengaruhi tingkah laku
pelajar, adalah sangat penting untuk seseorang guru mempamerkan personaliti terpuji pada
setiap masa (Khairul Anuar, 2012). Contohnya, guru mengucapkan terima kasih, apabila
selesai mendapat pertolongan daripada pelajar.
Terdapat beberapa keperibadian yang perlu ada pada seseorang guru berkesan.
Antaranya ialah guru bersifat peramah akan dapat mewujudkan hubungan yang baik di antara
guru dan pelajarnya (Marzita Abdullah, 2003). Seorang guru mestilah mempunyai emosi
yang terkawal. Contohnya guru dapat mengawal kemarahan dengan tidak mengeluarkan kata-
kata kesat apabila pelajarnya melakukan kesalahan.
Sifat komitmen yang tinggi dan sifat dedikasi terhadap tugas merupakan sifat
yang perlu ada pada seorang guru. Contohnya dengan mengadakan kelas-kelas tambahan,
soalan-soalan latih tubi, program-program motivasi dan sebagainya. Ciri lain dalam
keperibadian yang perlu ada pada seorang guru ialah kegigihan dalam menjalankan tugasnya.
Ini bermaksud menggunakan sepenuh masa yang diperuntukan bagi sesuatu mata pelajaran
itu untuk mengajar. Guru perlu membuat persediaan yang rapi seperti merujuk kepada buku-
buku teks, menggunakan alat bantu mengajar atau merujuk kepada sumber-sumber lain bagi
memantapkan lagi pengajarannya.
Selain itu, penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk keperibadian
seorang guru. Guru perlu menampilkan siri-ciri sperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh
badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar seperti
imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih dan memakai perhiasan diri yang
keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut.
Penampilan yang selekeh bagi seorang guru, akan memberi gambaran seolah-olah pengajaran
dan nota guru tersebut juga tidak berkualiti (Mok Soon Sang, 2004). Guru yang mempunyai
penampilan yang kemas juga dikatakan mampu menarik minat pelajar. Imej yang kemas juga
akan menjadi ikutan pelajar dan seterusnya membentuk budaya sihat dalam kehidupan
sekolah.
RUJUKAN
Ahmad Salim Hambiah. (2005). Penggunaan Komputer dalam Kalangan Guru Sains Sekolah
Menengah. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Johari Surip, Nor Hasniza Ibrahim, & Rohaya Hassan. (2014). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian ICT dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Sains
Humanika, 13-18.
Kamaruddin Husin, & Siti Hajar. (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kassim, N., & Zakaria, E. (2014). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran
dan PembelajaranMatematik: Analisis Keperluan Guru. Persidangan Serantau
Siswazah Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhyidin Arsat, & Maizura Mohd Yunus. (2011). Satu Kajian Cabaran Guru di Sekolah.
Retrieved 13 November, 2015, from eprints@utm:
http://eprints.utm.my/11803/1/Satu_Kajian_Cabaran_Guru_Di_Sekolah
Noraida, M. A. (2006). Kesediaan guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran
kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Kluang. Universiti
Teknologi Malaysia.
Noraziah Kassim, & Noor Mazlan Ahmad Zanzali. (2009). Penggunaan ICT Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. ,.
Retrieved 13 October, 2015, from eprints@UTM:
http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf
Tatan, B. (2014). Smart Board İn Mathematics Education, The Use Of Cartoon. Procedia :
Social Science Behaviour, 809-815.
Utusan Malaysia. (14 Mei, 2009). Komitmen guru tingkatkan sistem pendidikan.

