SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
1
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER/2014
HBMT
Teaching of Elementary Mathematics Part IV
NO. MATRIKULASI : 760818115448001
NO. KAD PENGNEALAN : 760818-11-5448
NO. TELEFON : 012-3719254
E-MEL : redberry1808@gmail.com
NAMA : FATIMAHBT KAMARUL BAHARIN
PUSAT PEMBELAJARAN : PPBANGI
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
2
ISI KANDUNGAN
M/S
1.0 Pengenalan 3
2.0 Maklumat Carian Internet: Artikel Pengggunaan Teknologi Dalam 4
Pengajaran dan Pemblejaran Matematik Sekolah Rendah
3.0 Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 6
Sekolah Rendah
4.0 Rekabentuk Pengajaran Matematik Berpandukan Penggunaan Teknologi 9
4.1 Aktiviti pengajaran (Rancangan Pelajaran Harian)
4.2 Justifikasi Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran
5.0 Penutup 13
Rujukan
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
3
1.0 Pengenalan
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak
dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai
Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya
telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat
menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan kata
lain cabaran era teknologi
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan
tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa.Medium utama ke arah memperbanyakkan
sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) .
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses
mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik
beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman
pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi
komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia
dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah
kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan tinggi
dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik di sekolah-
sekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk
pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian
masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini
bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan
menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori
pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada
dalam keadaan statik.
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
4
Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita
khususnya dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari
koleksi hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh
daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik.
Kandungan dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang
kepada pelajar mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka pelaksanaan
Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada penggunaan
teknologi untuk mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik ini.Untuk menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka pengintergrasian
tekonologi dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.
2.0 Maklumat Carian Internet
Secara ringkasnya keempat-empat artikel yang saya pilih membincangkan tentang
pendidikan Matematik dengan teknologi pada hari ini. Pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan teknologi masa kini yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk
membantu pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau
perisian.
Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimanafaatkan untuk peningkatan
proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat
kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas
sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik
menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara
lebih konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang
abstrak kepada konkrit dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan
grafik, animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi
peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta perbezaan
individu mengikut keupayaan masing-masing .
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
5
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan
mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula
mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang
disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran berulang
kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah
amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar
Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut
tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di
luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur
kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang
berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula
mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100%
diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi
pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati
pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang
lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan
mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam
bidang-bidang lain.
Artikel yang saya telah perolehi tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran Matematik
ialah:
1. http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%204
2. http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf
3. http://josie653.tripod.com/kdp.htm
4. http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%201
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
6
3.0 Cabaran penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Sebagai guru , untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru itu sendiri perlu menguasainya terlebih dahulu. Untuk menjadi mahir guru
perlu mengetahui kekangan yang bakal dihadapi apabila menggunakan bahan teknologi ini.
Antara-antara teknologi yang boleh diaplikasikan adalah:
1. Penggunaan power point
Guru perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam
menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid. Selain itu guru
Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa
pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap.
Disebabkan tempat yang terhad, guru terpaksa mengadakan pengajaran dan pembelajaran di
dalam makmal sains kerana hanya di makmal sains sahaja terdapat LCD Projektor.
Guru juga Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang
disediakan. Tempat yang sesuai amat di perlukan agr paparan yang di pncarkan dapat dilihat
dengan jelas oleh murid. Kelemahannya di sini ialah, semasa pengajaran dan pembelajaran,
LCD yang digunakan kurang jelas . Oleh yang demikian kemungkinan ianya mengganggu
tumpuan dan penglihatan murid. Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa
peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua
hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar.
2. Penggunaan Multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh
menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di
samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini
membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan
animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan
multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
7
a) Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan
masing-masing
b) Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar
c) Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan
menyeronokkan.
d) Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.
e) Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.
3.Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)
Internet atau “International Network of Network” ialah sebuah rangkaian komputer di
peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-
juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian
komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru matematik boleh mendapat
rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari
pengajaran lain seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi
daripada Internet.
Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat.Melalui
internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan
matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan
sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan dan
pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini
membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian
dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang boleh
dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui internet ini
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
8
seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik iaitu
konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan teori
tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan.
Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik
seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-guru dan para pelajar
untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan
keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada
para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS
Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut
termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan
golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian
memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala
kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya merancang,melaksanakan serta
memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah
mengembangkan minda danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai
aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan ICT.
Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin
terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang tentang perkara
yang sama termasuklah tentang matematik. Selain daripada diskusi elektronik, WWW (World
Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya
dalam bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran
daripada WWW yang boleh membantu guru matematik mengajar matematik :
1. The Math Forum
2. Ask Dr. Math
3. Tulang Napier
4. The Tower of Hanoi
5. Pembuktian Teorem Pithagoras
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
9
4.0 Reka bentuk aktiviti pengajaran Matematik berpandukan penggunaan Teknologi
4.1 Aktiviti Pengajaran
Matapelajaran: Matematik
Masa: 9.30- 10.30 pagi (1 jam)
Kelas: 6 Jujur
Bilangan Murid: 34 orang
Tajuk: Pengendalian Data
Objektif Pembelajaran: Murid-murid diajar untuk
1. Menyusun dan mentafsir data daripada jadual dan carta.
Hasil Pembelajaran:
1. Membina graf palang daripada set data.
2. Mengenalpasti kekerapan, julat, nilai maksimum dan minimum, daripada graf yang
diberi.
KBKK: Membuat inferens dan interpretasi, membanding beza (graf palang dan jadual),
membuat kategori, menerangkan sebab, menentukan sumber yang dipercayai, menganalisis,
Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah diajar mengenai pengendalian data sebelum ini semasa
di tahun lima.
Penggabungjalinan: Sains
Penerapan nilai: Kerjasama, berusaha, jujur
Bahan Bantu Mengajar: Slaid power point carta jadual dan carta Graf palang, kad manila,
pen marker
Set Induksi ( 5 minit )
1. Murid ditanya mengenai jenama kasut yang dipakai oleh mereka.
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
10
2. Murid menyatakan beberapa jenis jenama kasut sekolah yang mereka pakai seperti,
Bata, Pallas, North Star, dan lain-lain.
3. Murid diminta mencari berapa bilangan murid yang memakai setiap jenama kasut
tersebut.
4. Guru mengaitkannya dengan topik iaitu pengendalian data dan menyatakan bahawa
data boleh dikumpul dan dijelaskan dengan lebih mudah dengan menggunakan
jadual atau graf palang.
Langkah 1:(20 minit)
1. Guru memaparkan slaid contoh jadual data kepada murid-murid. Guru menyatakan
set data tersebut boleh ditafsir dengan lebih mudah jika menggunakan graf palang
seperti contoh di bawah.
Jadual : Data Murid yang memperolehi 5 A Graf Palang Mencancang
Tahun 2005hingga 2010
Graf palang dipetik daripada: http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan-
