Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kaedah Induktif

4,828 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Kaedah Induktif

  1. 1. Kaedah Induktif dalam Matematik Sekolah Rendah.1.0 Pengenalan. Di dalam konteks pendidikan, konsep kaedah bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Guru perlu mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan kaedah yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Kaedah yang ingin dihuraikan di sini ialah Kaedah Induktif Dalam Matematik Sekolah Rendah. Kaedah Induktif ialah kaedah yang melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat-makumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah guru menggunakan kaedah dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut. Inilah yang dimaksudkan sebagai pengajaran Induktif di mana guru memberi contoh dan menyoal murid tentang kefahaman mereka dan cuba membuat persamaan dengan situasi lain. Sebagai contoh dalam mata pelajaran matematik, guru memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid cuba bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum sebagai penyelesaian masalah tersebut. Ringkasnya adalah seperti berikut: 2 X 1 = 2 3 X 1 = 3 n x 1 = n 4 X 1 = 4 n = 1, 2, 3 5 X 1 = 5 Di dalam pengajaran Induktif guru mengemukakan beberapa contoh yang khusus dan diikuti dengan soal jawab untuk membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mudah mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan.
  2. 2. 2.0 Jenis Kaedah Induktif Kaedah induktif ini mempunyai 5 jenis kaedah yang boleh digunakan oleh para guru semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Kaedah yang pertama ialah generalisasi. Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan bagi mudah difahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain. Sebagai contoh mencari ciri segiempat yang sama dengan segiempat lain, iaitu persamaan segiempat mempunyai empat sisi, panjang sisi yang sama pada setiap sisi dan bersudut tepat 90 darjah. Kaedah kedua ialah prinsip hasil ujikaji tertentu Pendekatan ini merupakan kaedah supaya murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang dijalankan. Sebagai contoh mendapat prinsip jisim daripada ujikaji. Setiap objek mempunyai jisim tertentu. Setiap objek yang ditimbang pasti mempunyai jisim. Jisim ini ditimbang dengan unit gram atau pun kilogram. Dengan kaedah ini guru menjalankan ujikaji terhadap beberapa objek di mana tidak ada satu objek yang ditimbang tidak memberikan bacaan jisim. Objek yang ditimbang termasuklah dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jarum timbang pasti akan memberikan bacaannya. Oleh itu, murid akan memahami bahawa setiap objek mempunyai jisim. Ketiga ialah membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Maksudnya ialah melalui pernyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain yang sesuai. Sebagai contohnya ialah semasa dalam pengajaran matematik murid dapat mengaplikasikan formula untuk mencari isipadu sebuah kotak dengan menggunakan rumusan seperti berikut: Isipadu kotak = Panjang x Lebar x Tinggi 2 cm 10 cm 2 cm Keempat ialah membentuk suatu teorem. Melalui aktiviti-aktiviti induktif daripada guru dan murid-murid dapat membuat kesimpulan umum hasil daripada pemahaman mereka. Sebagai contoh mengukur dan mencari hasil tambah panjang sisi sesuatu bentuk dua dimensi adalah untuk mendapatkan perimeter atau ukur keliling bentuk dimensi tersebut. Contoh adalah seperti berikut:
  3. 3. 1 unit 1unit 3 unit + 3 unit + 3 unit + 3 unit = Perimeter 12 unit = Perimeter Kelima ialah mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran. Guru membericontoh penyelesaian masalah matematik dan murid akan cuba mencari jalan penyelesaiannyaseperti contoh soalan berikut.Di dalam sebuah kilang terdapat seramai 2055 pekerja lelaki. Jika bilangan pekerja perempuankurang 125 daripada jumlah bilangan pekerja lelaki, Cari jumlah bilangan pekerja di kilang ini.Cara Penyelesaian:Langkah 1: Fahamkan masalahBilangan pekerja lelaki = 2055Bilangan pekerja perempuan 125 kurang daripada 2055Jumlah bilangan pekerja = ?Langkah 2: Fikirkan dan rancangkan penyelesaianGunakan operasi tolak, kemudian tambahLangkah 3: Laksanakan perancangan 2 0 5 5 1 9 3 0 - 1 2 5 + 2 0 5 5___________ _____________ 1 9 3 0 3 9 8 5___________ _____________Jawapannya adalah seramai 3985 orang pekerja semuanya
  4. 4. Langkah 4: Semak jawapanTerbalikkan operasi 3 9 8 5 1 9 3 0 - 2 0 5 5 + 1 2 5 _____________ ____________ 1 9 3 0 2 0 5 5 _____________ ___________3.0 Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran InduktifBagi menjalankan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlulah memahami danmematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif. Sebelum memulakan aktivitipengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru sediakan contoh-contoh yang sesuai bagimembantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan-soalan harus disediakan untukmembimbing murid-murid membuat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitandengan kesimpulan tetapi murid-murid dibimbing melalui soal jawab antara guru dan muriduntuk mendapatkan kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslahdipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama dan mudah untuk membolehkan muridmengenalpastinya. Perlu diingat bahawa contoh-contoh khusus yang diberikan mestilah sesuaidan mencukupi. Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru-guru, murid-murid jugadigalakkan untuk memberi contoh-contoh yang serupa. Guru tidak harus mengemukakan semuacontoh sekaligus, tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya satu demi satu. Cara ini bolehmenarik perhatian murid serta membolehkan mereka mengenal pasti ciri contoh itu dengan lebihmudah lagi. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkesimpulan yang berkenaan. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah induktifharus mengikut urutan yang tepat iaitu daripada contoh-contoh yang spesifik kepada kesimpulanumum.4.0 Kesimpulan Kesimpulannya kaedah induktif adalah satu strategi murid mengumpul dan mentafsirmaklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi ( kesimpulan ).

×