More Related Content

What's hot

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Samsul Hamdan
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAdam Amsyar
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahDgMasniah
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasAnjini Anjni
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Nurul Atiyah
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikFarah Waheeda
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemiknooriza kassim
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Ena Ros
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Jurnal pengembangan materi dilatasi
Jurnal pengembangan materi dilatasiJurnal pengembangan materi dilatasi
Jurnal pengembangan materi dilatasiDia Cahyawati
 
Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)Farah Waheeda
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluIJRESJOURNAL
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnalhanyjamal
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 

What's hot (20)

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
 
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Jurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan KhasJurnal Pendidikan Khas
Jurnal Pendidikan Khas
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2Penggunaan teknologi & pdp 2
Penggunaan teknologi & pdp 2
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010Jurnal pt 2010
Jurnal pt 2010
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Jurnal pengembangan materi dilatasi
Jurnal pengembangan materi dilatasiJurnal pengembangan materi dilatasi
Jurnal pengembangan materi dilatasi
 
Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 

Viewers also liked

Viewers also liked (12)

Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
Tajuk 2 done
Tajuk 2 doneTajuk 2 done
Tajuk 2 done
 
Etnomatematik
EtnomatematikEtnomatematik
Etnomatematik
 
Tahap pengetahuan
Tahap pengetahuanTahap pengetahuan
Tahap pengetahuan
 
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Pedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikanPedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikan
 
Pembentangan tesis
Pembentangan tesisPembentangan tesis
Pembentangan tesis
 
Proposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan PresentationProposal kajian tindakan Presentation
Proposal kajian tindakan Presentation
 
Power point contoh slide viva
Power point contoh slide vivaPower point contoh slide viva
Power point contoh slide viva
 

Similar to Tugasan 6

Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solvinghaieri
 
7. Professional teaching standards
7.	Professional teaching standards7.	Professional teaching standards
7. Professional teaching standardsmohdfidaiy
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standardsNgan Jiaing
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standardsSionglu Siong
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standardsSuzianah Bakri
 
Professional teaching standards
Professional teaching standardsProfessional teaching standards
Professional teaching standardsJunaidi Rmk
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standardsyunging84
 
Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Habibah Abdullah
 
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiahIsu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiahNoratini Mukhtar
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikanTika Adhitya
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachLing Leh
 

Similar to Tugasan 6 (20)

Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solving
 
7. Professional teaching standards
7.	Professional teaching standards7.	Professional teaching standards
7. Professional teaching standards
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standards
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standards
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standards
 
Professional teaching standards
Professional teaching standardsProfessional teaching standards
Professional teaching standards
 
7. professional teaching standards
7. professional teaching standards7. professional teaching standards
7. professional teaching standards
 
Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01Isu isu-120520002036-phpapp01
Isu isu-120520002036-phpapp01
 
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiahIsu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
 
Gp 1063 (1)
Gp 1063 (1)Gp 1063 (1)
Gp 1063 (1)
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
kajian tindakaku
kajian tindakakukajian tindakaku
kajian tindakaku
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikan
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Refleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue fullRefleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue full
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
 
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approachSme 6044 tugasan 2 teaching approach
Sme 6044 tugasan 2 teaching approach
 

More from SYAZWANI IBRAHIM

Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiSYAZWANI IBRAHIM
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 

More from SYAZWANI IBRAHIM (9)

Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)Tugasan 7 (Individu)
Tugasan 7 (Individu)
 
Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)Tugasan 5 (Individu)
Tugasan 5 (Individu)
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan EkuitiTugasan 3 - Akses dan Ekuiti
Tugasan 3 - Akses dan Ekuiti
 
Pembentangan 2
Pembentangan 2Pembentangan 2
Pembentangan 2
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di MalaysiaPembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
Pembentangan Sejarah, Struktur dan Tujuan Pendidikan Matematik di Malaysia
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
 

Recently uploaded

PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 

Recently uploaded (20)

PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 

Tugasan 6

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (SME6044) KUMPULAN: A TUGASAN BERKUMPULAN 6: EMPAT ISU BERKAITAN DENGAN STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL Disediakan untuk: Pn. RAJA LAILATUL ZURAIDA BT. RAJA MAAMOR SHAH Disediakan oleh: NIK NURUL SYAZWANI BT. IBRAHIM M20151000732 MOHD TARMIZEE B. MOHD BASREE M20151000735 NAJAH BT. MOHD NAWI M20151000759
  • 2. 1. PENGENALAN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sewaktu perasmian Model Standard Guru Malaysia (SGM) berkata, “Guru berkualiti ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kekal berkualiti, guru perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang. Ini suatu kemestian jika guru hendak berjaya dan mencapai hasrat Wawasan 2020. Jika guru itu berkualiti maka pelajar akan menjadi insan yang kamil dan cemerlang. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan akan melihat sendiri di mana diri mereka dalam sistem pendidikan.” (Utusan Malaysia, 14 Mei 2009) Model SGM merupakan suatu standard yang dapat menjadi penanda aras bagi para guru dan bakal guru di Malaysia dalam melahirkan guru yang berkualiti. Standard SGM merangkumi tiga aspek iaitu; amalan nilai profesionalise perguruan, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP). Terdapat tujuh elemen penting dalam penghasilan standard pengajaran professional, iaitu; 1. Guru meningkatkan pengetahuan dan amalan professional secara berterusan. 2. Guru tahu isi kandungan subjek dan tahu kaedah penyampaian isi kandungan tersebut kepada pelajar. 3. Guru mampu mewujudkan dan mengekalkan suasana pembelaajran yang selamat menarik melalui penggunaan kemahiran pengurusan bilik darjah.
  • 3. 4. Guru memberi komitmen secara berterusan dan aktif profesion dalam profesion mereka dan terhadap komuniti. 5. Guru mengenali pelajar mereka dan bagaimana mereka belajar. 6. Guru berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka. 7. Guru merancang, menilai dan melaporkan pembelajaran berkesan. 2. ISU-ISU MENGENAI STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL 2.1. GURU KURANG KEMAHIRAN PEDAGOGI Keberkesanan suatu sesi pembelajaran adalah apabila setiap kandungan kurikulum dan cara penyampaian guru tersebut dapat difahami oleh pemikiran pelajar. Pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. Jadi, tidak hairanlah pedagogi atau kaedah pengajaran guru merupakan satu isu utama yang sering dibahaskan dalam memastikan kejayaan para pelajar. Guru-guru yang kurang berkemahiran dalam pedagogi menjadi penghalang untuk mereka mencapai standard pengajaran professional. Terdapat banyak kaedah-kaedah pengajaran yang diperkenalkan kepada guru- guru dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan negara. Namun begitu, terdapat masih ramai guru yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional di dalam kelas, di mana proses pembelajaran adalah berpusat kepada guru (Muhyidin Arsat & Maizura Mohd Yunus, 2011). Kaedah ini akan menimbulkan perasaan bosan dalam diri pelajar kerana segala isi pengajaran akan disampaikan oleh guru dan interaksi antara pelajar dan guru turut terbatas. Kaedah ini juga menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran.
  • 4. Guru-guru yang terlalu mementingkan sukatan pelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai kurang kemahiran dalam pedagogi (Kamaruddin Husin & Siti Hajar, 2003). Matematik merupakan satu matapelajaran yang mengembang dan membangun serta memerlukan banyak latihan dan kemahiran berfikir. Guru yang mementingkan sukatan pelajaran akan mengajar secara terus tanpa merangsang pelajar untuk berfikir. Konsep asas yang perlu difahami dalam Matematik tidak dapat diserap oleh pelajar. Guru seharusnya lebih peka akan keperluan kurikulum dan mementingkan kualiti sesuatu pengajaran di samping memastikan kuantiti pelajaran yang disampaikan secukupnya. Kaedah pengajaran tradisional yang juga dikenali dengan kaedah “chalk and talk” juga akan menyebabkan pelajar menghafal sesuatu