murid-dapat.html
2. Guru berbincang dan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai graf palang
tersebut dari segi kekerapan, julat, nilai minimum dan maksimum bagi data tersebut.
Bilangan Murid Memperolehi 5 A dalam
Peperiksaan UPSR
SK Bertam Indah Kepala Batas PP
Bil Tahun Bilangan Murid
1 2005 35
2 2006 43
3 2007 45
4 2008 53
5 2009 47
6 2010 89
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
11
3. Murid diminta mengaksess maklumat daripada netbook crome masing-masing contoh
graf palang berbentuk mengufuk . Guru menyatakan bahawa graf palang juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk melintang atau mengufuk. Guru dan murid-murid bersoal
jawab dengan murid-murid mengenai maklumat di dalam graf tersebut dari segi tajuk
graf, item-item data, kekerapan sesuatu item, julat yang digunakan,nilai maksimum,
nilai maksimum jumlah pelajar yang terlibat dan sebagainya.
Graf Palang Mengufuk
Dipetik daripada: http://best-
corer.com.my/examPaperTC2.php?subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0
Langkah 2 :(10 minit) – Pengagihan Tugasan Projek Berkumpulan
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan betujuh. Setiap kumpulan perlu mempunyai
seorang ketua yang dilantik di kalangan ahli kumpulan sendiri..
2. Guru memanggil ketua kumpulan datang ke hadapan dan mengambil satu sampul
surat besar, dua keping kad manila, 6 helai kertas warna, 2 batang pen marker, hitam
dan merah.
3. Guru menjelaskan murid-murid bahawa mereka akan diberikan satu aktiviti tugasan
projek secara berkumpulan. Di dalam sampul surat itu terdapat pernyataan tugasan
projek kumpulan masing-masing, ( Rajah B,C,D dan E) yang perlu mereka jalankan
dalam tajuk Pengendalian
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
12
data.
Langkah 3: (20 minit) – Perbincangan
1. Murid-murid diberi penerangan oleh guru mengenai prosedur projek.( lihat Rajah A ).
2. Guru menjelaskan, di dalam aktiviti projek itu nanti, setiap kumpulan perlu
memahami kehendak tugasan, mencari data berdasarkan bilangan yang dikehendaki,
melengkapkan borang-borang data, membina jadual dan membina Graf Palang yang
betul serta membuat interpretasi terhadap graf palang tersebut. Subjek kajian yang
dipilih pula boleh diambil dari kelas tersebut dan kelas tahun enam yang lain.
3. Guru menyatakan kepada murid-murid bahawa topik ini akan difahami dan dikuasai
oleh murid jika mereka sendiri menjalankan projek tersebut. Segala pengalaman itu
nanti pasti memberi makna dalam pembelajaran mereka.
4. Murid diberi masa untuk berbincang di dalam kumpulan mengenai tugasan projek
yang mereka akan jalankan .
5. Murid-murid digalakkan bertanya kepada guru jika mereka tidak memahami arahan
tugasan projek itu.
6. Guru menggalakkan agar setiap kumpulan menjalankan projek dengan pantas dan
bersistem.
Penutup : (5 minit)
1. Guru mengingatkan murid-murid bahawa tugasan itu diberi masa selama 3 hari untuk
disiapkan dan persembahan dalam bentuk slaid power point daripada setiap kumpulan
akan di adakan pada hari yang telah ditentukan.
4.2 Justifikasi Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran
Saya telah memilih slaid power point kerana slaid ini mudah digunakan dan
dikendalikan. Murid –murid menggunakan netbook crome yang terdapat di makmal untuk
mengaksess maklumat mengenai jenis-jenis graf dan langkah penyediaannya. Netbook crome
dipilih sebagai bahan pengajaran kerana sekolah ini telah dibekalkan dengan 80 buah netbook
crome dan murid dapat menggunakan netbook ini di makmal computer.
Saya mengemukakan beberapa laman web untuk diaksess oleh murid-murid. Antaranya
ialah:
1. www.mathsisfun.com/data/graphs-index.html
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
13
2. http://suzanaida88.blogspot.com/2012/08/pengendalian-data_7.html
Murid akan mengaksess dan membincangkan langkah penyediaan graf palang dan
akan membuat power point slaid untuk dipersembahkan kepada guru dan rakan-rakan yang
lain dalam masa yang ditetapkan oleh guru.
5.0 Penutup
Secara kesimpulannya penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil
alih tugas dan peranan guru secara keseluruhannya. Tetapi teknologi membantu guru untuk
meningkatkan pemahaman dan sesuatu bidang atau topik pembelajaran.Pengintegrasian
teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif.
Oleh itu guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang
mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk
menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa,
latihan guru, sumber dan sokongan.Guru juga perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi
pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah
mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan.
Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan
aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan
teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi
sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
(2619 patah perkataan)
HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV
14
Rujukan:
Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education.
Prentice Itall Inc. A
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu
Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur
Sulaiman Hashim (1996), “Jaringan Pendidikan”, Proceedings of the National
Symposium on Educational Computing, USM : MCCE
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju
Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Rujukan dari internet:
http://best-corer.com.my/examPaperTC2.php?subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0
http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf
http://josie653.tripod.com/kdp.htm
http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan-murid-dapat.html
http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%201
http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%204
http://suzanaida88.blogspot.com/2012/08/pengendalian-data_7.html
www.mathsisfun.com/data/graphs-index.html

More Related Content

What's hot

Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPRain_Ain
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Noor Syazwanni
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajarandaniadarweesy
 
Media pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerMedia pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerindaahfbr
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)SUFINA SHUKRI
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
Membangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ictMembangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ictSlamet Wibowo Ws
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifAeizlin Omar
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploadedizwan_ismail
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Sivaneswari Muniandy
 
Artikel
Artikel Artikel
Artikel Ker0
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tiksman 2 mataram
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 

What's hot (20)

Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Media pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerMedia pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputer
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)/CALL (BMP3093)
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Membangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ictMembangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ict
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 
Artikel
Artikel Artikel
Artikel
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Report trends 6
Report trends 6Report trends 6
Report trends 6
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
 
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 

Similar to Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv

Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Lutfi Fahmi
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani UIN Sunan Gunung Djati Bandung
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiAminah Rahmat
 
Media Berbasis Komputer
Media Berbasis KomputerMedia Berbasis Komputer
Media Berbasis Komputerluthfiirsyad
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanMakalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanUIN Sunan Gunung Djati Bandung
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303Aj Ze
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranFarah Liyana Sholehhuddin
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 

Similar to Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv (20)

Latihan1.docx
Latihan1.docxLatihan1.docx
Latihan1.docx
 
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
Proposal penelitian lutfi achdiyan fahmi 5215080280
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - Munggarani
 
Ict
IctIct
Ict
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologi
 
Media Berbasis Komputer
Media Berbasis KomputerMedia Berbasis Komputer
Media Berbasis Komputer
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanMakalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303(801111125405) asignment hbef2303
(801111125405) asignment hbef2303
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Modul istilah
Modul istilahModul istilah
Modul istilah
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 

More from fatimah Baharin

Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1
Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1
Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1fatimah Baharin
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranfatimah Baharin
 
Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm
Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bmHbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm
Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bmfatimah Baharin
 
Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014
Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014
Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014fatimah Baharin
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritafatimah Baharin
 
Oum1303 to be a good parent (fatimah)
Oum1303 to be a good parent (fatimah)Oum1303 to be a good parent (fatimah)
Oum1303 to be a good parent (fatimah)fatimah Baharin
 
Tugasan hbhe2203 pend kesihatan
Tugasan hbhe2203 pend kesihatanTugasan hbhe2203 pend kesihatan
Tugasan hbhe2203 pend kesihatanfatimah Baharin
 

More from fatimah Baharin (11)

Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1
Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1
Kursus pemantapan pedagogi matematik sk (2015) 1
 
Sains tahun 5 paper2
Sains tahun 5 paper2Sains tahun 5 paper2
Sains tahun 5 paper2
 
Sains tahun 5
Sains tahun 5Sains tahun 5
Sains tahun 5
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm
Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bmHbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm
Hbml3203 tatabahasa dalam pengajaran bm
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014
Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014
Rangka cadangan tugasan kesiahatan sep2014
 
Bahan kesihatan ep14
Bahan kesihatan ep14Bahan kesihatan ep14
Bahan kesihatan ep14
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
Oum1303 to be a good parent (fatimah)
Oum1303 to be a good parent (fatimah)Oum1303 to be a good parent (fatimah)
Oum1303 to be a good parent (fatimah)
 