pelajaran tanpa memahaminya. Konsep menghafal adalah merupakan kurikulum lama yang sudah tidak relevan digunakan pada hari ini. Kurikulum terkini mempunyai objektif agar pelajar dapat memahami secara mendalam tentang sesuatu pelajaran seterusnya berkemahiran untuk berfikir pada aras yang tinggi. Kegagalan guru untuk menggunakan kaedah pengajaran yang mampu melahirkan pelajar yang mampu berfikir pada aras tinggi memberi kesan besar kepada pendidikan negara. Matlamat pendidikan negara untuk berada di peringkat tertinggi dalam pendidikan antarabangsa tidak akan mampu dicapai. Kepelbagaian kaedah pengajaran bukan sahaja mampu menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu topik, malah ia juga mampu mendorong pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif (Kassim & Zakaria, 2014). Pelbagai kemudahan dan alat bantu mengajar seperti komputer, LCD dan lain-lain telah disediakan kepada sekolah bagi membantu guru dalam menggunakan kaedah yang bersesuaian dan mampu mencapai standard perguruan. Kelemahan guru dalam menguasai ICT juga menjadi satu isu yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan guru dapat mencapai standard pengajaran professional.
  • 5. 2.2. GURU MENGAJAR SUBJEK BUKAN OPSYEN Isu guru mengajar subjek bukan opsyen merupakan isu yang biasa terjadi di dalam dunia pendidikan. Tenaga pengajar samada di sekolah mahupun di institut pengajian tinggi, berkemungkinan besar akan diperlukan untuk mengajar subjek bukan opsyen apabila diberi penempatan. Ini berikutan pengagihan guru di sekolah tidak mengikut keperluan kekosongan. Ini menyebabkan guru yang baru ditempatkan di sekolah perlu memenuhi apa jua keperluan mengajar subjek tanpa mengira opsyen asal guru. Siva Subramaniam (1995) dalam Noraida (2006) menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru, terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya. Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru (Noraida, 2006) Apabila guru dipaksa mengajar subjek yang bukan opsyen, guru terbabit akan merasa kurang berkeyakinan, motivasi dan kesungguhan untuk mengajar. Guru tersebut juga mungkin bermasalah untuk mendapatkan bahan pengajaran dan hanya mengajar dengan menggunakan buku teks. Guru juga perlu meluangkan banyak masa untuk mengulangkaji subjek bukan opsyen. Terdapat juga guru yang mengajar subjek bukan opsyen tidak menguasai teori subjek tersebut. Ini akan menyukarkan guru tersebut untuk memberi pemahaman kepada pelajar dengan lebih mendalam. Dalam isu ini, para pelajar merupakan mangsa kerana mereka adalah pihak yang menerima pendidikan. Sekiranya guru terbabit tidak menunjukkan kredibiliti pengajaran yang baik, pelajar akan kurang keyakinan untuk belajar dengan guru terbabit. Maka prestasi pelajar akan menurun. Ini akan memberi impak kepada pencapaian sekolah khususnya dan pencapaian dunia pendidikan secara amnya.
  • 6. Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan isu ini berlarutan ialah, guru perlu membina motivasi untuk mengajar subjek bukan opsyen. Guru perlu mengatasi kekurangan ilmu dalam bidang berkaitan dengan mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada guru pakar subjek terbabit. Guru boleh menyertai kursus untuk meningkatkan kemahiran mengajar dalam subjek bukan opsyen. Di zaman serba canggih ini, maklumat dan ilmu pengetahuan boleh didapati di hujung jari. Guru boleh cuba mendapatkan bahan pengajaran tambahan di atas talian untuk meningkatkan keyakinan mengajar. Walaubagaimanapun, pilihan terletak di tangan guru-guru itu sendiri. Guru perlu berusaha meningkatkan tahap profesionalisme dalam apa jua subjek yang perlu diajar. Keyakinan akan muncul sekiranya guru terbabit bersungguh-sungguh ingin melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. 2.3. GURU KURANG KEMAHIRAN ICT Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk mencapai tahap negara maju. Dalam konteks pendidikan, negara yang maju mempunyai pendidikan yang bersistemkan teknologi maklumat. Usaha untuk melahirkan generasi yang celik IT bukan sahaja perlu difokuskan kepada generasi itu, tetapi juga kepada tenaga-tenaga pengajar yang berperanan untuk mendidik generasi tersebut. Kelemahan guru dalam menggunakan teknologi maklumat atau ICT bukan sahaja tidak mencapai standard pengajaran professional, malah memberi kesan yang buruk kepada pelajar-pelajar seperti tidak mampu berfikir dan mengaplikasi pelajaran dalam kehidupan seharian. Penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran para pelajar. Kemudahan yang