Tugasan hbhe2203 pend kesihatan
Tugasan hbhe2203 pend kesihatanTugasan hbhe2203 pend kesihatan
Tugasan hbhe2203 pend kesihatan
 

Recently uploaded

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 

Recently uploaded (20)

PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 

Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv

  • 1. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 1 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER/2014 HBMT Teaching of Elementary Mathematics Part IV NO. MATRIKULASI : 760818115448001 NO. KAD PENGNEALAN : 760818-11-5448 NO. TELEFON : 012-3719254 E-MEL : redberry1808@gmail.com NAMA : FATIMAHBT KAMARUL BAHARIN PUSAT PEMBELAJARAN : PPBANGI
  • 2. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 2 ISI KANDUNGAN M/S 1.0 Pengenalan 3 2.0 Maklumat Carian Internet: Artikel Pengggunaan Teknologi Dalam 4 Pengajaran dan Pemblejaran Matematik Sekolah Rendah 3.0 Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 6 Sekolah Rendah 4.0 Rekabentuk Pengajaran Matematik Berpandukan Penggunaan Teknologi 9 4.1 Aktiviti pengajaran (Rancangan Pelajaran Harian) 4.2 Justifikasi Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran 5.0 Penutup 13 Rujukan
  • 3. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 3 1.0 Pengenalan Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa.Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) . Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif. Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan tinggi dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik di sekolah- sekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada dalam keadaan statik.
  • 4. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 4 Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita khususnya dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari koleksi hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh daripada matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang kepada pelajar mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka pelaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik ini.Untuk menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka pengintergrasian tekonologi dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan. 2.0 Maklumat Carian Internet Secara ringkasnya keempat-empat artikel yang saya pilih membincangkan tentang pendidikan Matematik dengan teknologi pada hari ini. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi masa kini yang mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu pelajar mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian. Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimanafaatkan untuk peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik menjadi lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak kepada konkrit dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik, animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta perbezaan individu mengikut keupayaan masing-masing .
  • 5. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 5 Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan mengekalkan sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula mengaplikasikan maklumat tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang disimpan membantu pelajar dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan. Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang lebih p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Artikel yang saya telah perolehi tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran Matematik ialah: 1. http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%204 2. http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf 3. http://josie653.tripod.com/kdp.htm 4. http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%201
  • 6. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 6 3.0 Cabaran penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sebagai guru , untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru itu sendiri perlu menguasainya terlebih dahulu. Untuk menjadi mahir guru perlu mengetahui kekangan yang bakal dihadapi apabila menggunakan bahan teknologi ini. Antara-antara teknologi yang boleh diaplikasikan adalah: 1. Penggunaan power point Guru perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid. Selain itu guru Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer yang lengkap. Disebabkan tempat yang terhad, guru terpaksa mengadakan pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal sains kerana hanya di makmal sains sahaja terdapat LCD Projektor. Guru juga Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan. Tempat yang sesuai amat di perlukan agr paparan yang di pncarkan dapat dilihat dengan jelas oleh murid. Kelemahannya di sini ialah, semasa pengajaran dan pembelajaran, LCD yang digunakan kurang jelas . Oleh yang demikian kemungkinan ianya mengganggu tumpuan dan penglihatan murid. Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan ‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat dilakukan di antar guru dengan pelajar. 2. Penggunaan Multimedia Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
  • 7. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 7 a) Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing b) Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar c) Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan menyeronokkan. d) Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. e) Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali. 3.Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK) Internet atau “International Network of Network” ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta- juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru matematik boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber dari pengajaran lain seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga diperolehi daripada Internet. Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat.Melalui internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari ini membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui internet ini
  • 8. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 8 seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan. Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik seperti soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-guru dan para pelajar untuk diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya merancang,melaksanakan serta memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan ICT. Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang tentang perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain daripada diskusi elektronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran daripada WWW yang boleh membantu guru matematik mengajar matematik : 1. The Math Forum 2. Ask Dr. Math 3. Tulang Napier 4. The Tower of Hanoi 5. Pembuktian Teorem Pithagoras
  • 9. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 9 4.0 Reka bentuk aktiviti pengajaran Matematik berpandukan penggunaan Teknologi 4.1 Aktiviti Pengajaran Matapelajaran: Matematik Masa: 9.30- 10.30 pagi (1 jam) Kelas: 6 Jujur Bilangan Murid: 34 orang Tajuk: Pengendalian Data Objektif Pembelajaran: Murid-murid diajar untuk 1. Menyusun dan mentafsir data daripada jadual dan carta. Hasil Pembelajaran: 1. Membina graf palang daripada set data. 2. Mengenalpasti kekerapan, julat, nilai maksimum dan minimum, daripada graf yang diberi. KBKK: Membuat inferens dan interpretasi, membanding beza (graf palang dan jadual), membuat kategori, menerangkan sebab, menentukan sumber yang dipercayai, menganalisis, Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah diajar mengenai pengendalian data sebelum ini semasa di tahun lima. Penggabungjalinan: Sains Penerapan nilai: Kerjasama, berusaha, jujur Bahan Bantu Mengajar: Slaid power point carta jadual dan carta Graf palang, kad manila, pen marker Set Induksi ( 5 minit ) 1. Murid ditanya mengenai jenama kasut yang dipakai oleh mereka.
  • 10. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 10 2. Murid menyatakan beberapa jenis jenama kasut sekolah yang mereka pakai seperti, Bata, Pallas, North Star, dan lain-lain. 3. Murid diminta mencari berapa bilangan murid yang memakai setiap jenama kasut tersebut. 4. Guru mengaitkannya dengan topik iaitu pengendalian data dan menyatakan bahawa data boleh dikumpul dan dijelaskan dengan lebih mudah dengan menggunakan jadual atau graf palang. Langkah 1:(20 minit) 1. Guru memaparkan slaid contoh jadual data kepada murid-murid. Guru menyatakan set data tersebut boleh ditafsir dengan lebih mudah jika menggunakan graf palang seperti contoh di bawah. Jadual : Data Murid yang memperolehi 5 A Graf Palang Mencancang Tahun 2005hingga 2010 Graf palang dipetik daripada: http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan- murid-dapat.html 2. Guru berbincang dan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai graf palang tersebut dari segi kekerapan, julat, nilai minimum dan maksimum bagi data tersebut. Bilangan Murid Memperolehi 5 A dalam Peperiksaan UPSR SK Bertam Indah Kepala Batas PP Bil Tahun Bilangan Murid 1 2005 35 2 2006 43 3 2007 45 4 2008 53 5 2009 47 6 2010 89