  • 7. disediakan kerajaan ini juga memberi kesempatan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran sekaligus mencapai standard pengajaran. Kebolehan guru dalam menggunakan komputer belum cukup untuk membolehkan sesorang guru tersebut untuk mengendali bahan bantu mengajar elektronik yang lain seperti LCD, projektor dan sebagainya. Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dapat menarik perhatian pelajar dan meningkatkan daya kreativiti, inovasi serta imaginasi terhadap sesuatu perkara. Ia juga mampu merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum selain mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang mempunyai kepelbagaian kebolehan dan kecerdasan (Tatan, 2014). Kelemahan guru dalam kemahiran ICT berpunca daripada beberapa faktor. Faktor utamanya ialah sikap guru yang fobia atau takut komputer (Johari Surip, Nor Hasniza Ibrahim, & Rohaya Hassan, 2014). Hal ini kebiasaannya dapat dilihat dari golongan guru yang sudah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan. Perubahan kurikulum yang agak ketara menyukarkan mereka untuk mengubah kaedah pengajaran dari kaedah pengajaran tradisonal yang sudah lama dipraktikkan. Kekurangan peralatan ICT yang disediakan juga membataskan guru-guru untuk membiasakan pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ahmad Salim Hambiah, 2005). Peralatan yang terhad menyebabkan guru- guru terpaksa berkongsi laptop dan bahan bantu mengajar yang lain dan mendorong kepada penggunaan kaedah biasa untuk mengajar. Ketiadaan tenaga pengajar yang mahir dalam mengendalikan peralatan ICT juga menjadi punca guru-guru tidak mahir untuk menggunakan alatan ini. Pihak kerajaan atau pun sekolah perlu mengambil inisiatif untuk melantik tenaga pengajar bagi mengajar guru-guru pada peringkat awal penggunaan peralatan tersebut. Manakala, kekangan utama bagi guru-guru untuk menggunakan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah masa (Noraziah Kassim & Noor Mazlan Ahmad Zanzali, 2009). Tempoh masa yang singkat untuk suatu matapelajaran terpaksa dikurangkan
  • 8. lagi disebabkan proses untuk memasang dan menyambung peralatan tersebut. Ini menyebabkan guru-guru tidak dapat menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tekanan dari pihak sekolah akan diberikan kepada guru seterusnya menyebabkan guru-guru mengajar dengan cepat tanpa memastikan kualiti yang baik dari proses pengajarannya. Masalah-masalah yang dihadapi guru tidak boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan kerana masalah-masalah tersebut mampu untuk menjadi faktor kegagalan objekif pendidikan untuk setaraf dengan pendidikan negara. Guru-guru juga perlu berusaha untuk mengatasi masalah-masalah yang berpunca dari kelemahan diri agar mereka mampu mencapai standard pengajaran professional dan melahirkan generasi yang berintelek dan berinovasi. 2.4. AKAUNTABILITI DAN KEPERIBADIAN GURU BERKESAN Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. Seorang guru perlu bertanggungjawab untuk tugas yang diberikan dan bersedia menghadapi sebarang implikasi atas sebarang keputusan yang diambil. Akauntabiliti guru adalah terhadap diri sendiri, pelajar dan profesion perguruan. Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002), konsep ibadah dalam kerjaya perguruan semakin hilang. Ramai guru yang keliru dan terlupa bahawa tugas mendidik adalah satu ibadah. Malah kerjaya guru turut dicemari dengan kegilaan untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Para pelajar juga selalu diabaikan kerana guru banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pendidikan. Dan kini, masyarakat juga turut hilang kepercayaan terhadap kewibawaan guru serta menyebabkan martabat guru menjadi semakin rendah.