  • 11. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 11 3. Murid diminta mengaksess maklumat daripada netbook crome masing-masing contoh graf palang berbentuk mengufuk . Guru menyatakan bahawa graf palang juga boleh ditunjukkan dalam bentuk melintang atau mengufuk. Guru dan murid-murid bersoal jawab dengan murid-murid mengenai maklumat di dalam graf tersebut dari segi tajuk graf, item-item data, kekerapan sesuatu item, julat yang digunakan,nilai maksimum, nilai maksimum jumlah pelajar yang terlibat dan sebagainya. Graf Palang Mengufuk Dipetik daripada: http://best- corer.com.my/examPaperTC2.php?subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0 Langkah 2 :(10 minit) – Pengagihan Tugasan Projek Berkumpulan 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan betujuh. Setiap kumpulan perlu mempunyai seorang ketua yang dilantik di kalangan ahli kumpulan sendiri.. 2. Guru memanggil ketua kumpulan datang ke hadapan dan mengambil satu sampul surat besar, dua keping kad manila, 6 helai kertas warna, 2 batang pen marker, hitam dan merah. 3. Guru menjelaskan murid-murid bahawa mereka akan diberikan satu aktiviti tugasan projek secara berkumpulan. Di dalam sampul surat itu terdapat pernyataan tugasan projek kumpulan masing-masing, ( Rajah B,C,D dan E) yang perlu mereka jalankan dalam tajuk Pengendalian
  • 12. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 12 data. Langkah 3: (20 minit) – Perbincangan 1. Murid-murid diberi penerangan oleh guru mengenai prosedur projek.( lihat Rajah A ). 2. Guru menjelaskan, di dalam aktiviti projek itu nanti, setiap kumpulan perlu memahami kehendak tugasan, mencari data berdasarkan bilangan yang dikehendaki, melengkapkan borang-borang data, membina jadual dan membina Graf Palang yang betul serta membuat interpretasi terhadap graf palang tersebut. Subjek kajian yang dipilih pula boleh diambil dari kelas tersebut dan kelas tahun enam yang lain. 3. Guru menyatakan kepada murid-murid bahawa topik ini akan difahami dan dikuasai oleh murid jika mereka sendiri menjalankan projek tersebut. Segala pengalaman itu nanti pasti memberi makna dalam pembelajaran mereka. 4. Murid diberi masa untuk berbincang di dalam kumpulan mengenai tugasan projek yang mereka akan jalankan . 5. Murid-murid digalakkan bertanya kepada guru jika mereka tidak memahami arahan tugasan projek itu. 6. Guru menggalakkan agar setiap kumpulan menjalankan projek dengan pantas dan bersistem. Penutup : (5 minit) 1. Guru mengingatkan murid-murid bahawa tugasan itu diberi masa selama 3 hari untuk disiapkan dan persembahan dalam bentuk slaid power point daripada setiap kumpulan akan di adakan pada hari yang telah ditentukan. 4.2 Justifikasi Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran Saya telah memilih slaid power point kerana slaid ini mudah digunakan dan dikendalikan. Murid –murid menggunakan netbook crome yang terdapat di makmal untuk mengaksess maklumat mengenai jenis-jenis graf dan langkah penyediaannya. Netbook crome dipilih sebagai bahan pengajaran kerana sekolah ini telah dibekalkan dengan 80 buah netbook crome dan murid dapat menggunakan netbook ini di makmal computer. Saya mengemukakan beberapa laman web untuk diaksess oleh murid-murid. Antaranya ialah: 1. www.mathsisfun.com/data/graphs-index.html
  • 13. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 13 2. http://suzanaida88.blogspot.com/2012/08/pengendalian-data_7.html Murid akan mengaksess dan membincangkan langkah penyediaan graf palang dan akan membuat power point slaid untuk dipersembahkan kepada guru dan rakan-rakan yang lain dalam masa yang ditetapkan oleh guru. 5.0 Penutup Secara kesimpulannya penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan guru secara keseluruhannya. Tetapi teknologi membantu guru untuk meningkatkan pemahaman dan sesuatu bidang atau topik pembelajaran.Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Oleh itu guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.Guru juga perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (2619 patah perkataan)
  • 14. HBMT3203 Teachingof Elementary MathematicsPartIV 14 Rujukan: Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education. Prentice Itall Inc. A Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur Sulaiman Hashim (1996), “Jaringan Pendidikan”, Proceedings of the National Symposium on Educational Computing, USM : MCCE Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rujukan dari internet: http://best-corer.com.my/examPaperTC2.php?subjectID=553&courseID=8&diffLevel=1.0 http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf http://josie653.tripod.com/kdp.htm http://skbi2003.blogspot.com/2010/11/carta-palang-bilangan-murid-dapat.html http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%201 http://sme6044-isuict.blogspot.com/search/label/ARTIKEL%204 http://suzanaida88.blogspot.com/2012/08/pengendalian-data_7.html www.mathsisfun.com/data/graphs-index.html