  • 9. Seorang guru perlulah mempunyai keperibadian guru berkesan, iaitu keperibadian pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan dari segi personaliti dan membawa perubahan tingkah laku kepada pelajarnya (Abdul Rashid, Abd. Rahman & Abdul Ghani, 2008). Antara ciri-ciri guru berkesan dari segi peribadi yang paling banyak dikaitkan dengan pencapaian pelajar ialah kemesraan dan sikap memahami. Guru merupakan contoh dan model kepada pelajar. Makan, setiap ciri dan tingkah laku peribadi guru banyak mempengaruhi para pelajar. Memandangkan hanya contoh-contoh sikap dan nilai positif sahaja yang diperlukan dalam usaha untuk mempengaruhi tingkah laku pelajar, adalah sangat penting untuk seseorang guru mempamerkan personaliti terpuji pada setiap masa (Khairul Anuar, 2012). Contohnya, guru mengucapkan terima kasih, apabila selesai mendapat pertolongan daripada pelajar. Terdapat beberapa keperibadian yang perlu ada pada seseorang guru berkesan. Antaranya ialah guru bersifat peramah akan dapat mewujudkan hubungan yang baik di antara guru dan pelajarnya (Marzita Abdullah, 2003). Seorang guru mestilah mempunyai emosi yang terkawal. Contohnya guru dapat mengawal kemarahan dengan tidak mengeluarkan kata- kata kesat apabila pelajarnya melakukan kesalahan. Sifat komitmen yang tinggi dan sifat dedikasi terhadap tugas merupakan sifat yang perlu ada pada seorang guru. Contohnya dengan mengadakan kelas-kelas tambahan, soalan-soalan latih tubi, program-program motivasi dan sebagainya. Ciri lain dalam keperibadian yang perlu ada pada seorang guru ialah kegigihan dalam menjalankan tugasnya. Ini bermaksud menggunakan sepenuh masa yang diperuntukan bagi sesuatu mata pelajaran itu untuk mengajar. Guru perlu membuat persediaan yang rapi seperti merujuk kepada buku- buku teks, menggunakan alat bantu mengajar atau merujuk kepada sumber-sumber lain bagi memantapkan lagi pengajarannya.
  • 10. Selain itu, penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk keperibadian seorang guru. Guru perlu menampilkan siri-ciri sperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih dan memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut. Penampilan yang selekeh bagi seorang guru, akan memberi gambaran seolah-olah pengajaran dan nota guru tersebut juga tidak berkualiti (Mok Soon Sang, 2004). Guru yang mempunyai penampilan yang kemas juga dikatakan mampu menarik minat pelajar. Imej yang kemas juga akan menjadi ikutan pelajar dan seterusnya membentuk budaya sihat dalam kehidupan sekolah.
  • 11. RUJUKAN Ahmad Salim Hambiah. (2005). Penggunaan Komputer dalam Kalangan Guru Sains Sekolah Menengah. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Johari Surip, Nor Hasniza Ibrahim, & Rohaya Hassan. (2014). Tahap Amalan dan Pengintegrasian ICT dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Sains Humanika, 13-18. Kamaruddin Husin, & Siti Hajar. (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kassim, N., & Zakaria, E. (2014). Integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan PembelajaranMatematik: Analisis Keperluan Guru. Persidangan Serantau Siswazah Pendidikan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhyidin Arsat, & Maizura Mohd Yunus. (2011). Satu Kajian Cabaran Guru di Sekolah. Retrieved 13 November, 2015, from eprints@utm: http://eprints.utm.my/11803/1/Satu_Kajian_Cabaran_Guru_Di_Sekolah Noraida, M. A. (2006). Kesediaan guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Kluang. Universiti Teknologi Malaysia. Noraziah Kassim, & Noor Mazlan Ahmad Zanzali. (2009). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. ,. Retrieved 13 October, 2015, from eprints@UTM: http://eprints.utm.my/10133/1/Noraziah_binti_Kassim@Aziz.pdf Tatan, B. (2014). Smart Board İn Mathematics Education, The Use Of Cartoon. Procedia : Social Science Behaviour, 809-815. Utusan Malaysia. (14 Mei, 2009). Komitmen guru tingkatkan sistem pendidikan.